Utama Blog Halaman 54

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 12 – Berwirid dengan surah An-Nasr

0

Zikir 12: Berwirid dengan surah An-Nasr (Izaa ja anashrullah wal fath)

بسم الله الرحمن الرحيم، إذا جاء نصر الله والفتح* ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجاً* فسبح بحمد ربك واستغفره إنه كان تواباً *
(في حديث أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لرجل من أصحابه. “أليس معك إذا جاء نصر الله والفتح؟” قال: بلى. قال: “ربع القرآن” رواه الترمذي وقال: حديث حسن.)

Terjemahan:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani; Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” [An-Nasr: 1-3]

Hadith daripada jalur Anas رضي الله عنه, bahawa suatu ketika Rasulullah ﷺ bertanya kepada salah seorang sahabatnya), “Tidakkah kamu juga hafal surah iza jaa’a nasrullahi wa al-fath ?” Dia berkata: “Ya”. Baginda berkomentar: ” Itu sudah seperempat Al-Qur’an “. (HR Tirmidzi, beliau berkata, hadith hasan (indikasi kedhaifan).

📝 Tahqiq Al Arnout رحمه الله: Dhaif

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 13309 | خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف

Musnad Ahmad no 13309

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 11 – Berwirid dengan surah Al-Kafirun

0

Zikir 11: Berwirid dengan surah Al-Kafirun

بِـــــســْمِ اللهِ الرَّحْــــمنِ الرَّحِـــيْمِ, قُــــــلْ يَــــا أَيُّــــــهَا الْــــكَافِـــــرُونَ, لا أَعْـــــــــبُدُ مَا تَعْبُدُونَ, وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْـــــبُدُ, وَلا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ, وَلا أَنــتـــُمْ عَـــابِدُونَ مَا أَعْبُدُ, لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Dengan menyebut asma Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. “Katakanlah, ‘Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kalian sembah. Dan kalian bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak akan menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untuk kalian agama kalian dan untukku agamaku. ” [Al-Kafirun: 1-6]

في حديث ابن عباس رضي الله عنهما: “قل يأيها الكافرون تعدل ربع القرآن” رواه الترمذي والحاكم وقال: صحيح الإسناد.

Fadhilatnya pada hadith siri No 10 daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما,

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا زُلْزِلَتْ تَعْدِلُ نِصْفَ الْقُرْآنِ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ تَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ وَقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ تَعْدِلُ رُبُعَ الْقُرْآنِ

Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, katanya: bersabda Rasulullah ﷺ:
Idza Zulzilat setara dengan setengah Al-Qur’an, dan Qul Huwallahu Ahad setara dengan sepertiga Al-Qur’an, dan Qul yaa ayyuhal kaafirun setara dengan seperempat Al-Qur’an.” (HR. At Tirmidzi No. 2894, Al Hakim dalam Al Mustadrak No. 2078, katanya: sanadnya sahih)

Syaikh Al Albani رحمه الله menyatakan ini adalah hadith munkar. (As Silsilah Adh Dhaifah No. 1342), kerana hadith ini bertentangan dengan riwayat lain yang lebih tsiqah. Sedangkan Imam At Tirmidzi رحمه الله sendiri mengisyaratkan kedhaifan hadith ini, katanya: “Hadith gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari hadith Yaman bin Al Mughirah.” (Sunan At Tirmidzi No. 2894)

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

Fiqh Asasi Sunnah: Kitab Salat – Bab Azan dan Iqamah (Bahagian 2)

0

Kitab: Salat
Bab: Azan dan Iqamah
Bahagian:
B. Sebab disyariatkan Azan dan Kewajipannya

Kita masih lagi berbincang tentang kepentingan azan. Lafaz azan dan iqamah mencakupi kandungan aqidah seorang muslim, sehingga

✍🏻Imam Al Qadhi Iyadh رحمه الله berpendapat:

Ketahuilah, bahawa azan adalah kalimat yang berisi aqidah iman yang mencakup jenis-jenisnya.

▪️Yang pertama, menetapkan Dzat dan yang seharusnya dimiliki Dzat Allah ‎ﷻ dari kesempurnaan dan penyucian dari lawan kesempurnaan dan itu terkandung pada ucapan “Allahu Akbar”. Lafaz ini, walaupun sangat ringkas, namun sudah menjelaskan apa yang telah kami sebutkan di atas.

▪️Kemudian (yang kedua), menegaskan keesaan Allah dan penolakan sekutu yang mustahil ada bagi-Nya. Ini merupakan dasar dan tonggak iman, dan tauhid yang didahulukan ada di atas segala tugas agama lainnya.

▪️Kemudian menegaskan penetapan kenabian dan persaksian akan kebenaran risalah (kerasulan) bagi Nabi kita, Muhammad ﷺ. Dan ini merupakan kaedah agung setelah syahadah tentang keesaaan Allah ‎ﷻ.

▪️Kemudian mengajak kepada ibadah yang diperintahkan. Mengajak untuk salat dan menjadikannya setelah penetapan kenabian, kerana kewajipannya diketahui melalui Nabi ﷺ bukan melalui akal.

▪️Kemudian mengajak kepada kemenangan, iaitu kekal di dalam kenikmatan yang abadi. Di sini terdapat isyarat untuk perkara-perkara akhirat dalam hal kebangkitan dan pembalasan yang merupakan akhir masalah aqidah Islam.

Lalu hal itu diulang-ulang dengan iqamat salat untuk memberitahu permulaannya. Hal ini mengandungi penegasan iman dan pengulangan penjelasan iman ketika memulakan suatu ibadah dengan hati dan lisan, dan agar orang yang salat senantiasa berada di atas kejelasan amalannya dan ilmu tentang imannya, serta merasakan keagungan salat dan keagungan Dzat yang disembah serta pahala yang besar”.
(Lihat Majmu’ Syarhu Al Muhadzdzab, Imam Al Nawawi رحمه الله)

📍Maka semoga selepas ini bila kita dengar azan dilaungkan, ia lebih memberi makna kepada kita.

B. Sebab disyariatkan Azan dan Kewajipannya

Mari kita lihat kisah bagaimana azan mula-mula disyariatkan:

✍🏻Daripada Abdullah bin Zaid, beliau berkata: “Pada awalnya Rasulullah ﷺ berkehendakkan cara untuk panggilan salat, dan baginda menyuruh sahabatnya memukul kentongan (batang kayu/tabuh). Lalu aku bermimpi. Aku melihat seseorang mengenakan dua kain hijau membawa kentongan. Lalu aku bertanya: “Wahai hamba Allah, kamu menjual kentongan ini?” Dia bertanya: “Apa perlumu dengan kentongan?” Aku menjawab: “Akan aku pergunakan untuk panggilan salat.” Dia lalu berkata: “Mahukah engkau ku tunjukkan yang lebih baik dari itu?” Aku menjawab: “Apa itu?” Dia menjawab: “Ucapkanlah: ‘Allahu akbar Allahu akbar, Allahu akbar Allahu akbar – Asyhadu an laa ilaaha illallah, Asyhadu an laa ilaaha illallah – Asyahadu anna Muhammadan Rasulullah, Asyahadu anna Muhammadan Rasulullah – Hayya ‘alas solaah, Hayya ‘alas solaah – Hayya ‘alal falaah, Hayya ‘alal falaah – Allahu akbar Allahu akbar – Laa ilaaha illallah’.”

Lalu aku mendatangi Rasulullah ﷺ ‎ dan mengkhabarkan perihal mimpiku kepada baginda. Maka Rasulullah ﷺ pun bersabda: “Sesungguhnya sahabat kalian telah bermimpi, keluarlah ke masjid bersama Bilal, beritahulah kepada Bilal dan hendaklah dia yang menyerukan hal itu, sebab suaranya lebih kuat daripada kamu.”

Maka aku keluar bersama Bilal menuju masjid, aku ceritakan mimpiku hingga beliau menyerukannya. Dan Umar Ibnu Al-Khattab mendengar suara itu sehingga beliau mendatangi Rasulullah ﷺ seraya berkata: “Wahai Rasulullah, Demi Allah, aku juga bermimpi sebagaimana yang beliau mimpikan!”
(Ibnu Majah, no. 698)

✍🏻Daripada Anas bin Malik, beliau berkata: “Ketika manusia sudah banyak (yang masuk Islam), ada yang mengusulkan cara memberitahu masuknya waktu salat dengan sesuatu yang mereka boleh fahami. Maka ada yang mengusulkan dengan menyalakan api dan ada juga yang mengusulkan dengan memukul loceng. Lalu diperintahkan Bilal untuk mengumandangkan kalimah azan dengan genap (dua kali) dan mengganjilkan iqamah (sekali).”
(Sahih Bukhari no. 571, Sahih Muslim no. 570)

✍🏻Daripada Bilal bin Rabah bahawa beliau mendatangi Nabi ﷺ untuk azan salat Subuh, lalu dikatakan kepadanya: “Baginda sedang tidur.” Maka Bilal pun berkata: “As solatu khairun minan naum, as solatu khairun minan naum (salat itu lebih baik daripada tidur, salat itu lebih baik daripada tidur).” Hingga lafaz itu ditetapkan untuk dikumandangkan pada azan Subuh.”
(Sunan Ibnu Majah no. 708, Sunan Ad-Darimi no. 1166)

Sekarang kita bincangkan sama ada azan ini wajib ataupun sunat? Para ulama’ sepakat bahawa mengumandangkan azan itu disyari’atkan. Syari’at yang mulia ini sudah berlangsung semenjak masa Rasulullah ﷺ sehingga saat ini.

Lalu para ulama’ berbeza pandangan dalam hal hukumnya, adakah azan itu wajib ataupun sunnah muakkad? Namun yang sahih, hukum azan adalah fardhu kifayah. Jadi tidak boleh di suatu negeri (atau kampung) tidak ada kumandang azan sama sekali.

Dalil yang menyatakan hukum azan adalah fardhu kifayah adalah:

1- Azan adalah di antara syi’ar Islam yang besar.
Syi’ar ini tidak pernah ditinggalkan dari zaman Rasul ﷺ dan kita tidak pernah mendengar ada satu waktu yang kosong dari azan.

2- Kumandang azan dijadikan tanda aras oleh Rasulullah ﷺ apakah suatu negeri termasuk negeri Islam ataupun tidak.

✍🏻Daripada Anas bin Malik menceritakan bahawa,

كَانَ إِذَا غَزَا بِنَا قَوْمًا لَمْ يَكُنْ يَغْزُو بِنَا حَتَّى يُصْبِحَ وَيَنْظُرَ ، فَإِنْ سَمِعَ أَذَانًا كَفَّ عَنْهُمْ ، وَإِنْ لَمْ يَسْمَعْ أَذَانًا أَغَارَ عَلَيْهِمْ

“Nabi ﷺ dahulu jika akan menyerang satu kaum, baginda tidak memerintahkan kami menyerang pada malam hari hingga menunggu waktu subuh. Apabila azan Subuh terdengar, maka tidak jadi menyerang. Namun bila tidak mendengarnya, maka menyerang mereka.”
(HR. Bukhari no. 610 dan Muslim no. 382).

Syarah:
Maknanya, azan dikumandangkan adalah tanda tempat itu adalah penduduknya Muslim, maka tidak diperangi.

3- Nabi ﷺ telah memerintahkan untuk dikumandangkan azan dan mengangkat salah seorang jadi imam.

✍🏻Baginda bersabda,

فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ وَلْيَؤُمَّكُمْ أَكْبَرُكُمْ

“Jika waktu salat telah tiba, salah seorang di antara kalian hendaknya mengumandangkan azan untuk kalian dan yang paling tua di antara kalian menjadi imam. ”
(HR. Bukhari no. 631 dan Muslim no. 674).

Syarah:
Ulama’ mengambil arahan Nabi ﷺ dalam hadis ini sebagai arahan wajib.

4- ✍🏻Daripada Anas bin Malik, beliau berkata,

فَأُمِرَ بِلاَلٌ أَنْ يَشْفَعَ الأَذَانَ وَأَنْ يُوتِرَ الإِقَامَ

“Maka Bilal diperintah untuk mengumandangkan azan dengan menggenapkan dan mengumandangkan iqamah dengan mengganjilkan”
(HR. Bukhari no. 605 dan Muslim no. 378).

5-✍🏻 ‘Utsman bin Al ‘Ash berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,

وَاتَّخِذْ مُؤَذِّنًا لاَ يَأْخُذُ عَلَى أَذَانِهِ أَجْرًا

“Angkatlah muadzin yang tidak mencari upah dari azannya.”
(HR. Abu Daud no. 531 dan An Nasai no. 673. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih).

✍🏻Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله menerangkan, “Yang tepat, hukum azan adalah fardhu kifayah. Tidak boleh jika ada di suatu negeri atau kampung yang tidak ada azan sama sekali”.

Demikian juga pendapat yang masyhur dalam mazhab Imam Ahmad dan lainnya. Sebahagian ulama’ ada yang menyatakan bahawa hukum azan adalah sunnah. Namun, mereka selanjutnya mengatakan bahawa jika di suatu negeri meninggalkan azan, maka boleh diperangi.

Akan tetapi sebenarnya yang terjadi adalah perselisihan lafaz sahaja.Ini kerana kebanyakan ulama’ ada yang memaknakan sunnah dengan maksud jika ditinggalkan mendapat celaan. Jadi hakikatnya yang terjadi adalah perbezaan lafzhi saja dengan yang berpendapat wajib.

Adapun yang menyatakan hukum azan adalah sunnah yang ertinya jika ditinggalkan tidak berdosa dan tidak mendapatkan hukuman, pendapat tersebut adalah pendapat yang keliru. Ini kerana azan adalah sebagian dari syi’ar Islam.

Rasulullah ﷺ sehingga akan memerangi suatu negeri yang meninggalkan azan, ini jelas menunjukkan kewajipannya. Jika waktu Subuh tiba, lalu dikumandangkan azan, maka negeri tersebut tidak diperangi. Jika tidak ada azan, negeri tersebut baru diperangi.

✍🏻Juga ada hadith dalam sunan Abi Daud dan An Nasai daripada Abu Ad Darda’, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,

مَا مِنْ ثَلاَثَةٍ فِى قَرْيَةٍ وَلاَ بَدْوٍ لاَ تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلاَةُ إِلاَّ قَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ

“Tidaklah tiga orang di suatu desa atau lembah yang tidak didirikan salat berjemaah di lingkungan mereka, melainkan syaitan telah menguasai mereka. Kerana itu tetaplah kalian (salat) berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu hanya akan menerkam kambing yang sendirian (jauh dari kawan-kawannya).”
(HR. Abu Daud no. 547, An-Nasai no. 838, dan sanadnya dinyatakan hasan oleh An-Nawawi dalam Riyadh Ash-Shalihin no. 344).

Syarah:
Maka berat sekali kalau sesuatu tempat itu tidak ada azan dikumandangkan.

C. Kaifiat (Cara) Azan Dan Iqamat

1. Kafiat Lafaz Azan:

Lafaz azan yang ada dan digunakan pada zaman Nabi ﷺ dan terkenal dalam mazhab para Ulama’ adalah seperti berikut:

a. Ia ada 15 kalimat semuanya sekali. Mengandungi 4 takbir, 2 syahadah Lailaha illa Allah, 2 syahadah Rasulullah, 2 hayya ‘ala as shalat, 2 hayya ‘alal falah, 2 takbir dan 1 kalimat tauhid. Inilah yang digunakan di negara ini.

✍🏻Yang pertama adalah seperti hadis riwayat Abdullah bin Zaid رضي الله عنه sebelum ini:

Beliau lalu berkata: “Mahukah engkau kutunjukkan yang lebih baik dari itu?” Aku menjawab: “Apa itu?” Beliau menjawab: “Ucapkanlah: ‘Allahu akbar Allahu akbar, Allahu akbar Allahu akbar – Asyhadu an laa ilaaha illallah, Asyhadu an laa ilaaha illallah – Asyahadu anna Muhammadan Rasulullah, Asyahadu anna Muhammadan Rasulullah – Hayya ‘alas solaah, Hayya ‘alas solaah – Hayya ‘alal falaah, Hayya ‘alal falaah – Allahu akbar Allahu akbar – Laa ilaaha illallah’.”

b. Lafaz azan sejumlah 17 kalimat, iaitu 2 takbir, 2 syahadatain diulang dua kali = 8 kalimat, 2 hayya ‘ala as shalat, 2 hayya alal falah, 2 takbir dan 1 kalimat tauhid.

✍🏻Inilah azan menurut Imam Malik رحمه الله, dan dasarnya ialah hadis Abu Mahdzurah:

عَنْ أَبِي مَحْذُورَةَ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ عَلَّمَهُ هَذَا الْأَذَانَ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ثُمَّ يَعُودُ فَيَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ مَرَّتَيْنِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ مَرَّتَيْنِ زَادَ إِسْحَقُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Daripada Abu Mahdzurah, bahawa Nabi ﷺ mengajarinya azan dengan:

” اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ . أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ”

Kemudian mengulang, lalu membaca:

” أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ . أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ”
” حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ ” (dua kali)

Dan (membaca) حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ dua kali.
Ishaq menambahkan bacaan:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Fathul Bari Syarah Shahih Al Bukhari, Al Hafidz Ibnu Hajar, Maktabah As Salafiyah.

c. Lafaznya 19 kalimat, iaitu 4 takbir, 2 syahadatain dengan tarji’ (diulang dua kali = 8 kalimat), 2 hayya ‘ala as salah, 2 hayya alal falah, 2 takbir dan 1 kalimat tauhid. Inilah yang dijadikan pedoman dalam mazhab Syafi’iy.

✍🏻Dalilnya ialah hadith Abu Mahdzurah :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّمَهُ الْأَذَانَ تِسْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً وَالْإِقَامَةَ سَبْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً

Nabi ﷺ mengajarkan azan 19 kalimat dan iqamah 17 kalimat. Rujukan: Nail Al Authar Min Al Ahadits Sayyid Al Akhyar Syarhu Muntaqa Al Akhbar

✍🏻Hal ini turut dijelaskan dalam riwayat lain daripada Abu Mahdzurah, beliau berkata:

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلِّمْنِي سُنَّةَ الْأَذَانِ فَمَسَحَ مُقَدَّمَ رَأْسِي وَقَالَ تَقُولُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ تَرْفَعُ بِهَا صَوْتَكَ ثُمَّ تَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ تَخْفِضُ بِهَا صَوْتَكَ ثُمَّ تَرْفَعُ صَوْتَكَ بِالشَّهَادَةِ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ فَإِنْ كَانَ صَلَاةُ الصُّبْحِ قُلْتَ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Aku berkata: “Wahai Rasulullah ﷺ. Ajarilah aku sunnah azan.” Lalu baginda memegang bahagian hadapan kepalaku dan berkata: “Ucapkanlah dengan suara perlahan

” اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ . أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ”

Kemudian keraskanlah suaramu dalam membaca syahadat:

” أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ .
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ .حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ. حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ ”

Jika salat Subuh, katakanlah :

” الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ ”

Lalu :
” اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه ”

Rujukan: Tamam Al Minnah Fi Ta’liq ‘Ala Fiqhi As Sunnah, Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani

Syarah:
Tujuan disampaikan ini supaya tahulah kita yang ada lagi cara-cara azan selain yang kita biasa dengar. Jadi kalau pergi ke negara lain, tidaklah terkejut sangat kerana mereka mengamalkan hadith yang lain. Inilah kelebihan ilmu, tidak memandang serong kepada orang lain. Asalkan kita tahu ada dalilnya.

✍🏻Dalam hal ini, Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin رحمه الله memberikan tarjih sebagaimana pernyataan beliau:

Semua yang ada dalam hadis Nabi ﷺ dari lafaz azan, maka diperbolehkan, bahkan semestinya, terkadang menggunakan yang ini dan terkadang yang itu, jika tidak menimbulkan keresahan dan fitnah. Ada kaedah yang menyatakan, ibadah-ibadah yang diajarkan dalam sisi yang berbeza-beza, hendaknya dilakukan atas sisi-sisi tersebut semuanya.

Hal ini memiliki beberapa faedah (manfaat):
a). Menjaga Sunnah dalam berbagai sisinya.
b). Mempermudah para mukallaf.
c). Kehadiran hati (membuat khusyu’) dan tidak bosan.
d). Menjaga dan memelihara syariat.

2. Wajib mengucapkan lafaz azan dengan tertib

Kena laungkan azan sebagaimana yang diajar oleh Nabi ﷺ, mengikut susunannya.

  1. Tastwib muazzin ketika salat Subuh, iaitu ucapan as-solaatu khairun minan naum.

Azan pada dasarnya hanya untuk memberitahu masuknya waktu salat fardhu yang lima. Berdasarkan pada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

✍🏻Nabi ﷺ bersabda:

فإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ

Ertinya: Apabila sudah tiba waktu salat, maka hendaknya salah seorang daripada kalian mengumandangkan azan.
(Sahih Bukhari No. 595 dan Sahih Muslim No. 1080)

Namun, khusus untuk azan yang dilakukan pada dinihari sebelum azan Subuh, maka hukumnya boleh tujuannya antara lain untuk membangunkan yang hendak salat malam atau hendak makan sahur pada bulan Ramadan. Menurut Al-Buhuti dalam Kasyaful Qina 1/242 tujuan azan pertama ini kerana ketika waktu Subuh akan masuk sebahagian manusia ada yang junub atau tidur. Maka azan ini dapat ingatkan mereka supaya bersiap-siap agar dapat melaksanakan salat Subuh di awal waktu dan tidak disunnahkan azan pertama itu terlalu awal.

Namun, ada atau tidak adanya tujuan ini tetap boleh kerana ada hadithnya secara eksplisit. Berdasarkan pada hadith sahih Riwayat Bukhari dan Muslim.

✍🏻Daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما, Nabi ﷺ bersabda:

ٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ بِلَالًا يُنَادِي بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

Ertinya: “Sesungguhnya Bilal mengumandangkan azan saat masih malam. Maka makan dan minumlah sampai ada seruan azan oleh Ibnu Ummi Maktum.”
(Sahih Bukhari No. 585 dan Sahih Muslim No. 1827)

Kalimah at-tatswib pada azan Subuh telah disyariatkan.

✍🏻Dalilnya adalah hadith Abu Mahdzurah, ia berkata, “Wahai Rasulullah ﷺ, ajarkanlah kepadaku sunnah azan.” Kemudian baginda menyebutkannya. Hingga baginda bersabda setelah ucapan “hayya ‘alal falah.”,

«فإن كان صلاة الصبح قلت : الصلاة خير من النوم الصلاة خير من النوم الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله»

“Pada salat Subuh, engkau mengucapkan, “As-Solatu khairum minan naum, as-solatu khairum minan naum, Allahu akbar, Allahu akbar.”
HR Abu Dawud: 500, Ahmad: 15379, Ibnu Hibban: 1682, Al Baihaqy: 1831, Disahihkan Al Albani dalam “Misykat al Mashabih” no. 645

Waktu azan pertama dalam salat fajar dan jaraknya dengan azan yang kedua berlaku khilaf di sisi para fuqaha. Kata Imam Ibn Abd al-Barr رحمه الله: Para ulama berbeza berkenaan dengan waktu azan yang pertama bagi salat fajar.

Sebahagian ulama’ bermazhab Syafi’iy mengatakan bahawa waktunya adalah pada waktu sahur di antara fajar sadiq dengan fajar kazib. Kata beliau lagi: Adalah makruh untuk dilakukan azan sebelum waktu tersebut.

Bagi sesiapa yang meneliti hadith-hadith yang menceritakan berkenaan azan dua kali pada waktu subuh ini, dia akan mendapati bahawa jarak di antara keduanya adalah singkat sahaja iaitu di antara 10 hingga ke 15 minit di antara azan yang pertama dengan azan yang kedua.

✍🏻Ini dapat dilihat berdasarkan kata-kata Abdullah bin Umar رضي الله عنهما:

وَلَمْ يَكُنْ بَيْنَهُمَا إِلاَّ أَنْ يَنْزِلَ هَذَا وَيَرْقَى هَذَا

Maksudnya: Dan tidaklah jarak di antara kedua azan itu melainkan seseorang itu turun (dari menara azan) dan seorang lagi menaikinya.
Riwayat Muslim (1092)

Dalam masalah waktu diucapkan At Tatswib, terdapat dua pendapat di kalangan ulama’. Pertama, diucapkan pada azan awal sebelum waktu Subuh. Kedua, dilakukan pada waktu azan Subuh.

Pendapat pertama menyatakan bahwa At Tatswib dilakukan pada azan pertama sebelum azan masuk waktu Subuh, dengan mendasarkan:

✍🏻Hadith Ibnu Umar رضي الله عنهما yang berbunyi:

كَانَ ابْنُ عُمَرَ فِيْ الأَذَانِ الأَوَلِ بَعْدَ الْفَلاَحِ الصَّلاَةُ خَيْرٌ منَ النَّوْمِ مَرَّتَيْنِ

Ibnu Umar dahulu berkata pada azan awal setelah al falaah (ucapan) : الصَّلاَةُ خَيْرٌ منَ النَّوْمِ dua kali.
Diriwayatkan al Baihaqi (1/423), juga at-Thahâwi رحمه الله dalam Syarhul Ma’âni (1/82) dan sanadnya hasan.

✍🏻Lafaz hadith Abu al Mahdzurah yang berbunyi:

وَإِذَا أَذَّنْتَ بِالْأَوَّلِ مِنْ الصُّبْح فَقُلْ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِِ

“Dan jika kamu berazan di awal dari Subuh, maka ucapkanlah ”: الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ.
HR Ahmad (3/408-409); Abu Dawud, Bab Kaifa ad Adzan, no. 501; an Nasa-i, Bab al Adzan fis Safar (2/7); Abdurrazaaq dalam al Mushannaf, no.1821; Ibnu Abi Syaibah (1/204); Ibnu Khuzaimah, no. 385; Ibnu Hibban dalam Shahih-nya, no. 1673; ad Daraquthni (1/234) dan al Baihaqi (1/422) diringkas dari takhrij pentahqiq kitab asy Syarhu al Mumti’, lihat 2/56.

Pendapat inilah yang dirajihkan Syaikh al Albani رحمه الله. Beliau menyatakan, At Tatswib disyariatkan hanya di azan awal Subuh yang dikumandangkan sebelum masuk waktu sekitar seperempat jam, dengan dasar hadith:

✍🏻Ibnu Umar yang berbunyi :

كَانَ فِيْ الأَذَانِ الأَوَلِ بَعْدَ الْفَلاَحِ الصَّلاَةُ خَيْرٌ منَ النَّوْمِ مَرَّتَيْنِ

Dahulu berkata pada azan awal setelah al falaah : الصَّلاَةُ خَيْرٌ منَ النَّوْمِ dua kali.
[Diriwayatkan al Baihaqi, 1/423 dan demikian juga ath Thahawi dalam Syarhu al Ma’ani, 1/82 dan sanadnya hasan, sebagaimana disampaikan al Hafizh]

Adapun pendapat kedua, yang menyatakan At Tatswib dilakukan pada azan Subuh, iaitu azan kedua, berdalilkan hadith-hadith yang tidak memberikan batasan pada azan awal dan membawa hadith-hadith yang ada penentuan di azan pertama kepada makna azan pertama untuk menentukan masuknya waktu Subuh, kerana

✍🏻Rasulullah ﷺ menyatakan:

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ
Antara dua azan ada salat sunnah.
(Sahih Bukhari No. 591)

Inilah yang dirajihkan Lajnah Daimah lil Buhuts Islamiyah wa al Ifta’ (Saudi Arabia) dan Syaikh Muhammad bin Shalih al ‘Utsaimin.

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin رحمه الله berkata: “Sebahagian orang pada zaman sekarang telah salah dalam memahami, bahawa yang diinginkan dengan azan yang ada pelafazan dua kalimat ini ialah azan sebelum fajar. Syubhat mereka dalam hal ini, iaitu adanya sebahagian lafaz hadith yang berbunyi:

✍🏻Hadith:

وَإِذَا أَذَّنْتَ بِالْأَوَّلِ مِنْ الصُّبْح فَقُلْ الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِِ (dan jika kamu berazan di awal dari Subuh, maka katakanlah الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنْ النَّوْمِ).

Mereka menganggap bahawa At Tatswib hanyalah ada pada azan yang dikumandangkan di akhir malam; dan menyatakan bahawa At Tatswib dalam azan pada waktu masuk Subuh adalah bid’ah

Mana satu yang rajih? Penulis kitab Shahih Fiqhu as Sunnah menyatakan: “Hadith-hadith yang telah disampaikan terdahulu, di antaranya ada yang menyebutkan At Tatswib tanpa penentuan waktunya, apakah di azan pertama atau kedua; dan di antaranya ada yang menjelaskan bahawa ia di azan pertama. Namun, tidak ada satu pun hadis yang menegaskan jika dilakukan di azan kedua.

Hal ini menunjukkan pensyariatan At Tatswib ada di azan pertama, kerana hendak membangunkan orang yang tidur. Sedangkan azan kedua untuk memberitahu masuknya waktu dan mengajak salat.

Juga sudah dimaklumi, bahawa Nabi ﷺ memiliki dua muazzin untuk salat fajar. Salah satunya ialah Bilal dan At Tatswib juga ada riwayat darinya dan kedua ialah Ibnu Ummi Maktum. Bilallah yang mengumandangkan azan awal, dan tidak ada satu riwayat yang menyatakan Ibnu Ummi Maktum melakukan At Tatswib”.
Sahih Fiqhu as Sunnah (1/284).

4. Tatacara iqamat

Sekarang kita lihat perbezaan di antara azan dan iqamah ialah:

  1. Azan untuk memberitahu masuknya waktu salat agar bersiap-siap menunaikannya, dan iqamah untuk memberitahu masuk dan memulakan salat.
  2. Lafaz (zikir) yang dikumandangkan, dan masing-masing (antara azan dan iqamah) juga berbeza, sebagaimana akan dijelaskan pada perbahasan berikut ini.

Bagaimana pula cara iqamah? Ada riwayat lain yang menjelaskan bahawa azan dilakukan dua-dua, dan iqamah satu-satu, sebagaimana disebutkan dalam;

✍🏻Hadith Ibnu Umar رضي الله عنهما:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ الْأَذَانُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثْنَى مَثْنَى وَالْإِقَامَةُ وَاحِدَةً غَيْرَ أَنَّ الْمُؤَذِّنَ كَانَ إِذَا قَالَ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ قَالَ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ مَرَّتَيْنِ

Daripada Ibnu Umar berkata, “Azan pada masa Rasulullah ﷺ dua (kali) dua kali, sedangkan Iqamah adalah sekali, hanya saja Muazzin ketika mengucapkan, ‘ قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ ‘ maka dia mengatakan ‘ قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ ‘ dua kali.”
(Musnad Ahmad No. 5345. Juga terdapat dalam Sunan Abu Daud No. 429, Sunan Nasa’i No.662 dan Sunan Ad-Darimi No. 1167).

Lafaz iqamah ada tiga versi juga, iaitu:

a) Iqamah 11 kalimat, iaitu :

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Inilah iqamah menurut pendapat Syafi’i, Ahmad dan kebanyakan ulama’, dengan dasar hadith Abdullah bin Zaid رضي الله عنه di atas.

b) Iqamah seperti di atas dengan dikurangi قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ menjadi satu sehingga jumlahnya 10 kalimat. Demikian iqamah menurut mazhab Malikiyah.
Rujukan: Al I’lam Bi Fawaid Umdat Al Ahkam

c) Iqamah berjumlah 17 kalimat, iaitu :

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ قَدْ قَامَتْ الصَّلَاةُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Inilah iqamah menurut mazhab Abu Hanifah, dengan dasar hadis

✍🏻Abu Mahdzurah yang menyatakan:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّمَهُ الْأَذَانَ تِسْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً وَالْإِقَامَةَ سَبْعَ عَشْرَةَ كَلِمَةً قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Sesungguhnya Nabi ﷺ mengajarkannya azan 19 kalimat dan iqamah 17 kalimat.
Abu Isa Al Tirmidzi menyatakan : “Ini hadis hasan sahih”.
(HR At Tirmidzi dalam Sunan-nya, kitab Ash Shalat, Bab Ma Ja’a Fit Tarji’, no. 192).

Imam Bukhari رحمه الله juga menulis masalah ini dalam bab Al Iqamatu Wahidah Illa Qaulahu قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ , yang didukung disepakati Al Hafizh Ibnu Hajar dalam pensyariatannya.

Semua lafaz azan di atas boleh digunakan, dan lebih baik bila digunakan seluruhnya, kecuali jika menimbulkan fitnah di masyarakat. Kalau risau orang kampung melompat, tidak perlulah dibuat. Cara azan dan iqamah sekarang pun sudah baik.

D. Menjawab Azan

Sekarang kita belajar apakah yang perlu kita lakukan apabila sedang mendengar azan.

a. Lafaz seperti yang dilaungkan oleh muazzin.

✍🏻Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr رضي الله عنهما, beliau mendengar Nabi ﷺ bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ

Apabila kalian mendengar muazzin (melaungkan azan), maka sebutlah sebagaimana yang muazzin itu laungkan.

ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Kemudian selawatlah ke atas ku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat sekali kepadaku, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali.

ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ ” .

Kemudian mohonlah kepada Allah agar aku mendapat wasilah. Sesungguhnya ia adalah satu kedudukan di syurga yang hanya layak kepada seorang hamba Allah. Aku berharap agar aku adalah orang tersebut. Sesiapa yang memohon wasilah untuk aku, maka syafaat ku akan diberikan kepadanya.
[Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab Istihbab al-Qaul Mithl Qaul al-Muazzin…, hadis no: 384]

Maka jawab sama sahaja kecuali pada lafaz حَىَّ عَلَى الصَّلاَةِ dan حَىَّ عَلَى الْفَلاَحِ. Dalilnya:

✍🏻Daripada ‘Umar al-Khattab رضي الله عنه, Nabi ﷺ ‎ bersabda:

ثُمَّ قَالَ حَىَّ عَلَى الصَّلاَةِ . قَالَ.

Kemudian (apabila muazzin) melaungkan: Marilah mendirikan salat. Seseorang itu hendaklah menjawab:

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ .

Tiada kekuasaan dan kekuatan kecuali dengan Allah.

ثُمَّ قَالَ حَىَّ عَلَى الْفَلاَحِ . قَالَ

Kemudian (apabila muazzin) melaungkan: Marilah menuju kejayaan. Seseorang itu hendaklah menjawab:

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Tiada kekuasaan dan kekuatan kecuali dengan Allah.
[Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab Istihbab al-Qaul Mithl Qaul al-Muazzin…, no: 385]

b. Berselawat ke atas Nabi ﷺ

Selepas selesai azan dan mendoakan wasilah untuk Rasulullah ﷺ. Selepas azan habis, maka berselawatlah untuk Nabi ﷺ sebagaimana dalil di dalam riwayat Muslim.

Kemudian terus bacakan doa supaya Nabi Muhammad ﷺ diberikan dengan kedudukan sebagai wasilah. Doa tersebut adalah seperti di bawah:

✍🏻Daripada Jabir bin ‘Abdillah رضي الله عنهما bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang membaca selepas mendengar seruan azan:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ،

Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan.

حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ “

Maka syafaat ku akan diizinkan kepadanya pada hari kiamat.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab ad-Dua’ ‘Inda an-Nida’, hadis no: 514].

2. Anjuran menjawab azan dan dalil bahawa ia tidak wajib.

Menjawab azan seperti yang diajar di atas adalah sunat sahaja.

✍🏻Terdapat di dalam al-Muwatha’, Imam Malik رحمه الله telah meriwayatkan sebuah athar daripada Tha’labah, beliau berkata:

أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَخُرُوجُ الْإِمَامِ يَقْطَعُ الصَّلَاةَ وَكَلَامُهُ يَقْطَعُ الْكَلَامَ

Maksudnya: Mereka menunaikan salat Jumaat di zaman Umar bin al-Khattab sehingga beliau keluar. Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka azan dilaungkan oleh muazzin. Telah berkata Tha’labah: Kami duduk dan bercakap. Apabila muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap. Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam menghentikan salat dan khutbah imam menghentikan percakapan.
[Lihat: al-Muwatha’ (215)]

Syarah:
Berdasarkan athar di atas, jelas menunjukkan bahawa para sahabat رضي الله عنهم bercakap ketika azan sedang dilaungkan. Jika benar sebagaimana yang didakwa, maka para sahabat adalah orang yang pertama akan meninggalkan hal tersebut. Tentu Umar رضي الله عنه tidak akan membiarkan mereka buat begitu.

Maka kalau ada yang berkata kalau tidak menjawab azan lidah jadi kelu atau apa-apa sahaja, itu tidak benar kerana tidak ada dalil dan asalnya.

E. Adab-adab Muazzin

1. Mengharap pahala dan wajah Allah ‎ﷻ; tidak berharap kepada upah.

Tidak boleh mengambil upah sebagai muazzin. Dalilnya :

✍🏻Dalam Musnad Imam Ahmad terdapat sebuah hadith daripada Utsman bin Abul Ash Tsaqafi, bahawa ketika Nabi ﷺ mengutuskan dirinya kepada kaumnya -Tsaqif-, baginda bersabda kepadanya,

أَنْتَ إِمَامُهُمْ وَاقْتَدِ بِأَضْعَفِهِمْ وَاتَّخِذْ مُؤَذِّنًا لاَ يَأْخُذُ عَلَى أَذَانِهِ أَجْرًا

“Aku angkat engkau sebagai imam mereka, dan perhatikanlah orang yang paling lemah di antara mereka, dan angkatlah seorang muazzin yang tidak mengambil gaji dari tugasnya.”
(HR. Ahmad 16270, Nasai 680 dan disahihkan al-Arnauth)

✍🏻Imam Asy-Syafi’iy رحمه الله di dalam menanggapi permasalahan tentang upah azan ini, sebagaimana yang beliau kemukakan didalam kitab al-Umm, adalah sebagai berikut:

واحب ان يكون المؤذنون متطوعين وليس للامام ان يرزقهم ولا واحدا منهم وهو يجد من يؤذن له متطوعا ممن له امانة الا ان يرزقهم من ماله ولا أحسب أحدا ببلد كثير الاهل يعوزه ان يجد مؤذنا أمينا لازما يؤذن متطوعا فان لم يجده فلا بأس ان يرزق مؤذنا

Aku menyukai muazzin dengan tidak mengambil upah dari azannya. Dan pihak berwajib (pemerintah) tidak boleh mengangkat muazzin yang bergaji, jika ada muazzin yang mahu menjalankan tugas berazan secara sukarela, saya berpendapat bahawa dalam suatu kota besar, tentu didapati seorang muazzin yang dapat dipercaya yang tetap mahu berazan dengan sukarela. Apabila tiada diperoleh, maka barulah boleh muazin diangkat dan digaji”.

2. Dalam keadaan suci

✍🏻Pertama, hadis yang melarang orang berhadas melakukan azan memang ada.

لَا يُؤَذِّنُ إِلَّا مُتَوَضِّئٌ

“Tidak boleh azan kecuali orang yang memiliki wudhu’.”

Hadis ini diriwayatkan Turmudzi no. 200 secara marfu, daripada al-Walid bin Muslim, daripada Muawiyah as-Shadafi, daripada az-Zuhri, daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ. Akan tetapi status hadis ini dhaif dan tidak boleh dijadikan sebagai dalil larangan.

Maka suci bukanlah syarat sah melaungkan azan. Namun ia amatlah dianjurkankan. Hujahnya adalah perbuatan Nabi Muhammad ﷺ.

✍🏻Daripada Muhajir bin Qunfudz,

أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَبُولُ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ، فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ حَتَّى تَوَضَّأَ، ثُمَّ اعْتَذَرَ إِلَيْهِ فَقَالَ؛ إِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَذْكُرَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا عَلَى طُهْرٍ

Bahawa beliau pernah bertemu Nabi ﷺ ketika baginda sedang membuang air kecil. Kemudian Muhajir menyampaikan salam kepada baginda, namun Nabi ﷺ tidak menjawabnya, hingga baginda berwudhu’. Seusai berwudhu’, baginda menjelaskan,

إِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَذْكُرَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا عَلَى طُهْرٍ

Aku tidak suka mengingat Allah ‎عز وجل kecuali dalam keadaan bersuci.
(HR. Ahmad 19034, Abu Daud 17, dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).

Syarah:
Ulama’ berhujah dengan hadith ini, kalau salam pun baginda ambil wudhu’, apatah lagi kalau melaungkan azan. Berdasarkan hadith ini, sebahagian ulama’ menilai makruh azan dalam kondisi berhadas di antaranya adalah ulama’ tabiin, Atha bin Abi Rabah dan Imam asy-Syafi’iy.

✍🏻Imam asy-Syafi’iy رحمه الله mengatakan,

وَأَنَا لِلْأَذَانِ جُنُبًا أَكْرَهُ مِنِّي لِلْأَذَانِ مُحْدِثًا، وَأَنَا لِلإِقَامَةِ مُحْدِثًا أَكْرَهُ مِنِّي لِلْأَذَانِ مُحْدِثًا

Bagi saya, orang yang azan dalam kondisi junub, lebih aku benci dibandingkan orang yang azan dalam kondisi berhadas kecil. Bagi saya, orang yang iqamah dalam kondisi berhadas kecil, lebih aku benci dibandingkan orang yang azan dalam kondisi berhadas kecil.
(Syarah as-Sunah, al-Baghawi, 2/266)

3. Azan sambil berdiri

Dianjurkan berdiri ketika melaungkan azan.

✍🏻Salah satu hadith riwayat Imam Bukhari رحمه الله disebutkan bahawa Bilal bin Rabah رضي الله عنه pernah diperintahkan oleh Rasul ﷺ untuk berdiri dan mengumandangkan azan.

يَا بِلاَلُ، قُمْ فَأَذِّنْ

Ertinya, “Wahai Bilal, berdiri dan kumandangkan azan!”
(Sahih Bukhari no. 560).

Hadith tersebut dijadikan landasan oleh ulama’ terkait kesunahan berdiri ketika mengumandangkan azan.

✍🏻Hal ini disebutkan oleh,Imam Zakariya Al-Anshari dalam Asnal Mathālib fi Syarhi Raudhatit Thalib;

ويستحب القيام في الأذان والإقامة لخبر الصحيحين يا بلال قم فناد بالصلاة ولأنه أبلغ في الإعلام

Ertinya, “Disunnahkan berdiri pada saat mengumandangkan azan dan iqamah berdasarkan hadith sahih, ‘Wahai Bilal, berdirilah dan kumandangkan azan untuk salat.’ Kerana hal itu lebih baik untuk memberikan pemberitahuan,”
(Lihat Zakariya Al-Anshari, Asnal Mathālib fi Syarhi Raudhatit Thalib, [Beirut, Daru Kutub Ilmiyah: 2000 M], juz I, halaman 127).

Walaupun ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum mengumandangkan azan sambil duduk, ada yang berpendapat makruh dan ada yang tidak, alangkah lebih baiknya jika tetap berdiri ketika mengumandangkan azan, jika kita masih mampu untuk melakukan azan sambil berdiri. Wallahu a’lam.

4. Menghadap Kiblat

Dianjurkan mengadap kiblat dalam mengumandangkan azan. Mengapa disunahkan menghadap kiblat? Ini kerana kiblat adalah arah yang paling baik dan juga arah yang paling mulia. Sebagaimana dikatakan oleh ulama’ salaf maupun khalaf.

✍🏻Imam asy-Syafi’iy رحمه الله berkata:
“Saya tidak menyukai apabila muazzin itu tidak menghadap ke arah kiblat ketika sedang azan. Hendaknya kedua hujung kaki dan mukanya senantiasa menghadap ke kiblat, kerana dia sedang memberitahukan kepada manusia tentang masuknya waktu salat, dan dia menghadapkan manusia ke kiblat dengan sebab melaksanakan salat.
Apabila dia menyimpangkan badan atau wajahnya dari arah kiblat, baik sebahagian mahupun seluruhnya, maka saya memandang makruh hal yang demikian itu, namun dia tidak mesti mengulangi azannya.”

Memang ia bukanlah syarat sah azan.

✍🏻Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin رحمه الله ditanya :

السؤال: وردتنا رسالة من الأخ في الله محمد العبد الرحمن الوابل التويجري من بريدة شارع دخيره يقول في رسالته هذه رجل أذن في وقت من الأوقات وهو متجه لغير القبلة فما الحكم في ذلك؟

Telah sampai kepada kami sebuah surat daripada saudara Muhammad Abdurrahman Al Waabil At Tuwaijiri dari daerah Baridah, jalan Dakhirah. Dia berkata ada seorang yang mengumandangkan azan pada salah satu waktu salat namun dia menghadap kepada selain arah kiblat. Bagaimana hukum perbuatan tersebut?

Syaikh رحمه الله menjawab :

الشيخ: الحكم في ذلك أن أذانه صحيح وذلك لأنه ليس من شرط الأذان استقبال القبلة

Hukum dari perbuatan tersebut adalah bahwa azannya sah kerana menghadap ke arah kiblat bukan termasuk syarat azan.

Allahu a’lam.

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 10 – Wirid surah Az-Zalzalah ayat 1-8

0

Zikir 10 – Wirid surah Az-Zalzalah ayat 1-8

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ , إِذَا زُلْزِلَتِ الأَرْضُ زِلْزَالَهَا, وَأَخْرَجَتِ الأَرْضُ أَثْقَالَهَا , وَقَالَ الإِنسَانُ مَا لَهَا, يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا, بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا, يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ, فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ, وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Dengan menyebut asma Allah ﷻ yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. “Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kapadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya ia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia melihat (balasan)nya pula.” [Al-Zalzalah: 1–8]

Fadhilat berwirid dengan surah ini:

في حديث ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعاً: “إذا زلزلت تعدل نصف القرآن” رواه الترمذي والحاكم من حديث يمان بن المغيرة.

📝 Tahqiq hadith:
Sanad: daripada Ali bin Hujr, daripada Yazid bin Harun, daripada Yaman bin Al-Mughirah Al-‘Anzi, daripada ‘Atha daripada Ibnu Abbas, katanya: bersabda Rasulullah ﷺ: “ Idza Zulzilat setara dengan setengah Al-Qur’an, dan Qul Huwallahu Ahad setara dengan sepertiga Al-Qur’an, dan Qul yaa ayyuhal kaafirun setara dengan seperempat Al-Qur’an.
(At-Tirmizi No. 2894, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak No. 2078, katanya: sanadnya sahih).

Menurut Syaikh Al-Albani, hadith ini munkar. (As-Silsilah Adh-Dhaifah No. 1342).

Sedangkan Imam At-Tirmizi sendiri mengisyaratkan kedhaifan hadith ini, katanya: “Hadith gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari hadith Yaman bin Al-Mughirah.” (Sunan At-Tirmizi No. 2894).

Dari Imam Al-Munawi, katanya:

هَذَا حَدِيثٌ مُنْكَرٌ وَتَصْحِيحُ الْحَاكِمِ مَرْدُودٌ اِنْتَهَى

“ Hadith ini munkar dan pensahihan Al-Hakim adalah tertolak. ” (Tuhfah Al-Ahwadzi, 8/206)

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

Fiqh Asasi Sunnah Kitab: Salat – Bab Azan dan Iqamah (Bahagian 1)

0

Kitab: Salat
Bab: Azan dan Iqamah
A. Pengertian dan Keutamaan Azan
Tajuk:
Pengertian Azan
Keutamaan Azan:
1. Pahala Azan Sangat Besar.
2. Makhluk dan benda yang mendengar azan akan menjadi saksi bagi Muadzin
3. Muadzin akan mendapat keampunan Allah ‎ﷻ
4. Orang yang azan mendapat pahala seperti orang yang salat bersamanya
5. Muadzin menjadi orang yang dipercayai Allah ‎ﷻ
6. Muadzin didoakan Rasulullah ﷺ
7. Azan membuatkan syaitan takut dan lari terkentut-kentut.
8. Leher Muadzin akan Dipanjangkan di hari kiamat
9. Orang yang azan dibanggakan Allah ‎ﷻ di hadapan malaikat-Nya
10. Para Muadzin akan dimasukkan ke dalam Syurga

A. Pengertian dan Keutamaan Azan

1. Pengertian Azan

Dari segi bahasa, ‘azan’ bermaksud ‘pemberitahuan’.

✍🏻Allah ‎ﷻ telah menyebut dalam [ Taubah: 3 ]:

وَأَذانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسولِهِ إِلَى النّاسِ يَومَ الحَجِّ الأَكبَرِ

Dan (inilah) suatu permakluman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar

Dari segi syarak pula, ia bermakna pemberitahuan masuknya waktu salat dengan lafaz tertentu.

Pemberitahuan waktu salat ini melalui cara perkataan dan bukannya perbuatan kerana ia lebih mudah dari perbuatan. Ia mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja, bila-bila sahaja dan di mana sahaja. Bayangkan kalau hendak memberitahu waktu salat dengan mengetuk beduk, bagaimana dapat kita mencari beduk jika berada di dalam tengah-tengah hutan?

Keutamaan Azan

Banyak hadith menyebut tentang kepentingan azan. Bukan tentang azan sahaja, tetapi keutamaan pada Muadzin (orang yang melaungkan azan).

1. Pahala Azan Sangat Besar

Begitu besarnya pahala azan hingga Rasulullah ﷺ mengisyaratkan, jika orang orang mengetahui pahalanya, mereka pasti berebut untuk azan meskipun dengan cara diundi.

✍🏻Hadith:

ﻟَﻮْ ﻳَﻌْﻠَﻢُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻣَﺎ ﻓِﻰ ﺍﻟﻨِّﺪَﺍﺀِ ﻭَﺍﻟﺼَّﻒِّ ﺍﻷَﻭَّﻝِ ، ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺠِﺪُﻭﺍ ﺇِﻻَّ ﺃَﻥْ ﻳَﺴْﺘَﻬِﻤُﻮﺍ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻻَﺳْﺘَﻬَﻤُﻮﺍ

“Seandainya orang orang mengetahui pahala yang terkandung pada azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali dengan cara mengadakan undian atasnya, nescaya mereka akan melakukan undian”
(Sahih Bukhari No. 2492 dan Sahih Muslim No. 661)

2. Makhluk dan benda yang mendengar azan akan menjadi saksi bagi Muadzin

Seluruh makhluk yang mendengar azan seorang Muadzin, mereka akan menjadi saksi baginya di hari kiamat kelak.

✍🏻Daripada Abu Said Al-Khudri, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,

لاَ يَسْمَعُ مَدَى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلاَ إِنْسٌ وَلاَ شَىْءٌ إِلاَّ شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Tidaklah suara azan yang keras dari yang mengumandangkan azan didengar oleh jin, manusia, segala sesuatu yang mendengarnya melainkan itu semua akan menjadi saksi pada hari kiamat.”
(HR. Bukhari 609)

ﻟَﺎ ﻳَﺴْﻤَﻊُ ﺻَﻮْﺗَﻪُ ﺷَﺠَﺮٌ ﻭَﻟَﺎ ﻣَﺪَﺭٌ ﻭَﻟَﺎ ﺣَﺠَﺮٌ ﻭَﻻ ﺟِﻦٌّ ﻭَﻻ ﺇِﻧْﺲٌ ﺇِﻻ ﺷَﻬِﺪَ ﻟَﻪُ

“Tidaklah suara azan didengar oleh pohon, lumpur, batu, jin dan manusia, kecuali mereka akan bersaksi untuknya”
(HR. Ibnu Khuzaimah)

3. Muadzin akan mendapat keampunan Allah ﷻ

Di antara keutamaan azan yang istimewa adalah, para muadzin akan mendapatkan keampunan Allah ‎ﷻ. Benda-benda yang mendengar azan tanpa kita sedari memohonkan keampunan Allah ‎ﷻ untuk muadzin.

✍🏻Hadith

ﺍﻟْﻤُﺆَﺫِّﻥُ ﻳُﻐْﻔَﺮُ ﻟَﻪُ ﺑِﻤَﺪِّ ﺻَﻮْﺗِﻪِ ﻭَﻳَﺸْﻬَﺪُ ﻟَﻪُ ﻛُﻞُّ ﺭَﻃْﺐٍ ﻭَﻳَﺎﺑِﺲٍ

“Muadzin diampuni sejauh jangkauan azannya. Seluruh benda yang basah mahupun yang kering yang mendengar azannya memohonkan keampunan untuknya”
(Musnad Ahmad No. 9556 )

4. Orang yang azan mendapat pahala seperti orang yang salat bersamanya

Jika seorang muadzin mengumandangkan di masjid atau mussola, kemudian orang berduyun duyun menunaikan salat jemaah kerana mendengar azan tersebut, maka muadzin mendapatkan keutamaan pahala seperti pahala orang-orang yang salat bersamanya tersebut.

✍🏻Hadith

ﻭَﻟَﻪُ ﻣِﺜْﻞُ ﺃَﺟْﺮِ ﻣَﻦْ ﺻَﻠَّﻰ ﻣَﻌَﻪُ

“Muadzin mendapatkan pahala seperti pahala orang yang salat bersamanya”
(Sunan Nasa’i No. 642)

5. Muadzin menjadi orang yang dipercayai Allah ‎

✍🏻Hadith

ﺍﻹِﻣَﺎﻡُ ﺿَﺎﻣِﻦٌ ﻭَﺍﻟْﻤُﺆَﺫِّﻥُ ﻣُﺆْﺗَﻤَﻦٌ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﺭْﺷِﺪِ ﺍﻷَﺋِﻤَّﺔَ ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْ ﻟِﻠْﻤُﺆَﺫِّﻧِﻴﻦَ

“Imam adalah penjamin dan muadzin adalah orang yang dipercayai. Ya Allah, luruskanlah para imam dan ampunilah muadzin”
(Sunan Abu Daud No. 434 dan Sunan Tirmidzi No. 191)

6. Muadzin didoakan Rasulullah

Seperti hadith di atas, Rasulullah ﷺ mendoakan muadzin, memintakan keampunan Allah ‎ﷻ baginya. Doa Rasulullah ﷺ pastilah maqbul.

Hadith ini juga terdapat di dalam riwayat Ibnu Hibban di dalam Sahihnya No.1669 dan dinilai sahih oleh Syaikh Al Albani رحمه الله dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib No. 239 (lihat Sahih Fiqih Sunnah, Bab Adzan).

Ia bukan hanya hadith itu sahaja baginda mendoakan muadzin. Terdapat dalam hadith lain baginda juga mendoakan dan memintakan keampunan.

✍🏻Hadith
ﻓَﺄَﺭْﺷَﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺍﻟْﺄَﺋِﻤَّﺔَ ﻭَ ﻏَﻔَﺮَ ﻟِﻠْﻤُﺆَﺫِّﻳْﻦَ

“Semoga Allah meluruskan para imam dan mengampuni para muadzin”.
(Sahih Ibnu Hibban 1672)

7. Azan membuatkan syaitan takut dan lari terkentut-kentut.

✍🏻Hadith

َ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا نُودِيَ بِالصَّلَاةِ أَدْبَرَ الشَّيْطَانُ وَلَهُ ضُرَاطٌ فَإِذَا قُضِيَ أَقْبَلَ فَإِذَا ثُوِّبَ بِهَا أَدْبَرَ فَإِذَا قُضِيَ أَقْبَلَ حَتَّى يَخْطِرَ بَيْنَ الْإِنْسَانِ وَقَلْبِهِ فَيَقُولُ اذْكُرْ كَذَا وَكَذَا حَتَّى لَا يَدْرِيَ أَثَلَاثًا صَلَّى أَمْ أَرْبَعًا فَإِذَا لَمْ يَدْرِ ثَلَاثًا صَلَّى أَوْ أَرْبَعًا سَجَدَ سَجْدَتَيِ السَّهْوِ

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه berkata; Nabi ﷺ bersabda: “Jika panggilan salat (azan) dikumandangkan maka syaitan akan lari sambil mengeluarkan kentut agar tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila panggilan azan telah selesai, maka syaitan kembali. Dan apabila iqamat dikumandangkan syaitan kembali berlari dan jika iqamat telah selesai dikumandangkan dia kembali lagi untuk mengganggu seseorang di antara dirinya dan jiwanya seraya berkata; ingatlah ini dan itu. Hingga orang itu tidak menyedari apakah tiga atau empat raka’at shalat yang sudah dikerjakannya. Apabila dia tidak tahu tiga atau empat raka’at maka sujudlah dua kali sebagai sujud sahwi”.
(Sahih Bukhari No. 3043. Juga boleh di rujuk dalam Sahih Muslim No. 583).

8. Leher Muadzin akan Dipanjangkan di hari kiamat

Para muadzin akan dimuliakan Allah ‎ﷻ di hari kiamat, di antaranya dengan dipanjangkan lehernya.

✍🏻Hadith

ﺍﻟْﻤُﺆَﺫِّﻧُﻮﻥَ ﺃَﻃْﻮَﻝُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﺃَﻋْﻨَﺎﻗًﺎ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ

“Para muadzin adalah orang yang berleher panjang pada hari kiamat”
(Sahih Muslim No. 580)

9. Orang yang azan dibanggakan Allah ‎ﷻ di hadapan malaikat-Nya

✍🏻Hadith

ﻳَﻌْﺠَﺐُ ﺭَﺑُّﻜُﻢْ ﻣِﻦْ ﺭَﺍﻋِﻰ ﻏَﻨَﻢٍ ﻓِﻰ ﺭَﺃْﺱِ ﺷَﻈِﻴَّﺔٍ ﺑِﺠَﺒَﻞٍ ﻳُﺆَﺫِّﻥُ ﺑِﺎﻟﺼَّﻼَﺓِ ﻭَﻳُﺼَﻠِّﻰ ﻓَﻴَﻘُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﺰَّ ﻭَﺟَﻞَّ ﺍﻧْﻈُﺮُﻭﺍ ﺇِﻟَﻰ ﻋَﺒْﺪِﻯ ﻫَﺬَﺍ ﻳُﺆَﺫِّﻥُ ﻭَﻳُﻘِﻴﻢُ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓَ ﻳَﺨَﺎﻑُ ﻣِﻨِّﻰ ﻓَﻘَﺪْ ﻏَﻔَﺮْﺕُ ﻟِﻌَﺒْﺪِﻯ ﻭَﺃَﺩْﺧَﻠْﺘُﻪُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ

“Tuhanmu takjub kepada seorang penggembala domba di puncak bukit gunung, dia mengumandangkan azan untuk salat lalu dia salat. Maka Allah عز وجل berfirman, ‘Lihatlah hambaKu ini, dia mengumandangkan azan dan beriqamat untuk salat, dia takut kepada-Ku. Aku telah mengampuni hamba-Ku dan memasukkannya ke dalam syurga”.
(Sunan Abu Dawud No. 1017 dan Sunan Nasa’i No. 660)

10. Para Muadzin akan dimasukkan ke dalam Syurga

Inilah puncak dari keutamaan azan. Orang yang azan akan dimasukkan Allah ‎ﷻ ke dalam syurga-Nya sebagaimana hadith di atas dan hadith di bawah ini:

✍🏻An-Nadhr bin Sufyan menceritakan kepada ‘Ali bin Khalid Az-Zuraqi sesungguhnya dia mendengar Abu Hurairah berkata;

كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ بِلَالٌ يُنَادِي فَلَمَّا سَكَتَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ مِثْلَ هَذَا يَقِينًا دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Suatu ketika kami bersama Rasulullah ﷺ , lalu bangkitlah Bilal untuk azan. Setelah selesai azan. Rasulullah ﷺ bersabda. ‘Barangsiapa mengucapkan seperti yang dikumandangkan oleh muadzin dengan yakin, maka dia masuk syurga’.”
(Sunan Nasa’i No. 226)

Allahu ‘alam.

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 9 – Wirid surah Al-Hashr ayat 22-24

0

Zikir 9 – Wirid surah Al-Hashr ayat 22-24

هُــــوَ اللهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُـــوَ عَـــــالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّــــــهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ, هُــــوَ اللهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُــــوَ الْمَلِكُ الْقُــــــدُّوسُ السَّـــــلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُـــهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ, هُوَ اللهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأَسْمَاء الْحُــــسْنَى يُــــسَبِّحُ لَهُ مَـــا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dia-lah Allah Yang tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia-lah Allah Yang tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih KepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi.Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Al Hashr: 22-24]

Fadhilat berwirid dengan ayat ini:

أخبرنا أبو سعد الماليني ، حدثنا أبو أحمد بن عدي الحافظ ، حدثنا أبو عبد الرحمن النسائي ، أخبرني عبد الله بن عبد الرحمن السمرقندي ، حدثنا سليم بن عثمان الفوزي ، حدثنا محمد بن زياد الألهاني ، حدثنا أبو أمامة الباهلي ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « من قرأ خواتيم الحشر في ليلة أو نهار فمات من يومه أو ليلته فقد أوجب الجنة » « تفرد به سليم بن عثمان هذا ، عن محمد بن زياد »

Terjemahan:

Mengkhabarkan kepada kami Abu Sa’ad Al-Malini, bercerita kepada kami Abu Ahmad bin ‘Adi Al-Hafizh, bercerita kepada kami Abu Abdurrahman An- Nasa’i, mengkhabarkan kepada kami Abdullah bin Abdurrahman As-Samarqandi, bercerita kepada kami Salim bin ‘Utsman Al-Fauzi, bercerita kepada kami Muhammad bin Ziyad Al-Alhani, bercerita kepada kami Abu Umamah Al-Bahili, katanya: Bersabda Rasulullah ﷺ: “ Barang siapa yang membaca beberapa ayat penutup surat Al-Hashr pada malam hari atau siang, lalu dia mati pada siang atau malamnya, maka dia pasti masuk surga. ” Salim bin ‘Utsman telah menyendiri dalam meriwayatkannya, dari Muhammad bin Ziyad. (Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman No. 2399)

Status hadith:
Syaikh Al-Albani mengatakan hadith ini dhaif jiddan. (As-Silsilah Adh-Dhaifah No. 4631 dan dha’if Al-Jaami’ no.5782. Perawi dhaif ialah Salim bin Uthman Al-Fauzi.

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

 

 

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 8 – Wirid surah Ghafir @ Al-Mu’min: ayat 1-3

0

Zikir 8 – Wirid surah Ghafir @ Al-Mu’min: ayat 1-3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ, حم, تَنزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللهِ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ, غَافِرِ الذَّنبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ إِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Dengan menyebut asma Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Ha Mim. Diturunkan Kitab ini (Al-Qur’an) dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui, Yang mengampuni dosa dan menerima taubat lagi keras hukuman-Nya; Yang mempunyai kurnia. Tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nyalah kembali (semua makhluk). ” [Al-Mukmin:1-3]

Fadhilat:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ” من قرأ حم المؤمن إلى: (إلى المصير) وآية الكرسي حين يصبح حفظ بهما حتى يمسي، ومن قرأهما حين يمسي حفظ بهما حتى يصبح” أخرجه الترمذي والدارمي وابن السني والمروزي

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda, “ Barangsiapa yang membaca Hammiim dalam surat Al-Mu’min, sampai Ilaihil Mashiir dan ayat Kursi ketika pagi, maka dia akan dijaga oleh keduanya sampai petang. Barang siapa yang membacanya ketika petang dia akan dijaga oleh keduanya sampai pagi.” (At-Tirmidzi No. 2879, katanya: hadith ini gharib. Ad-Darimi No. 3449)

Imam At-Tirmizi رحمه الله‎ mendhaifkan:

وَقَدْ تَكَلَّمَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ الْمُلَيْكِيِّ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ وَزُرَارَةُ بْنُ مُصْعَبٍ هُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَهُوَ جَدُّ أَبِي مُصْعَبٍ الْمَدَنِيِّ

Sebahagian ulama’ membincangkan Abdurrahman bin Abu Bakr bin Abu Mulaikah Al-Mulaiki dari sisi hafalannya, dan Zurarah bin Mush’ab, dia adalah Ibnu Abdirrahman bin ‘Auf, dia adalah kakak dari Abu Mush’ab Al-Madani. ” (Sunan At-Tirmizi No. 2879).

Syaikh Al-Albani رحمه الله‎ mendhaifkan hadith ini di dalam Dhaiful Jami’ No. 576

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

At-Tazkirah Al-Qurthubi: Bab Ingat Mati, Akhirat dan Zuhud akan Dunia – Bacaan di Perkuburan

0

Kod 4.0 Bab Ingat Mati, Akhirat dan Zuhud akan dunia (باب ما يذكر الموت والآخرة ويزهد فى الدنيا)

4.8: Apa yang perlu dibaca ketika memasuki perkuburan dan keharusan menangis di kuburan (و ما يقال عند دخول المقابر و جواز البكاء عندها )

Bahagian 1

Hadith pertama: daripada Buraidah bin Hushaib

أبو داود عن بريدة بن خصيب قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها . فإن في زيارتها تذكرة
الراوي : بريدة بن الحصيب الأسلمي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 3698 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Dulu aku melarang kamu dari menziarahi kubur, tetapi mulai sekarang berziarahlah kerana dengan ziarah kubur itu ada tazkirah kepada jiwa kamu”. (HR Abu Daud, dinilai sahih oleh al Albani, sahih Abu Daud no 3698).

Hadith kedua: daripada Buraidah juga, versi an Nasa’iy

و ذكر النسائي عن بريدة أيضاً عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : من أراد أن يزور قبراً فليزره ، و لا تقولوا هجراً بمعنى سوءاً
الراوي : بريدة بن الحصيب الأسلمي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح النسائي
الصفحة أو الرقم: 2032 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Barangsiapa yang ingin ziarah kubur, bolehlah berbuat demikian cuma jangan mengucapkan kata-kata yang buruk (hujran)”. (HR an Nasa’iy, sahih, al Albani, sahih an Nasa’iy 2032)

Ulasan al Albani:
Kata-kata hujran atau bathil ialah apabila penziarah menyeru si mati, meminta pertolongan daripada si mati atau meminta daripada Allah atas jah atau hak si mayat. Ini adalah bathil dan amalan orang awam yang menyalahi tujuan ziarah kubur. (ahkam al Janaiz, ms 227)

Bahagian 2

و ذكر أبو عمر من حديث ابن عباس عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ما من رجل يمر بقبر أخيه المؤمن كان يعرفه فسلم عليه ، إلا رد عليه السلام

Terj:
Abu Umar menyebut sebuah hadith daripada Ibn Abbas daripada Nabi SAW sabdanya: “Tidaklah seorang lelaki yang melalui kubur saudaranya yang dikenalinya, lantas dia mengucap salam kepadanya, melainkan saudaranya itu akan menjawab salamnya (dari dalam kuburnya)”.

Tahqiq:
قال الامام الالباني : ” 4493 – (ما من عبد يمر بقبر رجل كان يعرفه في الدنيا فسلم عليه إلا عرفه ورد عليه السلام) .
ضعيف
أخرجه أبو بكر الشافعي في “مجلسان” (6/ 1) ، وابن جميع في “معجمه” (351) ، وأبو العباس الأصم في “الثاني من حديثه” (ق 143/ 2 ورقم 43 – منسوختي) ، ومن طريقه الخطيب في “التاريخ” (6/ 137)

Kata Imam al Albani, silsilah al dhaifah no 4493 ; status: dhaif, HR abu bakar asy-syafi’iy dalam majlisan, Ibn Jami’ dalam Mu’jamnya dan Abu al Abbas al Asyiim juga Khatib al Baghdadi dalam at Tarikhnya.

قال الحافظ ابن رجب في أهوال القبور (ق83 /2) _ استفدت من تحقيق الشيخ الألباني لللآيات البينات_(( قال عبد الحق الإشبيلي : إسناده صحيح . يشير إلى أن رواته كلهم ثقات ، وهو كذلك ، إلا أنه غريب ، بل منكر ))

Komen al Hafidz Ibn Rajab al Hanbali dalam ahwal al qubur, gharib, bahkan hadith mungkar. Cuma disahihkan oleh Abdul Haqq al Isybili sahaja.

Pendapat yang rajih, ia adalah dhaif bahkan mungkar.

Bahagian 3

روي هكذا موقوفاً عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : فإن لم يعرفه و سلم : رد عليه السلام
فقال ابن أبي الدنيا في “كتاب القبور” – باب معرفة الموتى بزيارة الأحياء : حدثنا محمد بن قدامة الجوهري : حدثنا معن بن عيسى القزاز : أخبرنا هشام بن سعد : حدثنا زيد بن أسلم ، عن أبي هريرة رضي الله عنه قال :
“إذا مر الرجل بقبر أخيه يعرفه فسلم عليه ؛ رد عليه السلام وعرفه ، وإذا مر بقبر لا يعرفه فسلم عليه ؛ رد عليه السلام” .
قلت : وهذا مع كونه موقوفاً على أبي هريرة ؛ فإنه منقطع وضعيف .
أما الانقطاع ؛ فلأن زيد بن أسلم لم يسمع منه ؛ كما قال ابن معين .
وأما الضعف ؛ فهو من الجوهري هذا ؛ قال ابن معين
“ليس بشيء” . وقال أبو داود :
“ضعيف ، لم أكتب عنه شيئاً قط” .

Demikian juga diriwayatkan secara mauquf daripada Abi Hurayrah ra: “Jika seseorang (penziarah kubur) tidak mengenali (penghuni kuburnya dan dia beri salam kepadanya), maka si mayat akan menjawab salamnya” HR Ibn Abi Dunya dalam kitabnya al Kubur pada bab kenalnya si mati akan penziarah yang hidup. Komen al Albani, ia adalah mauquf, sanadnya putus dan ia adalah dhaif, perawi Zaid bin Aslam tidak mendengar daripada Abu Hurayrah menurut Ibn Ma’in. Kata Abu Daud, dhaif dan tidak ditulis daripadanya hadith apa pun (daripada perawi Zaid bin Aslam).

Bahagian 4

مسلم عن عائشة رضي الله عنها قالت : قلت يا رسول الله : كيف أقول إذا دخلت المقابر ؟ قال : قولي السلام على أهل الديار من المؤمنين و المسلمين ، و يرحم الله المستقدمين منا و المتأخرين . و إنا إن شاء الله بكم لاحقون

Mengenai zikir/doa yang perlu dibaca saat memasuki kawasan perkuburan adalah hadith Muslim daripada Aisyah ra, “Aku pernah bertanya Rasulullah ﷺ apa yang perlu dibaca ketika memasuki kawasan perkuburan?” Sabda baginda, “Salam sejahtera kepada penghuni (kubur) dalam kalangan mukminin dan muslimin. Semoga Allah ﷻ merahmati orang yang terdahulu dan terkemudian, sedangkan kami InsyaAllah akan menyusul.” (HR Muslim no 974)

خرجه مسلم من حديث بريدة أيضاً . و زاد : أسأل الله لنا و لكم العافية

Hadith Muslim dari jalur Buraidah, dengan tambahan: “Aku memohon keselamatan ke atas kami dan kamu“.(HR Muslim no 975)

Bahagian 5

و في الصحيحين أنه عليه السلام مر بامرأة تبكي عند قبر لها فقال لها : اتقي الله و اصبري الحديث

Dalam as sahihain (HR Bukhari-Muslim) bahawa Nabi SAW melewati seorang wanita yang sedang menangis di sisi sebuah kubur, lantas Nabi SAW berkata kepada wanita tersebut,”Ittaqillah washbiri”. (bertaqwa dan bersabarlah dikau). (HR Bukhari 1252, Muslim no.926 daripada Anas).

فصل : هذه الأحاديث تشتمل على فقه عظيم و هو جواز زيارة القبور للرجال و النساء و السلام عليها و ورد الميت السلام على من يسلم عليه و جواز بكاء النساء عند القبر ، و لو كان بكاؤهن و زيارتهن حراماً لنهى النبي صلى الله عليه و سلم المرأة و لزجرها زجراً يزجر مثله من أتى محرماً و ارتكب منهياً . و ما روي من نهي النساء عن زيارة القبور فغير صحيح

Fiqh hadith:
1. Harusnya ziarah kubur baik lelaki atau wanita

  1. Bolehnya mengucap salam kepada penghuni kuburan
  2. Bolehnya menangis di kuburan

  3. Adapun larangan wanita menziarahi kubur adalah tidak sahih.

Bahagian 6

Larangan ratapan di kuburan

و هو الذي ورد فيه الوعيد من قوله عليه السلام : أنا بريء ممن حلق و سلق و خرق خرحه مسلم

Ancaman Nabi SAW kepada budaya ratapan di kuburan adalah sabda baginda dalam sahih Muslim:

“Hadith Abu Burdah, anak kepada Abu Musa al Asyaari ra, bahawa Nabi SAW bersabda, “Aku berlepas diri daripada orang yang memotong rambut atau mencukurnya, yang histeria (meratap) dan yang merobek-robek pakaiannya.” (HR Muslim no 104, juga Bukhari no 1296 dan Ahmad. Ini lafaz Ahmad).

و البكاء عند العرب يكون البكاء المعروف و تكون النياحة . و قد يكون معهما الصياح و ضرب الخدود و شق الجيوب . و هذا محرم بإجماع العلماء

Komen Qurthubi:
Tangisan menurut budaya Arab memang biasa, manakala ratapan (niyahah) dengan teriakan, memukul mukul pipi, merobek saku pakaian, maka ia diharamkan oleh ijma’ ulama’.

Bahagian 7

Tangisan yang dibenarkan

و أما البكاء من غير نياحة فقد ورد فيه الإباحة عند القبر ، و عند الموت ، و هو بكاء الرأفة و الرحمة التي لا يكاد يخلو منها إنسان . و قد بكى النبي صلى الله عليه و سلم لما مات ابنه إبراهيم . و قال عمر : دعهن يبكين على أبي سليمان ما لم يكن نقع أو لقلقة ] النقع : ارتفاع الصوت . و اللقلقة : تتابع ذلك . و قيل : النقع : وضع التراب على الرأس

Adapun tangisan tanpa ratapan (niyahah) diharuskan kerana ada sandaran (hadith) tangisan ketika di kuburan dan saat kematian kerana suatu bentuk cinta dan kasih sayang (kerana fitrah kemanusian) sebagaimana Nabi SAW menangisi kewafatan anakandanya Ibrahim. Umar ra pernah berkata, “Biarkan mereka menangis atas kematian Abu Sulaiman (Khalid al Waleed) selama mana mereka (keluarga Khalid) tidak berteriakan atau berterusan menangis.” (HR Bukhari, Kitab al Janaiz, 3:190)

  • Umar ra berkata demikian ketika peristiwa kewafatan Jeneral Khalid al Waleed ra.

🔏 Mufradat:
Al naq’u = suara keras atau menabur tanah atas kepala;
Laqlaqah = menangis berterusan tanpa henti.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al- Baqarah: Tafsir Ayat Ke-206 hingga Ke-208

0

Tafsir Ayat Ke-206

Ini adalah sambungan kepada sifat orang-orang Munafik itu.

وَإِذا قيلَ لَهُ اتَّقِ اللَّهَ أَخَذَتهُ العِزَّةُ بِالإِثمِ ۚ فَحَسبُهُ جَهَنَّمُ ۚ وَلَبِئسَ المِهادُ

Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

وَإِذَا قِيلَ لَهُ

Dan apabila dikatakan kepadanya;

Iaitu apabila orang yang teruk perangainya itu dinasihati oleh sahabat-sahabat yang lain. Iaitu apabila ada orang yang berani untuk menegur dia. Kebanyakannya takut hendak tegur sebab sudah tahu bahawa dia adalah seorang yang ganas.

اتَّقِ اللَّهَ

“Takutlah kamu kepada Allah.”

Inilah nasihat daripada para sahabat – mengingatkan mereka kepada Allah, takutlah kepada Allah ‎ﷻ, taqwalah kepada Allah‎ ﷻ, jangan buat kerosakan lagi.

أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالْإِثْمِ

Kesombongannya mendorong dia meneruskan buat dosa;

Apabila dinasihati, dia terus sombong, tidak mahu terima. Dia pula marah kita bila kita nasihat dia.

Dia sombong sampai menyebabkan dosa. Dia sombong tidak mahu terima Allah ‎ﷻ sampaikan dia mengeluarkan perkataan-perkataan yang berdosa. Dia lawan kata-kata orang yang beriman dan dia buat perkara-perkara yang berdosa.

Ini adalah satu masalah yang amat besar dalam kalangan kita iaitu berat atau payah hendak terima nasihat. Kalau ada orang yang nasihat kepada kita, kita pula marah orang itu balik. Ada yang kata: “Apa kau kisah, kubur kan lain-lain?”, atau ada yang kata: “Jangan sibuk hal aku lah, tengok diri kau sahaja…” dan seumpamanya.

Ini adalah sifat yang amat buruk sekali dan ia adalah sifat orang Munafik. Kita diajar untuk senang menerima nasihat kerana dengan nasihat itulah yang dapat memperbaiki keadaan diri kita. Bayangkan kalau tidak ada orang yang nasihat kepada kita, tentulah kita akan terus melakukan kesalahan dan terus di dalam kesesatan, bukan? Kalau orang lain nasihat kita, maka terima sahajalah.

فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ

cukuplah Neraka Jahannam sebagai tempat tinggal

Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan oleh kelakuan dan perbuatan berdosa mereka itu.

وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ

dan ia adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

Tidak ada tempat yang lagi buruk dari neraka. Mereka akan tinggal di sana selama-lamanya. Mereka jadi begitu kerana mereka sudah jadi sombong sampai tidak mahu menerima nasihat lagi. Itulah balasan yang akan diberikan kepada mereka. Atau kepada kita, kalau kita melakukan perkara yang sama.

Tafsir Ayat Ke-207

Ini adalah golongan ke-empat, iaitu mereka yang beriman.

وَمِنَ النّاسِ مَن يَشري نَفسَهُ ابتِغاءَ مَرضاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءوفٌ بِالعِبادِ

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hamba-Nya.

وَمِنَ النَّاسِ

Dan di antara manusia,

Golongan ke-empat ini sanggup menjual dirinya untuk menjadi hamba Allah ‎ﷻ yang sebenar.

مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ

yang menjual dirinya kerana hendak mencari redha Allah;

Kalimah مَرْضَاتِ اللَّهِ bermaksud hendak menggembirakan Allah ‎ﷻ. Ada kisah seorang sahabat yang namanya Suhayb ar-Rumi, رضي الله عنه kerana beliau berasal dari Rom. Beliau adalah antara yang paling awal masuk Islam. Beliau seorang yang pandai memanah. Semasa beliau hendak berhijrah ke Madinah, orang Musyrikin hendak menghalangnya. Beliau berkata yang beliau boleh memanah mereka, maka akan ramai yang mati sebelum beliau sendiri terbunuh.

Atau beliau kata, kalau mereka mengejarnya, beliau mungkin boleh melarikan diri sampai mereka tidak dapat tangkapnya dan buang masa mereka sahaja. Itulah keberanian sahabat. Musyrikin Mekah tidak mahu beliau meninggalkan mereka kerana beliau telah menjadi kaya. Maka Suhayb رضي الله عنه telah menawarkan mereka untuk mengambil hartanya yang disimpan di sekian-sekian tempat.

Beliau beritahu kepada Musyrikin Mekah, daripada mereka membuang masa mengejarnya, baiklah mereka pergi cari hartanya yang banyak itu dan ambillah harta itu dan tinggalkan sahaja beliau hendak hijrah ke Madinah. Kerana itu, orang Musyrikin Mekah membiarkan sahaja beliau. Sebab yang mereka hendak adalah harta sebenarnya. Dan memang mereka dapat harta Suhayb رضي الله عنه yang banyak itu.

Apabila beliau sampai ke Madinah, Nabi ﷺ telah memberi pujian dan tahniah kepada beliau kerana beliau telah jual dunia untuk membeli akhirat.

وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

Dan Allah taala Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.

Kata رَءُوفٌ itu bermaksud Allah ‎ﷻ tahu apakah yang kita lalui. Dia tahu bagaimana kita kena cemuh dan kena tohmah dalam mengamalkan sunnah ini. Dia tahu kepayahan yang sahabat lalui dan juga kita.

Tafsir Ayat Ke-208

Ayat 208 – 213 adalah suruhan untuk masuk Islam secara keseluruhan dan jangan ikut jejak langkah syaitan.

Ada tujuh dorongan atau dipanggil targhib yang perlu diberikan kepada manusia. Kita telah sebutkan empat golongan sebelum ini:

  1. Yang mementingkan dunia sahaja.
  2. Yang mahukan kebaikan dunia dan juga akhirat dan minta diselamatkan dari neraka. Ini adalah golongan yang selamat.

  3. Yang bukan sahaja tidak mahu kepada akhirat tapi mereka juga merosakkan orang lain. Ini golongan yang celaka.

  4. Mereka yang sanggup menjual diri mereka supaya mereka mendapat kebaikan di akhirat. Ini adalah golongan yang terbaik.

Dorongan yang pertama perlu diberikan kepada golongan yang pertama, iaitu orang-orang munafik. Orang-orang munafik yang sebegitu hendaklah diajak mereka untuk pergi berjihad. Semoga dengan berjihad itu, sifat munafik mereka akan hilang. Dengan adanya hukum Jihad, segala resam-resam yang buruk tidak akan ada lagi di dalam masyarakat.

Amalan bid’ah dan khurafat tidak akan ada lagi kerana, apabila jihad disyari’atkan, semua umat Islam akan berjihad untuk Allah ‎ﷻ dan Rasul. Kerana cinta kepada Allah ‎ﷻ dan Rasul akan timbul apabila adanya Jihad. Setelah itu, mereka akan terus berada dalam iman.

Ajak juga mereka untuk infaq kepada jalan Allah ‎ﷻ kerana jihad dan infaq boleh menghilangkan sifat munafik dalam diri manusia.

Kepada golongan yang kedua dan keempat, iaitu mereka yang sanggup untuk memberikan segalanya untuk agama, maka dibukakan kepada mereka tentang jihad. Beritahu mereka bahawa jihad adalah ‘jalan singkat’ untuk ke syurga dan untuk menjalankan jihad, infaq perlu dijalankan.

Ayat Al-Qur’an telah banyak menyebut tentang targhib Jihad dan Infak. Sekarang dorongan atau targhib yang ketiga di dalam ayat ini. Bila telah timbul perasaan cinta kepada Allah ‎ﷻ, maka hati mereka tidak akan mahu kepada benda-benda yang tidak diajar oleh Allah ‎ﷻ dan Rasul. Mereka akan sanggup untuk melakukan ketaatan kepada segala arahan Allah ‎ﷻ dan Rasul termasuklah melakukan jihad.

يَـٰٓأَيُّهَا الَّذينَ ءَامَنُواْ ادخُلوا فِي السِّلمِ كافَّةً وَلا تَتَّبِعوا خُطُوٰتِ ٱلشَّيطَـٰنِ‌ ۚ إِنَّهُ لَكُم عَدُوٌّ مُّبينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

يَـٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ

Wahai orang-orang yang beriman,

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman. Atau yang mengaku beriman. Maka hendaklah kita ikut apa yang disuruh dalam ayat ini kalau kita orang beriman.

ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً

Masuklah kamu ke dalam Islam semua sekali;

Kena terima semua perkara tentang agama. Ada seorang sahabat yang asalnya seorang Yahudi telah berjumpa dengan Nabi ﷺ. Dia kata dia tahu bahawa hari yang mulia di dalam Islam adalah hari Juma’at. Dia memang tidak ada masalah menghormati hari Jumaat itu. Tetapi dia masih lagi mahu menghormati hari Sabtu kerana itu adalah kebiasaan yang dilakukannya semasa dalam Yahudi.

Selain daripada dia, ada lagi sahabat-sahabat yang lain juga yang mahu mencampurkan amalan agama Islam dan juga amalan-amalan lain yang mereka telah biasa lakukan. Maka Allah ‎ﷻ beritahu dalam ayat ini kalau mereka mahu kepada agama Islam, maka mereka kena masuk sepenuhnya ke dalam agama Islam dan jangan mengikut pengaruh syaitan.

Kepada kita sekarang, kenalah terima semua sekali perkara tentang Sunnah, jangan ada tolak mana-mana ayat Al-Qur’an, mana-mana Sunnah. Kena terima Islam semua sekali, jangan campur adukkan antara yang haq dan yang batil.

Antara contoh mencampur adukkan adalah seperti dalam amalan tahnik (belah mulut) – memasukkan manisan ke dalam mulut bayi yang baru lahir. Tahnik itu sunnah, namun telah dicampuradukkan dengan menggunakan cincin emas dan cincin perak yang dimasukkan ke dalam mulut bayi itu. Kononnya, budak itu akan menjadi kaya nanti. Ada juga yang menggunakan garam supaya mulut budak itu jadi masin dan boleh jadi guru. Maka, macam-macam manusia tambah.

Apabila sudah terima agama dengan lengkap dan penuh, maka tinggalkan mana-mana amalan salah, syirik dan khurafat yang pernah dilakukan dahulu. Sebelum hendak buat apa-apa, kenalah periksa dengan nas agama.

Ingatlah bahawa agama ini telah lengkap, maka tidak perlu ditambah dengan amalan-amalan yang bid’ah. Banyak yang tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan bid’ah, maka mereka rasa tidak salah kalau mereka mengamalkan amalan tambahan dalam agama. Ini adalah salah dan perbuatan yang berdosa.

Jangan pilih-pilih mana bahagian agama yang kita hendak pakai sahaja. Kena pakai semua sekali maka kena belajar semua sekali. Dan hendaklah dimulakan dengan belajar tafsir Al-Qur’an.

Kita juga kenalah mengamalkan agama dalam keseluruhan kehidupan kita. Sama ada dalam bentuk ibadat (hubungan dengan Allah ‎ﷻ) dan adat (hubungan dengan makhluk). Jangan hanya pakai hukum agama dalam ibadat dengan Allah ‎ﷻ, tetapi untuk kehidupan seharian, kita tidak pula pakai hukum-hukum yang Allah ‎ﷻ telah tetapkan.

Ketahuilah bahawa agama Islam ini adalah lengkap dan meliputi segenap kehidupan kita. Kerana tidak faham perkara inilah, ada orang yang tidak tinggal sembahyang, tetapi dalam perniagaan mereka, mereka menipu manusia yang lain.

وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوٰتِ ٱلشَّيطَـٰنِ‌

dan jangan kamu ikuti jejak langkah syaitan;

Jangan ikut bisikan syaitan kerana ada yang tergelincir daripada akidah yang benar kerana termakan dengan bisikan syaitan. Ini kerana keinginan mereka untuk campur aduk amalan seperti yang ramai manusia lakukan itu adalah daripada bisikan syaitan. Syaitan mahu kita memasukkan amalan yang bukan daripada agama Islam.

Keduanya, ada yang meninggalkan sunnah dan melakukan bid’ah kerana bisikan syaitan juga. Syaitan akan membisikkan bahawa perkara-perkara yang salah itu boleh dibuat. Mereka akan kata: “takkan guru itu nak masuk neraka”. “Takkan buat amalan itu tak dapat pahala”. Dan bermacam-macam lagi bisikan-bisikan mereka untuk menyesatkan manusia.

Mereka juga akan bisikkan: “Takkan Selawat Syifa’ boleh jadi kufur pula”. Ketahuilah bahawa Selawat Syifa’ itu boleh jadi kufur kerana ia adalah selawat yang mengandungi unsur syirik di dalamnya. Mereka sangka dengan berkat Nabi Muhammad ﷺ boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi ketahuilah bahawa Nabi Muhammad ﷺ tidak boleh memberi berkat kepada sesiapa.

Nabi Muhammad ﷺ juga tidak boleh menyembuhkan sesiapa. Allah ‎ﷻ sahaja yang boleh menyembuhkan. Oleh itu, bila dikatakan Nabi Muhammad ﷺ boleh menyembuhkan sakit, maka itu sudah syirik kepada Allah ‎ﷻ. Maka kita sepatutnya kena meletakkan pengharapan kepada Allah ‎ﷻ sahaja.

Dan tidak boleh bertawassul dengan berkat Nabi Muhammad ﷺ. Jangan bersandar kepada Nabi Muhammad ﷺ. Cukuplah bersandar sahaja kepada ayat Al-Qur’an dan zikir kepada Allah ‎ﷻ.

Amat bahaya sekali jejak langkah syaitan itu. Ingatlah bahawa syaitan itu pandai menipu kita. Dia tidak suruh kita tinggalkan Islam semua sekali. Dia cuma suruh tinggalkan sikit-sikit sahaja. Hasilnya, kita tidak memenuhi semua sekali arahan agama.

Akhirnya, sedikit demi sedikit syaitan akan mengajak kita tinggalkan Islam keseluruhannya. Mula-mula dia akan suruh tinggalkan sedikit sahaja. Maka kena belajar Talbis Iblis untuk tahu apakah senjata yang Iblis gunakan untuk menipu manusia.

إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang jelas nyata.

Mereka adalah musuh yang nyata bagi kita. Selagi kita tidak masuk neraka bersama mereka, mereka tidak akan berpuas hati.

Mereka adalah ‘musuh yang nyata’ kerana mereka telah berjanji dengan Allah ‎ﷻ untuk menyesatkan anak Adam.

Allahu a’lam.

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 7 – Wirid ayat 17-26 daripada surah Ar-Rum

0

Zikir 7: Wirid ayat 17-26 daripada surah Ar-Rum

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: “من قال حين يصبح: فسبحان الله حين تمسون وحين تصبحون، وله الحمد في السموات والأرض وعشياً وحين تظهرون. إلى (وكذلك تخرجون) أدرك ما فاته في يومه ذلك، ومن قالهن حين يمسي أدرك ما فاته في ليلته” رواه أبو داود

Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda, ” Barang siapa yang membaca pada waktu subuh surah Ar-Rum ayat 17—19, dia akan mendapat apa yang dia luput pada hari itu. Barang siapa yang membaca pada petang hari, dia akan mendapat pada malamnya.” (Riwayat Abu Daud)

📝 Tahqiq:

وإسناده ضعيف؛ لضعف ابن لهيعة ورشدين وزبان بن فائد.
وانظر: ((المجمع)) للهيثمي (10/ 117)

Status hadith:
Dhaif, kerana perawi Ibnu Lahi’ah dan Zabban bin Fa’id, dalam Al-Majma’ lil Haithami, 10:117, juga di sisi Syaikh Al-Albani, hadith ini dhaif, Abu Daud, no. 5745.

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

Popular

Iklan

Iklan