Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Tai’is

Talbis Iblis: Tai’is

323
0
Iklan

Talbis Iblis yang Keenam: Tai’is

Senjata iblis yang seterusnya adalah: Tai’is (putus asa)

Syaitan akan bisikkan supaya kita putus asa dalam kehidupan; putus asa dengan Allah ‎ﷻ.

Ini kerana syaitan hendak kita merosakkan hidup kita. Kalau sudah sakit, syaitan bisikkan: “Kau tiada harapan untuk sembuh.”

Kalau membuat dosa, syaitan akan bisikkan: “Teruk sangat dosa kau ni, Allah takkan ampunkan.”

 

💭💭

Soal Jawab

Soalan:

Adakah semua pemikiran negatif berasal daripada bisikan syaitan?

Jawapan:
Bukan semua. Ada bisikan dari ‘kawan baik’ dia, nafsu.

Soalan:

Bagaimana pula dengan kes OCD?

Jawapan:
Bisikan syaitan.

Soalan:
Adakah syaitan memanipulasi di atas titik kelemahan seseorang?

Jawapan:
Ya.

Soalan:
Adakah termasuk bisikan syaitan juga kalau banyak bagi alasan (seperti di dalam kes OCD)?

Jawapan:
Sebab sudah selalu dengar bisikan, lama-lama syaitan boleh bagi arahan.

Soalan:
Adakah berbeza tai’is untuk orang awam dengan orang lebih berilmu terutama yang bergelar daie?

Jawapan:
Kalau berilmu dan tahu hendak bezakan mana bisikan syaitan dan mana yang tidak, tentulah tidak sama. Orang berilmu patutnya tahu itu semua adalah bisikan syaitan sahaja.


Soalan:
Kenapakah apabila orang awam seperti saya menulis perkara yang agak kasar sedikit bertujuan untuk menegur orang yang berilmu, selalu orang lain akan menganggap saya salah tetapi tiada yang ingin bertanya punca yang sebenarnya?

Jawapan:
Seperti di dalam kelas malam ini pasal ingin bertanya soalan daripada orang berilmu, penanya itu sanggup tunggu gurunya keluar rumah baru tanya.

Begitulah dengan orang berilmu, kita hormati dirinya kerana Allah memang mengangkat darjat orang berilmu.


Soalan:
Saya tidak pandai hendak berseni-seni. Saya lebih suka “straight to the point”.

Jawapan:
Berseni-seni itu pun ilmu juga. Cara cakap orang tidak berilmu itu gasar, kasar dan tidak berlapik. Malulah kita kalau bercakap cara orang Badwi (orang padang pasir).


Soalan:
Tiada gunanya jika ilmu tinggi tetapi adab tiada?

Jawapan:
Ya, ilmu datang dengan adab. Malah, golongan salaf ajar adab belajar terlebih dahulu sebelum diajar ilmu.

Cuma para Ustaz tidak tekankan bab adab. Bagaikan tidak kena juga untuk ajar anak murid beradab dengan kami. Maksudnya, saya pula hendak kena ajar anak murid beradab dengan saya. Agak segan sedikit. Kami harap pelajar faham sendiri lah.

Balik kepada soalan tadi boleh “straight to the point” tetapi jangan kasar.

Contoh “straight to the point”:

Saya tidak bersetuju cara Ustaz. Harap ustaz tidak ulangi lagi perkara itu.

Komen dan Soalan