Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Nisab Zakat 1

Nisab Zakat 1

693
0
Iklan

Nisab Zakat

Nisab bermaksud jumlah minimum yang dikira sebagai syarat bagi harta yang wajib dikeluarkan zakat.

 

Nisab Emas dan Perak:

Emas sehingga jumlahnya 20 mithqal, manakala perak pula 200 dirham.

 

Pengertian Mithqal:

Timbangan bagi emas.

  1. Mithqal ‘Ajami : Satu mithqal ‘ajami menyamai 4.8 gram. 20 mithqal ‘ajami bersamaan 96 gram.
  2. Mithqal ‘Iraqi: Bersamaan 5 gram. 20 mithqal ‘iraqi bersamaan 100 gram.

 

Pengertian Dirham:

10 dirham menyamai berat 7 mithqal , iaitu 33 6/10 gram mengikut timbangan mithqal ‘ajami.

 

Syarat Wajib Zakat Pada Nisab Emas dan Perak :

Cukup nisab emas dan perak tidak wajib zakat, sehinggalah dimiliki genap setahun qamariyah (hijrah) tanpa kekurangan nilai sepanjang tempoh setahun.

 

Kadar Wajib Zakat Emas dan Perak:

Seorang mukalaf memiliki nisab emas dan perak atau lebih, selama setahun hijrah qamariyah, dia wajib mengeluarkan zakat 1/40 atau 2.5% daripada harta yang dimilikinya.

 

Bersambung ke bahagian 2

Komen dan Soalan