Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab: Hubungan Anak-Anak Dengan Ibu Bapa Dan Taklif

Soal Jawab: Hubungan Anak-Anak Dengan Ibu Bapa Dan Taklif

986
0
Iklan

🔴 Adakah orang kurang upaya dijamin masuk syurga? Bagaimana pula jika mereka itu bukan islam?

🔷 Jika dia berakal sempurna, dia juga taklif (wajib mematuhi) syariat.

 

🔴 Adakah orang-orang yang menghidap penyakit seperti ‘Down’s syndrome’ (sindrom Down) atau ‘autism’(autisme) termasuk dalam golongan mukalaf?

🔷 Berdasarkan fiqh, jika seseorang itu berakal dan baligh maka dia mukalaf. Cuma doktor dan ibu dan bapa sahaja yang boleh ‘access’ (memahami/ mengetahui) akal anaknya.

Nota tambahan:
Sindrom Down: kecacatan sejak lahir yang disebabkan oleh kerosakan pada kromosom, yang dicirikan oleh daya berfikir yang lembap dan keadaan fizikal yang tidak normal (seperti kepala dan muka yang lebar, mata yang sepet, hidung yang kemik serta tangan dan kaki yang pendek)

Autisme: Kecacatan yang terjadi pada kanak-kanak yang biasanya melibatkan pelbagai masalah dalam pembelajaran, komunikasi dan sosialisasi.

 

🔴 Anak saya ‘autisme’ berusia 6 tahun tetapi saya mengajar dia mengaji muqaddam dan salat. Ada masa dia hendak belajar ada masa tidak. Ketika bulan puasa dia mahu mengikut ayahnya salat di surau. Sewaktu imam membaca Al-Fatihah dia akan ikut membaca dengan kuat. Jika dia boleh mengikut maknanya ibu bapa masih perlu mengajar dia bukan?

🔷 Ya. Perlu banyak bersabar.

 

🔴 Bagaimana pula dengan mereka yang menghadapi ‘Major Depressive Disorder’ (MDD- Penyakit Kemurungan)? Ramai remaja masa kini ada masalah ini. Mereka ini baligh dan berakal tetapi fikiran bercelaru.

🔷 Taklif perlu dinilai mengikut definisi fiqh bukan sains sosial.

 

🔴 Adakah anak-anak OKU (Orang Kurang Upaya) perempuan perlu mandi wajib seperti perempuan yang normal? Jika kita yang mandikan mereka siapakah pula yang perlu membaca niatnya?

🔷 Perlu faham istilah fiqh aqil baligh.
Aqil maksudnya berakal. Aqil itu syarat untuk menjadi mukalaf. Mukalaf layak memikul bebanan agama.
1.Perlu juga ada metode (cara) untuk menentukan yang dia berakal.
2.Juga status baligh atau ‘puberty’ (keluar haid).

 

🔴 Jika seseorang itu tidak cukup akal (untuk memahami sesuatu perkara) jadi dia tidak perlu mandi wajib sebagaimana dia juga tidak diwajibkan untuk salat, puasa, tutup aurat dan lain-lain. Cukup sekadar menjaga kebajikan dan kebersihan diri dia. Tidak perlu untuk membantu dia mandi wajib. Benarkah begini?

🔷 Betul. ‘No’ (tiada) aqal ‘no’ taklif.

 

🔴 Benarkah anak lelaki wajib menjaga ibu dan tinggal bersamanya setelah ayah tiada? Bagaimana pula jika anak lelaki tersebut tinggal bersama tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya?

🔷 Menjaga kebajikan ibu adalah wajib kepada semua anak. Namun terpulang kepada ibu hendak memilih salah seorang daripada anak-anaknya untuk tinggal bersama. Iaitu yang mana dia rasa paling selesa. Itulah rezeki kepada anak yang terpilih. Jikalau anak mengabaikan tanggungjawabnya maka berdosalah dia. Dalil Al-Qur’an [17:23-24]:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). “ [Al-Isra:23]

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. ” [Al-Isra:24]

 

🔴 Ayah meninggal dunia pada hari perkahwinan adik bongsu lelaki. Selesai majlis, adik tinggal sebumbung dengan ibu. Namun setelah tamat tempoh idah ibu, isteri adik mengajaknya untuk tinggal berasingan. Ibu merasa sedih dan menangis setelah mendapat tahu adik mahu berpindah. Berdosakah adik dan apakah yang sepatutnya dia lakukan?

🔷 Berdosa kerana melukakan hati ibu. Ini bercanggah dengan perintah Al-Qur’an, [17:23-25]:

رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.” [Al-Isra:25]

 

🔴 Bolehkah diterima permohonan maaf melalui telefon iaitu tanpa bersua muka daripada seorang anak kepada ibunya dan ibunya pula memaafkannya?

🔷 Boleh diterima. Cara itu adalah salah satu cara untuk berkomunikasi. Zaman sekarang manusia berkomunikasi dengan ‘smartphone’ (telefon pintar). Jika hendak bersua muka boleh menggunakan aplikasi panggilan video.

 

Jawapan daripada
Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)
@FiqhWanitaUito

Komen dan Soalan