Utama Siri Tahqiq al-Mathurat Syaikh Hassan Al-Banna Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 8 – Wirid surah Ghafir...

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 8 – Wirid surah Ghafir @ Al-Mu’min: ayat 1-3

194
0
Iklan

Zikir 8 – Wirid surah Ghafir @ Al-Mu’min: ayat 1-3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ, حم, تَنزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللهِ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ, غَافِرِ الذَّنبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ إِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Dengan menyebut asma Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Ha Mim. Diturunkan Kitab ini (Al-Qur’an) dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui, Yang mengampuni dosa dan menerima taubat lagi keras hukuman-Nya; Yang mempunyai kurnia. Tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nyalah kembali (semua makhluk). ” [Al-Mukmin:1-3]

Fadhilat:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ” من قرأ حم المؤمن إلى: (إلى المصير) وآية الكرسي حين يصبح حفظ بهما حتى يمسي، ومن قرأهما حين يمسي حفظ بهما حتى يصبح” أخرجه الترمذي والدارمي وابن السني والمروزي

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda, “ Barangsiapa yang membaca Hammiim dalam surat Al-Mu’min, sampai Ilaihil Mashiir dan ayat Kursi ketika pagi, maka dia akan dijaga oleh keduanya sampai petang. Barang siapa yang membacanya ketika petang dia akan dijaga oleh keduanya sampai pagi.” (At-Tirmidzi No. 2879, katanya: hadith ini gharib. Ad-Darimi No. 3449)

Imam At-Tirmizi رحمه الله‎ mendhaifkan:

وَقَدْ تَكَلَّمَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ الْمُلَيْكِيِّ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ وَزُرَارَةُ بْنُ مُصْعَبٍ هُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَهُوَ جَدُّ أَبِي مُصْعَبٍ الْمَدَنِيِّ

Sebahagian ulama’ membincangkan Abdurrahman bin Abu Bakr bin Abu Mulaikah Al-Mulaiki dari sisi hafalannya, dan Zurarah bin Mush’ab, dia adalah Ibnu Abdirrahman bin ‘Auf, dia adalah kakak dari Abu Mush’ab Al-Madani. ” (Sunan At-Tirmizi No. 2879).

Syaikh Al-Albani رحمه الله‎ mendhaifkan hadith ini di dalam Dhaiful Jami’ No. 576

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

Artikel sebelumnyaAt-Tazkirah Al-Qurthubi: Bab Ingat Mati, Akhirat dan Zuhud akan Dunia – Bacaan di Perkuburan
Artikel seterusnyaSiri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 9 – Wirid surah Al-Hashr ayat 22-24

Komen dan Soalan