Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Amalan Haji dan Umrah 2

Amalan Haji dan Umrah 2

613
0
Iklan

Bismillah…
Note 32 : sambungan note 31

3. Rukun Haji :

3.1. Ihram :
Rasulullah SAW bersabda :
“Haji itu ialah Arafah. Sesiapa yang datang ke Arafah pada malam perhimpunan sebelum fajar terbit, bererti dia dapat ibadah haji tersebut.”
Riwayat Al Tirmizi : 898

3.2. Wukuf di Arafah :
– Syarat-syarat wukuf di Arafah

3.2.1. Wukuf hendaklah dalam tempoh waktu Zuhur, hari yang ke9 Zulhijjah hingha terbit fajar pada hari raya Qurban. Ini bererti , seseorang yang wukuf di Arafah sebelum atau selepas tempoh tersebut hajinya tidak sah.

3.2.2. Wukuf di tempat yang dikehendaki di Arafah.

Rasulullah SAW bersabda :
“Disinilah aku berwukuf dan seluruh Arafah adalah tempat berwukuf.”
Riwayat Muslim : 3011

3.3. Tawaf Ifadhah :
– Tawaf ifadhah berdasarkan firman Allah SWT : “Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.”
Surah Al Haj : 29

3.3.1. Syarat sah tawaf : hendaklah mempunyai semua syarat, sebagaimana syarat sah solat, iaitu niat, suci daripada hadas besar dan kecil, suci daripada sama ada pada badan, pakaian atau tempat tawaf dan menutup aurat.

3.3.2. Hendaklah tawaf diluar kawasan Hijr Ismail kerana ia jugak termasuk dalam kawasan Kaabah. Hijr Ismail iaitu dinding paling rendah dalam bentuk setengah bulat, yang terletak dikawasan sebelah utara Kaabah.

3.3.3. Tawaf hendaklah bermula dari Hajar Aswad dengan Kaabah berada di kiri badan.

3.3.4. Hendaklah menyempurnakan tawafnya sebanyak 7 kali.

3.4. Saie di antara Bukit Safa dan Marwah :
– Merupakan dua bukit yanh berhampiran dengan Kaabah, manakala Saie diantara kedua duanya bermaksud berjalan dari Safa ke Marwah dan sebanyak 7 kali, iaitu Safa ke Marwah dikira sekali dan dari Marwah ke Safa dikira sekali dan begitulah seterusnya.

Syarat2 Saie :

3.4.1. Saie dilakukan selepas tawaf sama ada selepas tawaf Qudum atau tawaf Ifadhah. Tawaf Ifadhah sunat dilakukan oleh mereka mengerjakan haji apabila sampai di Makkah. Tawaf Ifadhah ialah tawaf rukun, ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW.

3.4.2. Saie sebanyak 7 kali perjalanan bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

3.4.3. Hendaklah melalui lalulan di antara Safa ke Marwah, sekiranya tertinggal atau terkurang, maka perjalanan tersebut tidak sah. Orang bersaie wajib merapatkan tumitnya dikaki Bukit Safa dan berjalan dari situ menuju ke Bukit Marwah.

3.4.4. Ketujuh-tujuh perjalanan tersebut hendaklah dilakukan secara berturut-turut.

3.5. Bercukur : merangkumi semua perbuatan memotong rambut, termasuk menggunting tiga helai rambut atau lebih, memcabut atau memendekkannya walau sekadar mana dan dengan apa-apa alat sekalipun.

Syarat bercukur:

3.5.1. Jangan bercukur mendahului waktu. Waktu bercukur adalah selepas tengah malam Raya Qurban.

3.5.2. Jangan kurang daripada tiga helai rambut yang sama ada bercukur atau menggunting.

3.5.3. Rambut yang dicukur hendaklah dibahagian kepala. Bagi kaum wanita, ijma’ ulamak menyatakab bahwa hanya disuruh bergunting tidak bercukur.

Perhatian : Mereka tidak mempunyai rambut sunat melalukan pisau cukur di atas kepalanya (syarat)

4. Tertib :
– Sebahagian rukun ni hendaklah dilakukan dengan tertib, iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf dan saie.

5. Amalan Umrah :

5.1. Ihram umrah adalah sebagaimana ihram haji. Begitu juga, miqatnya telahpun disebutkan dahulu.

5.2. Melakukan tawaf umrah sebaik-baik sampai di Makkah tanpa melakukan tawaf Qudum.

5.3. Saie di antara Bukit Safa dan Marwah.

5.4. Bercukur atau bergunting rambut.

Komen dan Soalan