Utama At-Tazkirah Qurthubi At-Tazkirah Qurthubi: Tahqiq Kitab – Pertemuan Arwah di Langit dan Pertanyaan tentang...

At-Tazkirah Qurthubi: Tahqiq Kitab – Pertemuan Arwah di Langit dan Pertanyaan tentang Penduduk Bumi

471
0
Iklan

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 18: Pertemuan Arwah di langit dan Pertanyaan tentang penduduk Bumi

(باب ما جاء في تلاقي الأرواح في السماء و السؤال عن أهل الأرض و في عرض الأعمال)

18-11: Dilarang mencaci orang mati (زجر عن سوء القول في الأموات )

فقد روي في الحديث أن النبي صلى الله عليه و سلم كان يهدي لصدائق خديجة صلة منه لها وبراً و إذا كان الفعل صلة وبراً كان ضده عقوبة و قطيعاً و عقوقاً

Dalam riwayat lain sebuah hadith di mana Nabi ﷺ memberi hadiah kepada kawan-kawan Khadijah رضي الله عنها (setelah Khadijah رضي الله عنها wafat) untuk menyambung silaturahim dan kebajikan.” (Muttafaq alaih)

Takhrij:
(HR Bukhari 3818,Muslim 2435), daripada Aisyah رضي الله عنها .

Dalam sebuah khabar daripada Nabi ﷺ , Baginda bersabda:”

فقد ورد في الخبر عن النبي صلى الله عليه و سلم : إن الملك يتباعد عن الرجل عند الكذبة يكذبها ميلين من نتن ما جاء به و كذلك كل معصية لله تؤذي الملك الموكل به

“Malaikat menjauhi seseorang yang berdusta sejauh dua batu kerana tidak tahan dengan bau busuk dusta tersebut. Begitu juga segala jenis maksiat yang dilakukan manusia semuanya menyakiti malaikat yang mengawasinya.”

Tahqiq: Menurut muhaqqiq Khalid Muhammad Uthman, hadith ini tiada asalnya.

Kod/Bab 19: Kemana Perginya Roh dan Bagaimana Keadaannya Setelah Keluar daripada Jasad

(باب في شأن الروح و أين تصير حين تخرج من الجسد )

19-1: Kenyataan Abul Hasan Al Qabisi رحمه الله

قال أبو الحسن القابسي رحمه الله : الصحيح من المذهب ، و الذي عليه أهل السنة ، أنها ترفعها الملائكة حتى توقفها بين يدي الله تعالى فيسألها ، فإن كانت من أهل السعادة قال لهم : سيروا بها و أروها مقعدها من الجنة . فيسيرون به في الجنة على قدر ما يغسل الميت . فإذا غسل الميت و كفن ردت و أدرجت بين كفنه و جسده ، فإذا حمل على النعش فإنه يسمع كلام الناس ، من تكلم بخير و من تكلم بشر . فإذا وصل إلى قبره و صلي عليه ، ردت فيه الروح و أقعد ذا روح و جسد ، و دخل عليه الملكان الفتانان على ما يأتي

Abu Al-Hasan Al-Qabisi رحمه الله berkata, Mazhab yang sahih yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah ialah, bahawa roh itu setelah keluar daripada tubuhnya diangkat oleh para malaikat, sampai dihadapkan kepada Allah ‎ﷻ , lalu Allah‎ ﷻ menanyainya. Jika roh itu tergolong ke dalam mereka yang mendapat kebahagiaan, maka Allah‎ ﷻ menitahkan, “Bawalah dia, dan perlihatkan kepadanya bakal tempatnya dalam syurga.” Maka para malaikat membawanya masuk ke syurga selagi jasadnya dimandikan.

Jika jasad orang itu telah dimandikan dan dikafani, maka rohnya dikembalikan dan dimasukkan di antara jasad dan kafannya. Oleh kerana itu, ketika jasadnya dibawa di atas keranda, dia dapat mendengar perkataan orang-orang yang baik mahu pun yang buruk. Dan apabila disalatkan dan sampai di kuburan, maka roh itu dikembalikan lagi, dan orang itu didudukkan sebagai manusia yang bernyawa dan berjasad. Kemudian dua malaikat datang menemuinya untuk mengujinya, sebagaimana akan diterangkan nanti.”

Tahqiq:
Menurut muhaqqiq at tazkirah, Dr Muhammad Sadiq Ibrahim, itu cuma pendapat Al Qabisi kerana dalam mazhab Ahlus Sunnah wal Jama’ah terdapat banyak pendapat kerana dalil-dalil yang saling bertentangan.
———————

Abul Hasan Al Qabisi, wafat 403H, Maliki, Morocco.

19-2: Athar Amru bin Dinar

و عن عمرو بن دينار قال : ما من ميت يموت إلا روحه في يد ملك ، ينظر إلى جسده كيف يغسل ، و كيف يكفن ، و كيف يمشي به فيجلس في قبره .
قال داود : و زاد في هذا الحديث . قال : يقال له و هو على سريره : اسمع ثناء الناس عليك . ذكره أبو نعيم الحافظ في باب عمرو

Daripada Amru bin Dinar (tabi’in, murid Ibn Abbas رضي الله عنهما , Ibn Umar رضي الله عنهما , w.126H), dia berkata, “Tidaklah seseorang meninggal dunia, melainkan rohnya ada di tangan malaikat. Mayat itu melihat bagaimana jasad dirinya dimandikan, bagaimana dikafani, dan bagaimana dia dibawa berjalan. Lalu dia duduk dalam kuburnya.”
Daud (perawi Amru, Daud bin Abdul Rahman Al Athar) berkata,” Ada tambahan akan hadith ini, dikatakan kepadanya ketika mayatnya terbujur di atas katil.” Dengarlah pujian manusia terhadapmu. ‘ (HR Abu Nua’aim dalam Al Hilyah) (3/349).

Tahqiq:

س/ هل يسمع الميت الكلام أثناء تشييع الجنازة؟
أجاب الشيخ عطية صقر رحمه الله رئيس لجنة الفتوى بالازهر الشريف: وقد حكم على بعض الأحاديث بالضعف

Ditanyakan kepada Pengerusi Lajnah fatwa Al Azhar Al Syarif, apakah mayat mendengar perbualan manusia di sekelilingnya. Jawab Syeikh, memang ada hadith, tetapi dhaif. Ia mengenai alam ghaib dan memerlukan dalil yang qat’iy.

Athar tabi’in tidak boleh dijadikan dalil.

19-3: Hikayat Imam Al Ghazali رحمه الله Bahagian 1 (tiada asalnya)

و قال أبو حامد في كتاب كشف علوم الآخرة : فإذا قبض الملك النفس السعيدة ، تناولها ملكان حسان الوجوه ، عليهما أثواب حسنة ، ولهما رائحة طيبة ، فيلفونها في حرير من حرير الجنة ، و هي على قدر النحلة ، شخص إنساني ما فقد من عقله و لا من علمه المكتسب له في دار الدنيا ، فيعرجون بها في الهواء ، فلا يزال يمر بالأمم السالفة و القرون الخالية كأمثال الجراد المنتشر ، حتى ينتهي إلى سماء الدنيا ، فيقرع الأمين الباب فيقال للأمين : من أنت ؟ فيقول : أنا صلصائيل ، و هذا فلان معي بأحسن أسمائه و أحبها إليه فيقول : نعم الرجل كان فلان ، و كانت عقيدته غير شاك . ثم ينتهي به إلى السماء الثانية ، فيقرع الباب . فيقال له : من أنت ؟ فيقول مقالته الأولى : فيقولون : أهلاً و سهلاً بفلان . كان محافظاً على صلاته بجميع فرائضها

Abu Hamid (Al Ghazali, w. 505, Tus, Iran) berkata dalam kitabnya, Kasyf Ulum Al-Akhirat (ms 23) , “Apabila Malaikat Maut telah mencabut nyawa seseorang yang mendapat kebahagiaan (husnul khatimah), maka nyawa itu dibawa oleh dua malaikat yang berwajah rupawan, berpakaian indah, dan berbau harum. Mereka membungkusnya dalam kain sutera syurga seukuran batang pohon kurma. Susuknya tetap sebagai manusia yang tidak hilang akalnya mahupun ilmunya yang telah diperolehi di dunia.

Para malaikat membawa nyawa itu naik ke langit. Selama dalam perjalanan, nyawa itu melewati umat-umat yang telah lalu dan generasi-generasi yang telah lampau bagaikan belalang yang tersebar, hingga akhirnya mencapai langit terendah (pintu langit pertama). Maka malaikat ketua rombongan mengetuk pintu, lalu ditanya, “Siapakah kamu?”

Dia menjawab, “Aku Shalsha’il, dan ini yang ku bawa adalah Fulan.” Sambil menyebut namanya yang terbaik dan yang paling disukainya. Maka penjaga pintu berkata, “Sebaik-baik orang adalah Fulan, kerana dia tidak ragu dalam keyakinannya.”
[Maka diizinkan masuk]

Kemudian sampailah rombongan di langit kedua, lalu malaikat itu mengetuk pintu, dan ditanya, “Siapakah kamu?” Maka dijawab seperti tadi. Para penjaga pintu berkata, “Selamat datang Fulan, ahlan wa sahlan, dia selalu menjaga salatnya dengan semua kewajipannya.”

19-3: Hikayat Imam Al Ghazali رحمه الله Bahagian 2 (tiada asalnya)

ثم يمر حتى ينتهي إلى السماء الثالثة . فيقرع الباب فيقال له : من أنت ؟ فيقول الأمين مقالته الأولى و الثانية فيقال : مرحباً بفلان ، كان يراعي الله في حق ماله و لا يتمسك منه بشيء
ثم يمر حتى ينتهي إلى السماء الرابعة ، فيقرع الباب . فيقال : من أنت ؟ فيقول : كدأبه في مقالته . فيقال : أهلاً بفلان كان يصوم فيحسن الصوم و يحفظه من أدران الرفث و حرام الطعام ، ثم ينتهي إلى السماء الخامسة فيقرع الباب . فيقال : من أنت ؟ فيقول كعادته . فيقال : أهلاً و سهلاً بفلان ، أدى حجة الله الواجبة من غير سمعاً و لا رياء ، ثم ينتهي إلى السماء السادسة فيقرع الباب . فيقال : من أنت ؟ فيقول الأمين كدأبه في مقالته . فيقال مرحباً بالرجل الصالح و النفس الطيبة كان كثير البر بوالديه فيفتح له الباب ، ثم يمر حتى ينتهي إلى السماء السابعة فيقرع الباب . فيقال من أنت ؟ فيقول الأمين مقالته . فيقال : مرحباً بفلان كان كثير الاستغفار بالأسحار و يتصدق في السر و يكفل الأيتام ، ثم يفتح له

Kemudian diteruskan hingga sampai di langit ketiga, lalu malaikat itu mengetuk pintu, dan ditanya, “Siapakah kamu?” Ketua rombongan menjawab seperti jawapan pertama dan kedua. Maka para penjaga pintu mengucapkan, “Selamat datang, Fulan. Dia selalu memperhatikan perintah Allah‎ ﷻ mengenai kewajipan hartanya, dan tidak bakhil sedikitpun.”

Kemudian mereka meneruskan sehingga sampai di langit keempat, lalu ketua rombongan mengetuk pintu dan ditanya, “Siapa kamu?” Maka dia menjawab seperti jawapan tadi dan mendapat sambutan, “Selamat datang Fulan. Dia telah berpuasa sebaik-baiknya dan menjaganya daripada perkataan-perkataan kotor dan makanan yang haram.”

Kemudian sampailah mereka di langit kelima, lalu ketua rombongan mengetuk pintu dan ditanya, “Siapakah kamu?” Maka dia jawab seperti tadi juga dan mendapat sambutan, “Selamat datang, Fulan. Dia telah menunaikan haji wajib, tanpa bercampur dengan sum’ah [bangga diri] dan riya’.”

Kemudian sampai di langit keenam, ketua rombongan itu mengetuk pintu dan ditanya, “Siapakah kamu?” maka dia jawab seperti tadi dan mendapat sambutan, “Selamat datang, orang yang soleh, jiwa yang baik, dan banyak berbakti kepada kedua orang tuanya,” Lalu pintu dibukakan untuknya.

Akhirnya sampai di langit ketujuh, ketua rombongan mengetuk pintu, dan ditanya, “Siapakah kamu?” Maka dia jawab seperti tadi, dan mendapat sambutan, “Selamat datang, Fulan. Dia banyak beristighfar saat dini hari, bersedekah secara diam-diam, dan menjamin anak-anak yatim.” Lalu dibukakan pintu.

19-3: Hikayat Imam Al Ghazali رحمه الله Bahagian 3: pintu langit ke 8 (tiada asalnya)

فيمر حتى ينتهي إلى سرادقات الجلال فيقرع الباب فيقال له : من أنت ؟ فيقول الأمين مثل قوله فيقول : أهلاً و سهلاً بالعبد الصالح و النفس الطيبة . كان كثير الاستغفار ، و يأمر بالمعروف و ينهى عن المنكر ، و يكرم المساكين ، و يمر بملأ من الملائكة كلهم يبشرونه بالخير و يصافحونه ، حتى ينتهي إلى سدرة المنتهي فيقرع الباب . فيقال : من أنت ؟ فيقول الأمين كدأبه في مقالته فيقال : أهلاً و سهلاً بفلان ، كان عمله عملاً صالحاً خالصاً لوجه الله عز و جل ، ثم يفتح له

Kemudian dia meneruskan lagi rombongan itu, hingga tiba di Suradiqat al-Jalal (khemah-khemah keagungan), ketua rombongan mengetuk pintu, dan ditanya, “Siapa kamu?” Maka dia jawab seperti tadi juga, dan mendapat sambutan, “Selamat datang, ahlan wa sahlan, hamba yang soleh dan jiwa yang baik. Dia banyak beristighfar, beramar ma’ruf dan nahi mungkar, dan memuliakan orang-orang miskin.”

Dan mereka terus berjalan dan bertemu dengan para malaikat, semuanya senang menerima kedatangannya dan menyalaminya. Sehingga sampailah di Sidratul Muntaha, lalu ketua rombongan mengetuk pintu, dan ditanya, “Siapa kamu?” Maka dia jawab seperti tadi, dan mendapat sambutan, “Selamat datang Fulan, ahlan wa sahlan. Amalnya soleh, ikhlas semata-mata kerana Allah ‎ﷻ .” Lalu dibukakan pintu.

19-4: Hikayat Imam Al Ghazali رحمه الله Bahagian 4: Lima Lautan (tiada asalnya)

فيمر في بحر من نار ، ثم يمر في بحر من نور ، ثم يمر في بحر من ظلمة ، ثم يمر في بحر من ماء ، ثم يمر في بحر من ثلج ، ثم يمر به في بحر من برد ، طول كل بحر منها ألف عام . ثم يخترق الحجب المضروبة على عرش الرحمن ، و هي ثمانون ألفاً من السرادقات ، لها شراريف لكل سرادق ثمانون ألف شرافة على كل شرافة ثمانون ألف قمر ، يهللون لله و يسبحونه و يقدسونه لو برز منها قمر واحد إلى سماء الدنيا ، لعبد من دون الله و لأحرقها نوراً ، فحينئذ ينادي من الحضرة القدسية من وراء أولئك السرادقات : من هذه النفس التي جئتم بها ؟ فيقال : فلان ابن فلان فيقول الجليل جل جلاله : قربوه فنعم العبد كنت يا عبدي ، فإذا أوقفه بين يديه الكريمتين أخجله ببعض اللوم و المعاتبة حتى يظن أنه قد هلك ثم يعفو عنه .

Kemudian mereka melalui lautan api, lautan cahaya, kemudian lautan kegelapan, lautan salji, kemudian lautan embun. Lautan-lautan itu panjangnya masing-masing 1,000 tahun perjalanan. Kemudian mereka menembus hijab yang terpasang pada ‘Arsy Tuhan Yang Maha Pengasih. Hijab-hijab itu sebanyak 80,000 khemah, yang mempunyai beberapa balkoni. Pada masing-masing khemah ada 80,000 balkoni. Di atas setiap balkoni ada 80,000 bulan. Mereka semua bertahlil kepada Allah‎ ﷻ , bertasbih dan mensucikan-Nya. Andaikan salah satu daripada bulan-bulan itu muncul ke langit dunia yang terendah, nescaya dia disembah sebagai tuhan selain Allah‎ ﷻ , dan nescaya akan membakar cahaya langit.

Ketika itulah ada panggilan suara Tuhan daripada belakang khemah-khemah itu, “Nyawa siapakah yang kalian bawa?” Maka dijawab, “Fulan bin Fulan.”

Selanjutnya Allah‎ ﷻ Yang Maha Agung bertitah, “Dekatkan dia. Kamu adalah sebaik-baik hamba hai hamba-Ku.”

Dan ketika nyawa itu dihadapkan di hadapan-Nya, dia merasa malu kerana beberapa perbuatan tercela dan hina yang pernah dilakukannya, sehingga dia mengira dirinya pasti binasa. Namun Allah‎ ﷻ memaafkannya.”

Ulasan Muhaqqiq: Palsu. Hikayat tanpa sanad.

19-5: Khabar Yahya bin Akthum (Tiada asalnya)

كما روي عن يحيى بن أكثم القاضي و قد رئي في المنام بعد موته فقيل له : ما فعل الله بك ؟ فقال : أوقفني بين يديه . ثم قال : يا شيخ السوء فعلت كذا و فعلت كذا فقلت : يا رب ما بهذا حدثت عنك . قال : فبم حدثت عني يا يحيى ؟ فقلت : حدثني الزهري عن معمر عن عروة عن عائشة عن النبي صلى الله عليه و سلم عن جبريل عنك سبحانك أنك قلت : إني لأستحيي أن أعذب ذا شيبة في الإسلام فقال : يا يحيى صدقت و صدق الزهري و صدق معمر و صدق عروة و صدقت عائشة و صدق محمد و صدق جبريل و قد غفرت لك

Diriwayatkan daripada Yahya bin Akthum Al-Qadhi (qadhi era khalifah Al Ma’mun , Abbasiyah, w.242H), bahawasanya dia dinampakkan dalam mimpinya setelah meninggal. Maka dia ditanya, “Apa yang Allah‎ ﷻ lakukan terhadapmu?” “Dia menyuruhku menghadap ke hadapan-Nya,” jawab Yahya. Kemudian Allah ‎ﷻ berfirman, “Hai orang tua buruk! Kamu telah melakukan begini dan begini.” Aku berkata, “Wahai Tuhanku, bukan begitu yang telah Engkau ceritakan mengenai diri-Mu?”

“Jadi apa yang telah Aku ceritakan mengenai diri-Ku hai Yahya?” tanya Tuhan. Aku jawab, “Telah menceritakan kepadaku Az-Zuhri, daripada Ma’mar, daripada Urwah, daripada Aisyah رضي الله عنها , daripada Nabi ﷺ , daripada Jibril عليه السلام , daripada Engkau Yang Maha Suci, bahawa Engkau berfirman, “Sesungguhnya Aku malu menyeksa orang yang telah beruban dalam Islam.”

Maka Dia berfirman, “Hai Yahya, kamu benar. Benar pula Az-Zuhri, Ma’mar, Urwah, Aisyah رضي الله عنها , Muhammad ﷺ, dan Jibril عليه السلام. Dan sungguh, Aku mengampuni kamu.”

Tahqiq:
Hadith yang disebut oleh Yahya bin Akthum daripada Nabi ﷺ, daripada Jibril عليه السلام, daripada Engkau Yang Maha Suci, bahawa Engkau berfirman, “Sesungguhnya Aku malu menyeksa orang yang telah beruban dalam Islam.”

(عن النبي صلى الله عليه و سلم عن جبريل عنك سبحانك أنك قلت : إني لأستحيي أن أعذب ذا شيبة في الإسلام)

ضعيف جداً ، أخرجه أبو يعلى في ( مسنده ) ( 2764 ) ، وابن حبان في ( الضعفاء ) (1/168) ، وابن عدي في ( الكامل ) ( 1 / 349 – 350 ) من طريق سويد بن عبد العزيز ، عن نوح بن ذكوان ، عن أخيه أيوب بن ذكوان ، عن الحسن ، عن أنس مرفوعاً .

وقال ابن حبان : ( منكر باطل ، لا أصل له )
Ia adalah amat dhaif, HR Abu Ya’la dalam Musnadnya 2764, Ibn Hibban, Al dhu’afa’ 1:168; Ibn Adi dalam Al Kaamil 1/349 daripada jalur sanad Suwaid bin Abdul Aziz, daripada Nuh bin Zakwan daripada abangnya Ayyub bin Zakwan daripada Al Hasan Al Basri daripada Anas.

Kata Ibn Iibban, hadith mungkar batil, tiada asal usulnya, bukan hadith Nabi ﷺ.

Komen muhaqqiq Al Tazkirah, Dr Saddiq Ibrahim, kisah ini diambil daripada kitab Kasyaf Uloom Al Akhirah karya Al Ghazali ms 28. Batil, tiada asalnya.

19-6: Khabar daripada Abu Nabatah (Dhaif)

و عن ابن نباتة و قد رئي في المنام فقيل له : ما فعل الله بك ؟ فقال : أوقفني بين الكريمين و قال : أنت الذي تخلص كلامك حتى يقال : ما أفصحه ! فقلت : سبحانك إني أصفك : قال : قل ما كنت تقول في دار الدنيا ، قلت : أبادهم الذي خلقهم ، و أسكنهم الذي أنطقهم و سيوجدهم كما أعدمهم ، و سيجمعهم كما فرقهم . قال لي صدقت اذهب فإني قد غفرت لك

Terjemahan:
Dan daripada Ibnu Nabatah (era kerajaan Saifu daulah di Syria, Aleppo, w, 374H), ketika dia ditampakkan dalam mimpi, dia ditanya, “Apakah yang dilakukan Allah‎ ﷻ terhadap dirimu?” [tidak perlu diterjemah, ia mengenai kisah Ibn Nabatah atau ابن نباتة الفارقي Ibn Nabaatah Al Faariqi mengenai dia bermimpi sebelum kematiannya]

Tahqiq:
Muhaqqiq Dr Sadiq Ibrahim, ia dikutip oleh Al Ghazali dalam kitabnya, Kasyaf Uloom Al Aakhirah, ms 28, hikayat sufi, tiada asalnya.

19-7: Hikayat Mansur bin Ammar (Dhaif)**

و عن منصور بن عمار أنه رئي في المنام فقيل له : ما فعل الله بك ؟ فقال : أوقفني بين يديه و قال لي : بماذا جئتني يا منصور ؟ قلت : بست و ثلاثين حجة . قال : ما قبلت منها شيئاً و لا واحدة . ثم قال : بماذا جئتني يا منصور ؟ قلت : جئتك بثلاثمائة و ستين ختمة للقرآن قال : ما قبلت منها واحدة . ثم قال : فبماذا جئتني يا منصور ؟ قال : جئتك بك . قال سبحانه : الآن جئتني اذهب فقد غفرت لك . و من الناس من إذا انتهى إلى الكرسي سمع النداء : ردوه . فمنهم من يرد من الحجب ، و إنما يصل إلى الله عارفوه

Terjemahan:
Daripada Mansur bin Ammar (sufi Baghdad, w.225H) bahawa dia ditampakkan dalam mimpinya, maka dia ditanya, “Apa yang Allah‎ ﷻ lakukan terhadapmu?”
“Dia menyuruh aku menghadap ke hadirat-Nya…………….

Tahqiq:
Muhaqqiq Dr Sadiq Ibrahim, ia juga dikutip oleh Al Ghazali dalam kitabnya, Kasyaf Uloom Al Aakhirah, ms 28, hikayat sufi, tiada asalnya.

19-8: Nasib roh orang kafir

فصل : و أما الكافر فتؤخذ نفسه عنفاً ، فإذا وجهه كأكل الحنظل و الملك يقول : اخرجي أيتها النفس الخبيثة من الجسد الخبيث ، فإذا له صراخ أعظم ما يكون كصراخ الحمير ، فإذا قبضها عزرائيل ناولها زبانية قباح الوجوه ، سود الثياب منتني الرائحة ، بأيديهم مسوح من شعر ، فليفونها فيستحيل شخصاً إنسانياً على قدر الجرادة ، فإن الكافر أعظم جرماً من المؤمن ، يعني في الجسم في الآخرة ، و في الصحيح أن ضرس الكافر في النار ، مثل أحد

Adapun nyawa orang kafir, maka dicabut secara paksa. Oleh kerana itu, mukanya seketika berubah menjadi seperti orang yang memakan buah labu pahit, sementara malaikat berkata, “Keluarlah hai nyawa yang busuk, daripada jasad yang busuk.” Maka berteriaklah si kafir itu sekeras-kerasnya, lebih keras daripada teriakan keldai.

Dan apabila Izra’il* telah mencabutnya, maka dia serahkan nyawa si kafir itu kepada para malaikat juru seksa (Zabaniyah ) yang berwajah buruk, berbaju hitam dan berbau busuk. Di tangan mereka ada kain kasar daripada rambut. Mereka membungkus nyawa itu di dalamnya, maka berubah menjadi manusia seukuran belalang. Padahal orang kafir itu sebenarnya lebih besar tubuhnya daripada orang mukmin. Maksudnya, besar tubuhnya kelak di akhirat, sebagaimana diriwayatkan dalam kitab sahih, “Bahawa geraham orang kafir di neraka adalah sebesar gunung Uhud.” (Sahih Muslim [2851])

———————-
* Nama malaikat maut, Izrail adalah Israeliyat berasal daripada Wahab bin Munabbih (Al Asbahani, Al Azdomah, no hadith 443; Al Syuyuti, Al Daibaj, Hadith no. 3272. Semua daripada Wahab bin Munabbih.

Hadith

ضِرْسُ الْكَافِرِ، أَوْ نَابُ الْكَافِرِ، مِثْلُ أُحُدٍ وَغِلَظُ جِلْدِهِ مَسِيرَةُ ثَلَاث

ٍ”Gigi geraham atau gigi taring orang kafir (penghuni neraka) seperti gunung Uhud, sementara tebal kulitnya sejauh perjalanan 3 hari.” (HR. Muslim 2851)
kata Imam Nawawi, sebahagian orang kafir bertukar menjadi raksaksa dalam neraka kerana Allah ‎ﷻ mahu dia merasakan azab yang lebih dahsyat. Semakin besar semakin sakit azabnya.

19-8: Nasib roh orang kafir Bahagian 2

فيعرج به حتى ينتهي إلى سماء الدنيا ، فيقرع الأمين باب ، فيقال : من أنت ؟ فيقول : أنا دقيائيل لأن اسم الملك الموكل على زبانية العذاب دقيائيل ، فيقال : من معك ؟ فيقول : فلان ابن فلان بأقبح أسمائه و أبغضها إليه في دار الدنيا ، لا أهلا ً و لا سهلاً ، و لا مرحباً ، لا تفتح لهم أبواب السماء ، و لا يدخلون الجنة الآية فإذا سمع الأمين هذه المقالة ، طرحه يده ، أو تهوي به الريح في مكان سحيق أي : بعيد ، و هو قوله عز و جل : و من يشرك بالله فكأنما خر من السماء فتخطفه الطير أو تهوي به الريح في مكان سحيق

Selanjutnya nyawa orang kafir itu dibawa naik sampai langit terendah, lalu ketua rombongan malaikat yang bertugas membawanya mengetuk pintu, maka ditanya, “Siapa kamu?” “Aku Daqyail,” jawab malaikat itu. Daqyail adalah nama ketua kumpulan yang memimpin para malaikat Zabaniah. “Siapakah yang kamu bawa?” tanya penjaga pintu. “Fulan bin Fulan.” Jawab Daqyail, dia menyebut nama terburuk daripada orang yang dibawanya, dan yang paling dibencinya di dunia.
Kata penjaga pintu, “Tidak ada ucapan selamat datang baginya, dan tidak ada ucapan ahlan wa sahlan,” sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur’an:

لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ

“Sekali-sekali tidak dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit, dan tidak pula mereka masuk Syurga.” [Al-A’raaf: 40]

Ketika Daqya’il mendengar perkataan tersebut, maka dia membuang nyawa daripada tangannya. Begitulah kiranya yang difirmankan oleh Allah‎ ﷻ :

وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ

“Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah‎ ﷻ , maka dia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” [Al-Hajj: 31]

فإذا انتهى إلى الأرض ابتدرته الزبانية ، و سارت به إلى سجين ، و هي صخرة عظيمة تأوي إليها أرواح الفجار

Ketika nyawa itu sampai ke bumi, para malaikat Zabaniyah segera menangkapnya dan membawanya ke Sijjin, iaitu sebuah batu besar tempat kembali roh orang-orang jahat.

19-8: Nasib roh orang kafir Bahagian 3

Roh ahli kitab:

و أما النصارى و اليهود ، فمردودون من الكرسي إلى قبورهم . هذا من كان منهم على شريعته ، و يشاهد غسله و دفنه

Adapun orang-orang Nasrani dan Yahudi, mereka ditolak dari Kursi lalu dikembalikan ke kuburan mereka. Ini apabila mereka masih mengikuti syariat masing-masing, kerana dengan mengikuti syariatnya, bererti nyawa mereka sempat menyaksikan pemandian mahupun penguburan jasadnya sendiri.

و أما المشرك فلا يشاهد شيئاً من ذلك لأنه قد هوى به .
و أما المنافق فمثل الثاني يرد ممقوتاً مطروداً إلى هوى

Sedangkan orang musyrik (penyembah berhala), mereka sama sekali tidak sempat menyaksikan peristiwa tersebut (pemandian dan pengurusan jenazahnya), kerana dijatuhkan (ke Sijjin).

Manakala orang munafik pula, sama seperti roh orang musyrik, dibuang dalam keadaan di murkai dan diusir lalu dikembalikan ke lubang kuburnya.
(Dinukil daripada Kitab Al Ghazali, Kashaf Ulum Al Akhirah, ms 31)
Tiada asalnya, Hikayat Sufi.

19-9: Nasib roh orang mukmin yang lalai bahagian 1

Nasib roh pesalat yang cuai dengan salatnya

و أما المقصورن المؤمنون فتختلف أنواعهم ، فمنهم ترده صلاته ، لأن العبد من إذا قصر في صلاته سارقاً لها . تلف كما يلف الثوب الخلق ، و يضرب بها وجهه . ثم تعرح و تقول : ضيعك الله كما ضيعتني

Sedangkan (roh) orang-orang mukmin yang lalai, mereka berbeza-beza nasibnya. Di antara mereka ada yang ditolak disebabkan oleh salat yang telah dilakukannya kerana orang yang melalaikan salat dan tidak melakukannya dengan sempurna adalah seperti pencuri. Di waktu itu salatnya dilipat seperti kain buruk, lalu dilemparkan ke mukanya. Sesudah itu salat itu sendiri naik seraya berkata, “Semoga Allah‎ ﷻ menyia-nyiakan kamu, sebagaimana kamu telah menyia-nyiakanku.”*
————————————
*Ini berasal daripada hadith:
Daripada Ubadah bin As Shamit, Nabi ﷺ bersabda,

ﺇﺫﺍ ﺃﺤﺴﻦ ﺍﻟﺮﺠﻞ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻓﺄﺗﻡ ﺮﻜﻭﻋﻬﺎ ﻮﺴﺟﻮﺪﻫﺎ ﻗﺎﻟﺖ ﺍﻟﺻﻼﺓ ﺤﻔﻈﻙ ﺍﷲ ﻛﻣﺎ ﺤﻔﻈﺘﻨﻰ٬ ﻓﺘﺮﻓﻊ ﻮﺇﺬﺍ ﺃﺴﺎﺀ ﺍﻠﺻﻼﺓ ﻔﻟﻢ ﻴﺗﻢ ﺮﻜﻭﻋﻬﺎ ﻭﺴﺟﻭﺪﻫﺎ ﻗﺎﻟﺖ ﺍﻟﺻﻼﺓ ﺿﻴﻌﻚ ﺍﷲ ﻛﻤﺎ ﺿﻴﻌﺘﻨﻰ٬ ﻓﺗﻠﻑ ﻜﻤﺎ ﻴﻠﻑ ﺍﻟﺛﻭﺏ ﺍﻟﺧﻟﻖ ﻓﻴﺿﺮﺏ ﺑﻬﺎ ﻭﺟﻬﻪ ﴿ﺮﻮﺍﻩ ﺍﻟﻁﻴﺎﻟﺴﻰ ﻋﻦ ﻋﺑﺎﺩﺓ ﺑﻦ ﺍﻟﺼﺎﻤﺖ﴾

“Apabila seseorang mengerjakan salat dengan baik dan menyempurnakan rukuk serta sujudnya, nescaya salat berkata: “Semoga Allah‎ ﷻ memelihara dirimu seperti engkau memelihara diriku”, lalu salat itu dinaikan (diterima). Dan apabila seseorang mengerjakan salat dengan buruk serta tidak meyempurnakan rukuk dan sujudnya, maka salat berkata: “Semoga Allah‎ ﷻ menyia-nyiakan dirimu sebagaimana engkau menyia-nyiakan diriku”, lalu salat itu digulung seperti pakaian yang lapuk digulung, kemudian salat itu dipukulkan ke muka pelakunya.
(HR Ath-Thayalisi daripada perawi Ubadah Ibnu Shamit رضي الله عنه)

Tahqiq:
Hadith dhaif
Al Albani, dhaif Al Jami’ 301; al Uqaili, Dhu’afa’ Al Kabir, 1/121; Al Iraqi, Takhrij Al Ihya’ 1/202

الدرجة : ضعيف‌ .
– المصادر : ” ضعيف الجامع‌ ” ( 301 ) ” الضعفاء الكبير ” (1/121) ” تخريج الإحياء ” (1/202 )

Komentar Al Hafidz:

هَذَا إِسْنَادٌ ضَعِيفٌ ، لِضَعْفِ أَحْوَصَ بْنِ حَكِيمٍ الْحِمْصِيِّ ، وَضَعَّفَهُ أَحْمَدُ ، وَابْنُ مَعِينٍ ، وَأَبُو حَاتِمٍ ، وَالْعِجْلِيُِ ، وَالنَّسَائِيُّ ، وَالدَّارَقُطْنِيُّ ، وَغَيْرُهُمْ.

Dhaif sanadnya, perawi dhaif, Ahwash bin Hakim Al Himshi, didhaifkan oleh Mutaqaddimin: Imam Ahmad, Ibn Ma’in, Al Ijli, An Nasa’iy, Daruqutni, dan lain lain.

19-9: Nasib roh orang mukmin yang lalai bahagian 2

Nasib roh orang yang berzakat, berpuasa, berhaji

و منهم من ترده زكاته لأنه إنما يزكي ليقال : فلان متصدق ، و ربما وضعها عند النساء ، و لقد رأيناه عافانا الله مما حل به ، و من الناس من يرده صومه ، لأنه صام عن الطعام و لم يصم عن الكلام فهو رفث و خسران فيخرج الشهر و قد بهرجه ، و من الناس من يرده حجه ، لأنه إنما حج ليقال فلان حج ، أو يكون حج بمال خبيث
و من الناس من يرده العقوق ، و سائر أحوال البر كلها

Ada yang ditolak oleh zakatnya sendiri, kerana dia berzakat hanya kerana ingin dikatakan, “Fulan suka bersedekah.”

Dan ada yang ditolak oleh puasanya, kerana hanya berpuasa daripada makan saja, dan tidak berpuasa daripada perkataan, yakni berkata keji dan semua perkara yang merugikan. Maka daripada itu bulan Ramadhan muncul lalu memalingkannya.

Ada pula yang ditolak oleh hajinya, kerana dia berhaji hanya supaya dikatakan, “Fulan itu haji.” Atau dia berhaji daripada harta yang kotor.
Dan ada juga yang ditolak kerana kederhakaannya, atau kerana amal kebajikan lainnya.
(Hikayat daripada Imam Al Ghazali, kitab Kasyaf Ulum Al Akhirah, 30)

19-10: Rumusan Bab 19

فإذا ردت النفس إلى الجسد و وجدته قد أخذ في غسله إن كان قد غسل فتقعد عند رأسه حتى يغسل ، فإذا أدرج الميت في أكفانه صارت ملتصقة بالصدر من خارج الصدر ، و لها خوار و عجيج تقول : أسرعوا بي ، إلى رحمة الله ، أي رحمة لو تعلمون ما أنتم حاملوني إليه ، و إن كان يبشر بالشقاء تقول : رويداً إلى أي عذاب لو تعلمون ما أنتم حاملوني إليه ، فإذا أدخل القبر وهيل عليه التراب ناداه القبر : كنت تفرح على ظهري ، فاليوم تحزن في بطني . كنت تأكل الألوان على ظهري ، فالآن يأكلك الدود في بطني ، و يكثر عليه مثل هذه الألفاظ الموبخة حتى يسوى عليه التراب ثم يناديه ملك يقال له رومان ، و هو أول ما يلقي الميت إذا دخل قبره على ما يأتي بيانه إن شاء الله تعالى . و الله أعلم بغيبه و أحكم

1. Bila nyawa dikembalikan semula kepada jasad, dia dapati jasadnya diangkat dan dimandikan, apabila pemandian hampir selesai, nyawa duduk di kepalanya sampailah kepala dibasuhi.

2. Apabila mayat dikapankan, nyawanya akan menempel kepada dada daripada luar kain kapan, ia menjerit dengan kuat, “Cepatlah bawa daku ke rahmat Allah‎ ﷻ , yakni rahmat yang sedang aku tujui.”

3. Setelah diberitahu akan bernasib celaka, maka ia berkata, “Perlahankanlah kalian, jangan cepat-cepat membawaku pada azab, yang andaikan kalian tahu, betapa dahsyat azab yang kalian bawa aku menuju kepadanya.”

4. Ketika dimasukkan ke dalam liang kubur lalu ditimbun tanah, maka kubur itu berseru kepadanya, “Dahulu kamu bersenang-senang di atas punggungku, sekarang kamu bersedih di dalam perutku. Dahulu kamu makan berbagai-bagai makanan, sekarang kamu menjadi makanan ulat dan cacing dalam perutku.”

5. Lalu datanglah seorang malaikat yang bernama Malaikat Ruman memanggilnya. Dia adalah malaikat yang pertama-tama menemui mayit apabila telah dimasukkan ke dalam kubur.

(Semuanya daripada kitab Al Ghazali, Kasyaf Ulum Al akhirah, tanpa sanad, hikayat sufi).

Tamat.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan