Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.3.16 Epilog/Penutup

10.3.16 Epilog/Penutup

112
0
Iklan

☄☄☄☄

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.16 Epilog/Penutup

🔐 Rumusan Tanda Besar Kiamat Ketiga: Ya’juj dan Ma’juj

🏛 Apakah Ya’juj dan Ma’juj muncul sekali pada akhir zaman atau muncul berkali-kali?

Aliran salafiyah/ahlil hadith: mengambil maksud secara harfiyah atau literal, Ya’juj dan Ma’juj hanya akan muncul pada akhir zaman, bila dunia hampir akan kiamat sahaja. Ini pendapat Tabary, Ibn Kathir, Imam Ibn Hajar, Imam Nawawi.

Aliran ra’yi atau aliran takwil, ini pendapat Syeikh Al Maraghi, Syed Qutub, Dr Abdul Fatah Al Khalidi. Puak Mongol adalah, Viking, Hitler, China, Turki adalah jenis Ya’juj dan Ma’juj, mereka telah keluar dan melakukan kemusnahan dan akan ada lagi kaum sebegini di akhir zaman.

🏛 Sifat atau asal kejadian Ya’juj dan Ma’juj
Tobary: Ya’juj dan Ma’juj adalah “cannibal”, kaum yang makan manusia.

Ibn Kathir رحمه الله: Ya’juj dan Ma’juj keturunan Yafith bin Nuh

Al-Qurthubi رحمه الله: Bangsa Turki

Manakala Al Maraghi: Ya’juj dan Ma’juj adalah daripada kaum Tartar, Mongol, Turki dan China.

Syed Qutb juga berpendapat seperti Al Maraghi: Ya’juj dan Ma’juj adalah puak Tartar dan Mongol.

Mufassir Indonesia, Qurashi Shihab: Ya’juj dan Ma’juj adalah bangsa Tartar dan Mongol.

TM Hasbi As Siddiqi: Ya’juj dan Ma’juj adalah bangsa Tartar dan Mongol.

Muhaqqiqin: Dr al Areefi, Dr Yusof al Wabil, Dr al Mubayyadh: Ya’juj dan Ma’juj adalah keturunan Yafith bin Nuh dan akan muncul di akhir zaman.

🏛 Apakah Ya’juj dan Ma’juj sudah wujud sekarang dan menunggu masa untuk keluar?

Aliran salaf, hadith berpendapat ia sudah wujud cuma terhalang oleh Tembok Zulqarnain.

Aliran ra’yi, rasional, ta’wil, ia sudah pun keluar memusnahkan manusia, iaitu kaum Mongol dan Tartar.

🏛 Di manakah Tembok Zulqarnain?

Ini masih belum ditemui cuma dakwaan sahaja, antara lokasi popular ialah di Turki, Azerbaijan, Armenia, Russia, Dagestan, Afghanistan, Nepal, India, Kashmir, dan China.

🏛 Rumusan: Isu Ya’juj dan Ma’juj masih termasuk isu ghaibiyat, kuncinya hanya milik Allah ‎ﷻ, buat masa ini tidak ada expedisi mencari lokasi Tembok Zulqarnain oleh mana-mana badan yang berautoriti seperti National Geographic Society atau Smithsonian.

TAMAT

Komen dan Soalan