Utama Blog Halaman 62

Konvensyen UiTO Ke-5 2019: Prosiding Konvensyen Ke-5 2019 – Wasiat & Keluarga

0

Wasiat & Keluarga

Penulis: Puan Areena A Rahman

Jurulatih dan Motivator

Jangan biarkan pusaka terbeku. Jangan biarkan harta pusaka direbut. Jangan biarkan harta pusaka menyebabkan waris berdosa termakan hak orang lain. 

5 Kebaikan Merancang Legasi

  1.  Cepat mula dan selesai
  2.  Hutang dibayar
  3.  Harta dapat dimanfaatkan 
  4.  Waris tidak termakan harta bathil
  5.  Keluarga kekal harmoni

Kupasan dan info selanjutnya akan dibentangkan oleh Puan Areena dalam Konvensyen UiTO Ke-5 2019. 

Jadilah 100 peserta terawal untuk mendaftar sebagai Peserta Konvensyen UiTO Ke-5 2019 dan milik Buku Prosiding Konvensyen dan cenderahati Edisi Khas dari UiTO. 

Sila klik link untuk mendaftar:

https://t.me/KonvensyenUiTO2019

 

 

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-165 hingga Ke-167

0

Tafsir Surah Al-Baqarah 
Tafsir Ayat Ke-165

Ayat zajrun, iaitu ayat ancaman daripada Allah‎ ﷻ. . Ini adalah kepada mereka yang tidak menggunakan akal dan hati mereka untuk berfikir.

وَمِنَ النّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دونِ اللَّهِ أَندادًا يُحِبّونَهُم كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذينَ آمَنوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَو يَرَى الَّذينَ ظَلَموا إِذ يَرَونَ العَذابَ أَنَّ القُوَّةَ لِلَّهِ جَميعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَديدُ العَذابِ

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya milik bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا

Ada juga di antara manusia yang mengambil pujaan-pujaan lain selain daripada Allah ‎ﷻ.

Dalam ayat sebelum ini telah disebutkan jasa-jasa Allah ‎ﷻ. Maka, kalau Allah ‎ﷻ sahaja yang berjasa, maka puja Allah ‎ﷻlah sahaja sepatutnya. Namun ada yang puja juga selain Allah ‎ﷻ. Apabila disebut ‘selain Allah’, ada empat perkara yang mereka puja selain Allah ‎ﷻ iaitu: Roh Nabi, Wali, Jin, Malaikat.

Perkataan أَنْدَادًا bermaksud benda yang mereka puja sama seperti Allah ‎ﷻ. Kalimah ini asalnya bermaksud ‘tandingan’. Sembahan-sembahan itu menjadi tandingan kepada Allah ‎ﷻ pula. Sedangkan Allah ‎ﷻ tidak ada tandingan. Mereka percaya ada sedikit sebanyak kuasa Allah ‎ﷻ yang ada pada pujaan mereka itu. Mereka ganti Allah ‎ﷻ dengan أَنْدَادًا dalam sesetengah perkara.

يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ

Mereka sayang kepada pujaan-pujaan mereka itu seperti mereka sayang kepada Allah;

Mereka bukan puja sahaja tetapi mereka kasih kepada pujaan mereka itu. Mula-mula tidak begitu, namun lama kelamaan jadi begitu. Sebagai contoh, ibadah iktikaf. Iktikaf di masjid dilakukan adalah ibadah untuk Allah ‎ﷻ di masjid tetapi ada yang bertapa di kubur tok wali, yang tawaf kubur wali pun ada kerana mereka sayang sangat kepada tok wali itu.

Antara pujaan yang dimaksudkan adalah tok guru mereka, guru-guru mereka dan ustaz-ustaz mereka. Apabila ayat Al-Qur’an dibawakan kepada mereka, mereka tolak hujah ayat-ayat Al-Qur’an itu dan mereka bawa hujah tok guru mereka. Mereka kata ‘guru kami kata begini dan begitu’.

Ini dipanggil ‘syirik tok guru’. Sebagai contoh, apabila kita beritahu bahawa tauhid itu kena berdoa kepada Allah ‎ﷻ sahaja, mereka akan jawab: “takkanlah tok guru-tok guru itu salah, mereka pun pandai juga”. Mereka kata lagi: “takkan guru mereka itu nak masuk neraka” dan berbagai-bagai lagi alasan yang mereka berikan. Mereka kata ada tok guru yang kata boleh pakai perantaraan (tawassul).

Ini juga dinamakan shirk fi hubb (syirik dalam kecintaan). Mereka lebih cintakan benda lain dan makhluk lain lagi daripada Allah ‎ﷻ. Apabila هُمْ dimasukkan dalam perkataan يُحِبُّونَهُمْ itu, ia bermaksud yang dicintai itu adalah benda-benda yang tidak bernyawa dan bernyawa sekali. Kalau hanya merujuk kepada benda-benda yang tidak bernyawa, perkataan yang digunakan adalah يحبونها.

Kita sepatutnya sayang Allah ‎ﷻ dalam hati kita. Namun masalahnya, banyak antara kita yang membezakan antara intelek dan sayang. Kita tahu sesuatu itu benar, tetapi tidak masuk ke dalam hati kita. Sebab itu orientalis yang belajar tentang Allah ‎ﷻ dan agama Islam, tidak masuk Islam. Mereka cuma belajar sahaja tentang Islam, tetapi mereka tidak sayang kepada Islam kerana cinta tidak masuk ke dalam hati mereka. Kerana itulah dalam bab ibadah, ia adalah perbuatan yang dilakukan kepada sesuatu yang kita cintai. Maka kita sembah Allah ‎ﷻ dengan perasaan cinta kepada-Nya.

وَالَّذينَ آمَنوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

Dan orang-orang yang beriman lebih sayang kepada Allah;

Bagaimana pula sifat orang mukmin? Tidak ada yang lain yang mereka lebih sayang lebih daripada Allah ‎ﷻ. Apabila dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an kepada mereka dan diterangkan apakah maksudnya, mereka senang untuk terima.

Apakah tanda cinta? Sesiapa yang mencintai sesuatu/seseorang, mereka akan sentiasa menyebut-nyebutnya. Apakah yang kita selalu sebutkan dalam hidup kita? Adakah sukan, fesyen, filem, politik, teknologi? Apa yang kita selalu sebutkan itulah yang kita sayangkan sangat. Kalau kita sentiasa menyebut-nyebut perkara itu selain daripada Allah ‎ﷻ, maka kita sayangkan perkara itu lebih daripada Allah ‎ﷻ.

وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ

Dan ketika orang-orang yang buat syirik itu, melihat api neraka

Inilah ayat zajrun. Ini adalah ancaman kepada orang yang degil. Kalaulah orang yang membuat syirik itu boleh nampak apa yang mereka akan terima.

أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

tahulah mereka bahawa kekuatan itu hanya milik Allah semua sekali.

Apabila nampak azab di hadapan mata, barulah nanti orang-orang yang berbuat syirik itu akan nampak kekuatan Allah ‎ﷻ kerana waktu itu tidak ada pelindung lagi selain daripada Allah ‎ﷻ. Pujaan mereka semasa mereka hidup di dunia dahulu, seperti Roh Nabi, wali, jin dan malaikat tidak dapat menolong mereka langsung.

Semasa mereka di dunia, mereka tidak menggunakan akal mereka yang sihat untuk melihat kekuatan Allah ‎ﷻ. Macam seorang budak yang tidak takut kepada polis sebab tidak nampak polis tetapi apabila mereka ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap, barulah mereka nampak takut dan rasa hendak terkincit. Begitulah juga manusia yang melakukan syirik di akhirat kelak. Mereka akan nampak kekuatan Allah ‎ﷻ pada waktu itu.

وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

dan Allah itu sangat keras azab yang Dia akan beri.

Mereka akan dikenakan dengan azab yang amat keras. Namun pada waktu itu sudah terlambat kerana mereka hanya nampak azab itu apabila di akhirat kelak. Waktu itu sudah terlambat untuk melakukan apa-apa. Maka di dunia inilah kita hendak bersedia dan melakukan amal yang benar. Hendaklah belajar supaya kita dapat kefahaman yang tepat seperti kehendak Allah ‎ﷻ.

Tafsir Ayat Ke-166

Ini pula adalah berkenaan tok guru yang mengajar ilmu salah. Segala perbuatan salah dalam agama dan amalan selalunya bukanlah anak murid buat sendiri, tetapi diajar oleh guru-guru dan pemimpin yang sesat.

Mereka ikut sahaja apa yang diajar kepada mereka tanpa usul periksa. Sekarang Allah ‎ﷻ hendak menceritakan apakah yang pemimpin-pemimpin itu akan kata di akhirat kelak.

إِذ تَبَرَّأَ الَّذينَ اتُّبِعوا مِنَ الَّذينَ اتَّبَعوا وَرَأَوُا العَذابَ وَتَقَطَّعَت بِهِمُ الأَسبابُ

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا

Ketika pemimpin-pemimpin ajaran sesat itu melepaskan diri;

Yang dimaksudkan dengan pemimpin-pemimpin itu adalah guru-guru yang mengajar ajaran yang salah kepada anak-anak murid mereka. Mereka mengajar bukan ilmu dari Al-Qur’an dan sunnah.

Banyak yang menggunakan kitab karangan manusia sahaja. Tidak tentu betul kitab-kitab itu. Umat sepatutnya belajar Al-Qur’an dan Hadith terlebih dahulu baru boleh belajar kitab-kitab yang lain.

Ini kerana apabila mereka sudah mahir dengan Al-Qur’an dan Hadith, mereka akan dapat menilai sama ada kata-kata manusia itu betul atau tidak.

Malangnya kita sekarang dalam zaman yang hanya mengikut tanpa usul periksa. Hanya apabila seseorang ustaz itu terkenal, ramai pengikut, sudah masuk tv, masyarakat kita akan pandang mereka sebagai hujah utama mereka. Bukan Al-Qur’an dan sunnah lagi yang mereka ikut, tetapi manusia.

Masalahnya, mengikut orang ini pun satu masalah yang besar dalam masyarakat kita. Bukan dalam hal agama sahaja. Dalam hal kehidupan pun begitu juga kerana ada yang tidak kisah pun hal agama dan pemimpin mereka bukanlah ikutan-ikutan mereka dalam agama.

Sebagai contoh, yang muda hanya menjadikan artis-artis sebagai model kehidupan mereka. Padahal artis-artis itu kebanyakannya tidaklah mempunyai akhlak yang baik untuk diikuti.

Namun itulah yang terjadi sekarang. Amat menakutkan apakah yang akan terjadi kepada mereka. Kadang-kadang mereka mengikut orang lain adalah kerana mereka takut mereka dilihat ganjil dalam masyarakat.

Mereka takut kalau mereka berpakaian lain daripada orang lain. Mereka takut kalau mereka bertudung dan menutup aurat, orang akan melihat mereka pelik.

Begitulah juga dalam hal agama. Ramai yang takut kalau mereka tidak pergi kenduri yang ada majlis bersanding, orang akan kutuk mereka.

Mereka takut kalau mereka tidak pergi ke Majlis Tahlil, nanti apa orang akan kata. Mereka takut mereka dikatakan tidak bergaul dengan masyarakat.

Mereka sanggup melakukan perkara syirik, hanya supaya mereka dianggap sebahagian daripada masyarakat. Itulah sebabnya mereka mengikut ustaz itu, ustaz ini, imam itu dan imam ini.

Macam sekarang, yang popular adalah golongan Habib yang entah datang dari mana, sebab dahulu tidak ada. Maka golongan inilah yang mereka ikuti dan sanjungi. Nanti orang-orang yang mereka ikuti itu akan berlepas diri dari mereka.

مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا

daripada orang-orang yang mengikutinya;

Iaitu anak-anak murid mereka yang mereka ajar dahulu semasa di dunia. Anak-anak murid itu hanya ikut sahaja membuta-tuli.
Guru-guru sesat dan pemimpin itu berlepas diri dari bertanggungjawab.

Dia kata bukan dia yang paksa anak-anak murid dia ikut sesat macam dia. Dia kata anak-anak murid itu sahaja yang sesat sendiri kerana ada dia ajak juga tetapi ada yang tidak ikut pun.

وَرَأَوُا الْعَذَابَ

ketika mereka melihat api neraka;

Kedua-dua pihak akan melihat api neraka itu – yang mengikut dan juga yang kena ikut. Apabila tengok sahaja api neraka, tok guru itu melepaskan diri daripada anak-anak murid mereka.

وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ

dan putuslah pertalian antara mereka;

Waktu itu, terputus segala hubungan antara mereka. Tidak ada lagi hubungan antara guru dan murid. Putus sudah hubungan kasih sayang antara mereka.

Dahulu semasa di dunia, anak murid itu puja dan sanjung guru dia sampai sujud pun ada. Dia puji dan angkat melambung – guru itu cahaya lah, boleh buat itu dan ini lah, guru dia hafal itu dan ini dan macam-macam lagi yang mereka puji. Namun, sudah tidak berlaku di akhirat nanti.

Pada hari itu, bukan sahaja antara guru dan murid, tetapi juga antara suami dan isteri. Antara ibu dan anak.

Tafsir Ayat Ke-167

Apa pula kata pengikut mereka yang sesat? Mereka itu telah sesat kerana telah mengikut guru mereka yang sesat.

وَقالَ الَّذينَ اتَّبَعوا لَو أَنَّ لَنا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنهُم كَما تَبَرَّءوا مِنّا ۗ كَذٰلِكَ يُريهِمُ اللَّهُ أَعمالَهُم حَسَراتٍ عَلَيهِم ۖ وَما هُم بِخارِجينَ مِنَ النّارِ

Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!” Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا

Dan berkata orang-orang yang mengikuti;

yang mengikuti tok guru ajaran salah semasa di dunia.

لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً

“Kalaulah kami ada peluang untuk kembali semula ke dunia”

Ini adalah khayalan semata-mata. Tidak akan akan ada peluang untuk kembali ke dunia. Banyak sekali ayat-ayat dalam Al-Qur’an berkenaan mereka yang menyesal dan hendak pulang ke dunia kembali. Namun ini tidak mungkin kerana dunia telah hancur.

Allah ‎ﷻ hendak beritahu, eloklah buat kebaikan dan jaga agama semasa hidup ini lagi, kerana sudah tidak ada peluang kedua di akhirat. Jangan ambil mudah tentang agama – ada ustaz itu kata ini boleh, itu boleh, kamu terus ikut sahaja. Nanti kamu menyesal tidak sudah.

فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ

tentu kami akan melepaskan diri daripada mereka

Iaitu daripada guru-guru mereka atau ikutan-ikutan mereka semasa di dunia dahulu.

كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا

sepertimana mereka sekarang melepaskan diri dari kami pada hari ini

Kejadian ini terjadi di Padang Mahsyar. Mereka ingat guru-guru itu akan membela mereka, tetapi tidak. Guru-guru itu pun ada masalah mereka sendiri.

كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ

Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka itu

Allah ‎ﷻ cerita sebab hendak beritahu betapa mereka amat menyesal. Amalan-amalan mereka dahulu, mereka amat bangga. Mereka amalkan setiap hari. Mereka rasa bangga sebab mereka dapat belajar amalan itu yang guru mereka beri khas kepada mereka.

Dia pun tidak tahu dari mana amalan itu asalnya, tetapi bila guru dia bagi, dia berasa bangga sungguh. Dia amalkan sampai tidak tidur malam. Kalau ada orang tegur amalan dia salah, melenting dia. Macam-macam kata nista dia akan keluarkan untuk mempertahankan amalan salahnya itu.

Namun apa akan jadi dengan amalannya itu?

حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ

menjadi bahan penyesalan ke atas mereka;

Mereka akan menyesal kerana belajar daripada guru yang salah itu yang telah mengajar mereka amalan-amalan yang salah. Antaranya guru-guru itu mengajar cara melakukan tawassul yang mereka kata baik.

Allah ‎ﷻ akan tunjukkan kepada mereka amalan-amalan yang salah semasa di dunia dahulu sebagai salah satu seksa kepada mereka. Sudahlah diseksa dengan bahan api dan pukulan dan sebagainya, ditambah lagi dengan seksaan mental dengan ditunjukkan apakah perbuatan mereka yang menyebabkan mereka masuk neraka itu.

Perkataan حَسَرَاتٍ itu bukan sahaja bermaksud ‘menyesal’ tetapi menyesal dan menyesal dan menyesal tanpa sudah.

وَمَا هُمْ بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

Dan mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka.

Penyelesalan mereka itu tidak akan dapat mengeluarkan mereka dari neraka. Kalau di dunia, ada orang yang buat salah dan menyesal dengan kesalahan mereka, kita akan lembut hati dan beri mereka peluang. Namun ini tidak akan berlaku di neraka nanti.

Allahu a’lam.

TBK 10.2.7 Turunnya Nabi Isa اليه السلام

0

TBK 10.2 Turunnya Nabi Isa
(نزول عيسى بن مريم عليه السلام)

10.2.7 Status Nabi Isa عليه السلام

Bahagian 1:
Status nabi Isa عليه السلام, jika tidak dibunuh, apakah baginda sudah wafat atau bagaimana kehidupannya?
(وماقتلوا عيسى عليه السلام ولكن شبه لهم)
وما قتلوة

عيسى عليه السلام لم يمت وإنما رفعه الله إليه وهنا آيات يشتبه معناها على بعض الناس ومنها قوله عزو جل :

1- { إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا}(1) وقوله عز وجل{ إِنِّي مُتَوَفِّيكَ } التوفي هنا بمعنى :النوم ليس بمعنى الموت ,كما قال عز وجل{ الله يتوفى الأنفس حين موتها والتى لم تمت في منامها }(2)

وقولة عز وجل:{ وهو الذي يتوفاكم بالليل }(3)

والقول الثاني:{ إنى متوفيك} يعني حائزك وقابضك إلي

وتقول العرب: توفى فلان دينه من فلان إذا قبضه وحاوه.ولا مانع من الجمع بين القولين


Bahagian 2:
Mereka (Yahudi atau Romawi) tidak membunuh Isa al masih, yang sebenarnya Allah ﷻ, mengangkatnya ke langit, cuma ada syubhah mengenai naik ke langit ini, dan kesudahannya sejak 2000 tahun ini apakah yang terjadi kepada nabi Isa عليه السلام?

Firman Allah ﷻ,

إِذْ قَالَ اللّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُواْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

“(Ingatlah), ketika Allah berfirman: “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya kepada Aku-lah kembalimu, lalu Aku memutuskan di antaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya”
[Ali ‘Imran : 55]

Maksud ( إِنِّي مُتَوَفِّيكَ ) = aku mematikan kamu, menurut Ibnu ‘Abbas dan Qatadah, ia bermaksud mematikan nabi Isa عليه السلام. Manakala majoriti mengatakan ia bermaksud nabi Isa عليه السلام cuma ditidurkan sahaja.

Sebagaimana ayat lain:

:”وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُم بِاللَّيْلِ

“Dan Dialah yang menidurkan kalian di malam hari”
[Al-An’am: 60]

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya”
[Az-Zumar: 42]

Kalimah tawaffi (التوفي) adalah tidur bukan wafat yang hakiki.


Bahagian 3:
Apakah Umat Kristian akan menerima dan beriman dengan kedatangan kali kedua nabi Isa عليه السلام?

قوله عز وجل :{ وإن من أهل الكتاب إلا ليؤمنن به قبل موته ويوم القيامة يكون عليهم شهيدا(159)} (4)

وقولة عز وجل:{ قبل موته} ,أي بعد نزول عيسى عليه السلام في آخر الزمان لا يبقى أحد من أهل الكتاب إلا آمن به قبل أن يموت عيسى بعد نزوله, للأن عيسى لا يقبل إلا الإسلام ولا يحل لكافر يجد نفسه إلا مات(5)

وقيل:{ قبل موته}أي قبل موت الرجل من أهل الكتاب فكل من حضره الموت من أهل الكتاب تبين له عند الموت أن عيسى عبد رسول بشر وليس إلها ,فيصدق الرجل الكتابي بذلك قبل أن يموت وإن كان هذا الإيمان لا ينفعه لأن التوبة لا تصح بعد غرغرة الروح.

Firman Allah ﷻ,

وَإِن مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِۦ قَبْلَ مَوْتِهِۦ ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا ﴿١٥٩﴾

“Tidak ada seorangpun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Nabi Isa عليه السلام) sebelum kematiannya.
Dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka.”
[An-Nisa’: 159]

‘Sebelum kematian’ ada dua maksud:
1. Turunnya nabi Isa عليه السلام kali kedua (second coming of Jesus Christ), semua orang kristian akan beriman semuanya dengan nabi Isa عليه السلام sebelum kewafatannya selama 40 tahun berada di bumi.

2. ‘Sebelum kematian’ juga bermaksud, setiap orang Kristian tidak akan mati melainkan mereka semuanya akan beriman dengan nabi Isa عليه السلام mati dalam iman. Bayangkan jika ketika nabi Isa عليه السلام turun, ada 4 bilion umat Islam, dan kesemuanya akan beriman dengan nabi Isa عليه السلام dan akan ikut syariat Islam.


Bahagian 4:
Perbezaan kehidupan nabi Isa عليه السلام dan nabi yang lain عليهم السلام yang hidup dalam kuburnya.

سؤال / ما الفرق بين حياة غيسى وحياة الأنبياء ؟أليس الأنبياء أحياء كما قال صلى الله عليه وسلم <<الأنبياء أحياء في قبورهم>>(6)؟

جواب / حياة عيسى عليه السلام الآن وهو مرفوع في السماء حياة حقيقية جسدا وروحا وأما حياة الأنبياء فهي حياة برزخيه من نوع خاص لكن عيسى لم يمت حتى يدخل البرزخ والقبر وهو عند الله جسدا وروحا في السماء وأما بقية الأنبياء – عليهم السلام – فقد عاينوا سكرات الموت وانفصلت أرواحهم عن أجسادهم ولهم حياة خاصة بهم في القبور
قال صلى الله عليه وسلم <<الأنبياء أحياء في قبورهم (قال الحافظ في فتح (6/487) أخرجه البيهقى في كتاب حياة الأنبياء في قبورهم وصححه)

Hadith “Para nabi hidup dalam kubur- kubur mereka.”
[HR Al-Baihaqi, beliau mensahihkannya, dinukil oleh al-Hafidz dalam al Fath, 6:487]

Maksud nabi Isa عليه السلام hidup dengan hidupnya nabi-nabi yang lain عليهم السلام ialah nabi Isa عليه السلام hidup secara hakiki bersama jasad dan rohnya. Manakala para nabi yang lain عليهم السلام, adalah kehidupan di alam barzakh. Manakala nabi Isa al masih belum wafat, jasad dan roh baginda di sisi Allah ﷻ. Adapun nabi-nabi lain عليهم السلام melalui proses kematian biasa, sakaratul maut dan roh terpisah dari jasad dan mereka hidup dalam keadaan yang tidak diketahui sifatnya.

@tanda2kiamat

Konvensyen UiTO Ke-5 2019: Prosiding Konvensyen – Membina Keluarga Sakinah

0

Membina Keluarga Sakinah: 40 Saranan Ulama’ Saudi Arabia (Bahagian 1) 2019
Penuils: Tuan Hassan Tuan Lah (thtl al Jazani)
Panelis Fiqh UiTO

Sinopsis:

 “رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Al-Furqaan : 74]

Setiap keluarga selalu mendambakan terwujudnya rumah tangga yang bahagia, diliputi sakinah, mawaddah dan rahmah. Oleh karena itu, setiap suami dan isteri wajib menunaikan hak dan kewajibannya sesuai dengan syari’at Islam dan bergaul dengan cara yang baik. Syaikh Muhammad Soleh al Munajjid, 60, tokoh agamawan dari Arab Saudi, musyrif islamqa.com telah menyarankan 40 Tips ke arah membina Keluarga Sakinah.

Ketahui cerita dan tips selanjutnya di dalam Buku Prosiding Konvensyen Ke-5 2019.

Jadilah 100 peserta terawal yang akan berpeluang untuk mendapatkan Buku Prosiding Konvensyen Ke-5 2019 secara PERCUMA. 

Sila klik link untuk mendaftar:

https://t.me/KonvensyenUiTO2019

 

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-161 hingga Ke-164

0

Tafsir Surah Al-Baqarah 
Tafsir Ayat Ke-161

Namun bagaimana nasib mereka yang tidak sempat bertaubat dan tidak sempat memperjelaskan kebenaran kepada manusia?

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا وَماتوا وَهُم كُفّارٌ أُولٰئِكَ عَلَيهِم لَعنَةُ اللَّهِ وَالمَلائِكَةِ وَالنّاسِ أَجمَعينَ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا

Sesungguhnya orang-orang yang masih lagi engkar;

Iaitu mereka yang tidak sebar pembongkaran syirik yang dibuat oleh manusia. ‘Kufur’ dalam ayat ini bermaksud mereka yang masih lagi tidak mahu bertaubat daripada menyembunyikan apa yang ada dalam Al-Qur’an. Masih lagi mereka menyembunyikan ajaran-ajaran dari Al-Qur’an itu. Setelah diberitahu kena sampaikan, mereka tetap tidak sampaikan. Mereka tidak sempat bertaubat dan mereka mati dalam keadaan engkar.

وَمَاتُوا

dan mereka itu mati

Mereka mati dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, ingatlah jangan kita tangguh-tangguhkan taubat kita kerana kita tidak tahu bila kita akan mati. Jangan kita dilengahkan oleh syaitan. Salah satu Talbis Iblis adalah Taswif (melengah-lengahkan). Kadangkala kita tahu mana yang benar, tetapi kita tangguh hendak buat.

وَهُمْ كُفَّارٌ

dan mereka dalam keadaan kufur

Mereka mati itu dalam syirik; atau mereka mati itu tidak sempat beritahu kebenaran kepada manusia lain. Maksud ‘kufur’ bukanlah orang kafir sahaja, tetapi ‘kufur’ itu bermaksud ‘engkar’.

أُولٰئِكَ عَلَيهِم لَعنَةُ اللَّهِ

orang-orang yang bersifat seperti ini ke atas mereka laknat Allah;

Mereka tidak diberi rahmat Allah ‎ﷻ untuk masuk syurga. Tidak ada harapan untuk mereka masuk syurga. Padahal mereka mungkin tidak buat syirik. Namun salah mereka adalah mereka tidak beritahu kepada manusia. Mereka inilah yang dipanggil ‘syaitan bisu’. Inilah yang dipanggil Ulama Su’ (Ulama’ Jahat). Mereka ada ilmu tetapi tidak sampaikan.

Perhatikan perbezaan perkataan ‘laknat’ yang digunakan dalam ayat ini dan ayat sebelumnya. Dalam ayat sebelum ini, perkataan yang digunakan adalah يَلْعَنُهُمُ – melaknat – perkataan ini dalam bentuk kata kerja (verb) – bermakna, ia adalah dalam bentuk sementara. Kalau mereka bertaubat, maka Allah ‎ﷻ akan menerima taubat mereka.

Namun dalam ayat ini, perkataan yang digunakan adalah لَعْنَةُ – laknat – dalam bentuk kata nama (noun) bermaksud ia sudah tetap. Tidak boleh diubah lagi kerana mereka sudah mati dan mereka tidak bertaubat semasa mereka hidup dahulu. Mereka tidak sempat memperbetulkan kesalahan yang mereka telah lakukan. Mereka tidak ada harapan untuk mendapat taubat Allah ‎ﷻ sekarang. Tempat mereka adalah neraka jahannam. Mereka akan mendapat laknat sampai bila-bila.

وَالْمَلَائِكَةِ

dan laknat para malaikat

Para malaikat juga akan melaknat mereka yang sebegini.

وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

dan laknat manusia semua sekali;

Orang yang tidak diberitahu kesalahan mereka semasa mereka di dunia dahulu pun akan laknat mereka yang menyimpan ilmu. Dia marah kita sebab kita ada dengan dia dahulu, tetapi tidak beritahu kepada mereka.

Ibaratnya kita ada ubat yang mampu untuk mengubat kanser, tetapi kita tidak beritahu kepada orang lain. Kita simpan sendiri sahaja. Tentulah orang akan marah kita sebab kita simpan ubat itu. Apatah lagi penyakit yang lebih teruk daripada melakukan kesalahan dalam agama? Ia adalah lebih teruk daripada kanser. Kanser susah di dunia sahaja, tetapi kalau buat syirik akan susah dunia akhirat.

Maazallah, apakah nanti alasan kita di akhirat nanti apabila orang-orang yang mati kafir itu berhujah bahawa kita tidak pernah beritahu mereka tentang Islam? Kita jiran mereka, kawan mereka, sahabat mereka, rakan sekerja mereka, tetapi kita tidak pernah beritahu kepada mereka tentang kebenaran. Mereka nanti akan kata ramai orang Islam yang mereka kenal, tetapi orang-orang Islam itu tidak pernah beritahu mereka tentang agama Islam yang indah ini. Sepatutnya kita menjadi duta kepada agama Islam.

Sekarang hidayah ini perlu disampaikan kepada seluruh manusia di dunia ini. Bagaimana dengan orang-orang yang tinggal di pulau yang tidak sampai maklumat kepada mereka? Bagaimana dengan mereka? Sebenarnya tugas kita untuk menyampaikan kepada mereka. Lihatlah ayat ini yang menyebut tentang keseluruhan manusia. Tugas kita sebagai muslim untuk menyampaikan ajaran agama ini kepada manusia. Namun sudahkah kita menjalankan tugas kita ini? Bagaimana hendak dakwah kepada orang lain kalau ahli keluarga dan sahabat handai pun kita belum dakwah lagi?

Tafsir Ayat ke-162

خالِدينَ فيها ۖ لا يُخَفَّفُ عَنهُمُ العَذابُ وَلا هُم يُنظَرونَ

Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian.

خَالِدِينَ فِيهَا

Kekal mereka dalam neraka

Mereka tidak ada peluang untuk masuk syurga. Mungkin kita selalu sangka bahawa orang Islam akan akhirnya masuk syurga setelah diseksa sekian lama di neraka, tetapi tidak ada kesempatan itu kepada mereka yang menyembunyikan ajaran dari Al-Qur’an. Maazallah.

لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ

dan tidak diringankan daripada mereka azab itu

Mungkin kepada orang lain, ada azab yang dapat diringankan tetapi tidak diringankan sedikit pun kepada mereka yang menyembunyikan ajaran dari Al-Qur’an.

وَلَا هُمْ يُنْظَرُونَ

dan mereka tidak diberi tangguh dari diseksa;

Tidak boleh hendak suruh malaikat yang menyeksa itu untuk beri tangguh sekejap. Kadangkala kalau kita dengan kawan sedang berlumba, mungkin kita boleh kata: “Tunggu sekejap, aku penat dah ni”. Namun dengan malaikat, dengan seksa itu, tidak ada tangguh lagi.

Tafsir Ayat Ke-163

Ini adalah pengulangan semula ayat ke-21. Allah ‎ﷻ ulang semula maksud/Dakwa surah Baqarah ini. Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan yang ibadah dan doa hanya kepada Allah ‎ﷻ. Tidak boleh bercampur aduk.

Bezanya dalam ayat dahulu, ayat ke-21 menafikan syirik iktikad – dari segi akidah. Dalam ayat ini, ia menolak syirik amali (perbuatan). Ada orang yang sudah mempunyai akidah syirik tetapi dia belum melakukannya lagi. Itu pun sudah salah sebenarnya. Namun ada yang telah melakukan amalan yang syirik. Sebagai contoh, ada yang berpantang makanan yang dihalalkan oleh Allah ‎ﷻ. Ini adalah amalan syirik dari segi amali. Ia dilakukan kerana sudah ada akidah syirik dalam iktikadnya.

وَإِلٰهُكُم إِلٰهٌ واحِدٌ ۖ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ الرَّحمٰنُ الرَّحيمُ

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ

Dan Tuhan bagi kamu semua adalah Tuhan yang satu;

Allah ‎ﷻ sebut tentang Tauhid. Ilah itu hanya Allah ‎ﷻ sahaja, tidak ada yang lain. Dia yang Maha Esa, maka Dia sahaja tempat sembahan kita, tempat pengharapan kita.

لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ

Tidak ada lagi yang layak disembah, pujaan, melainkan Tuhan yang bernama Allah sahaja

Selepas Allah ‎ﷻ menceritakan tentang seksa yang akan diberikan kepada mereka yang menyembunyi ilmu dari Al-Qur’an, Allah ‎ﷻ sambung dengan ayat-ayat Tauhid ini. Ini menunjukkan kepentingan ilmu Tauhid dan memang banyak yang disembunyikan oleh manusia adalah ajaran Tauhid. Kalau bab feqah, bab sejarah, tidak ada masalah guru hendak mengajar dari ajaran Al-Qur’an. Namun apabila masuk bab Tauhid, ramai yang terjemah sahaja ayat-ayat Al-Qur’an tanpa tafsir.

Allah ‎ﷻ hendak mengatakan bahawa hanya Dialah yang layak disembah, bukan tuhan-tuhan lain. Namun kalau kita sebagai pemegang Al-Qur’an tidak menyampaikan ajaran Al-Qur’an itu, bukankah kita telah melakukan satu kesalahan yang amat besar? Ini kerana ramai manusia sembah selain Allah ‎ﷻ, bukan? Itulah sebabnya Allah ‎ﷻ beri seksaan yang berat kepada mereka yang menyembunyikan Al-Qur’an itu.

Ramai orang-orang bukan Islam tidak kenal Allah ‎ﷻ kerana kita tidak menyampaikan ayat-ayat Allah ‎ﷻ kepada mereka. Siapa yang hendak sampaikan kepada mereka kalau bukan kita?

الرَّحْمَٰنُ

Yang bersifat Maha Penyayang;

Maknanya, Allah ‎ﷻ beri lagi nikmat kepada manusia walaupun mereka duduk dalam kufur. Allah ‎ﷻ masih lagi beri peluang untuk manusia bertaubat.

Allah ‎ﷻ bersifat Maha Penyayang. Salah satu hasil daripada sifat itu adalah Allah ‎ﷻ telah memberikan Al-Qur’an kepada seluruh manusia. Namun kalau kita tidak sampaikan, maka rahmat itu tidak disampaikan kepada seluruh makhluk. Maka kita telah melakukan satu kesalahan yang amat besar. Sebab itulah Allah ‎ﷻ marah sangat kepada mereka yang menyembunyikan ajaran ayat-ayat Al-Qur’an.

الرَّحِيمُ

Dan Maha Mengasihani;

Bagi manusia yang sudah diuji iman mereka, bila mati, Allah ‎ﷻ akan memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada mereka. Dalam ayat ini ia memberi isyarat adalah beza antara sifat Ar-Rahmaan dan Ar-Raheem Allah ‎ﷻ.

Ar-Rahman – sifat pemurah Allah ‎ﷻ yang luas yang diberikan kepada semua makhluk

Ar-Raheem – sifat pemurah dan kasih sayang Allah ‎ﷻ yang diberikan hanya kepada hamba-Nya yang mukmin.

Tafsir Ayat Ke-164

Dalam ayat sebelum ini, Allah ‎ﷻ telah memberitahu kepada kita bahawa Dialah sahaja Tuhan tempat kita melakukan ibadat dan tempat kita memohon doa. Itu adalah pengulangan semula Dakwa Surah Baqarah ini.

Sekarang diberikan dalil kenapa kita kena ikut apa yang Allah ‎ﷻ perintah kita. Kali ini Allah ‎ﷻ menyebut tentang tanda-tanda yang Allah ‎ﷻ telah berikan dalam alam ini kepada kita. Dalil jenis ini dinamakan Dalil Aqli Afaqi.

Sebelum ini disebut tentang ayat-ayat Allah ‎ﷻ dalam Al-Qur’an yang memberi hidayah kepada manusia. Kemudian ayat-ayat itu telah disembunyikan oleh mereka yang telah memahaminya. Namun bukan itu sahaja ‘ayat-ayat’ Allah ‎ﷻ. Ada lagi ‘ayat-ayat’ Allah ‎ﷻ dalam alam ini yang selain daripada ayat-ayat Al-Qur’an.

Kita kena faham yang maksud asal perkataan ‘ayat’ adalah ‘tanda’. Allah ‎ﷻ telah beri banyak tanda kepada manusia dalam alam tentang kewujudan-Nya. Jadi, kalau ada manusia yang tidak sampai kepada mereka ayat-ayat dalam bentuk Kitab, sepatutnya mereka telah dapat melihat tanda-tanda Allah ‎ﷻ telah ada dalam alam ini.

إِنَّ في خَلقِ السَّماواتِ وَالأَرضِ وَاختِلافِ اللَّيلِ وَالنَّهارِ وَالفُلكِ الَّتي تَجري فِي البَحرِ بِما يَنفَعُ النّاسَ وَما أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّماءِ مِن ماءٍ فَأَحيا بِهِ الأَرضَ بَعدَ مَوتِها وَبَثَّ فيها مِن كُلِّ دابَّةٍ وَتَصريفِ الرِّياحِ وَالسَّحابِ المُسَخَّرِ بَينَ السَّماءِ وَالأَرضِ لَآياتٍ لِقَومٍ يَعقِلونَ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

Sesungguhnya pada penciptaan tujuh langit dan tujuh bumi itu

Dalil aqli pertama kenapa kita kena ibadat dan doa hanya kepada Allah ‎ﷻ adalah Allah ‎ﷻlah yang menjadikan langit dan bumi. Alam yang begini hebat, tidak mungkin ia terjadi sendiri seperti yang didakwa oleh golongan yang tidak percaya Tuhan.

وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ

dan pertukaran siang dan malam itu,

Kedua: berselisihnya siang dan malam. Selepas malam datanglah siang; selepas siang, datanglah malam, tidak pernah berhenti lagi kitaran ini. Ingatlah yang malam dan siang tidak terjadi sendiri melainkan dengan Qudrat Allah ‎ﷻ. Memang siang terjadi kerana matahari, tetapi siapa yang menjadikan matahari dan siapa yang mengatur perjalanan bumi ini?

وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ

dan kapal yang belayar di lautan

Ketiga: lihatlah betapa hebatnya kapal yang berlayar di lautan. Allah ‎ﷻlah yang melayarkan kapal-kapal itu. Allah ‎ﷻ yang ajar bagaimana buat kapal; Allah ‎ﷻ yang menjadikan laut; Allah ‎ﷻ yang bagi kapal itu boleh timbul di atas laut walaupun ia berat.

بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ

dengan membawa faedah bagi manusia yang ramai;

Tuhanlah yang mengajar Nabi Nuh عليه السلام cara membuat kapal. Dari situ, manusia sekarang sudah boleh membuat kapal yang berteknologi tinggi seperti “supertanker”. Dengan kapal-kapal itu, dapat digunakan untuk membawa muatan-muatan untuk kepentingan manusia. Barang dagangan dari satu negara ke negara lain senang dibawa dengan laluan laut. Walaupun ada kapalterbang, tetapi lebih murah kalau pakai kapal laut.

وَما أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّماءِ مِن ماءٍ

dan apa yang Allah turunkan dari langit daripada air;

Keempat: kenanglah air hujan yang Allah ‎ﷻ turunkan dari langit. Ia turun dari rahmat dan berkat-Nya, lebih-lebih lagi air yang amat berguna kepada manusia. Kita pun tahu kita amat memerlukan air hujan ini untuk keperluan hidup kita. Dari air yang satu jenis itu, Allah ‎ﷻ telah menghidupkan berbagai-bagai jenis tanaman.

فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا

maka Allah menghidupkan dengan bumi selepas matinya dengan air itu

Dengan air hujan itu, Allah ‎ﷻ menghidupkan bumi yang gersang kekeringan kerana lama tidak dapat air. Bumi yang tandus, apabila ada sahaja air, terus timbul kehidupan di atasnya. Tanaman tumbuh, maka hidupan lain pun datang.

وَبَثَّ فيها مِن كُلِّ دابَّةٍ

dan Allah membiakkan di atas muka bumi setiap jenis makhluk yang merayap;

Kelima: Allah ‎ﷻlah yang membiakkan di bumi setiap binatang bernyawa. Berbagai-bagai jenis binatang termasuklah binatang mamalia, serangga dan sebagainya. Tidak terkira jenis-jenis binatang itu. Sampaikan sekarang pun masih ada spesies dan jenis-jenis binatang yang kita tidak tahu wujud pun baru dijumpai.

وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ

dan mengirimkan angin untuk menggerakkan awan

Keenam: berubahnya perjalanan angin. Sekejap ke sini dan sekejap ke sana. Sekejap kuat, sekejap sepoi-sepoi bahasa. Dengan angin ini membawa awan yang mengandungi air hujan, yang menghembus layar kapal untuk bergerak, yang membawa debunga pokok dan bunga. Ada yang pakai angin untuk menggerakkan kincir, untuk menumbuk gandum dan menjana tenaga elektrik.

المُسَخَّرِ بَينَ السَّماءِ وَالأَرضِ

yang tunduk di bawah pengawasan di antara langit dan bumi;

Ketujuh: awan yang mengikut arahan Allah ‎ﷻ. Awan itu mengikut tiupan angin dan angin itu tunduk di bawah pengawasan Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ yang mengarahkan angin itu untuk bergerak ke sana dan ke sini. Seorang manusia sahaja yang diberikan mukjizat untuk menguasai angin iaitu Nabi Sulaiman . Selain daripada baginda, kuasa angin hanya tertakluk di bawah pengurusan Allah ‎ﷻ. Betapa pun hebatnya teknologi manusia, tidak akan dapat mengawal angin. Sekali puting beliung datang, bertempiaran manusia lari.

Allah ‎ﷻlah yang menggerakkan angin untuk membawa awan untuk menurunkan hujan di satu-satu tempat. Jadi, kalau ada tempat yang sudah lama tidak turun hujan, sepatutnya kita berdoa kepada Allah ‎ﷻ, supaya menurunkan hujan. Malangnya masyarakat kita ada pula yang pakai bomoh yang dikatakan boleh turunkan hujan atau lagi hebat boleh menyekat hujan daripada turun. Mereka dipanggil Bomoh Hujan.

Padahal, yang sepatutnya kita kena buat kalau datang musim kemarau adalah buat Salat Istisqa’ – Salat memohon hujan. Barulah nampak kekuasaan Tuhan kalau kita buat begitu. Salat itu selalu dibuat oleh orang-orang di tanah Arab kerana mereka mahir agama. Namun jarang sangat kita dengar buat di Malaysia kerana masyarakat kita lambat belajar (belajar wudhu’ sahaja pun bertahun-tahun baru habis). Jadi tidak sempat sampai belajar bab Salat Istisqa’.

Untuk mengerjakan salat itu, hendaklah dilakukan di padang luas. Semua kena turun termasuklah bawa ternakan sekali. Pakai baju yang buruk sedikit untuk merendahkan diri di hadapan Allah ‎ﷻ. Kena diimami oleh ketua kampung atau ketua negara. Itulah cara yang benar. Namun di Malaysia, jarang atau tidak pernah kita dengar salat sunat ini dilakukan.

Yang selalu mereka buat adalah Salat Hajat. Padahal Salat Hajat berjama’ah itu sendiri adalah bid’ah. Tidak pernah dilakukan oleh Nabi ﷺ dan sahabat. Namun oleh kerana menjadi imam Salat Hajat boleh buat duit, maka ramailah yang buat.

لَآياتٍ لِقَومٍ يَعقِلونَ

adalah sebagai dalil bukti kepada kaum yang boleh berfikir

Lihatlah bagaimana indahnya alam ini dengan flora dan faunanya. Bagaimana cantiknya kerjasama antara makhluk-makhluk dalam alam ini. Mereka memerlukan satu sama lain. Ini semua adalah bukti kekuasaan Allah ‎ﷻ.

Tanda-tanda itu telah diberikan kepada semua manusia, tetapi tidak semua boleh menggarapnya. Yang boleh memahaminya adalah mereka yang menggunakan akal mereka. Yang sel-sel otak masih berfungsi dan agak cerdik sedikit.

Perkataan عْقِلُ sebenarnya diambil dari perkataan ‘ikat’. Orang-orang Arab dahulu akan menggunakan tali untuk mengikat unta mereka daripada lari. Tali-tali itu apabila tidak digunakan untuk mengikat unta, akan dililit di kepala mereka. Maka, maksud عْقِلُ dalam bahasa Arab sebenarnya adalah ‘mengikat hati’. Iaitu akal fikiran yang dapat mengawal hati. Apabila akal dapat mengawal hati, bermakna akal dapat mengawal nafsu. Apabila nafsu dapat dikawal, manusia dapat berfikir dengan jelas. Barulah nampak ‘ayat-ayat’ Allah ‎ﷻ yang Allah ‎ﷻ telah letakkan dengan jelas di dalam alam ini.

Namun masalahnya, manusia sekarang susah untuk mendapat peringkat pemikiran yang jelas ini. Ini kerana manusia sekarang amat mudah untuk mendapatkan hiburan. Kalau hendak dengar lagu senang sangat, hendak tengok tv, tengok wayang, dan sebagainya. Sampaikan tidak ada peluang untuk berfikir dengan jelas dan mendalam.

Untuk melihat tanda-tanda yang telah ada dalam alam ini, memerlukan minda yang dapat berfikir dengan jelas tetapi kalau akal fikiran kita tidak dilatih untuk memikirkan dengan mendalam, maka tidak akan sampai ke tahap itu. Oleh kerana kita tidak melatih fikiran kita kerana sudah sibuk dengan hiburan serta benda-benda ringan yang tidak berfaedah, maka kita tidak dapat memikirkan tentang tanda-tanda Allah ‎ﷻ dalam alam ini.

Dalam Surah al-Mulk, ada disebutkan tentang penyesalan manusia di akhirat nanti. Mereka kata “alangkah baiknya kalau kami semasa di dunia memikirkan.” Itu bermaksud, iman boleh didapati sama ada dengan ayat-ayat Allah ‎ﷻ dalam Kitab, atau ayat-ayat Allah ‎ﷻ dalam alam ini, iaitu orang yang pakai akal fikiran dia untuk mencapai tahap iman yang tinggi.

Jadi, Islam adalah agama yang menggunakan akal. Maka kita hendaklah menggunakan akal kita dengan melihat alam ini dan menggunakannya untuk meningkatkan iman kita. Barulah kita boleh melihat hidayah dalam alam ini.

Allahu a’lam. 

Konvensyen UiTO Ke-5 2019: Prosiding Konvensyen – Dari Suami untuk Suami

0

Dari Suami untuk Suami

Penulis – Ustaz Azlizan Nueq – Panelis Bilik (123) Tafsir Tadabbur & Tazakkur

Kenapa tajuk ini yang dipilih? Kerana selalu disebut-sebut hak suami dan bagaimana isteri kena taat kepada suami. Akan tetapi jarang sekali disebut tentang tanggungjawab suami. Ini kerana yang selalu memberi ceramah itu adalah suami orang dan manusia selalunya hendakkan haknya dilunaskan tetapi lupa pada tanggungjawab sendiri.

Memang para isteri wajib taat kepada suami. Itulah jalan termudah bagi isteri untuk memasuki syurga. Perkara ini memang sudah selalu diingatkan kepada para isteri dalam banyak ceramah.

Namun begitu, yang menjadi dugaan adalah apabila para suami menjadikan susah bagi isteri hendak taat kepadanya. Bermacam-macam kekurangan yang ada pada suami, sampaikan isteri pun susah hendak ke syurga. Jangankan kata syurga akhirat, syurga dunia pun susah hendak dapat. Jangan lupa bahawa sikap suami memberi kesan kepada isterinya.

Nota selanjutnya di dalam buku Prosiding UiTO Ke-5 2019.  

Segera mendaftar untuk menjadi 100 peserta yang akan mendapat Buku Prosiding secara percuma di samping beberapa hadiah Edisi Khas dari UiTO. 

Sila klik link untuk mendaftar:

https://t.me/KonvensyenUiTO2019

 

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-159 dan Ke-160

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-159

Ayat ke-159 hingga ayat ke-167 adalah Perenggan Makro yang mengandungi penekanan kepada Aqidah Tauhid.

Ayat ini adalah ayat zajrun dan takhwif ukhrawi. Asalnya ia diturunkan tentang perbuatan golongan Yahudi namun ayat ini berbentuk umum. Oleh itu, bukan ditujukan hanya kepada mereka sahaja. Dahulu ia untuk menegur golongan Yahudi kerana mereka menyembunyikan ajaran penting dalam Kitab Taurat daripada masyarakat.

‘Menyembunyikan’ itu bermaksud tidak mengajarkan kepada umat. Kalau benda yang berat dan mereka rasa umat awam tidak boleh terima, mereka tidak akan beritahu. Sebagai contoh, kalau golongan miskin melakukan zina, mereka dikenakan hukuman rejam yang ada dalam Taurat tetapi kalau untuk golongan bangsawan pula yang melakukan zina, mereka cuma dicalit hitam pada muka dan dimalukan di khalayak ramai sahaja. Mereka boleh buat begitu kerana Kitab Taurat tidak ada di tangan masyarakat (seperti Al-Qur’an) jadi mereka boleh tipu.

Apabila golongan miskin tanya kenapa pula ada dua jenis hukuman yang berbeza, akhirnya ulama’ Yahudi terus kata yang hukuman rejam pun tidak ada dalam Taurat. Mereka sembunyikan terus hukum yang memang ada dalam Taurat. Begitu juga kedatangan Nabi Muhammad ﷺ telah jelas ada dalam kitab mereka tetapi mereka sembunyikan juga. Malah banyak lagi perkara yang mereka sembunyikan.

Sekarang ayat ini ditujukan kepada guru-guru yang mengajar tetapi takut kepada orang jahil. Ada antara guru yang takut kepada anak murid sampai mereka tidak mengajar tauhid yang sebenar kepada manusia. Maka ayat ini kepada orang alim yang takut. Juga ditujukan kepada mereka yang belajar dan takut untuk menyampaikan perkara yang sebenar kepada masyarakat. Kesannya masyarakat duduk dalam jahil dan bila ada yang berani tegur, masyarakat akan cakap: “Eh tak pernah dengar pun.”

إِنَّ الَّذينَ يَكتُمونَ ما أَنزَلنا مِنَ البَيِّناتِ وَالهُدىٰ مِن بَعدِ ما بَيَّنّاهُ لِلنّاسِ فِي الكِتابِ ۙ أُولٰئِكَ يَلعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلعَنُهُمُ اللّاعِنونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan

Ini adalah mereka yang berani menyembunyikan apa yang mereka patut sampaikan. Apakah yang mereka sembunyikan?

مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ

apa yang telah Kami turunkan dari keterangan yang nyata;

Yang disembunyikan oleh mereka yang takut untuk mengajar itu adalah hukum-hukum akidah dan hukum-hukum amal. Mereka telah ada ilmu wahyu, tetapi mereka simpan sahaja.

وَالْهُدَىٰ

dan petunjuk

Mereka tidak memberitahu petunjuk-petunjuk yang di dalam kitab wahyu untuk mendekatkan diri kepada Allah ‎ﷻ.

مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ

setelah Allah jelaskan sejelas-jelasnya kepada manusia dalam Kitab itu;

Mereka sudah belajar dan sudah tahu, tetapi mereka simpan kepada diri mereka sahaja. Contohnya mereka takut hendak cerita pasal hal-hal tauhid yang banyak disebut dalam Al-Qur’an. Antaranya disebut tentang larangan tawassul seperti yang diamalkan oleh golongan jahiliyyah. Mereka takut kalau mereka cakap nanti, para pelajar akan terasa dan sudah tidak mahu datang kelas dia lagi.

Maknanya mereka takut anak murid lari dan tidak beri imbuhan lagi kepada mereka. Padahal kita kena beritahu mana yang betul dan mana perbuatan yang salah. Jangan takut kepada orang yang jahil.

Asalnya ayat ini adalah ditujukan kepada Ahli Kitab yang menyembunyikan ajaran-ajaran dalam Kitab mereka. Contohnya mereka sorokkan tentang kedatangan Nabi Muhammad ﷺ, tentang pertukaran kiblat, tentang kebenaran yang ada dalam Al-Qur’an dan sebagainya.

Ini adalah kerana pada mereka, bangsa selain daripada bangsa Yahudi tidak layak untuk mendapat ilmu dari langit. Sekarang ayat ini tentang manusia yang tahu apa yang ada dalam Al-Qur’an tetapi tidak diberitahu kepada manusia lainnya.

Kita sekarang tidak dapat hendak memadamkan apa yang ada dalam Al-Qur’an seperti mana yang telah dilakukan oleh Ahli-ahli Kitab dahulu kepada kitab-kitab mereka. Ini adalah kerana sekarang Al-Qur’an telah dipelihara oleh Allah ‎ﷻ. Tidak boleh hendak tukar-tukar apa yang ada dalam Al-Qur’an. Al-Qur’an pun di tangan semua orang sampaikan setiap rumah ada Al-Qur’an. Dalam SmartPhone pun boleh simpan Al-Qur’an.

Namun cara kita menyembunyikan Al-Qur’an adalah kita tidak mengajar atau menyebut penerangan ayat-ayat yang kita rasa ‘sensitif’ kepada masyarakat. Sama ada masyarakat yang sudah Islam atau masyarakat yang bukan Islam kerana kita takut dikatakan kita jenis yang ekstrem. Atau takut dikatakan kita jenis orang yang melampau.

Kita seolah-olah takut agama lain memandang kita sebagai ganas dan sebagainya. Kadang-kadang kalau kita menyebut dari ayat Al-Qur’an yang mereka pandang sebagai ‘sensitif’, ada kemungkinan orang Islam sendiri akan datang berjumpa dengan kita dan mengatakan kita tidak sepatutnya menyebut tentang ayat itu.

Bayangkan, kita sampaikan ajaran Islam tetapi ada orang Islam yang tegur kita! Maka kerana takut teguran sebegitu, kita senyapkan sahaja ilmu daripada Al-Qur’an. Itu dikira menyembunyikan kebenaran.

Tidak ada apa yang perlu kita sorok daripada Al-Qur’an ini. Ia adalah untuk semua manusia – sama ada yang sudah Muslim ataupun tidak. Banyak ayat-ayat dimulakan dengan ‘Wahai manusia’ – itu menunjukkan ayat Al-Qur’an ini juga untuk manusia keseluruhannya, bukan untuk orang Muslim sahaja.

Kalau kita faham Al-Qur’an ini, kita akan tahu bahawa tidak ada perkara yang patut kita sorok dari Al-Qur’an itu. Mesej yang hendak disampaikan adalah mesej sejagat, untuk semua orang. Ia adalah sesuai untuk setiap manusia.

أُولٰئِكَ يَلعَنُهُمُ اللَّهُ

Mereka-mereka yang bersifat seperti ini, mendapat laknat daripada Allah;

Kerana menyembunyikan ilmu wahyu, maka mereka yang berilmu itu mendapat laknat Allah ‎ﷻ. Padahal mereka ini orang yang sudah berilmu, sudah belajar. Namun tetap juga mendapat laknat. Apakah maksud ‘laknat’?

Maksudnya orang itu tidak akan diampunkan dosanya dan tidak akan diberi rahmat untuk orang itu masuk syurga. Apabila orang berilmu tidak mengajar pun, sudah termasuk dalam perbuatan sembunyi juga. Maksudnya, ada antara kita yang sudah tahu, tetapi simpan sendiri, tidak beritahu kepada orang lain. Padahal, kita kena beritahu apa yang kita sudah belajar.

Sama ada mereka terima ataupun tidak, itu bukan dalam kawalan kita. Kita hanya diarah untuk memberitahu sahaja. Kita bukan ada kuasa untuk beri hidayat.

Kadang-kadang kita takut untuk beritahu kerana kita ada sesuatu yang kita hendak daripada mereka. Contohnya, kita hendak mereka berkawan dengan kita. Atau mereka itu adalah orang yang memberikan wang kepada kita kalau kita mengajar di surau mereka – jadi kita takut kalau kita tidak dijemput lagi dan akan hilang punca pendapatan. Itu semua adalah hal dunia sahaja. Jangan kita gadai hal akhirat kerana hendakkan hal dunia.

وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

dan akan mendapat laknat juga daripada mereka yang melaknati;

Selain daripada Allah ‎ﷻ, ada lagi yang akan melaknat mereka itu. Antaranya, para malaikat. Ada malaikat yang Allah ‎ﷻ jadikan khas dan tugas mereka hanya untuk melaknat mereka yang menyimpan ilmu yang ada dalam Al-Qur’an.

Mereka juga akan dilaknat oleh manusia dan yang berhak melaknat mereka. Ini termasuklah sama ada daripada golongan jin, manusia dan malaikat yang akan turut melaknat mereka yang menyembunyikan kebenaran. Mereka dilaknat kerana mereka sembunyikan hukum sampai hukum yang sebenar tidak ditegakkan.

Selain daripada itu, orang-orang yang mengajar tauhid yang benar pun akan melaknat mereka. Kita yang hendak sampaikan ajaran tauhid ini pun marah kepada mereka. Kenapa kita marah kepada mereka? Ini kerana mereka sudah tahu, tetapi tidak sampaikan kepada masyarakat. Mereka sudah belajar tafsir Al-Qur’an dan sudah tahu kebenaran.

Namun mereka takut untuk beritahu kerana mereka tidak sanggup untuk menyampaikan. Jadi, apabila ada di antara kita yang berani memberitahu kepada masyarakat perkara yang sebenar, masyarakat pandang serong kepada kita kerana mereka tidak mendengarnya daripada orang lain.

Jadi nampak macam kita sahaja yang pandai-pandai mengatakan sesuatu itu salah, padahal orang lain tidak cakap pun ia adalah salah. Bila kita beritahu mereka pun kata: “Mufti tak cakap pun… ustaz masuk TV tak cakap pun… tak pernah dengar pun perkara ini…. ” dan macam-macam lagi hujah mereka.

Nampak macam kita pula yang pandai-pandai bawa ajaran baru. Pada hal, mereka yang tidak cakap itulah yang salah sebab mereka takut hendak cakap. Kita yang berani cakap pula ini yang dianggap songsang oleh masyarakat.

Selain daripada itu, mereka yang tidak diberitahu itu pun akan melaknat mereka yang tidak memberitahu. Ini kerana mereka akan dimasukkan ke neraka nanti kerana mereka ada berbuat syirik kerana mereka tidak tahu bahawa apa yang mereka lakukan selama ini adalah syirik.

Mereka akan melaknat orang-orang yang tahu tetapi tidak beritahu kerana kalau mereka diberitahu, mungkin mereka akan ikut ajaran yang benar dan tidaklah mereka masuk ke neraka disebabkan oleh kesalahan syirik yang mereka telah lakukan kerana mereka tidak tahu.

Maka, bahaya walaupun sudah tahu kebenaran kerana menyembunyikan kebenaran amatlah besar dosanya. Dalam masa yang sama, kita hendak sebut satu perkara lagi. Ada orang yang takut dengan ayat-ayat sebegini dan mereka pun kata: “Kalau macam tu, baik aku tak tau!”

Ini bukanlah hujah bijak tetapi hujah daripada orang yang bodoh kuasa dua. Kalau sudah tahu dan tidak beritahu pun salah, maka kalau tidak tahu, lagilah salah!

Tafsir Ayat Ke-160

Maka, siapakah yang selamat?

إِلَّا الَّذينَ تابوا وَأَصلَحوا وَبَيَّنوا فَأُولٰئِكَ أَتوبُ عَلَيهِم ۚ وَأَنَا التَّوّابُ الرَّحيمُ

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki, serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا

Melainkan kepada orang-orang yang sudah bertaubat.

Mereka yang selamat daripada dilaknat itu adalah mereka yang sempat bertaubat semasa mereka hidup lagi. Kalau sudah mati, tidak sempat bertaubat, tidak ada gunanya. Mereka bertaubat daripada kesalahan mereka menyembunyikan ajaran-ajaran dari wahyu. Maknanya mereka mengaku kesalahan mereka.

وَأَصْلَحُوا

dan memperbaiki balik perbuatan mereka;

Serta memperbaiki amalan mereka. Maksudnya mereka tidak sembunyikan ilmu dan bahkan mula mengajar. Mereka sebut kebenaran, mereka sudah tidak kira sama ada manusia boleh terima atau tidak. Mereka sudah mula mengajar balik dan memberitahu kepada manusia tentang kebenaran.

وَبَيَّنُوا

dan menjelaskan dengan sejelas-jelasnya;

Juga hendaklah diberitahu apa yang benar kerana sebelum ini mereka sembunyikan, maka sekarang mereka kena beritahu kepada manusia. Kalau dahulu mereka sembunyikan, tetapi apabila mereka sudah bertaubat, mereka kena jelaskan kepada manusia. Kalau zaman kita, kita kena jelaskan isi kandung Al-Qur’an. Kalau kita tidak jelaskan, maknanya kita telah menyorok ayat-ayat Al-Qur’an.

Selalunya yang disembunyikan adalah tentang ayat-ayat tauhid dan tentang syirik kepada Allah ‎ﷻ. Amalan syirik yang banyak dibuat oleh manusia itu adalah kerana mereka yang berilmu telah sembunyikan ilmu itu daripada pengetahuan masyarakat. Jadi, apabila yang patut mengajar tidak memberitahu, maka kalau ada yang sanggup cerita sahajalah yang kena tohmah dengan masyarakat. Sebab nampak macam mereka sahaja yang memandai-mandai mengatakan sesuatu amalan itu syirik.

فَأُولٰئِكَ أَتوبُ عَلَيهِم

Maka mereka yang bersifat seperti itu, Aku akan terima taubat mereka;

Ayat-ayat inilah yang memberi semangat kepada kita untuk menyampaikan ajaran tafsir Al-Qur’an kepada manusia. Kita tidak kisah dengan kata-kata manusia kerana kita lebih pentingkan kehendak Allah ‎ﷻ. Maka jangan simpan apa yang ada dalam Al-Qur’an.

Namun bagaimana kita hendak sampaikan kalau kita sendiri tidak tahu tentang ajaran isi kandung Al-Qur’an? Bagaimana kalau kita sendiri tidak belajar tafsir? Maka, kita sendiri kena belajar terlebih dahulu. Apabila sudah belajar, kita sampaikan kepada orang lain. Kalau tidak mampu sampaikan, maka ajak mereka belajar sekali.

وَأَنَا التَّوَّابُ

dan Akulah Penerima Taubat

Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan أَنَا (Aku) dalam ayat ini. Jarang Allah ‎ﷻ membahasakan Diri-Nya sebegini (menggunakan kataganti diri yang pertama). Selalunya Allah ‎ﷻ akan membahasakan Diri-Nya dengan perkataan ‘Kami’. Allah ‎ﷻ akan menggunakan perkataan أَنَا itu jikalau Allah ‎ﷻ hendak menekankan Sifat-Nya yang Amat Menerima Taubat, atau dalam keadaan Amat Marah.

Perkataan التَّوَّابُ bermaksud ‘sentiasa’ menerima keampunan makhluk-Nya. Walaupun banyak kali kesalahan yang dibuat dan berkali-kali makhluk minta ampun atas kesalahan yang sama, Allah ‎ﷻ sanggup untuk menerima ampun itu dan memaafkan hamba-Nya yang sanggup untuk bertaubat kepada-Nya.

الرَّحِيمُ

Maha Mengasihani;

Sesiapa yang telah diterima taubatnya, tidak akan diseksa di akhirat nanti. Allah ‎ﷻ akan belas kasihan kepada hamba itu. Ini adalah kerana Allah ‎ﷻ amat kasih kepada hamba-Nya. Allah ‎ﷻ tidak akan sanggup untuk mengazab orang yang telah diberi taubat oleh-Nya.

Allahu a’lam. 

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-156 hingga Ke-158

0

Tafsir Surah Al-Baqarah

Tafsir Ayat Ke-156

Siapakah yang akan mendapat ucapan tahniah daripada Allah ‎ﷻ? Disebut dalam ayat ini. Maka ini adalah ciri-ciri orang yang sabar.

الَّذينَ إِذا أَصابَتهُم مُصيبَةٌ قالوا إِنّا لِلَّهِ وَإِنّا إِلَيهِ راجِعونَ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ

Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah cubaan,

Perkataan أَصَابَ asalnya bermakna dipanah dengan anak panah. Dari kalimah itu, jadi ‘musibah’ yang dikenakan kepada manusia. Maknanya, memang apa-apa musibah itu memang telah ditakdirkan untuk kita, tidak boleh mengelakkannya lagi.

Kalimah مُصِيبَةٌ bermaksud kesusahan yang diberikan oleh Allah ‎ﷻ dan kena tepat kepada kita. Memang tidak dapat dielakkan lagi kerana memang Allah ‎ﷻ telah tentukan untuk kita. Maka kalau kita kena musibah, yang kita kena lakukan adalah redha dengan apa yang Allah ‎ﷻ tentukan untuk kita.

Sekarang kita akan belajar satu lafaz yang kita biasa sebut. Nama lafaz ini adalah istirja’.

قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ

mereka berkata: Sesungguhnya kami ini sendiri adalah milik Allah

Alamat orang yang sabar adalah dia tidak merungut apabila ditimpa apa-apa musibah dan tidak keluar kata yang tidak elok daripada mulutnya. Ataupun ternampak rasa tidak puas hati daripada rupa parasnya. Semua ini akan keluar daripada orang yang tidak dilatih dengan sifat sabar

Orang sabar akan kata kita ini adalah milik Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ boleh berikan dan Allah ‎ﷻ boleh ambil balik. Baik nyawa, harta, kesihatan dan segalanya adalah milik Allah ‎ﷻ dan Dia boleh ambil balik.

Ingatlah bahawa semua yang kita ada di dunia ini sekarang bukanlah hak kita. Kalau kita faham kata-kata ini, maka senang untuk kita jadi sabar. Inilah kunci kesabaran kerana kebanyakan masalah dalam dunia ini akan mengalami pelbagai jenis kehilangan. Kehilangan nyawa, harta benda, ahli keluarga, kenalan kita, dan berbagai-bagai lagi.

Namun ingatlah bahawa semua itu bukan hak kita dan diri kita sendiri ini pun adalah hak Allah ‎ﷻ. Jangan kata benda yang rosak dan hilang itu bukan hak kita, diri kita sendiri ini pun bukan hak kita, tetapi hak Allah ‎ﷻ! Maka Allah ‎ﷻ boleh berbuat apa-apa sahaja kepada kita.

Jadi, kalau ada musibah apa sahaja yang terjadi, inilah lafaz zikir yang kita kena sebut. Ada satu hadith di mana pernah pelita dalam bilik Nabi ﷺ terpadam dan Nabi ﷺ mengucapkan perkataan yang disuruh kita ucapkan ini. Aisyah رضي الله عنها kehairanan kerana yang terjadi hanya perkara kecil sahaja. Nabi ﷺ menjawab bahawa apa sahaja yang mengecewakan manusia adalah musibah.

Diberitakan bahawa pada suatu ketika lampu Nabi ﷺ padam, maka beliau pun mengucapkan istirja`, lalu kata Aisyah رضي الله عنها, “Bukankah ini hanya sebuah lampu!” Jawabnya, “Setiap yang mengecewakan (hati) orang mukmin itu bererti musibah.” Diriwayatkan oleh Abu Daud.

Maka ini mengajar kita yang kalimah istirja’ ini bukanlah untuk kematian sahaja. Ia adalah untuk apa-apa musibah. Ramai yang tidak faham hal ini. Kerana itu kalau kita dapat tahu berita kemalangan (tidak mati) dan kita istirja’, ada yang kehairanan dan berkata: “Eh, dia tak mati lagi….”. Memanglah kita tahu dia tidak mati lagi.

وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

dan sesungguhnya kepada Dialah juga kami akan kembali;

Kita semua akan kembali kepada-Nya. Kita semua akan kembali kepada-Nya untuk Allah ‎ﷻ buat penilaian sama ada kita hamba yang sabar atau tidak. Ini kita semua sudah tahu. Sekarang hendak disematkan di dalam hati sahaja.

Ujian sabar adalah dalam tiga hari pertama. Bila mula-mula kena musibah itu, kita sudah kena sabar kerana selalunya apabila sudah lama, manusia senang untuk sabar, jadi itu sudah tidak dikira. Namun mula-mula bila ia terjadi yang susah untuk sabar.

Dalam satu riwayat, seorang wanita mengalami kematian dalam keluarganya. Nabi ﷺ nampak keadaan wanita itu dan memberi nasihat kepada wanita itu untuk bersabar. Wanita itu sedang menangis dan tidak perasan yang memberi nasihat itu adalah Nabi ﷺ. Wanita itu kata bolehlah Nabi ﷺ minta dia sabar sebab benda itu tidak jadi pada baginda. Ada yang nampak kejadian itu dan telah menegur wanita itu kerana cakap begitu dengan Nabi ﷺ. Maka selang beberapa hari, wanita itu telah pergi kepada Nabi ﷺ dan beritahu baginda yang dia sudah bersabar dengan apa yang terjadi. Nabi ﷺ kata sabar itu kena ada semasa berlakunya perkara itu. Sabar selepas lama kejadian itu tidak dikira lagi.

Selalu kita dengar apabila terdengar sahaja ada sesiapa yang mati, kita akan cakap begini. Kita bukan kata tentang si mati sangat sebenarnya, tetapi kita mengaku kita juga milik Allah ‎ﷻ. Ingat bahawa kita juga akan mati, cuma dia yang mati itu sahaja yang perlu dahulu. Kita akan menyusul tidak lama lagi.

Ini sepatutnya mengingatkan kita, yang kita akhirnya akan kembali bertemu Allah ‎ﷻ juga. Oleh itu, segala masalah yang kita hadapi, tidak kira betapa besarnya, ia tidak akan berkekalan kerana ia akan berakhir juga. Maka kalau kita ingatkan diri kita yang hidup di dunia ini sekejap sahaja, kuranglah sedikit kesan di hati kerana dalam hati kita akan sedar (sekejap sahaja musibah ini, nanti sudah mati, hilanglah….).

Tafsir Ayat Ke-157

Apakah balasan kepada mereka yang bersabar dengan apa yang terjadi?

أُولٰئِكَ عَلَيهِم صَلَواتٌ مِن رَبِّهِم وَرَحمَةٌ ۖ وَأُولٰئِكَ هُمُ المُهتَدونَ

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.

أُولَٰئِكَ

Orang-orang yang bersifat seperti itulah

Orang-orang yang sentiasa bersabar dengan apa yang terjadi dan melafazkan lafaz istirja’ apabila ditimpa oleh musibah. Namun kenalah melafazkan istirja’ itu dengan faham apakah maksudnya. Kalau sebut tetapi tidak faham pun susah juga kerana kesannya tidak sampai.

عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ

yang dapat selawat dari Tuhan mereka;

Selawat di sini adalah bermaksud seperti ‘syabas’ kalau kita kata kepada orang yang berjaya. Jadi selawat itu adalah dalam bentuk tahniah daripada Tuhan sendiri. Allah ‎ﷻ ucapkan tahniah ke atas mereka kerana mereka boleh sabar. Ini adalah maksud selawat dalam ayat ini. Bahasa urdu dan Parsi terjemah selawat dengan lafaz syabas macam kita ambil dan pakai dalam bahasa kita.

Mufassirin ada mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah Allah ‎ﷻ memberi arahan khas kepada malaikat-malaikat yang ditugaskan khas untuk mendoakan kepada mereka-mereka yang sabar.

وَرَحْمَةٌ

dan akan dapat rahmat

Rahmat yang khas daripada Allah ‎ﷻ. Maka kita kena berharap dengan rahmat Allah ‎ﷻ ini. Kita memang berharap sungguh dengan rahmat daripada Allah ‎ﷻ kerana dengan rahmat-Nya sahaja kita boleh masuk ke dalam syurga.

وَأُولَٰئِكَ

Dan orang-orang yang bersifat seperti ini,

Iaitu yang mempunyai sifat-sifat yang telah disebut tadi.

هُمُ الْمُهْتَدُونَ

mereka yang benar-benar termasuk orang yang dapat petunjuk.

Mereka jenis inilah yang betul-betul terpimpin. Ini adalah kerana mereka ada ilmu dan mereka praktikkan ilmu yang mereka tahu itu. Maka kenalah ada ilmu dahulu dan mempunyai pemahaman yang mendalam.

Tafsir Ayat Ke-158

Cabang tazkiyah yang kelima dan terakhir adalah ta’zim. Ta’zim bermaksud membesarkan lambang kehebatan dan kebesaran Allah ‎ﷻ. Contohnya kita besarkan Baitullah, Tanah Haram, semua masjid-masjid, pusat-pusat pengajaran kerana ia adalah tempat mengajar tentang Allah ‎ﷻ dan macam-macam tempat lagi. Begitu juga kepada pelajar-pelajar agama dan guru-guru agama. Jadi kita hormat kepada semuanya.

Jadi dalam ayat ini, antara tempat yang kita kena muliakan adalah Bukit Safa dan Bukit Marwah kerana ia adalah Syiar Allah ‎ﷻ – tanda kebesaran dan keagungan Allah ‎ﷻ. Ia adalah dua bukit yang menjadi lambang dan kenangan bagaimana Allah ‎ﷻ telah menolong hamba-Nya yang sanggup berkorban untuk agama.

Di sinilah Hajar isteri Nabi Ibrahim عليه السلام telah berlari antara dua bukit ini bagi mencari air untuk anaknya setelah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim عليه السلام yang terpaksa meninggalkan mereka berdua di Mekah untuk mengembara menyebar agama. Hajar tidak merungut walaupun ditinggalkan di tempat yang tidak ada penghuni waktu itu. Allah ‎ﷻ telah menolongnya dengan memberikan air Zam-zam. Jadi, Safa dan Marwah adalah salah satu daripada Syiar Islam.

Jadi, ayat ini adalah berkenaan dengan Saie dan berkenaan Safa dan Marwah. Untuk faham ayat ini, kena tahu sejarah Arab Jahiliah dahulu. Dahulu asalnya orang Arab tawaf dan saie dengan memakai ihram sepertimana ajaran Nabi Ibrahim عليه السلام. Sama sahaja perbuatan mereka dengan kita. Mereka juga mengerjakan musim Haji pada sembilan Dzulhijjah juga.

Kemudian ada tok guru mereka yang mula membuat ajaran bid’ah. Ini kerana orang Arab itu banyak yang miskin, baju pun tiada, maka mereka tidak mampu hendak membeli kain ihram untuk dipakai semasa tawaf. Tok guru itu ajar supaya mereka pakai yang ‘original’ – telanjang bogel, sebab di Padang Mahsyar nanti, semua orang akan telanjang pun. Yang menjaga mereka semasa mereka menjalankan tawaf dan saei itu adalah penghulu Mekah, iaitu tok nenek Nabi, keturunan Nabi Muhammad ﷺ seperti Abdul Mutalib.

Mereka berbogel kononnya untuk tunjuk ikhlas. Lelaki dan perempuan tawaf bogel bersama-sama. Dalam ramai-ramai itu adalah yang datang berpasangan. Bila sudah telanjang, maka ada yang telah terangsang. Sambil tawaf, mereka bercadang untuk berzina dalam Kaabah, kononnya tempat yang paling molek sekali. Yang perempuan bernama Naelah dan yang lelaki bernama Asif.

Pintu Kaabah itu dahulunya sama tinggi dengan tanah. Maka senang untuk mereka masuk. Mereka telah masuk dan sudah hampir hendak berzina. Namun dalam mereka hendak berzina itu, Allah ‎ﷻ takdirkan mereka menjadi batu. Waktu itu, berhala belum ada lagi di sekeliling Kaabah. Semua percaya bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan yang salah, maka mereka kena buang batu itu. Namun puak bid’ah hendak mempamerkan batu itu sebagai peringatan kepada orang yang datang di kemudian hari sebagai pencegahanan orang ramai untuk tidak berzina.


Yang ramai adalah puak bid’ah, maka pendapat mereka lebih kuat. Niat mereka adalah baik juga – untuk memberi peringatan kepada orang ramai. Mereka sandarkan patung-patung itu pada Kaabah. Zaman berzaman berlalu, mereka sudah lupa kenapa batu itu ada di situ. Lama kelamaan, mereka sangka itulah Tuhan mereka. Yang seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.

Lama kelamaan, apabila datang berhala sembahan seperti Latta, Uzza dan sebagainya, mereka telah letak patung pasangan berzina itu di dua buah bukit yang kita pun kenal sekarang – satu di Safa dan satu lagi di Marwah. Jadi, apabila hendak bersaie, mereka akan jamah kaki patung Asif dan Naelah itu. Macam kita sekarang, kita akan lambaikan tangan di situ (kerana ikut sunnah). Kita buat kerana kita ikut Nabi ﷺ kita ajar, tetapi mereka lakukan itu sebagai pemujaan dan hormat kepada batu itu.

Jadi sahabat-sahabat Nabi ﷺ telah pernah buat begitu semasa dalam Jahiliyyah. Namun apabila mereka telah masuk Islam dan mereka hendak melakukan Umrah, mereka enggan untuk buat saie di Safa dan Marwah kerana mereka ingat lagi bahawa ada berhala di situ dan apa yang mereka telah lakukan dahulu.

Waktu mereka buat tawaf semasa itu, Kaabah masih lagi dikelilingi berhala. Mereka takut kalau-kalau mereka terbuat perkara yang salah. Sebab mereka tahu bahawa ada perbuatan masyarakat Arab dahulu bukanlah dari agama yang sebenar tetapi telah diubah setelah peredaran masa yang lama. Maka turunlah ayat ini untuk membenarkan mereka saie di Safa dan Marwah. Cuma tidak boleh jamah kaki patung itu.

Kejadian ini terjadi pada tahun tujuh Hijrah, ketika para sahabat melakukan Umrah yang pertama. Ketika ini Nabi ﷺ tiada mengikuti mereka. Pada tahun sebelumnya, iaitu pada tahun enam Hijrah semasa Nabi ﷺ pergi, mereka tidak dibenarkan untuk mengerjakan Umrah oleh Puak Musyrikin. Waktu itulah terjadinya perjanjian Hudaybiah. Tahun enam Hijrah itu mereka tidak boleh mengerjakan umrah, tetapi boleh datang pada tahun hadapannya (Tahun 7 Hijrah).

Jadi, pada tahun 7 Hijrah, sahabat-sahabat sahaja yang pergi. Semasa hendak pergi, mereka yang sudah biasa buat umrah semasa zaman Jahiliyyah dulu, mereka tahu tentang dua berhala itu. Mereka takut untuk membuat saie kerana ada patung-patung itu yang boleh menyebabkan mereka melakukan perkara yang syirik. Maka salah faham itu diperbetulkan dalam ayat ini.

Begitulah sejarah ringkas. Kalau kita tidak tahu latar belakang apa yang terjadi waktu itu, kita tidak dapat faham apakah maksud ayat ini kerana itu tidak cukup kalau baca terjemahan ayat Al-Qur’an sahaja. Kita memang tidak akan faham maklumat sebegini hanya dengan membaca terjemahan sahaja.

إِنَّ الصَّفا وَالمَروَةَ مِن شَعائِرِ اللَّهِ ۖ فَمَن حَجَّ البَيتَ أَوِ اعتَمَرَ فَلا جُناحَ عَلَيهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِما ۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيرًا فَإِنَّ اللَّهَ شاكِرٌ عَليمٌ

Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ

Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah sebahagian dari lambang-lambang keagungan Allah;

Kalimah شَعَائِرِ (jamak bagi syiar) adalah sesuatu yang menyebabkan timbul perasaan dalam diri kita. Contohnya kalau kita sudah lama tidak berjumpa sanak saudara kita dan bila kita nampak mereka, kita menangis. Ia adalah sesuatu yang membangkitkan perasaan kita. Dalam ertikata lain, ia adalah tempat yang sentimental kepada kita.

Begitulah sepatutnya perasaan kita dengan Safa dan Marwah. Ia adalah kisah sejarah yang membangkitkan perasaan bagi kita. Kita sepatutnya ingat tentang kesusahan yang dilalui oleh Hajar dan anaknya semasa kita di sana.

فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ

Maka sesiapa yang berhaji atau umrah kepada Baitullah

Waktu ayat ini diturunkan, umat Islam belum lagi boleh pergi buat Haji atau Umrah kerana tempat itu masih lagi di tangan Musyrikin Mekah. Waktu itu, mereka sudah menghadap ke Kaabah setiap hari dalam salat mereka selepas kiblat ditukar ke Mekah. Sekarang Allah ‎ﷻ memberitahu mereka bahawa mereka akan dapat buat Haji dan Umrah ke sana. Maka sudah gembira dalam hati mereka.

Sekarang disebut tentang salah satu daripada amalan manasik Haji dan Umrah iaitu Saie. Maka, sekali lagi diberikan isyarat bahawa mereka akan kena perang ke sana untuk membebaskan Kaabah daripada berhala-berhala syirik Arab Jahiliyyah. Apabila sudah bersih Mekah dan Kaabah, barulah lega hati untuk mengerjakan ibadah di situ, bukan?

فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا

tidaklah berdosa baginya untuk tawaf di antara keduanya;

Walaupun sebut ‘tawaf’ dalam ayat ini, tetapi ia sebenarnya adalah perbuatan saie juga kerana saie itu macam perbuatan tawaf juga. Ini kerana ada pusing juga dari satu bukit ke satu bukit. Apabila turun ayat ini, barulah mereka hendak buat amalan Saie. Kalau tidak, mereka hanya akan buat tawaf di Kaabah sahaja. Jadi, kena cerita latar belakang sejarah dahulu, baru tahu makna ayat ini.

Kenapa dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ kata ‘tidak salah’ sedangkan itu memang sudah arahan daripada Dia? Ini kena tahu kisah sebelum kedatangan Islam. Kita telah sebut kisahnya dengan panjang lebar sebelum ini. Orang yang datang kemudian selepas mereka telah sangka yang syarat untuk sah Haji kena sentuh dua batu itu. Sedangkan asalnya ia diletakkan di situ adalah sebagai amaran kepada manusia, yang kalau buat maksiat di Tanah Haram, boleh jadi macam itu. Orang yang datang kemudian lagi daripada mereka pula kata kena puja pula batu itu. Mereka sudah mula minta hajat kepada patung itu pula.

Jadi, perkara yang dilakukan oleh mereka itu adalah perbuatan syirik. Para sahabat yang telah faham bahaya syirik takut untuk pergi ke Safa dan Marwah kerana dahulu semasa mereka Jahiliyyah, mereka pergi ke sana atas dasar syirik. Walaupun Allah ‎ﷻ telah syariatkan Saie di Safa dan Marwah, mereka masih enggan kerana terkenangkan perbuatan mereka dahulu.

Maka kerana itulah Allah ‎ﷻ turunkan ayat ini untuk memberitahu bahawa ia dibenarkan kerana penyembahan kepada batu itu datang kemudian, bukan ajaran asal.

وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا

Dan sesiapa yang mengerjakan tawaf itu secara sukarela, itu adalah lebih baik baginya.

Kalimah تَطَوَّعَ adalah melakukan sesuatu dengan sukarela. Buat sesuatu yang lebih kerana itu salat-salat sunat digelar juga Solat Tatawwu’.

فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ

Dan Allah itu Maha Membalas kesyukuran makhluk;

Bukan Allah ‎ﷻ bersyukur kepada kita, tetapi Allah ‎ﷻ akan membalas perbuatan baik makhluk. Siapa yang mahu buat lebih lagi, Allah ‎ﷻ membalas balasan setimpal dengan apa yang mereka kerjakan malah lebih baik lagi. Allah ‎ﷻ amat berterima kasih. Kuantiti amalan akan dibalas setimpal malah lebih lagi.

Allah ‎ﷻ akan suka dengan perbuatan amal kebaikan kita. Ini selalu yang memalukan kita. Bayangkan emak kita suruh kita telefon dia sekala sekala, dia akan suka, dia kata. Bukankah ia adalah sesuatu yang sepatutnya kita lakukan? Sama macam ayat ini. Ia adalah sesuatu yang sepatutnya kita lakukan, tetapi Allah ‎ﷻ kata Dia akan bersyukur kepada kita. Maknanya, Allah ‎ﷻ balas perkara yang kita sepatutnya buat.

عَلِيمٌ

Dan Maha Mengetahui

Allah ‎ﷻ Maha Mengetahui ikhlas atau tidak ibadat hamba-Nya. Dia maha mengetahui hati hamba-Nya, Dia tahu sebanyak mana ada ikhlas dalam hati hamba. Kalau banyak amalan tetapi tidak ikhlas, tidak diterima amalan itu walau betapa banyak pun. Maka kalau kuantiti banyak tetapi tidak ada kualiti, tidak ada gunanya.

Allahu a’lam. 

BAB 8: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Talqin Mayat

0

Talqin menurut bahasa bermaksud mengajar atau memberi tutorial. Menurut istilah pula bermaksud mengajar atau menuntun orang yang sedang nazak atau baru dikuburkan dengan bacaan kalimah-kalimah tertentu.

Amalan ini masih banyak dilakukan di nusantara dengan berhujahkan kepada hadith di bawah:

أخرجه الطبراني في ” الكبير ” عن سعيد بن عبد الله الأودي قال : ” شهدت أبا أمامة الباهلي وهو في النزع فقال : إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمر رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) فقال : أذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب عليه فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل : يا فلان بن فلان بن فلانة فإنه يسمع ولا يجيب ثم يقول : يا فلان بن فلانة فإنه يستوي قاعدا ثم يقول : يا فلان بن فلانة فانه يقول : أرشدنا رحمك الله ولكن لا تشعرون فليقل : اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة : أن لا اله الا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن إماما فان منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول : انطلق بنا ما نقعد عند من لقن حجته فيكون الله حجيجه دونهما قال رجل : يا رسول الله فإن لم يعرف أمه ؟ قال : فينسبه إلى حواء : يا فلان بن حواء “

Terjemahan:

Daripada Abu Umamah رضي الله عنه katanya: “Apabila saya meninggal dunia, maka lakukanlah untukku sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ kepada kami untuk melakukannya terhadap orang-orang yang mati di antara kami dengan sabdanya “Apabila meninggal dunia salah seorang daripada saudara-saudara kamu, kalau kamu ratakan tanah di atas kuburnya maka hendaklah salah seorang daripada kamu bangkit berdiri pada bahagian kepala kuburnya”. Kemudian hendaklah dia berkata, “Wahai Fulan bin Fulanah, sesungguhnya orang yang mati mendengarnya tetapi tidak menjawabnya”. Kemudian dia berkata lagi, “Wahai Fulan bin Fulanah, sesungguhnya orang mati itu berkata, tunjukkanlah kami nescaya Allah mengasihanimu, hanya kamu tidak merasakannya”. Maka orang yang berdiri itu hendaklah berkata kepada orang yang mati itu, “Ingatlah apa yang pernah kamu lakukan selama hidup di dunia, seperti kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Nya, dan bahawasanya engkau redha bahawa Allah adalah tuhanmu, Islam adalah agamamu, Muhammad sebagai nabimu dan Al-Qur’an sebagai Imammu. Sesungguhnya Munkar dan Nakir, setiap satu daripadanya menarik tangan temannya sambil berkata, “Marilah kita pergi menghindar daripada tempat kita di sisi orang yang telah diajarkan hujah. Berkatalah seorang lelaki (setelah mendengar sabda Rasulullah ﷺ): “Jika tidak diketahui nama ibunya?”. Baginda menjawab: “Dinisbahkan kepada ibunya, Hawa”. (Riwayat at-Thabarani, Mu’jam al-Kabir)

 

Penilaian status hadith:

ا ذكره الشيخ الألباني حول هذا الحديث وذلك نقلا من الموسوعة الشاملة :

حديث أبي أمامة في التلقين . رواه أبو بكر عبد العزيز في ” الشافي ” ) ص 175 . ضعيف . أخرجه الطبراني في ” الكبير ” عن سعيد بن عبد الله الأودي قال : ” شهدت أبا أمامة الباهلي وهو في النزع فقال : إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمر رسول الله ( صلى الله عليه وسلم ) فقال : أذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب عليه فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل : يا فلان بن فلان بن فلانة فإنه يسمع ولا يجيب ثم يقول : يا فلان بن فلانة فإنه يستوي قاعدا ثم يقول : يا فلان بن فلانة فانه يقول : أرشدنا رحمك الله ولكن لا تشعرون فليقل : اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة : أن لا اله الا الله وأن محمدا عبده ورسوله وأنك رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن إماما فان منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول : انطلق بنا ما نقعد عند من لقن حجته فيكون الله حجيجه دونهما قال رجل : يا رسول الله فإن لم يعرف أمه ؟ قال : فينسبه إلى حواء : يا فلان بن حواء ” . قال الهيثمي ( 2 / 324 ) : ” وفيه من لم أعرفه جماعة ” . وأما الحافظ فقال في ” التلخيص “( 167 ) بعد أن عزاه للطبراني : ” وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه وأخرجه عبد العزيز في ” الشافي ” والراوي عن أبي أمامة سعيد الأزدي ( 1 ) بيض له ابن أبي حاتم ولكن له شواهد منها ما رواه سعيد بن منصور من طريق راشد بن سعد وضمرة ابن حبيب وغيرهما قالوا : إذا سوي على الميت قبره وانصرف الناس عنه كانوا يستحبون أن يقال للميت عند قبره : يا فلان قل لا اله إلا الله قل أشهد أن لا إله إلا الله ثلاث مرات قل ربي الله وديني الأسلام ونبيي محمد ثم ينصرف . . . . ) . قلت : وفي كلام الحافظ هذا ملاحظات : أولا : كيف يكون إسناده صالحه وفيه ذلك الأزدي أو الأودي ولم يوثقه أحد بل بيض له ابن أبي حاتم كما ذكر الحافظ نفسه ومعنى ذلك أنه مجهول لديه لم يقف على حاله ؟ ! ثانيا : إنه يوهم أن ليس فيه غير ذلك الأزدي وكلام شيخه الهيثمي صريح بأن فيه جماعة لا يعرفون وقد وقفت على إسناده عند الضياء المقدسي في ” المنتقى من مسموعاته له بمرو ” ( ق 5 / 2 ) رواه من طريق علي بن حجر ثنا حماد ابن عمرو عن عبد الله بن محمد القرشي عن يحيى ابن أبي كثير عن سعيد الأودي قال : ” شهدت أبا أمامة الباهلي . . ) ورواه ابن عساكر ( 8 / 151 / 2 ) من طريق اسماعيل بن عياش نا عبد الله بن محمد به . قلت : وعبد الله هذا لم أعرفه والظاهر أنه أحد الجماعة الذين لم يعرفهم الهيثمي . ثالثا : أن قوله ” له شواهد ” فيه تسامح كثير ! فان كل ما ذكره من ذلك لا يصلح شاهدا لانها كلها ليس فيها من معنى التلقين شئ اطلاقا إذ كلها تدور /هامش ( 1 ) كذا الأصل ( الأزدي ) وكذلك هو في ” الجرح والتعديل ) ( 2 / 1 / 76 ) . وفي ( المجمع ) ( الأودي ) . وكذلك هو في ( المنتقى ) للضياء فالله أعلم/

حول الدعاء للميت ! ولذلك لم أسقها في جملة كلامه الذي ذكرته اللهم إلا ما رواه سعيد بن منصور فإنه صريح في التلقين ولكنه مع ذلك فهو شاهد قاصر إذ الحديث اشمل منه وأكثر مادة إذ مما فيه ” أن منكرا ونكيرا يقولان : ما نقعد عند من لقن حجته ؟ ” فاين هذا في الشاهد ؟ ! ومع هذا فانه لا يصلح شاهدا لأنه موقوف بل مقطوع ولا أدري كيف يخفى مثل هذا على الحافظ عفا الله عنا وعنه . ثم قال : ” وقال الأثرم : قلت : لأحمد : هذا الذي يصنعونه إذا دفن الميت يقف الرجل ويقول : يا فلان بن فلانة ؟ قال : ما رأيت أحدا يفعله إلا أهل الشام حين مات أبو المغيرة يروى فيه عن أبي بكر بن أبي مريم عن أشياخهم أنهم كانوا يفعلونه وكان إسماعيل بن عياش يرويه يشير إلى حديث أبي أمامة ” . وليت شعري كيف يمكن أن يكون مثل هذا الحديث صالحا ثابتا ولا أحد من السلف الأول يعمل به ؟ ! وقد قال النووي في ” المجموع ” ( 5 / 304 ) والعراقي في ” تخريج الإحياء ” ( 4 / 420 ) : ” إسناده ضعيف ” . وقال ابن القيم في ” زاد المعاد ” ( 1 / 206 ) : ” حديث لا يصح ” .

 

Adapun sanad riwayat At-Thabrani رحمه الله, maka sisi kelemahannya adalah banyaknya perawi yang majhul (tidak dikenali), sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Haithami dalam Majma’uz Zawa’id 3/45.

Manakala riwayat daripada Al-Khol’i pula lebih teruk lagi kerana selain banyaknya perawi yang majhul, ternyata Utbah bin Sakan adalah seorang yang ditinggalkan hadithnya bahkan dituduh memalsukan hadith, sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Daruquthni dan Baihaqi. Oleh kerana itulah hadith ini dilemahkan oleh para ulama’.

Berkata al-Haithami dalam al-Majma’ 3/45: “Di dalam sanadnya terdapat banyak perawi yang tidak saya kenali.”

Berkata Ibnu Sholah: “Sanadnya tidak boleh dijadikan hujah.”

Imam An-Nawawi juga melemahkannya, sebagaimana di dalam Al-Majmu’ Syarah Muhadzab 5/304 dan al-Fatawa halaman 54.

Berkata Syaikhul Islam ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ Fatawa 24/296: “Hadith ini tidak dihukumi sahih.”

Berkata Imam Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma’ad 1/523: “Tidak sahih secara marfu.” Beliau juga berkata dalam Tahdzibus Sunan: “Hadith ini disepakati akan kelemahannya.” 

Imam Al-Iraqi juga melemahkannya dalam takhrij al-Ihya’ 4/420.

Berkata Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Nata’ijul Afkar dan Fathul Bari 10/563: “Lemah sekali.”

Hadith ini juga dilemahkan oleh Zarkasyi dalam Al-La’ali al-Manstsuroh halaman 59, As-Suyuthi dalam Ad-Duror al-Manstsuroh halaman 25 .

Berkata Imam Ash-Shun’ani dalam Subulus Salam 2/114: “Dari keterangan para ulama’ tersebut dapat disimpulkan bahawa hadith ini lemah, maka janganlah ada yang tertipu dengan banyaknya orang yang mengamalkannya.”

Berkata Syaikh Al-Albani: “Kesimpulannya bahawa hadith ini mungkar, jika bukan malah ianya palsu.”

Berkata Syaikh Abu Ishaq Al-Huwaini: “Matan hadith ini juga mungkar kerana bertentangan dengan hadith yang sahih bahawa seseorang dipanggil dengan nama bapaknya, sebagaimana dalam hadith berikut:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْغَادِرَ يُرْفَعُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ

Terjemahan: 

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya seorang pengkhianat akan diangkat benderanya pada hari kiamat dan dikatakan: Inilah pengkhianatan Fulan bin Fulan.” (HR Bukhari dan Muslim)

Hadith penguat kepada hadith abu Umamah sebelum ini:

مَا رَوَاهُ سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ مِنْ طَرِيقِ رَاشِدِ بْنِ سَعْدٍ ، وَضَمْرَةَ بْنِ حَبِيبٍ ، وَغَيْرِهِمَا قَالُوا : } إذ ا سُ وِيَ عَلَى الْمَي تِ قَبْرُهُ

وَانْصَرَفَ النَّاسُ عَنْهُ ، كَانُوا يَسْتحَِبُّونَ أَنْ يُقَالَ لِلْمَ ي تِ عِنْدَ قَبْرِهِ : يَا فُلَانُ قُلْ : لَا إلَهَ إلَّا اللَّ ، قُلْ : أَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا الَّ ،

ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ، قُلْ : رَب ي اللَّ ، وَدِينِي الْإِسْلَامُ ، وَنَبِ ي مُحَمَّدٌ . ثُمَّ يَنْصَرِفُ { .

Terjemahan: 

Diriwayatkan oleh Sa’id bin Manshur, daripada jalur Rasyid bin Sa’d, Dhamrah bin Habib dan lainnya, mereka berkata: “Apabila kubur mayat telah diratakan, orang ramai telah beranjak, mereka menganjurkan agar dikatakan kepada mayat di sisi kuburnya: “Wahai fulan, katakanlah tiada Tuhan selain Allah.” Katakanlah: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, tiga kali.” Katakanlah: “Tuhanku Allah, agamaku Islam, Nabiku Muhammad.” Kemudian beranjak.

 

قال الصنعاني في ” سبلِ السلامِ ” (2/772) عند شرحهِ لحديثِ : ” ضَمْرَةَ بْنِ حَبِيبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – أَحَدِ التَّابِعِينَ – قَالَ : كَانُوا يَسْتَحِبُّونَ إذَا سُوِّيَ عَلَى الْمَيِّتِ قَبْرُهُ ، وَانْصَرَفَ النَّاسُ عَنْهُ . أَنْ يُقَالَ عِنْدَ قَبْرِهِ : يَا فُلَانُ ، قُلْ : لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ، يَا فُلَانُ : قُلْ رَبِّي اللَّهُ ، وَدِينِي الْإِسْلَامُ ، وَنَبِيِّي مُحَمَّدٌ ، رَوَاهُ سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ مَوْقُوفًا . 

Komentar Imam al-Syun’ani di dalam kitab beliau Subulus Salam: “Ia riwayat tabi’in iaitu Dhamrah bin Habeeb dan ianya mauquf (dhaif).” 

Di dalam catatan nota kaki Majma’uz Zawaid juga disebutkan bahawa di dalam sanad hadith tersebut terdapat seorang perawi yang bernama ‘Ashim bin Abdullah dan dia adalah seorang perawi yang lemah.

Maka secara kesimpulannya, atsar Dhamrah bin Habeeb juga tidak sahih untuk dijadikan dalil sunnahnya membaca talqin mayat.

Allahu a’lam.

Kesalahan Di dalam Salat / 30

0

Beberapa kesalahan pesalat di dalam isu pakaian salat dan menutup aurat dalam salat.

الفصل الأول: جماع أخطاء المصلّين في ثيابهم وستر عوراتهم في الصلاة

 

Salat dengan pakaian yang dicelup dai (pewarna) – الصَّلاة في الثَّوب المعَصْفَر 

Isu ini termasuk di dalam bab fiqh pakaian yang di sisi saya sudah mansukh kerana ia adalah suatu proses mewarnakan pakaian yang diamalkan oleh kaum yang terdahulu. Akan tetapi di zaman moden, semua fabrik sudah siap. Ia dihasilkan oleh kilang yang telah siap dengan warnanya sekali. Pada zaman dahulu pakaian dicelup dengan za’faran dan termasuk dalam perhiasan perempuan. 

Ilat atau motif mu’asyfar ialah untuk perhiasan perempuan dan sekarang digantikan dengan seni batik.

Kita akan menyelusuri beberapa hadith dalam isu ini.

Hadith 1:

عن عبد الله بن عمرو ـ رضي الله عنهما ـ أن رسول الله  ، رأى عليه ثوبين معصفرين ، فقال : (إنّ هذه من ثياب الكفّار ، فلا تَلْبَسْهَا) أخرجه : مسلم : كتاب اللباس والزينة : باب النهي عن لبس الرّجل الثوب المعصفر : (3/1647) رقم 2077) .

Dari Ibnu Umar رضي الله عنه bahawa ditunjukkkan kepada Nabi ﷺ akan dua potong baju mu’asyfar (baju yang dihasilkan dengan pewarna usyfur). Lantas baginda bersabda, “Sesungguhnya ia pakaian orang kafir, maka jangan memakainya”. (HR Muslim no. 2077, Ahmad, al-Hakim dalam al-Mustadrak)

Hadith 2: 

وفي رواية قال له : أأمك أمرتك بهذا ؟ قلت إغسلهما ؟ قال بل إحرقهما 

Dalam riwayat lain, “Adakah ibu kamu menyuruh kamu memakainya?”. Si fulan berkata, “Saya akan menghapuskannya”, Nabi ﷺ bersabda, “Tidak, bakarkan ia”. (Sahih Muslim no. 2077)

 

وزاد في رواية : ففعلت

Tambahan dalam riwayat tersebut: “Maka aku melakukannya” yakni membakarnya.

وأخرجه معها : الحاكم في ((المستدرك)) : (4/190) وقال : ((صحيح الإسناد)) . والرواية التّالية تشهد لها 

Ini adalah tambahan al-Hakim dalam al-Mustadrak 4:190, beliau berkata sanad-sanadnya sahih.

Hadith 3:

وفي رواية أنّ النّبيّ,” رأى عليه رَيْطةً مُضَرَّجَةً بالعُصْفر ، فقال: ما هذه الرَّيْطَة التي عليك ؟ فعرفتُ ما كره ، فأتيتُ أهلي ، وهم يَسْجُرُونَ تنُّوراً لهم ، فقذفتها فيه ، ثم أتيتُه من الغَدّ ، فقال : ((يا عبد الله ما فعلت الرَّيْطَة ؟ )) ، فأخبرتُه ، فقال : ((هَلاَّ كَسَوْتَها بعضَ أهلك ، فإنه لا بأس بها للنّساء) أخرجه : أحمد : المسند : (2/196) وأبو داود في ((السنن)) : رقم (4066) ، وابن ماجه في ((السنن)) : رقم (3603) وإسناده حسن .

Dalam sebuah riwayat, bahawa Nabi ﷺ melihat perawi (Abdullah bin Amru) memakai jaket yang dicelup dengan usyfur (warna merah murni), Nabi ﷺ bertanya, “Kenapa kamu memakai jaket begini?” Aku mengerti bahawa beliau tidak menyukainya. Ketika aku sampai di rumah, kebetulan mereka sedang menyalakan dapur api (untuk memasak), maka aku lemparkan jaket tersebut ke dalam unggun api. Keesokan hari ketika aku bertemu Nabi ﷺ, baginda bertanyakan, “Wahai Abdullah, apa kesudahan jaket kamu semalam?” Aku menjelaskan apa yang telah aku lakukan.” Nabi ﷺ berkata, “Bahkan keluarga kamu masih boleh memakainya, sebab jaket sedemikian boleh dipakai oleh kaum wanita”. (HR. Ahmad, 2:196, Abu Daud no. 4066, Ibnu Majah no. 3603 dengan sanad hasan. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani رحمه الله‎)

Fiqh hadith:

Ia mengenai pakaian berwarna merah hasil daripada celupan menggunakan tumbuhan usyfur yang menghasilkan warna merah menyala. Ia tidak disukai oleh Nabi ﷺ akan tetapi harus untuk kaum wanita.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan