Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Bab Bekas-Bekas Air : Hadis ke 18 hingga 23

Bab Bekas-Bekas Air : Hadis ke 18 hingga 23

5037
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم

اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 

أما بعد،

باب الآنية

Bab bekas air.

Bab bekas-bekas air.

Mukaddimah.

Tujuan tuan kitab menulis bab ini ialah kerana Air sentiasa perlu di ambil dengan sesuatu. samada dengan di cedok dengan tangan atau bekas air.

Bekas air ada jenis gelas, mangkuk, jag, timba, gayong dan sebagainya. Dan ada bekas di buat dari besi, tembaga, timah, emas, perak, kayu, batu, plastik dan lain-lain..

Asal hukum dalam bab ini semua bekas air boleh di guna melainkan ada dalil Nas yang melarangnya atau mengatakan ia najis. Kerana tidak boleh guna bekas wadah air yang najis dan bekas wadah yang di larang guna.

Hadits 18

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَا تَأْكُلُوا فِي صِحَافِهِمَا فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَكُمْ فِي الْآخِرَةِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Hudzaifah Ibnu Al-Yamani Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Janganlah kamu minum dengan bekas minuman yang di buat dari emas dan perak, dan jangan pula kamu makan dengan pinggan yang terbuat dari keduanya, kerana barang-barang itu untuk mereka (orang kafir) di dunia dan ia untukmu di akhirat.

Muttafaq Alaihi.

Penjelasan hukum,

1- Bekas minuman dan bekas makanan ini merangkumi semua jenis bekas. samada gelas,cawan,mangkuk,jag teko,piring,pinggan,dulang,sudu dll umpamanya.

2- Haram guna di sini untuk makan minum dan di sini juga turut haram di guna untuk bekas air wudhu, atau bekas air untuk mandi.

3- Emas atau perak di dalam hadis di atas merangkumi segala jenis emas yang ada fizikal emas tulen dan ada fizikal perak tulen. Samada perak sedikit atau banyak, emas sedikit atau banyak sama saja hukumnya.

4- Orang kafir suka guna bekas-bekas dari emas dan perak untuk kemegahan mereka dengan dunia. sifat kesombongan ini hanya sesuai bagi orang kafir. Di sebut dunia kerana orang kafir tak pedulikan hal akhirat. Sedang di akhirat mereka dapat azab.

Semoga Allah lindungi kita dari azab neraka Jahannam.

5- Orang Islam bila mereka masuk Syurga akan dapat kenikmatan-kenikmatan dengan bekas-bekas dari emas dan perak. Di haramkan di dunia ini kerana untuk di beri di syurga kelak. Semoga Allah masukkan kita semua ke dalam syurga Jannah.

Habis di situ

********************************************************************************

 Hadits ke 19

وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي يَشْرَبُ فِي إنَاءِ الْفِضَّةِ إنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Ummu Salamah Radliyallaahu ‘anha bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Orang yang minum dengan bekas minuman dari perak, sungguh dia hanyalah memasukkan api Jahannam ke dalam perutnya.

Muttafaq Alaih.

Penjelasan makna lafaz,

1-Lafaz يُجَرْجِرُ bermaksud memasukkan air sehingga terdengar suara air yang masuk ke dalam perut. asal perkataan ini di guna untuk unta yang terbunyi suara air yang di minum ketika masuk air itu ke dalam perutnya

Penjelasan hukum,

1- Haram minum air dari bekas air yang di buat dari perak.

2- Di sebut lafaz perak ertinya jika perak di larang maka emas tentu lebih utama di larang.

3- Azab yang teramat berat akan di tanggung oleh orang yang minum dari bekas tersebut. Jika di lihat hadis sebelumnya memberi erti lebih berat iaitu kelakuan perangainya meniru cara bermewah orang kafir.

4- Air tidak boleh di minum,oleh itu untuk berwudhu dan bersuci juga sama hukumnya. jadi tidak patut dalam urusan ibadah disertakan perbuatan yang haram.

5- Hukum bekas wadah air dari emas dan perak tuju kepada semua lelaki dan perempuan

Habis di situ..

Boleh tanya soalan.

Soalan :

1. Soalan : Kalau bekas perak campuran mcmmane? Haram juga atau ade klonggaran?

Jawab : haram juga..

2. Soalan : Bagaimana nak tahu larangan itu haram atau makruh

Jawab : jika tiada dalil2 melonggarkan hukum asal maka jadi haram..jika ada maka makruh..

3. Soalan : Adakah pinggang @ mangkuk yg dihias jalur atau corak warna emas termasuk dalam kategori haram juga?

Jawab : kalau warna sahaja tapi bukan emas dan perak tulen maka boleh

4. Soalan : Ustaz, larangan di dalam hadis hanya bekas perak tidak boleh guna jadi bekas minum, maksudnya bekas emas tu dikiaskan ? Adakah sama cara nya dengan najis jilatan anjing pada bekas dikiaskan dengan babi?

Jawab ; tak perlu kias pun yg perak tu,sbbnya hadis 18 pun dah ada kan..

5. Soalan ; Q. 🔴apakah hukum meminum dalam bekas yang dihias cantik dgn warna keemasan dan bersinar2.

Jawab : boleh..asalkan jgn emas tulen

Antara perkara yg perlu diwaspada iaitu makan minum di hotel..kerana setengah2 hotel guna barangan mewah ini.

6. Soalan ; Bagaimana pula jika tidak tahu beza yg mana perak dan yg mana stainless steel?

Jawab ; Takpe..tapi selidik dulu.. sbb ancaman tu bahaya sangat.. macam contoh kalau kita ragu bekas air tu ada racun maka takkan lah kita nak try minum juga tanpa ambil kepastian..

7. Soalan ; Mcm mana kalau bukan bekas keseluruhan yg perak….hanya di panggil silver plated…di sadur sedikit perak

Jawab : ya tak boleh..

8. Soalan ; Assalamualaikum. Td tak sempat tanya. Pinggan mangkuk diperbuat dr bone de chine, adakah haram digunakan? Pinggan mangkuk yg di perbuat dr tulang haiwan , ada bercampur dgn tanah liat

Jawab : waalaikumussalam.. jelaskan dlm bahasa melayu yg mudah ana faham apa kandungannya.

9. Soalan : Bilik 79: soalan : imam sunan tu siapa ustaz? Dan bagaimana cara basuhan samak?

Jawab : guna apa saja..antaranya biji pokok salam..dikatakan tahi merpati dan benda2 rasa pahit boleh juga..tapi ana tak tahu dan tak pernah tgk org buat.

10. Soalan : SAMAK ni lain kan ust dengan 6 basuhan air dan 1 air tanah?

Jawab : Tak sebut 6 basuhan samak..tu cara basuh jilatan anjing.harap maklum..

yg samak kulit ni lain.di samak hingga boleh guna ketika kering dan basah.

11.

********************************************************************************

Hadits 20

وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الْلَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ الْلَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دُبِغَ الْإِهَابُ فَقَدْ طَهُرَ أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Jika kulit binatang telah di samak maka ia menjadi suci.

Diriwayatkan oleh Muslim

وَعِنْدَ الْأَرْبَعَةِ: ( أَيُّمَا إِهَابٍ دُبِغَ )

Menurut riwayat Empat (Imam Sunan) : Kulit binatang apapun yang telah disamak (ia menjadi suci).

********************************************************************************

Hadits 21

وَعِنْدَ الْأَرْبَعَةِ: ( أَيُّمَا إِهَابٍ دُبِغَ )

Menurut riwayat Empat (Imam Sunan) : Kulit binatang apapun yang telah disamak (ia menjadi suci).

********************************************************************************

Hadits 22

وَعَنْ سَلَمَةَ بْنِ الْمُحَبِّقِ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ الْلَّهِ صلى الله عليه وسلم دِبَاغُ جُلُودِ الْمَيْتَةِ طُهُورُهاَ صَحَّحَهُ ابْنُ حِبَّانَ

Dari Salamah Ibnu al-Muhabbiq Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Menyamak kulit bangkai adalah mensucikannya.

Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.

Darjat hadist 21 dan hadist 22 sohih.

*********************************************************************************

Hadits 23

وَعَنْ مَيْمُونَةَ رَضِيَ الْلَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: مَرَّ رَسُولُ الْلَّهِ صلى الله عليه وسلم بِشَاةٍ يَجُرُّونَهَا فَقَالَ: لَوْ أَخَذْتُمْ إِهَابَهَا؟ فَقَالُوا: إِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ: يُطَهِّرُهَا الْمَاءُ وَالْقَرَظُ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّ

Maimunah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam melintas di kawasan ada seekor kambing yang sedang diseret oleh orang ramai. Beliau bersabda:

Alangkah baiknya jika engkau mengambil kulitnya. Mereka berkata: Ia benar-benar telah mati. Beliau bersabda: Ia dapat disucikan dengan air dan daun/biji pokok salam.

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Nasa’i.

Darjat hadist di atas sohih.

Penjelasan lafaz hadist,

1- Lafaz دُبِغَ bermaksud di samak kulit. iaitu dirawat kulit binatang agar jadi kering dan tak rosak busuk bila di rendam air atau tidak.

2- Lafaz الْإِهَابُ bermaksud kulit binatang yang masih lagi belum di samak.

3- Lafaz الْقَرَظُ bermaksud biji daun pokok salam.

Penjelasan hukum hadits.

1- Kulit binatang boleh di rawat agar dapat di guna untuk kegunaan harian manusia.

2- Kaedah samak kulit boleh di guna biji daun salam atau apa sahaja benda yang boleh merawat kulit itu jadi kulit yang boleh di guna pakai. samada kasut,seluar,baju,tilam,bekas air dan sebagainya.

3- Zahir hadist di atas hukum boleh guna segala jenis kulit binatang yang di samak. Samada kulit binatang yang halal di makan atau yang haram di makan.

Cumanya dalam bab ini di kalangan ulama berselisih.

a)ada yang kata semua jenis kulit.

b) ada yang kata hanya khusus buat binatang yang halal di makan.

c)ada yang kata binatang itu yang sudah di sembelih sahaja dapat di guna dengan cara samak.

dan lain2 lagi..

Bagi pendapat saya zahirnya hadits-hadits di atas boleh guna. Lagi pun hadist pun sohih. Cuma jika binatang yang haram di makan masa hidup sebaiknya tidak di guna dengan apa cara sekalipun di samak. Ini mengikut pendapat perwaspadaan sahaja. Kerana asal binatang yang di guna arab masa itu jenis binatang ternak. Lain-lain binatang tak jelas hukum penggunaannya dengan cara di samak.

wallahu a’lam

4- Boleh di guna kulit binatang yang mati tanpa di sembelih.

5- Kulit yang telah di samak boleh di guna semasa kering dan basah.

6- Kulit yang di samak bila suci, boleh di guna untuk dijadikan sebagai bekas simpan air,untuk guna wudhu,mandi atau minum semuanya boleh. halal dan suci. dan ini lah tujuan tuan kitab nukilkan hadits-hadits ini bagi tujuan bekas air sesuai dengan babnya.

Habis di situ pelajaran hadist hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh tanya sekarang.

SOALAN :

1. Soalan : Apa nasihat ustaz bagi mereka yang guna tali pinggang, kasut, handbag dari kulit buaya, ular dan sebagainya dari binatang2 liar?

Jawab : sebaiknya tak guna seperti yg ana nyatakan td..

tapi boleh guna juga seperti hadist di atas kerana hukum tak boleh berbentuk ihtiyati (perwaspadaan) semata..

2.Soalan : Riwayat empat (imam sunan) tu siapa ustaz?

Jawab : abu daud ,tirmizi,nasaei dan ibn majah

3.

syukran lakum wa ilal liqa’

wa jazakumullahu khaira..

wa akhiru da’wana an alhamdulillahi rabbil ‘aalamiin.

wallahu a’alam..

assalamualaikum

 

Komen dan Soalan