Utama Blog Halaman 333

Doa Doa Haji

0

Bismillah…
Note 37 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

DOA-DOA HAJI

1. Doa ialah ibadah, merupakan secara amali daripada kesedaran hati dan perasaan yang perlu kepada sokongan Allah dan pertolonganNya.

Firman Allah SWT :
“Berdoalah kepada Tuhan kamu, dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.”
Surah Al-A’araf : 55

Sementara hadith Nabi SAW :
“Tidak dapat menolak qadhà kecuali dengan berdoa.”
Riwayat At Tarmizi : 3232

2. Sebab utama doa itu diperkenankan ialah kejujuran hati, kebersihan jiwa, usaha yg baik, menolak keduniaan dan bertumpu kepada Allah semata-mata.

3. Doa yang afdal doa yang diambil daripada Al Quran dan Al sunnah. Terdapat banyak doa dalam ibadah haji yang berasal daripada Nabi SAW.

4. Doa-doa Dalam Ibadah Haji :

4.1. Ketika berihram :
“Ya Allah! KepadaMu aku ihramkan diriku, rambut dan kulitku, daging dan darahku.”

4.2. Ketika melihat sesuatu yang dikagumi :
“Aku menyahut seruanMu, sesungguhnya kehidupan yang sebenar ialah kehidupan di akhirat.”

4.3. Ketika sampai di Makkah :
Sunat berdoa :
“Ya Allah! Inilah tanah haramMu dan keamananMu. Haramkanlah diriku daripada neraka, dan selamatkanlah diriku daripada azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu. Jadikanlah aku dikalangan mereka yang mendampingi dan mentaatiMu.”

4.5. Semasa Memasuki Makkah dan Melihat Kaabah :
Sunat berdoa :
“Ya Allah! Tambahkanlah kehormatan, keagungan, kemuliaan dan kehebatan Kaabah ini dan tambahkanlah kehormatan, kebesaran, kemuliaan dan kebajikan kepada mereka yang memuliakan dan menagungkan dikalangan orang mengerjakan haji atau umrah. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang bersifat sejahtera, hanya daripadaMu segala kesejahteraan, kekalkanlah kami wahai Tuhan dengan penuh kesejahteraan.”

4.5. Ketika Bertawaf :
Doa ketika memulakan tawaf :
“Dengan nama Allah yang Maha Besar, ya Allah! Aku beriman kepadaMu, mempercayai kitabMu, menunaikan segala janji terhadapMu dan menurut segala sunnah NabiMu, Muhammad SAW.”

Ketika berlari lari anak pada tiga pusingan dengan membaca :
“Jadikanlahhaji diterima, dosa diampuni dan usaha terpuji dengan amalan ini.”

4.6. Ketika Bersaie :
Sunat berdoa :
“Ya Allah! Tuhan yang mengubah ubah peeasaan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu ya Allah. Aku mohon kepadaMu segala sumber rahmatMu, kepastian keampunanMu, berjaya mendapat syurga, selamat daripada segala dosa dan terlepas daripada Neraka. Ya Allah! Aku mohon ketaqwaan kepadMu, kebersihan jiwa dan kejayaan.”

4.7. Ketika di Arafah :
Sunat memperbanyakkan doa pada hari Arafah.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
“Sebaik baik doa pada hari Arafah dan sebaik baik doa yang aku dan para Nabi sebelumku ucapkan ialah : Tiada Tuhan yang disembah sebenar benarnya selain Allah, yang tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala pemerintahan dan pujian dan Dialah yang Maha Berkuasa atas segala-galaNya.”
Riwayat Al Tarmizi : 3934

3.8. Ketika di Muzdalifah dan Masy’ar al Haram :
Sunat berdoa :
“Ya Allah! Aku mohon padaMu agar dikurniakan segala jenis kebaikan tempat ini kepadaku, diperbaiki semua keadaanku dan dihindari segala keburukan daripadaku. Sesungguhnya tidak ada yang sanggup berbuat demikian dan tidak ada yang mampu melakukan yang terbaik selain Engkau.”

4.9. Semasa di Mina (HR Qurban) :
Sunat berdoa : “Segala puji bagi Allah yang menyampaikan aku di Mina dengan selamat sejahtera. Ya Allah! Inilah Mina, aku datang ke sini sebagai hambaMu yang berada dalam kekuasaanMu. Jeateru, aku bermohon agar dikurniakan nikmat kepadaku, sebagaimana yang telah Engkau kurniakan kepada para waliMu. Ya Allah! Aku berlindung daripada halangan dan malapetaka dalam melaksanakan amalan agamaku, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

4.10. Pada hari Tasyriq dinMina :
Semua hari Tasyriq hari untuk makan, minum dan zikrullah.

4.11. Ketika Minum Air Zam Zam :
Nabi SAW beesabda : “Air zam zam diminum utk sebarang tujuan. Ya Allah! Aku meminumnya supaya Engkau memgampuniku dan menjadikan (mohonlah sebarang hajat yang disukai).”
Riwayat Ahmad : 574

 

Madinah Arabic – Muqaddimah

0

PERSEDIAAN PELAJAR

Buku rujukan perlu ada, samada dibeli atau didownload. Pelajar perlu membaca sambil merakam suara untuk latihan membaca dan terjemah. Lebih mudah membaca jika ada buku ditangan atau dikomputer berbanding buku berada dalam smartphone.

1- Beli dari Dakwah Corner Bookstore
(http://www.dakwahbookstore.com.my/index.php?route=product/category&path=18)

2- Download The Madinah Books Series
(http://kalamullah.com/learning-arabic.html)

3- Beli Google Book dari Google Play
(https://play.google.com/store/books/details?id=riXZAgAAQBAJ&source=ge-web-app)

Pengajian ini mengambil masa yang lama. Jadi, perlu sabar.

_________________

AKTIVITI PEMBELAJARAN

1- Guru menerangkan secara umum topik yang akan dipelajari

2- Pelajar cuba membaca dan terjemah sambil merakam di telegram.

3- Guru menyemak bacaan pelajar dan buat pembetulan jika perlu.

4- Soal Jawab.

5- Jika pelajar terlalu ramai, aktiviti no. 2 dan no. 3 akan dijalankan dalam kumpulan kecil dan disemak oleh ketua dan ahli kumpulan.

6- Aktiviti ini diulang-ulang untuk setiap mukasurat berdasarkan buku Madinah Arabic Reader.

7- Matlamat setiap sesi adalah menguasai satu mukasurat atau sekurangnya satu set latihan.

_________________

KEMAHIRAN YANG CUBA DIKUASAI

Dalam setiap pengajian bahasa, ada beberapa kemahiran yang perlu dikuasai, antaranya:

1- Kemahiran Mendengar. Kemahiran ini boleh dikuasai dengan banyak latihan mendengar.

2- Kemahiran Bercakap. Kemahiran ini boleh dikuasai dengan banyak latihan bercakap.

3- Kemahiran Membaca. Kemahiran ini boleh dikuasai dengan banyak latihan membaca.

4- Kemahiran Menulis. Kemahiran ini boleh dikuasai dengan banyak latihan menulis.

Pengajian kita menumpukan kepada latihan Mendengar dan Membaca kerana dua kemahiran inilah kita akan gunakan setiap hari sekurangnya ketika solat dan membaca Al-Quran/mendengar bacaan Quran.

Bab Bekas-Bekas Air : Hadis ke 18 hingga 23

0

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم

اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 

أما بعد،

باب الآنية

Bab bekas air.

Bab bekas-bekas air.

Mukaddimah.

Tujuan tuan kitab menulis bab ini ialah kerana Air sentiasa perlu di ambil dengan sesuatu. samada dengan di cedok dengan tangan atau bekas air.

Bekas air ada jenis gelas, mangkuk, jag, timba, gayong dan sebagainya. Dan ada bekas di buat dari besi, tembaga, timah, emas, perak, kayu, batu, plastik dan lain-lain..

Asal hukum dalam bab ini semua bekas air boleh di guna melainkan ada dalil Nas yang melarangnya atau mengatakan ia najis. Kerana tidak boleh guna bekas wadah air yang najis dan bekas wadah yang di larang guna.

Hadits 18

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَا تَأْكُلُوا فِي صِحَافِهِمَا فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَكُمْ فِي الْآخِرَةِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Hudzaifah Ibnu Al-Yamani Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Janganlah kamu minum dengan bekas minuman yang di buat dari emas dan perak, dan jangan pula kamu makan dengan pinggan yang terbuat dari keduanya, kerana barang-barang itu untuk mereka (orang kafir) di dunia dan ia untukmu di akhirat.

Muttafaq Alaihi.

Penjelasan hukum,

1- Bekas minuman dan bekas makanan ini merangkumi semua jenis bekas. samada gelas,cawan,mangkuk,jag teko,piring,pinggan,dulang,sudu dll umpamanya.

2- Haram guna di sini untuk makan minum dan di sini juga turut haram di guna untuk bekas air wudhu, atau bekas air untuk mandi.

3- Emas atau perak di dalam hadis di atas merangkumi segala jenis emas yang ada fizikal emas tulen dan ada fizikal perak tulen. Samada perak sedikit atau banyak, emas sedikit atau banyak sama saja hukumnya.

4- Orang kafir suka guna bekas-bekas dari emas dan perak untuk kemegahan mereka dengan dunia. sifat kesombongan ini hanya sesuai bagi orang kafir. Di sebut dunia kerana orang kafir tak pedulikan hal akhirat. Sedang di akhirat mereka dapat azab.

Semoga Allah lindungi kita dari azab neraka Jahannam.

5- Orang Islam bila mereka masuk Syurga akan dapat kenikmatan-kenikmatan dengan bekas-bekas dari emas dan perak. Di haramkan di dunia ini kerana untuk di beri di syurga kelak. Semoga Allah masukkan kita semua ke dalam syurga Jannah.

Habis di situ

********************************************************************************

 Hadits ke 19

وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي يَشْرَبُ فِي إنَاءِ الْفِضَّةِ إنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Ummu Salamah Radliyallaahu ‘anha bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Orang yang minum dengan bekas minuman dari perak, sungguh dia hanyalah memasukkan api Jahannam ke dalam perutnya.

Muttafaq Alaih.

Penjelasan makna lafaz,

1-Lafaz يُجَرْجِرُ bermaksud memasukkan air sehingga terdengar suara air yang masuk ke dalam perut. asal perkataan ini di guna untuk unta yang terbunyi suara air yang di minum ketika masuk air itu ke dalam perutnya

Penjelasan hukum,

1- Haram minum air dari bekas air yang di buat dari perak.

2- Di sebut lafaz perak ertinya jika perak di larang maka emas tentu lebih utama di larang.

3- Azab yang teramat berat akan di tanggung oleh orang yang minum dari bekas tersebut. Jika di lihat hadis sebelumnya memberi erti lebih berat iaitu kelakuan perangainya meniru cara bermewah orang kafir.

4- Air tidak boleh di minum,oleh itu untuk berwudhu dan bersuci juga sama hukumnya. jadi tidak patut dalam urusan ibadah disertakan perbuatan yang haram.

5- Hukum bekas wadah air dari emas dan perak tuju kepada semua lelaki dan perempuan

Habis di situ..

Boleh tanya soalan.

Soalan :

1. Soalan : Kalau bekas perak campuran mcmmane? Haram juga atau ade klonggaran?

Jawab : haram juga..

2. Soalan : Bagaimana nak tahu larangan itu haram atau makruh

Jawab : jika tiada dalil2 melonggarkan hukum asal maka jadi haram..jika ada maka makruh..

3. Soalan : Adakah pinggang @ mangkuk yg dihias jalur atau corak warna emas termasuk dalam kategori haram juga?

Jawab : kalau warna sahaja tapi bukan emas dan perak tulen maka boleh

4. Soalan : Ustaz, larangan di dalam hadis hanya bekas perak tidak boleh guna jadi bekas minum, maksudnya bekas emas tu dikiaskan ? Adakah sama cara nya dengan najis jilatan anjing pada bekas dikiaskan dengan babi?

Jawab ; tak perlu kias pun yg perak tu,sbbnya hadis 18 pun dah ada kan..

5. Soalan ; Q. 🔴apakah hukum meminum dalam bekas yang dihias cantik dgn warna keemasan dan bersinar2.

Jawab : boleh..asalkan jgn emas tulen

Antara perkara yg perlu diwaspada iaitu makan minum di hotel..kerana setengah2 hotel guna barangan mewah ini.

6. Soalan ; Bagaimana pula jika tidak tahu beza yg mana perak dan yg mana stainless steel?

Jawab ; Takpe..tapi selidik dulu.. sbb ancaman tu bahaya sangat.. macam contoh kalau kita ragu bekas air tu ada racun maka takkan lah kita nak try minum juga tanpa ambil kepastian..

7. Soalan ; Mcm mana kalau bukan bekas keseluruhan yg perak….hanya di panggil silver plated…di sadur sedikit perak

Jawab : ya tak boleh..

8. Soalan ; Assalamualaikum. Td tak sempat tanya. Pinggan mangkuk diperbuat dr bone de chine, adakah haram digunakan? Pinggan mangkuk yg di perbuat dr tulang haiwan , ada bercampur dgn tanah liat

Jawab : waalaikumussalam.. jelaskan dlm bahasa melayu yg mudah ana faham apa kandungannya.

9. Soalan : Bilik 79: soalan : imam sunan tu siapa ustaz? Dan bagaimana cara basuhan samak?

Jawab : guna apa saja..antaranya biji pokok salam..dikatakan tahi merpati dan benda2 rasa pahit boleh juga..tapi ana tak tahu dan tak pernah tgk org buat.

10. Soalan : SAMAK ni lain kan ust dengan 6 basuhan air dan 1 air tanah?

Jawab : Tak sebut 6 basuhan samak..tu cara basuh jilatan anjing.harap maklum..

yg samak kulit ni lain.di samak hingga boleh guna ketika kering dan basah.

11.

********************************************************************************

Hadits 20

وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الْلَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ الْلَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دُبِغَ الْإِهَابُ فَقَدْ طَهُرَ أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Jika kulit binatang telah di samak maka ia menjadi suci.

Diriwayatkan oleh Muslim

وَعِنْدَ الْأَرْبَعَةِ: ( أَيُّمَا إِهَابٍ دُبِغَ )

Menurut riwayat Empat (Imam Sunan) : Kulit binatang apapun yang telah disamak (ia menjadi suci).

********************************************************************************

Hadits 21

وَعِنْدَ الْأَرْبَعَةِ: ( أَيُّمَا إِهَابٍ دُبِغَ )

Menurut riwayat Empat (Imam Sunan) : Kulit binatang apapun yang telah disamak (ia menjadi suci).

********************************************************************************

Hadits 22

وَعَنْ سَلَمَةَ بْنِ الْمُحَبِّقِ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ الْلَّهِ صلى الله عليه وسلم دِبَاغُ جُلُودِ الْمَيْتَةِ طُهُورُهاَ صَحَّحَهُ ابْنُ حِبَّانَ

Dari Salamah Ibnu al-Muhabbiq Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Menyamak kulit bangkai adalah mensucikannya.

Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.

Darjat hadist 21 dan hadist 22 sohih.

*********************************************************************************

Hadits 23

وَعَنْ مَيْمُونَةَ رَضِيَ الْلَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: مَرَّ رَسُولُ الْلَّهِ صلى الله عليه وسلم بِشَاةٍ يَجُرُّونَهَا فَقَالَ: لَوْ أَخَذْتُمْ إِهَابَهَا؟ فَقَالُوا: إِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ: يُطَهِّرُهَا الْمَاءُ وَالْقَرَظُ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّ

Maimunah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam melintas di kawasan ada seekor kambing yang sedang diseret oleh orang ramai. Beliau bersabda:

Alangkah baiknya jika engkau mengambil kulitnya. Mereka berkata: Ia benar-benar telah mati. Beliau bersabda: Ia dapat disucikan dengan air dan daun/biji pokok salam.

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Nasa’i.

Darjat hadist di atas sohih.

Penjelasan lafaz hadist,

1- Lafaz دُبِغَ bermaksud di samak kulit. iaitu dirawat kulit binatang agar jadi kering dan tak rosak busuk bila di rendam air atau tidak.

2- Lafaz الْإِهَابُ bermaksud kulit binatang yang masih lagi belum di samak.

3- Lafaz الْقَرَظُ bermaksud biji daun pokok salam.

Penjelasan hukum hadits.

1- Kulit binatang boleh di rawat agar dapat di guna untuk kegunaan harian manusia.

2- Kaedah samak kulit boleh di guna biji daun salam atau apa sahaja benda yang boleh merawat kulit itu jadi kulit yang boleh di guna pakai. samada kasut,seluar,baju,tilam,bekas air dan sebagainya.

3- Zahir hadist di atas hukum boleh guna segala jenis kulit binatang yang di samak. Samada kulit binatang yang halal di makan atau yang haram di makan.

Cumanya dalam bab ini di kalangan ulama berselisih.

a)ada yang kata semua jenis kulit.

b) ada yang kata hanya khusus buat binatang yang halal di makan.

c)ada yang kata binatang itu yang sudah di sembelih sahaja dapat di guna dengan cara samak.

dan lain2 lagi..

Bagi pendapat saya zahirnya hadits-hadits di atas boleh guna. Lagi pun hadist pun sohih. Cuma jika binatang yang haram di makan masa hidup sebaiknya tidak di guna dengan apa cara sekalipun di samak. Ini mengikut pendapat perwaspadaan sahaja. Kerana asal binatang yang di guna arab masa itu jenis binatang ternak. Lain-lain binatang tak jelas hukum penggunaannya dengan cara di samak.

wallahu a’lam

4- Boleh di guna kulit binatang yang mati tanpa di sembelih.

5- Kulit yang telah di samak boleh di guna semasa kering dan basah.

6- Kulit yang di samak bila suci, boleh di guna untuk dijadikan sebagai bekas simpan air,untuk guna wudhu,mandi atau minum semuanya boleh. halal dan suci. dan ini lah tujuan tuan kitab nukilkan hadits-hadits ini bagi tujuan bekas air sesuai dengan babnya.

Habis di situ pelajaran hadist hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh tanya sekarang.

SOALAN :

1. Soalan : Apa nasihat ustaz bagi mereka yang guna tali pinggang, kasut, handbag dari kulit buaya, ular dan sebagainya dari binatang2 liar?

Jawab : sebaiknya tak guna seperti yg ana nyatakan td..

tapi boleh guna juga seperti hadist di atas kerana hukum tak boleh berbentuk ihtiyati (perwaspadaan) semata..

2.Soalan : Riwayat empat (imam sunan) tu siapa ustaz?

Jawab : abu daud ,tirmizi,nasaei dan ibn majah

3.

syukran lakum wa ilal liqa’

wa jazakumullahu khaira..

wa akhiru da’wana an alhamdulillahi rabbil ‘aalamiin.

wallahu a’alam..

assalamualaikum

 

Usul Tafsir 6 : Soal Jawab Berkaitan Amalan-Amalan Syirik dan Cara Melepaskannya

0

1. Soalan : banyak mungkin fikir syurga.. tapi kita terlupa nk jmpa “tuan punya syurga”iaitu Allah Subhanallah. Sebelum ini apa yang saya faham ‘Sirotal tal mustaqim’ lebih kepada mengikuti apa yg ditempuh oleh para ambiya dan orang soleh. Tak terfikir pula tentang hakikat destinasi itu. Tetapi bila muhasabah balik seperti yang ustaz ajar, ia memberi impak sedikit sebanyak tentang istiqamah itu. Iaitu tujuan itu ialah untuk berjumpa Allah swt. Org beriman pasti ingin berjumpa Allah swt. Apabila tauhid itu muncul maka kita sendiri akan faham bahawa betapa bahayanya syirik , bidaah, dan syirik khofi.

Ustaz : Ya benar. Takkan ke syurga Allah nak masuk. Tapi tuan punya syurga tak nak jumpa. Macamana ni????

2. Soalan : Assalam ustaz adakah benar ada dua golongan yang masuk syurga iaitu yang dapat melihat wajah Allah dan satu lagi dapat masuk syurga tapi tak dapat melihat wajah Allah.?

Ustaz : Walaikumussalam. Ustaz tak tahu ada yang tak boleh tengok Allah dalam syurga. Wallahua’lam

 (أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ ۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ)

[Surat Az-Zumar 3]

Tafsir:

Pengumuman Aĺlah pada semua…..

KETAHUI LAH…..

Milik Allah saja lah ugama yang lurus, benar ini.

Bukan milik Allah dan nabi. Juga bukan milik kita.

Ugama milik Allah.

Nabi milik Allah.

Kita milik Allah.

Ibadat.. di beri pahala oleh Allah

Akhirat milik Allah.

Mahsyar di bicara di hadapan Allah

Masuk syurga atau neraka Allah.

Tidak berkongsi Allah pada penciptaan segala makhluk Nya.

Pemilikan makhlukNya pun Allah tak berkongsi dengan sesiapa pun

Pentadbiran urusan makhlukNya tak berkongsi

 

Allah serta merta beri ancaman Nya selepas Dia umumkan Agama ini milik Nya sahaja.

Dan orang-orang yang mengambil selain daripada Allah pelindung-pelindung, penolong-penolong, penjaminpenjamin, iaitu nabi-nabi , wali-wali dan para malaikat.

(Ruj: Al Kahfi :102 . Auliya di situ ialah hamba-hamba Allah… nabi, wali, malaikat.)

Akidah mereka yang memuja ini bukan tak percaya Allah sebagai Tuhan tapi sekadar……

Tidàk lah kami puja, zikir, ibadat, nazar, dan sebagainya kepada mereka-mereka ini melainkan hanya untuk merapatkan diri mereka pada Allah serapat atau sedekat-dekatnya.

Oleh itu kalimah ‘min du nillah’ iaitu ‘selain daripada Allah itu bermakna: Untuk merapat diri pada Allah sedekat-dekat dan sehampir-hampirnya.

Kenapa mereka berakidah begini???

Kerana mereka rasa mereka tak reti agama. Tak pandai baca Al Quran. Tak pandai hadis. Tak tahu hukum-hukum. Tak solat, tak puasa, dosa banyak. Jadi kalau rapat dengan nabi, wali, malaikat ni, dapatlah dia rapat pada Allah. Inilah syirik-syirik yang berlaku.

Sesungguhnya Allah akan buat keputusan di antara mereka (iaitu orang-orang beriman yang tak buat tawasul dengan orang-orang yang buat tawasul.) Terhadap apa (ajakan tauhid) yang mereka perselisihkan itu.

Berselisih bermaksud:

Satu group kata : tawasul itu boleh…syurga

Satu group làin kata : tawasul itu syirik….neraka

Sesungguhnya Allah tidak akan beri pimpinan hidayah pada sesiapa yang dengan kata-katanya tawasul itu boleh. Kufur pula pada akidah ini bila mereka amal kan tawasul. Inilah tawasul-tawasul Kristian, Yahudi, Hindu, Budha, Sikh, Habib, Syiah, Ayah Pin, sesetengah ahli Tasauf, Tarikat Tarikat yang seru hamba-hamba Allah untuk apa-apa hajat mereka.

Solat hajat itu menepati difinisi ini. Sebab itulah nabi kita tidak ajar tawasul.

Semasa tahlil dan maulud juga ada tawasul iaitu : “…ilahadratin nabi..al fatihah….” Sebab itu nabi tak ajar

Semasa berbomoh, bomoh pun ada seru-seru nabi-nabi, wali-wali, malaikat-malaikat termasuk jembalang-jembalang, jin-jin, guru-guru.

Semasa bersilat seru-seru Panglima Hitam, Panglima Yusuf, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Uwais, Hang Tuah dan lain-lain.

Semasa berwirid wirid keramat seru nabi, wali, malaikat.

Contoh seruannya : Jibril di depan ku, Mikail di belakang ku, Israfil di kanan ku, Izrail di kiri ku.

Nabi Muhamad di depan ku, saidina Abu Bakar di belakang ku, saidina Omar di kanan ku, saidina Osman di kiri ku dan saidina Ali di atas ku. Dan banyak lagi.

Contoh Seruan :* Orang-orang perempuan membaca seruan pada puteri Saadon atau sejenis nya dan di tiup pada tangan serta di sapu pada muka supaya suaminya sayang.

Inilah akidah-akidah syirik, yang di dalamnya ada amalan-amalan syirik. Bertaubatlah kita jika kita ada akidah ini. Ada amalan2 ini

Kerana peringatan inilah juga ustaz di halau dari lapan buah masjid bila ustaz mengajar surah ini. Hanya sekali mengajar saja.

Jika sesiapa di sini ada buat apa-apa yang ustaz dah cerita itu tadi maka setiap sekali dia buat dulu tu dah datang syaitan pd diri saudara-saudara semua. Jin-jin ini tidak akan lari kemana-mana. Saudara-saudara solat ke, pergi haji ke, masuk masjid ke.. jin-jin ini buat tak tahu saja. Sebab saudara berasa sudah terpimpin. Sehingga lah saudara pasang niat atau berdoa dengan hati yang bersih dengan doa :

‘Ya Allah tunjuk lah aku jalan yg lurus. ‘: ‘Ihdinas sirotol Mustaqeem Ya Allah’

Maka akan terpecat lah jin-jin daripada dekat saudara-saudara. Marahlah mereka. Invesment bertahun-tahun berjuta-juta ringgit yang sudah dibelanjakan akan hancur kalau dibiar orang ini temui jalan hidayah atau kebenaran.

Mereka akan mula merasuk dengan menunjuk-nunjukkan bayang mereka di waktu malam. Kadang kita rasa macam ada orang tarik-tarik kaki masa tidur. Lebam-lebam tubuh. Berasa macam ada jin dalam rumah. Anak-anak, bayi-bayi menanggis saja waktu malam. Lalu saudara-saudara pun pergi cari bomoh untuk menghalau jin-jin ini.

Kebanyakan bomoh pula belajar daripada guru guru yang ajar tawassul begini juga tetapi bomoh-bomoh itu tidak di rasuk oleh jin-jin itu sebab mereka dah jadi sahabat. Bomoh-bomoh ini datang membaca ayat-ayat tawasul, scan-scan, baca ayat-ayat pada limau purut, bertih, kacang hijau, garam dan sebagainya. Mereka beritahu macam-macam. Lalu saudara-saudara pun percaya lah semula akidah-akidah yang Allah dah leraikan sedikit-sedikit itu.

Jin-jin pun lari dengan berbagai tipu helah. Mengaduh kono kesakitan lah. Terbakar bulu lah. Sakit lah. Minta tebusan ayam hitam pulut kuning dan sebagainya. Saudara-saudara pun buat. Jin pun pergi. Bomoh pun di bayar. Saudara-saudara pun berasa lega. Mereka sudah berjaya kembalikan saudara-saudara pada kekufuran semula.

3. Soalan : Macamana kalau ada yang datang jumpa kita beritahu kita dia baca-baca (ayat Al Quran) lalu kata dia nampak dalam diri kita begitu dan begini. Kemudian dia beri suggestion kalau nak berubat dengan dia. Dia kata dia tak paksa lah. Macam logik je nak berubat.. bayaran tu tak apa lah kan.. walaupun melampau-lampau. Tapi dia ada minta belikan Al Quran, sejadah, telekung. Bayaran ikut pakej.   Nak baik macam mana atau tahap mana . Saya ni penakut.  Jadi saya pun menolak. Risau takut lain yang jadi dan saya tolak secara baik.

Ustaz : Memang syaitan tak akan paksa kita. Dia bodek saja. Daripada ayat 40 ke 42 Surah Saba’mafhumnya:

Malaikat-malaikat berkata apabila manusia berbuat tawasul mereka nampak jin-jin datang pada orang-orang itu. Mereka-mereka yang memuja dan percaya sungguh dengan jin-jin.

Jadi bila pergi tahlil, maulud, bersilat, wirid-wirid keramat, tarikat-tarikat dan tasauf dalam seruan pada nabi-nabi, wali-wali, malaikat-malaikat mereka sudah pun membawa balik ke rumah jin-jin. Sedangkan mereka menyangkakan yang lain.

Makna nya setiap kali buat perantara atau tawasul dengan tujuan baik nya kita rupa-rupanya kita sedang menjemput jin-jin datang pada kita. Pada hal kita buat tahlil bukan bertujuan untuk panggil jin. Kita buat maulud bukan tujuan untuk panggil jin. Kita belajar silat bukan tujuan untuk panggil jin. Bersilat adalah bagus. Cuma jangan seru-seru orang-orang yang telah mati saja. Kita berwirid keramat bukan tujuan untuk panggil jin. Niat kita ikhlas tetapi kita buat bidaah. Nabi tak pernah ajar.

4. Soalan : Dalam tahlil tu macam mana pula boleh jadi macam tu ? Tawasul yang syirik)

Ustaz : Ada murid ustaz yang senior ada belajar silat dan wirid keramat. Dia bertaubat. Dia tanya macamana nak buang jin-jin ni. Di permulaan tahlil ada seru nabi keluarga nya serta para sahabat…. Al fatihah….Cuba semak semula nota-nota yang ustaz telah syarah sebelum ini.

Apabila tawasul di buat dalam mana-mana wirid bererti kita telah menjemput syaitan duduk di rumah kita. (Bersyukurlah pd Allah yg memberi hidayahNya )

Dalam group ini sudah ada orang yang meminta ustaz ajarkan bagaimana hendak buang jin-jin ini dari dirinya dan dari rumahnya. Lalu ustaz pun ajarkanlah pada nya. Ada sesuatu berlaku. Ustaz sudah pun tahu bahawa ia akan berlaku berdasarkan daripada pengalaman-pengalaman sebelum ini dan bukan disebabkan ustaz mengetahui ilmu ghaib.

5. Soalan : Ustaz, apabila orang menjemput kita ke majlis tahlil kita boleh pilih untuk tidak menghadirkan diri, tetapi bagaimana pula kalau tahlil itu di adakan di rumah kita sendiri oleh adik beradik kita ? Adakah kita kena keluar dari rumah tersebut?

Ustaz : Kamu perlulah beritahu pada adik beradik apa yang kamu telah pelajari ini. Barulah mereka juga faham. Tak usah nak berdalih-dalih. Tak perlu nak berbohong. Hanya kasihan kan mereka kerana mereka itu tidak mengetahui.

Akan tetapi ustaz nasihatkan lebih baik jangan ikut serta.  Akan datang ustaz akan beri huraian dari Al Quran akibat mereka yang ikut serta majlis begini. Buat masa ini belum lagi masuk ke bab tersebut. Bersabar lah.

Pengalaman dialog antara Ustaz Ayah Aji  Rosman dengan seorang pelajar yang mahu membuang segala amalan syiriknya : 

Pelajar : Ustaz, saya risau. saya dah tinggalkan ilmu-ilmu tasauf yang saya pelajari selama ini. Saya juga sudah tinggal ilmu-ilmu sihir yang saya pelajari. Saya berhenti berbuat syirik. Saya minta Allah tunjukkan jika ada lagi amalan syirik yang saya telah buat. Tetapi saya masih ada suara hati. Saya takut ustaz. Sudah sebulan saya berusaha. Tetapi suara hati tu tidak hilang juga ?


Ustaz :

  1. Mengucap dulu 

  2. Katakan aku buang segala amalan syirik dan jin-jin sekiranya ada dengan ‘ BismillahirRahmanir Rahim’


Pelajar : Alhamdulillah. dah ustaz…saya tak tahu nak explain. Tapi mcm saya rasa blank sekarang ni.


Ustaz :

  1. Istighfar banya-banyak pada Allah. 
  2. Baca Ayatul Kursy.

Ada rasa seram sejuk tak masa buat tadi ?

Pelajar : Ada. Mengelupur sedikit pun ada .

Ustaz : Memang ustaz dah jumpa ramai yang amalkan amalan seperti awak apabila dia buat macam tadi akan rasa sama seperti yang awak rasa. Insya Allah. Amalan-amalan itu sudah tiada.

  1. Bila balik ke rumah, semasa tutup pintu bacalah Bismillah. Setiap kali tutup pintu bacalah Bismillah.
  1. Ketika hendak tidur mengucap Dua Kalimah Syahadah sekali.
  1. Istighfar 3 kali.
  1. Ayatul Kursy 1 kali.
  1. Doa: Ya Allah, Aaudzubillahi minasy syaitonir rajim.

Insya Allah

Ustaz hendak minta maaf pada  murid ustaz kerana terpaksa dedahkan cerita ini untuk pengajaran semua. Ramai yang pernah buat tetapi malu-malu nak beritahu. Terdapat banyak berlaku pada murid-murid ustaz apabila mereka sudah pelajari ini.

6. Soalan : Macammana kah cara hendak perbaikinya ustaz ? Dan juga hendak jaga agar hati sentiasa kuat untuk menghadapi keadaan seperti ini?

Ustaz : Oleh itu bagi sesiapa yang telah berbuat tawasul ini, maka bertaubatlah. Mengucap Dua kalimah syahadah sekali.

Kata lah : Wahai Allah, Aku buang segala amalan syirik yg aku dah buat dan jin-jin sekiranya ada; dengan Bismillahir Rahmanir Rahim. Niat dalam hati buang ia. Buanglah semua yang telah diamalkan apa-ap saja termasuk wirid-wirid keramat, wirid-wirid persilatan, wirid-wirid Tarikat, hizbi-hizbi, isim-isim, atau apa saja amalan yang nabi tidak ajar, buang dengan Bismillah.

7. Soalan : Benar ustaz. Saya sudah lama perhatikan amalan menurun dan ambil “ijazah”. Sebab pengalaman saya selepas saya faham sesuatu. Saya sendiri mampu beri ijazah kepada kawan saya di tempat ambil ijazah guru silat (satu ketika dulu). Saya katakan ini sihir semata. Jin. Kita yang tundukkan diri kita pada mereka seolah-olah macam dia boleh baca hati kita. Sedangkan jin juga berbisik dengan dia tentang bahasa tubuh kita. Mana ada makhluk boleh baca isi hati. Hanya Allah azza wa jalla sahaja yang mampu.

Ustaz : Ambil ijazah tu adalah sesat. Betul . Itulah amalan sihir. Ustaz sengaja tidak beritahu lagi. Ada juga jenis sihir begini: Bila baca ayat Al Quran dengan tanpa tawasul dan terus tujukan ayat yang di baca itu pada orang. Benar .

Contoh : Bila roadtax kereta kita mati, atau lesen mati dan ditahan oleh polis atau JPJ. Oleh kerana takut di saman, kita pun bacalah ayat surah yasin atau surah lain umpamanya lalu kita tuju atau fokus pada anggota polis atau JPJ itu dengan niat agar mereka tak nampak kita. Itulah sihir. Dan Ianya adalah syirik!

Akan tetapi jika kita baca ayat Al Quran lantas kita berdoa agar Allah lindungi diri kita daripada musibah maka itu tidak mengapa. Itu lah cara yang sebenarnya .

8. Soalan : Pada awalnya kita menyangkakan bila baca selawat beribu kali dan baca ayat Al Quran itulah cara berubat yang betul untuk hilangkan jin dan syaitan. Rupanya mereka jadi member dalam badan? Ngerinya… Bila baca penerangan ustaz ni perut saya rasa,memulas, kepala tiba-tiba jadi berat dan pening sebelah, nafas jadi tersangkut.

Ustaz : Segeralah buang amalan-amalan karut dulu dengan bismillah. Mengucap sekali lagi dan buang dengan bismillah segala amalan karut serta jin-jin jika ada. Istighfar banyak-banyak pada Allah dan minta perlindungan dari Allah dengan ‘Aaudzubillahiminasy syaitonirrajim’.

9. Soalan : Saya banyak kali beritahu kawan saya dulu tentang sihir sebab dia banyak buat benda yang kita tidak fahami. Bahawa dengan menggunakan ayat Al Quran juga boleh dijadi sihir . Dia ada “iktikad” yang menjadikan “amalan” itu sihir (syirik dan bidaah).

Ustaz : Ini berlaku pada pengamal Nasrul Haq, Rampai sakti, silat seru dan sejenis nya. Mereka akan baca , ‘Laa hauw lawala quwwata illa billah.’ Fokus pada lawan kemudian hupppp. Melenting lawan. Inilah amalan sihir. Iaitu menggunakan kuasa Allah untuk tarik atau lempar orang.

10. Soalan : Tentang pengosongan diri .Mereka yang ikut tarekat atau silat dan  buat amalan berkhalwat, saya katakan sebenarnya kita juga tertipu dengan amalan ini. Kerana jika kita cuba “kosong” kan diri… Maka siapa yang akan “masuk” ?? Cari dan kaji dan cuba fahami. Saya pernah rasa kan saya yakin bahwa tiada yang lain melainkan jin. Kerana jika dah kosong..maka kita sebenarnya tengah bingungkan jiwa. Kita menjadikan “tiada” sehingga menafikan tauhid. Disinilah jin akan masuk seolah memberi kita pengalaman “inilah maarifat” sedangkan pada hakikatnya tidak. Benarkan ustaz explaination saya?

Ustaz : Benar

11. Soalan : Adakah mimpi juga banyak dikaitkan dengan jin dan syaitan yang ada dalam badan kita ustaz? Padahal sebelum tidur kita sudah bewuduk, baca Al Fatihah, baca 3 Qul tetapi masih lagi mimpi yang bukan-bukan dan menakutkan..tidur yang tiada ketenangan.

Ustaz : Bila dah buat tawasul dan tidak bertaubat maka bacalah apa saja syaitan atau jin masih tetap jadi member. Malam malam datang macam-macam. Bila ada orang di rasuk hantu kita baca ayat kursy tapi hantu buat tak tahu saja. Malah mereka kata tak betul awak baca tu. Ada tak berlaku?

12. Soalan : Ustaz, apa pegangan Ustaz terhadap tarikah Naqshabandi, Chishti, Shattari atau Qadiri.. mula dengan 5000 bacaan ism nafi.. ?

Ustaz : Kamu semua sedang bertanya kepada orang (saya) yang bertapa berwirid selama 24 tahun. Orang yang pernah jumpa jin-jin, berhadapan malah dengan raja jin. Tarikat-tarikat pun saya amal. Berwirid 4 jam sehari selama 4 tahun. Jadi apa yang di tulis itu sudah tentulah kerana saya amat tahu . Bukan ambil ilmu tuhan.

 

Cara Tahallul Haji

0

Bismillah…
Note 36 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

CARA TAHALLUL HAJI

1. Maksud Tahallul ialah keluar atau bebas daripada ikatan dan larangan ihram.

2. Mereka mengerjakan haji mesti melakukan beberapa amalan dan terikat dengan beberapa perkara tertentu.

3. Waktu Tahallul  bermula selepas tengah malam raya qurban.  Jemaah haji bertolak meninggalkan Arafah menuju ke Minas setelah wajib bermalam di Muzdalifah.

4. Tiga ibadat yang penting dilakukan iaitu melontarkan jamrah Al Aqabah, bercukur dan tawaf.

5. 2 daripada amalan tersebut, bermakna dia telah keluar daripada ihram hajinya sebagai tahallul yang pertama dan dinamakan juga tahallul kecil.

6. Jesteru itu dia bebas melakukan kesemua 10 perkara yang dilarang semasa ihram kecuali yang berkaitan dengan perempuan yang sama ada persetubuhan, bercumbuan dan akad nikah.

Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila kamu telah melontarkan jamrah, kamu bolehlah menggunakan bau-bauan dan melakukan semua larangan yang lain kecuali yang berkaitan dengan perempuan.”
Riwayat Ahmad : 25845

Bolehkah solat sambil duduk?

0

Bolehkah solat sambil duduk?

Dari ‘Imron bin Hushoin –beliau penderita penyakit buasir, beliau berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai shalat sambil duduk. Beliau bersabda,

إِنْ صَلَّى قَائِمًا فَهْوَ أَفْضَلُ ، وَمَنْ صَلَّى قَاعِدًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ الْقَائِمِ ، وَمَنْ صَلَّى نَائِمًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ الْقَاعِدِ

“Jika shalat sambil berdiri, maka itu lebih afdhol. Jika shalat sambil duduk, maka pahalanya separuh dari yang berdiri. Barangsiapa shalat sambil tidur, itu separuh dari pahala orang yang duduk.” (HR. Bukhari no. 1115)

Imam Tirmidzi berkata,

هَذَا لِلصَّحِيحِ وَلِمَنْ لَيْسَ لَهُ عُذْرٌ. يَعْنِى فِى النَّوَافِلِ فَأَمَّا مَنْ كَانَ لَهُ عُذْرٌ مِنْ مَرَضٍ أَوْ غَيْرِهِ فَصَلَّى جَالِسًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ الْقَائِمِ

“Hadits ini terdapat dalam kitab Shahih. Hal ini berlaku bagi orang yang tidak memiliki uzur dan berlaku dalam shalat sunnah. Barangsiapa yang memiliki uzur karena sakit atau selainnya, maka ia boleh shalat sunnah sambil duduk dan pahala yang ia peroleh seperti pahala orang yang shalat sambil berdiri.” (Sunan At Tirmidzi no. 372)

Dalil lainnya yang menunjukkan bahwa shalat sunnah boleh sambil duduk dapat dilihat pada hadits berikut,

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ الْعُقَيْلِىِّ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ صَلاَةِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِاللَّيْلِ فَقَالَتْ كَانَ يُصَلِّى لَيْلاً طَوِيلاً قَائِمًا وَلَيْلاً طَوِيلاً قَاعِدًا وَكَانَ إِذَا قَرَأَ قَائِمًا رَكَعَ قَائِمًا وَإِذَا قَرَأَ قَاعِدًا رَكَعَ قَاعِدًا.

Dari ‘Abdullah bin Syaqiq Al ‘Uqoili, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada ‘Aisyah mengenai shalat malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lantas ‘Aisyah menjawab, “Beliau shalat malam amat lama sambil berdiri dan kadang sambil duduk. Jika beliau melaksanakan shalat malam dengan berdiri ketika membaca surat, maka demikian pula ketika ruku’. Jika beliau melakukan shalat malam dengan duduk ketika membaca surat, maka demikian pula ketika ruku’.“(HR. Muslim no. 730)

Al Hasan Al Bashri berkata,

إِنْ شَاءَ الرَّجُلُ صَلَّى صَلاَةَ التَّطَوُّعِ قَائِمًا وَجَالِسًا وَمُضْطَجِعًا.

“Jika seseorang mau, ia boleh shalat sunnah sambil berdiri, duduk atau berbaring.” (Sunan At Tirmidzi no. 372)

Intinya di sini, shalat sunnah boleh dikerjakan sambil duduk meskipun tidak dalam keadaan capek. Namun tentu saja, shalat dalam keadaan berdiri ketika mampu dan kuat, itu yang lebih utama dan mendapatkan pahala berlebih. Sedangkan shalat wajib diharuskan dengan berdiri ketika mampu berdiri. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada ‘Imron bin Al Hushoin,

صَلِّ قَائِمًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

“Shalatlah dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, kerjakanlah dalam keadaan duduk. Jika tidak mampu lagi, maka kerjakanlah dengan tidur menyamping” (HR. Bukhari no. 1117)

Ibnu Qudamah dalam Al Mughni (1: 813) berkata, “Orang sakit jika shalat sambil berdiri dan membuat sakitnya bertambah parah, maka ia boleh shalat sambil duduk. Para ulama sepakat (berijma’) bahwa orang yang tidak mampu berdiri, maka ia boleh shalat sambil duduk.”

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz berkata, “Tidaklah mengapa seorang muslim mengerjakan shalat sunnah sambil duduk meskipun dia dalam kondisi sehat. Jadi, diperbolehkan shalat sunnah sambil duduk. Sedangkan untuk shalat wajib, tidak diperbolehkan dikerjakan sambil duduk jika mampu shalat sambil berdiri. Namun untuk shalat malam, shalat dhuha, shalat sunnah rawatib boleh dikerjakan sambil duduk meskipun dalam kondisi sehat wal afiat. Dengan alasan malas atau badan capek boleh shalat sambil duduk. Aisyah mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di akhir hidup beliau sering shalat sunnah sambil duduk.”

Sunat-Sunat Haji 3

0

Bismillah…
Note 35 : sambungan note 34

Sunat mengikut cara yang berikut :

8.4.1. Melontar jamrah apabila tergelincir matahari dan sebelum mengerjakan solat Zuhur.

8.4.2. Berdiri di Jamrah Al Ula dan Jamrah Al Wusta, yang mengadap ke arah Kiblat kemudian melontar jamrah satu demi satu.

8.4.3. Berganjak ke tepi sedikit selepas selesai melontar jamrah. Kemudian sambil membelakangkan jamrah dan mengadap kiblat, berdoa dengan khusyu dan merendah diri memohon sebarang hajat diri sendiri dan saudara mara.

Sunat-Sunat Haji 2

0

Bismillah…
Note 34 : sambungan note 33

5. Sunat Saie :

5.1. Saie selepas tawaf, sunat tidak mengulanginya selepas tawaf yang lain.

5.1.1. Tawaf Qudum ialah tawaf sunat yang dilakukan sebaik sahaja sampai di Makkah.

5.1.2. Tawaf Ifadhah ialah tawaf rukun bagi ibadah haji.

5.2. Sunat naik ke atas Bukit Safa pada permulaan Saie hingga boleh melihat Kaabah sekiranya tidak ada apa-apa yang melindunginya, kemudian menghadap ke arah Kiblat sambil berkata:

“Allah Maha Besar dan bagiNya segala pujian. Allah Maha Besar di atas segala hidayahNya kepada kami dan segala pujian bagi Allah atas segala kurniaanNya. Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain Allah, yang tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala pemerintahan dan pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Segala kebaikan dalam kekuasaanNya dan Dia maha berkiasa atas segala-galaNya.”

5.3. Mengejarkan saie dengan berjalan, selagi mampu melakukan sedemikian. Sunat berlari lari anak antara kedua dua tanda yang ditetapkan dan sunat berdoa ketika itu dan pada setiap kali memdaki Bukit Safa dan Marwah.

6. Perkara Sunat Ketika Menuju Ke Arafah :

6.1. Pergi ke Arafah selepas memasuki Makkah dan melakukan tawaf Qudum.

6.2. Imam atau pemimpin dikalangan orang Islam berucap di Makkah selepas solat Zuhur selepas 7 Zulhijjah bagi memberi panduan kepada mereka untuk pergi ke Mina.

6.3. Pergi ke Mina pada waktu pagi hari yang ke lapan dan tinggal disana sehingha pagi hari kesembilan. Mengerjakan solat fardhu lima waktu dimasjid Al Khalif.

6.4. Menuju ke Arafah selepas matahari tertib pada pagi hari yang ke sembilan. Sunat tidak terus masuk ke Arafah berhenti diNamirah sehingga matahari gelincir dan menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jama’ taqdim. Masuk ke Arafah dan wukuf di sana sehingga terbenam matahari sambil berdoa dan zikrullah, memperbanyakan tahlil, beserah dan merendah diri kepada Allah SWT.

7. Perkara yang Sunat Bermalam di Muzdalifah

7.1. Tempat wajib bermalam, sehingga azan Subuh dan menunaikan solat Subuh disana pada awal waktunya.

7.2. Menuju ke Mina setelah mengutip tujuh batu sebesar biji kacang putih.

7.3. Berhenti apabila sampai di Al Masy’ar Al Haram dan berdoa sehingga menjelang pagi.
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan akhirat dan perliharalah kami dari azab neraka.”
Surah Al Baqarah ; 201

8. Perkara Sunat Ketika Melontar

8.1. Tidak memulakan sebarang ibadah selain dari melontar jamrah apabila tiba di Mina.

8.2. Berhenti berucap talbiah ketika melontar jamrah.

8.3. Melontar setiap biji anak batu dengan tangan kanan sambil bertakbir.

Sunat-Sunat Haji

0

Bismillah…
Note 33 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

SUNAT-SUNAT HAJI

1. Pengenalan :

1.1. Sunat haji merupakan adab-adab dan kesempurnaan yang sangat dijaga dan diambil berat oleh Rasulullah SAW ketika melaksanakan ibadah haji.

1.2. Ia tidak termasuk dalam rukun atau wajib haji, yang menyebabkan berdoa dan dikenakan fidyah sekiranya ditinggalkan.

2. Sunat Ihram :

2.1. Mandi sebelum berihram atau sebelum bertayammum sekiranya tidak boleh mandi, diikuti semua perkara membersihkan diri, seperti mencabut buku ketiak, mencukur bulu ari-ari , memotong kuku dan membuat segala kekotoran.

2.2. Melafazkan niat, diikuti mengucap talbiah dengan suara yang kuat bagi orang lelaki sama ada ketika berdiri, duduk, berjalan atau dalam keadaan apa jua sekalipun.

2.3. Seboleh-bolehnya menjauhi perbualan tentang perkara keduniaan dan bersuka ria yang harus, lebih-lebih lagi yang makruh dan haram.

3. Perkara Sunat Ketika Masuk ke Makkah :

3.1. Masuk ke Makkah dahulu sebelum wukuf, kemudian ke sana menuju ke Arafah.

3.2. Mandi untuk masuk ke Makkah ditempat yang dikenali dengan Bi’ru Zi Tuwa,  sebuah telaga yg terkenal, dimana tempat Nabi SAW selalu mandi sebelum Baginda masuk ke Makkah.

3.3. Masuk ke Makkah melalui jalan celah-celah bukit.

3.4. Melakukan tawaf Qudum sebaik sampai di Makkah bagu menghormati Kaabah yang sentiasa dilakukan oleh Nabi SAW.

3.5. Masuk ke dalam Masjid Al Harram melalui pintu Bani Syaibah, sebaik melibat Kaabah maka berdoalah.

4. Sunat Tawaf :

4.1. Melakukan tawaf dengan berjalan sama ada lelaki dan wanita kecuali yang uzur disebabkan sakit dan seumpamanya.

4.2. Mengusap atau mengucup dan meletakkan dahi di Hajar Aswad ketika melakukan tawaf kerana perbuatan itu merupakan kebiasaan Rasulullah SAW.

4.3. Mengulangi mengusap dan mengucup Hajar Aswad pada setiap kali pusingan dengan pusingan dengan syarat-syaray yang telah disebutkan.

4.4. Berdoa ketika melakukan tawaf.

4.5. Berlari-lari anak iaitu berjalan ceoat dengan langkah pendek pada pusingan ketiga yang pertama. Kemudian, berjalan seperti biasa pada empat pusinhan yang lain.

4.6. Bersolat dua rakaat di kawasan belakang maqam Nabi Ibrahim AS selepas selesai tawaf. Rakaat pertama bacalah surah Al Kafirun dan pada rakaat kedua membaca surah Al Ikhlas.

Amalan Haji dan Umrah 2

0

Bismillah…
Note 32 : sambungan note 31

3. Rukun Haji :

3.1. Ihram :
Rasulullah SAW bersabda :
“Haji itu ialah Arafah. Sesiapa yang datang ke Arafah pada malam perhimpunan sebelum fajar terbit, bererti dia dapat ibadah haji tersebut.”
Riwayat Al Tirmizi : 898

3.2. Wukuf di Arafah :
– Syarat-syarat wukuf di Arafah

3.2.1. Wukuf hendaklah dalam tempoh waktu Zuhur, hari yang ke9 Zulhijjah hingha terbit fajar pada hari raya Qurban. Ini bererti , seseorang yang wukuf di Arafah sebelum atau selepas tempoh tersebut hajinya tidak sah.

3.2.2. Wukuf di tempat yang dikehendaki di Arafah.

Rasulullah SAW bersabda :
“Disinilah aku berwukuf dan seluruh Arafah adalah tempat berwukuf.”
Riwayat Muslim : 3011

3.3. Tawaf Ifadhah :
– Tawaf ifadhah berdasarkan firman Allah SWT : “Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.”
Surah Al Haj : 29

3.3.1. Syarat sah tawaf : hendaklah mempunyai semua syarat, sebagaimana syarat sah solat, iaitu niat, suci daripada hadas besar dan kecil, suci daripada sama ada pada badan, pakaian atau tempat tawaf dan menutup aurat.

3.3.2. Hendaklah tawaf diluar kawasan Hijr Ismail kerana ia jugak termasuk dalam kawasan Kaabah. Hijr Ismail iaitu dinding paling rendah dalam bentuk setengah bulat, yang terletak dikawasan sebelah utara Kaabah.

3.3.3. Tawaf hendaklah bermula dari Hajar Aswad dengan Kaabah berada di kiri badan.

3.3.4. Hendaklah menyempurnakan tawafnya sebanyak 7 kali.

3.4. Saie di antara Bukit Safa dan Marwah :
– Merupakan dua bukit yanh berhampiran dengan Kaabah, manakala Saie diantara kedua duanya bermaksud berjalan dari Safa ke Marwah dan sebanyak 7 kali, iaitu Safa ke Marwah dikira sekali dan dari Marwah ke Safa dikira sekali dan begitulah seterusnya.

Syarat2 Saie :

3.4.1. Saie dilakukan selepas tawaf sama ada selepas tawaf Qudum atau tawaf Ifadhah. Tawaf Ifadhah sunat dilakukan oleh mereka mengerjakan haji apabila sampai di Makkah. Tawaf Ifadhah ialah tawaf rukun, ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW.

3.4.2. Saie sebanyak 7 kali perjalanan bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

3.4.3. Hendaklah melalui lalulan di antara Safa ke Marwah, sekiranya tertinggal atau terkurang, maka perjalanan tersebut tidak sah. Orang bersaie wajib merapatkan tumitnya dikaki Bukit Safa dan berjalan dari situ menuju ke Bukit Marwah.

3.4.4. Ketujuh-tujuh perjalanan tersebut hendaklah dilakukan secara berturut-turut.

3.5. Bercukur : merangkumi semua perbuatan memotong rambut, termasuk menggunting tiga helai rambut atau lebih, memcabut atau memendekkannya walau sekadar mana dan dengan apa-apa alat sekalipun.

Syarat bercukur:

3.5.1. Jangan bercukur mendahului waktu. Waktu bercukur adalah selepas tengah malam Raya Qurban.

3.5.2. Jangan kurang daripada tiga helai rambut yang sama ada bercukur atau menggunting.

3.5.3. Rambut yang dicukur hendaklah dibahagian kepala. Bagi kaum wanita, ijma’ ulamak menyatakab bahwa hanya disuruh bergunting tidak bercukur.

Perhatian : Mereka tidak mempunyai rambut sunat melalukan pisau cukur di atas kepalanya (syarat)

4. Tertib :
– Sebahagian rukun ni hendaklah dilakukan dengan tertib, iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf dan saie.

5. Amalan Umrah :

5.1. Ihram umrah adalah sebagaimana ihram haji. Begitu juga, miqatnya telahpun disebutkan dahulu.

5.2. Melakukan tawaf umrah sebaik-baik sampai di Makkah tanpa melakukan tawaf Qudum.

5.3. Saie di antara Bukit Safa dan Marwah.

5.4. Bercukur atau bergunting rambut.

Popular

Iklan

Iklan