Utama Blog Halaman 40

Buku Baru UiTO – Fiqh Asasi Sunnah Untuk Pemula (Kitab Taharah) – Mudahkan Jangan Susahkan

0

Tajuk Buku

Fiqh Asasi Sunnah Untuk Pemula (Kitab Taharah) – Mudahkan Jangan Susahkan

Merangkumi Bab:

  1. Air & Najis
  2. Wudhu’
  3. Mandi
  4. Tayamum
  5. Haid & Nifas
  6. Istihadah

Penulis – Azlizan Mohd Nayan
Jumlah mukasurat – 420 (termasuk kulit buku)
Kulit Buku – Glossy Laminate
Lock Binding
Penerbit – Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia @uito.org

Harga Asal – RM45.00
Harga Promosi – RM35 (sehingga 30 September
2020)
(Kos Pos berasingan)
Harga Diskaun – RM40 (selepas 30 September hingga stok habis)

Pos Laju –
RM10 (Semenanjung)
RM16.00 (Sabah&Sarawak)

Buku akan diedarkan selepas 3 September 2020

Info lanjut:
http://www.wasap.my/60192831337/Fiqh

SINOPSIS BUKU FIQH ASASI PEMULA (KITAB TAHARAH)

“Ustaz, nak tanya…

Boleh ke pegang mushaf Qur’an tanpa wudhu’?
Boleh ke nak mengaji Qur’an ketika haid?
Sentuh babi tak membatalkan wudhu’?
Sertu dan samak ada beza ke?
Sentuh babi tak perlu sertu?
Boleh ke nak pakai berus daripada bulu babi?
Apa mesti buat kalau dah tersentuh anjing?
Boleh ke nak ambik wudhu’ masa haid?
Darah dan muntah tidak membatalkan wudhu’?”

Persoalan-persoalan yang biasa menjadi polemik dalam kalangan masyarakat kita. Buku ini cuba menjawab soalan-soalan ini dengan cara yang santai dan mudah difahami.

Oleh kerana ini adalah Fiqh Pemula, maka ia tidaklah membincangkan semua pendapat yang ada. Namun, ia disusun supaya masyarakat awam boleh mengambil ilmu di dalam buku ini dan terus mempraktikkan dalam ibadah setiap hari. Ia amat sesuai bagi mereka yang baru hendak bermula melakukan ibadah dan hendak melakukannya dengan baik berserta dengan ilmu.

Dimasukkan juga soalan-soalan yang ditanya oleh pelajar di dalam kelas yang tentunya akan memberikan kefahaman kepada para peminat ilmu agama.

Allahu a’lam.

10.3.8 Kajian Nas seputar Ya’juj dan Ma’juj (النصوص الواردة في يأجوج ومأجوج) (Bahagian 2: Nas-nas Hadith)

0

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.8 Kajian Nas Seputar Ya’juj dan Ma’juj (النصوص الواردة في يأجوج ومأجوج)(Bahagian 2.0 — Nas-nas Hadith)

2.1 Hadith Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy رضي الله عنها

عن أم المؤمنين أم الحكم زينب بنت جحش رضي الله عنها: أن النبي ﷺ دخل عليها فزعا، يقول: لا إله إلا الله، ويل للعرب من شر قد اقترب، فتح اليوم من ردم يأجوج ومأجوج مثل هذه، وحلق بأصبعيه الإبهام والتي تليها، فقلت: يا رسول الله، أنهلك وفينا الصالحون؟ قال: نعم، إذا كثر الخبث

Daripada Ummul Hakam Zainab binti Jahsy رضي الله عنها, bahawa Nabi ﷺ masuk ke dalam rumah (Zainab) dalam keadaan cemas dan bersabda, Laa Ilaa Illallah, Celaka bagi bangsa Arab sebab keburukan yang sungguh telah mendekat, hari ini telah dibuka dinding Ya’juj Wa Ma’juj seperti ini. Dan baginda melingkarkan dua jarinya, ibu jari dan telunjuk. Zainab binti Jahsy رضي الله عنها bertanya kepada Nabi ﷺ: ”Apakah kami akan hancur sementara ada orang-orang soleh di antara kami?” Baginda menjawab pertanyaan dengan sabdanya:

نعم إذا كثر الخبث

“Ia, kalian akan hancur walau pun ada orang soleh di antara kalian apabila maksiat telah berlaku di merata tempat”.

(HR: Bukhari No. 3598 dan Muslim No. 2880 atau No. 7235)

Fiqh hadith:

💬 Ibn Asyur dan Ibn Kathir menyatakan bahawa ia telah berlaku dengan kedatangan bangsa Mongol dan Tartar yang menakluk Baghdad pada tahun 660H. (Ibn Asyur, at Tahrir wa Tanwir, 16:33; Ibn Kathir, Tafsir al Adziem, 5:376)

💬 Manakala ahli hadith seperti Ibn Hajar رحمه الله, (al Fath, 13:107, Azim Abadi, Aun al Ma’abud, 9:1049 menyatakan Ya’juj dan Ma’juj adalah era kedatangan semula Isa bin Maryam عليه السلام.

💬 Fatwa Islam.web (fatwa.islamweb.net) bahawa keluarnya Ya’juj Wa Ma’juj yang merupakan tanda kiamat besar belum lagi terjadi:

وخروجهم الذي يكون من أشراط الساعة لم يأت بعد

“Dan keluarnya mereka (Ya’juj Ma’juj) – yang menjadi bagian dari tanda hari kiamat – belum datang”

 

2.2 Hadith Abu Sa’id al Khudry رضي الله عنه

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : يَا آدَمُ فَيَقُولُ : لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ ، قَالَ يَقُولُ : أَخْرِجْ بَعْثَ النَّارِ قَالَ : وَمَا بَعْثُ النَّارِ قَالَ : مِنْ كُلِّ أَلْفٍ تِسْعَمِائَةٍ وَتِسْعَةً وَتِسْعِينَ قَالَ : فَذَاكَ حِينَ يَشِيبُ الصَّغِيرُ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ قَالَ : فَاشْتَدَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّنَا ذَلِكَ الرَّجُلُ ؟ فَقَالَ : أَبْشِرُوا فَإِنَّ مِنْ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ أَلْفًا ، وَمِنْكُمْ رَجُلٌ قَالَ : ثُمَّ قَالَ : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، إِنِّي لَأَطْمَعُ أَنْ تَكُونُوا رُبُعَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَحَمِدْنَا اللَّهَ وَكَبَّرْنَا . ثُمَّ قَالَ : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، إِنِّي لَأَطْمَعُ أَنْ تَكُونُوا ثُلُثَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَحَمِدْنَا اللَّهَ وَكَبَّرْنَا . ثُمَّ قَالَ : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، إِنِّي لَأَطْمَعُ أَنْ تَكُونُوا شَطْرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، إِنَّ مَثَلَكُمْ فِي الْأُمَمِ كَمَثَلِ الشَّعْرَةِ الْبَيْضَاءِ فِي جِلْدِ الثَّوْرِ الْأَسْوَدِ ، أَوْ كَالرَّقْمَةِ فِي ذِرَاعِ الْحِمَارِ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ح ، وَحَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، كِلَاهُمَا عَنِ الْأَعْمَشِ بِهَذَا الْإِسْنَادِ غَيْرَ أَنَّهُمَا قَالَا : مَا أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ فِي النَّاسِ إِلَّا كَالشَّعْرَةِ الْبَيْضَاءِ فِي الثَّوْرِ الْأَسْوَدِ أَوْ كَالشَّعْرَةِ السَّوْدَاءِ فِي الثَّوْرِ الْأَبْيَضِ وَلَمْ يَذْكُرَا أَوِ الرَّقْمَةِ فِي ذِرَاعِ الْحِمَارِ (صحيح مسلم كِتَابُ الْإِيمَانَ ,حديث رقم 359)

Daripada Abu Sa’id al Khudry رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda, “Allah AWJ berfirman, “Wahai Adam!” Lalu Adam عليه السلام pun menjawab, ‘Ya, Tuhanku aku datang memenuhi panggilan-Mu dengan senang hati dan segala kebaikan berada di tangan-Mu’. Allah ‎ﷻ berfirman, ‘Bangkitkanlah satu kumpulan dan masuk Neraka!” Adam bertanya, ‘Kumpulan mana?’ Allah ‎ﷻ berfirman, ‘Dari setiap seribu, sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang (masuk neraka)’. Di saat itu juga kanak-kanak kecil tiba-tiba berubah menjadi tua beruban, ketika setiap wanita yang mengandung, mengalami keguguran dan ketika kamu lihat manusia sedang mabuk (kegoncangan di hari kiamat) padahal mereka tidak mabuk, akan tetapi seksaan Allah ‎ﷻ itu amat keras ke atas mereka’”.
Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, kedudukan orang yang selamat tu bagaimana? Baginda menjawab, ‘Bergembiralah, kerana (nisbah) 1,000 daripada golongan Ya’juj dan Ma’juj, satu daripada kamu. Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman-Nya, sesungguhnya aku ingin sekali jika kamu semua menjadi 1/4 daripada penghuni Syurga’. Mendengar kata-kata baginda itu, kami segera bertahmid dan bertakbir. Lalu baginda bersabda, ‘Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman-Nya, sesungguhnya aku ingin sekali jika kamu semua menjadi 1/3 daripada penghuni Syurga’”. Mendengar kata-kata baginda itu kami semakin kuat bertahmid dan bertakbir. Lalu sekali lagi baginda bersabda, ‘Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman-Nya, sesungguhnya aku ingin sekali jika kamu semua menjadi 1/2 daripada penghuni Syurga. Sesungguhnya kamu jika diibaratkan dengan kaum-kaum lain seperti sehelai bulu berwarna putih pada kulit seekor lembu yang berwarna hitam, atau seperti segaris belang pada kaki seekor keldai’”.

(HR Muslim No. 359)

Fiqh hadith:

💬 Sukarnya probabiliti untuk memasuki syurga iaitu 1 dalam 1,000.

💬 Ramainya golongan Ya’juj dan Ma’juj, nisbahnya 1 umat Islam: 1,000 Ya’juj dan Ma’juj.

💬 Alokasi slot untuk syurga, Nabi ﷺ berharap kuotanya mungkin 1/4, atau 1/3, atau 1/2.

💬 Sedikitnya bilangan umat Islam, Nabi ﷺ buat perumpamaan seperti sehelai bulu putih pada seekor lembu berwarna hitam, bagaikan 1 dalam sejuta.

 

2.3 Hadith Nawwas bin Sam’an رضي الله عنه

Daripada al-Nawwas bin Sam’an رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ telah bersabda:

وَيَبْعَثُ اللهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ، فَيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ عَلَى بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ فَيَشْرَبُونَ مَا فِيهَا، وَيَمُرُّ آخِرُهُمْ فَيَقُولُونَ: لَقَدْ كَانَ بِهَذِهِ مَرَّةً مَاءٌ

Allah ‎ﷻ akan mengutuskan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka akan datang dari segala penjuru dengan begitu cepat. Mereka akan melalui Tasik Tabariah dan akan meminum apa yang ada di dalamnya (sehingga kering) sehinggakan yang terakhir dalam kalangan mereka berkata: Tadi ada air di tasik ini.”

(Riwayat Muslim (2937))

وبحيرة طبرية : تسمى أحيانا بحر الجليل أو بحيرة الجليل بحيرة صغيرة .تقع :في شمالي فلسطين المحتلة,يصب فيها نهر الأردن ,ويخرج منها مستمرا في جريانه وسط غور الأردن ,ويخرج منها مستمرا في جريانه وسط غور الأردن.حجمها: يبلغ طول بحيرة طبرية 23كم,وأوسع عرض فيها 13كم, ولا يزيد عمقها على 44م,وتنخفض عن مستوى البحر ب210م.

Tasik Tabariah juga dikenali dengan Bahrul Jalil (laut mulia) atau Buhairatul Jalil (Tasik Mulia) atau Tasik Tiberias (dalam Hebrew), di Utara Palestine, mengalir hingga ke Sungai Jordan hingga ke tengah Lembah Jordan. Panjang tasik adalah 23KM dan lebar 13KM, kedalaman mencecah 43 meter dan berada pada 210M bawah paras laut.

Kedudukan tasik Tabariah (Tiberias) berdekatan Bukit Golan

Fiqh Hadith Nawwas:

Imam Mulla Ali al-Qari (w. 1014H, ulama’ bermanhaj salaf kelahiran India) ketika mensyarahkan hadith mengatakan bahawa Ya’juj dan Ma’juj akan meminum air daripada Tasik Tabariyah ini sehingga yang terakhir atau salah seorang daripada mereka akan berkata bahawa dahulunya tasik atau tempat ini mempunyai air yang banyak. (Lihat: Mirqah al-Mafatih, 8/3463)

Betapa ramainya puak Ya’juj dan Ma’juj hingga mereka menggunakan sumber air Tasik Tabariah yang begitu besar sampai kering.

 

2.4 Hadith Nawwas bin Sam’an رضي الله عنه (sambungan)

ثُمَّ يَسِيرُونَ حَتَّى يَنْتَهُوا إِلَى جَبَلِ الْخَمَرِ ، وَهُوَ جَبَلُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ ، فَيَقُولُونَ : لَقَدْ قَتَلْنَا مَنْ فِي الْأَرْضِ هَلُمَّ فَلْنَقْتُلْ مَنْ فِي السَّمَاءِ ، فَيَرْمُونَ بِنُشَّابِهِمْ إِلَى السَّمَاءِ ، فَيَرُدُّ اللَّهُ عَلَيْهِمْ نُشَّابَهُمْ مَخْضُوبَةً دَمًا وَفِي رِوَايَةِ ابْنِ حُجْرٍ : فَإِنِّي قَدْ أَنْزَلْتُ عِبَادًا لِي ، لَا يَدَيْ لِأَحَدٍ بِقِتَالِهِمْ

Kemudian mereka (Ya’juj dan Ma’juj) berjalan sehingga mereka sampai ke gunung Al-Khamr, iaitu gunung Baitul Maqdis, lalu mereka berkata, “Kita telah membunuh orang-orang yang ada di bumi, marilah kita bunuh makhluk yang ada di langit.’ Lalu mereka melemparkan anak panah mereka ke langit, lalu Allah ‎ﷻ mengembalikan panah-panah mereka yang telah dilumuri darah.”

(HR Muslim 5361)

Fiqh Hadith
Menurut Imam Nawawi ketika mensyarah hadith ini, ia menunjukkan kesombongan Ya’juj dan Ma’juj, mereka telah membunuh kebanyakan penduduk bumi dan akhirnya dengan penuh kesombongan ingin membunuh semua penduduk langit (malaikat), lalu mereka melepaskan anak anak panah mereka ke langit dan Allah ‎ﷻ dengan kekuasaan-Nya telah menurunkan semua panah-panah mereka dengan berlumuran darah. Ini hanya tipudaya Allah ‎ﷻ ke atas mereka sebelum mereka terbunuh dengan bala Allah ‎ﷻ.

 

2.5 Hadith Ibn Mas’ud رضي الله عنه, sahih

وعن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال : لما كان ليلة أُسرى برسول الله صلى الله عليه وسلم لقى إبراهيم وموسى وعيسى عليهم السلام (إلى أن قال) فردوا الحديث إلى عيسى (فذكر هلاك يأجوج ومأجوج فقال : «فيستقبلهم يأجوج ومأجوج، وهم من كل حدب ينسلون لا يمرون بماء إلا شربوه، ولا بشيء إلا أفسدوه، يجأرون إليّ فأدعو الله، فيميتهم فتجوى الأرض من ريحهم، فيجأرون إليّ، فأدعو الله، فيرسل السماء بالماء، فيحملهم فيقذف بأجسامهم في البحر» (مستدرك الحاكم)

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata, “Ketika malam diisra’kannya Rasulullah ﷺ, baginda berjumpa dengan Ibrahim, Musa, dan ‘Isa (semuanya عليهم السلام), lalu mereka membicarakan tentang Kiamat… hingga baginda bersabda, ‘Maka mereka mengembalikan pembicaraan kepada ‘Isa.’ (Lalu baginda (‘Isa) menyebutkan terbunuhnya Dajjal, kemudian berkata,) ‘Selanjutnya manusia kembali ke negeri-negeri mereka, lalu dihalang oleh Ya’juj dan Ma’juj yang datang dengan cepat dari setiap tempat yang tinggi, mereka tidak akan melewati air kecuali meminumnya, tidak juga melewati sesuatu kecuali menghancurkannya, kemudian mereka (para Sahabat ‘Isa) meminta pertolongan kepadaku, lalu aku berdo’a kepada Allah ‎ﷻ maka Allah ‎ﷻ membinasakan mereka. Selanjutnya bumi menjadi berbau busuk kerana bangkai mereka, kemudian mereka (para Sahabat ‘Isa) memohon kepadaku, lalu aku berdo’a kepada Allah ‎ﷻ, akhirnya Allah‎ ﷻ mengirimkan hujan dari langit yang membawa dan melemparkan jasad-jasad mereka ke lautan.”

(HR al Haakim dalam al Mustadrak)

Tahqiq:

أخرجه الحاكم في المستدرك (4)(488-489) وقال:صحيح الإسناد ولم يخرجاه ووافقه الذهبي في تلخيصه وأخرجه الإمام أحمد في
المسند(4)(189-190) تحقيق أحمد شاكر وقال إسناده صحيح
الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 816 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

HR Al hakim al Mustadrak, 4:488; beliau menilainya sahih dipersetujui oleh Az Zahabi, HR Ahmad, Musnad, 4:189; dinilai sahih oleh Az Zahabi; manakala Al Albani mendhaifkannya.

 

2.6 Hadith Huzaifah رضي الله عنه (dhaif)

ومنها أن حذيفة بن اليمان – رضي الله عنه – سأل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن “يأجوج” و”مأجوج” فقال له: ( يأجوج أمة ومأجوج أمة، كل أمة أربعمائة ألف أمة، لا يموت الرجل حتى ينظر إلى ألف ذكر بين يديه من صلبه، كل قد حمل السلاح ) قلت: يا رسول الله: صفهم لنا ؟ قال: ( هم ثلاثة أصناف: فصنف منهم أمثال الأرز . قلت: وما الأرز ؟ قال: شجر بالشام طول الشجرة عشرون ومائة ذراع في السماء، هؤلاء الذين لا يقوم لهم خيل ولا حديد، وصنف منهم يفترش بأذنه ويلتحف بالأخرى، لا يمرون بفيل ولا وحش ولا جمل ولا خنزير إلا أكلوه، ومن مات منهم أكلوه، مقدمتهم بالشام، وساقتهم بخراسان، يشربون أنهار المشرق وبحيرة طبرية )

قال الهيتمي : رواه الطبراني في الأوسط، وفيه يحيى بن سعيد العطار وهو ضعيف، وحكم عليه ابن عدي في الكامل بالوضع والنكارة .

Huzaifah رضي الله عنه pernah mengajukan soalan kepada Rasulullah ﷺ perihal Ya’juj dan Ma’juj. Baginda bersabda, “Ya’juj satu umat, Ma’juj satu umat juga, setiap umat ialah 400,000 umat lagi, satu yang mati, akan menghasilkan 1,000 lelaki daripada zuriatnya dan membawa senjata lengkap.”

Aku (Huzaifah) bertanya, “Apakah sifat-sifat mereka?” Jawab Nabi ﷺ, mereka menjadi 3 asnaf (tiga kelompok), setiap golongan seperti pokok cedar (pokok pine, lambang pokok dalam bendera Lubnan). “

Aku bertanya, “Apakah pokok cedar itu?” Baginda menjawab, “Sejenis pokok di Syria, ketinggian mencecah 120 hasta, ia pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang ciri-ciri Ya’juj dan Ma’juj. Rasulullah ﷺ menjawab, “Mereka terdiri daripada tiga kelompok. Salah satunya seperti pohon cedar.” Hudzaifah bertanya, “Apakah pohon cedar itu?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Sejenis pohon di Syam yang tingginya mencapai 120 hasta (180 kaki). Kelompok inilah yang tidak dapat dikalahkan oleh segala muslihat mahupun segala bentuk kekerasan. Sedangkan kelompok berikutnya memiliki sepasang telinga lebar, yang salah satunya dapat dijadikan alas tidur dan satu lagi dijadikan selimut. Setiap kali bertemu gajah, binatang buas, unta, hingga babi, mereka pasti memakannya. Bahkan mereka juga memakan siapa saja yang mati daripada kelompok mereka sendiri (cannibals). Barisan terhadapan mereka berada di Syam, dan barisan paling belakang mereka berada di Khurasan. Mereka akan meminum air sungai di Timur dan Danau Tiberias.’”

(HR At Tabrani dalam Al Awsat dinilai dhaif oleh Al Haithami kerana perawi dhaif, Yahya bin Said Al Athar).

La Tahzan 214: Keabadian dan kesenangan itu di sana bukan di sini (الخُلدُ والنعيمُ هناك لا هُنا)

0

🌱🌱🌱🌱

La Tahzan 214-1: Keabadian dan kesenangan itu di sana bukan di sini (الخُلدُ والنعيمُ هناك لا هُنا)

Kesenangan yang abadi ada di akhirat bukan di dunia ini.

هلْ تريدُ أن تبقى شابّاً مُعافىً غنيّاً مخلَّداً ؟ إنْ كنت تريدُ ذلك فإنهُ ليس في الدنيا ، بلْ هناك في الآخرةِ ، إنَّ هذهِ الحياة الدنيا كَنَبَ اللهُ عليها الشقاء والفناء ، وسمَّاها لهواً ولعِباً ومتاع الغرورِ

Apakah anda teringin agar selalu awet muda, sihat, kaya, dan tidak mati (immortal)? Apa yang anda hajatkan itu sebenarnya bukan di dunia melainkan nun di akhirat sana. Skrip kehidupan dunia Allah ‎ﷻ telah tetapkan sebagai tempat penderitaan dan kefanaan (kemusnahan). Allah ‎ﷻ menyifatkan dunia dengan tempat mainan, senda gurau dan penuh tipudaya.

🌱🌱🌱🌱

La Tahzan 214-2: Keabadian dan kesenangan itu di sana bukan di sini (الخُلدُ والنعيمُ هناك لا هُنا)

Jika kita tidak dapat apa yang diimpikan di dunia, La tahzan (Kisah seorang penyair Turki) * yang tidak dinyatakan biodatanya

عاش أحدُ الشعراءِ معدماً مُفِلساً ، وهو في عنفوان شبابِهِ ، يريدُ درهماً فلا يجدُهُ ، يريدُ زوجةً فلا يحصُلُ عليها ، فلمَّا كبرتْ سِنُّ وشاب رأسُه ، ورقَّ عَظْمُهُ ، جاءهُ المالُ منْ كلِّ مكانٍ ، وسهُلَ أمرُ زواجهِ وسكنِه ، فتأوَّه منْ هذه المتَادّاتِ وأنشد

Ada seorang penyair ulung tetapi dia muflis, pernah berusaha keras, namun tidak berjaya, pernah berusaha berkahwin, namun gagal, hinggalah usianya menjadi lanjut, warga emas, ketika itu barulah harta datang mencurah, mudahnya beristeri kalau dia mahu dan memiliki rumah yang baik…lantas dia melantun sebuah syair

ما كنتُ أرجوهُ إذ كنتُ ابن عشرينا مُلِّكْتُهُ بعد ما جاوزتُ سبعينا
تطُوفُ بي منْ بناتِ التُّركِ أغْزِلةٌ مِثلُ الظِّباءِ على كُثبانِ يبرينا
قالوا أنينُك طول الليلِ يُسْهِرُنا فما الذي تشتكي قلتُ الثمانينا

🎵 Apa yang aku impikan ketika usia 20’an akhirnya baru tercapai pada usia 70’an
Kini aku dikelilingi gadis-gadis Turki yang cantik, bermata tajam dan menggodaku
(Gadis-gadis) itu mengeluh, “Rintihan tuanhamba sepanjang malam membuatkan kami tidak lena tidur,
apa yang tuan rasakan?”
(jawab penyair), “Aku merintih kerana usiaku sudah menjengah 80’an”

La tahzan, firman Allah ‎ﷻ

وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.

[Al Ankabut: 64]

إنَّ مَثَلَ هذهِ الحياةِ الدنيا كمسافرٍ استظلَّ تحت ظلِّ شجرةٍ ثم ذهب وتركها

Perumpamaan kehidupan ini umpama seorang musafir yang sedang berehat sejenak di bawah naungan sebatang pokok (di padang pasir), kemudian dia pergi dan meninggalkan pepohon tersebut…

Soal Jawab Fiqh Wanita: TIADA RUKHSAH WANITA MUSAFIR TANPA MAHRAM

2

Merujuk kepada kitab Imam Nawawi yang mensyarahkan di dalam Kitab Riyadus Salihin iaitu Nabi ﷺ menegah dan melarang wanita melaksanakan salat Jama’ dan Qasar ketika bermusafir tanpa mahram.

Sebaliknya, jika seorang perempuan itu ingin juga bermusafir tanpa ditemani mahramnya maka hendaklah dia salat secara TAMAM (Sempurna).

Yang telah lepas kita bertaubat kepada Allah ‎ﷻ dan ingat pintu taubat Allah ‎ﷻ itu luas.

~ Kalam Sheikhuna Ustaz Hassan Basri ~

🔴 Adakah sahih pernyataan di atas?

Benar.

Apabila haram musafir, maka tidak boleh diambil rukhsah kerana itu memang merupakan qaul mazhab Syafi’iy. Salat musafir hanya untuk perjalanan yang halal sahaja.

Soal Jawab Fiqh Wanita: PERLUKAH CINTA DALAM PERKAHWINAN

0

🔴 Apakah akan terjadi jika menikah tanpa rasa cinta?

Akan berlaku seperti perkahwinan Asiah dengan Firaun.

🔴 Adakah maksudnya tidak bahagia? Jadi menikah memang memerlukan rasa cinta?

Ya, tidak bahagia sebab apabila Fir’aun telah memilih mana-mana wanita itu untuk menjadi isterinya, maka wanita itu tidak boleh menolaknya.

Menikah perlu ada rasa cinta, dalilnya;

Dan di antara tanda-tanda (Kekuasaan-Nya) ialah bahawa Dia menciptakan jodoh untuk kamu daripada diri kamu(bangsa kamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia (Allah) mewujudkan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang memikirkan.” [Surah Rum 30: 21]

Namun wanita mempunyai dua pilihan:
1. Cinta
2. Jaminan kehidupan, asalkan dia mendapat kemewahan dan jaminan masa depan

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH lebih mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”. [Surah Baqarah: 216].

Maksudnya, walaupun dia tidak menyintai suaminya, tetapi disebabkan kekayaan suaminya, dia mendapat kemewahan dan kenikmatan keduniaan.

Ramai wanita-wanita cantik berkahwin dengan jutawan yang sudah tua kerana wanita tersebut tidak kisahkan cinta; faktor kewangan lebih diutamakan.

Kalau kita tonton filem hindustan, wanita mengutamakan cinta dan jejaka miskin yang kacak.

Kalau dalam drama Melayu, atau filem Cina pula, mereka mengutamakan lelaki yang kaya.

Wanita Arab pula mengutamakan lelaki Arab yang kaya. Tidak kisah jika dia menjadi isteri yang keempat. Apa yang penting, dia mendapat rumah, kereta, pembantu rumah dan pemandu peribadi.

🔴 Maksudnya, ikut citarasa masing-masing?

Ya, cinta atau duit. Yang terbaik, dapat cinta dan kekayaan.

🔴 Bagaimana pula kalau tidak cintakan sesiapa dan tidak kahwin?

Boleh sahaja sebagaimana berlaku kepada para ulama’ tersohor seperti Ibn Taymiyah, Imam Nawawi, Rabiah Adawiyah. Mereka terlalu sibuk dengan ilmu dan ibadat.

🔴 Adakah perbuatan tidak menikah begini tidak termasuk dalam hadith Nabi ﷺ yang tidak mengaku umat jika tidak bernikah?

Hadith tersebut untuk mereka yang bencikan perkahwinan.

Terdapat 5 hukum untuk kahwin: wajib, haram, sunat, makruh, harus.

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 7/2020

0

Strok 

Soalan 1:

Adakah terdapat sebarang simptom sebelum serangan strok?

Jawapan:

Tiada simptom.  Pemeriksaan tekanan darah secara berkala adalah sangat penting untuk mengelakkan serangan secara tiba-tiba.

[Sebanyak 80% daripada kes strok boleh dicegah. Anda perlu mengambil peduli tentang tanda-tanda strok walaupun tanda-tanda tersebut hilang selepas beberapa jam. Orang yang mengalami simptom-simptom FAST (iaitu serangan iskemia transien – transient ischaemic attack [TIA]) perlu segera membuat pemeriksaan di hospital walaupun simptom tersebut hilang selepas beberapa ketika. TIA ialah petanda bahawa mereka mungkin akan mengalami strok penuh pada masa yang akan datang.]

https://www.myhealthmylife.com.my/ms/tekanan-darah-tinggi/tekanan-darah-tinggi-dan-strok

 

Kencing Manis dan Kolesterol

Soalan 2:

Merujuk pada gambar di sebelah, adakah kandungan pemanis rendah indeks glisemik (GI) tersebut selamat untuk pesakit diabetes?

Jawapan:

Oligofructose merupakan pemanis seperti gula tetapi ia lebih manis daripada gula yang kita guna, jadi penggunaannya hanya sedikit sahaja namun, selain daripada itu, susu ini juga mengandungi lemak yang tidak baik untuk pesakit kencing manis.

Soalan 3:

Boleh berikan rujukkan paras gula yang tidak berbahaya kalau diambil setiap hari?

Jawapan:

Tiada rujukan khusus.

Gula sebenarnya tidak merbahaya jika diambil dengan kuantiti yang kecil bagi bukan pesakit kencing manis.

Soalan 4:

Berapakah kuantiti gula sehari yang sesuai untuk orang yang sihat dan tiada penyakit kena kencing manis?

Jawapan:

Jika ada keluarga terdekat yang mengidap kencing manis tidak perlulah ambil gula, jika tiada penyakit cukup sekadar pengambilan 2 atau 3 sudu teh sehari.  Makanan yang kita makan juga sebahagian besarnya mengandungi karbohidrat yang hasil akhirnya juga gula (glukos).

Soalan 5:

Adakah kolesterol juga termasuk faktor genetik? Apakah contoh makanan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol?

Jawapan:

Mungkin ada faktor genetik dan mungkin juga tiada.  Perlu elakkan makanan berlemak dan berminyak supaya tahap kolesterol berada di paras normal.

Soalan 6:

Benarkah pesakit kencing manis tidak boleh minum air manis?

Jawapan:

Pesakit kencing manis tidak boleh ambil ‘simple sugar’ (gula ringkas), sama ada air manis atau kuih yang manis kerana penyerapannya sangat cepat sehingga insulin yang ada dalam sistem tidak dapat mengendalikannya.  Sepatutnya setiap pesakit kencing manis ada Glukometer untuk mengawal paras gula dalam darah supaya memudahkan beliau untuk menentukan pengambilan tahap pemakanan.

[Makanan dan minuman berasaskan gula sememangnya sedap sehinggakan sesi makan bagaikan tidak lengkap jika tidak diakhiri dengan pencuci mulut. Masyarakat Melayu juga amat terkenal dengan kuih-muih tradisi yang kebanyakannya mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti sagu gula melaka, pengat, kuih lopes dan juga pencuci mulut seperti air batu campur dan ais kepal. Kebiasaan ini menjadikan kita alpa atau memandang remeh tentang kadar pengambilan gula dalam kehidupan seharian.  Penggunaan gula perlu dikurangkan bukan sahaja untuk mengelakkan penyakit kencing manis malah penyakit-penyakit lain yang lebih merbahaya.  Berikut adalah cadangan 7 Langkah bijak untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan:

  • Kurangkan pengambilan nasi.
  • Berhenti minum air berkarbonat
  • Membaca label makanan dan beri perhatian pada ‘high fructose corn syrup’ (sirap jagung tinggi fruktosa).
  • Bertukar kepada makanan gantian seperti nasi putih kepada beras perang.
  • ‘Mengosongkan’ minuman yang dipesan di gerai.
  • Lebihkan pengambilan buah-buahan.
  • Ubahsuai resepi jika perlu seperti mengurangkan jumlah gula dalam kek atu manisan.]

https://www.aia.com.my/ms/what-matters/health-wellness/gula-dan-anda-7-langkah-bijak-untuk-mengurangkan-penggunaan-gula-dalam-makanan.html

 

BAB 16: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Baca Ayat Al-Qur’an Atau Zikir Tertentu Semasa Mengiringi Jenazah Ke Kubur

0

Antara amalan kebiasaan masyarakat nusantara ialah membaca ayat-ayat Al-Qur’an atau zikir-zikir tertentu semasa mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Adakah dalil yang menyokong amalan ini? Ayuh kita lihat apa kata para ulama’ berkenaan isu ini.

 

Situasi 1: Membaca al-Fatihah di setiap langkah semasa mengiringi jenazah ke tanah perkuburan

Syeikh Nashiruddin al-Albani رحمه الله telah menulis di dalam kitabnya:

ويلحق بذلك رفع الصوت بالذكر أمام الجنازة ،لانه بدعة ، ولقول قيس ابن عباد : ” كان أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم يكرهون رفع الصوت عند الجنائز ” . أخرجه البيهقي ( 4 / 74 ) بسند رجاله ثقات.ولان فيه تشبها بالنصارى فإنهم يرفعون أصواتهم بشئ من أنا جيلهم وأذكارهم مع التمطيط والتلحين والتحزين[1]

وأقبح من ذلك تشييعها بالعزف على الالات الموسيقية أما مها عزفا حزينا كما يفعل في بعض البلاد الاسلامية تقليدا للكفار . والله المستعان

“Termasuklah perkara yang dilarang ialah menguatkan suara dengan zikir ketika di hadapan jenazah, kerana sesungguhnya ia adalah bid’ah, dan telah berkata Qais Ibn Abbad : (Para sahabat Nabimembenci menguatkan atau mengeraskan suara di sisi jenazah). Hadith dikeluarkan oleh al-Baihaqi (4/74), dengan sanad rijal yang thiqah. Kerana sesungguhnya ini adalah meniru-niru budaya orang Kristian, pada masa membaca bible mereka menyanyikan dengan suara yang sedih melambangkan kesedihan mereka (Lihat al-Azkar ms. 203). Dan yang sangat buruk apabila meniru kebiasaan mereka dengan mainan alat-alat muzik berirama yang melambangkan kesedihan, sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa negara Islam kerana meniru orang kafir. Demi Allah memohon segala perlindungan”.

(Ahkam al-Janaaiz, ms. 92)

 

Situasi 2: Membaca zikir tertentu ketika mengiringi jenazah ke tanah perkuburan

Berkata Imam Nawawi رحمه الله:

واعلم أن الصوابَ المختارَ ما كان عليه السلفُ رضي اللّه عنهم السكوتُ ‏ في حال السير مع الجنازة فلا يُرفع صوتٌ بقراءة ولا ذكر ولا غير ذلك، والحكمة فيه ظاهرة وهي أنه أسكنُ لخاطره وأجمعُ لفكره فيما يتعلق بالجنازة وهو المطلوبُ في هذا الحال، فهذا هو الحقّ، ولا تغترّنّ بكثرة من يُخالفه، فقد قال أبو عليّ الفُضيل بن عِياض رضي اللّه عنه ما معناه‏:‏ الزمْ طرقَ الهدَى، ولا يضرُّكَ قلّةُ السالكين، وإياك وطرقَ الضلالة، ولا تغترَّ بكثرة الهالكين‏.‏

“Ketahuilah bahawa yang benar dan menjadi pilihan adalah apa yang dilakukan oleh para salaf iaitu mereka diam (tenang) ketika mengiringi jenazah, dan tidak meninggikan suara dengan membaca, berzikir dan sebagainya, dan hikmahnya jelas kelihatan, iaitu agar kita merenung dan menghayati makna kematian, dan itulah yang dituntut didalam hal ini. Dan ini adalah yang benar, dan janganlah terpengaruh dengan kebanyakan orang yang menyalahinya. Telah berkata Abu Ali Al-Fudhail bin ‘Iyad رضي الله عنه iaitu: Tetapkanlah dengan jalan hidayah, janganlah merasa sedih kerana sedikit orang mengikutinya, dan berhati-hati dengan jalan kesesatan, dan janganlah terpengaruh dengan kebanyakan orang yang tergelincir”.

(Kitab al-Azkar, ms. 145, Bab: بابُ ما يقولُه الماشي مع الجَنَازة )

 

Persoalannya, jika anda adalah pengikut mazhab Syafi’iy kenapa amalan kalian tidak seiring dengan fatwa Imam Nawawi?

Fatwa Arab Saudi mengenai membaca sebarang zikir ketika mengiringi jenazah:

هذا منكر لا أصل له في الشرع المطهر ، وإنما المشروع عند اتباع الجنائز تذكر الآخرة والموت والدعاء للميت بالمغفرة والرحمة من دون رفع الأصوات ، وقد قال قيس بن عباد التابعي الجليل رحمه الله : كان أصحاب رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يكرهون الصوت عند ثلاث : عند الجنازة وعند الذكر ، وعند القتال

“Ini merupakan satu perkara yang mungkar yang tidak ada asalnya didalam syara’ yang suci. Adalah disyara’kan ketika mengiringi jenazah agar mengingati hari Akhirat dan mengingati mati, dan berdoa agar Allahmengampunkan dan merahmatkan mayat, tanpa menaikkan suara. Qais ibn Abbad, seorang tabi’in besar berkata, “Para sahabat membenci suara-suara di dalam tiga keadaan: ketika kematian, ketika berzikir dan ketika berperang”.

(Majallat al-Buhooth al-Islamiyyah, 68/36)

 

Syarah: 

Untuk melihat cara-cara mengiringi jenazah di Madinah, sebaik sahaja selepas salat Asar, segera bergegas ke kubah hijau. Dan sebaik sahaja pintu dibuka, belakang kubah hijau akan keluar beberapa keranda. Maka anda ikut keranda tersebut dan kita akan dapati tiada orang yang berzikir atau membaca Al-Quran ketika membawa jenazah ke kubur Ma’ala al-Gharqad.

Allahu a’lam.

La Tahzan 213: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

0

👑👑👑👑

La Tahzan 213-1: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

مطلوبٌ من العبدِ لكيْ يكسب السعادة والأمن والراحة ، أن يُبادر إلى الفضائل ، وأنْ يُسارع إلى الصفاتِ الحميدةِ والأفعالِ الجميلةِ (( احرصْ على ما ينفعُك واستعِنْ باللهِ )

Untuk meraih kebahagiaan, rasa aman dan ketenangan, maka setiap hamba dituntut untuk melakukan fadhail amal (amal-amal yang berfadilat), memiliki sifat-sifat mulia dan melakukan tindakan yang baik-baik. Seperti dalam hadith:

( احرصْ على ما ينفعُك واستعِنْ باللهِ )

Kerjakanlah apa yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah ‎ﷻ.

Takhrij: (HR Muslim no 2664 dari sanad Abu Hurairah).
رواه مسلم (2664).

👑👑👑👑

La Tahzan 213-2: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

أحدُ الصحابةِ يسألُ الرسول – صلى الله عليه وسلم – مرافقَتَهُ في الجنةِ فيقول : (( أعِنِّي على نفسِك بكثْرةِ السجودِ ، فإنَّك لا تسجُدُ للهِ سجدةً ، إلاَّ رَفَعَك بها درجة ))

Pernah seorang sahabat bertanyakan cara agar di syurga kelak, beliau dapat menjadi teman Rasulullah ﷺ di sana. Maka Rasulullah ﷺ memberi solusi: Hadith Tsauban, maula Rasulullah ﷺ yang bertanyakan baginda, maka baginda menjawab:

عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ لِلَّهِ ، فَإِنَّكَ لَا تَسْجُدُ لِلَّهِ سَجْدَةً إِلَّا رَفَعَكَ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً ، وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً ) رواه مسلم في ” صحيحه ” (488).

Hendaklah kamu memperbanyak sujud (salat) kepada Allah ‎ﷻ, kerana tidaklah kamu bersujud kepada Allah ‎ﷻ sekali saja, melainkan Allah ‎ﷻ akan mengangkatmu satu darjat.”

(HR Muslim 488)

والآخرُ يسألُ عنْ بابٍ جامعٍ من الخيرِ ، فيقولُ له : (( لا يزالُ لسانُك رطباُ من ذكر اللهِ ))

Manakala sahabat yang lain meminta satu kebaikan (jika dikerjakan) mencakupi seluruh amal. Nabi ﷺ bersabda:
“Selalulah lidahmu basah dengan zikrullah.

(HR Tirmidzi, 3375, disahihkan oleh al Albani, sahih al Jaami’ no 7695)

(أخرجه الترمذي في “سننه”: أبواب الدَّعوات، باب ما جاء في فضل الذكر، برقم (3375)، وصححه الألبانيُّ في “صحيح الجامع”، برقم (7695).)

👑👑👑👑

La Tahzan 213-3: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

وثالثٌ يسألُ فيقولُ له: «لا تسُبَّنَّ أحداً، ولا تضرِبنَّ بيدِك أحداً، وإنْ أحدٌ سبَّك بما يعلمُ فيك فلا تسُبَّنَّه بما تعلمُ فيه، ولا تحقِرنَّ من المعروفِ شيئاً، ولو أنْ تُفْرِغ منْ دَلْوِك في إناءِ المستقي»

Ini adalah di antara kesilapan Dr al Qarni, di mana beliau telah menggabungkan beberapa hadith:

Sahabat bertanyakan Nabi ﷺ amalan-amalan yang berfadilat tinggi yang dapat membawa ke syurga: Nabi ﷺ bersabda: “Dan jangan engkau mencaci seseorang.” Ini terdapat dalam satu hadith:

Daripada Abu Jurayy Jabir ibn Salim al-Hujaymi, Nabi ﷺ bersabda (‏ لاَ تَسُبَّنَّ أَحَدًا) “Jangan engkau mencaci seseorang.” (HR Abu Daud, al Albani, silsilah al sahihah (1109)).

Kemudian, (ولا تضرِبنَّ بيدِك أحداً،) “Jangan engkau menggunakan tangan engkau untuk memukul orang.”

Ini tidak ada dalam kitab hadith. Tidak diketahui dari mana Dr Aidh mendapatkannya.

Kemudian (وإنْ أحدٌ سبَّك بما يعلمُ فيك فلا تسُبَّنَّه بما تعلمُ فيه) “Jika seseorang mencaci kamu dengan info yang dia ada tentang kamu, maka jangan kamu balas mencacinya dengan info yang engkau ada mengenai dirinya.”

Ini juga tidak ada dalam kitab sunan.

Kemudian (وَلا تَحقِرنَّ مِنَ المعروفِ شَيْئاً ) “Jangan sekali-kali engkau meremehkan makruf (kebaikan) walaupun sekecil mana.” (HR Abu Daud, al Albani, silsilah al Sahihah (1109).

Kemudian matan (ولو أنْ تُفْرِغ منْ دَلْوِك في إناءِ المستقي) “Meskipun sekadar engkau menuangkan air dari bejana ke bejana orang yang memerlukan air.”

الراوي : سليم بن جابر الهجيمي | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج صحيح ابن حبان
الصفحة أو الرقم: 521 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Hadith ada terdapat dalam sahih Ibn Hibban, sahih, Arnout, tahqiq sahih Ibn hibban no 521

Maka amalan yang sahih daripada hadith cuma tiga: iaitu amalan yang banyak fadilatnya:
✴️ Jangan mencaci orang
✴️ Jangan meremehkan amalan walaupun kecil
✴️ Amalan menuangkan air kepada orang

▶️ Amalan menuangkan air kepada orang akan anda alami apabila berada di Mekah dan Madinah. Sebaik sahaja anda menunggu giliran untuk meminum air zam-zam, maka ada orang yang membawakannya kepada anda. Jika anda berbuka puasa sunat Isnin Khamis atau menunaikan salat tarawih di Mekah dan Madinah, ada orang yang menghidangkan air buat anda.

👑👑👑👑

La Tahzan 213-4: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

Cepat dan segera dalam mengejar keutamaan

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.

[Ali Imran: 133]

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ

Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik

[Al anbiyaa’: 90]

Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه

بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ فِتَنا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ ( أخرجه مسلم حديث (118) )

Bersegeralah beramal sebelum munculnya fitnah yang datang bagaikan potongan-potongan malam yang gelap.” (HR Muslim No. 118)

Hadith Abdullah bin Abbas رضي الله عنه

اغْتَنِمْ خَمْسًا قبلَ خَمْسٍ :

Raihlah 5 perkara sebelum lima.”

(HR Ibn Abi Dunya, Qashr amal, 111; Al Haakim, 7846 dan Al Baihaqi, Syu’ab, 10248)

الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترغيب
الصفحة أو الرقم: 3355 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
التخريج : أخرجه ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل)) (111)، والحاكم (7846)، والبيهقي في ((شعب الإيمان)) (10248)


  • Lima sebelum lima:
    1. Muda sebelum tua
    2. Sihat sebelum sakit
    3. Kaya sebelum fakir
    4. Lapang sebelum sibuk
    5. Hidup sebelum mati

👑👑👑👑

La Tahzan 213-5: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

Cepat dan segera dalam mengejar keutamaan

عمرُ بنُ الخطابِ بعد أنْ طُعِن وثَجَّ دمُه ، يرى شابّاً يجرُّ إزاره ، فقال له عمرُ : (( يا ابن أخي ، ارْفَعْ إزارك ، فإنهُ أتقى لربِّك ، وأنْقى لثوبك )) . وهذا أمرٌ بالمعروفِ في سكراتِ الموتِ * لِمَن شَاء مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ *

(Khalifah) Umar al Khattab رضي الله عنه, selepas ditikam (oleh Abu Lu’luah, si majusi), di mana darahnya masih mengalir deras, bila beliau melihat seorang pemuda yang melabuhkan jubahnya (isbal), maka beliau menegurnya, “Wahai anak saudaraku (ibnu akhi), angkatlah kainmu, kerana ia lebih taqwa di sisi Tuhanmu dan lebih bersih untuk pakaianmu.”

(HR al Bukhari no 3700 daripada Amru bin Maimun)

Apa yang dilakukan Umar رضي الله عنه termasuk dalam bab melakukan amar makruf pada saat sakaratul maut.

▶️ Maksudnya ketika sakarat pun masih mengejar kebaikan/pahala.

Takhrij
الراوي : عمرو بن ميمون | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 3700

👑👑👑👑

La Tahzan 213-6: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

إنَّ السعادة لا تحصلُ بالنومِ الطويلِ ، والخلودِ إلى الدَّعةِ ، وهَجْرِ المعالي ، واطِّراحِ الفضائلِ

Kebahagiaan tidak dapat diraih dengan tidur yang panjang, pesimis, meninggalkan nilai-nilai tinggi dan mengetepikan keutamaan-keutamaan (agama), sebagaimana Firman Allah ‎ﷻ:

وَلَٰكِنْ كَرِهَ اللَّهُ انْبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ

…. tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka. Dan dikatakan kepada mereka: “Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu.” [At Taubah :46]

👑👑👑👑

La Tahzan 213-7: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

إنَّ منطق أصحابِ الهممِ الدَّنيَّةِ والنفوسِ الهابطةِ يقولُ :

Orang yang menolak kebahagiaan dan keutamaan ialah orang yang bercita-cita rendah dan berjiwa kerdil.

Firman Allah ‎ﷻ:

Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini (* لاَ تَنفِرُواْ فِي الْحَرِّ )

[At Taubah: 81]

Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh (لَوْ كَانُوا عِنْدَنَا مَا مَاتُوا وَمَا قُتِلُوا)
[Ali Imran: 156]

👑👑👑👑

La Tahzan 213-8: Meraih Keutamaan adalah Mahkota Kebahagiaan Hidup (اكتسابُ الفضائل أكاليلٌ على هامِ الحياةِ السعيدةِ)

Tidak boleh bermalasan dan bertangguh dalam mengejar fadhail kehidupan

وقد نهي العبدُ بالوحي عن التَّأخرِ عنْ فِعلِ الخيرِ

Sesungguhnya seorang hamba ditegah daripada melengah-lengahkan waktu untuk melakukan kebaikan.

Firman Allah ‎ﷻ:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?

[At Taubah: 38]

Hadith Anas

اللَّهمَّ إني أعوذُ بك من الكسلِ

Ya Allah, aku berlindung daripada sifat malas

Tahqiq: Matan ini diambil secara spontan, matan yang betul ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ،

Daripada Anas, Nabi ﷺ bersabda, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau daripada lemah dan malas.”

(HR al Bukhari, No. 6363)

Hadith 2: Orang yang cerdik

Daripada Syaddad bin Aus رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:

والكيُسُ منْ دان نفْسه وعمِل لما بعد الموتِ ، والعاجزُ منْ أتْبَعَ نَفْسَه هواها ، وتمنَّى على اللهِ الأماني

Orang yang cerdik ialah siapa saja yang menundukkan hawa nafsunya dan beramal untuk hari setelah kematian (yakni hari akhirat). Sedangkan orang yang bodoh ialah siapa saja yang senantiasa mengikut hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah ‎ﷻ (tetapi tanpa beramal)”.

(HR. at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad, Al-Baihaqi, Ath-Thobroni)

Tahqiq: dha’if

الراوي : شداد بن أوس | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 5319 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف
التخريج : أخرجه الترمذي (2459)، وأحمد (17164)

Muhaddith al Albani, Silsilah Al Dhaifah No 5319, perawi dhaif ialah Abu Bakar bin Abi Maryam. Namun kata al Albani, maksudnya adalah sahih.

La Tahzan 212: Kehebatan yang Sirna (أمجادٌ زائلةٌ)

0

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 212-1: Kehebatan yang Sirna (أمجادٌ زائلةٌ)

إنَّ منْ لوازمِ السعادةِ الحقَّةِ أنْ تكون دائمةً تامَّةً ، فدوامُها أنْ تكون في الدنيا والآخرةِ ، في الغيبِ والشهادةِ ، اليوم وغداً .
وتمامُها أنْ لا يُنغِّصها نكَدٌ ، وأنْ لا يخْدشَ وجهُ محاسِنها بسخطٍ

Kebahagian yang hakiki/abadi lazimnya kekal, tetap bertahan, dari dunia sampai ke akhirat, baik di alam ghaib atau nyata dan hari ini bertahan sampai esok. Kebahagian sempurna yang tidak musnah oleh kesengsaraan dan tidak dicemari oleh kerisauan.


  • sirna bermaksud lenyap, lesap

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 212-2: Kehebatan yang Sirna (أمجادٌ زائلةٌ)

جلس النعمانُ بنُ المنذرِ – ملكُ العراقِ – تحت شجرةٍ متنزَّهاً يشربُ الخَمْرَ فأراد عديُّ بنُ زيد – وكان حكيماً – أنْ يعظه بلفظٍ فقال له : أيُّها الملكُ ، أتدري ماذا تقولُ هذهِ الشَّجرةُ ؟ قال الملكُ : ماذا تقول : قال عديٌّ : تقولُ :

Raja Iraq purba, al Nu’man bin al Munzir* sedang berehat di sebatang pokok sambil meneguk arak. Penyair Herah, Adi bin Zaid** penyair dan seorang yang bijaksana ingin menegur tabiat minum Raja Nu’man. Adi berkata, “Tuanku paduka, tahukah apa yang dikatakan oleh pokok ini?” Raja bertanya, “Apakah yang dikatakan?” Jawab Adi, pokok ini bersyair:

رُبَّ ركبِ قدْ أناخُوا حولنا يمْزُجُون الخمر بالماءِ الزُّلالْ
ثمَّ صاروا لَعِب الدَّهْرُ بهمْ وكذاك الدَّهرُ حالاً بعد حالْ
فتنغصُ النعمانُ ، وترك الخمر ، وبقي متكدِّراً حتى مات

🎵 “Banyak orang mencari kesenangan dengan di sekeliling kita;
dengan mencampur arak dengan air segar;
kemudian waktu mempermainkannya
itulah sifatnya masa,
berubah dari satu wajah ke wajah yang lain pula.”

Mendengar lantunan syair itu, an Nu’man tersentak lantas beliau berhenti meminum arak. Akan tetapi dia hidup terumbang ambing sehinggalah beliau meninggal.


  • al Nu’man al Munzir adalah Raja Iraq yang beragama Kristian semasa di bawah kekuasaan kerajaan Sasanid Farsi. Beliau meninggal tahun 609M (sebelum kelahiran Islam). Kerajaannya berpusat di Herah atau Kufah atau Najaf sekarang di selatan Iraq. (Tarikh Tabary, 5:370)

** Adi bin Zaid, penyair Herah beragama Kristian. m. 587M atau 35 SH (sebelum Hijrah)

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 212-3: Kehebatan yang Sirna (أمجادٌ زائلةٌ)

Kisah-kisah pemimpin dunia yang dicabut keagungannya: Shah Iran

وهذا شاهُ إيران الذي احتفل بمرورِ ألفينِ وخمسمائةِ سنةٍ على قيام الدولةِ الفارسيِّةِ ، وكان يُخطِّطُ لتوسيعِ نفوذِه ، وبسْطِ ملكهِ على بقعةٍ أكبر منْ بلدِهِ ، ثم يُسلب سلطانُه بين عشيَّةٍ وضحاها

Begitu juga kisah Shah Iran*, selepas merayakan ulang tahun ke 2,500 kegemilangan takhta Merak Kerajaan Farsi purbakala. Ketika mana dia bercita-cita meluaskan kerajaan dan pengaruhnya, namun kekuasaan dicabut dalam beberapa ketika sahaja (Revolusi Syiah Imamiah).

Firman Allah ‎ﷻ:

تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ

Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki.

[Ali Imran: 26]

ويطرُدُ منْ قصورِهِ ودُورِهِ ودنياه طرداً ، ويموتُ مشرَّداً بعيداً محرُوماً مفلساً ، لا يبكي عليه أحدٌ

Dia diusir dari istana, villa, dan kenikmatan dunia miliknya, mati jauh dari negaranya (mati di Mesir) dalam keadaan bangkrap, dan terhina, tiada rakyat yang menangisi kematiannya.

Firman Allah ‎ﷻ:

كَمْ تَرَكُوا مِن جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ{25} وَزُرُوعٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ{26} وَنَعْمَةٍ كَانُوا فِيهَا فَاكِهِينَ

Banyak sungguh kebun-kebun dan mata air, mereka tinggalkan,
Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah
Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya

[ad Dukhan 25-27]

IMG_20200812_192910_683


* Shah Iran adalah Muhammad Redza Pahlavi dengan gelaran Shahanshah (raja segala raja) menaiki takhta pada tahun 1967, diguling oleh revolusi Khomeini 1979, meninggal di Kaherah pada tahun 1980 dan dikebumikan di sana.

IMG_20200812_192924_043

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 212-4: Kehebatan yang Sirna (أمجادٌ زائلةٌ)

Kisah-kisah pemimpin dunia yang dicabut keagungannya: Presiden Romania Nicolae Ceaușescu

وكذلك شاوشيسكو رئيسُ رومانيا ، الذي حكم اثنتين وعشرين سنة ، وكان حَرَسُه الخاصُّ سبعين ألفاً ، ثمَّ يحيطُ شعبُه بقصرِهِ ، فيمزِّقونهُ وجنودهُ إرباً إرباً * فَمَا كَانَ لَهُ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ المُنتَصِرِينَ * . لقدْ ذهب ، فلا دنيا ولا آخرة

Juga nasib yang menimpa Presiden Romania, Nicolae Ceaușescu* (berideologi Komunis) memerintah dengan kuku besi selama 25 tahun, dikatakan memiliki 70,000 pegawai unit khas untuk menjaga kepentingannya, akhirnya tumpas dengan revolusi rakyat yang bangkit dan merobek istana, dirinya dan tentera elitnya. Allah ‎ﷻ berfirman:

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِنْ فِئَةٍ يَنْصُرُونَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنْتَصِرِينَ

Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).

[al-Qasas: 81]

Maka dia (Ceaușescu) berkesudahan tanpa meraih dunia mahupun akhirat.


*Nicolae Ceaușescu, m.1989, adalah diktator Komunis Romania yang memerintah Romania dengan kuku besi, merupakan sekutu Kremlin atau Komunis Russia. Beliau ditumbangkan oleh revolusi rakyat tahun 1989 dan dikenakan hukuman bunuh oleh mahkamah tentera Romania.

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 212-5: Kehebatan yang Sirna (أمجادٌ زائلةٌ)

Kisah-kisah pemimpin dunia yang dicabut keagungannya: Ferdinand Marcos

وذاك رئيسُ الفلبينِ ماركوس : جمع الرئاسة والمال ، ولكنَّه أذاق أمَّته أصناف الذُّلّ ، وأسقاها كأس الهوانِ ، فأذاقه اللهُ غُصص التعاسةِ والشقاءِ ، فإذا هو مشرَّدٌ منْ بلادِهِ ومنْ أهلِه وسلطانِه ، لا يملكُ مأوى يأوي إليه ، ويموتُ شقيّاً ، يرفضُ شعبُهُ أن يُدفَنَ في بلدِهِ

Nasib yang menimpa mantan Presiden Filipina pun sama juga, Ferdinand Marcos*, seorang diktator, menimbun harta dan kekuasaan secara kuku besi dan menyebabkan penderitaan besar rakyat Filipina. Kemudian Allah ‎ﷻ menukar keadaan di mana dia pula yang menderita, diusir dari negaranya dan mati dalam keadaan hina, bahkan mayatnya pun tidak diterima oleh negaranya.

Firman Allah ‎ﷻ:

فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَىٰ

Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia

[an-Naazi’at: 25]

كُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ ۖ

Maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosa (yang mereka kerjakan)

[al Ankabut: 40]


  • Ferdinand Marcos ialah Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos Sr. ialah presiden ke 10 Filipina. Beliau digulingkan oleh revolusi rakyat pada tahun 1986. Melarikan diri ke Hawaii dan meninggal dunia di sana tahun 1989. Mayatnya tidak diterima oleh Filipina sehingga dibawa pulang pada tahun 2016.

Kesalahan Di dalam Salat / 31

0

Salat Tanpa Penutup Kepala (صلاة مكشوف الرأس )

👳🏻‍♂ Hukum memakai penutup kepala sama ada ketayap, songkok, serban atau smagh.

تجوز صلاة حاسر الرأس إذا كان رجلاً ، والرأس عورة من المرأة دون الرجل . ولكن يستحب أن يكون المصلي في أكمل اللباس اللائق به ، ومنه غطاء الرأس بعمامة أو قلنسوة أو (طاقية أو عرقية) ، ونحوه ذلك مما اعتاد لبسه 

“Harus atau boleh membuka kepala ketika bersalat bagi lelaki sebab kepala cuma aurat ke atas kaum wanita dan bukan ke atas lelaki. Akan tetapi disukai atau disunatkan ke atas pesalat (lelaki) untuk berpakaian yang paling lengkap atau sempurna. Antara kesempurnaan pakaian salat ialah dengan mengenakan imamah (serban atau smagh/kefiyeh), kopiah atau songkok atau apa-apa sahaja yang biasa dipakai di kepala”.

(Kitab Akhta’ al-Musyallin, Syaikh Masyhur Hasan alu Salman, Jordan)

 

👁‍🗨 Pendapat ulama’ yang memakruhkan pesalat salat tanpa penutup kepala:

Fatwa Syaikh Muhammad Rashid Ridha رحمه الله, (Tokoh pembaharu Egypt, w. 1935, Cairo) dan Syaikh al-Syuqairy (Pengarang Sunan Wal Mubtadi’at, pengasas Jama’ah Salafiyah Egypt);

فكشف الرأس لغير عذر مكروه ، ولا سيما في صلاة الفريضة ، ولا سيما مع الجماعة  (فتاوى محمد رشيد رضا : (5/1849) والسنن والمبتدعات : (ص69) )

“Tidak memakai penutup kepala tanpa uzur, maka makruh hukumnya terutama ketika salat fardhu dan lebih-lebih lagi ketika salat berjemaah (di masjid).” 

(Fatwa Muhammad Rashid Ridha, jilid 5:1849; Sunan Wal Mubtadi’at, mukasurat 69)

 

قال الألباني : ((والذي أراه : أن الصلاة حاسر الرأس مكروهة ، ذلك أنه من المسلَّم به : 

استحباب دخول المسلم في الصلاة في أكمل هيئة إسلاميّة للحديث : ((فإن الله أحق أن يُتَزَيَّن له))(*)

Berkata Syaikh al-Albani رحمه الله, menurut pendapatku, bahawa salat dengan kepala terbuka adalah makruh kerana disukai jika seorang muslim melakukan salat dengan memakai pakaian dengan pakaian paling sempurna sebagaimana hadith:

 “Sesungguhnya Allah ‎ﷻ yang paling berhak untuk hamba berhias diri kepada-Nya”.

 

✍️ Takhrij dan tahqiq:

(*) وأوله : ((إذا صلى أحدكم فليلبس ثوبيه ، فإن الله …. )) . أخرجه الطحاوي في ((شرح معاني الآثار)) : (1/221) والطبراني والبيهقي في ((السنن الكبرى)) : (2/236) وإسناده حسن ، كما في ((مجمع الزوائد)) : (2/51) . وانظر : ((السلسلة الصحيحة)) : رقم (1369) .

Matan awal hadith; “Jika salah seorang daripada kamu ingin menunaikan salat, maka dia hendaklah memakai dua set pakaian (baju dan kain atau seluar)”. 

(HR at-Tahawi dalam syarah Ma’aani al-Athar, at-Tabrani dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dengan sanad hasan. Disebut dalam al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid dan al-Albani, Silsilah al-Sahihah no. 1369)

 

Pendapat Syaikh al-Albani رحمه الله;

وليس من الهيئة الحسنة في عرف السّلف ، اعتياد حسر الرأس ، والسيّر كذلك في الطرقات والدخول كذلك في أماكن العبادات ، بل هذه عادة أجنبيّة ، تسرّبت إلى كثير من البلاد الإسلاميّة ، حينما دخلها الكفار ، وجلبوا إليها عاداتهم الفاسدة ، فقلّدهم المسلمون فيها ، فأضاعوا بها وبأمثالها من التقاليد شخصيتهم الإسلاميّة ، فهذا العرض الطاري

(1) لا يصلح أن يكون مسوغاً لمخالفة العرف الإسلامي السابق ، ولا إتخاذه حجة لجواز الدخول في   الصّلاة حاسر الرأس 

 الوارد في حديث ابن عباس : ((أن النبي (ص) كان ربما نزع قلنسوته ، فجعلها سترة بين يديه)) . وهو حديث ضعيف.

قال الألباني : ((ويكفي دلالة على ذلك ـ أي ضعفه ـ تفرّد ابن عساكر به . وقد كشفت عن علّته في ((الضعيفة)) (2538) )) وقال أيضاً : ((إنه لو صح ، فلا يدل على الكشف مطلقاً ، فإن ظاهره : أنه كان يفعل ذلك عند عدم تيسّر ما يستتر به ، لأن اتخاذ السترة أهم ، للأحاديث الواردة فيها)) .

Terjemahan:

“Tidak memakai tutup kepala bukanlah kebiasaan yang baik (uruf) kaum salaf, mereka mengenakan tutup kepala baik ketika di jalanan ataupun ketika memasuki masjid. Adapun kepala terbuka merupakan budaya asing yang dibawa masuk oleh penjajah ketika era kolonialisme. Merekalah yang mengajar pelbagai budaya yang buruk dan diikuti oleh umat Islam yang terjajah ketika itu.

(1) Memang terdapat hadith Ibnu Abbas رضي الله عنهما bahawa Nabi ﷺ pernah melepaskan kain penutup kepalanya lalu kain itu dijadikan sutrah di hadapannya. Namun hadith tersebut adalah dhaif (Silsilah al-Dhaifah no. 2538). Jika hadith tersebut sahih sekalipun, ia bukanlah dalil untuk melepaskan penutup kepala kerana kes tersebut menunjukkan sutrah lebih utama daripada penutup kepala.”

 

Menurut Syaikh al-Albani  رحمه الله juga;

وأما استدلال بعض إخواننا من أنصار السّنة في مصر على جوازه ، قياساً على حسر المحرم في الحج ، فمن أبطل قياس قرأته عن هؤلاء الإخوان ، كيف ، والحسر في الحج شعيرة إسلامية ، ومن مناسكه التي لا تشاركه فيه عبادة أخرى ، ولو كان القياس المذكور صحيحاً ، للزم القول بوجوب الحسر في الصلاة ، لأنه واجب في الحج . وهذا إلزام لا انفكاك لهم عنه ، إلا بالرجوع عن القياس المذكور ، ولعلهم يفعلون) (*تمام المنة في التعليق على فقه السنة : (ص164 ـ 165)

Membantah Ansar Sunnah Egypt;

“Jemaah Ansar Sunnah Egypt berpendapat harus hukumnya membuka kepala, di mana mereka menggunakan hukum qias orang yang memakai pakaian ihram ketika melaksanakan ibadah haji. Ia adalah sebuah qias yang buruk sekali kerana tidak boleh qias dengan ibadah haji kerana ia khusus untuk haji (syiar dan manasik haji yang tidak boleh diqias dengan ibadah yang lain.” 

(Tamam al-Minnah fi Ta’aliq ala Fiqh Sunnah — Sayyid Sabiq, mukasurat 164-165)

Rumusan;

ولم يثبت أنه صلّى ـ في غير الإحرام ـ وهو حاسر الرأس ، دون عمامة ، مع توفّر الدّواعي لنقله أو فعله . ومن زعم ثبوت ذلك ، فعليه الدّلي

ل ، والحقّ أحق أن يتّبع (الدين الخالص : (3/214) والأجوبة النافعة عن المسائل الواقعة : (ص110)

“Tidak pernah disebutkan sebuah riwayat pun yang menyatakan Rasulullah ﷺ tidak memakai tutup kepala ketika salat kecuali ketika ihram (umrah dan haji). Barang siapa yang mendakwa ada, maka hendaklah dia mengemukakan dalil. Maka yang benar itulah yang berhak diikuti.” 

(Siddiq Hasan Khan, al-Din al-Khalish, 3:214; Syaikh Abdul Rahman al-Sa’di, KSA, al-Ajwibah al-Naafi’ah mukasurat 110)

ومن الجدير بالذّكر ، أن صلاة الرجل حاسر الرأس مكروهة فقط ، وإلا فهي صحيحة ، كما أطلقه البغوي وكثيرون(*) ، فامتناع العوام عن الصلاة خلف حاسر الرأس ، غير صحيح ، نعم ، هو أولى المصلين ، بأن تتوافر فيه شروط التمام والكمال ، وأن يكون وقّافاً ملتزماً بسنة النبي (ص)

Berkata Syaikh Abu Ubaidah, “Salat tanpa menutup kepala adalah makruh hukumnya. Ini ketetapan Imam al-Baghawi dan majoriti ulama’ yang lain. Apapun tanggapan orang awam bahawa tidak boleh salat di belakang imam yang tidak menutup kepala adalah tidak sahih sama sekali. Cuma, ia termasuk kesempurnaan penampilan seorang imam salat dengan mengikuti sunnah Nabi ﷺ.”

 

✍️ Rumusan THTL untuk UiTO:

Pendapat Syaikh Abu Ubaidah iaitu murid kepada Syaikh al-Albani, seperti gurunya berpendapat makruh salat tanpa imamah (penutup kepala). Manakala pendapat ulama’ Arab Saudi, Lajnah fatwa Arab Saudi, muftinya Syaikh Ben Baz, Mufti Unaizah, Syaikh Ibn Uthaimin dan ahli majlis fatwa Arab Saudi, Dr Saleh al-Fawzan, berpendapat ia tidak makruh sama sekali atas alasan kerana ia adalah uruf sahaja.

Maka ia adalah khilaf yang muktabar dan kita kena sesuaikan dengan realiti tempat yang kita diami atau tingggal. Contohnya kalau di Kelantan, pakai penutup kepala ini adalah seperti apa yang disampaikan oleh Syaikh Abu Ubaidah.

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan