Utama Blog Halaman 51

SIRI LA TAHZAN: Bab 191 – Tenanglah bersama Tuhanmu

0

SIRI LA TAHZAN

Daripada kitab terlaris di Timur tengah, La Tahzan, Dr Aidh al Qarni dari Biqarn, 100km dari Jazan.

(Dimulai dengan kod 191 merujuk kepada Bab 191. Bab 1-190 telah disyarah oleh Syeikh Tuan Hasan Tuan Lah (THTL) pada era al-fikrah.net atau afn)

🍃🍃🍃🍃

La Tahzan 191: Tenanglah bersama Tuhanmu (اسكُنْ إلى ربِّك)

 

راحةُ العبدِ في سكونِه إلى ربِّه سبحانه وتعالى .
وقد ذَكَرَ اللهُ السكينةَ في مواطن منْ كتابِه عزَّ من قائلٍ

Kerehatan seorang hamba apabila dia damai dengan Tuhannya سبحانه وتعالى. Allah ‎ﷻ menyebut sakinah (ketenangan) di dalam kitab-Nya.

فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ

” Lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin. ” [Al-Fath: 26]

Ia mengenai Perjanjian Hudaibiah yang dimeterai oleh Nabi ﷺ dan kafir Quraish yang ternyata perjanjian berat sebelah, akan tetapi Allah ‎ﷻ menurunkan rasa sakinah kepada Rasul ﷺ dan orang-orang beriman.

والسَّكينةُ هي ثباتُ القلبِ إلى الرَّبّ ، أو رسوخُ الجنان ثقةً بالرحمنِ ، أو سُكُونُ الخاطرِ توكُّلاً على القادرِ . والسكينةُ هدوءُ لواعِجِ النفْسِ وسكونُها ، واستئناسُها ورُكُودُها وعدمُ تفلُّتِها ، وهي حالةٌ من الأمنِ ، يَحْظَىَ بها أهلُ الإيمانِ ، تُنقذُهُمْ منْ مزالقِ الحيْرةِ والاضطرابِ ، ومهاوي الشَّكِّ والتَّسخُّطِ ، وهي بحسب ولايةِ العبدِ لربِّه ، وذكْرِه وشُكرِه لمولاهُ ، واستقامتِه على أمرهِ ، واتِّباعِ رسولِهِ – صلى الله عليه وسلم – ، وتمسُّكِه بهدْيِه ، وحبِّه لخالقِهِ ، وثقتِه في مالكِ أمرهِ ، والإعراضِ عمَّ سواهُ ، وهجْر ما عداهُ، لا يدعو إلا الله، ولا يعبدُ إلا أياهُ

Sakinah (ketenangan hati) adalah:
☘️ ketetapan hati kepada Allah ‎ﷻ
☘️ berserah diri kepada Allah ‎ﷻ
☘️ kestabilan jiwa
☘️ hanya diraih oleh orang beriman
☘️ penyelamat daripada kebingungan dan kekacauan hidup

Sakinah boleh diraih melalui:
🐚 perhambaan kepada Allah ‎ﷻ
🐚 zikir yang berterusan
🐚 sentiasa bersyukur
🐚 istiqamah atas perintah-Nya
🐚 ittiba’ Rasul-Nya
🐚 menjauhi syirik
🐚 berdoa hanya kepada-Nya
🐚 beribadah hanya kepada-Nya jua

Firman Allah ‎ﷻ:

يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ

” Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. ” [Ibrahim: 27]

Tafsir Surah Al-Baqarah: Tafsir Ayat Ke-214 dan Ke-215

0

Tafsir Ayat Ke-214

Ayat ke-214 – ke-218 adalah tentang infaq dan jihad. Disebut kali ketiga tentang hal ini kerana ia amat penting.

Ayat ini adalah dorongan/targhib jihad yang ketujuh. Allah ‎ﷻ hendak memberitahu bahawa syurga itu tidak diberikan secara percuma. Syurga itu mahal dan kenalah berkorban untuk mendapatkannya. Mereka yang hendakkan syurga akan diuji semasa di dunia.

Oleh itu jihad hendaklah dijalankan kerana ia adalah salah satu daripada jalan untuk masuk syurga dan ia merupakan ujian yang amat besar.

أَم حَسِبتُم أَن تَدخُلُوا الجَنَّةَ وَلَمّا يَأتِكُم مَّثَلُ الَّذينَ خَلَوا مِن قَبلِكُم ۖ مَّسَّتهُمُ البَأساءُ وَالضَّرّاءُ وَزُلزِلوا حَتّىٰ يَقولَ الرَّسولُ وَالَّذينَ ءآمَنوا مَعَهُ مَتىٰ نَصرُ اللَّهِ ۗ أَلا إِنَّ نَصرَ اللَّهِ قَريبٌ

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

أَم حَسِبتُم أَن تَدخُلُوا الجَنَّةَ

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,

Adakah kamu sangka kamu dapat masuk syurga dengan mudah? Syurga itu mahal dan ada bayaran untuk memasukinya.

وَلَمّا يَأتِكُم مَّثَلُ الَّذينَ خَلَوا مِن قَبلِكُم

padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?

Ini adalah ayat yang menakutkan sekali. Allah ‎ﷻ kata untuk masuk syurga, kita mesti diuji seperti umat-umat Islam yang terdahulu juga. Umat terdahulu telah diuji dengan tiga perkara:

مَّسَّتهُمُ البَأساءُ

Mereka telah ditimpa kepapaan

Kesusahan harta benda demi menegakkan agama. Ini adalah ujian harta. Mereka dahulu miskin-miskin belaka namun mereka tetap juga memperjuangkan agama dengan apa sahaja yang mereka ada.

وَالضَّرّاءُ

dan serangan penyakit,

Iaitu jenis sakit pada tubuh. Ini ujian pada fizikal kita. Memang perjuangan memerlukan batang tubuh kita untuk hadir dalam perjuangan itu. Tidak boleh hantar wakil. Kadangkala penyakit atau gangguan fizikal akan diberikan.

وَزُلزِلوا

serta digoncangkan

Mereka digoncangkan dengan ancaman daripada musuh mereka. Ini termasuk dengan ujian-ujian lain seperti sekatan, tohmahan, serangan, cacian dan macam-macam lagi. Ini semua adalah ujian selain ujian harta dan tubuh. Mereka yang sebelum kita telah digegarkan dengan teruk sekali.

Maka, kalau kita kena ujian daripada orang lain pada zaman sekarang, itu biasa sahaja. Jangan dirisaukan sangat tentang perkara itu.

حَتّىٰ يَقولَ الرَّسولُ وَالَّذينَ ءآمَنوا مَعَهُ مَتىٰ نَصرُ اللَّهِ

sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”

Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم sampai bertanya bilakah datangnya pertolongan Allah ‎ﷻ itu kerana Allah ‎ﷻ memang telah berjanji akan memberikan bantuan tetapi tidak ditentukan waktu bila ia akan diberi. Oleh kerana sudah lama tidak sampai-sampai, maka Nabi ﷺ dan sahabat cuma bertanya kenapa lama sangat.

Bukanlah Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم sangsi kepada pertolongan Allah ‎ﷻ, cuma tertanya-tanya bilakah akan sampai pertolongan itu. Ini kerana mereka sudah tidak tahan lagi kerana teruk sangat ujian yang mereka kena.

Ayat ini hendak beritahu kepada kita yang baca Al-Qur’an ini, bahawa untuk dapat pertolongan Allah ‎ﷻ, kena duduk terlebih dahulu dalam kepayahan yang panjang. Dakwah kepada agama Islam ini bukan mudah dan kita kena bersedia. Kita kena ada persediaan mental untuk menghadapinya.

Kalau kita sudah tahu yang ia bukan senang, maka kalau kita menghadapi segala halangan dan dugaan ini, kuranglah sedikit rasa kesusahan itu. Ini kerana kita sudah bersedia. Kita memang sudah agak yang dakwah ini bukan kerja senang. Sebaliknya kalau kita sangka ia kerja senang, dan kemudian dikenakan ujian, tentu ia lebih sukar kepada kita. Ini kerana mental kita tidak bersedia.

Memang pendakwah agama akan menerima ujian daripada Allah ‎ﷻ. Kalau kita melakukan tugas dakwah, kita akan diuji kerana Allah ‎ﷻ telah beritahu yang Dia telah siap sediakan musuh untuk orang Mukmin dalam kalangan jin dan manusia.

Kalau kita tidak menjalankan tugas kita pula dalam dakwah, Allah ‎ﷻ akan uji kita dengan kita ditundukkan oleh agama lain supaya kita sedar kembali. Jadi, dalam dua keadaan itu, memang kita akan diuji. Maka terima sahajalah. Juga diingatkan supaya jangan berputus asa. Ingatlah bahawa balasan untuk kesabaran kita itu adalah syurga.

أَلا إِنَّ نَصرَ اللَّهِ قَريبٌ

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat

Allah ‎ﷻ beritahu bahawa pertolongan-Nya akan pasti tiba dan tidak lama lagi. Mereka cuma perlu bersabar sedikit sahaja lagi. Kesabaran mereka menunggu pertolongan itu akan dibalas dengan pahala dan syurga yang tentunya lebih tinggi nilainya daripada susah payah dan penat jerih manusia yang berdakwah untuk menegakkan agama-Nya.

Ayat ini juga memberi isyarat yang Allah ‎ﷻ dekat dengan kita. Memang Dia telah memberitahu perkara yang sama kepada kita dalam ayat 186.

Yang paling penting adalah sabar. Ada hadith tentang sahabat yang mengadu kepada Nabi Muhammad ﷺ dan lihatlah bagaimana jawapan baginda.

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا قَيْسٌ عَنْ خَبَّابِ بْنِ الْأَرَتِّ قَالَ شَكَوْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ فِي ظِلِّ الْكَعْبَةِ قُلْنَا لَهُ أَلَا تَسْتَنْصِرُ لَنَا أَلَا تَدْعُو اللَّهَ لَنَا قَالَ كَانَ الرَّجُلُ فِيمَنْ قَبْلَكُمْ يُحْفَرُ لَهُ فِي الْأَرْضِ فَيُجْعَلُ فِيهِ فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُشَقُّ بِاثْنَتَيْنِ وَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيدِ مَا دُونَ لَحْمِهِ مِنْ عَظْمٍ أَوْ عَصَبٍ وَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ وَاللَّهِ لَيُتِمَّنَّ هَذَا الْأَمْرَ حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ لَا يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ أَوْ الذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ

Telah bercerita kepadaku Muhammad bin Al Mutsannaa telah bercerita kepada kami Yahya daripada Isma’il telah bercerita kepada kami Qais daripada Khabbab bin Al Arat رضي الله عنه berkata; “Kami mengadu kepada Rasulullah ﷺ ketika baginda sedang berbantalkan kain selimut baginda di bawah naungan Ka’bah; “Tidakkah baginda memohon pertolongan buat kami? Tidakkah baginda berdo’a memohon kepada Allah ‎ﷻ untuk kami?” Baginda bersabda: “Ada seorang lelaki daripada umat sebelum kalian, lantas digalikan lubang untuknya dan dia diletakkan di dalamnya, lalu diambil gergaji, kemudian diletakkan gergaji itu di kepalanya lalu dia dibelah menjadi dua bahagian namun hal itu tidak menghalangnya daripada agamanya. Tulang dan urat di bawah dagingnya disisir dengan sisir besi namun hal itu tidak menghalangnya daripada agamanya. Demi Allah ‎ﷻ, sungguh urusan (Islam) ini akan sempurna hingga ada seorang yang mengendarai kuda berjalan dari Shana’a menuju Hadlramaut tidak ada yang ditakutinya melainkan Allah ‎ﷻ atau (tidak ada) kekhuatiran kepada serigala atas kambingnya. Akan tetapi kalian sangat tergesa-gesa”. (Hadith sahih Bukhari no 3343)

Tafsir Ayat Ke-215

Tajuk baharu adalah tentang infaq. Selepas ini akan diselang-selikan dengan tajuk Jihad dan Infaq supaya umat Islam bersedia dengan kedua-dua perkara itu. Memang Islam tidak sepatutnya lari jauh daripada infaq dan jihad.

يَسأَلونَكَ ماذا يُنفِقونَ ۖ قُل ما أَنفَقتُم مِّن خَيرٍ فَلِلوٰلِدَينِ وَالأَقرَبينَ وَٱليَتَـٰمَىٰ وَٱلمَسَـٰكِينِ وَابنِ السَّبيلِ ۗ وَما تَفعَلوا مِن خَيرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَليمٌ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

يَسأَلونَكَ ماذا يُنفِقونَ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan

Dalam ayat ini umat Islam zaman Nabi ﷺ telah bertanya kepada baginda apakah yang mereka perlu infaqkan. Beginilah sifat para sahabat yang prihatin kepada agama. Selepas diberitahu kelebihan infaq, mereka ingin tahu apakah yang perlu mereka infaqkan.

قُل ما أَنفَقتُم مِّن خَيرٍ

Katakanlah: apa jua harta benda yang baik yang kamu infaqkan

Allah ‎ﷻ jawab mereka boleh infaqkan apa sahaja asalkan ia mempunyai harga. خَيرٍ bermaksud apa sahaja yang bernilai. Ia boleh jadi apa-apa sahaja. Seeloknya benda yang kita pun suka, kita pun mahu lagi. Janganlah beri benda yang orang lain tidak selera hendak pakai.

Sebagai contoh, selalunya bila kita kemaskan almari baju kita, kita jumpa baju-baju lama yang kita pun tidak ingin hendak pakai lagi. Maka selalunya kita beri baju yang buruk-buruk itu kepada orang lain. Ini tidak patut. Kalau hendak beri pun, kenalah yang masih elok lagi.

فَلِلوٰلِدَينِ

maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa,

Yang lebih penting daripada ‘apa’ yang perlu diinfaqkan adalah kepada ‘siapa’kah infaq itu perlu diberikan. Itu yang mereka lebih patut tanya. Kita manusia memang selalu mengeluarkan duit kita tetapi persoalannya adalah ke manakah sepatutnya kita keluarkan duit kita itu?

Jadi pertama yang kita perlu infaqkan harta kita yang berharga itu ialah kepada ibu bapa kita yang susah.

Kenalah kita tolong ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita. Jangan kita banyak tolong orang lain, tetapi ibu bapa kita sendiri tidak pula kita kisahkan susah senang mereka. Kadang kala ada ibu bapa yang susah di kampung tetapi anak tidak tolong sedikit pun. Ada yang senang di ibukota tetapi emak di kampung merempat.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa yang perlu ditolong adalah ibu bapa yang susah. Namun ada juga yang berpendapat tidak perlu dikhususkan kepada ibu bapa yang susah sahaja kerana walaupun mereka senang, apabila kita beri sumbangan kepada mereka, mereka amat suka.

Kita juga jangan lupa bahawa infaq bukan sahaja dalam bentuk harta benda sahaja tetapi dalam bentuk pertolongan dan lain-lain. Maka tolonglah menyenangkan hidup ibubbapa kita dalam apa-apa cara. Kalau mereka sakit, kitalah yang bawa mereka ke klinik dan hospital.

وَالأَقرَبينَ

dan kaum kerabat,

Selepas bantu ibu bapa, kita kena tengok pula kepada kaum kerabat yang susah. Kenalah kita tolong mereka yang berdekatan dengan kita dahulu kerana tentu mereka akan terasa hati kalau kita tolong orang lain tetapi tidak menolong mereka sedangkan mereka saudara mara kita.

Ini selalunya ada masalah. Masyarakat kita ada sahaja masalah dengan saudara mara mereka. Ada adik beradik yang terasa dengan adik beradik sendiri dan sudah bermasam muka. Anak-anak mereka pun menyambung ‘permusuhan’ ibu bapa mereka dan berterusanlah perkelahian ini.

Ini amat memalukan. Bayangkan, seteruk-teruk Arab Jahiliyah itu, mereka amat menjaga hubungan sesama kabilah mereka, tetapi kita pula berkelahi sesama ahli keluarga kita?

وَٱليَتَـٰمَىٰ

dan anak-anak yatim

Kemudian anak yatim yang susah. Mereka ini adalah golongan yang selalu diabaikan kerana mereka sudah tidak ada ibu bapa. Maka kita kena cari mereka untuk tolong mereka.

Jangan kita sangka kita hanya boleh tolong mereka dengan wang sahaja kerana kita bukan semua ada wang. Tetapi kita boleh bantu mereka cara yang lain. Kalau kita pandai memasak, kita boleh masak untuk mereka. Kalau kita pandai akademik, kita boleh beri tuisyen kepada mereka.

Atau apa-apa sahaja. Kena kreatif sedikit bagaimana hendak tolong mereka. Jangan hadkan kepada bantuan kepada bantuan berbentuk kewangan sahaja.

وَٱلمَسَـٰكِينِ

dan orang-orang miskin,

Keutamaan infaq diberikan kepada mereka yang susah kerana mereka yang memerlukan pertolongan itu. Kalau ibu bapa kita kaya-raya atau saudara mara kita memang sudah kaya atau pun anak yatim lebih banyak duit daripada kita, maka tidaklah perlu kita berikan kepada mereka. Maka apabila hendak infaqkan kita perlu melihat kepada keadaan.

Walaupun begitu, ada juga yang kata bahawa untuk ibu bapa, tidak perlu tunggu mereka susah. Kena sentiasa tolong mereka.

وَابنِ السَّبيلِ

dan anak perjalanan

Maksudnya orang musafir yang putus bekalan dalam perjalanan. Ini kerana ada musafir yang cukup bekalan mereka dan tidak memerlukan pertolongan.

Berinfaq kepada musafir ini lebih-lebih lagi perlu diberikan kepada mereka yang bermusafir kerana hendak menegakkan agama Allah ‎ﷻ. Mereka memerlukan pertolongan kerana mereka berada di tempat yang baru dan susah untuk mereka mendapatkan pertolongan kerana mereka tidak kenal orang lain.

Kalau kita tolong mereka, pahala mereka membawa orang ke jalan yang benar akan sampai juga kepada kita.

وَما تَفعَلوا مِن خَيرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَليمٌ

Dan apa jua yang kamu buat daripada jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui-Nya

Allah ‎ﷻ tahu apa sahaja yang kita infaqkan, tidak perlu beritahu orang lain. Tidak payah hendak masukkan ke dalam Facebook atau Instagram segala infaq yang kita lakukan.

Allah ‎ﷻ juga mengingatkan yang penting adalah ikhlas dalam hati semasa infaq. Allah ‎ﷻ tahu isi hati kita dan sama ada kita ikhlas atau tidak semasa memberinya. Kalau tidak ikhlas maka tidaklah dapat pahala.

Untuk jaga ikhlas, jangan beritahu kepada orang lain segala kebaikan atau infaq yang kita lakukan. Ini kerana takut-takut kalau orang lain tahu, maka akan timbul rasa bangga dan riak di dalam diri kita. Maka jangan beri alasan macam-macam untuk kita war-warkan dalam media. Sebagai contoh, ada yang beri alasan dengan mereka buat begitu, mereka ajak dan menggalakkan orang lain juga.

Masalah dengan hal ini adalah, takut hati kita tidak cukup kuat untuk menolak riak yang syaitan akan timbulkan dalam diri kita. Kalau belajar Talbis Iblis, ini memang salah satu cara syaitan hendak menipu kita.

Allahu a’lam.

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia – Notis Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

0

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PERTAMA PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA (UKHUWAH)

Assalamu’alaykum wrkth.

Mesyuarat Agung Tahunan UKHUWAH kali Pertama akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : Sabtu, 14 Mac 2020
Tempat : Dewan Al-Birr Training Centre, Ken Rimba, Seksyen 16
Shah Alam, Selangor
Masa : bermula 9.00 pagi – 12.00 tghari
(makan tengahari disediakan)

Sila sahkan kehadiran anda melalui pautan ini:
https://bit.ly/39IaxYM

Sebarang Usul sila kemukakan di pautan ini:

https://bit.ly/38Qadap

❓Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha UKHUWAH
https://t.me/NorM99
http://www.wasap.my/60192831337/ukhuwah
email: [email protected]

Ayuh bersama-sama kita membantu perjalanan dakwah online UiTO serta sebarkan ilmu bermanfaat demi untuk diri sendiri dan orang lain.

Setiausaha

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM-004-10-04062019)

Soal Jawab: Hubungan Anak-Anak Dengan Ibu Bapa Dan Taklif

0

🔴 Adakah orang kurang upaya dijamin masuk syurga? Bagaimana pula jika mereka itu bukan islam?

🔷 Jika dia berakal sempurna, dia juga taklif (wajib mematuhi) syariat.

 

🔴 Adakah orang-orang yang menghidap penyakit seperti ‘Down’s syndrome’ (sindrom Down) atau ‘autism’(autisme) termasuk dalam golongan mukalaf?

🔷 Berdasarkan fiqh, jika seseorang itu berakal dan baligh maka dia mukalaf. Cuma doktor dan ibu dan bapa sahaja yang boleh ‘access’ (memahami/ mengetahui) akal anaknya.

Nota tambahan:
Sindrom Down: kecacatan sejak lahir yang disebabkan oleh kerosakan pada kromosom, yang dicirikan oleh daya berfikir yang lembap dan keadaan fizikal yang tidak normal (seperti kepala dan muka yang lebar, mata yang sepet, hidung yang kemik serta tangan dan kaki yang pendek)

Autisme: Kecacatan yang terjadi pada kanak-kanak yang biasanya melibatkan pelbagai masalah dalam pembelajaran, komunikasi dan sosialisasi.

 

🔴 Anak saya ‘autisme’ berusia 6 tahun tetapi saya mengajar dia mengaji muqaddam dan salat. Ada masa dia hendak belajar ada masa tidak. Ketika bulan puasa dia mahu mengikut ayahnya salat di surau. Sewaktu imam membaca Al-Fatihah dia akan ikut membaca dengan kuat. Jika dia boleh mengikut maknanya ibu bapa masih perlu mengajar dia bukan?

🔷 Ya. Perlu banyak bersabar.

 

🔴 Bagaimana pula dengan mereka yang menghadapi ‘Major Depressive Disorder’ (MDD- Penyakit Kemurungan)? Ramai remaja masa kini ada masalah ini. Mereka ini baligh dan berakal tetapi fikiran bercelaru.

🔷 Taklif perlu dinilai mengikut definisi fiqh bukan sains sosial.

 

🔴 Adakah anak-anak OKU (Orang Kurang Upaya) perempuan perlu mandi wajib seperti perempuan yang normal? Jika kita yang mandikan mereka siapakah pula yang perlu membaca niatnya?

🔷 Perlu faham istilah fiqh aqil baligh.
Aqil maksudnya berakal. Aqil itu syarat untuk menjadi mukalaf. Mukalaf layak memikul bebanan agama.
1.Perlu juga ada metode (cara) untuk menentukan yang dia berakal.
2.Juga status baligh atau ‘puberty’ (keluar haid).

 

🔴 Jika seseorang itu tidak cukup akal (untuk memahami sesuatu perkara) jadi dia tidak perlu mandi wajib sebagaimana dia juga tidak diwajibkan untuk salat, puasa, tutup aurat dan lain-lain. Cukup sekadar menjaga kebajikan dan kebersihan diri dia. Tidak perlu untuk membantu dia mandi wajib. Benarkah begini?

🔷 Betul. ‘No’ (tiada) aqal ‘no’ taklif.

 

🔴 Benarkah anak lelaki wajib menjaga ibu dan tinggal bersamanya setelah ayah tiada? Bagaimana pula jika anak lelaki tersebut tinggal bersama tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya?

🔷 Menjaga kebajikan ibu adalah wajib kepada semua anak. Namun terpulang kepada ibu hendak memilih salah seorang daripada anak-anaknya untuk tinggal bersama. Iaitu yang mana dia rasa paling selesa. Itulah rezeki kepada anak yang terpilih. Jikalau anak mengabaikan tanggungjawabnya maka berdosalah dia. Dalil Al-Qur’an [17:23-24]:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). “ [Al-Isra:23]

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. ” [Al-Isra:24]

 

🔴 Ayah meninggal dunia pada hari perkahwinan adik bongsu lelaki. Selesai majlis, adik tinggal sebumbung dengan ibu. Namun setelah tamat tempoh idah ibu, isteri adik mengajaknya untuk tinggal berasingan. Ibu merasa sedih dan menangis setelah mendapat tahu adik mahu berpindah. Berdosakah adik dan apakah yang sepatutnya dia lakukan?

🔷 Berdosa kerana melukakan hati ibu. Ini bercanggah dengan perintah Al-Qur’an, [17:23-25]:

رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.” [Al-Isra:25]

 

🔴 Bolehkah diterima permohonan maaf melalui telefon iaitu tanpa bersua muka daripada seorang anak kepada ibunya dan ibunya pula memaafkannya?

🔷 Boleh diterima. Cara itu adalah salah satu cara untuk berkomunikasi. Zaman sekarang manusia berkomunikasi dengan ‘smartphone’ (telefon pintar). Jika hendak bersua muka boleh menggunakan aplikasi panggilan video.

 

Jawapan daripada
Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)
@FiqhWanitaUito

Soal Jawab: Tentang Lagha

0

🔴 Bolehkah orang dewasa menonton animasi melalui Youtube atau membaca komik?

🔷 Bergantung kepada niat/ motif dan ‘content’ (isi kandungan) animasi tersebut. Ia sama dengan fiqh menonton televisyen, ‘cinema’ (wayang) atau teater. Yang dihisab adalah ‘content’ dan motif/ tujuan anda menontonnya.

Jikalau ‘content’ (isi kandungan) tidak bagus maka termasuklah dalam bab LAGHA atau melakukan perkara yg tidak berguna. Dalil: Al-Qur’an surah Al-Mu’minun, 23 ayat 3.

وَالَّذينَ هُم عَنِ اللَّغوِ مُعرِضونَ

Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna “ [Al-Mu’minun: 3]

 

🔴 Adakah dikatakan syirik jika saya menonton filem hindi atau tamil di mana filem/ drama tersebut ada menayangkan tuhan mereka dan saya juga membaca ‘subtittle’ (sarikata) yang memuji tuhan mereka?

🔷 Lagha. Rujuk Al-Qur’an 23:3.

 

🔴 Apakah maksud lagha? Saya tidak faham.

🔷 Bukalah ayat tersebut 23:3.

Nota tambahan:
Kalimah اللَّغوِ (lagha) adalah aktiviti yang tidak memberi manfaat sama ada di dalam hal keduniaan dan juga hal akhirat. Ia bukanlah sesuatu yang membahayakan dengan jelas tetapi ia membuang masa. Contoh biasa yang dilakukan oleh orang kita ialah di mana selalunya kita akan bersembang dan melepak tanpa ada tujuan dan membuang masa sahaja sampai tidak sedar masa telah berlalu.

 

🔴 Adakah amalan seseorang itu tidak diterima selama 40 hari jika menonton video tidak elok? Bagaimana pula jika orang itu telah bertaubat dan tidak menontonnya lagi?

🔷 Itu untuk sesiapa yang minum arak atau menggunakan khidmat bomoh siam. Menonton video porno tiada dalil.

 

🔴 Muzik atau menyanyi tanpa muzik yang mana satu yang haram menurut Islam? Atau kedua-duanya haram?

🔷 Hukum asal bagi muzik/ nyanyian adalah harus. Namun ia menjadi haram disebabkan oleh 5 faktor:
1. ‘Content’ (lirik)
2. Penampilan penyanyi seperti ‘sexy’ (seksi/ menghairahkan/ kurang sopan)
3. Tempat persembahan
4. Motif nyanyian
5. Tidak fasiq seperti ‘heavy metal’ (jenis muzik)

Jawapan daripada
Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)
@FiqhWanitaUito

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 14 – Wirid Pagi Dan Petang

0

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 7/18

سبحان الله وبحمده، عدد خلقه ورضا نفسه، وزنة عرشه، ومداد كلماته (ثلاثاً).

Maha suci Allah dan dengan memuji-Nya sejumlah makhluk-Nya, serela diri-Nya, seberat ‘Arsy-Nya dan sebanyak tinta (bagi) kalimah-Nya. ” (Dibaca 3 kali)

Status:

Zikir ini sahih. Terdapat di dalam sahih Muslim juga Hisnul Muslim no: 87.

Fadilatnya:

عن جويرية أم المؤمنين رضي الله عنها، أن النبي صلى الله عليه وسلم خرج من عندها بكرة، حين صلى الصبح، وهي في مسجدها ثم رجع بعد أن أضحى وهي جالسة فقال: “مازلت اليوم على الحال التي فارقتك عليها؟” قالت: نعم. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: لقد قلت بعدك أربع كلمات ثلاث مرات لو وزنت بما قلت منذ اليوم لوزنتهن: سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته” رواه مسلم

Daripada Juwairiyyah (ummul Mu’minin) r.a. bahawa Nabi ﷺ pernah keluar daripada sisinya pada pagi hari setelah salat Subuh, sedangkan Juwairiyyah berada di tempat salatnya. Setelah itu baginda pulang setelah tiba waktu Dhuha sedangkan Juwairiyyah masih dalam keadaan duduk. Lalu baginda bertanya, “ Apakah engkau tetap dalam keadaan ketika aku tinggalkan? ” Beliau menjawab, “ Ya. ” Nabi ﷺ bersabda, “ Sungguh aku telah mengucapkan setelah mu empat kalimat sebanyak tiga kali yang jika ditimbang dengan yang engkau ucapkan sejak tadi tentu akan menyamai timbangannya iaitu “سُبْحانَ الله عَدَدَ خَلْقِهِ ، سُبْحَانَ الله رِضَا نَفْسِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ زِنَةَ عَرْشِهِ ، سُبْحَانَ الله مِدَادَ كَلِمَاتِهِ ( ertinya: Maha suci Allah. Aku memuji-Nya sebanyak makhluk-Nya, sejauh kerelaan-Nya, seberat timbangan ‘Arsy-Nya dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya ) ” [HR. Muslim: 2726]

 

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 8/18

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات

Dengan nama Allah yang bersama nama-Nya tidak akan membahayakan sesuatu pun yang ada di bumi dan di langit. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ” (Dibaca 3 kali)

عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من عبد يقول في كل صباح كل يوم ومساء كل ليلة بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات فلن يضره شيء”، رواه أبو داود والترمذي وقال:حديث حسن صحيح

Daripada Utsman bin ‘Affan رحمه الله, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: ” Tidaklah seorang hamba membaca pada pagi setiap pagi dan petang setiap malam: Dengan nama Allah yang bersama nama-Nya sesuatu apa pun tidak akan celaka baik di bumi dan di langit. Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui “ (dibaca 3 kali) nescaya tidak ada sesuatu pun yang mencelakakannya.

Tahqiq:
(HR At Tirmdizi, No. 3448. Katanya: Hasan sahih, Abu Daud ,No. 5088; Ibnu Majah, No. 3869, Al Hakim di dalam Al Mustadrak ‘Alash Shahihain, No. 1895. Katanya: Isnadnya sahih tetapi Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya dan Ibnu Hibban di dalam Shahihnya, Kitab Ar-Raqaiq Bab Al-Adzkar, No. 852, 862. Al- Albani mensahihkannya. (Sahih wa Dhaif Sunan At Tirmidzi No. 3888, Sahih wa Dhaif Sunan Abu Daud No. 5088, Sahih wa Dhaif Sunan Ibni Majah No. 3869, Sahihul Jami’ No. 5745)

Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan di dalam Nataij Al-Afkar tentang hadith ini: Hasan shahih. (Raudhatul Muhadditsin No. 5373). Al-Hafizh Al- ‘Iraqi juga menyatakan kesahihannya. (Takhrij hadith Al Ihya’ No. 1172) Disahihkan oleh Dr Said Ali Wahaf al- Qahthani, zikir no 85, Hisnul Muslim.

 

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 9/18

اللهم إنا نعوذ بك من أن نشرك بك شيئاً نعلمه، ونستغفرك لما لا نعلمه (ثلاثاً).

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampunan-Mu daripada apa-apa yang tidak kami ketahui ” (Dibaca 3 kali)

Fadilatnya:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ يَعْنِي ابْنَ أَبِي سُلَيْمَانَ الْعرْزَمِيَّ، عَنْ أَبِي عَلِيٍّ رَجُلٍ مِنْ بَنِي كَاهِلٍ قَالَ: خَطَبَنَا أَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا هَذَا الشِّرْكَ ؛ فَإِنَّهُ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ . فَقَامَ إِلَيْهِ عَبْدُ اللهِ بْنُ حَزْنٍ، وَقَيْسُ بْنُ المُضَارِبِ فَقَالَا: وَاللهِ لَتَخْرُجَنَّ مِمَّا قُلْتَ أَوْ لَنَأْتِيَنَّ عُمَرَ مَأْذُونٌ لَنَا أَوْ غَيْرُ مَأْذُونٍ . قَالَ: بَلْ أَخْرُجُ مِمَّا قُلْتُ، خَطَبَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ: ” أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا هَذَا الشِّرْكَ ؛ فَإِنَّهُ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ ” . فَقَالَ لَهُ: مَنْ شَاءَ اللهُ أَنْ يَقُولَ وَكَيْفَ نَتَّقِيهِ، وَهُوَ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ: قُولُوا: اللهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ، وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُه

Bercerita kepada kami Abdullah bin Numair, bercerita kepada kami Abdul Malik yakni Sulaiman Al ‘Arzami, daripada Abu Ali, seorang laki-laki daripada Bani Kahil, dia berkata: Abu Musa Al Asy’ari berkhutbah kepada kami: “ Wahai manusia takutlah kalian dengan syirik ini, sesungguhnya dia lebih tersembunyi dari semut yang merayap. ” Maka berdirilah di hadapannya Abdullah bin Huzn dan Qais bin Al Mudhar, mereka berdua berkata: “ Demi Allah, engkau telah menyampaikan kepada kami apa yang engkau katakan atau kami akan mendatangi Umar baik kau izinkan atau tidak diizinkan. ” Abu Musa berkata: “ Justeru saya menyampaikan apa yang saya katakan ini bahawa Rasulullah ﷺ telah berpidato kepada kami pada suatu hari lalu baginda bersabda: Wahai manusia, takutlah kalian dengan syirik ini kerana ia lebih samar daripada semut yang merayap.” Lalu ada orang yang bertanya kepadanya: “ Wahai Rasulullah, siapa yang di kehendaki Allah dia akan mengatakannya lalu bagaimana menghindarinya jika itu lebih samar daripada semut yang merayap? ” Beliau bersabda: ” Katakanlah: Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampunan-Mu daripada apa-apa yang tidak kami ketahui.

Takhrij Hadith:

(HR Ahmad di dalam Musnadnya no.19606, Ath Thabarani, Al Mu’jam Al- Awsath No.3503, Ibnu Abi Syaibah, Al-Mushannaf, Juz 7, Bab 61, No. 1; Al-Bukhari dalam Tarikh Al-Kabir, Juz. 9, Hal. 58)

Hadith ini didhaifkan oleh Syeikh Syu’aib Al-Arnauth, lantaran kemajhulan Abu Ali Al Kahili.  Syeikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan:

إسناده ضعيف لجهالة أبي علي الكاهلي، فقد تفرد بالرواية عنه عبد الملك بن أبي سليمان العَرْزَمي، ولم يؤثر توثيقه عن غير ابن حبان، وباقي رجال الإسناد ثقات رجال الشيخين، غير عبد الملك بن أبي سليمان فمن رجال مسلم.

Isnadnya dhaif kerana jahalah (tidak dikenalnya) Abu Ali Al-Kahili. Dia telah menyendiri dalam meriwayatkannya daripada Abdul Malik bin Abi Sulaiman Al-‘Arzami dan tidak ada yang menthiqahkannya selain Ibnu Hibban dan perawi yang lain adalah thiqah termasuk perawinya Bukhari – Muslim kecuali Abdul Malik bin Abi Sulaiman, dia termasuk perawi yang dipakai Imam Muslim. (Lihat Musnad Ahmad No. 19606 dengan tahqiq: Syeikh Syu’aib Al-Arnauth)

Imam Al-Haitsami juga mengisyaratkan kedhaifan Abu Ali Al Kahili ini di mana beliau mengatakan:

رواه أحمد والطبراني في الكبير والاوسط ورجال أحمد رجال الصحيح غير أبى على ووثقه ابن حبان

Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Thabarani di dalam Al-Kabir dan Al-Awsath dan perawi Ahmad adalah perawi sahih kecuali Abu Ali dan Ibnu Hibban telah menthiqahkannya.” (Majma’ Az Zawaid, 10/224)

Dr Syeikh Sulaiman al-Ulwan, Multaqa

وسألته عن كفارة الشرك الأصغر (( اللهم إني أعوذ بك أن أشرك بك شيئاً وأنا أعلم وأستغفرك لما لا أعلم )) فضعفه ، وقال لكنه دعاء

Dhaif, akan tetapi boleh diamalkan kerana ianya doa.

Al-Albani; Hasan li Ghairihi
Syeikh Al-Albani telah menilai hadith Abu Musa ini sebagai hasan li ghairihi. (Sahih At Targhib wat Tarhib No.36) lantaran adanya penguat dari jalur Abu Bakar Ash Shiddiq رضى الله عنه

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

Soal Jawab Bersama Doktor: Waspada Dengan Pengambilan Antibiotik

0
3d rendering of antibiotic pills over white background

Soalan:
Apakah Antibiotik?

Jawapan:
Antibiotik merupakan bahan kimia yang bertindak spesifik terhadap jangkitan kuman sahaja. Penggunaan antibiotik tidak berkesan sekiranya seseorang terkena penyakit selesema, tindakan memakan antibiotik adalah sia-sia kerana selsema disebabkan oleh virus selesema. Selsema biasa (cold) tidak memerlukan penggunaan antiviral kecuali dalam kes jangkitan selsema teruk (flu atau influenza) yang selalunya melibatkan masalah paru-paru.

Soalan:
Bilakah tubuh badan memerlukan pengambilan Antibiotik?

Jawapan:
Jangan sekali-kali mengambil antibiotik tanpa preskripsi atau arahan  daripada doktor.  Antibiotik merawat jenis jangkitan yang khusus dan antibiotik anda mungkin tidak cukup untuk merawat jangkitan yang baru.

Bakteria baik diperlukan untuk menghadamkan makanan, memberikan nutrien secara tidak langsung dan melindungi badan daripada bakteria jahat.  Bakteria adalah mikroorganisma yang mampu berkembang secara sendiri, terdapat di sekeliling atau di dalam tubuh kita tetapi hanya dalam jumlah kecil saja yang mengakibatkan jangkitan.  Manakala virus adalah lebih kecil berbanding bakteria dan memerlukan hos untuk berkembang seperti manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Antibiotik tidak berkesan untuk menentangnya.  Sekiranya seseorang itu tidak sihat, dia dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengetahui sama ada mengalami jangkitan bakteria atau virus.

Soalan:
Apakah rintangan antibiotik?

Jawapan:
Rintangan antibiotik berlaku apabila bakteria berubah untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik.  Penggunaan antibiotik secara tidak tepat atau berlebihan akan menyebabkan kerintangan antibiotik.

Soalan:
Bagaimana mencegah rintangan antibiotik?

Jawapan:
Pesakit adalah disyorkan untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi mengenai penggunaan antibiotik yang sesuai. Berikut merupakan beberapa panduan asas yang dapat membantu dalam menghalang penyebaran kerintangan antibiotik:

  1. Menggunakan antibiotik atau memberi antibiotik kepada anak anda, apabila dipreskripsikan oleh doktor sahaja.
  1. Habiskan semua antibiotik dalam tempoh yang ditetapkan walaupun anda berasa telah sihat. Tidak menghabiskan antibiotik yang seperti yang diarahkan oleh doktor akan menyumbang kepada kerintangan antibiotik. Sekiranya anda tidak melengkapkan rawatan seperti yang disyorkan, kecenderungan berlakunya kerintangan antibiotik adalah tinggi di samping risiko berlakunya jangkitan-semula.
  1. Jangan simpan antibiotik yang tidak habis digunakan untuk tujuan merawat penyakit yang sama pada masa akan datang. Sekiranya masih terdapat lagi baki antibiotik, pastikan dibuang.
  1. Jangan sekali-kali mengambil antibiotik yang dipreskripsikan untuk orang lain. Jangan berkongsi antibiotik atau menggunakan baki antibiotik sebelumnya. Ini kerana antibiotik ada banyak jenis, dan hanya doktor yang boleh menentukan antibiotik yang sesuai untuk merawat jangkitan tertentu.
  1. Patuhi keputusan dan nasihat doktor apabila doktor memutuskan anda tidak memerlukan antibiotik.
  1. Amalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran jangkitan.

 http://www.myhealth.gov.my/amalan-terbaik-untuk-antibiotik/

 

 

At- Tadzkirah Al- Qurtubi: Mati adanya Sakarat – Kisah Israeliyat, Hadith Palsu, Khabar Tidak Sahih dan Diperselisihkan

0

Kod 7.0 Bab bahawa Mati Adanya Sakarat, Setiap Anggota Badan Saling Mengucap Selamat Berpisah (باب ما جاء أن للموت سكرات و في تسليم الأعضاء بعضها على بعض و فيما يصير الإنسان إليه)

Bahagian 7: Kisah kisah Israeliyat Musa as

و روى أن موسى عليه السلام لما صار روحه إلى الله . قال له ربه : [ يا موسى كيف وجدت الموت ] ؟ قال : وجدت نفسي كالعصفور الحي حين يقلى على المقلى لا يموت فيستريح و لا ينجو فيطير . و روى عنه أنه قال : وجدت نفسي كشاة تسلخ بيد القصاب و هي حية

“Dan diriwayatkan bahawa Musa as ketika rohnya dibawa menuju Allah. Allah berfirman kepada ruh Musa, “Bagaimana engkau rasai kematian engkau?” Musa menjawab, “Aku seperti seekor burung kecil ketika dicampak ke dalam kuali minyak panas, ia tidak mati dan tidak pula dapat terbang.”

Dalam versi lain, Musa as berkata, “Aku merasakan diriku seperti seekor kambing yang dilapah kulitnya oleh tukang sembelih ketika mana kambing masih lagi hidup.”

Tahqiq:
Dikisahkan oleh al Muhasibi dalam al Ri’ayah ms 141.

Ia adalah Israeliyat. Dhaif.

Bahagian 7: Kisah kisah Israeliyat Isa as

و قال عيسى بن مريم عليه السلام :[ يا معشر الحواريين ادعوا الله أن يهون عليكم هذه السكرة ] يعني سكرات الموت .
و روي : أن الموت أشد من ضرب بالسيوف و نشر بالمناشير ، و قرض بالمقاريض .

“Dan berkata Isa putra Maryam AS, “Wahai para hawariyyin (murid setia Isa), mintalah doa kepada Allah untuk meringankan sakarat ini daripada mereka.”

Tahqiq:
al Muhasibi, al Ri’ayah 141
al Ghazali, Ihya’ Uloomiddin, 4:422

Israeliyat
juga diriwayatkan (oleh al Muhasisibi dengan sighah ini bermaksud dhaif, tanpa sanad dan perawi), “Mati lebih dahsyat daripada ditetak dengan pedang, atau digergaji atau digunting.”
al Muhasibi, al Ri’ayah ms 139. Dhaif.

Bahagian 8: Hadith abu Nuaim. Dhaif

و ذكر أبو نعيم الحافظ في كتاب الحلية من حديث مكحول ، عن وائلة ابن الأسقع عن النبي صلى الله عليه و سلم أنه قال : و الذي نفسي بيده لمعاينة ملك الموت أشد من ألف ضربة بالسيف

Abu Nuaiam al hafidz menyebut sebuah hadith dalam al Hilyah (5:186) dari sanad Makhul daripada Wa’ilah bin al Asqo’ daripada Nabi SAW, “Demi Allah SWT yang menggenggam nyawaku, memandang akan Malakul Maut itu lebih dahsyat daripada 1000 libasan pedang.”

Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah memasukkannya dalam Al-Maudhu’at dan mengatakan: “Hadith ini tidak sahih daripada Rasulullah SAW.” Al-Maudhu’at (3/518-519). Didha’ifkan pula Al-Albani dalam Adh-Dhaifah 3/654

Bahagian 9: Hadith yang Palsu

و في الخبر من حديث حميد الطويل ، عن أنس بن مالك ، عن النبي صلى الله عليه و سلم أن الملائكة تكتنف العبد ، و تحبسه ، و لولا ذلك لكان يعدو في الصحاري و البراري من شدة سكرات الموت

Dalam sebuah khabar yang panjang dari sanad Hamid daripada Anas bin Maalik daripada Nabi SAW, “Bahawa Malaikat akan menahan orang yang akan mati, jika tidak ditahan demikian pasti dia akan melarikan diri ke padang pasir atau hutan belantara kerana ngerinya akan sakaratul maut.”

👁‍🗨 Hadith Hamid ini TIDAK ujud sanadnya.

Bahagian 10: Khabar tidak sahih

جاءت الرواية بأن ملك الموت عليه السلام إذا تولى الله قبض نفسه بعد موت الخلائق يقول : [ و عزتك لو علمت من سكرة الموت ما أعلم ما قبضت نفس مؤمن ] . ذكره القاضي أبو بكر بن العربي

Dalam satu riwayat di mana Malakul maut berkata, “Jika Allah SWT mencabut nyawaku kelak selepas semua makhluk mati, Aduhai jika aku tahu betapa pedihnya sakaratul maut seperti yang aku rasakan sekarang, nescaya aku tidak akan mencabut nyawa seorang mukmin pun”. Disebut oleh al Qadhi Abu Bakar Ibn Arabi.

Tahqiq:
Dikeluarkan oleh al Qadhi Abu Bakar ibn Arabi al Maliki al Asbili Sepanyol, w. 543. Kitab Siraj al Maridin, kata muhaqqiq kitab at Tazkirah,Dr.Sadiq, palsu, sebab bercanggah dengan akal, mana mungkin malaikat menceritakan kematiannya.

Bahagian 11: Khabar tidak sahih

و عن شهر بن حوشب قال : سئل رسول الله صلى الله عليه و سلم عن الموت و شدته ؟ فقال : إن أهون الموت بمنزلة حسكة كانت في صوف . فهل تخرج الحسكة من الصوف إلا و معها الصوف ؟

“Daripada Syahr bin Hausyab (hamba kepada Asma’ binti Yazid al Anshariah, wafat 100H) berkata, Nabi SAW pernah ditanya akan sakaratul maut dan kesakitannya. Nabi SAW menjawab, “Sakarat yang paling ringan pun seperti ranting berduri yang ditusuk ke dalam fabrik wool, bayangkan macam mana ranting berduri itu ditarik keluar tanpa merobek wool tersebut.”

Tahqiq: Dhaif
HR Imam al Ghazali dalam Ihya, 4:423, Juga Ibn Abu Dunya dalam az Dzikir al Maut, tahqiq al Iraqi, al Mughni, no 4381, dhaif. Dinilai dhaif oleh al Albani, Dhaif al Jaami’, no 1842.

Bahagian 12: Khabar yang masih diperselisihkan

قال شهر : و لما حضرت عمرو بن العاص الوفاة قال له ابنه يا أبتاه ؟ إنك لتقول لنا : ليتني كنت ألقى رجلاً عاقلاً لبيباً عند نزول الموت حتى يصف لي ما يجد . و أنت ذلك الرجل فصف لي الموت فقال : يا بني و الله كأن جنبي في تخت . و كأني أتنفس من سم إبرة . و كأن غصن شوك يجذب من قدمي إلى هامتي . ثم أنشأ يقول :
ليتني كنت قبل ما قد بدا لي في تلال الجبال أرعى الوعولا

Masih lagi khabar daripada Syahr bin Hausyab (wafat 100H), menceritakan kisah Amru bin al Ash. “Ketika Amru di ambang kematiannya, anak beliau bertanya kepadanya, “Wahai ayah, sungguh engkau pernah berkata kepada kami: “Seandainya aku bersua orang yang masih berakal waras di saat kematiannya, dia masih sempat menceritakan apa yang dirasakan saat sakarat. Engkaulah orang dimaksudkan itu ya ayahku, maka ceritakan kepada kami akan sakaratul maut itu”. Maka Amru al Asy menjawab, “Wahai anakku, demi Allah SWT, ia seakan akan perutku terhimpit dalam almari, aku bernafas laksana dari lubang jarum, ada seolah-olah cemeti berduri yang dicakar dari kakiku sampai ke kepalaku.” Kemudian Amr bersyair: “Jika aku tahu akan hal ini (sakaratul maut) yang sudah nyata aku hadapi, alangkah lebih baik aku bersama sekawan kambing di celah gunung.”

Kisah ini dikeluarkan oleh Ibn Tulun, tahrir al Murassakh, 177; az Zahabi dalam Siyar, bab biografi Amru al Ash.

Bahagian 13: Khabar yang Tiada Asal (dari Maisarah)

و عن أبي ميسرة رفعه قال : [ لو أن ألم شعرة من الميت وضع على أهل السماء و الأرض لماتوا جميعاً ]

Khabar daripada Maisarah (Amru bin Syurahbil, abu Maisarah, tabi’in Kufah) beliau menyatakan bersambung sampai kepada Nabi SAW: “Jika sekiranya kesakitan dari seurat rambut diambil dari orang mati dan diagihkan kepada semua penduduk langit dan bumi, nescaya matilah kesemuanya”.

HR Ibn Abi Dunya dalam al Maut,
Juga dalam Ihya’ Ulumiddin (2:1210), Komen al Iraqi, muhaqqiq al Ihya, al Mughni, Tiada asalnya.

Bahagian 14: Atsar Umar Abd Aziz ra, Dhaif

و روى عن عمر بن عبد العزيز أنه كتب إلى أناس من أصحابه يوصيهم فكان فيما أوصاهم به أن كتب إليهم :
[ أما بعد : فإني أوصيكم بتقوى الله العظيم ، و المراقبة له ، و اتخذوا التقوى و الورع زاداً . فإنكم في دار عما قريب تنقلب بأهلها ، و الله في عرضات القيامة و أهوالها . يسألكم عن الفتيل و النقير . فالله الله عباد الله . اذكروا الموت الذي لا بد منه ، و اسمعوا قول الله تعالى : كل نفس ذائقة الموت . و قوله عز و جل : كل من عليها فان . و قوله عز و جل : فكيف إذا توفتهم الملائكة يضربون وجوههم و أدبارهم

Diriwayatkan daripada Umar bin Abdul Aziz ra, pernah mengutus surat kepada sahabat-sahabatnya dengan pesanan berikut:
“Amma ba’du, sesungguhnya aku berwasiat agar bertaqwa kepada Allah Yang Maha Agung, sentiasa muraqabah, jadikan taqwa dan wara’ sebagai bekalan. Kamu sekarang di bumi yang penghuninya silih berganti, sedangkan Allah SWT berada di hadapan kiamat dan kengeriannya, bertanyakan apa yang kamu kerjakan (di dunia); maka ingatlah kepada Allah SWT duhai hamba-hamba Allah SWT. Ingatlah kematian yang pasti datang. Dengarlah firman Allah SWT: ( كل نفس ذائقة الموت ) “Setiap yang berjiwa pasti mati” [ 3: 185 ]; (كل من عليها فان ) “Semua yang ada di bumi pasti binasa” [ 55: 26 ]; (فكيف إذا توفتهم الملائكة يضربون وجوههم و أدبارهم ) “Maka bagaimana nasib mereka apabila Malaikat maut mencabut nyawa, memukul wajah dan punggung mereka nanti” [ 47: 27 ].

Tahqiq Dr Sadiq, muhaqqiq al tazkirah, tidak ditemui sanad akan wasiat Umar ra ini.

Asma’ul Husna: Bab 2 Keutamaan Tentang Asma’ Allah ‎ﷻ dan Sifat-Nya (Bahagian 7)

0

Bab 2: Keutamaan Ilmu Tentang Asma’ Allah ‎ﷻ dan Sifat-Nya (Sambungan)

Sesungguhnya ilmu tentang nama dan sifat Allah‎ ﷻ merupakan ilmu yang diberkahi, memiliki banyak pelajaran berharga, dan manfaat yang banyak, bermacam-macam buah dan pengaruhnya. Tampak jelas keutamaan ilmu ini dan keagungan mantaatnya dari banyak sisi:

Pertama: Sesungguhnya ilmu ini adalah semulia-mulianya ilmu, seutama-utamanya, dan setinggi-tingginya kedudukan. Keutamaan suatu ilmu dilihat dari sisi kandungan ilmu tersebut.

Tidak ada ilmu yang lebih mulia dan lebih utama daripada ilmu tentang nama dan sifat-Nya yang tercantum dalam Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah ﷺ.

Oleh kerana itu, menyibukkan diri dengan ilmu ini dan memahaminya merupakan suatu kesibukan terhadap hal yang mulia.

[Oleh kerana Allah ‎ﷻ paling penting dalam kehidupan kita, maka mempelajari tentang Allah ‎ﷻ secara automatik menjadi ilmu yang paling penting. Maka, jangan kita ambil ringan dengan ilmu ini. Ia tidak boleh tidak, mesti dipelajari dengan sebaik mungkin.]

Kedua: Mengenal Allah ‎ﷻ dan memahami ilmu ini mengantarkan seorang hamba untuk mencintai-Nya, mengagungkan, dan memuliakan-Nya, selalu takut dan berharap kepada-Nya, serta mengikhlaskan amal perbuatan untuk-Nya.

Ketika pengenalan hamba terhadap Allah ‎ﷻ sudah menguat, maka sungguh besar pengagungannya terhadap Allah ‎ﷻ, ketundukannya kepada syariat-Nya, serta konsistennya untuk melaksanakan perintah dan menjauhi larangan-Nya.

[Pengetahuan Asma’ul Husna akan memberi kesan yang baik bagi diri seorang hamba. Ia akan menggerakkan hamba itu melihat Allah ‎ﷻ dengan kata mata yang baru. Mungkin sebelum itu dia sudah kenal setakat biasa-biasa sahaja, namun apabila sudah belajar Asma’ul Husna, pengetahuan itu akan menggerakkan dirinya menjadi insan yang lebih baik.]

Ketiga: Sesungguhnya Allah ‎ﷻ mencintai nama-nama dan sifat-sifat-Nya, dan mencintai pengaruhnya dalam diri makhluk-Nya. Ini merupakan bahagian daripada kesempurnaan-Nya.

Dia Witir (Maha ganjil) mencintai sesuatu yang witir,

Dia Maha Indah yang menyukai keindahan,

Maha Alim (Mengetahui) yang mencintai para ulama,

Dia Maha Dermawan yang mencintai kedermawanan,

Maha Kuat yang lebih mencintai orang mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah,

Maha Pemalu yang mencintai orang yang memiliki rasa malu,

Maha Menerima Taubat yang mencintai orang yang bertaubat,

Maha Bersyukur yang mencintai orang yang bersyukur,

Maha Jujur yang cinta kepada orang yang jujur,

Maha Baik yang cinta kepada orang-orang yang berbuat baik,

Maha Kasih Sayang yang cinta kepada orang yang berkasih sayang dan Dia mengasihi hamba-hamba-Nya yang suka mengasihi,

Maha Penutup yang cinta kepada orang yang menutup aurat para hamba-Nya,

Maha Pemaaf yang cinta kepada orang yang memaafkan,

Maha Baik yang cinta kepada kebaikan dan orang yang berbuat baik,

Maha Adil yang cinta kepada keadilan.

Dia Membalas hamba-Nya sesuai dengan sifat-sifat-Nya, dan pembahasan ini amat luas yang menunjukkan akan kemuliaan dan keutamaan ilmu ini.

[Apabila kita kenal sifat-sifat Allah ‎ﷻ, maha kita akan tahu apakah yang Allah ‎ﷻ suka. Maka kita boleh mengubah sikap kita menjadi insan-insan yang Allah ‎ﷻ suka. Kita menjadikan diri kita selari dengan sifat-sifat Allah ‎ﷻ yang kita akan belajar daripada Asma’ul Husna ini.

Dalam ertikata lain, kita cuba ‘meniru’ sifat-sifat Allah ‎ﷻ ini. Sifat-sifat ini memberi kesan kepada kita. Kita juga hendak jadi seperti Allah ‎ﷻ. Iaitu mana-mana sifat yang kita boleh ikuti.]

Keempat: Sesungguhnya Allah ‎ﷻ menciptakan makhluk-Nya daripada ketiadaan dan menundukkan bagi mereka apa yang ada di langit dan di bumi agar mereka mengenal dan menyembah-Nya, sebagaimana Allah ‎ﷻ berfirman,

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوَٲتٍ۬ وَمِنَ ٱلۡأَرۡضِ مِثۡلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ ٱلۡأَمۡرُ بَيۡنَہُنَّ لِتَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدۡ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عِلۡمَۢا (١٢)

“Allah yang menciptakan tujuh langit dan dari (penciptaan) bumi juga serupa. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawa Allah Maha kuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah benar-benar meliputi segala sesuatu.” [at-Talaq: 12]

Juga dalam ayat yang lain:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦)
مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ (٥٧)

“Dan Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.
Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan Lagi Sangat Kukuh.” [az-Dzariyaat: 56-57]

Kesibukan hamba dalam mengenal nama Allah ‎ﷻ dan sifat-Nya adalah kesibukan yang berkaitan dengan tujuan penciptaannya. Meninggalkan dan menyia-nyiakan hal ini merupakan bentuk penyia-nyiaan terhadap tujuan diciptakannya. Tidak selayaknya bagi seorang hamba yang telah banyak Allah ‎ﷻ kurniai nikmat dan keutamaan-Nya untuk dia jahil terhadap Rabbnya dan berpaling mengenal-Nya.

[Kita kena sedar apa tujuan kita hidup di dunia ini. Kenapa kita dilahirkan? Adakah untuk makan dan minum, berkeluarga, kerja dan kemudian mati? Kalau begitulah sahaja, maka sia-sialah sahaja hidup kita ini.

Ketahuilah yang tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk menjadi hamba Allah ‎ﷻ. Buktikan diri kita adalah hamba yang sebenar-benarnya hamba. Maka hamba kena kenal tuan. Macam mana hendak menjadi hamba yang sejati kalau Tuan sendiri tidak kenal. Tuan kita adalah Allah ‎ﷻ. Maka kita kena berusaha untuk kenal Allah ‎ﷻ.

Cara untuk kenal Allah ‎ﷻ mestilah dengan Allah ‎ﷻ memperkenalkan Diri-Nya dan ilmu yang Allah ‎ﷻ kenalkan Diri-Nya adalah ilmu Asma’ul Husna.]

Kelima: Salah satu rukun iman yang enam dan yang paling mulia, utama, serta yang merupakan dasar adalah iman kepada Allah ‎ﷻ. Iman bukan hanya sekadar ucapan seorang hamba, “Aku beriman kepada Allah ‎ﷻ, tanpa didasari oleh pengenalan terhadap-Nya, bahkan hakikat iman kepada Allah ‎ﷻ adalah seorang hamba mengenal Rabb yang dia imani dan dia berusaha sekuat tenaga untuk mengetahui nama dan sifat-Nya hingga dia sampai kepada darjat keyakinan.

[Bagaimana kita hendak kata kita beriman dengan sebenarnya kalau kita tidak kenal Allah ‎ﷻ? Tidak sempurna iman kalau tidak kenal Allah‎ ﷻ.]

Sesuai dengan kadar pengenalan seorang hamba terhadap Rabbnya, maka itulah kadar imannya. Semakin bertambah pengetahuannya tentang nama dan sifat-Nya semakin bertambah pula pengenalannya terhadap Rabbnya dan semakin bertambah keimanannya, dan jika semakin berkurang, maka semakin berkurang pula keimanannya.

[Iman dan ilmu meningkat. Bezanya adalah ilmu kita. Semakin tinggi ilmu kita, semakin iman kita naik. Maka kerana itulah pentingnya kita terus belajar dan belajar. Kadar pencapaian manusia tidak sama. Ada yang biasa-biasa sahaja, ada yang terkehadapan, malah ada yang tertinggal di belakang. Ini adalah rezeki daripada Allah ‎ﷻ.

Asalkan kita terus berusaha belajar dan meningkatkan ilmu. Banyak atau sedikit, ia bergantung kepada usaha kita dan juga pemberian pemahaman daripada Allah ‎ﷻ.]

Barangsiapa yang mengenal Allah ‎ﷻ, maka dia juga mengenal apa yang selainnya dan jika dia jahil terhadap-Nya, maka dia akan jahil pula terhadap selain-Nya. Allah ‎ﷻ berfirman,

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ نَسُواْ ٱللَّهَ فَأَنسَٮٰهُمۡ أَنفُسَہُمۡ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (١٩)

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” [Al-Hasyr: 19]

[Kalau kenal Allah ‎ﷻ, maka Allah ‎ﷻ akan bantu dengan ilmu yang lain. Kalau Allah ‎ﷻ pun tidak kenal, maka ilmu lain pun akan sia-sia.]

Barangsiapa yang melupakan Allah ‎ﷻ, maka Allah ‎ﷻ akan menjadikan dia lupa terhadap dirinya sendiri, kebaikan-kebaikannya, serta jalan-jalan menuju kepada kejayaan di dunia dan di akhirat.

Keenam: Ilmu tentang Allah ‎ﷻ merupakan dasar segala hal. Sampai-sampai seorang yang berilmu tentangnya, dia selalu berdalil dengan sifat-sifat dan perbuatan-Nya akan apa yang Allah ‎ﷻ takdirkan dan apa yang Allah ‎ﷻ syariatkan daripada hukum-hukum yang ada, kerana Allah ‎ﷻ tidak berbuat, kecuali sesuai dengan ketentuan nama dan sifat-Nya. Perbuatan-perbuatan-Nya berkisar antara keadilan dan keutamaan serta hikmah.

[Kalau kita tahu kedudukan Allah ‎ﷻ dengan sebenarnya, barulah kita senang hendak terima hukum-hukum Allah ‎ﷻ kerana kita sedar ia datang daripada Allah‎ ﷻ yang maha hebat.]

Oleh kerana itu, Dia tidak mensyariatkan hukum, melainkan sesuai dengan ketentuan kebaikan, hikmah, keutamaan, maupun keadilan-Nya. Khabar berita-Nya benar dan adil. Perintah dan larangan-Nya, semuanya adil dan hikmah.

Oleh kerana itu, seorang hamba apabila merenungkan Al-Qur’an dan hadith Rasulullah ﷺ tentang nama, sifat, serta perbuatan-Nya, dan merenungkan apa yang Allah ‎ﷻ sucikan diri-Nya daripada hal-hal yang tidak layak bagi-Nya, merenungkan hari-hari dan perbuatan-perbuatan-Nya pada para wali dan para musuh-Nya yang telah Allah ‎ﷻ kisahkan kepada hamba-hamba-Nya dan Allah ‎ﷻ persaksikan kisah tersebut kepada mereka, agar mereka memahami bahawa sesembahan mereka yang haq dan dia tidak boleh menyerahkan ibadah, kecuali hanya kepada-Nya dan bahawasanya Allah ‎ﷻ Maha kuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya AIlah ‎ﷻ Maha Mengetahui atas segala sesuatu, dan Dia sangat keras seksa-Nya, dan Dia Maha pengampun lagi Maha Penyayang, dan Dia Maha perkasa lagi Maha bijaksana, dan bahawasanya Dia Maha Berbuat apa yang Dia kehendaki, dan bahawasanya rahmat dan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, dan bahawasanya semua perbuatan-Nya berkisar antara hikmah, rahmat, keadilan, kebaikan, dan tidak ada sedikit pun yang keluar daripadanya.

Apabila seorang hamba merenungkan hal ini, maka akan menambahkan keyakinan dan kekuatan dalam iman dan kesempumaan dalam tawakal serta kebaikan dalam beribadah kepada-Nya.

[Hanya apabila kita kenal Allah ‎ﷻ, barulah kita tahu bahawa hukum-hukum yang Allah ‎ﷻ berikan kepada kita itu adalah baik dan ia adalah untuk kebaikan kita. Barulah senang hati kita untuk ikut segala arahan-Nya.]

Ketujuh: Mengenal Allah ‎ﷻ, nama-nama, dan sifat-sifat-Nya merupakan perniagaan yang menguntungkan. Di antara keuntungannya adalah ketenangan jiwa, ketenteraman hati, dan lapang dada, tinggal di syurga Firdaus pada hari Kiamat, melihat ke wajah Allah ‎ﷻ yang mulia, meraih redha-Nya, serta selamat daripada kemurkaan dan azab-Nya.

[Inilah salah satu kelebihan dan fadhilat yang kita boleh dapat dengan mengkaji nama-nama Allah ‎ﷻ. Hati kita akan tenang kerana kita sudah kenal Allah ‎ﷻ dan senang untuk meletakkan pengharapan kita dan segala usaha kita pada-Nya.]

Jika hati telah tenang kepada keyakinan bahawa Allah ‎ﷻ adalah Rabbnya dan sesembahannya dan bahawasanya tempat kembalinya kepada-Nya, maka dia akan benar-benar dalam beribadah kepada-Nya, bersungguh-sungguh dalam menggapai kecintaan-Nya, mengharap kepada-Nya dan beramal untuk mencari redha-Nya.

[Seterusnya, kita akan dapat rasa nikmat yang amat sangat dalam ibadah kita kerana kita sedar kepada siapa kita sedang beribadah. Kita tahu siapa itu Allah ‎ﷻ dan kita sedar yang kita memang patut beribadah kepada-Nya. Maka, dalam kita bermunajat kepada-Nya, kita sedar kebesaran-Nya.]

Kelapan: Sesungguhnya ilmu tentang nama dan sifat Allah ‎ﷻ merupakan benteng daripada kegoncangan, perisai daripada ketergelinciran, pembuka pintu harapan, pembantu dalam kesabaran, menjauhkan daripada rasa malas, pendorong dalam ketaatan dan pendekatan, peringatan daripada maksiat dan dosa, hiburan ketika musibah dan mala petaka, senjata sakti daripada godaan syaitan, penyebab datangnya kecintaan dan kasih sayang, pemotivasi dalam kedermawanan, kebaikan dan kebajikan, dan masih banyak lagi buah daripada ilmu ini.

[Dengan mengetahui ilmu Asmaul Husna ini bukan sahaja membawa kita kepada mengenal Allah‎ ﷻ sahaja malah ia dapat mengelakkan kita daripada melakukan dosa dan tergelincir dalam kesesatan. Ini kerana kita akan kenal Allah ‎ﷻ dan sifat-sifat-Nya yang patut kita kenal. Maka kita akan takut untuk berbuat dosa.]

Inilah sekelumit penjelasan yang menunjukkan keutamaan ilmu tentang nama dan sifat Allah ‎ﷻ serta keperluan yang mendesak kepadanya. Bahkan tidak ada kehendak yang melebihi kehendak hamba terhadap pengenalan kepada Rabb, pencipta, raja, dan pengatur semua perkara dan rezeki mereka.

Seorang hamba tidak terlepas daripada pertolongan Allah ‎ﷻ meski sekelip mata, dan tidak ada kebahagiaan serta kesucian, melainkan dengan mengenal serta beribadah dan beriman kepada-Nya.

[Amat banyak sekali kelebihan belajar ilmu Asmaul Husna ini. Maka jangan kita tidak ambil peluang untuk belajar ilmu yang amat hebat ini.]

Oleh kerana ini, seorang hamba akan mendapatkan bahagian kebahagiaannya dan memperoleh sanjungan serta pujian sesuai dengan kadar pengenalannya terhadap Rabbnya dan amal ibadahnya yang dapat mendatangkan keredhaan dan kedekatan kepada Rabbnya daripada ucapan yang benar dan amal yang baik.

[Semakin banyak kita kenal Allah ‎ﷻ maka kita akan semakin faham tentang Allah‎ ﷻ dan iman kita akan semakin meningkat dan tetap. Semoga Allah ‎ﷻ bantu kita mengenali-Nya dengan asbab belajar Asmaul Husna ini.. aameen…]

Asma’ul Husna: Bab 2 Keutamaan Tentang Asma’ Allah ‎ﷻ dan Sifat-Nya (Bahagian 6)

0

Bab 2: Keutamaan Ilmu Tentang Asma’ Allah ‎ﷻ dan Sifat-Nya (Sambungan)

Allah‎ ﷻ menyebutkan kepada mereka sifat kesempurnaan dan kemuliaan-Nya yang dapat menggiring hati mereka untuk bersegera kepada seruan-Nya dan bergegas untuk menaati-Nya, dan berlumba-lumba dalam mendekatkan diri kepada-Nya serta untuk selalu mengingat, bersyukur, dan beribadah kepada-Nya dengan sebaik-baiknya.

Allah ‎ﷻ juga menyebutkan sifat-sifat-Nya ketika Dia memberikan khabar gembira dan memperingatkan hamba-Nya untuk memperkenalkan kepada hati, siapa yang berhak untuk ditakuti dan diharapkan.

[Begitu tinggi tujuan kita mengenal Allah‎ ﷻ ini. Perkara yang disebut-sebut ini sepatutnya memang kena ada dalam hati. Maka ia dapat dipenuhi dengan kita kenal Allah ‎ﷻ melalui Asma’ul Husna ini.]

Dia menyebutkan sifat-sifat-Nya juga ketika menjelaskan hukum-hukum, perintah-perintah, dan larangan-larangan-Nya agar hamba benar-benar mengagungkan perintah-Nya serta menjalankan syariat-Nya. Sedikit sekali anda mendapatkan ayat yang berkaitan dengan hukum, kecuali diakhiri dengan salah satu atau sebahagian sifat Allah ‎ﷻ. Terkadang disebutkan dahulu sifat-Nya pada permulaan ayat atau pertengahan atau pada akhimya. Seperti firman Allah ‎ﷻ,

قَد سَمِعَ اللهُ قَولَ الَّتي تُجٰدِلُكَ في زَوجِها وَتَشتَكي إِلَى اللهِ وَاللهُ يَسمَعُ تَحاوُرَكُما ۚ إِنَّ اللهَ سَميعٌ بَصيرٌ

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang bersoal jawab denganmu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

[QS. Al-Mujadilah: 1]

[Allah ‎ﷻ mengingatkan sifat-Nya kepada kita apabila menyebut tentang hukum supaya kita menjaga benar-benar hukum itu. Sebagai contoh dalam ayat ini, disebut sifat Allah‎ ﷻ yang maha mendengar, supaya kita sedar yang apa sahaja yang kita katakan, Allah ‎ﷻ mendengar sahaja setiap butir.

Allah ‎ﷻ juga beritahu Dia maha melihat segala perbuatan kita. Supaya kita sedar yang kalau kita tidak menjaga sesuatu hal atau hukum itu, Allah‎ ﷻ sedang melihat dan kita akan ditanya dan dibalas dengan perbuatan kita itu.]

Allah ‎ﷻ juga menyebutkan sifat-sifat-Nya ketika seorang hamba bertanya kepda Rasul-Nya tentang-Nya. Dia juga menyebutkan sifat-sifat-Nya ketika mereka bertanya kepada-Nya tentang hukum-hukum-Nya. Hukum-hukum Allah‎ ﷻ, semuanya ditegakkan untuk mengingat nama-nama Allah ‎ﷻ dan sifat-sifat-Nya, bahkan salat tidak dikerjakan, kecuali dengan menyebut nama Allah‎ ﷻ dan sifat-Nya.

Menyebut nama dan sifat-sifat-Nya merupakan inti dan rahsia di sebalik ibadah salat, yang selalu mengiringinya daripada pertama hingga terakhir. Sesungguhnya Allah ‎ﷻ memerintahkan untuk ditegakkannya salat dengan tujuan untuk disebut nama dan sitat-Nya. Demikianlah semua ketaatan dan ibadah, mengenal nama dan sifat-Nya merupakan dasar bagi kebahagiaan dan pintu bagi semua kebaikan, dan hidayah hanya di tangan Allah ‎ﷻ.

[Hati kita kena sentiasa tertaut dengan Allah ﷻ sepanjang masa. Sekurang-kurangnya kita ingat kepada Allah‎ ﷻ semasa melakukan ibadah. Maka kerana itu dalam ibadah, banyak disebut-sebut nama-Nya dan sifat-Nya. Maka alangkah baik kalau semasa kita sebut nama-nama-Nya itu, kita faham apakah maksud nama-nama itu? Tentu lebih memberi khusyuk kepada salat kita, bukan?]

Popular

Iklan

Iklan