Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Waspada Dengan Pengambilan Antibiotik

Soal Jawab Bersama Doktor: Waspada Dengan Pengambilan Antibiotik

211
0
3d rendering of antibiotic pills over white background
Iklan

Soalan:
Apakah Antibiotik?

Jawapan:
Antibiotik merupakan bahan kimia yang bertindak spesifik terhadap jangkitan kuman sahaja. Penggunaan antibiotik tidak berkesan sekiranya seseorang terkena penyakit selesema, tindakan memakan antibiotik adalah sia-sia kerana selsema disebabkan oleh virus selesema. Selsema biasa (cold) tidak memerlukan penggunaan antiviral kecuali dalam kes jangkitan selsema teruk (flu atau influenza) yang selalunya melibatkan masalah paru-paru.

Soalan:
Bilakah tubuh badan memerlukan pengambilan Antibiotik?

Jawapan:
Jangan sekali-kali mengambil antibiotik tanpa preskripsi atau arahan  daripada doktor.  Antibiotik merawat jenis jangkitan yang khusus dan antibiotik anda mungkin tidak cukup untuk merawat jangkitan yang baru.

Bakteria baik diperlukan untuk menghadamkan makanan, memberikan nutrien secara tidak langsung dan melindungi badan daripada bakteria jahat.  Bakteria adalah mikroorganisma yang mampu berkembang secara sendiri, terdapat di sekeliling atau di dalam tubuh kita tetapi hanya dalam jumlah kecil saja yang mengakibatkan jangkitan.  Manakala virus adalah lebih kecil berbanding bakteria dan memerlukan hos untuk berkembang seperti manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Antibiotik tidak berkesan untuk menentangnya.  Sekiranya seseorang itu tidak sihat, dia dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengetahui sama ada mengalami jangkitan bakteria atau virus.

Soalan:
Apakah rintangan antibiotik?

Jawapan:
Rintangan antibiotik berlaku apabila bakteria berubah untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik.  Penggunaan antibiotik secara tidak tepat atau berlebihan akan menyebabkan kerintangan antibiotik.

Soalan:
Bagaimana mencegah rintangan antibiotik?

Jawapan:
Pesakit adalah disyorkan untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi mengenai penggunaan antibiotik yang sesuai. Berikut merupakan beberapa panduan asas yang dapat membantu dalam menghalang penyebaran kerintangan antibiotik:

  1. Menggunakan antibiotik atau memberi antibiotik kepada anak anda, apabila dipreskripsikan oleh doktor sahaja.
  1. Habiskan semua antibiotik dalam tempoh yang ditetapkan walaupun anda berasa telah sihat. Tidak menghabiskan antibiotik yang seperti yang diarahkan oleh doktor akan menyumbang kepada kerintangan antibiotik. Sekiranya anda tidak melengkapkan rawatan seperti yang disyorkan, kecenderungan berlakunya kerintangan antibiotik adalah tinggi di samping risiko berlakunya jangkitan-semula.
  1. Jangan simpan antibiotik yang tidak habis digunakan untuk tujuan merawat penyakit yang sama pada masa akan datang. Sekiranya masih terdapat lagi baki antibiotik, pastikan dibuang.
  1. Jangan sekali-kali mengambil antibiotik yang dipreskripsikan untuk orang lain. Jangan berkongsi antibiotik atau menggunakan baki antibiotik sebelumnya. Ini kerana antibiotik ada banyak jenis, dan hanya doktor yang boleh menentukan antibiotik yang sesuai untuk merawat jangkitan tertentu.
  1. Patuhi keputusan dan nasihat doktor apabila doktor memutuskan anda tidak memerlukan antibiotik.
  1. Amalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran jangkitan.

 http://www.myhealth.gov.my/amalan-terbaik-untuk-antibiotik/

 

 

Komen dan Soalan