Utama Blog Halaman 36

Tafsir Surah Ali-Imran: Tafsir Ayat Ke-51 hingga Ke-53

0

Tafsir Surah Ali-Imran

Tafsir Ayat Ke-51

Inilah kesimpulan agama yang dibawa oleh Nabi Isa عليه السلام.

إِنَّ اللَّهَ رَبّي وَرَبُّكُم فَاعبُدوهُ ۗ هٰذا صِرٰطٌ مُّستَقيمٌ

Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Nya. Inilah jalan yang lurus

إِنَّ اللَّهَ رَبّي وَرَبُّكُم فَاعبُدوهُ

Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Nya sahaja

Nabi Isa عليه السلام pun berkata yang Allah ‎ﷻ adalah rabbnya, jadi kenapa sembah Nabi Isa ‎ﷻ? Nabi Isa عليه السلام mengingatkan umatnya untuk menghambakan diri kepada Allah ‎ﷻ sahaja, beribadat kepada Allah ‎ﷻ sahaja, jangan buat ibadat kepada selain Allah ‎ﷻ.

Ayat ini adalah ayat tauhid. Tauhid dalam ibadat dan seru. Kena cakap kepada Nasara sekarang tentang perkara ini kerana mereka telah keliru tentang agama mereka. Beritahu kepada mereka yang inilah yang Nabi Isa عليه السلام faham dan ajar, bukannya seperti yang diajar kepada mereka sekarang.

هٰذا صِرٰطٌ مُّستَقيمٌ

Inilah jalan yang lurus

Kitalah yang kena beritahu kepada mereka supaya jelas agama ini kepada mereka kerana inilah sahaja jalan yang lurus. Mereka keliru sebab tidak belajar sahaja sebab mereka telah diajar benda yang salah semenjak kecil lagi. Begitu juga orang-orang kita yang tidak belajar agama dengan betul, tidak dipandu oleh kefahaman wahyu.

Oleh itu, jalan yang lurus adalah menghambakan diri hanya kepada Allah ‎ﷻ sahaja, ibadat kepada Allah ‎ﷻ sahaja, seru kepada Allah ‎ﷻ sahaja. Inilah tafsir bagi maksud ‘Jalan yang Lurus’ yang kita minta dalam Surah Fatihah yang setiap hari kita baca. Kita minta dipandu kepada jalan yang lurus, maka ketahuilah yang jalan yang lurus adalah menghambakan, ibadat dan seru hanya kepada Allah ‎ﷻ sahaja. Selain dari itu, bukan jalan yang lurus.

Tafsir Ayat Ke-52

Ini adalah jenis Ayat Idmaj. Maksudnya ada kisah panjang lagi sebelum ayat ini (yang perlu ditambah untuk menjelaskan maksud ayat ini).

۞ فَلَمّا أَحَسَّ عيسىٰ مِنهُمُ الكُفرَ قالَ مَن أَنصاري إِلَى اللَّهِ ۖ قالَ الحَوارِيّونَ نَحنُ أَنصارُ اللَّهِ ءآمَنّا بِاللَّهِ وَاشهَد بِأَنّا مُسلِمونَ

Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran daripada mereka (kaum Yahudi), berkatalah dia:” Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?”. Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

فَلَمّا أَحَسَّ عيسىٰ مِنهُمُ الكُفرَ

Maka ketika Nabi Isa merasa akan kekufuran daripada mereka

Apabila Nabi Isa عليه السلام membawakan dakwah tauhid, maka pemuka Yahudi telah menentang baginda kerana mereka telah rasa terancam sampai mereka membuat perancangan untuk membunuh baginda. Namun begitu, mereka tidak boleh menjalankan perancangan itu sendirian kerana puak Yahudi waktu itu berada di bawah takluk kerajaan Rom yang syirik. Maksudnya, bukanlah mereka yang memerintah.

Kerajaan Rom adalah kerajaan yang berfahaman syirik. Bukan kerajaan Rom sahaja yang musyrik kerana mereka waktu itu sendiri adalah Musyrikin kerana mereka memuja Nabi Uzair عليه السلام sebagai anak Allah ‎ﷻ. Mereka puja baginda kerana Nabi Uzair عليه السلام boleh menghafal Kitab Taurat. Kiranya pada waktu itu hebat sangat kalau boleh menghafal Kitab Taurat sampai mereka memuja baginda sebagai anak tuhan. Padahal zaman sekarang orang Islam ramai sahaja yang boleh menghafal 30 juzuk Al-Qur’an.

Maka, kerana bimbangkan pengaruh tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa عليه السلام, mereka telah membuat cerita untuk mentohmah Nabi Isa عليه السلام kepada kerajaan Rom. Mereka menuduh Nabi Isa عليه السلام dan pengikut baginda telah merancang untuk menggulingkan kerajaan Rom dan Nabi Isa عليه السلام hendak menjadi raja. Waktu itu hukuman kepada cubaan mengguling kerajaan pada waktu itu adalah dipalang (salib).

قالَ مَن أَنصاري إِلَى اللَّهِ

berkatalah dia:” Siapakah penolong-penolongku kepada Allah?

Allah ‎ﷻ telah memberikan wahyu kepada baginda bahawa terdapat perancangan untuk membunuh baginda. Ataupun Nabi Isa عليه السلام sudah dapat merasa dan itulah maksud perkataan أَحَسَّ itu. Maka Nabi Isa عليه السلام telah bertanya kepada pengikutnya, siapakah yang akan menjadi pembantunya? Siapakah yang mahu menjadi pembela agama yang taat setia?

Dalam ayat ini, Nabi عليه السلام mengajak mereka menjadi pembantu baginda di dalam menegakkan agama Allah ﷻ, iaitu agama yang mentauhidkan Allah ﷻ.

قالَ الحَوارِيّونَ نَحنُ أَنصارُ اللَّهِ

Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah.

Ada 12 hawariyyun yang sedia membantu baginda. Perkataan hawari itu ada yang mengatakannya berasal daripada kata yang bermaksud ‘nelayan’ kerana waktu itu di Jerusalem ramai nelayan. Ada juga yang kata ia daripada perkataan ‘basuh’ yang bermaksud mereka itu adalah tukang cuci (tukang dobi) yang kerjanya mengambil upah membasuh pakaian.

Maknanya mereka itu daripada golongan bawahan. Tetapi merekalah yang sanggup untuk menjadi pengikut kepada Nabi Isa عليه السلام dan sanggup membantu baginda menyebarkan agama dan mempertahankan baginda. Memang sudah kebiasaan sunnah, pengikut para Nabi selalunya adalah golongan bawahan.

Ada juga yang mengatakan bilangan hawariyyun itu tidak disebut dalam riwayat Islam. Yang dikatakan 12 orang itu adalah daripada kisah Israeliyat sahaja. Allahu a’lam.

Daripada riwayat, ada disebut yang pemuka Yahudi yang jahatlah yang datang masuk mencari Nabi Isa عليه السلام untuk menangkap baginda. Kerana apabila orang Rom hendak menangkap Nabi Isa عليه السلام (selepas dikatakan baginda hendak menjatuhkan kerajaan Rom) mereka kata mereka tidak mengenali bagaimana rupa Nabi Isa عليه السلام kerana bagi mereka, sama sahaja rupa baginda dan pengikuat-pengikutnya.

Oleh itu, ada seorang yang sanggup menjadi tukang pengecam siapa Nabi Isa عليه السلام. Dia kata dia yang akan masuk dahulu dan dia akan panggil Nabi Isa عليه السلام dan orang Rom waktu itu bolehlah menangkap baginda selepas itu iaitu selepas tahu mana satu baginda. Itu adalah rancangan mereka.

Tetapi pada waktu itu Allah ‎ﷻ telah mengangkat Nabi Isa عليه السلام ke langit. Waktu itulah juga, Allah ‎ﷻ telah menukarkan wajah ketua Yahudi yang jahat itu (yang hendak mengecam baginda) jadi menyerupai wajah Nabi Isa عليه السلام. Pengikut yang lain nampak rupanya memang seperti Nabi Isa عليه السلام, maka mereka memanggil orang itu dengan panggilan Nabi Isa عليه السلام. Maka akhirnya dialah yang ditangkap oleh orang Rom dan kemudian dia pula yang dipalang.

Puak Yahudi yang jahat telah membuat propaganda yang mereka telah membunuh Nabi Isa عليه السلام. Namun terdapat satu kekeliruan, ke manakah hilangnya lelaki yang masuk mencari Nabi Isa عليه السلام itu? Tidak ada dikatakan yang dia dijumpai selepas itu. Tetapi mereka sudah tidak kisah lagi sebab bagi mereka, yang paling penting adalah mereka sudah berjaya menangkap Nabi Isa عليه السلام. Itulah yang mereka canang-canangkan.

Penganut Kristian turut diperbodohkan sampai mereka terima cerita yang Nabi Isa عليه السلام mati disalib dan mereka pegang sehingga ke hari ini. Mereka tambah pula dalam akidah agama mereka, yang Nabi Isa عليه السلام disalib itu untuk menebus dosa keturunan daripada Nabi Adam عليه السلام (Original Sins kerana memakan pokok larangan).

Maknanya mereka itu ikut sahaja kata orang lain tanpa usul periksa. Mereka itu kalau dalam pepatah Arab, dikatakan ‘bodoh macam keldai’. Ini kerana keldai itu hanya ikut sahaja arahan manusia. Itulah bahayanya kalau tidak belajar agama, ikut sahaja tanpa usul periksa. Padahal sepatutnya kita kena ikut dalil. Itulah yang dipanggil ittiba‘ – ikut dengan mengetahui dan memahami dalil.

Kalau ikut tanpa tahu dalil, itu dinamakan taklid. Apabila bertaklid, ia boleh menjadi baik, namun boleh juga menjadi punah, macam-macam boleh jadi. Ini kerana kita tidak tahu sama ada orang yang kita ikut itu benar atau tidak. Jadi kenalah kita ittiba’ iaitu mengikut orang yang boleh memberikan dalil.

Dalil itu pula mestilah wahyu, bukannya hujah manusia dan bukan hujah akal. Dalam Al-Qur’an pun, kalau disuruh kita ikut, perkataan yang digunakan adalah ittiba‘.

Maka kenalah belajar agama untuk mengetahui dalil itu. Bukan payah pun untuk belajar dan untuk faham. Agama ini mudah sahaja sebenarnya. Yang buat payah itu adalah kerana perkara-perkara bid’ah yang ditambah-tambah. Tidak ada alasan untuk tidak belajar Al-Qur’an dan hadith sedangkan benda-benda lain, kita boleh pula belajar sampai ke universiti, sampai ada ke tahap PHD atau sekurang-kurangnya sampai ke darjah enam.

12 hawariyyun itulah yang menegakkan agama Allah‎ ﷻ sepeninggalan Nabi Isa عليه السلام. Mereka menegakkan agama dan menyebarkan agama dengan cara senyap dan tersembunyi sebab takut mereka akan dibunuh. Oleh kerana dakwah dan ajaran agama pada waktu itu dengan cara sembunyi-sembunyi, maka maklumat agama terhalang kepada manusia orang kebanyakan, maka ramai yang tidak tahu.

Disebabkan itulah banyak salah faham terjadi dalam agama Kristian kerana mereka disuapi dengan ajaran agama yang salah. Sedangkan, masih ada syari’at lagi pada waktu itu. Maknanya syari’at pada waktu itu sebelum dinaikkan Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi, adalah kitab Injil. Maka sesiapa yang tidak beriman dengan kitab Injil pada waktu itu, maka dia adalah kufur.

Ketika Nabi Isa عليه السلام dapat tahu ada dalam kalangan halaqah baginda itu yang ingkar dengan ajaran tauhid dan akan membelot, maka baginda meminta tolong sesiapa yang boleh membantu baginda. Jadi kalau sampai perlu untuk meminta tolong, maka jelaslah itu adalah sifat manusia, bukannya sifat ‘anak tuhan’ atau tuhan sendiri. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Nabi Isa عليه السلام hanya seorang Nabi dan Rasul sahaja.

ءآمَنّا بِاللَّهِ وَاشهَد بِأَنّا مُسلِمونَ

Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam

12 Hawariyyun itu telah bersedia untuk membantu baginda. Mereka mengaku beriman dan percaya kepada tauhid. Maknanya mereka sanggup menyerah diri membela agama.

Mereka meminta Nabi Isa عليه السلام menjadi saksi yang mereka menyerahkan diri mereka kepada Allah ‎ﷻ.

Tafsir Ayat Ke-53

Ayat ini adalah sambungan kepada kisah Hawariyyun yang sanggup membantu Nabi Isa عليه السلام dalam dakwah baginda. Setelah mereka menyatakan kesanggupan mereka, sekarang diberitahu yang mereka bermunajat pula kepada Allah ‎ﷻ.

Oleh itu, ini mengajar kita untuk mula-mula kena sanggup dahulu, dan selepas itu apa yang terjadi, kita kena doa minta tolong kepada Allah ﷻ. Perjuangan memerlukan kesanggupan dan permohonan doa kepada Allah ‎ﷻ. Harapan mesti diletakkan 100% kepada Allah ‎ﷻ kerana tanpa pertolongan Allah ‎ﷻ, maka tidak ada harapan.

رَبَّنا ءآمَنّا بِما أَنزَلتَ وَاتَّبَعنَا الرَّسولَ فَاكتُبنا مَعَ الشّٰهِدينَ

Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)

رَبَّنا ءآمَنّا بِما أَنزَلتَ

Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan

Sebelum ini mereka minta Nabi Isa عليه السلام menjadi saksi namun dalam ayat ini mereka terus mengaku dengan Allah ‎ﷻ yang mereka telah beriman dengan wahyu yang Allah ‎ﷻ turunkan. Memang kita kena terus sahaja cakap dengan Allah ‎ﷻ dan tidak perlu perantaraan.

وَاتَّبَعنَا الرَّسولَ

dan kami mengikut Rasul

Mereka kata mereka telah ikut Nabi Isa عليه السلام. Mereka kata mereka ittiba’ dengan baginda. Maknanya mereka ikut dengan rela, dengan cinta dan ikut dengan tepat. Dan itulah maksud ittiba’. Selain itu juga, tidak menambah-nambah ajaran yang diberikan oleh Nabi.

Inilah yang dikehendaki daripada kita – ikut sahaja dan jangan ditambah-tambah dalam agama. Jangan amalkan amalan bid’ah langsung. Jadi untuk tahu apakah yang bid’ah dan tidak, kena belajar untuk membezakan manakah yang bid’ah dan mana yang sunnah.

Maknanya mereka bersetuju untuk taat kepada arahan Rasul mereka.

فَاكتُبنا مَعَ الشّٰهِدينَ

oleh itu tuliskanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi

Sebelum ini mereka meminta Nabi Isa عليه السلام menjadi saksi yang mereka adalah Muslim, sekarang mereka meminta Allah ‎ﷻ sendiri yang menjadi saksi. Mereka meminta Allah ‎ﷻ tuliskan mereka sebagai orang yang bersaksi sebagai Muslim.

Allahu a’lam.

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 12/2020

0

Gejala tersedu

 Soalan 1:

Doktor, adakah tersedu bermakna kita kurang minum air?

Jawapan:

Tidak, ia berlaku apabila terdapat pengecutan pada otot diafragma.

[Tersedu daripada sudut kesihatan berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali disebabkan beberapa faktor.

Apabila anda menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas juga, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Ada ketikanya diafragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.

Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara anda, maka terhasillah bunyi sedu.]

https://www.majalahsains.com/mengapa-manusia-tersedu/

 

Masalah mata putih kekuningan

Soalan 2:

Doktor, anak saya berumur 2 tahun 9 bulan mengalami gejala batuk berkahak dan demam. Selepas demam kebah, dia seperti mengalami sakit mata dan kawasan mata putih seperti kekuningan.  Adakah normal keadaan tersebut?

Jawapan:

Tidak semua orang mata putihnya cantik putih bersih.  Ia adalah normal.

 

Sakit Tumit

 Soalan 3:

Doktor, saya merasa sakit di tapak kaki bahagian tumit kiri terutamanya apabila berjalan kaki, adakah ini simptom sesuatu penyakit?

Jawapan:

Kesakitan di tumit adalah ‘Calcaneal spur’.  Perlu pada pemakaian kasut yang bertapak lembut dan gunakan selipar getah apabila berada di rumah.

 [‘Calcaneal spur’ atau ´Heel spur´ selalunya berkaitan dengan radang ´plantar fascia´. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada tumit dan kesakitan ini bertambah teruk semasa bergerak.

´Heel spur´ terjadi disebabkan oleh munculnya tulang yang abnormal pada tulang tumit (pemendakan garam kalsium yang berlaku akibat ketegangan plantar fasia). Ketegangan ini boleh berlaku kepada individu tertentu yang mempunyai tapak kaki abnormal (‘high arch’ atau ‘flat feet’). Perempuan mempunyai risiko yang lebih daripada lelaki untuk mengalami ´heel spur´ disebabkan jenis pemakaian kasut.]

http://www.myhealth.gov.my/heel-spur/

 

Penyakit Gout

Soalan 4:

Doktor, bolehkah pesakit gout mengamalkan pengambilan vitamin D?

Jawapan:

Pesakit gout boleh mengambil vitamin D sebagai suplemen tambahan.

[Gout merupakan satu bentuk artritis akut yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.

Asid urik terhasil daripada pemecahan bahan kimia purin dalam badan. Kebiasaannya, purin hadir secara semula jadi di dalam badan, tetapi ia juga terdapat dalam sesetengah jenis makanan. Asid urik disingkirkan daripada badan melalui air kencing.

Diet untuk pesakit gout boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah. Diet tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi.

Pesakit gout yang mengamalkan diet bagi gout masih memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik.]

http://www.myhealth.gov.my/diet-bagi-pesakit-gout/

 

Spondilosis Tulang Belakang Lumbar

Soalan 5:

Doktor, adakah pesakit yang ada spondilosis tulang belakang lumbar boleh hamil seperti biasa atau adakah lain-lain komplikasi/kesakitan?

Jawapan:

Boleh hamil seperti biasa dan kemungkinan akan ada kesakitan di bahagian pinggang apabila kandungan sudah melebihi 7 bulan dan seterusnya.

[‘Spondylolisthesis’ ialah keadaan di mana sebahagian tulang belakang (vertebra) terdorong ke bahagian hadapan. Ia kerap kali dikesan berlaku di kawasan ‘lumbosacral’.

Dalam sesetengah kes, ‘spondylolisthesis’ juga menyebabkan saraf tunjang menjadi terhimpit dan seterusnya mendatangkan kesan seperti sakit belakang dan kebas atau lemah pada satu atau kedua-dua belah kaki.]

https://physiomobile.my/spondylolisthesis/?v=0c23032714f8

 

Keradangan atau kegatalan kulit

Soalan 6:

Doktor, saya mengalami keadaan gatal-gatal yang berpanjangan di seluruh badan.  Sudah berpantang dalam pemakanan tetapi kegatalan masih tidak berkurangan.  Mohon saranan daripada doktor untuk mengatasi masalah yang saya hadapi.

Jawapan:

Cuba mandi tanpa menggunakan sabun iaitu hanya guna air sahaja. Hanya guna tuala muka dan gosokkan badan menggunakan tuala tersebut sudah memadai untuk membersihkan badan. Sukar untuk dipastikan penyakit tersebut kerana saya tidak melihat tahap kecederaan pada kulit.

[Kulit gatal, juga dikenali sebagai ‘pruritus’, iaitu rasa yang merimaskan dan tidak dapat dikawal yang membuat anda ingin menggaru untuk mengurangkan rasa gatal tersebut. Penyebab yang mungkin terjadi untuk kegatalan termasuklah penyakit dalaman atau penyakit kulit.]

https://www.doctoroncall.com.my/soalan/pruritus-gatal-kulit-penyebab-rawatan

 

Penyakit Asma dalam kalangan kanak-kanak

Soalan 7:

Anak saya lelaki berusia 2 tahun 10 bulan mudah dan sering batuk berkahak sehingga menjadi lelah dan adakala akan mengalami demam juga. Selain daripada pengambilan ubat, adakah amalan lain yang boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan batuk?

Jawapan:

Kemungkinan anak puan ada serangan penyakit asma, sila berjumpa doktor mendapatkan untuk rawatan yang tepat.  Setiap kali batuk perlu gunakan ‘inhaler’ untuk meredakan, letakkan alat perantara atau ‘spacer’. Jika doktor telah diagnosis asma, penggunaan ubat batuk biasa akan menyebabkan batuk lebih teruk.

[Asma dalam kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius dalam kalangan kanak-kanak.

Ubat asma terbahagi kepada 3 jenis:

  • Ubat Pencegah

Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.

  • Ubat Pelega

Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.

  • Ubat kawalan

Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.]

http://www.myhealth.gov.my/kanak-asma/

 

Tekanan Darah Rendah bagi ibu hamil

Soalan 8:

Doktor, isteri saya sedang hamil tetapi tekanan darahnya sangat rendah.  Adakah rawatan yang boleh menormalkan tekanan darah rendah?

Jawapan:

Banyakkan minum air dan pengambilan makanan yang mengandungi nutrien yang diperlukan. Tiada mudarat kesihatan walaupun tekanan darah rendah tetapi stabil.  Kebiasaannya bacaan yang normal ialah 90/60.

[Tekanan darah rendah ibu hamil adalah sesuatu yang tidak normal.  Gejala yang dialami oleh wanita mengandung dengan tekanan darah rendah juga sama seperti orang biasa mengalaminya seperti berasa pening atau pusing.  Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk apabila bangun secara tiba-tiba dari tempat duduk. Ini boleh menyebabkan anda pengsan, satu keadaan yang sangat berbahaya bagi wanita hamil.

Minum lebih banyak air & rancang diet yang sihat.  Air adalah baik untuk mengatasi kekurangan air dalam badan, malah anda harus tahu bahawa air minuman juga dapat membantu mencegah tekanan darah rendah ibu hamil.  Air membantu meningkatkan tahap tekanan darah dan mengelakkan daripada pening.  Di samping itu, merancang diet dengan pelbagai pilihan makanan yang sihat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, ayam tanpa lemak, dan ikan.  Untuk mengelakkan tekanan darah daripada jatuh selepas makan, harus membahagikan makanan ke beberapa bahagian kecil untuk dimakan beberapa kali sehari.]

https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/tekanan-darah-rendah-semasa-kehamilan/#gref

 

Tafsir Surah Ali Imran: Tafsir Ayat Ke-46 hingga Ke-50

0

Tafsir Surah Ali Imran
Tafsir Ayat Ke-46

وَيُكَلِّمُ النّاسَ فِي المَهدِ وَكَهلًا وَمِنَ الصّٰلِحينَ

“Dan dia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa dia masih kecil dalam buaian, dan semasa dia dewasa, dan dia adalah dari orang-orang yang soleh.”

وَيُكَلِّمُ النّاسَ فِي المَهدِ

“Dan dia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa dalam buaian,

Dalam riwayat ada disebut, Maryam رضي الله عنها telah mengandung dan melahirkan pada hari yang sama. Apabila beliau membawa pulang anaknya (Nabi Isa عليه السلام) yang baru dilahirkan itu, dan terpaksa menghadapi kaumnya yang tidak mahu percaya serta menuduhnya melakukan perkara yang tidak elok, tentulah beliau tidak mampu menjawab tuduhan tersebut. Maka beliau diarahkan oleh Allah ‎ﷻ untuk tunjukkan sahaja kepada Nabi Isa عليه السلام yang berada dalam dukungannya.

Nabi Isa عليه السلام sendiri yang menjawab tuduhan kaumnya itu semasa dalam pelukan ibunya lagi walaupun baginda baru sahaja entah berapa jam lahir ke dunia. Ini adalah mukjizat Nabi Isa عليه السلام. Ini disebut dalam Surah Maryam dengan lebih panjang lagi.

وَكَهلًا

dan semasa dia dewasa

Kalimah كَهْلً bermaksud umur 40 ke atas. Maknanya Nabi Isa عليه السلام dikatakan bercakap-cakap pada usia selepas 40. Apakah yang peliknya bercakap di usia dewasa? Yang ajaibnya, baginda telah diangkat ke langit semasa baginda berumur 33 tahun.

Ini memberi isyarat bahawa baginda akan turun semula ke dunia dan akan bercakap-cakap dengan manusia sehingga ke usia كَهْلً. Mengikut riwayat, baginda akan turun dalam umur yang sama – 33 tahun. Kemudian baginda akan berkahwin dan beramal ibadat dengan syari’at Nabi Muhammad ﷺ.

Baginda juga dikatakan akan hidup selama 24 tahun lagi di dunia sebelum wafat. Oleh itu, tidak benar kalau ada yang kata baginda sudah mati. Akidah yang benar adalah Nabi Isa عليه السلام telah diangkat ke langit dan akan dikembalikan ke dunia nanti.

وَمِنَ الصّٰلِحينَ

dan dia adalah dari orang-orang yang soleh

Ini adalah sifat kelima baginda yang disebut dalam ayat-ayat ini. Baginda adalah orang soleh darjat Nabi, bukan darjat orang biasa.

Tafsir Ayat Ke-47

Sekarang adalah balasan daripada Maryam رضي الله عنها.

قالَت رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي وَلَدٌ وَلَم يَمسَسني بَشَرٌ ۖ قالَ كَذٰلِكِ اللَّهُ يَخلُقُ ما يَشاءُ ۚ إِذا قَضىٰ أَمرًا فَإِنَّما يَقولُ لَهُ كُن فَيَكونُ

Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?” Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ‘, lalu menjadilah ia.”

قالَت رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي وَلَدٌ وَلَم يَمسَسني بَشَرٌ

Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?”

Ini adalah soalan yang keluar daripada Maryam رضي الله عنها. Bukanlah beliau tidak yakin dengan berita yang disampaikan oleh Allah ‎ﷻ melalui malaikat itu. Beliau yakin yang Allah ‎ﷻ boleh berbuat apa sahaja. Kita pun sudah belajar beliau biasa mendapat makanan dengan cara yang luarbiasa. Jadi hal-hal yang lain daripada kebiasaan dan tidak dapat diterima oleh akal yang logik, adalah perkara biasa untuk beliau sebenarnya.

Oleh sebab itu, apabila diberitahu yang beliau akan mendapat anak, beliau boleh menerimanya. Cuma, beliau hendak tahu caranya sahaja. Begitulah juga soalan Nabi Zakariya عليه السلام – ingin mengetahui caranya sahaja. Ini kerana kalau diikutkan dengan cara biasa, tidak mungkin akan terjadi kerana beliau tidak pernah disentuh oleh lelaki (baik dengan cara haram ataupun halal).

Daripada ayat ini juga, kita dapat tahu yang Maryam رضي الله عنها pun bercakap terus dengan Allah ‎ﷻ. Ini kerana beliau juga tahu yang malaikat hanyalah penyampai berita sahaja. Jadi Maryam رضي الله عنها tidak bertanya kepada malaikat yang menyampaikan maklumat itu. Maryam رضي الله عنها tanya terus kepada Allah ‎ﷻ.

قالَ كَذٰلِكِ

Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya,

Allah ‎ﷻ jawab, dengan keadaan beliau begitulah juga. Tidak perlu ada lelaki yang bersetubuh dengannya, Allah‎ ﷻ boleh sahaja menjadikan anak. Allah ‎ﷻ tidak perlu mengikut proses yang biasa.

اللَّهُ يَخلُقُ ما يَشاءُ

Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya;

Sebab Dia adalah Tuhan. Dia boleh berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Ayat ini menggunakan lafaz يَخْلُقُ. Ini berbeza dengan kelahiran Nabi Yahya عليه السلام (digunakan lafaz جعل). Ini kerana dalam kes Maryam رضي الله عنها ini, memang digunakan lafaz يَخْلُقُ kerana dijadikan daripada tiada kepada ada dengan lafaz Kun fa Yakun. Sedangkan untuk kejadian anak-anak yang normal, mestilah melalui proses kejadian dan dalam keadaan itu digunakan lafaz جعل.

Namun begitu, dengan menggunakan lafaz يَخْلُقُ dalam ayat ini hendak menekankan yang Nabi Isa عليه السلام adalah ‘makhluk’: bukanlah kejadian luar biasa, bukanlah baginda ini merupakan ‘Anak Tuhan’, tetapi dijadikan oleh Allah ‎ﷻ, sama seperti makhluk-makhluk yang lain. Nabi Isa عليه السلام adalah ciptaan Allah ‎ﷻ, bukannya daripada juzuk (sebahagian daripada) Allah ‎ﷻ.

إِذا قَضىٰ أَمرًا فَإِنَّما يَقولُ لَهُ كُن فَيَكونُ

apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah ‘, lalu menjadilah ia

Apabila Allah ‎ﷻ hendakkan sesuatu, mudah sahaja bagi-Nya. Lafaz kun fayakun ini hanya sebagai isyarat kepada kita betapa mudahnya dan cepatnya Allah ‎ﷻ hendak menjadikan sesuatu. Allah ‎ﷻ tidak perlu lafaz pun, ia akan terjadi juga.

Tafsir Ayat Ke-48

Ini adalah sifat ke-enam.

وَيُعَلِّمُهُ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ وَٱلتَّورَٮٰةَ وَالإِنجيلَ

Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

وَيُعَلِّمُهُ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ

Dan Allah akan mengajarnya al-Kitab dan hikmah,

Lafaz الكِتابَ dalam ayat ini adalah Al-Qur’an. Apabila baginda dibangkitkan semula, baginda akan diajar Kitab Al-Qur’an dan baginda akan beramal dengan syariat dari Al-Qur’an.

Dan baginda juga akan diajar dengan sunnah Nabi Muhammad ﷺ. Kerana itu baginda kena belajar Al-Qur’an dan sunnah. Walaupun baginda adalah seorang Nabi, tetapi baginda tidak boleh pakai syariat lain selain daripada syariat Nabi Muhammad ﷺ.

Begitulah, walaupun seorang Nabi yang mulia macam mana pun, kena juga pakai syariat Nabi Muhammad ﷺ. Maka, tidak ada pilihan lain kepada manusia. Maka janganlah dilanggar syariat itu. Kenalah belajar syariat Nabi Muhammad ﷺ.

Jangan jadi sesat dengan menggunakan fahaman yang salah seperti yang diamalkan oleh puak tarekat sufi. Mereka amat bodoh ilmu agama sampaikan ada syariat yang dilanggar oleh mereka kerana hendak pakai pendapat guru mereka. Mereka kata ilmu dan darjat guru sudah terlalu tinggi sampai tidak perlu ikut syariat.

Semoga kita dan anak cucu kita terselamat dari ajaran sesat yang dibawa oleh golongan-golongan sebegitu.

وَٱلتَّورَٮٰةَ وَالإِنجيلَ

dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

Nabi Isa tahu dengan mendalam kitab Taurat (sebelum baginda diangkat ke langit). Kita telah tahu yang baginda telah diberikan dengan Kitab Injil. Namun baginda juga mahir dan hafal kitab Taurat itu. Waktu itu pendita dan pemuka puak Yahudi telah menukar isi kandungan kitab Taurat. Mereka telah memesongkan ajaran agama yang berlainan dengan apa yang ditulis dalam Kitab Taurat.

Jadi apabila mereka memesongkan Kitab Taurat, Nabi Isa telah beritahu yang benar. Baginda beritahu, apa yang disampaikan oleh pendita Yahudi itu tidak seperti yang termaktub dalam Taurat. Maka tentunya marah pendita-pendita Yahudi itu kerana Nabi Isa telah bongkar perbuatan buruk mereka itu. Susahlah mereka cari makan kalau apa yang mereka bawa sekarang dipersoalkan.

Mereka hendak lawan pun susah, kerana kalau mereka berkeras, Nabi Isa boleh suruh mereka keluarkan kitab Taurat yang asli dan boleh sama-sama periksa siapa yang benar. Maka kerana itu akhirnya mereka buat perancangan untuk bunuh Nabi Isa.

Tafsir Ayat Ke-49

Sifat ke tujuh dan seterusnya.

وَرَسولًا إِلىٰ بَني إِسرٰءِيلَ أَنّي قَد جِئتُكُم بِـَٔايَةٍ مِّن رَّبِّكُم ۖ أَنّي أَخلُقُ لَكُم مِّنَ الطّينِ كَهَيئَةِ الطَّيرِ فَأَنفُخُ فيهِ فَيَكونُ طَيرًا بِإِذنِ اللَّهِ ۖ وَأُبرِئُ الأَكمَهَ وَالأَبرَصَ وَأُحيِي المَوتىٰ بِإِذنِ اللَّهِ ۖ وَأُنَبِّئُكُم بِما تَأكُلونَ وَما تَدَّخِرونَ في بُيوتِكُم ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لَّكُم إِن كُنتُم مُّؤمِنينَ

Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) daripada Tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

وَرَسولًا إِلىٰ بَني إِسرٰءِيلَ

Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israel,

Nabi Isa عليه السلام adalah Rasul Bani Israel tetapi baginda akan menjadi Umat Nabi akhir zaman (Nabi Muhammad ﷺ).

Ayat ini dijadikan dalil bahawa Nabi Isa عليه السلام itu hanya Nabi untuk Bani Israel sahaja. Maka kalau sekarang selain daripada Bani Israel (seperti orang Cina dan India) menganut agama Kristian, maka memang tidak patut.

أَنّي قَد جِئتُكُم بِـَٔايَةٍ مِّن رَّبِّكُم

Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa tanda dari Tuhan kamu

Nabi Isa عليه السلام bukan datang dengan tangan kosong tetapi dengan tanda daripada Allah ‎ﷻ. Tanda baginda itu seorang Nabi, baginda datang dengan mukjizat. Baginda menegaskan yang tanda itu daripada Allah ‎ﷻ, bukan daripada baginda sendiri. Baginda tiada keupayaan untuk membuat mukjizat sendiri.

Inilah satu kekeliruan penganut Kristian. Mereka terkeliru dengan menyangkakan Nabi Isa عليه السلام mempunyai kuasa yang luar biasa melebihi manusia lain, sehinggakan mereka mengangkat baginda sebagai ‘Anak Tuhan’. Ini adalah kerana salah faham tentang mukjizat. Padahal mukjizat itu datang daripada kuasa Allah ‎ﷻ sahaja, bukan daripada baginda sendiri.

Masyarakat Islam yang jahil agama pun ada perasaan begitu terhadap Nabi Muhammad ﷺ. Mereka berkata Nabi Muhammad ﷺ bukan manusia biasa. Ini adalah kekeliruan kerana mereka jahil ilmu wahyu sahaja. Jadi, jangan sangka ayat ini tentang Nabi Isa عليه السلام dan penganut Kristian sahaja, tetapi ia boleh digunakan kepada masyarakat Islam kita yang jahil juga.

أَنّي أَخلُقُ لَكُم مِّنَ الطّينِ كَهَيئَةِ الطَّيرِ

iaitu aku boleh membuat untuk kamu daripada tanah liat seperti bentuk burung,

Sekarang disampaikan satu persatu mukjizat yang diberikan kepada Nabi Isa عليه السلام. Pertamanya tentang tanah liat yang dibentuk oleh baginda sehingga menyerupai seekor burung. Tentunya ia bukan burung asli. Baru lembaga burung sahaja. Buat bentuk macam ini biasa lagi.

فَأَنفُخُ فيهِ فَيَكونُ طَيرًا بِإِذنِ اللَّهِ

kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah;

Dengan izin Allah ‎ﷻ, apabila ditiup ukiran burung itu, maka ia hidup. Ini baru hebat dan mencabar akal mereka pada waktu itu.

Hendaklah ditekankan dengan kuat di sini bahawa ia terjadi ‘dengan izin Allah’. Kita kena sebut sebab kisah ini tidak sama kalau dalam Injil. Mereka buang lafaz ‘dengan izin Allah’ sampaikan penganut Kristian sangka yang Nabi Isa عليه السلام yang mempunyai kuasa itu.

وَأُبرِئُ الأَكمَهَ وَالأَبرَصَ وَأُحيِي المَوتىٰ بِإِذنِ اللَّهِ

dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah;

Mukjizat baginda yang seterusnya adalah menyembuhkan orang yang buta semenjak lahir (buat asli). Kalau buta semasa dewasa, itu belum hebat lagi.

Baginda juga boleh menyembuhkan orang yang berpenyakit sopak dan menghidupkan orang yang telah mati.

Mukjizat-mukjizat ini penting pada zaman itu kerana masyarakat waktu itu kuat dalam ilmu perubatan dan mereka memandang tinggi orang yang boleh mengubati. Kebiasaannya begitulah, mukjizat para Nabi berkaitan dengan masyarakat sezaman dengan mereka.

Kalau Nabi Musa عليه السلام, mukjizat utama baginda adalah untuk berlawan dengan sihir kerana masyarakat baginda kuat mengamalkan sihir. Kalau Nabi Muhammad ﷺ, mukjizat baginda yang terbesar adalah Al-Qur’an kerana baginda hidup di zaman manusia hebat dengan bahasa. Maka diberikan Al-Qur’an yang mengalahkan semua pemuka dalam bahasa pada zaman itu.

Sekali lagi, Allah ‎ﷻ menekankan dalam ayat ini yang kelebihan itu semuanya daripada Allah ‎ﷻ. Maka janganlah terkeliru yang kuasa itu datang daripada Nabi Isa عليه السلام pula.

وَأُنَبِّئُكُم بِما تَأكُلونَ

dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan

Baginda boleh beritahu mereka apa yang mereka makan sebelum itu – makan rotikah dan sebagainya.

وَما تَدَّخِرونَ في بُيوتِكُم

dan apa yang kamu simpan di rumah kamu

Baginda boleh beritahu apa yang mereka sorok di rumah mereka. Macam kita sorokkan barang berharga di rumah kita juga. Ada yang diletakkan di bawah katil, bawah bantal, atau kita tebuk lubang dalam dinding, bawah lantai, mungkin berbagai-bagai cara lagi.

Baginda boleh cakap apa yang mereka disimpan di rumah mereka. Tentunya mereka terkejut kerana mereka sudah sorok baik-baik, tetapi Nabi Isa عليه السلام boleh tahu juga. Apakah baginda ada memasang CCTV di rumah mereka? Tentu tidak kerana ini adalah mukjizat Nabi Isa عليه السلام.

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لَّكُم إِن كُنتُم مُّؤمِنينَ

Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda bagi kamu, jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman

Segala semua itu adalah tanda yang jelas yang baginda adalah Rasul. Kalau bukan bantuan daripada Allah ‎ﷻ, baginda tidak boleh tahu. Mukjizat sebegitu hanya diberikan kepada para Rasul sahaja.

Dalam riwayat ada disebut yang semua mukjizat itu dibuat dengan syarat. Sebelum baginda melakukan mukjizat itu, mereka kena berjanji untuk beriman kalau baginda tunjukkan. Maka, bukanlah baginda sentiasa melakukan perkara-perkara itu. Hanya sesekali sahaja dan bila perlu sebagai bukti kenabian baginda dan sebagai methode dakwah baginda.

Tafsir Ayat Ke-50

وَمُصَدِّقًا لِّما بَينَ يَدَيَّ مِنَ ٱلتَّورَٮٰةِ وَلِأُحِلَّ لَكُم بَعضَ الَّذي حُرِّمَ عَلَيكُم ۚ وَجِئتُكُم بِـَٔايَةٍ مِّن رَّبِّكُم فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطيعونِ

Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

وَمُصَدِّقًا لِّما بَينَ يَدَيَّ مِنَ ٱلتَّورَٮٰةِ

Dan juga mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang ada di hadapanku

Nabi Isa ‎ﷻ akan membenarkan kitab wahyu yang sebelumnya. Iaitu kitab yang ada di hadapan mereka, iaitu Taurat. Nabi Isa ‎ﷻ bukan hendak mengubah kitab Taurat itu. Satu pendapat yang kuat mengatakan bahawa syari’at yang dipakai oleh Nabi Isa ‎ﷻ waktu itu adalah daripada Kitab Taurat.

وَلِأُحِلَّ لَكُم بَعضَ الَّذي حُرِّمَ عَلَيكُم

dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang telah diharamkan kepada kamu;

Baginda akan menghalalkan benda-benda yang sebelum ini diharamkan. Sebab yang diharamkan itu adalah halal sebenarnya tetapi telah diharamkan oleh ulama’ mereka, bukannya Taurat.

Atau mungkin Allah ‎ﷻ yang mengharamkan, dan dihalalkan pula di dalam Kitab Injil. Maka ini termasuk dalam perkara nasikh mansukh. Ini membuktikan bahawa dalam Injil pun terdapat nasikh dan mansukh. Oleh itu, tidak patut kalau mereka pertikaikan hukum-hukum yang dimansukhkan di dalam Islam. Nasikh dan mansukh adalah perkara biasa sahaja di dalam agama.

Atau, seperti yang kita telah kata, mereka sendiri yang mengharamkan pada diri mereka. Maka Nabi Isa عليه السلام datang untuk menghalalkannya kembali. Sebagai contoh, Nabi Yaakub عليه السلام tidak boleh makan daging unta atas sebab-sebab kesihatan. Atau kerana baginda tidak suka rasa daging unta. Seperti kita juga, ada makanan yang kita tidak suka, maka itu merupakan perkara biasa sahaja. Yang pastinya, bukanlah Nabi Yaakub عليه السلام mengharamkan daging unta. Namun begitu kaum Yahudi mengharamkan daging unta ke atas diri mereka.

Sebahagian sahaja yang dihalalkan oleh Nabi Isa عليه السلام. Itulah penting kita lihat perkataan بَعْضَ itu yang bermaksud ‘sebahagian’. Ini penting kerana orang Kristian sudah salah faham terus. Mereka kata oleh kerana Nabi Isa عليه السلام sudah mati disalib, itu telah menyucikan segala dosa mereka, jadi mereka kata yang mereka sudah terselamat dan boleh berbuat apa-apa sahaja.

Inilah bala bagi mereka. Pada mereka, tujuan Nabi Isa عليه السلام itu disalib adalah untuk menyucikan dosa mereka, yang mereka panggil ‘Cardinal Sins’ – Dosa Keturunan. Pada mereka, semua bayi yang dilahirkan, terus berdosa dan hanya akan hilang dosa itu jikalau menerima Jesus sebagai penyelamat. Ini amatlah bertentangan dengan fahaman agama Islam kerana semua bayi dilahirkan suci tanpa dosa sebenarnya.

وَجِئتُكُم بِـَٔايَةٍ مِّن رَّبِّكُم

dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa tanda dari Tuhan kamu.

Nabi Isa عليه السلام datang dengan ayat Tuhan, bukan cakap sendiri. Baginda telah tunjukkan bukti dan dalil.

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطيعونِ

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Sepatutnya, dengan segala dalil dan bukti yang diberikan, mereka bertaqwa kepada Allah ‎ﷻ.

Manakala tanda taqwa adalah dengan mentaati baginda. Itulah sekurang-kurangnya yang perlu dilakukan oleh umat para Nabi kepada Nabi mereka.

Inilah yang selalu dikatakan oleh semua Nabi kepada umat mereka. Begitu juga dengan Nabi Muhammad ﷺ. Oleh kerana itu, selain daripada belajar tafsir Al-Qur’an, kenalah juga belajar hadith Nabi, supaya kita tahu apakah perkara yang sunnah dalam agama.

Allahu a’lam.

La Tahzan 224: Jangan Bersedih Jika Anda Miskin atau Serba Kekurangan (لا تحزنْ إنْ قلَّ مالُك أو رثَّ حالُك)

0

🕯🕯🕯🕯

La Tahzan 224: Jangan Bersedih Jika Anda Miskin atau Serba Kekurangan (لا تحزنْ إنْ قلَّ مالُك أو رثَّ حالُك)

Nilai sebenar anda adalah suatu yang lain (فقيِمتُك شيءٌ آخرُ)

قال عليٌّ رضي اللهُ عنهُ : قيمةُ كلِّ امرئٍ ما يُحسِنُ

Berkata Amir Al Mukminin Ali رضي الله عنه, “Nilai (sebenar) seseorang ialah apa jua kebaikan yang dilakukannya.”

Takhrij:

  1. Ibn Abdil Barr, Jami’ Al Bayan (جامع بيان العلم وفضله لابن عبد البر) No. 453
  2. Nahjul Balaghah ( نهج البلاغة، قصار الحكم، الرقم: 81) No. 81

🔏 Syarah:

فقيمةُ العالمِ عِلْمُهُ قلَّ منهُ أو كُثرَ ، وقيمةُ الشاعرِ شعرُه أحسن فيهِ أو أساء . وكلُّ صاحبِ موهبةٍ أو حرفةٍ إنما قيمتُه عند البشرِ تلك الموهبةُ أو تلك الحرفةُ ليس إلا ، فليحرصِ العبدُ على أنْ يرفع قيمتهُ ، ويُغلي ثمنه بعملِهِ الصالحِ ، وبعلْمِه وحكمتِه ، وجُودِهِ وحفْظِهِ ، ونبوغِه واطِّلاعِه ، ومُثابرتِه وبحْثِهِ ، وسؤالِه وحِرْصِهِ على الفائدةِ ، وتثقيفِ عقْلِهِ وصقْلِ ذهنهِ ، وإشعالِ الطموحِ في رُوحِهِ ، والنُّبلِ في نفسِهِ ، لتكون قيمتُه غاليةً عاليةً

  • Nilai Ilmuan ialah keluasan ilmunya; nilai penyair adalah syairnya, orang yang berbakat dan profesional dinilai kepada bakat dan profesionalismenya. Maka lakukan yang terbaik, perbanyak amal soleh, pertingkatkan diri maka nilai anda akan menjadi semakin mahal dan terangkat.

La Tahzan 223: Musibah itu Ringan (تهوينِ المصائبِ )

0

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 223-1: Musibah itu Ringan (تهوينِ المصائبِ )

قال بعضُ عقلاءِ التُّجَّارِ : ما أصْغرَ المصيبة بالأرباحِ ، إذا عادتْ بسلامةِ الأرواحِ

Berkata seorang ahli perniagaan yang bijaksana, “Apalah sangat kerugian yang menimpa keuntungan perniagaan berbanding dengan nyawa yang dapat diselamatkan daripada musibah.”

Misalnya sekarang, apabila musibah Covid-19 melanda dunia, banyak perniagaan gulung tikar, tetapi yang lebih penting ialah mencari jalan untuk menghentikan kematian akibat Covid-19.

وكان منْ قولِ العربِ : إنّ تسْلمِ الجِلَّةُ فالسَّخْلةُ هَدَرٌ

Pepatah arab: “Jika orang terhormat sudah selamat, anak kambing tidak dihiraukan lagi.”

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 223-2: Musibah itu Ringan (تهوينِ المصائبِ )

وقال ثامسطيوس : لم يتفاضلْ أهلُ العقولِ والدِّينِ إلا في استعمالِ الفضْلِ في حالِ القُدرةِ والنعمةِ ، وابتذالِ الصبرِ في حالِ الشِّدَّةِ والمحنةِ

Ahli falsafah Greek Themistius (Greek: Θεμίστιος, Themistios; m.390M Constantinople), berkata, “Kelebihan orang yang berakal dan beragama ialah bagaimana dia menetapkan keutamaan (awlawiyat, priorities) ketika masih berupaya (sihat) dan kenikmatan (harta) dan bagaimana memaksimakan kesabaran saat yang sukar dan ujian.”

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 223-3: Musibah itu Ringan (تهوينِ المصائبِ )

إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ

Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan. [An Nisa’: 104]

ولهذا يوجدُ عند المؤمنين الصادقين حين تصيبُهم النَّوازلُ والقلاقِلُ والابتلاءُ مِن الصبرِ والثباتِ والطُّمأنينِة والسكُّونِ والقيامِ بحقِّ اللهِ مالا يوجدُ عُشْرُ مِعْشارِهِ عند من ليس كذلك ، وذلك لقوَّةِ الإيمانِ واليقينِ

Fiqh ayat:
Mukmin sejati akan tetap sabar, tabah, tenang dan tetap melaksanakan hak Allah ‎ﷻ ketika ditimpa musibah. Sifat ketahanan orang mukmin berbanding orang bukan Islam (bila dilanda musibah) cuma baru 1/10 sahaja. Ini kerana disebabkan kekuatan iman dan keyakinannya.

🥀🥀🥀🥀

La Tahzan 223-4: Musibah itu Ringan (تهوينِ المصائبِ )

📚 Hadith Qudsi (sahih)

عن معقلِ بن يسارٍ رضي اللهُ عنه قال : قال رسولُ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – : (( يقولُ ربُّكم تبارك وتعالى : يا بن آدم ، تفرَّغْ لعبادتي ، أملأ قلبك غنى ، وأملأ يديْك رزِقاً . يا بن آدم ، لا تباعدْ مني ، فأملأْ قلبك فقراً ، وأملأْ يديك شُغلاً ))

Daripada Ma’qil bin Yasar رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Rabb kalian Tabaaroka wa Ta’ala, telah berfirman: “Hai anak Adam, keluarkan segala kesungguhanmu untuk beribadah kepada-Ku, nescaya aku penuhi hatimu dengan kekayaan. Dan Aku penuhi dua tanganmu dengan rezeki. Hai Anak Adam, janganlah kamu menjauhi-Ku, (jika kamu menjauh) Aku akan penuhi hatimu dengan kefakiran dan memenuhi tanganmu dengan kesibukan.“

(HR at Tabrani, Mu’jam al kabir, 500; Ibn Adi, Al Kaamil 3/301. Al Haakim, Al Mustadrak, 7926)

✍ Tahqiq:

الراوي : معقل بن يسار | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترغيب
الصفحة أو الرقم: 3165 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | انظر شرح الحديث رقم 113916
التخريج : أخرجه الطبراني (20/216) (500)، وابن عدي في ((الكامل في الضعفاء)) (3/301)، والحاكم (7926)
Penilaian Al Albani, sahih, Sahih At Targheeb, 3165

 

Tafsir Surah Ali-Imran: Tafsir Ayat Ke-40 hingga Ke-45

0

Tafsir Surah Ali-Imran
Tafsir Ayat Ke-40

Ini adalah tentang sifat manusia yang gopoh hendak mengetahui.

Setelah diberikan dengan berita yang baginda sendiri yang minta sebelumnya (anak), terus Nabi Zakaria عليه السلام hendak tahu maklumat lebih lagi. Sebagaimana seorang businessman yang masuk tender kerajaan… setelah diberitahu yang dia memenangi tender, tentulah soalan seterusnya yang dia akan tanya adalah: bila boleh dapat Surat Tawaran?

Ini adalah sifat normal manusia, begitu juga Nabi.

قالَ رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي غُلٰمٌ وَقَد بَلَغَنِيَ الكِبَرُ وَامرَأَتي عاقِرٌ ۖ قالَ كَذٰلِكَ اللَّهُ يَفعَلُ ما يَشاءُ

Nabi Zakaria berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”, Malaikat menjawab: “Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya”.

 

قالَ رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي غُلٰمٌ

Nabi Zakaria berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak,

Sekarang Nabi Zakaria عليه السلام hendak tahu alamat (tanda) yang isteri baginda sedang mengandung. Soalan daripada Nabi Zakaria عليه السلام ini bukanlah kerana baginda tidak percaya dengan janji Allah ﷻ. Jangan kita salah faham pula kerana seorang Nabi tentunya sudah yakin dengan Allah ‎ﷻ. Baginda sudah percaya kepada janji Allah ‎ﷻ tetapi yang baginda hendak tahu ‘cara bagaimana’ baginda akan mendapat anak.

Lihatlah dalam ayat ini, Nabi Zakaria tanya terus dengan Allah ‎ﷻ. Padahal berita gembira itu disampaikan oleh malaikat tetapi apabila hendak bertanya, baginda tanyakan terus pada Allah ‎ﷻ. Ini kerana baginda tahu, malaikat itu hanya penyampai sahaja, tidak boleh berbuat lebih daripada itu.

Maka begitulah, ini mengajar kita supaya tidak bertawasul dalam berkomunikasi dengan Allah ‎ﷻ. Kalau doa, doa terus sahaja kepada Allah ‎ﷻ. Tidak perlu pakai broker (orang tengah) dalam berdoa kerana Allah ﷻ Maha Mendengar doa kita.

وَقَد بَلَغَنِيَ الكِبَرُ وَامرَأَتي عاقِرٌ

padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”,

Baginda hendak tahu bagaimana cara baginda akan mendapat anak itu kerana baginda sedar yang baginda sudah tua (dalam riwayat dikatakan bahawa baginda sudah berumur 120 tahun). Maka memang baginda sangat tua dan kalau dalam keadaan normal seorang lelaki, tidak ada harapan untuk mendapat anak lagi.

Dan yang lebih pelik lagi, isterinya pula tidak pernah melahirkan anak (boleh dikatakan seorang yang mandul). Jadi, baginda tertanya-tanya, bagaimanakah caranya baginda akan mendapat anak? Adakah baginda kena berkahwin lain kerana isterinya mandul, atau Allah ‎ﷻ akan menjadikannya muda dan sihat semula? Atau baginda akan diberikan dengan isteri yang baru?

قالَ كَذٰلِكَ اللَّهُ يَفعَلُ ما يَشاءُ

Malaikat menjawab: “Dengan keadaan kamu sekarang, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya”.

Allah ‎ﷻ jawab yang anak itu akan dikurniakan kepada baginda dengan keadaan baginda waktu itu. Allah ‎ﷻ tidak perlu menukar isteri baginda, Allah ‎ﷻ juga tidak perlu menjadikan baginda muda semula.

Ini kerana Allah ‎ﷻ tidak perlu mengikut peraturan sesuatu proses untuk menjadikan sesuatu. Kita sebagai manusia, memanglah kena mengikut proses adat kejadian. Hendak buat sesuatu kena keadaan sempurna baru ia menjadi. Namun Allah ‎ﷻ boleh melakukan semua perkara yang menyalahi adat. Malah adat kejadian itu pun Allah ‎ﷻ yang buat, maka Allah ﷻ boleh sahaja hendak ganti.

Tafsir Ayat Ke-41

Ini adalah soalan seterusnya daripada Nabi Zakaria عليه السلام. Baginda terlalu gembira tidak terhingga. Maka baginda hendak tahu lebih lagi – sekarang hendak tahu ‘bila’ pula.

قالَ رَبِّ اجعَل لّي ءآيَةً ۖ قالَ ءآيَتُكَ أَلّا تُكَلِّمَ النّاسَ ثَلٰثَةَ أَيّامٍ إِلّا رَمزًا ۗ وَاذكُر رَبَّكَ كَثيرًا وَسَبِّح بِالعَشِيِّ وَالإِبكٰرِ

Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)”. Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi”.

قالَ رَبِّ اجعَل لّي ءآيَةً

Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda

Nabi Zakaria عليه السلام hendak tahu pula tanda yang isterinya akan melahirkan anak, atau tanda bila isterinya akan mengandung.

Bukanlah baginda gopoh tetapi dikatakan yang baginda ingin tahu supaya selepas dapat tanda itu, baginda boleh bersyukur banyak-banyak kepada Allah ‎ﷻ di atas kurniaan yang besar itu.

Atau baginda minta tanda bilakah isterinya akan mengandung supaya baginda boleh membuat persiapan sambut anak.

قالَ ءآيَتُكَ أَلّا تُكَلِّمَ النّاسَ ثَلٰثَةَ أَيّامٍ إِلّا رَمزًا

Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari melainkan dengan isyarat sahaja;

Allah ﷻ beritahu bahawa tanda yang isterinya akan mengandung adalah lidah baginda akan menjadi kelu selama tiga hari. Baginda hanya boleh berkomunikasi dengan umat baginda menggunakan isyarat tangan sahaja. Iaitu macam orang bisu.

وَاذكُر رَبَّكَ كَثيرًا

dan ingatlah kepada Tuhanmu banyak-banyak,

Allah ‎ﷻ menyuruh baginda mengingati Allah ‎ﷻ dalam hati (kerana lidah sudah kelu tidak boleh berkata). Zikir dalam hati pun dikira zikir juga.

وَسَبِّح بِالعَشِيِّ وَالإِبكٰرِ

dan bertasbihlah pada waktu malam dan pada waktu pagi

Baginda disuruh bertasbih dengan nama Allah untuk membersihkan diri daripada segala sifat syirik dan kekurangan.

Kalimah العَشِيِّ bermaksud waktu dari waktu Zuhur ke Maghrib.

Kalimah الإِبكارِ pula adalah waktu pagi dari waktu Fajar ke Dhuha. Waktu-waktu ini adalah waktu yang amat molek untuk berzikir dan beribadat kepada Allah ‎ﷻ.

Maksudnya: hendaklah berzikir  kepada Allah ﷻ sepanjang hari.

Tafsir lain:

Zikir: ingat dengan hati

Tasbih: sebut dengan lidah

Tafsir Ayat Ke-42

Selepas menceritakan tentang kejadian ajaib yang berlaku kepada Nabi Zakariya, Allah beralih pula kepada kisah Maryam. Nabi Zakariya mendapat anak di usia yang lanjut, itu sudah pelik. Tetapi lebih ajaib lagi adalah kisah Maryam dan kelahiran Nabi Isa a.s. tanpa ayah.

Maryam adalah seorang wanita yang mulia dan ditinggikan kedudukannya. Beliau adalah seorang wali Allah ﷻ. Tetapi salah faham tentang kedudukan Maryam telah menyebabkan separuh daripada manusia di dunia ini (penganut Kristian) telah kufur dengan menyeru beliau.

Ini kerana kelahiran Maryam yang pelik. Dan memang kebanyakan manusia akan terkesan dengan perkara yang ajaib. Ini kerana mereka tidak biasa dengar. Maka manusia perlu dibiasakan dengan perkara yang di luar kebiasaan. Maka kena biasakan baca dan belajar tafsir Al-Qur’an supaya biasa sahaja dengan perkara-perkara pelik kerana dalam Al-Qur’an memang selalu disebut.

Allah berfirman dalam ayat ini untuk memberitahu kita bahawa beliau adalah manusia biasa sahaja. Memang beliau seorang yang mulia tetapi masih lagi seorang manusia, jadi tidak boleh diseru dan dipuja. Ini kerana tidak ada sifat ilah pada beliau.

وَإِذ قالَتِ ٱلمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ يٰمَريَمُ إِنَّ اللَّهَ اصطَفٰكِ وَطَهَّرَكِ وَاصطَفٰكِ عَلىٰ نِساءِ العٰلَمينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

وَإِذ قالَتِ ٱلمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ

Dan ingatlah ketika malaikat berkata

Malaikat bercakap dengan Maryam dengan cara ilham kerana beliau bukan Nabi. Ulama’ hampir sepakat mengatakan tidak ada Nabi dan Rasul daripada kalangan wanita. Jadi tidaklah malaikat bercakap terus dengan Maryam. Kita tidak tahu cara bagaimana komunikasi itu berlaku.

يٰمَريَمُ إِنَّ اللَّهَ اصطَفٰكِ وَطَهَّرَكِ

Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu,

Allah ﷻ sendiri telah memilih Maryam menjadi manusia yang beriman dan taat. Allah pilih beliau kerana kesucian yang ada pada Maryam. Allah pilih dia dari dia kecil lagi. Ada orang, apabila telah dewasa baru dipilih, tetapi Maryam dari kecil lagi. Ini adalah satu kedudukan yang tinggi sekali.

Allah menyucikan Maryam daripada perkara-perkara yang tidak elok dalam hal agama. Beliau dari kecil lagi terpelihara daripada melakukan dosa-dosa besar.

وَاصطَفٰكِ عَلىٰ نِساءِ العٰلَمينَ

dan telah memilihmu melebihi perempuan-perempuan seluruh alam

Allah pilih Maryam setelah beliau baligh, menjadi perempuan yang paling mulia pada zamannya. Itu adalah kedudukan yang tinggi. Jadi sebelum baligh beliau dijaga, dan selepas baligh beliau diberi kedudukan yang tinggi.

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah ﷻ yang pilih Maryam menjadi makhluk yang taat. Bukannya Maryam itu salah satu ilah yang boleh dipuja. Inilah kekeliruan yang hendak diperjelaskan oleh Allah ﷻ.

Tafsir Ayat Ke-43

يٰمَريَمُ اقنُتي لِرَبِّكِ وَاسجُدي وَاركَعي مَعَ الرّٰكِعينَ

Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk 

يٰمَريَمُ اقنُتي لِرَبِّكِ

“Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu,

Allah yang pilih Maryam menjadi seorang yang taat kepada Allah. Allah perintah dia jadi taat, iaitu dengan jaga hukum.

وَاسجُدي وَاركَعي مَعَ الرّٰكِعينَ

dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.

Maryam perlu melakukan solat berjemaah bersama dengan orang lain. Kenapa dia kena solat berjemaah? Sebab dia tinggal di masjid, maka kena solat bersama dengan orang lain.

Disebut rukuk dalam ayat ini sebagai isyarat kepada ‘solat’, kerana kalau sebut ‘sujud’, tidak dikira solat lagi kerana sujud itu boleh dilakukan luar solat. Sebagai contoh, sujud syukur dan sujud tilawah boleh dilakukan di luar solat.

Disebut sujud dahulu kerana ibadah Yahudi adalah sujud selepas qiyam. Mereka tidak ada rukuk. Qiyam, rukuk dan sujud itu ada di dalam ibadat solat umat Nabi Muhammad.

Tafsir lain: rukuk itu bermaksud pergaulan, taat setia dan rendah diri dengan orang-orang lain di dalam masyarakat.

Tafsir Ayat Ke-44

ذٰلِكَ مِن أَنباءِ الغَيبِ نوحيهِ إِلَيكَ ۚ وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يُلقونَ أَقلٰمَهُم أَيُّهُم يَكفُلُ مَريَمَ وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يَختَصِمونَ

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

ذٰلِكَ مِن أَنباءِ الغَيبِ نوحيهِ إِلَيكَ

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad),

Yang telah disampaikan ini semua adalah cerita yang manusia tidak boleh tahu melainkan kalau Allah yang beri wahyu. Ia tidak boleh dicari dengan akal. Ini adalah sebagai dalil tsabitnya Nabi Muhammad itu seorang Nabi.

Semua orang pada zaman itu tahu yang Nabi tidak belajar dengan sesiapa. Baginda dikenali tidak pergi ke mana-mana pun pada jangkamasa yang lama. Kalau baginda ada hilang setahun dua, barulah boleh kata baginda ada pergi berguru dengan orang lain. Tetapi sepanjang hidup baginda, baginda ada di Mekah sahaja. Kalau pergi mengembara kerana berdagang pun, baginda pergi dengan orang lain yang tahu gerak-geri baginda dan apa yang baginda lakukan sepanjang perjalanan itu.

Jadi baginda tidak dapat kisah ini melainkan daripada wahyu daripada Allah. Dan kisah ini tentunya menyebabkan wakil Nasara dari Najran terkejut kerana maklumat ini tidak ramai yang tahu. Kalau penganut Kristian yang biasa pun tidak tahu kisah-kisah yang telah dibacakan oleh Nabi Muhammad itu. Kerana kisah-kisah sebegini hanya ada pada mereka yang berkedudukan tinggi dalam agama mereka sahaja.

وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يُلقونَ أَقلٰمَهُم أَيُّهُم يَكفُلُ مَريَمَ

sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam.

Dari sini kita dapat tahu yang ramai yang berebut hendak pelihara Maryam semasa beliau kecil. Punyalah ramai berebut sampai kena dibuat undian. Caranya adalah, masing-masing yang mahu memelihara Maryam perlu mencampak qalam (pen) mereka ke dalam air. Pada qalam itu ditulis nama mereka.

Dan telah ditakdirkan hanya qalam Nabi Zakariya sahaja yang timbul dan tidak hanyut. Ini adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Zakariya. Kerana Allah sendiri yang hendak Nabi Zakariya menjaga Maryam.

وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يَختَصِمونَ

Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi

Allah mengatakan yang Nabi Muhammad tidak ada ketika mereka berbantah-bantah tentang siapakah yang layak menjaga Maryam. Kerana masing-masing hendak menjaga beliau.

Memanglah Nabi Muhammad tidak ada waktu itu tapi baginda boleh beritahu kisah kejadian itu sekarang, sebab baginda dapat wahyu dari Allah. Ini hendak menegaskan kepada manusia terutama Kristian Najran itu bahawa memang tsabit baginda adalah seorang Nabi.

Tafsir Ayat Ke-45

إِذ قالَتِ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ يٰمَريَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنهُ اسمُهُ المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ وَجيهًا فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ وَمِنَ المُقَرَّبينَ

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

إِذ قالَتِ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ

ketika malaikat berkata

Malaikat masih berkomunikasi dengan Maryam dengan cara ilham (bukan dengan cara wahyu).

يٰمَريَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنهُ اسمُهُ المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ

Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam,

Malaikat memberitahu kepada Maryam bahawa akan terjadi anak dalam perut Maryam, dengan lafaz kun fayakun (Jadi, maka jadilah). Itulah lafaz ‘Kalimah Allah’ yang dimaksudkan.

Maknanya bayi itu akan terjadi dengan lafaz titah dari Allah. Ianya adalah karamah Maryam dan Mukjizat Nabi Isa a.s. Maka telah jelas yang Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa.

Nama baginda pun telah siap diberi oleh Allah. Nama ini adalah satu kelainan kerana tidak pernah nama seseorang dibinkan kepada nama emaknya. Kecuali Nabi Isa sahaja. Maka, kalau ada amalan yang menggunakan nama emak, seperti dalam perbomohan dan pembacaan talqin, kita tidak pasti dari manakah datangnya ajaran pelik itu.

Ayat ini adalah antara ayat yang digunakan oleh orang Kristian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil. Kristian kata, lihatlah dalam Al-Qur’an sendiri mengaku yang Nabi Isa itu adalah ‘Kalam’, dan ‘Kalam’ itu adalah Allah.

Itu adalah pandangan yang sesat. Kalimah yang dimaksudkan adalah kalimah Kun Fayakun. Sebenarnya, semua makhluk Allah jadikan dengan Kun Fayakun, bukannya Nabi Isa sahaja. Cuma Allah sebut khusus kepada Nabi Isa kerana baginda dijadikan dengan cara lain sedikit, di mana baginda tidak ada bapa.

Maka Allah hendak beritahu yang sama sahaja semua kejadian, Allah juga yang jadikan. Walaupun nampak manusia lain lahir hasil dari persenyawaan lelaki dan perempuan, tetapi sebenarnya Allah juga yang menjadikannya dengan lafaz kun fayakun.

Perkataan al-Masih adalah gelaran khas bagi Nabi Isa. Asalnya dari bahasa Ibrani yang bermaksud ‘diperciki dengan minyak’ (The anointed one). Ia dilakukan kepada raja-raja yang dinobatkan, di mana mereka akan dipalit dengan minyak.

Menurut kepercayaan Bani Israel, setelah mangkatnya raja mereka yang besar, iaitu Nabi Daud dan Nabi Sulaiman, akan datang lagi raja mereka yang besar, yang akan mendirikan kembali kerajaan Bani Israel. Raja yang dimaksudkan adalah Nabi Isa, iaitu raja yang memperbaiki jiwa yang rosak.

Tetapi pendita Yahudi tidak menerima kenabian baginda. Kerana Nabi Isa telah menegur kesalahan-kesalahan mereka dalam mengubah Kitab Taurat. Mereka marah sangat kepada baginda sampaikan mereka buat tohmahan yang Nabi Isa hendak mengambil alih kerajaan Rom. Oleh kerana mereka tidak menerima Nabi Isa, maka sampai sekarang mereka masih menunggu kedatangan raja itu.

وَجيهًا فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ

seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat,

Terkenal lagi dimuliakan di dunia kerana baginda adalah seorang Nabi. Bagindalah Nabi terakhir sehinggalah Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul.

Dan baginda akan terkenal kembali nanti apabila baginda turun semula nanti. Perkataan وَجيهًا datang dari perkataan ‘wajah’. Kalau seseorang itu anak haram, tentunya malu hendak tunjuk wajah di khalayak ramai. Tetapi Nabi Isa bukanlah anak haram, jadi tidak perlu baginda malu dengan kedudukan baginda. Kita sebut di sini kerana ada pihak yang mengatakan baginda anak haram.

Baginda juga akan terkenal di akhirat kerana baginda adalah salah seorang yang akan beri syafaat kepada orang beriman.

وَمِنَ المُقَرَّبينَ

dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan

Maksudnya baginda dihampirkan dengan Allah  . Ini adalah isyarat yang Allah rapatkan baginda secara fizikal iaitu diangkat ke langit. Ini adalah salah satu dalil yang menjadi sandaran yang Nabi Isa dinaikkan ke langit ke sisi Allah. Nanti kita akan berikan dalil-dalil yang lain.

Allahu a’lam.

La Tahzan 222: Banyak Sabar, Dapat yang Terbaik (يدرك الصبور أحمد الأمور) ووصف الحّسَ

0

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 222-1: Banyak Sabar, Dapat yang Terbaik (يدرك الصبور أحمد الأمور)

رُوِي عنْ عبدِالله بنِ مسعودٍ : الفَرَجُ والروحُ في اليقيِن والرضا ، والهمُّ والحزنُ في الشَّكِّ والسخطِ .
وكان يقولُ : الصَّبُورُ ، يُدركُ أحْمد الأمورِ

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, “Kelegaan dan kelapangan adalah dalam keyakinan dan keredhaan; keresahan dan kesedihan itu dalam keraguan dan kebencian.” (Ibn Jauzi, Sifatu Safwah, 2:159)

Katanya lagi (Ibn Mas’ud), “Orang yang banyak bersabar, mendapat yang terbaik.” (Al Qadhi Al Tanukhi, w. 342H, Al Farj Ba’da Syidddah, 1/40)

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 222-2: Banyak Sabar, Dapat yang Terbaik (يدرك الصبور أحمد الأمور)

قال أبانُ بنُ تغلب : سمعتُ أعربيّاً يقولُ : منْ أفْضلِ آداب الرجالِ أنهُ إذا نزلتْ بأحدِهمْ جائحةٌ استعمل الصبر عليها ، وألهم نفْسه الرجاء لزوالِها ، حتى كأنه لصبرِه يعاينُ الخلاص منها والعناء ، توكُّلاً على اللهِ عزَّ وجلَّ ،

Berkata Abaan bin Taghlib *(syiah Kufah, w.141H): “Aku pernah mendengar kata-kata seorang arab kampung (Badwi), “Adab terbaik seorang lelaki akan terserlah bila dia ditimpa musibah, jika dia menjadikan sabar sebagai senjata dan mencari jalan keluar. Oleh kerana kesabarannya, dia mampu melihat jalan keluar dan pertolongan berada di hadapannya kerana berkat tawakkalnya.”


Abaan adalah syiah yang baik, jujur dan bukan syiah rafidhah. Beliau bersama dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husin bin Ali.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 222-3: Banyak Sabar, Dapat yang Terbaik (يدرك الصبور أحمد الأمور)

روى الأصمعيُّ عنْ أعرابيٍّ أنه قال : خفِ الشَّرّ منْ موضعِ الخيْرِ ، وارجُ الخيْرَ منْ موضعِ الشَّرِّ ، فرُبَّ حياةٍ سببُها طلبُ الموتِ ، وموتٍ سببُه طلبُ الحياةِ ، وأكْثَرُ ما يأتي الأمنُ من ناحيِة الخوْفِ

Al Ashma’iy (w. 216H, ahli Bahasa Arab, Basrah) meriwayatkan daripada seorang A’rabi (arab kampung) yang berkata, “Takutlah akan keburukan yang muncul di tempat yang baik dan berharaplah kebaikan muncul dari tempat yang buruk.
Boleh jadi adanya kehidupan disebabkan adanya permintaan untuk mati; boleh jadi juga kematian itu terjadi kerana adanya harapan untuk hidup. Banyak kali terjadi rasa aman muncul daripada rasa takut.”

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 222-4: Banyak Sabar, Dapat yang Terbaik (يدرك الصبور أحمد الأمور)

Orang cerdik vs orang yang bodoh

وقال بعضُ الحكماءِ : العاقلُ يتعزَّى فيما نزل به منْ مكروهٍ بأمرينِ :
أحدهما : السرورُ بما بقي له .
والآخر : رجاءُ الفَرَجِ مما نَزَلَهُ به .
والجاهل يجزعُ في محنتِهِ بأمرينِ :
أحدهما : استكثارُ ما أوى إليه .
والآخر : تخوُّفُه ما هو أشدُّ منهُ

Berkata seorang hukama’ (orang yang bijaksana, majhul):

Orang yang cerdik apabila ditimpa musibah bersabar kerana dua faktor:

  1. Dia gembira kerana ada sesuatu yang masih tersisa untuknya;
  2. Masih ada harapan untuk jalan keluar daripada kemelut yang menimpanya.

Orang yang bodoh pula, adalah sebaliknya, dia ketakutan lantaran ujian yang menimpanya kerana juga dua faktor:

  1. Membesar-besarkan musibah yang menimpanya;
  2. Takut akan musibah yang lebih berat bakal menimpanya.

🍒🍒🍒🍒

La Tahzan 222-5: Banyak Sabar, Dapat yang Terbaik (يدرك الصبور أحمد الأمور)

ووصف الحّسَنُ بنُ سَهْلٍ المِحن فقال : فيها تمحيصٌ من الذنبِ ، وتنبيهٌ من الغفلةِ ، وتعرُّضٌ للثوابِ بالصبرِ ، وتذكيرٌ بالنعمةِ ، واستدعاءٌ للمثوبةِ ، وفي نظرِ اللهِ عزَّ وجلَّ وقضائِهِ الخيارُ

Pendekatan Al Hasan bin Sahl (pegawai kerajaan Daulah Abbasiah, Khalifah Al Ma’mun, w, 150H) yang berkata, “Dalam ujian ada penghapusan dosa, ada peringatan daripada kelalaian, mendapat pahala daripada bersabar, mengingati akan nikmat, ada harapan untuk mendapat ganjaran. Dalam pandangan Allah ‎ﷻ dan qadha’ (ketentuan-Nya) semua adalah baik belaka.”

La Tahzan 221: Tidak akan Kecewa Orang yang berbaik sangka kepada Allah ‎ (حُسْنُ الظَّنِّ باللهِ لا يخيبُ)

0

🌸🌸🌸🌸

La Tahzan 221-1: Tidak akan Kecewa Orang yang berbaik sangka kepada Allah ‎ (حُسْنُ الظَّنِّ باللهِ لا يخيبُ)

📚 Hadith Qudsi:

(( أنا عند ظنِّ عبدي بي ، فليظنَّ بي ما شاء ))

Aku menurut persangkaan (dzann) hamba Ku terhadap Diri Ku. Kerana itu, bersangkalah dia terhadap Ku menurut apa yang disukainya.”

Takhrij/tahqiq:

  • قالَ اللَّهُ عزَّ وجلَّ أنا عِندَ ظنِّ عَبدي بي فليظُنَّ بي ما شاءَ .
    الراوي : واثلة بن الأسقع الليثي أبو فسيلة | المحدث : الوادعي | المصدر : الصحيح المسند

الصفحة أو الرقم: 1214 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | انظر شرح الحديث رقم 88
التخريج : أخرجه أحمد (16016)، والدارمي (2731)، وابن حبان (633)

HR Ahmad, 16,016, ad Darimi, 2731, Ibn Hibban, 633, beliau mensahihkannya, disetujui oleh Syeikh Arnaout. Disahihkan oleh al Wada’iy, sahih al Musnad 1214, daripada Wathilah bin al Asqa’.

: إنَّ الرجاء مادَّةُ الصبرِ ، والمُعينُ عليه . فكذلك عِلَّةُ الرجاءِ ومادَّتهُ ، حُسْنُ الظَّنِّ باللهِ ، الذي لا يجوزُ أن يخيب ، فإنَّا قد نستقري الكرماء ، فنجدُهم يرفعون منْ أحسن ظنَّهُ بهمْ ،

Raja’ atau menaruh harapan adalah intipati kesabaran. Harapan juga membantu orang yang bersabar. Harapan dan bantuan datangnya daripada berbaik sangka kepada Allah ‎ﷻ (husnul zon) kerana husnul zon dengan Allah ‎ﷻ adalah jaminan untuk tidak gagal.

🌸🌸🌸🌸

La Tahzan 221-2: Tidak akan Kecewa Orang yang berbaik sangka kepada Allah (حُسْنُ الظَّنِّ باللهِ لا يخيبُ)

Firman Allah ‎ﷻ:

إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ عِبَادٌ أَمْثَالُكُمْ ۖ فَادْعُوهُمْ فَلْيَسْتَجِيبُوا لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu seru selain Allah itu adalah makhluk (yang lemah) yang serupa juga dengan kamu. Maka serulah berhala-berhala itu lalu biarkanlah mereka memperkenankan permintaanmu, jika kamu memang orang-orang yang benar. [Al A’raf: 194]

وأعدلُ الشواهدِ بمحبَّةِ الله جلَّ ذِكْرُه ، لتمسُّكِ عبدِه برحابهِ ، وانتظارُ الرَّوحِ منْ ظلِّهِ ومآبِه ، أنَّ الإنسان لا يأتيه الفَرَجَ ، ولا تُدركُه النجاةُ ، إلا بعد إخفاقِ أملهِ في كلِّ ما كان يتوجِّه نحوه بأملِه ورغبتِه ، وعند انغلاقِ مطالبِهِ ، وعَجْزِ حيلتِه

“Orang yang sentiasa berharap dan menanti pertolongan Allah ‎ﷻ ketika ia menemui jalan buntu, tidak tahu lagi ke mana tempat mengadu, kehabisan akalnya memikirkan jalan keluar, maka Allah ‎ﷻ menunjukkan kecintaan kepada hamba-Nya yang demikian dengan menunjukkan jalan keluar.”

Tafsir Surah Ali-Imran: Tafsir Ayat Ke-35 hingga Ayat Ke-39

0

Tafsir Surah Ali-Imran
Tafsir Ayat Ke-35

Kita sudah mula masuk kepada kisah Keluarga Imran ini (yang digunakan sebagai nama surah ini) dan kisah mereka dimulakan tentang Maryam رضي الله عنها, ibu kepada Nabi Isa عليه السلام.

إِذ قالَتِ امرَأَتُ عِمرٰنَ رَبِّ إِنّي نَذَرتُ لَكَ ما في بَطني مُحَرَّرًا فَتَقَبَّل مِنّي ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّميعُ العَليمُ

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepada-Mu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepada-Mu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

إِذ قالَتِ امرَأَتُ عِمرٰنَ

ketika isteri Imran berkata:

Isteri Imran bernama Hannah. Imran dikatakan bapa kepada Maryam رضي الله عنها. Ada juga khilaf tentang perkara ini kerana ada yang mengatakan bahawa Imran adalah nama keturunan dan bukannya nama bapa kepada Maryam رضي الله عنها. Allahu a’lam.

Sebelum ini Allah ‎ﷻ kata Dia Maha Mendengar. Sekarang Allah ‎ﷻ tunjuk contoh bagaimana Dia dengar doa ibu Maryam رضي الله عنها walaupun beliau berdoa dalam diam di rumah. Beliau pun bukanlah seorang nabi tetapi Allah ‎ﷻ tetap dengar dan makbulkan juga. Menunjukkan Allah ‎ﷻ dengar doa semua makhluk. Maka jangan kita lelah dalam berdoa. Teruskan berdoa dan yakinlah yang Allah ‎ ﷻ dengar doa kita.

رَبِّ إِنّي نَذَرتُ لَكَ ما في بَطني مُحَرَّرًا

Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepada-Mu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas

Ibu Maryam menazarkan kandungan bayi di dalam perutnya itu untuk menjadikan anaknya itu khusus buat ibadat dan berkhidmat kepada Allah ‎ﷻ. Maksudnya beliau ingin menyerahkan anaknya itu menjadi khadam BaitulMaqdis sebagaimana tok siak kalau di negara kita.

Kalimah “Muharraran” membawa maksud ‘bebas daripada jagaanku’ – seratus peratus (100%) berkhidmat untuk agama. Bebas daripada kehidupan dunia, maknanya duduk berkhidmat di Masjidil Aqsa sahaja tanpa kerja yang lain.

Syari’at dahulu boleh nazar begitu. Tidak ada dalam syari’at kita sebegitu. Janganlah pula ada yang baca ayat ini tanpa belajar, terus hendak nazarkan anak dalam perut menjadi tok siak masjid pula. Tidak perlu begitu.

فَتَقَبَّل مِنّي

maka terimalah nazarku

Maknanya kalau ibunya berdoa begitu, Maryam رضي الله عنها itu adalah anak biasa. Untuk mendapatkan Maryam رضي الله عنها pun setelah sekian lama beliau berdoa kepada Allah ‎ﷻ.

Maka, apabila beliau mengandung, beliau menjadi terlalu gembira sehinggakan beliau menazarkan anaknya itu. Beliau sangka anaknya itu adalah lelaki kerana syari’at agama ketika itu pun, hanya budak lelaki yang menjadi khadam di masjid. Maka beliau berharap sangat yang anaknya itu akan lahir sebagai lelaki.

Lihatlah bagaimana ibu Maryam berharap supaya Allah ‎ﷻ menerima nazarnya, bukanlah beliau berdoa supaya Allah ‎ﷻ menerima anaknya itu. Maknanya, pemberian anak itu adalah sebagai salah satu ibadat daripada dirinya sendiri dan beliau mengharapkan pahala daripada nazarnya itu.

إِنَّكَ أَنتَ السَّميعُ العَليمُ

sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Sekali lagi diulang yang Allah ‎ﷻ sahaja Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Ibu Maryam pun tahu perkara ini kerana inilah aqidah dari dahulu lagi.

Ibu Maryam pun tidak mendengar sama ada Allah ‎ﷻ terima doanya ataupun tidak. Ibu Maryam juga tidak mengetahui apakah kandungan dalam perutnya itu adalah anak lelaki atau tidak. Jadi, kalau Allah ‎ﷻ sahaja yang ada sifat Maha Mendengar dan Mengetahui, kenapa hendak sembah selain Allah ‎ﷻ? Kenapa hendak puja dan seru selain Allah ‎ﷻ?

Tafsir Ayat Ke-36

فَلَمّا وَضَعَتها قالَت رَبِّ إِنّي وَضَعتُها أُنثىٰ وَاللَّهُ أَعلَمُ بِما وَضَعَت وَلَيسَ الذَّكَرُ كَالأُنثىٰ ۖ وَإِنّي سَمَّيتُها مَريَمَ وَإِنّي أُعيذُها بِكَ وَذُرِّيَّتَها مِنَ الشَّيطٰنِ الرَّجيمِ

Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)

فَلَمّا وَضَعَتها قالَت رَبِّ إِنّي وَضَعتُها أُنثىٰ

Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan

Ibu Maryam berharap supaya anak yang dilahirkannya itu anak lelaki tetapi rupanya yang keluar adalah anak perempuan. Daripada lafaz katanya ini, kita dapat rasa bahawa beliau sedih kerana anaknya itu perempuan. Memang beliau tidak sangka sama sekali. Maknanya ibu Maryam tidak tahu perkara ghaib.

وَاللَّهُ أَعلَمُ بِما وَضَعَت

dan Allah memang lebih mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu

Allah ‎ﷻ lebih tahu apakah jantina anak yang akan dilahirkan. Semuanya dalam perancangan Allah ‎ﷻ. Memang Allah ‎ﷻ mahukan anak yang dilahirkan itu anak perempuan kerana Allah ‎ﷻ hendak anak itu menjadi ibu kepada seorang Nabi, maka kenalah yang dilahirkan oleh Hannah itu seorang perempuan.

وَلَيسَ الذَّكَرُ كَالأُنثىٰ

dan memanglah tidak sama lelaki dengan perempuan;

Tidak sama dari banyak segi antara lelaki dan perempuan. Ada persamaan dan ada juga perbezaan antara jantina. Kadang-kadang ada perkara yang perempuan lebih lagi daripada lelaki.

Dalam kes ini, untuk menjadi ibu kepada Nabi Isa عليه السلام, hanya orang perempuan sahaja yang boleh ambil tugas itu. Maka, Allah ‎ﷻ telah memilih Maryam رضي الله عنها untuk menjadi ibu kepada seorang Nabi. Walaupun beliau sendiri bukan Nabi (kerana Nabi mesti seorang lelaki) tetapi beliau adalah seorang ibu kepada Nabi. Tidak ada lelaki boleh mencapai kedudukan ini.

وَإِنّي سَمَّيتُها مَريَمَ

bahawasanya aku telah menamakannya Maryam

Ini adalah nama yang dipilih oleh ibu Maryam. Maryam dalam bahasanya bermaksud hamba yang sering beribadah kepada Allah ‎ﷻ. Ia nama yang indah dan bolehlah digunakan sebagai nama anak perempuan kita juga.

وَإِنّي أُعيذُها بِكَ وَذُرِّيَّتَها مِنَ الشَّيطٰنِ الرَّجيمِ

dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, daripada godaan syaitan yang kena rejam

Hannah mohon perlindungan untuk anaknya kepada Allah daripada syaitan. Bukan sahaja anaknya sahaja, tetapi keturunan anaknya itu juga. Maknanya, ibu Maryam ini sudah memandang ke hadapan. Doanya pun amat bagus sekali.

Tafsir Ayat Ke-37

فَتَقَبَّلَها رَبُّها بِقَبولٍ حَسَنٍ وَأَنبَتَها نَباتًا حَسَنًا وَكَفَّلَها زَكَرِيّا ۖ كُلَّما دَخَلَ عَلَيها زَكَرِيَّا المِحرابَ وَجَدَ عِندَها رِزقًا ۖ قالَ يٰمَريَمُ أَنّىٰ لَكِ هٰذا ۖ قالَت هُوَ مِن عِندِ اللَّهِ ۖ إِنَّ اللَّهَ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ

Maka dia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ia dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira

فَتَقَبَّلَها رَبُّها بِقَبولٍ حَسَنٍ

Maka dia diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik,

Allah ‎ﷻ menerima Maryam sebagai nazar ibunya; atau boleh bermaksud Allah ‎ﷻ menerima doa ibu‎ Maryam itu.

وَأَنبَتَها نَباتًا حَسَنًا

dan dibesarkannya dengan didikan yang baik,

Maryam telah dibesarkan dengan baik. Allah ‎ﷻ sendiri yang menjadikannya sebegitu. Ini kerana kalau anak kita, memang kita hendak dia jadi baik, kita beri didikan yang terbaik, tetapi tidak semestinya anak itu menjadi baik.

Lihatlah bagaimana anak-anak Nabi Yaakub, walaupun bapanya seorang Nabi, tetapi tidak semua anaknya menjadi. Namun Allah ‎ﷻ memastikan yang Maryam dibesarkan dengan didikan yang baik.

وَكَفَّلَها زَكَرِيّا

serta diserahkan-Nya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.

Nabi Zakaria telah dilantik oleh Allah ‎ﷻ sebagai penjaga Maryam. Ramai yang berpakat hendak menjaga Maryam رضي الله عنها kerana Imran telah meninggal. Ramai sangat yang hendak menjaga Maryam sampaikan terpaksa dilakukan undian.

Cara undian dilakukan adalah bagi setiap mereka yang mahu menjaga Maryam رضي الله عنها, perlu mencampak qalam (pen) mereka ke dalam sungai. Qalam yang timbul sahaja akan dipilih sebagai penjaga Maryam رضي الله عنها. Dengan kuasa Allah ‎ﷻ, hanya qalam Nabi Zakaria عليه السلام sahaja yang timbul.

Maka Allah ‎ﷻ sendiri yang pilih penjaga Maryam, seorang Nabi dan Rasul. Siang baginda akan bawa Maryam رضي الله عنها ke masjid BaitulMaqdis dan malam dibawa Maryam رضي الله عنها pulang untuk tidur dengan keluarga baginda.

كُلَّما دَخَلَ عَلَيها زَكَرِيَّا المِحرابَ وَجَدَ عِندَها رِزقًا

Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia dapati rezeki di sisinya.

Setiap kali Nabi Zakaria عليه السلام menemui Maryam رضي الله عنها di Mihrab, baginda dapati yang Maryam رضي الله عنها sentiasa ada rezeki bersamanya. Dikatakan bahawa rezeki itu dalam bentuk buah-buahan yang luar musim. Ini amat menghairankan kerana bukannya ada peti ais pun zaman itu.

Kalimah المِحرابَ adalah tempat yang dijadikan sebagai tempat pertapaan untuk umat Islam zaman itu. Ia berasal daripada perkataan حرب yang bermaksud ‘perang’. Ini adalah kerana tempat itu dijadikan sebagai tempat untuk bersendiri untuk berperang dengan nafsu dan syaitan yang mengganggu iman manusia.

Kalau zaman sekarang, ia adalah tempat yang ada lengkuk yang digunakan sebagai tempat imam salat berdiri semasa menjadi imam. Jadi penggunaan kalimah ini sudah berubah.

قالَ يٰمَريَمُ أَنّىٰ لَكِ هٰذا

Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati ini?”

Makanan yang ada di sisi Maryam itu amat menghairankan Nabi Zakaria عليه السلام kerana baginda yang menjaga Maryam رضي الله عنها dan makanan disediakan olehnya. Dari mana pula datangnya buah-buahan itu?

قالَت هُوَ مِن عِندِ اللَّهِ

Maryam menjawab; “Ianya dari Allah,

Maryam رضي الله عنها menjawab yang semua rezeki itu adalah daripada Allah ‎ﷻ yang didapati tanpa ikhtiar daripada dirinya.

Dalam ayat ini Maryam رضي الله عنها menggunakan lafaz هُوَ (ia) dan tidak menggunakan هٰذا (ini) walaupun itulah lafaz yang digunakan oleh Nabi Zakaria عليه السلام. Ini adalah kerana apabila menggunakan lafaz هُوَ ia merangkumi semua perkara yang didapati oleh Maryam رضي الله عنها, dan bukan hanya merujuk kepada makanan itu sahaja.

إِنَّ اللَّهَ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ

sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira

Allah ‎ﷻ boleh memberi apa-apa sahaja kepada hamba-Nya dengan cara tanpa boleh difikir dengan akal. Allah tidak kira pun pemberian apa yang diberi-Nya kerana Dia boleh beri apa sahaja.

Apa yang diberi kepada Maryam رضي الله عنها itu adalah satu jenis ‘Karamah’. Memang karamah boleh diberi untuk orang soleh. Ia diberikan kepada Maryam رضي الله عنها kerana taqwa yang ada pada dirinya. Beliau seorang yang takut sangat dengan Allah ‎ﷻ dan amat menjaga dirinya.

Tafsir Ayat Ke-38

هُنالِكَ دَعا زَكَرِيّا رَبَّهُ ۖ قالَ رَبِّ هَب لي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَميعُ الدُّعاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan

هُنالِكَ دَعا زَكَرِيّا رَبَّهُ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya,

Apabila melihat karamah yang diberikan kepada Maryam رضي الله عنها, memberi keazaman baru kepada Nabi Zakaria عليه السلام. Baginda berfikir, kalau Maryam رضي الله عنها boleh diberikan oleh Allah ‎ﷻ sebegitu rupa, tentu Allah ‎ﷻ boleh beri kepadanya seorang anak. Ini kerana baginda telah lama teringinkan anak untuk menyambung tugas baginda mengajar kepada umatnya.

Begitulah, apabila kita tengok kejadian Qudrat Allah ‎ﷻ kepada orang lain, ia lebih terkesan di hati kita dan menjadikan doa kita lebih mantap. Kerana pengharapan kita waktu itu paling tinggi. Seorang Nabi pun boleh dapat peringatan daripada orang lain. Bukannya Nabi Zakaria عليه السلام tidak percaya kepada Allah ‎ﷻ boleh memakbulkan doanya, tetapi kejadian yang terjadi kepada Maryam رضي الله عنها itu benar-benar memberi kesan mendalam kepada baginda.

Daripada bahasa yang digunakan, Nabi Zakaria عليه السلام terus berdoa di situ juga. Baginda tidak bertangguh dalam doa baginda. Begitulah, ini mengajar kita adab dan cara berdoa. Apabila kita nampak sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa kita, teruslah berdoa. Dalam berdoa, kena pandai cari suasana yang kita rasa kita akan bersungguh-sungguh doa. Ini kerana kita memang selalu berdoa tetapi selalunya ia dalam keadaan sambil lewa.

قالَ رَبِّ هَب لي مِن لَدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً

katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;

Baginda terus berdoa meminta Allah ‎ﷻ mengurniakan anak kepada baginda. Dalam Surah Maryam, doa ini lebih panjang lagi. Baginda bukan sahaja meminta diberikan dengan seorang anak, tetapi baginda minta anak yang baik, yang soleh, yang boleh menyambung tugasnya mengajar umat dengan ilmu agama.

Sebenarnya baginda meminta supaya anak itu menjadi Nabi yang akan menggantikannya selepas baginda tiada nanti. Ini telah diceritakan dengan lebih panjang lagi dalam Surah Maryam.

إِنَّكَ سَميعُ الدُّعاءِ

sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa permohonan

Allah ‎ﷻ Maha Mendengar dan boleh memberikan apa sahaja yang diminta oleh makhluk. Tidak sama dengan kita. Kita dengar juga doa orang namun kita tidak boleh berbuat apa-apa.

Maka kalau kita sedar ayat ini, kita lebih berharap dalam doa kita. Kerana kita sedar yang apa sahaja yang kita minta kepada-Nya, Dia sedang mendengar. Cuma terpulang kepada-Nya sama ada hendak memberikan atau tidak.

Tafsir Ayat Ke-39

فَنادَتهُ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَهُوَ قائِمٌ يُصَلّي فِي المِحرابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحيىٰ مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصورًا وَنَبِيًّا مِّنَ الصّٰلِحينَ

Lalu dia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh

فَنادَتهُ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَهُوَ قائِمٌ يُصَلّي فِي المِحرابِ

Lalu dia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab,

Malaikat terus sampaikan berita gembira (selepas menerima arahan daripada Allah) bahawa doa baginda dimakbulkan semasa baginda sedang salat. Oleh kerana ada huruf ف dalam perkataan فَنادَتهُ, menunjukkan bahawa jawapan itu terus diberi tanpa lengah. Seumpama, Nabi Zakaria عليه السلام minta, dan terus dijawab.

Nabi Zakaria عليه السلام mendapat jawapan itu semasa baginda sedang salat. Kenapa dimasukkan maklumat yang baginda sedang salat? Ini kerana Allah ‎ﷻ hendak beritahu bahawa doa dalam salat adalah yang paling baik.

Selalu orang kita hanya doa di luar salat, panjang-panjang doanya. Sedangkan Nabi banyak mengajar sahabat untuk berdoa semasa di dalam salat lagi. Doa itu boleh dilakukan sama ada semasa sujud ataupun di dalam tahiyyat akhir.

أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحيىٰ

Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan seorang anak lelaki bernama Yahya,

Berita gembira itu adalah Nabi Zakaria عليه السلام akan diberikan dengan seorang anak lelaki yang bernama Yahya (bermaksud: yang hidup). Namanya berkaitan dengan kehidupan.

Nama pun Allah ‎ﷻ telah siap-siap berikan. Nabi Yahya عليه السلام itu tua enam bulan daripada Nabi Isa عليه السلام. Baginda yang akan membantu Nabi Isa عليه السلام dalam dakwah baginda nanti.

مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ

yang akan membenarkan Kalimat daripada Allah,

Maksudnya baginda akan membenarkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa عليه السلام. Ini kerana ‘Kalimat daripada Allah’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Nabi Isa عليه السلام.

Nabi Yahya عليه السلام juga akan beriman dengan Nabi Isa عليه السلام juga. Tugasnya adalah untuk membantu Nabi Isa عليه السلام dalam dakwah menegakkan Islam. Sampaikan akhirnya baginda dibunuh dalam dakwah baginda.

وَسَيِّدًا وَحَصورًا

dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri,

Maksudnya baginda akan menjadi pemimpin. Maksudnya, orang akan mengenalinya kerana kehebatan yang ada pada diri baginda.

Perkataan حَصورًا bermaksud ‘boleh jaga nafsu’. Maknanya baginda tidak berminat langsung kepada wanita. Kalau kita manusia biasa, alim dan warak macam mana pun, kalau ada perempuan yang lalu di hadapan kita, kita akan lihat juga, bukan? Kerana ini adalah naluri seorang lelaki.

Namun Nabi Yahya عليه السلام tidak pandang pun. Baginda dikatakan tidak berkahwin pun. Ini adalah kelebihan yang diberikan kepada Nabi Yahya عليه السلام. Tetapi tidaklah kita perlu ikut sunnah ini pula. Kerana kita memang Allah ﷻ telah berikan nafsu yang sihat, jadi tidak perlu hendak tahan-tahan pula.

وَنَبِيًّا مِّنَ الصّٰلِحينَ

dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh

Nabi Zakaria عليه السلام diberitahu yang anaknya itu akan menjadi Nabi dan baginda akan menjadi anak yang soleh (tetapi soleh kategori Nabi), bukan soleh manusia biasa.

Allahu a’lam.

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 11/2020

0

Telinga Bernanah

Soalan 1:

  1. Doktor, ada cecair seperti nanah telah keluar dari dalam telinga saya tetapi tiada rasa sakit. Sebagai rawatan alternatif, saye telah meletakkan bawang putih ke dalam telinga. Bagaimanakah caranya untuk saya menghentikan cairan nanah yang keluar itu?
  2. Mengapa telinga saya masih bernanah dan berdesing walaupun telah mengambil antibiotik selama seminggu?

Jawapan:

  1. Puan perlu berjumpa doktor dan buang bawah putih itu. Cairan nanah yang keluar dari dalam telinga adalah tanda sudah ada jangkitan dalam telinga dan perlu dirawat dengan pengambilan antibiotik.
  2. Sila berjumpa doktor yang sama untuk membuat pemeriksaan sekali lagi.

[Telinga bernanah selalunya berpunca daripada jangkitan kuman yang berlaku pada bahagian dalam telinga. Ia boleh disebabkan nanah yang terbentuk di belakang gegendang telinga ataupun pada saluran telinga.

Ia selalunya disebabkan jangkitan bakteria pada kawasan tersebut. Jika telinga anda mengeluarkan nanah, anda perlu berjumpa doktor dengan segera.]

https://thediagnosa.com/telinga-bernanah-punca-rawatan/

 

Masalah Otot dan Pengambilan Kalsium

Soalan 2:

  1. Doktor, apa rawatan untuk simpul biawak iaitu seperti urat bersimpul dan rasa kurang selesa dan berdenyut-denyut dan kesakitan pada lutut ketika menaiki tangga?
  2. Saya telah mengalami kekejangan otot ketika sedang tidur dalam keadaan suasana bilik terlalu sejuk. Kalau masalah tersebut berpunca kerana kekurangan kalsium, berapa mg perlu diambil? Bagaimana pengambilan kalsium untuk warga emas pula?

Jawapan:

  1. Maaf, saya kurang faham dengan simpul bawak. Jika ia bersamaan dengan kekejangan otot (muscle cramp), ini menunjukkan puan kekurangan mineral terutamanya kalsium.
  2. Pengambilan kalsium boleh diambil sebanyak 600 hingga 1000 mg sekali sebelum tidur.

[Kekejangan otot adalah perkara biasa dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Orang dewasa yang lebih tua dan wanita hamil biasanya mengadu kekejangan kaki semasa mereka sedang berehat atau bangun daripada tidur, atlet boleh mengalami kekejangan apabila mereka melakukan aktiviti yang menolak had ketahanan mereka, dan sesetengah orang mengalami kekejangan otot sebagai tanda keadaan perubatan yang lain. Salah satu rawatan yang berpotensi yang sudah dipasarkan untuk mengelakkan kekejangan otot adalah suplemen kalsium magnesium. Magnesium adalah mineral biasa dalam diet kita dan makanan tambahan mineral ini boleh didapati sama ada melalui Internet atau di kedai-kedai makanan kesihatan dan farmasi (biasanya dalam bentuk pil atau serbuk untuk dilarutkan di dalam air).]

https://www.cochrane.org/ms/CD009402/NEUROMUSC_magnesium-untuk-kekejangan-otot

 

Keperluan menyimpan ubat-ubatan

Soalan 3:

Doktor, bolehkah orang awam menyimpan stok ubat-ubatan sebagai persediaan kecemasan selain daripada yang tersenarai dalam kotak ‘First Aid’?

Jawapan:

Saya kurang pasti mengenai perkara tersebut tetapi ubat-ubatan selain daripada yang tersenarai dalam kotak ‘First Aid’ memerlukan preskripsi daripada doktor.

 [Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini. Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.]

http://www.myhealth.gov.my/penyimpanan-ubat-yang-betul/

 

Masalah mata berkedip-kedip

Soalan 4:

Doktor, adakah normal jika kanak-kanak berusia 2 tahun sering mengenyit-ngenyitkan mata?

Jawapan:

Mungkin hanya ‘muscle twitch’ pada kelopak mata, atau mungkin juga disebabkan mata tidak selesa disebabkan mata yang kering kerana kurang minum air.

[Dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai miokimia. Gerakan otot secara tiba-tiba (spasma) ini biasanya didominasi oleh kontraksi otot kelopak mata bawah dan berlaku hanya pada sebelah mata pada satu-satu masa.

Terdapat beberapa keadaan mata yang berkelip boleh berlarutan andai ada rangsangan berlebihan seperti:

  • Stres dan tekanan berlebihan;
  • Pengambilan kafein berlebihan;
  • Gangguan tidur atau tidak cukup lena;
  • Mata kering;
  • Pengambilan alkohol;
  • Iritasi atau radang pada permukaan biji mata atau bahagian dalam kelopak mata;
  • Merokok;
  • Terdedah kepada cahaya terang;
  • Terdedah kepada cuaca dan angin;
  • Sakit kepala atau pening; dan
  • Kesan pengambilan ubatan atau rawatan tertentu.

Meskipun masalah mata berkedip tidak merbahaya, sebaiknya ambil beberapa langkah pencegahan bagi memelihara mata seperti berikut:

  1. Elak pengambilan minuman kafein seperti kopi, teh dan coklat.
  2. Tidur secukupnya. Ini termasuk hadkan penggunaan gajet atau aktiviti menonton televisyen dan video berlarutan sehingga awal pagi.
  3. Hentikan pengambilan alkohol kerana akibatnya sama dengan kafein yang boleh memberi kesan kepada saraf mata.
  4. Pengambilan air kosong mencukupi kerana masalah mata seperti mata kering, kerengsaan atau radang mata boleh berlaku akibat kekurangan air.
  5. Pengambilan nutrisi baik untuk mata seperti sumber makanan yang mengandungi vitamin A, B12, D dan asid lemak omega 3.
  6. Rawat mata dengan kaedah tuam menggunakan tuala suam apabila mata berkedip lebih kerap berbanding biasa.
  7. Disarankan buat urutan lembut bawah kelopak mata bagi membantu peredaran darah dan menguatkan otot mata. Namun diingatkan, jari atau tangan harus dalam keadaan bersih.]

https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/06/470580/kerdip-sebelah-mata

Popular

Iklan

Iklan