Utama Blog Halaman 79

Panduan HAMBA Allah swt Rai ‘KEMERDEKAAN’

0

💡 MENGECAP BAHAGIA MENGIKUT SUNNAH BAGINDA 💡

NotaTerjemahanBroSyarief

Pesan Ibn al-Qayyim (w.751H)

‎إِذَا كَانَتْ سَعَادَةُ الْعَبْدِ فِي الدَّارَيْنِ مُعَلَّقَةً بِهَدْيِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ketika (diketahui bahawa) hakikat kebahagiaan seseorang hamba di kedua-dua negeri (dunia dan akhirat) sangat bergantung kepada petunjuk Nabi – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam -,

‎فَيَجِبُ عَلَى كُلِّ مَنْ نَصَحَ نَفْسَهُ وَأَحَبَّ نَجَاتَهَا وَسَعَادَتَهَا

Maka, bagi setiap orang yang jujur terhadap dirinya dan mahukan kejayaan dan kebahagiaan dirinya (di dunia & akhirat),

‎أَنْ يَعْرِفَ مِنْ هَدْيِهِ وَسِيرَتِهِ وَشَأْنِهِ مَا يَخْرُجُ بِهِ عَنِ الْجَاهِلِينَ بِهِ، وَيَدْخُلُ بِهِ فِي عِدَادِ أَتْبَاعِهِ وَشِيعَتِهِ وَحِزْبِهِ،

dia hendaklah mengetahui petunjuk (sunnah Nabi), sirahnya dan segala hal-ehwalnya yang boleh mengeluarkannya dari daerah kejahilan mengenai Nabi, dan memasukkannya di kalangan pengikut, pemuja dan pendokongnya.

‎وَالنَّاسُ فِي هَذَا بَيْنَ مُسْتَقِلٍّ وَمُسْتَكْثِرٍ وَمَحْرُومٍ،

Orang ramai, dalam urusan ini (yakni: mengikuti sunnahnya), tergolong sama ada di kalangan [1] mereka yang sedikit (mengikuti sunnahnya), atau [2] mereka yang banyak (mengikuti sunnahnya), atau [3] mereka yang terhalang (dari mengikuti sunnahnya).

‎وَالْفَضْلُ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ.

Kelebihan ini akhirnya kembali kepada ketetapan Allah yang Dia berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah lah pemilik keutamaan yang agung.

[Zaad al-Ma’ad]

Pengajaran: Berdoalah dan berusahalah agar tergolong dari kalangan mereka yang berterusan menggali, mengkaji, memahami dan mempraktik sebaik mungkin tunjuk ajar dan bimbingan dari Nabi – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam -, agar kita dapat dibangkitkan kembali bersamanya di akhirat nanti.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<>

UiTO@Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

0

📍Sudahkah anda mendaftar sebagai ahli Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia?✅

⁉️Kenapa anda perlu mendaftar sebagai Ahli UKHUWAH?

1. Anda membantu dalam mengembangkan dakwah sunnah di Malaysia.

2. Anda dapat mempelajari ilmu Islam secara online 24/7 dengan mudah dan secara percuma pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua. Segala permasalahan anda berkaitan dengan agama akan dijawab oleh Panelis yang berkelayakan dan berpengalaman.

3. Anda membantu UiTO untuk terus beroperasi secara online 24/7 kerana ada kos sistem yang perlu dibayar dan sumbangan untuk tenaga kerjanya. UiTO mengumpul, menyunting dan memuat naik nota-nota syarah dan soal jawab antara Panelis dan ahli bilik secara sistematik mengikut Bilik Pengajian yang boleh diekses secara percuma di laman web rasmi uito.org. UiTO menyediakan semuanya dan anda boleh nikmati limpahan dan khazanah ilmu hanya di hujung jari anda!

4. Anda boleh berkenalan, bertukar-tukar fikiran dan merapatkan ukhuwah antara Panelis dan ahli bilik telegram secara terus melalui konvensyen yang diadakan pada setiap tahun di negeri yang berlainan.

5. Anda mendapat keistimewaan potongan harga tertentu apabila UiTO/UKHUWAH menganjurkan Konvensyen/program/daurah.

6. Kekuatan Islam akan lebih terserlah dengan adanya hubungan baik dan kerjasama yang erat melalui fikrah yang sama.

💪🏾Ayuh daftar segera demi untuk ukhuwah dan manfaat bersama.

📝Borang keahlian boleh didapati di link berikut:

http://bit.ly/AhliUkhuwah

❓Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha UKHUWAH
https://t.me/NorM99
http://www.wasap.my/60192831337/ahliukhuwah
email: [email protected]

📚Sertai bilik kuliah online UiTO:
https://t.me/joinchat/AAAAAE34ioUwoypTrs828g

UiTO amat menghargai sumbangan/infaq daripada ahli-ahli yang menyokong perjalanan dakwah UiTO. Anda boleh salurkan sumbangan/infaq anda ke akaun seperti berikut:

Nama Bank: Malayan Banking Berhad
No. Akaun: 562058070928
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

Sila kemukakan slip transaksi kepada Setiausaha untuk tujuan rekod dan audit:
@NorM99
http://www.wasap.my/60192831337/infaq
email: [email protected]

إِنَّ ٱلْمُصَّدِّقِينَ وَٱلْمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقْرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia [ al-Hadid: 18 ]

Jazaakumullahu khayran atas perhatian dan kerjasama anda.

Allahu a’lam.

CHE AB RAHIM BIN MAHMOOD@CIKGU RAHIM
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
@RektorUiTO

web rasmi: uito.org

Fiqh Asasi Sunnah: Kitab Thaharah – Haidh dan Nifas

0

Kitab : Thaharah
Bab: Haidh dan Nifas
Bahagian:
G. Wanita hamil yang melihat darah keluar.

H. Beberapa permasalahan berkenaan Haidh, Nifas dan Istihadah.

Tajuk:
♦️Hukum wanita nifas sama dengan hukum wanita haidh.
♦️Wanita haidh dan nifas mandi untuk ihram.
♦️Wanita boleh guna ubat tahan haidh selagi tidak membahayakan.
♦️Wanita haidh boleh hadiri eid dan dengar khutbah. Cuma jauhkan diri dari ruang salat.
♦️Suami boleh baca Qur’an di pangkuan isteri yang haidh.
♦️Wanita haidh boleh menyikat, cuci rambut suaminya.
♦️Boleh minum sisa minuman wanita haidh.
♦️Kalau keguguran, sama ada janin terbentuk atau tidak, dianggap sebagai nifas.
♦️Selagi tidak mendapati lendir putih pada hari-hari terakhir haidh, masih dikira sebagai dalam haidh lagi.
♦️Jika seorang wanita rasa sakit hendak haidh (PMS) tetapi tiada darah sebelum matahari terbenam, maka dia sempurnakan puasa dan tetap mengerjakan salat.
♦️Jikalau kitaran haidh tidak teratur, maka seorang wanita itu hendaklah melihat warna darahnya kerana darah haidh dikenali dari warnanya.
♦️Kaffarah bagi suami yang menyetubuhi isterinya dalam nifas sama seperti kaffarah bagi lelaki yang mendatangi isterinya dalam haidh.
♦️Jika titisan darah terus mengalir selama sebulan, maka dikira haidh hanya pada hari yang normal sahaja.
♦️Jika seorang wanita turun darah pada jangkamasa yang dia biasa haidh, kemudian tidak keluar lagi hari berikutnya.
♦️Cairan merah atau kuning selain dari hari-hari biasa haidh dikira sebagai darah istihadah.
♦️Wanita tidak perlu risau cairan kotor yang keluar darinya selain dari kebiasaan waktu haidh.
♦️Jika seorang wanita bersalin secara pembedahan dan tiada darah yang keluar, maka hukum nifas tidak berlaku padanya.
♦️Jika seorang wanita keguguran dan ada darah keluar, darah itu adalah darah nifas.

G. Wanita hamil yang melihat darah keluar.

Sepatutnya wanita yang telah hamil tidak mengeluarkan darah lagi tetapi ada kalanya ini terjadi juga. Bagaimanakah hukumnya? Adakah itu haidh atau istihadah? Ulama’ khilaf di dalam hal ini.

Dalam Mazhab Asy-Syafi’iy, wanita hamil masih tetap boleh mengeluarkan darah haidh kalau kena syaratnya (dalam masa yang biasa datang haidh dan ciri-ciri darah itu adalah ciri-ciri darah haidh).

Namun, yang rajihnya, wanita hamil sebenarnya tidak ada haidh dan ini disokong oleh hadith ini.

✍🏻Tentang tawanan perang wanita,
لا توطأ حامل حتى تضع، ولا حائل حتى تستبرأ بحيضة

Budak wanita yang hamil tidak boleh disetubuhi sampai melahirkan, dan budak wanita yang tidak hamil, tidak boleh disetubuhi sampai mengalami haidh sekali. [ Diriwayatkan oleh Abu Dawud ]

✍🏻Lalu Ibnu Qudamah رضي الله عنه menyimpulkan:
والحامل لا تحيض، فإن رأت دمًا، فهو دم فاسد
Wanita hamil tidak mengalami haidh. Jika dia melihat darah, maka itu darah kerana sakit (darah istihadah).
(al-Kafi fi Fiqhil Hambali, 1/133).

📍Maka, kalau wanita hamil keluar darah, itu bukanlah darah haidh. Oleh itu, wanita hamil itu tetap kena solat dan puasa.

H. Beberapa permasalahan berkenaan Haidh, Nifas dan Istihadah.

1. Hukum wanita nifas sama dengan hukum wanita haidh

Hukum wanita haidh dan nifas sama sahaja, tidak ada bezanya. Ini termasuk hal halal dan haram, solat dan puasa, dan apa perkara yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

2. Wanita haidh dan nifas mandi untuk ihram

Ketika seorang wanita yang sedang haidh atau nifas hendak mengerjakan haji dan melewati Miqat, maka dia harus mandi dan niat ihram seperti wanita yang suci daripada darah haidh atau nifas.

Namun begitu, dia harus menggunakan pembalut bagi memastikan tiada darah yang akan menitik di atas lantai. Setelah suci dia harus pergi ke Baitullah untuk mengerjakan tawaf dan sai serta menggunting rambut. Maka ibadah umrahnya telah sempurna.

✍🏻Dalilnya:

“Sembilan tahun lamanya baginda menetap di Madinah, namun baginda belum haji. Kemudian baginda memberitahu bahawa tahun kesepuluh baginda akan naik haji. Kerana itu berbondong-bondonglah orang datang ke Madinah, hendak mengikuti bersama-sama Rasulullah ﷺ untuk beramal seperti amalan baginda. Lalu kami berangkat bersama-sama dengan baginda. Ketika sampai di Zulhulaifah, Asma’ binti ‘Umais melahirkan puteranya, Muhammad bin Abu Bakar. Beliau bertanyakan kepada Rasulullah ﷺ apa yang harus dilakukannya (kerana melahirkan itu). Sabda Rasulullah ﷺ “Mandi dan pakai kain pembalut mu. Kemudian pakai pakaian ihram mu kembali.”
[ Sahih Muslim 1188 ]

Syarah:
Maknanya, dia terus juga masuk Ihram. Cuma yang tidak boleh dilakukan adalah tawaf dan solat sahaja. Maka kena tunggu habis darah nifas dan kemudian habiskan urusan umrah atau haji.

3. Wanita boleh guna ubat tahan haidh selagi tidak membahayakan

Sekarang terdapat ubat yang boleh diambil supaya haidh tertahan. Ini harus asalkan tidak membahayakan kesihatan. Maka kena dapatkan nasihat daripada doktor.

Ini sesuai bagi kita yang bukan senang ada kesempatan untuk mengerjakan Umrah atau Haji. Maka kita gunakan kesempatan yang ada bila kita pergi. Rugi kalau sampai ke Tanah Suci tetapi tidak dapat sempurnakan ibadah Umrah/Haji.

4. Wanita haidh boleh hadiri Eid dan dengar khutbah. Cuma jauhkan diri dari ruang salat.

Wanita Muslimah sepatutnya tidak meninggalkan urusan Salat Eid.

✍🏻Ini berdasarkan hadith daripada baginda:

Daripada Hafsah binti Sirin رضي الله عنها, seorang perempuan bertanya Nabi ﷺ: “Bolehkah kami (wanita) yang tidak memiliki jilbab, tidak keluar bersalat ‘eid?” Baginda menjawab: “Hendaklah sahabatnya memakaikannya jilbab yang dia miliki.” Apabila bertemu Ummu ‘Atiyyah رضي الله عنها, saya bertanya: “Pernahkah puan mendengar sendiri daripada Rasulullah ﷺ?” Beliau menjawab: “Saya pernah mendengar Baginda bersabda: “Hendaklah gadis remaja dan wanita yang haidh keluar (ke musolla) menyaksikan kebaikan dan doa orang beriman. Wanita haidh hendaklah berada jauh dari tempat salat.”
[ Riwayat Imam Muslim di dalam sahihnya, begitu juga Imam Bukhari dengan lafaz yang hampir sama, Abu Daud dan lain-lain ].

Syarah:
Kalau tidak ada pakaian yang sesuai baginda menyuruh pinjam supaya dapat pergi dengar khutbah Eid disampaikan. Namun, malangnya zaman sekarang, wanita sibuk dengan kuih muih dan persediaan raya sahaja. Amat malang sekali.

Maksud hadith ini kalau haidh pun boleh pergi ke musolla. Musolla adalah tempat salat yang diadakan di kawasan lapang. Mereka boleh duduk di tepian supaya dapat mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib selepas Salat Eid.

5. Suami boleh baca Qur’an di pangkuan isteri yang haidh

Isteri yang di dalam haidh tidak najis, maka boleh bersentuhan dengan mereka dan malah boleh membaca al-Qur’an di pangkuan isteri yang dalam haidh.

✍🏻Dalilnya:

168. `Aisyah رضي الله عنها berkata, “Nabi Muhammad ﷺ bersandar di pangkuan aku, padahal aku sedang haidh, kemudian beliau membaca Qur’an.”
[ Sahih Bukhari, Kitab Haidh ].

Syarah:
Maka boleh membaca Qur’an di pangkuan isteri yang di dalam haidh seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ. Ini menunjukkan kemesraan baginda dengan para isterinya. Oleh sebab itulah masa lepak bersantai sepatutnya dengan isteri, bukan dengan kawan-kawan di kedai mamak.

6. Wanita haidh boleh menyikat, cuci rambut suaminya.

Wanita dalam haidh boleh menyentuh suami dan berkhidmat untuk suami. Contohnya mandikan suami, memotong kuku suami, menyikat rambut suami dan lain-lain. Ini semua tidak mengapa. Dalilnya:

✍🏻167. Urwah رضي الله عنه pernah ditanya orang, “Bolehkah wanita haidh melayaniku dan bolehkah wanita junub mendekatiku?” Urwah رضي الله عنه berkata, “Semuanya boleh bagiku, semuanya boleh melayaniku, dan tiada celanya. `Aisyah رضي الله عنها telah menceritakan kepadaku bahawa dia pernah menyisir rambut Rasulullah ﷺ ketika beliau sedang haidh, padahal ketika itu Rasulullah ﷺ sedang i’tikaf di masjid; baginda mendekatkan kepalanya kepadanya (`Aisyah رضي الله عنها) dan beliau (`Aisyah رضي الله عنها) ada di dalam kamarnya, lalu dia menyisir baginda, padahal beliau sedang haidh.”

Syarah:
Para isteri Rasulullah ﷺ berkhidmat untuk baginda. Setiap hari baginda akan bertemu dengan isterinya dan mereka akan bermesra dengan baginda. Bukanlah mubasharah sahaja, tetapi dalam perkara-perkara lain seperti memotong kuku dan menyikat rambut.

📍Bilakah kali terakhir anda membuat perkara ini untuk suami anda?

7. Boleh minum sisa minuman wanita haidh

Wanita haidh bukan najis dan sisa mereka tidak menjadi najis. Kita mungkin berasa pelik tentang hal ini, tetapi orang Yahudi suatu ketika dahulu menganggap wanita haidh itu kotor dan tidak boleh duduk makan sekali dengan orang lain. Maka jangan orang Islam pun termakan dengan fahaman sebegitu hendaknya. Wanita haidh itu suci, yang tidak suci hanyalah darahnya sahaja.

Dalilnya:

✍🏻Daripada `Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata: “Aku biasa minum dari gelas yang sama ketika haidh, lalu Nabi ﷺ mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu baginda minum.”
[ HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat lain yang senada dari Muslim ].

Syarah:
Ini menunjukkan kemesraan baginda dengan para isterinya. Baginda selalu minum dari bekas mulut isteri baginda. Walaupun isteri baginda dalam haidh, baginda tetap terus melakukannya. Ini dalil yang wanita haidh tidak dalam najis.

8. Kalau keguguran, darah yang keluar dianggap sebagai nifas.

Kalau keguguran dan ada darah yang turun, maka darah itu dianggap nifas. Maka hendaklah berhenti dari salat dan puasa dan larangan-larangan lain yang sama dengan haidh.

Namun, umur janin itu menjadi khilaf di kalangan ulama’. Maka secara umumnya, ada tiga peringkat janin dilihat dari umur janin berdasarkan nasihat doktor.

Hukum sama ada darah itu adalah nifas atau tidak bergantung kepada umur janin itu.

1. Sampai 80 hari. Sepakat ulama’ mengatakan yang darah yang keluar itu adalah istihadah. Maka dikehendaki salat dan puasa.

2. 80 sampai 120 hari. Ulama’ khilaf. Ada ulama’ yang berkata darah yang keluar itu adalah darah nifas. Dan ada yang berkata harus dilihat bentuk janin sama ada sudah berbentuk manusia atau belum. Yang rajih, tidak kisah sama ada ada bentuk atau tidak, ia adalah darah nifas.

3. 121 hari dan seterusnya. Sepakat ulama’ berkata bahawa darah yang keluar adalah darah nifas. Maka hendaklah berhenti dari salat dan puasa.

9. Selagi tidak mendapati lendir putih pada hari-hari terakhir haidh, masih dikira sebagai dalam haidh lagi.

Tanda haidh telah berhenti itu adalah apabila keluar lendir putih dari tempat keluar darah. Ini adalah sebagai tanda haidh telah berhenti.

10. Jika seorang wanita rasa sakit hendak haidh (PMS) tetapi tiada darah sebelum matahari terbenam, maka dia sempurnakan puasa dan tetap mengerjakan salat.

Sakit hendak datang haidh bukanlah bermaksud sudah haidh. Tanda datang haidh adalah apabila turunnya darah yang menetapi ciri-ciri darah haidh.

11. Jikalau kitaran haidh tidak teratur, maka seorang wanita itu hendaklah melihat warna darahnya kerana darah haidh dikenali dari warnanya.

Ada wanita yang kitaran haidhnya tidak tetap. Maka bagi mereka ini haruslah melihat kepada sifat darah yang turun. Haruslah mengenali bagaimana rupa darah haidh iaitu darahnya yang berwarna kehitaman.

12. Kaffarah bagi suami yang menyetubuhi isterinya dalam nifas sama seperti kaffarah bagi lelaki yang mendatangi isterinya dalam haidh

✍🏻Ini berdasarkan hadith yang kita telah sampaikan, berdasarkan hadith Ibn Abbas رضي الله عنه:

إِذَا وَاقَعَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ وَهِيَ حَائِضٌ إِن كَانَ دَمًا أَحْمَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِدِينَارٍ وَإِن كَانَ أَصْفَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِنصْفِ دِيْنَارٍ

Maksudnya: Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haidh, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar.
[ Riwayat Abu Daud. Al-Hakim mensahihkannya ].

Syarah:
Kita telah jelaskan yang hukum bagi nifas sama sahaja dengan hukum bagi haidh.

13. Jika titisan darah terus mengalir selama sebulan, maka dikira haidh hanya pada hari yang normal sahaja.

Ini berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa haidh itu hanya dalam hari-hari yang normal sahaja. Kalau di luar dari itu, ia dikira darah istihadah.

Ulama’ fiqh telah memudahkan perkara ini dengan memberi pendapat iaitu jangka haidh yang maksima adalah selama 15 hari sahaja. Kalau dia keluar darah selama sebulan, tidak mungkin dia tidak salat selama sebulan pula.

14. Jika seorang wanita turun darah pada jangkamasa yang dia biasa haidh, kemudian tidak keluar lagi hari berikutnya.

Bagi wanita yang sama kitaran haidhnya, dia berpegang kepada bilangan hari yang normal. Ini adalah kerana itulah kebiasaan baginya.

15. Cairan merah atau kuning selain dari hari-hari biasa haidh dikira sebagai darah istihadah.

Kalau darah keluar luar dari kebiasaan masa haidh wanita itu, dan warna pun bukan kehitaman, maka ia tidak dikira sebagai haidh tetapi dikira sebagai darah istihadah sahaja. Maka hendaklah salat dan berpuasa seperti biasa.

16. Wanita tidak perlu risau cairan kotor yang keluar darinya selain dari kebiasaan waktu haidh.

Kalau keluar apa-apa cairan yang di luar dari kebiasaan kitaran haidhnya, maka wanita tidak perlu risau tentang cairan itu. Terus sahaja anggap ia sebagai darah istihadah kalau ia merah ataupun kekuningan.

17. Jika seorang wanita bersalin secara pembedahan dan tiada darah yang keluar, maka hukum nifas tidak berlaku padanya.

Nifas hanya berlaku kalau ada darah. Kalau tidak ada darah, maka tiada hukum nifas bagi wanita itu.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-67 dan Ke-68

0

Tafsir Ayat Ke-67

Ini sifat buruk ketiga Yahudi zaman dahulu. Sifat itu adalah banyak bertanya serta mempersoalkan tentang hal berkaitan agama.

Ini adalah cerita berkenaan dengan Surah al-Baqarah ini sendiri, iaitu tentang lembu betina. Agama-agama yang salah dahulu yang telah sesat ada yang memuja lembu seperti juga sekarang, penganut Hindu memuja lembu juga.

Antaranya juga adalah Musyrikin Mekah yang kononnya mengamalkan agama daripada ajaran Nabi Ibrahim عليه السلام, mereka juga ada amalan yang salah berkenaan dengan lembu ini. Kita akan belajar di dalam Surah al-An’am nanti. Mereka itu percaya Nabi Ibrahim عليه السلام adalah Rasul dan ada syariat yang masih lagi mereka pakai seperti solat, wudhu’, nikah kahwin dan sebagainya, namun mereka mengamalkan juga amalan yang salah.

Musyrikin Mekah banyak telah menukar agama asal Nabi Ibrahim عليه السلام itu. Antaranya, mereka sudah tidak percaya adanya Hari Kebangkitan. Musyirikin Mekah juga telah memuja tok wali. Mereka juga memuja malaikat-malaikat yang mereka anggap sebagai anak perempuan Allah ‎ﷻ.

Mereka sangka, kerana Allah ‎ﷻ sayangkan anak perempuan-Nya, maka dengan memuja malaikat-malaikat, tentulah mereka akan disayangi Allah ‎ﷻ juga. Mereka mengharapkan tok-tok wali dan malaikat-malaikat itu akan dapat menolong mereka nanti.

Orang Kristian pula meminta tolong dengan ‘anak lelaki’ Allah ‎ﷻ iaitu Nabi Isa عليه السلام. Padahal Allah ‎ﷻ tidak mempunyai anak. Mereka sendiri yang memberikan pangkat itu kepada Nabi Isa عليه السلام. Ada juga ajaran yang sesat seperti agama Hindu sekarang yang memuja malaikat-malaikat yang mereka katakan sebagai dewa-dewa mereka.

Dan antara kesesatan yang mereka lakukan adalah memuja lembu. Ada juga agama-agama lain seperti di Afrika, Cyprus dan sebagainya yang memuja lembu.

Lembu juga adalah pujaan golongan Yahudi pada zaman Nabi Musa عليه السلام. Oleh kerana itu, Allah ‎ﷻ telah memerintahkan mereka untuk sembelih lembu sebagai tanda menolak kepercayaan mereka yang sesat itu.

Mereka puja lembu kerana mereka sangka lembu ada keramat dan sebagainya. Mereka anggap begitu kerana banyak kegunaan lembu seperti menghasilkan susu, kulit dan sebagainya. Oleh itu, mereka puja lembu itu. Maka untuk menghilangkan perasaan salah mereka terhadap lembu, mereka kena sembelih lembu itu.

Ayat ini adalah untuk menceritakan perintah Allah ‎ﷻ kepada mereka untuk sembelih seekor lembu betina supaya mereka tidak lagi puja lembu.

وَإِذ قالَ موسىٰ لِقَومِهِ إِنَّ اللَّهَ يَأمُرُكُم أَن تَذبَحوا بَقَرَةً ۖ قالوا أَتَتَّخِذُنا هُزُوًا ۖ قالَ أَعوذُ بِاللَّهِ أَن أَكونَ مِنَ الجاهِلينَ

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ

Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya;

Ini adalah arahan Allah ‎ﷻ kepada Nabi Musa عليه السلام untuk memberi arahan kepada kaum Yahudi. Bukanlah Nabi Musa عليه السلام beri arahan itu daripada kehendaknya sendiri.
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُوا بَقَرَةً

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya sembelih seekor lembu betina;

Kata إِنَّ – yang bermaksud: ‘Sesungguhnya, tidak syak lagi’ – digunakan dalam ayat ini. Untuk menunjukkan bahawa arahan itu daripada Allah ‎ﷻ. Bukan arahan itu datang daripada Nabi Musa عليه السلام. Nabi Musa عليه السلام hanya menyampaikan sahaja arahan itu.

Begitulah umat Nabi Musa عليه السلام pada zaman itu. Mereka kononnya berkata yang mereka percaya kepada Allah ‎ﷻ, tetapi mereka tolak Nabi Musa عليه السلام. Mereka rasa Nabi Musa عليه السلام ada cakap daripada dirinya sendiri yang bukan dari Allah ‎ﷻ

Seperti juga zaman sekarang – ada golongan yang kononnya percaya kepada al-Qur’an tetapi tidak percayakan hadith. Mereka hendak mengasingkan antara Allah ‎ﷻ dan Rasul. Padahal Rasul menyampaikan arahan dari Allah ‎ﷻ. Ini adalah fahaman yang sesat dan sebab sesat itulah yang menyebabkan ada Bani Israil yang meminta supaya mereka sendiri jumpa dengan Allah ‎ﷻ. Mereka hendak Allah ‎ﷻ sendiri cakap dengan mereka. Hasilnya, mereka telah dimatikan serta merta. Kisah ini kita telah belajar dalam ayat-ayat sebelum ini.

Allah ‎ﷻ memerintahkan mereka untuk menyembelih lembu kerana dalam hati mereka masih ada sifat mendewakan lembu. Ini ada kena mengena dengan kes mereka sembah patung anak lembu sebelum ini. Patung itu dibentuk oleh seorang lelaki yang bernama Musa Samuri kerana dia hendak menjadi orang yang tersohor di kalangan kaumnya. Kisah ini boleh dibaca dalam tafsir Surah [ Taha ].

Mengikut sejarahnya, beliau telah dipelihara oleh Jibrail عليه السلام kerana dia telah disorok di gua oleh ibunya yang hendak menyelamatkan anaknya daripada dibunuh oleh Firaun. Nabi Musa عليه السلام pada waktu itu dipelihara oleh Firaun dan Musa Samiri dipelihara oleh Jibrail عليه السلام. Tetapi Nabi Musa عليه السلام menjadi baik, manakala Musa Samiri menjadi orang jahat.

Oleh kerana dia dipelihara oleh malaikat, dia biasa nampak benda-benda yang pelik. Secara ringkasnya, dia telah menggunakan emas-emas yang ada pada puak Bani Israil yang mereka telah pinjam daripada bangsa Qibti. Dan semasa mereka menyeberang lautan untuk melarikan diri mereka telah membawa sekali emas-emas tersebut. Oleh kerana emas itu bukan dari harta mereka sendiri, maka Musa Samiri telah menghasut mereka dengan mengatakan yang emas-emas itu tidak halal.

Dia suruh mereka mengumpulkan emas-emas itu dan leburkan. Dia telah memasukkan sedikit pasir dari bekas tapak kuda malaikat Jibrail عليه السلام. Apabila dimasukkan pasir ke dalam mulut patung itu, ia telah berbunyi. Boleh jadi berbunyi itu adalah kerana Sihir. Tetapi umat Bani Israil yang melihatnya telah teruja dan percaya kepada Musa Samiri dan mula memuja patung itu kerana Musa Samiri telah menghasut mereka dengan mengatakan yang ia adalah tuhan mereka.

Ini semua terjadi kerana Allah ‎ﷻ hendak menguji mereka. Walaupun masalah ini telah diperbetulkan, patung itu pun telah dihancurkan, namun kisah patung anak lembu itu masih berlegar lagi di kalangan mereka. Mereka bercakap-cakap sesama mereka mengenainya, dan lama kelamaan timbullah pendapat yang mengatakan ada keramat pada lembu.

Telah masuk dalam hati mereka kisah lembu keramat. Ini terjadi dalam kalangan mereka yang tidak belajar agama. Mereka sampai puja lembu pula. Oleh itu, mereka disuruh sembelih lembu itu supaya mereka tidak lagi puja lembu. Ini adalah untuk menidakkan pemahaman mereka yang melihat lembu itu ada keramat dan sebagainya.

Macam kita sekarang, ada manusia yang menganggap ada keramat pada kain kuning, keris keramat dan sebagainya. Kalau kita suruh mereka bakar benda-benda itu yang mereka anggap keramat, mereka akan marah. Kalau kita suruh mereka buang dan bakar kain kuning, keris keramat dan cincin keramat itu, mereka akan jawab begini:

قَالُوا أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا

Mereka berkata: adakah kamu hendak menjadikan kami bahan ejekan?;

Pada mereka, suruhan itu adalah ejekan kepada mereka. Macam kalau kita suruh masyarakat kita bakar kain kuning yang membalut keris keramat mereka. Atau kita suruh mereka bakar cincin yang mereka anggap keramat. Mereka akan berasa berat kerana sayang kepada keris dan cincin-cincin itu.

Begitulah yang terjadi kepada Bani Israil di zaman Nabi Musa عليه السلام apabila baginda memberi arahan sebegitu kepada mereka. Mereka merasakan Nabi Musa عليه السلام main-main dan mengejek mereka.

Tentulah Nabi Musa عليه السلام tidak berjenaka dalam hal ini. Tidak boleh seorang ahli agama berjenaka dalam hal agama. Ia adalah satu kesalahan.

Ada yang mengatakan bahawa kisah ini terjadi ketika terjadi pembunuhan di kalangan mereka. Seorang lelaki telah membunuh bapa saudaranya kerana mahukan harta. Kalau tunggu bapa saudaranya itu mati sendiri, lambat untuk dia dapat harta. Selepas bunuh, dia telah meletakkan mayat bapa saudaranya itu di kampung sebelah. Dan menuduh mereka pula yang membunuh bapa saudaranya.

Kemudian, mereka berbantah-bantah tentang siapakah yang telah membunuh lelaki itu. Sampaikan mereka telah hampir hendak berperang antara puak-puak yang bertelagah itu. Apabila mereka membawakan masalah itu kepada Nabi Musa عليه السلام, baginda telah menyampaikan arahan Allah ‎ﷻ untuk mereka menyembelih seekor lembu betina.

Oleh kerana mereka tidak nampak apa kaitan antara mencari pembunuh itu dengan menyembelih lembu, maka mereka telah menuduh Nabi Musa عليه السلام bermain-main dengan mereka. Ini adalah kisah yang masyhur, tetapi ia tidak boleh dipakai kerana ia adalah kisah Israiliyat dan kisah Israiliyat tidak boleh digunakan dalam tafsir kerana tidak boleh dipercayai.

قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ

Nabi Musa berkata: Aku berlindung dengan Allah,

Dalam apa-apa hal, kena kembalikan kepada Allah ‎ﷻ. Tentu sekali Nabi Musa عليه السلام tidak berjenaka atau main-main dalam hal ini dan baginda kembalikan kepada Allah ‎ﷻ. Maknanya baginda tidak sudi menjadi orang jahil yang berolok-olok dalam hal agama. Sepatutnya kaum baginda tahu yang baginda bukanlah berolok-olok.

أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

dari menjadi seorang dari golongan yang jahil;

Iaitu jahil seperti kamu, kaum Yahudi yang memuja lembu itu. Jahil yang dimaksudkan adalah ‘Jahil Syariat’.

Begitulah kalau orang yang tidak menggunakan akal. Macam orang Hindu sekarang, sampaikan lembu itu mereka tidak sembelih sampai lembu itu mati sendiri. Sampaikan lembu itu ada surat beranak sendiri macam manusia. Sampaikan banyak sangat lembu liar yang dibiarkan berkeliaran dalam bandar.

Sesiapa yang khianat kepada lembu itu akan dimarahi dan boleh sampai berperang. Kadang-kadang mereka kena juga halau lembu yang menyusahkan manusia (seperti halang laluan keretapi). Tetapi orang yang hendak tangkap lembu kena mengadakan upacara berlindung dengan dewa untuk membawa lembu itu. Sebelum menangkap lembu itu, mereka kena puja lembu itu terlebih dahulu.

Orang Islam di India yang hendak makan daging lembu kena bela lembu itu secara senyap-senyap di tempat jauh daripada orang Hindu dan kena sembelih lembu itu sorok-sorok. Kalau tidak, akan menjadi masalah dengan orang Hindu nanti sebab mereka akan kata kita bunuh ‘tuhan’ mereka.

Ini masalah yang berat sungguh, sampaikan di Malaysia pun pernah menjadi isu sebab orang kita sembelih lembu korban di kawasan sekolah yang ada pelajar Hindu. Susah juga kita hendak jaga sensitiviti antara agama. Sedangkan penyembelihan lembu ada dalam agama kita dan agama rasmi negara kita pula memang Islam.

Tafsir Ayat Ke-68

Untuk menyembelih lembu adalah mudah sahaja sebenarnya, tetapi mereka banyak bertanya sampaikan perkara yang senang boleh jadi susah.

قالُوا ادعُ لَنا رَبَّكَ يُبَيِّن لَنا ما هِيَ ۚ قالَ إِنَّهُ يَقولُ إِنَّها بَقَرَةٌ لا فارِضٌ وَلا بِكرٌ عَوانٌ بَينَ ذٰلِكَ ۖ فَافعَلوا ما تُؤمَرونَ

Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”.

قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ

Mereka berkata kepada Nabi Musa: “Tolonglah doa untuk kami kepada Tuhan kamu”;

Lihatlah bagaimana mereka kata ‘Tuhan kamu’, bukan ‘Tuhan kami’. Begitulah kurang ajarnya mereka dengan Nabi dan Allah ‎ﷻ.

يُبَيِّنْ لَنَا مَا هِيَ

“Supaya Dia menjelaskan bagi kami apakah hakikat lembu betina itu?”;

Mereka hendak tahu lembu itu jenis apa dan sebagainya. Mereka tanya itu dalam nada mengada-ngada. Sebenarnya mereka tiada niat untuk buat pun.

Maka kerana mereka telah bertanya, Nabi Musa عليه السلام telah berdoa kepada Allah ‎ﷻ untuk menjelaskan apakah sifat lembu betina itu. Ada yang mengatakan Nabi Musa عليه السلام kena mendaki Bukit Thur dan bercakap sendiri dengan Allah ‎ﷻ. Setiap kali pertanyaan timbul, Nabi Musa عليه السلام kena buat begitu.

Dan apabila Nabi Musa عليه السلام berdoa meminta penjelasan, Allah ‎ﷻ telah menjelaskan apakah jenis lembu itu. Allah ‎ﷻ susahkan mereka dengan memberi kan syarat kerana mereka yang gatal sangat bertanya.

قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَا فَارِضٌ

Musa berkata: “Sesungguhnya Dia (Allah) berkata bahawasanya lembu betina itu tidak tua sangat”;

Lembu yang tua adalah dalam lingkungan 15 tahun umurnya. Maknanya, kena cari lembu yang belum sampai umur 15 tahun. Nabi Musa عليه السلام ‎menekankan sekali lagi dalam ayat ini bahawa Allah ‎ﷻ sendiri yang menjelaskan sifat lembu itu, bukan dari baginda. Lihatlah perkataan إِنَّهُ يَقُولُ.

وَلَا بِكْرٌ

“dan tidak muda sangat”;

Lembu yang muda adalah dalam lingkungan antara 2-6 tahun.

عَوَانٌ بَيْنَ ذَٰلِكَ

“Pertengahan antara tua dan muda”;

Jadi, umur lembu itu adalah dalam lingkungan 7 tahun. Sekarang sudah ada kriteria umur pula. Kalau mereka tidak bertanya, mereka boleh pilih mana-mana lembu sahaja.

فَافْعَلُوا مَا تُؤْمَرُونَ

Musa berkata: “Buat sahajalah apa yang telah diperintahkan kepada kamu”;

Maknanya, jangan tanya lagi. Buatlah dengan segera. Asalnya Allah ‎ﷻ memerintahkan sembelih lembu betina sahaja, sekarang sudah ditetapkan umur pula kerana mereka yang telah bertanya. Kalau tidak, boleh ambil sahaja mana-mana lembu betina. Maknanya, cukuplah, jangan tanya lagi, buat sahaja.

Perkataan فَافْعَلُوا bermaksud satu perbuatan yang tidak perlu fikir banyak. Jenis perbuatan yang bukan susah hendak buat. Sekarang ini, masih senang lagi – cuma cari lembu betina yang umurnya pertengahan. Kalau tadi, cuma sembelih lembu betina sahaja – senang. Tapi sekarang, sudah kena cari yang pertengahan umurnya – masih dikira senang lagi.

Sepatutnya mereka terus buat pada waktu ini. Tetapi mereka masih lagi hendak bertanya. Inilah yang dikatakan perangai buruk bangsa Yahudi dahulu. Dalam ayat seterusnya akan diterangkan apakah lagi soalan mereka.

Presuposisi 12: Separate Person from Behavior. People are More than their Actions, Words, Emotions, Roles, etc.

0

Siri Pengenalan NLP Oleh Azlizan Nueq


12. Separate person from behaviour. People are more than their actions, words, emotions, roles etc.


Asingkan seseorang itu daripada tingkahlakunya. Manusia adalah lebih daripada perbuatan, kata-kata, emosi, peranan dan sebagainya”.

Pemikiran yang tinggi mampu membezakan di antara manusia dan sikapnya. Tidaklah dia tengok orang yang bersikap buruk lalu terus membenci orang itu. Ini kerana dia mampu membezakan antara ‘diri’ dan ‘sikap’. Tetapi ini memang memerlukan pemikiran yang tinggi dan memerlukan latihan yang mendalam. Bukan senang sebab selalunya kita tengok seseorang itu, kita akan terus lihat dia secara menyeluruh.

Namun pernahkah anda menyukai seseorang walaupun dia mempunyai sifat buruk? Tentu ada, bukan? Mungkin keluarga atau sahabat rapat anda. Maknanya anda pernah melakukannya. Cuma sekarang anda kena bawa pemikiran itu kepada orang lain juga.

Perumpamaannya begini: Anda meletakkan CD ke dalam pemain CD dan lagu yang keluar adalah lagu yang anda tidak suka. Adakah itu salah CD atau salah pemain CD? Pemain CD itu tidak salah, lagu itu sahaja yang salah.

Kita kena sedar yang manusia dilahirkan sempurna. Allah ‎ﷻ sebut dalam [95:4]

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Allah telah menjadikan manusia dalam fitrah yang sempurna.

Manusia ada potensi untuk menjadi baik. Ada pemikiran yang tidak matang, tidak baik yang menjadikan mereka teruk. Ini mungkin kerana pembelajaran mereka, kerana persekitaran mereka atau apa-apa yang terjadi kepadanya yang membentuk sikapnya menjadi buruk. Tetapi dirinya sendiri sudah sempurna.

Ini memerlukan apa yang dipanggil “Unconditional Love” (Sayang Tanpa Syarat). Kita sayang seseorang bukan kerana dia telah menolong kita, dia berikan kita duit, dia cantik, dia begitu dan begini. Kita sayang dia sebab dia.

Kita biasa sahaja melakukannya. Kita sayang anak-anak kita atau bayi. Bayangkan bayi itu bukan boleh buat apa pun, tolong sedikit pun tidak. Melalak sahaja tengah malam, kencing berak merata, air liur menjejeh dari mulutnya. Tetapi kita tetap sayangkannya, bukan? Inilah unconditional love peringkat tertinggi.

Kita cuma kena bawa sikap ini kepada orang lain. Kita senang menyayangi bayi kerana Allah ‎ﷻ bantu (kalau Allah ‎ﷻ tidak membantu kita sayangkan bayi yang tidak bernilai, tidak ada orang ingin menjaga bayi baru lahir, bukan?) Tetapi dengan orang dewasa, memerlukan usaha sedikit daripada kita. Memerlukan pemikiran tahap tinggi sedikit.

Tidak salah kalau kita tidak suka dengan sikap seseorang tetapi jangan kita membenci terus keseluruhan dirinya. Kita kena bezakan sikap dan diri. Yang kita perlu lakukan adalah memandang orang lain dengan pandangan ‘rahmah’. Pandangan sayang kepadanya. Kalau dia ada sikap yang buruk, kita cuba ubah dirinya dan nasihatkannya kerana kita sayangkannya. Kalau tidak ada sayang, maka kita tidak ada keinginan hendak membaiki dirinya kerana kita hanya mahu baiki benda yang kita sayang. “Make sense so far?”

Ada pepatah yang selalu disebut: “Hate the sin but love the sinner”. Saya rasa ini menepati apa yang saya hendak sampaikan. Memang kita benci perbuatan salah tetapi janganlah hanya kerana seekor nyamuk, seluruh kelambu dibakar pula.

Kalau anak kita berbuat salah, adakah berkurangan sayang kita kepadanya? Adakah kita sampai tidak mengaku anak kepadanya? Ya, kadangkala kita marah kepada anak kita, namun sayang kita tetap ada. Itulah sikap kita kepada orang lain juga. Kita marah mereka, tetapi kita tidak benci mereka.

Jadi, ada dua perkara yang anda boleh mula lakukan selepas ini:

1. Cuba lihat setiap individu dan cuba bezakan di antara dirinya dan sikapnya. Sikap manusia boleh berubah. Berapa ramai yang tidak baik tetapi kemudian berubah menjadi baik? Kalau Nabi Muhammad ﷺ tidak melihat potensi yang ada pada Saidina Umar رضي الله عنه baginda tidak akan berdoa kepada Allah ‎ﷻuntuk memberikan iman kepada Umar رضي الله عنه.

2. Cuba amalkan sikap unconditional love. Sayang kepada orang lain bukan kerana dia ada budi, jasa dan kepentingan kepada kita. Sayangkan dirinya dia kerana dia juga adalah makhluk Allah ‎ﷻ.

Ingatlah sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ لَا يَرْحَمُهُ اللَّهُ

Maksudnya: “Siapa yang tidak mengasihi manusia, maka Allah tidak akan mengasihinya.” (Riwayat Tirmizi 1845)

Manakala terdapat satu lagi hadith yang tsiqah daripada Nabi ﷺ:

مَنْ لَمْ يَرْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ لَمْ يَرْحَمْهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ “

Maksudnya: sesiapa yang tidak menyayangi yang di bumi, dia tidak disayangi oleh Yang di langit.

Pada pendakwah kena faham sangat akan perkara ini. Selalu terjadi, kita lihat para pendakwah termasuk yang sunnah juga, benci terhadap umat Islam yang mengamalkan bidaah dan syirik. Ya, memang benar kita bencikan bidaah dan syirik, tetapi jangan dibenci yang mengamalkannya kerana kita tidak tahu kenapa dia amalkan amalan salah itu.

Mungkin kerana dia tidak tahu, mungkin kerana ibubapanya yang mengamalkannya, mungkin kerana persekitaranya. Malah mungkin ustaz yang mengajarnya amal begitu. Jadi dia terikut-ikut dengan amalan yang salah. Dia pun tidak tahu yang amalan itu salah.

Namun kita memang bencikan amalan itu. Maka kita kena nasihatkan dirinya supaya tinggalkan. Kenapa kita menasihatkannya? Ini kerana kita SAYANGkannya. Kalau kita tidak sayang, kita buat tidak tahu sahaja, bukan?

Ini satu lagi konsep penting: Kita dakwah kepada orang lain kerana kita sayangkan mereka. Bukannya kerana kita rasa kita tahu dan ada ilmu, kerana kita sudah baik, kenapa kita sahaja yang betul. Bukan. Kita dakwah kepada manusia kerana kita sayangkan mereka. Kita inginkan mereka selamat dunia dan akhirat. Kalau kita dakwah kerana hanya kerana ingin tunjuk pandai, maka tujuan dakwah sudah lari.

Tetapi bagaimana kita sayang orang lain kalau kita tidak mempunyai pandangan rahmah? Bagaimana kita hendak berdakwah kalau kita sudah awal-awal lagi bencikannya? Maka kerana itulah timbul ‘dakwah sentap’ dengan memaki, perli, kutuk, hina dan macam-macam lagi.

Anda rasa orang hendak terima dakwah anda kalau anda perli, kutuk, hina dia? Jadi kenalah tanya diri anda balik: “Aku nak dakwah dan baiki orang ini atau aku nak tinggikan diri aku dari dia kerana aku tahu dan dia tidak tahu?”

Sekian presuposisi ke 12 ini. Semoga dapat membantu kita di dalam perhubungan kita dengan manusia yang lain. Semoga dunia ini menjadi semakin indah dan harmoni dengan kita sebagai pemangkinnya. Mari kita sama-sama menjadi ‘Ambassador of Love’.

TBK 10.1.7 al Masih al Dajjal.

0

TBK 10.1 al Masih al Dajjal.

10.1.7 Kronologi sebelum munculnya Dajjal.
الأحداث قبل خروج الدجال

Hadith no 1:

عن نافع بن عتبه أبن أبي وقاص رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:« تغزون جزيرة العرب فيفتحها الله ,ثم تغزون فارس ويفتحها الله ,ثم تغزون الروم فيقتحها الله ,ثم تغزون الدجال فيفتحه الله »
(أي المكان الذي فيه الدجال والقوم الذين معه) (الراوي: نافع بن عتبة بن أبي وقاص – خلاصة الدرجة: صحيح – المحدث: مسلم – المصدر: المسند الصحيح – الرقم: 2900 )

Terjemahan :
Hadith Nafi’ bin Uthbah bin abi Waqs رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Kamu akan berperang melawan jazirah Arab dan Allah berikan kemenangan kepada kamu semua. Kemudian memerangi Parsi dan kamu pun menang. Kamu memerangi Romawi kalian pun diberikan kemenangan oleh Allah. Dan kemudian kalian berperang melawan Dajjal, Allah juga memberikan kemenangan untuk kalian (di mana Dajjal menetap dan pengikutnya).
(HR Muslim no 2900)

Hadith ini menjelaskan sebelum munculnya Dajjal, umat Muhammad ﷺ akan banyak berperang dan empat peperangan yang mega ialah:

1. Peperangan menguasai seluruh jazirah Arab. Ini terjadi di zaman Nabi ﷺ.

2. Kemudian di era Khulafa’ ar- Rasyidin, perang Parsi dan perang Rom, hingga jatuhnya dua empayar yang begitu agung, runtuhnya Tehran dan Istanbul.

3. Maka perang yang terakhir ialah perang Dajjal atau anti-kristian di mana Isa عليه السلام akan bersama tentera Islam dan juga dibantu oleh tentera kulit putih yang menolak kristian dan beriman dengan Isa عليه السلام. Perang terakhir inilah yang menjadi tanda besar kiamat.

Hadith no 2 :

عن معاذ بن جبل رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:« عمران بيت المقدس خراب يثرب,وخراب يثرب خروج الملحمة , وخروج الملحمة فتح القسطنطينية , وفتح القسطنطينية خروج الدجال

Terjemahan:
Kemakmuran Baitul Maqdis diikuti dengan pengosongan Yathrib. Pengosongan Yathrib diikuti dengan Al Malhamah, Al Malhamah dengan Penaklukan Istanbul, Penaklukan Istanbul dengan keluarnya Dajjal.

Takhrij:
الحديث رواه ابن أبي شيبة ( 7 / 491 ) وأحمد ( 5 / 245 ) وأبو داود ( 4294 ) وعلي بن الجعد في مسنده ( ص 489 ) .
كلهم : من طريق عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان عن أبيه عن مكحول عن جبير بن نفير عن مالك بن يخامر عن معاذ بن جبل.

HR Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Abu Daud dan Musnad Ali al Ju’d , semua dari jalur Thoriq Abd Rahman bin Thabit bin Tsauban dari ayahnya dari Makhuul dari Habiir bin Nafiir dari Maalik bin Yukhaamir dari Ibn Jabal .

Status hadith:
Dinilai dhaif oleh Mutaqaddimin seperti az- Zahabi (وفيه : عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان ، وهو ضعيف ، وقد عدَّ الذهبي هذا الحديث من منكراته ، كما في ” ميزان الاعتدال ” ( 4 / 265 )) kerana perawi Abd Rahman bin Thabit, juga didhaifkan oleh Daruqutni dalam Ilalnya dan Syaikh Syuaib al Arnaouth (والحديث ضعفه الشيخ شعيب الأرناؤط في تحقيقه لمسند أحمد ( 36 / 352 ) ) dalam tahqiq Musnad Ahmad.

Sahih di sisi Syaikh al-Albani dalam sahih Abu Daud.

Syarah:
Jika dhaif, maka ia tidak terpakai.
Jika sahih seperti kata al-Albani, maksudnya ia berlaku pada akhir zaman, di mana Jurusalem menjadi makmur, menjadi ibukota Israel, berhimpunnya umat Yahudi, kemudian akan berlaku kemunduran kepada Madinah atau Arab Saudi, dan berlaku pula kejatuhan Turki dan pada masa itu keluarlah Dajjal.
Kejatuhan Arab Saudi dan Turki menjadi penanda aras kepada malhamah atau perang Dajjal atau armageddon.

Hadith no 3:

Dr Muhammad al Areefi menyebut sebuah hadith riwayat Muslim:

عن ذي مخمر-رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:« ستصالحون الروم صلحا آمنا فتغزون أنتم وهم عدوا من ورائكم فتنتصرون وتغنمون وتسلمون ثم ترجعون حتى تنزلون بمرج ذي تلول فيرفع رجل من ذي النصرانية الصليب فيقول:غلب الصليب فيغضب رجل من المسلمين فبدقه فعند ذلك تغدر الروم وتجمع للملحمة.
رواه مسلم.

Takhrij:
Sebenarnya ia bukan di dalam sahih Muslim, kemungkinan silap cetakan.

[ إسناده صحيح ] أخرجه أحمد (4/91، رقم 16872) ، وأبو داود (4/109، رقم 4292) ، وابن ماجه (2/1369، رقم 4089) ، وابن حبان (15/102، رقم 6709) ، والطبرانى (4/235، رقم 4230) ، والحاكم (4/467، رقم 8298) وقال: صحيح الإسناد. وأخرجه أيضًا: ابن أبى شيبة (4/218، رقم 19449) .
قال [ مُحقق صحيح ابن حبان ] : إسناده صحيح، رجاله ثقات رجال الصحيح،

Ia riwayat Ahmad, Abu Daud, no 4292, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tabrani dan al-Haakim.

Status hadith:
Dinilai sahih oleh al-Haakim disahkan oleh az-Zahabi dan dinilai sahih oleh Ibnu Hibban dan disahihkan oleh Salim Asad, muhaqqiq sahih Ibnu Hibban. Dinilai sahih oleh Albani juga.

Terjemahan :
“Kelak kamu akan berdamai dengan Bangsa Romawi dengan perdamaian yang aman, kamu dan mereka (Rom) akan memerangi musuh yang menyerang dari belakang kamu, maka kemudian kamu dan Rom menang, mendapatkan harta ghanimah (rampasan perang) dan bangsa Romawi pun menyerah. Kemudian ketika kamu pulang dan sampai di daerah yang hijau yang subur di daerah Dzu Tulul, ada seorang lelaki dari pengikut Nasrani mengangkat salib seraya berkata, ‘Salib telah menang!’ Lalu seorang lelaki dari kaum muslimin marah mendengarnya lantas ia mematahkan salib tersebut. Maka bangsa Romawi menyalahi perjanjian damainya, dan mereka pun
mengumandangkan genderang perang”.

◾️ Tambahan dalam lafaz Abu Daud:

عَنْ حَسَّانَ بْنِ عَطِيَّةَ بِهَذَا الْحَدِيثِ وَزَادَ فِيهِ وَيَثُورُ الْمُسْلِمُونَ إِلَى أَسْلِحَتِهِمْ فَيَقْتَتِلُونَ فَيُكْرِمُ اللَّهُ تِلْكَ الْعِصَابَةَ بِالشَّهَادَةِ

Dari Hassan bin Athiyyah. Diriwayatkan hadith seperti di atas dengan tambahan matan: Rasulullah ﷺ bersabda,
“Dan kaum muslimin segera menyiapkan kembali senjata mereka lalu bertempur. Kemudian Allah memuliakan kelompok itu dengan kematian secara syahid.”
(Sunan Abu Daud no 4293, Syaikh al-Albani mensahihkan)

Hadith no 4:

وفي حديث آخر تفصيل لهذه الموقعة:
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«لا تقوم الساعة حتى ينزل الروم بالأعماق أو بدابق(*) فيخرج له جيش من المدينة من المسلمين من خيار الأرض يومئذ فإذا تصافوا أمام بعض قال الروم خلوا بيننا وبين الذين سبوا منا نقاتلهم (وهذا يدل أنه وقعت حروب سابقة بين المسلمين والروم وانتصر المسلمون وسبوا الروم وأسلم السبي وجاء يجاهد) فيقول المسلمون :لاوالله لا نخلي بينكم وبين إخواننا فيقاتلونهم فيهزم ثلث(أي من جيش المسلمين) لا يتوب الله عليهم أبداويقتل ثلث(أي من المسلمين )أفضل الشهداء عند الله ويفتتح الثلث(أي الأخير يفتح البلاد ويغنم) لا يفتنون أبدا فيفتتحون قسطنطينية وبينما هم يقتسمون الغنائم قد علقوا سيوفهم بالزيتون إذ صاح فيهم الشيطان :أن المسيح (أي الدجال) قد خلفكم في أهليكم (أي :يريد افزاعهم وتخويفهم) فيخروج (أي يتوجهون راجعين إلى الدجال) وذلك باطل (أي:يكون كلام الشيطان هذا باطل) فإذا جاؤا الشام خرج(أي:خرج المسيح الدجال )
رواه مسلم

Takhrij:
Matan asal

لا تقوم الساعة حتى ينزل الروم بالأعماق ، أو بدابق . فيخرج إليهم جيش من المدينة . من خيار أهل الأرض يومئذ . فإذا تصافوا قالت الروم : خلوا بيننا وبين الذين سبوا منا نقاتلهم . فيقول المسلمون : لا . والله ! لا نخلي بينكم وبين إخواننا . فيقاتلونهم . فينهزم ثلث لا يتوب الله عليهم أبدا . ويقتل ثلثهم ، أفضل الشهداء عند الله . ويفتتح الثلث . لا يفتنون أبدا . فيفتتحون قسطنطينية . فبينما هم يقتسمون الغنائم ، قد علقوا سيوفهم بالزيتون ، إذ صاح فيهم الشيطان : إن المسيح قد خلفكم في أهليكم . فيخرجون . وذلك باطل . فإذا جاءوا الشام خرج . فبينما هم يعدون للقتال ، يسوون الصفوف ، إذ أقيمت الصلاة . فينزل عيسى ابن مريم صلى الله عليه وسلم . فأمهم . فإذا رآه عدو الله ، ذاب كما يذوب الملح في الماء . فلو تركه لانذاب حتى يهلك . ولكن يقتله الله بيده . فيريهم دمه في حربته
الراوي: أبو هريرة المحدث: مسلم – المصدر: صحيح مسلم – الصفحة أو الرقم: 2897
خلاصة حكم المحدث: صحيح

Terjemahan:
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak akan terjadi kiamat sehingga bangsa Rom berperang di Amaq atau di Dabiq (di Syria sekarang), lalu mereka diperangi oleh tentera dari Madinah, yang merupakan sebaik-baik penduduk bumi pada waktu tersebut. Apabila mereka saling berhadapan, kaum Romawi berkata: “Biarkanlah kami memerangi golongan yang menawan kami.” Lalu kaum muslimin berkata: Tidak! Demi Allah! Kami tidak akan membiarkan kalian memerangi saudara kami.”
Maka tercetuslah peperangan. Lalu sepertiganya mengundur diri atau lari dan Allah tidak mengampuni mereka selama-lamanya, sepertiga yang lain terbunuh dan mereka merupakan sebaik-baik syuhada’ di sisi Allah. Sepertiga yang lain diberikan kemenangan dan mereka tidak ditimpa fitnah selama-lamanya. Kemudian mereka menakluk Kostantinopel. Ketika mereka sedang membahagikan harta rampasan, mereka menggantungkan pedang-pedang mereka di pokok zaitun. Kemudian syaitan berteriak kepada mereka: Sesungguhnya Al-Masih telah muncul di tengah-tengah keluarga kalian. Mereka pun keluar, dan ternyata itu hanyalah dusta.
Sewaktu mereka tiba di Syam, dia muncul. Ketika itu, mereka sedang bersiap untuk peperangan dan merapikan barisan-barisan, ketika salat ingin didirikan, lalu turunlah Isa bin Maryam عليه السلام lalu baginda mengimamkan mereka.
Apabila musuh Allah [Dajjal] melihat baginda, dia menjadi cair sebagaimana garam menjadi cair di dalam air. Seandainya dia membiarkan Dajjal, nescaya dia akan menjadi cair sehinggalah binasa. Namun Allah membunuh Dajjal melalui tangan Isa, lalu diperlihatkan bagi mereka darahnya di hujung tombaknya.”
(HR Muslim no 2897)

Fiqh Hadith:
Tentera Barat (EC + USA/Nato) ingin menguasai Syria dan membawa kembali orang kristian yang memeluk Islam dan menetap di tanah Arab, khususnya Syria dan Turki. Peperangan ini membawa kepada Malhamah al kubra atau armageddon di mana Dajjal muncul dan dibunuh oleh nabi Isa, putra Maryam عليه السلام .

Hadith no 5.
Hadith Abu Umamah رضي الله عنه:

وعن أبي إمامة الباهلي رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«إن قبل خروج الدجال ثلاث سنوات شداد يصيب الناس فيها جوع شديد يأمر الله تعالى السماء في السنة الأولى أن تحبس مطرها ويأمر الأرض أن تحبس نباتها ثم يأمر السماء في السنة الثانية فتحبس ثلثي مطرها ويظامر الأرض أن تحبس ثلثي نباتها ,ثم يأمر السماء في السنة الثالثة فتحبس مطرها كله فلا تقطر قطرة ويأمر الأرض فتحبس بناتها كاه فلا تنبت خضراء فلا يبقى ذات ظل إلا هلكت إلا ما شاء الله »(أي تموت جميع الأشجار إلا القليل منها) قيل: يا رسول الله فما يعيش الناس في ذلك الزمان؟!!قال:«التهليل والتكبير والتمجيد ويجزؤ ذلك عليهم مجزأة الطعام (رواه ابن ماجة وفي سنده مقال)

Terjemahan:
“Sebelum keluarnya Dajjal akan ada tiga tahun masa-masa sulit, pada tahun tersebut manusia ditimpa kelaparan yang sangat, ditahun pertama Allah memerintahkan langit untuk menahan sepertiga airnya, dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya, di tahun kedua Allah memerintah langit untuk menahan dua pertiga hujannya dan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya, setahun sebelum Dajjal keluar langit tidak menurunkan hujan sedikitpun, bumi juga tidak menumbuhkan tanaman sedikitpun, semua binatang musnah kecuali yang dikehendaki Allah. Dikatakan : apa yang menjadikan manusia bertahan hidup saat itu, Nabi mengatakan : at tahlil, at takbir, at tahmid, kesemua ini mencukupkan seseorang sebagaimana makanan”.
(HR Ibn Majah, ada perbahasan mengenai sanadnya)

Sanad:

عن إسماعيل بن رافع عن أبي زرعة السيباني يحيى ابن أبي عمرو [ عن عمرو بن عبد الله الحضرمي ] عن أبي أمامة الباهلي
Ibn Katsir mendhaifkan hadith ini kerana perawi Amru bin Abdullah al Hadhrami.

لراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : ابن كثير | المصدر : تفسير القرآن
الصفحة أو الرقم: 2/411 | خلاصة حكم المحدث : غريب جداً من هذا الوجه

Tafsir Ibn Katsir, tafsir surah an-Nisaa’ ayat 159, dha’if
edisi tahqiq 4/353 (Syaikh Mustafa al-Sayyid Muhammad, dan lain-lain lagi)
Hadith Ibnu Majah dari jalur Abu Umamah.
Perawi dha’if ialah Amru bin Abdullah al-hadhrami.

Tafsir Ibn Katsir, tahqiq Sami bin Muhammad al-Salamah (2:461), hadith Ibnu Majah dari Abu Umamah.

Dua perawi dhaif:
1. Abd Rahman bin Muhammad al-Muharibi, mungkarul hadith, Ibnu Ma’in

2. Ismail bin Rafi’ al-Madani, dhaif menurut Ibnu Ma’in dan an-Nasai’iy, mungkarul hadith, Ibn Abi Hatim.
Syaikh al-Albani mensahihkan dalam sahihul jaami’.

الراوي: أبو أمامة الباهلي المحدث: الألباني – المصدر: صحيح الجامع – الصفحة أو الرقم: 7875
خلاصة الدرجة: صح

Fiqh hadith:
Jika ia sahih, ia kerana peristiwa kemarau tiga tahun sebelum munculnya Dajjal. Kemungkinan ini kesan fenomena pemanasan global sekarang dan nipisnya lapisan ozon akibat pencemaran dan pelepasan gas karbon dioksida CO2.

Hadith no 6:
Hadith Rasyid bin sa’ad :

عن راشد بن سعد قال:[ لما فتحت إصطخر (*) إذا مناد ينادي :ألا إن الدجال قد خرج فلقيهم الصعب بن جثامة فقال:لولا ما تقولون لأخبرتكم إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:« لا يخرج الدجال حتى يذهل (3) الناس عن ذكره وحتى تترك الأئمة ذكره على المنابر

Takhrij:

12499 – عن راشد بن سعد قال : لما فتحت إصطخر إذا مناد ينادي : ألا إن الدجال قد خرج . قال : فلقيهم الصعب بن جثامة فقال : لولا ما تقولون لأخبرتكم أني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول : ” لا يخرج الدجال حتى يذهل الناس عن ذكره ، وحتى تترك الأئمة ذكره على المنابر ” . رواه عبد الله بن أحمد من رواية بقية عن صفوان بن عمرو ، وهي صحيحة كما قال ابن معين ، وبقية رجاله ثقات
Terjemahan:
Diriwayatkan dari Rasyid bin Saad, dia berkata, “Ketika kota Isthikor, [sekarang ialah kota Syiraz di Iran, dulu adalah pusat pemerintahan Parsi, juga dikenali dengan kota Persepolis] ditaklukkan, maka ada seseorang yang berseru, Ketahuilah, sesungguhnya Dajjal telah muncul ke dunia. Maka Shaab bin Jathamah menemui orang-orang tersebut dan mengatakan, Kalau bukan kerana ucapan kamu itu, tentu saya akan mengkhabarkan, bahawa saya telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Dajjal tidak akan muncul sampai manusia melupakannya, dan para imam di atas mimbar-mimbar tidak lagi mengingatkannya.”
(HR Ahmad, majma’ az-Zawaid no 12, 499 juga dari Abdullah putra imam Ahmad dari jalur lain, Shafwan bin ‘Amru, sahih, demikian kata Ibnu Ma’in)

Syarah:
Apabila tentera Islam menakluk Parsi (sekarang Iran), sebaik sahaja ibukotanya jatuh, iaitu Persopolis atau Ishtokhor, maka ada yang menyatakan ia tanda Kiamat (iaitu Dajjal akan muncul dari Parsi), akan tetapi ada seorang sahabat bernama al Sha’ab bin Jathamah (dari bani Umayyah dan dia wafat di Iran ketika pemerintahan Uthman) membuat koreksi, bahawa Dajjal belum keluar lagi , belum masanya lagi kerana dia mengingatkan orang ramai, bahawa Dajjal akan muncul di akhir zaman ketika manusia sudah melupakan akan amaran Rasulullah ﷺ.

Talbis Iblis: Tai’is

0

Talbis Iblis yang Keenam: Tai’is

Senjata iblis yang seterusnya adalah: Tai’is (putus asa)

Syaitan akan bisikkan supaya kita putus asa dalam kehidupan; putus asa dengan Allah ‎ﷻ.

Ini kerana syaitan hendak kita merosakkan hidup kita. Kalau sudah sakit, syaitan bisikkan: “Kau tiada harapan untuk sembuh.”

Kalau membuat dosa, syaitan akan bisikkan: “Teruk sangat dosa kau ni, Allah takkan ampunkan.”

 

💭💭

Soal Jawab

Soalan:

Adakah semua pemikiran negatif berasal daripada bisikan syaitan?

Jawapan:
Bukan semua. Ada bisikan dari ‘kawan baik’ dia, nafsu.

Soalan:

Bagaimana pula dengan kes OCD?

Jawapan:
Bisikan syaitan.

Soalan:
Adakah syaitan memanipulasi di atas titik kelemahan seseorang?

Jawapan:
Ya.

Soalan:
Adakah termasuk bisikan syaitan juga kalau banyak bagi alasan (seperti di dalam kes OCD)?

Jawapan:
Sebab sudah selalu dengar bisikan, lama-lama syaitan boleh bagi arahan.

Soalan:
Adakah berbeza tai’is untuk orang awam dengan orang lebih berilmu terutama yang bergelar daie?

Jawapan:
Kalau berilmu dan tahu hendak bezakan mana bisikan syaitan dan mana yang tidak, tentulah tidak sama. Orang berilmu patutnya tahu itu semua adalah bisikan syaitan sahaja.


Soalan:
Kenapakah apabila orang awam seperti saya menulis perkara yang agak kasar sedikit bertujuan untuk menegur orang yang berilmu, selalu orang lain akan menganggap saya salah tetapi tiada yang ingin bertanya punca yang sebenarnya?

Jawapan:
Seperti di dalam kelas malam ini pasal ingin bertanya soalan daripada orang berilmu, penanya itu sanggup tunggu gurunya keluar rumah baru tanya.

Begitulah dengan orang berilmu, kita hormati dirinya kerana Allah memang mengangkat darjat orang berilmu.


Soalan:
Saya tidak pandai hendak berseni-seni. Saya lebih suka “straight to the point”.

Jawapan:
Berseni-seni itu pun ilmu juga. Cara cakap orang tidak berilmu itu gasar, kasar dan tidak berlapik. Malulah kita kalau bercakap cara orang Badwi (orang padang pasir).


Soalan:
Tiada gunanya jika ilmu tinggi tetapi adab tiada?

Jawapan:
Ya, ilmu datang dengan adab. Malah, golongan salaf ajar adab belajar terlebih dahulu sebelum diajar ilmu.

Cuma para Ustaz tidak tekankan bab adab. Bagaikan tidak kena juga untuk ajar anak murid beradab dengan kami. Maksudnya, saya pula hendak kena ajar anak murid beradab dengan saya. Agak segan sedikit. Kami harap pelajar faham sendiri lah.

Balik kepada soalan tadi boleh “straight to the point” tetapi jangan kasar.

Contoh “straight to the point”:

Saya tidak bersetuju cara Ustaz. Harap ustaz tidak ulangi lagi perkara itu.

Talbis Iblis: Tahmeen

0

Talbis Iblis yang Kelima: Tahmeen

Senjata Iblis yang seterusnya adalah: Tahmeen. Meremehkan dosa.

Syaitan bisikkan yang dosa yang dilakukan oleh kita tidak besar pun; orang lain lagi besar dosa dia.

“Alaahh, aku ambil rasuah sikit jer; menteri ambik lagi banyak”. Namun rasuah tetap rasuah.

“Alaah, aku pegang jer tangan dia orang lain entah buat apa.”  Tetapi pegang tangan ajnabi pun dosa, bukan?

“Aku tak solat subuh jer.. ada orang tak solat langsung…”

Kita selalu bandingkan dosa kita dengan orang lain dan nampak dosa orang lain lagi besar daripada kita. Jadi kita pun relaks tetapi untuk amal ibadah, tidak pula dibandingkan dengan orang yang lagi banyak dari kita. Double standard.

 

 

 

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (UKHUWAH)

0

Bismillah..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian kesyukuran itu wajib bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Sukacita dimaklumkan bahawa dengan izin-Nya UiTO kini secara rasminya bernaung di bawah Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (No. Pendaftaran PPM-004-10-04062019) (“UKHUWAH”).

Matlamat penubuhannya seperti termaktub dalam FASAL 3 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN MALAYSIA adalah:

1. Membina hubungan baik sesama ahli, dengan menggunakan medium sosial.

2. Berkongsi pengalaman/pengetahuan sesama ahli.

3. Membuat perjumpaan tahunan/berkala bagi mengumpulkan ahli dan berkenal-kenalan.

4. Memelihara kebajikan ahli dengan menawarkan bantuan serta khidmat bimbingan yang diperlukan.

Sehubungan dengan itu UKHUWAH mengalu-alukan dan membuka pendaftaran keahlian kepada semua ahli-ahli Bilik Telegram UiTO (Panelis, Admin, Moderator, ahli bilik serta orang awam untuk menjadi ahli UKHUWAH bagi tujuan kesinambungan dakwah sunnah secara online 24/7 demi mencapai matlamat dan manfaat bersama.

Syarat-syarat keahlian
1. Warganegara: Malaysia
2. Umur minima: 18 tahun ke atas
3. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal: Semua
4. Keturunan/Bangsa: Semua
5. Jantina: Lelaki dan Perempuan
6. Agama: Islam

Bayaran Masuk/Daftar: RM10.00 (wajib bayar sekali sahaja)
Yuran Keahlian: RM20.00 setahun
Yuran Seumur Hidup : RM200.00

Yuran Pendaftaran hendaklah didepositkan ke akaun UKHUWAH (Malayan Banking Berhad No. Akaun 562058070928)

Borang keahlian boleh didapati di link berikut:

http://bit.ly/AhliUkhuwah

Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha UKHUWAH
https://t.me/NorM99
http://www.wasap.my/60192831337/ahliukhuwah
email: [email protected]

Sertai bilik kuliah online UiTO:
https://t.me/joinchat/AAAAAE34ioUwoypTrs828g

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.[ Ali ‘Imran: 104 ]

Jazaakumullahu khayran atas perhatian dan kerjasama.

Wassalam.

CHE AB RAHIM BIN MAHMOOD@CIKGU RAHIM
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
@RektorUiTO

web rasmi: uito.org

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-64 hingga Ke-66

0

Tafsir Surah Al-Baqarah
Tafsir Ayat Ke-64

ثُمَّ تَوَلَّيتُم مِن بَعدِ ذٰلِكَ ۖ فَلَولا فَضلُ اللهِ عَلَيكُم وَرَحمَتُهُ لَكُنتُم مِنَ الخاسِرينَ

Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.

ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ

Kemudian kamu berpaling juga selepas perjanjian itu;

Kerana sudah diangkat Bukit Thur atas mereka, maka mereka bersetuju untuk beramal dengan kitab Taurat kerana ketakutan melihat apa yang Allah ‎ﷻ buat itu. Dan kerana mereka telah setuju, Allah ‎ﷻ tidak hempap mereka dengannya. Tetapi selepas itu mereka tetap berpaling dari mengamalkannya.

Kedua-dua golongan daripada Bani Israil berpaling dari perjanjian itu: yang sezaman dengan Nabi Musa عليه السلام dan Bani Israil pada zaman Nabi Muhammad ﷺ. Kita kena ingat, walaupun perjanjian itu tidak diambil dengan mereka yang hidup di zaman Nabi Muhammad ﷺ, tetapi mereka tahu tentang perjanjian itu. Dan mereka tertakluk juga dengan perjanjian itu.

Dan jangan lupa yang mereka kenal dengan Nabi Muhammad ﷺ sebenarnya. Mereka tahu Nabi Muhammad ﷺ adalah Rasul yang sebenarnya. Namun mereka masih lagi berpaling, bukan kerana apa tetapi hanya kerana degil sahaja.

فَلَوْلَا فَضْلُ اللهِ عَلَيْكُمْ

Kalau tidaklah kerana kurnian Allah ke atas kamu;

Kurnia yang dimaksudkan adalah melambatkan dijatuhkan azab. Apabila berbuat syirik kepada Allah ‎ﷻ dan derhaka kepada Allah ‎ﷻ, namun Allah ‎ﷻ tidak matikan terus, tidak terus berikan azab kepada mereka. Allah ‎ﷻ biarkan sahaja dahulu. Itu adalah kurnia sebab masih memberikan peluang kepada kita untuk bertaubat.

Bukanlah bermaksud yang Allah ‎ﷻ tidak terus berikan azab itu kerana Allah ‎ﷻ redha. Namun ada juga dari masyarakat kita yang berkata, Tuhan berkenan dengan perbuatan salah yang mereka buat itu, sebab itu tidak diberikan azab. Mereka menggunakan alasan – kalau Allah ‎ﷻ tidak suka, tentu Allah ‎ﷻ sudah berikan azab kepada mereka. Padahal, sebenarnya Allah ‎ﷻ tidak berikan azab terus kerana Allah ‎ﷻ masih memberi peluang kepada mereka untuk berfikir dan bertaubat.

Allah ‎ﷻ ada juga berikan azab sedikit-sedikit kepada mereka. Tetapi Allah ‎ﷻ tidak berikan azab yang sampai menghapuskan terus keturunan mereka seperti yang terjadi kepada Kaum Aad dan Tsamud.

Perkataan فَضْلُ bermaksud sesuatu pemberian yang lebih dari yang sepatutnya. Sebagai contoh, jikalau seseorang minta satu benda, tetapi kita berikannya tiga benda. Memang Allah ‎ﷻ banyak memberi kurniaan yang berlebihan kepada kita.

Kurniaan Allah ‎ﷻ kepada Yahudi adalah mereka telah diampunkan dosa-dosa mereka dan mereka juga telah diberikan Rasul dan Nabi yang banyak. Jadi Allah ‎ﷻ hendak beritahu kepada mereka, kalau tidak kerana kurniaan-Nya kepada mereka, maka mereka akan terus menjadi orang yang sesat. Maka mereka kenalah ikut Nabi Muhammad ﷺ.

وَرَحْمَتُهُ

dan suatu rahmat dariNya,

Rahmat itu maksudnya dikekalkan kitab Taurat dengan mereka. Allah ‎ﷻ tidak tarik nikmat Kitab itu daripada mereka walaupun mereka telah tidak beramal dengannya. Macam kita sekarang, walaupun ramai tidak tahu apakah yang al-Qur’an sampaikan dan tidak beramal dengannya, tidaklah Allah ‎ﷻ tarik al-Qur’an ini dari kita lagi.

لَكُنْتُمْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

nescaya kamu pasti akan jadi dari golongan yang paling rugi

Kalau tidak kerana rahmat Allah ‎ﷻ ke atas mereka, tentulah mereka akan rugi apabila mereka mati nanti; selagi tidak mati, maka tidak rugi lagi. Tunggulah azab di neraka kelak.

Tafsir Ayat Ke-65

Keburukan kedua mereka adalah helah mereka dalam syariat.

وَلَقَد عَلِمتُمُ الَّذينَ اعتَدَوا مِنكُم فِي السَّبتِ فَقُلنا لَهُم كونوا قِرَدَةً خاسِئينَ

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.

وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَوْا مِنْكُمْ

Dan sesungguhnya kamu tahu orang-orang yang melampaui batas antara kamu;

Allah ‎ﷻ mengingatkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh tok nenek mereka dahulu. Memang mereka tahu sejarah apa yang terjadi zaman dahulu jadi Allah ‎ﷻ hanya mengingatkan mereka sahaja. Mereka memang belajar sejarah bangsa mereka dengan bersungguh-sungguh. Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan mereka tentang apakah yang terjadi kepada mereka yang melanggar perjanjian.

فِي السَّبْتِ

pada hari Sabtu;

Ini adalah cerita tentang Yahudi selepas zaman Nabi Musa عليه السلام. Ia berlaku di zaman Nabi Daud عليه السلام. Ia tentang satu golongan nelayan yang telah menangkap ikan pada hari Sabtu. Kisah ini ada dalam [ A’raf:163 ]. Mereka telah diperintahkan oleh Tuhan untuk tidak berbuat apa-apa kerja pada hari Sabtu kerana hari itu adalah hari untuk mereka beribadat.

Larangan itu sampai memasak pun tidak boleh. Kerana itu adalah hari besar mereka dan mereka kena tumpukan perhatian kepada ibadah sahaja. Alhamdulillah kita tidak dikenakan syariat seperti itu, walaupun hari besar kita adalah hari Jumaat, tetapi kita masih lagi boleh membuat kerja. Cuma kena pergi solat Jumaat selama dua jam sahaja.

Jadi, mereka memang tidak boleh membuat kerja pada hari Sabtu langsung. Tetapi ikan-ikan telah timbul dengan banyak di lautan pada hari Sabtu. Mereka nampak ikan-ikan itu sampai tidak sabar kerana mereka nampak itu peluang untuk mendapat duit yang banyak.

Jadi, mereka telah membuat jerat pada hari Jumaat supaya ikan-ikan masuk dalam jerat pada hari Sabtu. Dan mereka angkat ikan-ikan itu pada hari Ahad. Mereka menggunakan alasan bahawa mereka tidak bekerja pada hari Sabtu itu. Apabila mereka buat begitu, sebenarnya mereka hendak membuat helah dan menipu Allah ‎ﷻ.

Sama juga macam kita yang cuba hendak menipu Allah ‎ﷻ. Contohnya, kita tidak boleh pergi ke kenduri kahwin yang ada persandinga kerana ia adalah perbuatan syirik – menyerupai amalan penganut Hindu menyembah dewa mereka. Namun ada juga yang pergi ke majlis sebegitu dengan mengatakan mereka tidak tengok majlis sanding itu, mereka hanya makan sahaja. Itu pun boleh dikira menipu Allah ‎ﷻ juga.

Sama juga alasan bagi mereka yang berkata: “Kami tak pergi Majlis Tahlil… kami pergi makan sahaja.” Sama sahaja dengan alasan yang diberikan oleh golongan Yahudi terdahulu.

فَقُلْنَا لَهُمْ

Maka Kami titah kepada mereka:

Ini adalah titah dalam bentuk azab kepada mereka. Ini adalah kerana kedegilan mereka dan sangkaan mereka yang mereka boleh membuat helah dengan Allah ‎ﷻ.

كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ

Jadilah kamu kera yang hina dina;

Oleh kerana kesalahan mereka itu, mereka telah ditukar menjadi kera selama tiga hari. Memang mereka menjadi kera betul, bukan perangai mereka sahaja macam kera. Selepas tiga hari, mereka mati.

Tetapi, ada pula yang mengambil dari cerita ini untuk mengatakan yang manusia dijadikan dari kera pula. Ini tidak masuk akal kerana semua mereka yang menjadi kera itu telah mati selepas tiga hari. Badan mereka sahaja yang bertukar menjadi kera, tetapi akal mereka masih akal manusia.

Namun kisah ini tidak boleh dipakai kerana ia adalah kisah Israiliyat. Sedangkan ada hadith Nabi ﷺ memberitahu yang mana-mana manusia yang ditukar menjadi makhluk lain, mereka hanya hidup selama tiga hari sahaja. Jadi mereka itu tidak ada baka sebenarnya. Allah ‎ﷻ jadikan sebegini supaya ia menjadi pengajaran kepada Yahudi yang lain.

Ada yang membuat kesalahan ini dan ada yang tengok sahaja. Ada juga yang menegur perbuatan mereka itu. Kerana selalu tegur, golongan yang melihat sahaja pun marah kepada golongan yang menegur itu. Yang pasti, mereka yang membuat salah itu telah menjadi kera. Tetapi khilaf di kalangan ulama’, sama ada mereka yang tengok tidak menegur itu bertukar menjadi kera juga ataupun tidak. Yang pasti, mereka yang menegur itu selamat dari ditukar menjadi kera.

Walaupun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan mereka berperangai seperti kera dan bukanlah ditukar sampai menjadi kera. Mereka dikatakan menjadi kera kerana isyarat kepada kera yang sejenis binatang yang tidak kisah tentang halal haram. Seperti mereka juga.

Tafsir ayat Ke-66

فَجَعَلناها نَكالًا لِما بَينَ يَدَيها وَما خَلفَها وَمَوعِظَةً لِلمُتَّقينَ

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

فَجَعَلْنَاهَا نَكَالًا

Maka Kami jadikan seksaan kepada mereka itu sebagai satu peringatan

Kalimah نكل bermaksud sesuatu yang melarikan, menjauhkan. Maka penukaran kepada kera itu menjadi satu teladan supaya manusia selepas itu akan menjauhkan diri dari melakukan kesalahan yang sama supaya kita takut untuk berbuat dosa yang sama.

لِمَا بَيْنَ يَدَيْهَا

bagi orang yang ada pada masa itu;

Mereka yang melakukan kesalahan dan telah ditukar kepada kera itu tinggal berdekatan dengan laut – kerana kesalahan mereka itu menangkap ikan. Bermakna, kerja mereka adalah sebagai nelayan. Jadi, manusia selalunya akan lalu berdekatan dengan laluan air, maka ramailah yang boleh melihat takdir Allah ‎ﷻ kepada mereka itu.

وَمَا خَلْفَهَا

dan orang-orang yang akan datang kemudian

Bukan mereka yang hidup sezaman dengan mereka yang ditukar sahaja yang boleh mengambil pengajaran, tetapi mereka-mereka yang selepas itu juga. Kita termasuk dalam yang disebut kerana kita sekarang sedang membaca kisah mereka sebagai teladan bagi kita.

وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ

dan sebagai satu nasihat yang amat berguna kepada-orang orang yang bertaqwa.

Kalau kita bertaqwa, kita juga akan mengambil pengajaran ini sebagai nasihat yang penting untuk kita. Janganlah kita menggunakan helah dalam agama. Ia adalah satu perbuatan yang amat buruk sekali.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan