Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab: Tentang Lagha

Soal Jawab: Tentang Lagha

2967
0
Iklan

🔴 Bolehkah orang dewasa menonton animasi melalui Youtube atau membaca komik?

🔷 Bergantung kepada niat/ motif dan ‘content’ (isi kandungan) animasi tersebut. Ia sama dengan fiqh menonton televisyen, ‘cinema’ (wayang) atau teater. Yang dihisab adalah ‘content’ dan motif/ tujuan anda menontonnya.

Jikalau ‘content’ (isi kandungan) tidak bagus maka termasuklah dalam bab LAGHA atau melakukan perkara yg tidak berguna. Dalil: Al-Qur’an surah Al-Mu’minun, 23 ayat 3.

وَالَّذينَ هُم عَنِ اللَّغوِ مُعرِضونَ

Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna “ [Al-Mu’minun: 3]

 

🔴 Adakah dikatakan syirik jika saya menonton filem hindi atau tamil di mana filem/ drama tersebut ada menayangkan tuhan mereka dan saya juga membaca ‘subtittle’ (sarikata) yang memuji tuhan mereka?

🔷 Lagha. Rujuk Al-Qur’an 23:3.

 

🔴 Apakah maksud lagha? Saya tidak faham.

🔷 Bukalah ayat tersebut 23:3.

Nota tambahan:
Kalimah اللَّغوِ (lagha) adalah aktiviti yang tidak memberi manfaat sama ada di dalam hal keduniaan dan juga hal akhirat. Ia bukanlah sesuatu yang membahayakan dengan jelas tetapi ia membuang masa. Contoh biasa yang dilakukan oleh orang kita ialah di mana selalunya kita akan bersembang dan melepak tanpa ada tujuan dan membuang masa sahaja sampai tidak sedar masa telah berlalu.

 

🔴 Adakah amalan seseorang itu tidak diterima selama 40 hari jika menonton video tidak elok? Bagaimana pula jika orang itu telah bertaubat dan tidak menontonnya lagi?

🔷 Itu untuk sesiapa yang minum arak atau menggunakan khidmat bomoh siam. Menonton video porno tiada dalil.

 

🔴 Muzik atau menyanyi tanpa muzik yang mana satu yang haram menurut Islam? Atau kedua-duanya haram?

🔷 Hukum asal bagi muzik/ nyanyian adalah harus. Namun ia menjadi haram disebabkan oleh 5 faktor:
1. ‘Content’ (lirik)
2. Penampilan penyanyi seperti ‘sexy’ (seksi/ menghairahkan/ kurang sopan)
3. Tempat persembahan
4. Motif nyanyian
5. Tidak fasiq seperti ‘heavy metal’ (jenis muzik)

Jawapan daripada
Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)
@FiqhWanitaUito

Komen dan Soalan