Utama Blog Halaman 332

Q&A bersama Dr Fathi al-Sakandary sesi #2

0

S21: Ada terdengar dalam ikimfm tadi berkenaan riwayat Rasulullah diberikan limau masam dan Rasulullah makan seorang diri tanpa mempelawa sahabat kerana tidak mahu sahabat turut bersama makan limau yang masam itu. Sahihkah hadis ini?

Tiada baginya asal, Palsu, qarainnya (petunjuk kuat) ialah ia tidak dijumpai dalam mana-mana buku hadith baik yang menghimpunkan hadith-hadith Sahih atau Palsu, serta kisahnya tidak mengikut gaya bahasa hadith, sama ada terlalu puitis, terlalu detail, ia bukan budaya arab dan bukan cara para Sahabat menyebut kisah. Kesemuanya ini adalah qarain akan palsunya ia. Allah Maha Mengetahui.

 

S22: “Tepat Jam 12 Malam tadi telah datang’a 1 Safar. Rasullullah Bersabda “Barang Siapa Yang Memberitahukan Berita 1 Safar Kepada Yang Lain, Maka Haram Api Neraka Baginya”. Dan tolong baca sebentar aja Kita dzikir sebentar ingat Allah

Palsu. Tiada baginya asal. Allah Maha Mengetahui.

 

S23: Daripda Abu Umamah R.A.. Dari Nabi s.a.w.sabdanya brmaksud: Malaikat yang disebelah kanan(yang mejadi pnulis kebaikan) ialah ketua kepada yang sebelah kiri, maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan ditulis baginya kebaikan itu menjadi dengan sepuluh kebaikan yang tesebut,dan apabila dia melakukan sesuatukejahatan, lalu malaikat disebelah kanan berkata: Tunggu dahulu “lalu dia menunggu selama enam atau tujuh jam,maka jika org itu brristighfar daripda perbuatan jahat itu,tidaklah ditulis sesuatu pun, dan jika dia tidak meminta ampun kpda allah dituliskn bagi nya satu kejahatan sahaja.. (Hadis riwayat at-tabrani)

Tidak Sahih. Allah Maha Mengetahui.

 

S24: “zikirlah kpd Allah sampai org cakap kamu gila”

Tersangat Dha’if, Munkar. Di’ilalkan oleh jamaah huffaz antaranya al-Imam Ibn `Adiy katanya Munkar. Berkata al-Haithami: “dalamnya terdapat Darraj, dan telah mendha’ifkannya jamaah, dan telah mendha’ifkannya bukan seorang”. Allah Maha Mengetahui.

 

S25: Hadith yang menyebut setitis arak ibadah tidak diterima selama 44 hari adakah sahih?

Saya tidak menjumpai hadith yang menyebut sedemikian, yang ada ialah hadith yang menyebut sesiapa yang meminum arak maka tidak diterima solatnya selama 40 hari, dikeluarkan al-Tirmizi dan lainnya, yang rajih ianya hadith Dha’if, di’ilalkan oleh jamaah huffaz dan berkata al-Imam Abu Zur’ah ke atas hadith ini: “Munkar”. Sebahagian menSahihkan dan mengHasankan, dan ini tidak tepat. Allah Maha Mengetahui.

 

S26: Saya mendengar hadith bahawa berkata Nabi:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

“Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, dan kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian mengerjakan solat 2 rak’at, maka baginya pahala seperti mengerjakan haji dan umrah”, kata Nabi lagi “ sempurna, sempurna, sempurna”, Sahihkah hadith ini?

Hadith Munkar, Dha’if dengan kesemua jalurnya dan tidak dapat dikuatkan, bahkan tiada satupun yang Sahih dalam bab ini, demikian jelas guru-guru saya semisal al-Syaikh al-Muhaddith Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary, al-Syaikh al-Muhaddith Thariq Iwadullah, serta al-Syaikh al-Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz al-Tharifi.

Hadith ini datang dengan beberapa jalur Sahabat yang kesemuanya ma’lul. Jalur Anas, melalui Abu Zilal adalah Munkar, melalui Tahwwabah juga Munkar, melalui Thabit al-Bunani pula Dha’if Jiddan. Jalur Abi Umamah, melalui al-Qasim adalah Munkar, melalui al-Ahwas Dha’if Muttarib Munkar. Jalur ‘Abdullah bin ‘Umar, melalui Malik bin Mighwal dari Nafi’ adalah Munkar, melalui Mi’sar dari Khalid bin Ma’dan adalah Dha’if. Jalur ‘Aishah, melalui Hisyam bin ‘Urwah dari Ayahnya adalah Maudhu’, melalui ‘Amrah binti Arthah al-‘Adawiyyah juga Dha’if Munkar.

Untuk penjelasan lanjut dianjurkan menela’ah sebuah risalah khas setebal 12 halaman karya guru saya Syaikhul Hadith al-Islandariah al-Syaikh al-Muhaddith Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary yang menjelas secara rinci akan Dha’ifnya hadith ini bertajuk “al-Hujjah Bi Dha’fi Hadith Man Solla Rak’atain Ba’da al-Subhi Falahu Ajru ‘Umratin wa Hajjatin”.

Walaupun hadith ini Munkar dan tidak sahih walau sedikit, namun fiqhnya benar kerana telah thabit dalam hadith Sahih bahawa Nabi SAW biasa duduk diam berzikir dalam masjid selepas solat subuh sehingga terbit matahari, hanya saja ganjaran pahala haji dan ‘umrah yang disebutkan tidak sahih walau sedikit, demikian jelas guru saya al-Syaikh Thariq Iwadullah kepada saya. Maka hadith ini Munkar Dha’if, fiqhnya benar. Allah Maha Mengetahui.

image
Gambar: risalah ini yang sama maksudkan untuk J26 di atas

 

S27:

من لا يحزن لموت العالم فهوا منافق فهوا منافق،،

“Sesiapa yang tidak berasa sedih dengan kematian seorang ‘alim, maka dia adalah munafiq, munafiq, munafiq” Diriwayatkan oleh imam as sayuti dalam tanqih al qaul. Soalnya sahihkah hadith ini?

Disebut oleh al-Suyuthi dalam Lubab al-Hadith tanpa sanad. Saya telah bertanya akan hadith ini kepada guru saya al-Syaikh al-Muhaddith Dr. Khaled al-Hayek dan jawab beliau: “Batil”. Allah Maha Mengetahui

 

S28: Hadis nabis saw: ” Aurat bagi seorang mukmin tersebut ialah apa yang diantara pusat dan lutut ” (Riwayat Samuyyah)

Hadith Dha’if. Namun fiqhnya benar, jumhur fuqaha berpegang sedemikian, dan dalam bab ini dalil-dalil yang lain.

 

S29: Nabi (saw) bersabda…..sesiapa baca yaasin malam jumaat nescaya allah ampun sehimgga ke pagi…..di keluarkan oleh imam ibnu hibban didalam sahihnya.

Dikeluarkan Ibn Hibban dalam al-Taqasim wa al-‘Anwa’, dan ia hadith Dha’if, bahkan kata al-Hafiz al-Muhaddith ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Sa’d: “tiada satupun hadith yang Sahih berkenaan kelebihan surah Yasin”. Allah Maha Mengetahui.

 

S30: Dalam sebuah hadis,Rasulullah bercerita bahwa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah seperti halnya Allah memberikan tempat tinggal kepada anak adam untuk berada di bumi. “Ya Allah,,adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi,,maka berilah pula aku tempat tinggal..!!” Kata Iblis..Allah berfirman,,”Tempat tinggalmu adalah kamar mandi atau tandas”(HR. Bukhari)

Tiada baginya asal. Dusta kepada Nabi SAW serta dusta kepada al-Bukhari. Celaka kepada mereka yang mencipta hadith kemudian menyandarkannya kepada al-Bukhari secara dusta, demikian teknik keji para pendusta hadith moden.

 

Kelas #2 | Bilik Hadith al-Sakandary

0

Minggu ke-2: Kelas Ulum Hadith Al-Sakandary

Kelas #2: 5 Mac 2015 @ 14 Jumada Awal 1436

 

Bismillah, alhamdulillah, wa ba’d. Minggu lepas kita telah berbincang berkenaan definisi Ulum Hadith serta Mustolah Hadith, dan kita telah melihat beberapa contoh buku-buku dalam Ulum Hadith karya ulama awal yakni Mutaqaddimin, hari ini insyaAllah kita akan lihat sekilas berkaitan penulisan-penulisan penting dalam Ulum Hadith khasnya Mustolah Hadith.

Sekilas berkenaan penulisan-penulisan penting dalam ulum hadith, sejarah serta perkembangannya:

Seperti yang telah saya sebutkan minggu lepas, para ulama hadith Mutaqaddimin yang awal pada zaman keemasan hadith (golden age of hadith) tidaklah menyusun sebuah buku khas dalam bab Ulum Hadith dan Mustolah, kerana mereka beramal dengan ilmu ini secara amali praktikal, disebabkan ini maka kurang penulisan ataupun boleh dikatakan tiada langsung.

Yang dimaksdkan saya di sini ialah buku khas yang membicara cara-cara menilai hadith, cara mengenal yang Sahih dan yang Dha’if, sebagaimana yang biasa kita lihat dalam buku-buku Ulum Hadith atau Mustolah Hadith moden ini.

Sehinggalah datangnya Mutaakhkhirin, zaman kejatuhan kajian hadith, disebabkan kefahaman serta penguasaan atas ulum hadith semakin berkurang, ditambah pula pengaruh luar ilmu kalam serta falsafah dan fiqh meresap dalam ulum hadith, maka mereka mencipta qawaid-qawaid berdasarkan pemerhatian mereka atas amali praktikal para huffaz Mutaqaddimin,

Malangnya mereka bergantung banyak kepada qawaid-qawaid serta mengabaikan qarain-qarain, hingga mereka menjadi terlalu terikat dengan qawaid-qawaid ini, ditambah pula tidak sedikit qawaid-qawaid ini tidak menggambarkan cara sebenar para huffaz mutaqaddimin menilai hadith, sebaliknya ia hanyalah sebagai pendekat secara umum sahaja. Baik.

Antara sumber utama (usul) penulisan dalam Ulum Hadith, seperti yang saya sebutkan pada minggu lepas ialah:

1- Buku-buku Mutun

2- Buku-buku Jarh & Ta’dil

3- Buku-buku ‘Ilal

4- Buku-buku Sualat

5- Buku-buku al-Ajza’

 

Saya telah sebutkan buku-buku mutun semisal al-Jami’ al-Sahih karya al-Bukhari, serta al-Jami’ al-Sahih karya Muslim al-Hajjaj, serta al-Jami’ al-Mukhtasar karya al-Tirmizi, keduanya murid hebat al-Bukhari. Serta Musnad karya Ahmad bin Hanbal, serta Sunan karya Abu Daud, muridnya Ahmad. Serta Muwatta karya Malik, Imam Darul Hijrah, gurunya al-Syafie, dan lain-lain.

Dan saya juga telah sebutkan buku-buku Jarh & Ta’dil semisal al-Thiqat karya al-Ijli, serta al-Tarikh karya Abi Zur’ah al-Dimashqi, serta al-Ma’rifat wa al-Tarikh karya al-Fasawi, serta Muqaddimah al-Jarh wa al- Ta’dil karya Ibn Abi Hatim, anaknya Abi Hatim al-Razi, imam besar Jarh & Ta’dil, sahabatnya Abu Zur’ah al-Razi.

Juga saya telah sebutkan buku-buku ‘ilal semisal al-‘Ilal karya Ibn Abi Hatim, al-‘ilal karya al-Daraquthni, kedua buku ini adalah usul dalam manhaj al-ta’lil (metod meng’ilalkan hadith) bagi mutaqaddimin, bahkan berkata guru saya al-Syaikh al-Muhaddith Abu ‘Ali al-Harith al-Hasani, syaikhul hadith di Darul Hadith Samarra, muridnya al-Syaikh Subhi al-Samarraie: “sesiapa yang menela’ah kedua buku ini dengan mendalam, nescaya akan jelas kepadanya akan kesalahan-kesalahan dalam qawaid ta’lil hadith yang digunapakai oleh Mutaakhkhirin dalam buku-buku mustolah”.

Saya terlupa menyebut buku-buku Sualat pada minggu lepas, buku-buku Sualat (iaitu soalan-soalan) ini adalah himpunan soalan-soalan seorang murid kepada guru-gurunya, misalnya Sualat Ibn Abi Syaibah Li Ibn al-Madini yang merupakan himpunan soalan Ibn Abi Syaibah kepada gurunya ‘Ali ibn al-Madini, juga Sualat Abi Daud Li Imam Ahmad, yang merupakan himpunan soalan Abi Daud kepada gurunya Ahmad bin Hanbal, juga Sualat al-Darimi Li Ibn Ma’in yang merupakan himpunan soalan al-Darimi kepada gurunya Ibn Ma’in.

 

wpid-img_20150521_234823.jpg
Ini contoh, buku Sualat Ibn Abi Syaibah kepada ‘Ali Ibn al-Madini dlm perpustakaan bilik saya..

 

wpid-img_20150521_234828.jpg
Lagi contoh, himpunan kalam-kalam Imam Ahmad dalam ‘ilal hadith, di perpustakaan saya.

 

wpid-img_20150521_234832.jpg
Lagi contoh, buku ‘Ilal al-Hadith karya al-Imam ‘Ali ibn al-Madini, ini edisi tahqiq guru saya al-Syaikh Mazen al-Sirsawiy..

Baik

Sesungguhnya belajar adalah dengan bertanya, dan amalan menghimpunkan jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya kepada guru merupakan sunnah para Salaf, maka dianjurkan para penuntut ilmu zaman ini mengikuti tauladan para Salaf, himpunlah soalan-soalan kita kepada para guru-guru kita, moga ia boleh dibukukan kelak, saya alhamdulillah telah memulakan amalan ini sikit demi sedikit, dan himpunan soalan-soalan saya kepada guru-guru saya telah saya himpunkan dalam nota Facebook bertajuk “Himpunan Soalan Dr. Fathi al-Sakandary”, dianjurkan membacanya, moga bermanfaat.

 

wpid-img_20150526_192838.jpg

 

Baik…kemudian yang saya tidak sempat sebutkan minggu lepas ialah buku-buku al-Ajza’, misalnya buku al-Risalah karya al-Syafie, serta Ma’rifat al-Muttasil karya al-Bardiji, serta Juzu’ ‘Abdullah bin al-Zubair al- Humaidi dan lainnya.

Jika seseorang melihat kesemua buku-buku karya huffaz mutaqaddimin yang telah saya sebutkan sebelum ini secara kasar, nescaya tidak dapat melihat dalamnya perbahasan Ulum Hadith atau Mustolah, namun jika dilihat secara teliti dan mendalam nescaya akan tampak perbahasan Ulum hadith dalamnya.

Malanganya tidak sedikit daripada ahli istilah Mutaakhkhirin yang menyusun buku-buku Mustolah, mereka tidak menela’ah buku-buku karya Mutaqaddimin yang telah disebutkan secara menyeluruh, istiqra yang tidak sempurna,

Maka disebabkan ini muncul beberapa qawaid yang tidak menepati manhaj para huffaz Mutaqaddimin, ditambah pula sebahagian ahli hadith Mutaakhkhirin pada zaman tersebut yang terpengaruh dengan ilmu kalam, falsafah, dan mereka meresapkan beberapa konsep mutakallimin dalam penulisan mereka.
Maka bermulalah secara sikit bibit akan bezanya manhaj ta’lil antara Mutaqaddimin dan Mutaalhkhirin.

Ya, tidak dinafikan antara faktor yang mendororong hal ini juga ialah disebabkan buku-buku yang ditulis pata huffaz Mitaqaddimin ini bukanlah buku khas dalam Mustolah Hadith, kata-kata serta ungkapan dan kaedah-kaedah dalam menilai hadith tidak dihimpunkan dalam satu bab khas, sebaliknya berselerak, ini semua menyusahkan para ahli istilah dan penyusun qawaid dalam kalangan Mutaalhkhirin untuk memahami manhaj para huffaz Mutaqaddimin secara menyeluruh, dan qawaid-qawaid yang mereka rumuskan adalah sebagai pendekat sahaja.

Antara buku-buku Ulum dan Mustolah Hadith yang ditulis oleh para ahli istilah Mutaakhkhirin, yang awal-awal antaranya ditulis oleh al-Imam al-Ramahurmuzi dengan tajuk “al-Muhaddith al-Fasil Baina al- Rawi wa al-Wa’ie”.

Begitu juga karya al-Imam Abu Sulaiman al-Khattabi dalam Ma’alim al-Sunan, kemudian mengikuti mereka pula ialah Abu al-Hasan al-Qabisi dalam pendahuluan bukunya Mukhtasar al-Muwatta’, popular dengan nama al-Mulakhkhas,

Kemudian buku karya al-Hakim bertajuk “al-Madkhal Ila al-Iklil”, kemudian beliau menyusun pula kitab beliau yang besar, kitab magnum opus beliau dalam Ulum Hadith bertajuk “Ma’rifat ‘Ulum al-Hadith”.

Buku Ma’rifat Ulum al-Hadith karya beliau ini jika kita lihat, ia berpegang atas manhaj Mutaqaddimin, malangnya al-Hakim ketika menyusun bukunya al-Mustadrak, beliau sendiri dalam banyak hal telah lari daripada apa yang beliau sebutkan dalam Ma’rifat Ulum al-Hadith.

Kemudian datang pula al-Imam al-Khatib al-Baghdadi menyusun buku magnum opusnya bertajuk “al- Kifayah Fi ‘Ulum al-Riwayah”
Kemudian pula menyusun buku “al-Jami’ Li Akhlak al-Rawi wa Adab al-Sami’, dan ia adalah buku khas berkaitan adab periwayatan hadith.

Kemudian datang Ibn Thahir al-Maqdisi menyusun pula “Syurut al-Aimmah al-Sittah”.

 

Boleh muat turun nota ini dalam format pdf dengan klik sini.

 

Kisah Pengalaman Ayah Aji dengan Penjudi

2

Nak tahu ke cerita doa ayah aji ajar pd bilik lain, tentang seorang penjudi, lagi bernujun number ekor dan suruh ayah aji pula?

 

(أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَحْرُثُونَ * أَأَنْتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ)
[Surat Al-Waqia 63 – 64]

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam. Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

 

Di soalan ini kita jawab bal anta ya Rab. Kemudian kita baca doa. Contoh tabligh ttg ayat ini, 8 tahun dulu, ayah aji ajar pada seorang kaki judi. Satu hari, ayah aji terima call daripada seseorang. Dia dpt no ayah aji daripada kawannya. Selepas beri salam, terus dia kata dia ada hutang RM 3 juta, termasuk jiran nya. Rumahnya dah nak di tarik. Semua kereta-kereta nya juga.

Dia kata dia nak minta numbor ekor dengan ayah aji. Katanya lagi, bukan untuk makan sedikit pun tapi nak bayar hutang saja. Ayah aji jawab, ayah aji tak pernah berjudi, apa lagi bernujun.

Dia kata dia dengar ayah aji doa makbul sangat. Ayah aji jawab, datang lah ke pasir putih malam ni, di kedai makan sekian-sekian. jam 10 malam.

Dia datang tepat pada masa. Terus terang dia minta number ekor lagi, sebab ini itu. Dia kata lagi, dia telah jumpa tok ca di tumpat. Ayah aji tanya apa tok ca suruh dia. Tok ca suruh dia cari seekor kura-kura. Selepas beberapa hari dpt lah seekor, bawa ke tok ca.

Tok ca tanya, dah di mandi junub dah ke kura-kura ini, tak bolih buat number kalau tak suci. Dia pun mandi junub kan kura2 itu, bawa ke tok ca, tok ca tanya, dah ambil wuduk utk kura2 ini? Dia pun ambil wuduk pada anggota kura2.

Dah jadi org bodoh. Dapatlah nombor dan tikam ekor, dpt lah sikit. Dia juga pergi ke batu pahat Johor, jumpa sami. Lalu dekat tok kong dlm kuil itu, sami suruh tunduk kepala, dia tunduk, dapat number tapi menang sikit.

Dah lama buat kerja bernujum ni kata beliau. Nak cuba dgn org alim pula. Kata orang, nombor daripada org alim , mustajab. Ayah aji jawab, ayah aji tak pernah buat kerja ini dan ia syirik pd Allah. Dia jawab tak apa lah, lepas ni dia bertaubat. Allah tentu ampun.

Kelihatan pada dahi nya, bekas hitam kerana sujud. Dia kata dia nak minta tolong dengan ayah aji buat solat hajat dan minta pd Allah, supaya tolong dia dapat kan nombor. Ayah aji jawab, ayah aji dah lama berhenti jadi tok ca. Solat hajat ini saperti kerja tok ca, tok sami dan paderi.

Terkejut dia dgn jawapan ayah aji. Dia kata, tu pak imam dan ustaz2 dok buat, tak kan salah. Mereka pun takut nak masuk neraka. Ayah aji tanya dia balik tentang perjumpaan dia dgn tok ca. Tidakkah awak jumpa tok ca kerana doa awak, awak rasa tak terima? Dia angguk kepala.

Awak ceritakan hajat awak pd tok ca dan sami kan?, dia angguk. Dia doa dan awak ada sekali kan? Dia angguk. Awak bayar duit kan , pada tok ca dan sami? Dia angguk.

Nah… serupa tak dengan solat hajat? Dia angguk. Malah awak beri jamuan makan lagi, awak tak buat utk tok ca? Dia anggukan.

Serupa tak? Dia angguk.

Jadi saya bukan tok ca yg boleh awak suruh, cari ustaz jenis tok ca lah. Dia kata, tolong doakan hajat saya lah ayah aji. Ayah aji kata itu pun kerja tok ca. Begini, Saya ajar awak cara berdoa, boleh? Dia angguk kepala.

Setiap 2/3 hari dia datang, minta tolong yg sama, sama juga lah ayah aji ajar pada dia. Genap 2 minggu, dia datang lagi. Kali ini lain. Dia minta maaf banyak pada ayah aji. Dia kata, setiap kali dia dtg dulu. Balik je dia nujum kan daripada kata2 ayah aji pada nombor. Yang heran nya, setiap kali dia buat, nombor yg keluar beza hanya satu number saja.

Cth, tikam 1234, keluar, 2341.

Dia bersumpah dengan Allah, jika kali ini tak mengena.. Dia tak kan berjudi lagi sampai bila2 dan dia akan terus belajar dgn ayah aji. Last tikam nombor pun tak kena. Lalu ayah aji ajar pada dia doa. Ayah aji baca ayat 63, 64 al waakiah.

Baca pertama pada dia, Dia senyap. Baca ke 2, Dia senyap. Baca ke 3, Dia senyap. Baca ke 4, Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

 

(أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَحْرُثُونَ * أَأَنْتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ)
[Surat Al-Waqia 63 – 64]

 

Baca ke 4, Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? Kamu kah HAI nama dia, yang membuat perniagaan kamu maju mundur atau Aku Allah, yang membuat nya?? Dia jawab, Allah.

Ayah aji jawab, awak minta dgn Allah. Selepas seminggu, Dia panggil ayah aji ke Kota Bharu. Dia tunjuk satu surat. Surat offer untuk membina tangki dan retikulasi paip, daripada Kesedar di Paloh 3 , berjumlah RM 5.5 juta. Seminggu kemudian dia panggil lagi, ayah aji pun dtg. Dia suruh naik kereta nya, pergi ke bank. Dia ambil advance payment RM 800,000 cash. Lalu dia hadiahkan pada ayah aji RM 10,000.

Wabillahitaufiq walhamdulillah hirabbil alamin

P/S : Dia sekarang murid ayah aji, yg paling kental.

2 minggu kemudian, dia hadiah lagi 20,000, dah habis juga. Sekarang dia sedang bina rumah2 teres utk di jual. Maksudnya ayah aji suruh dia doa, sendiri bkn ayah aji yg doa kan dia?

 

Soalan : Apa doa yg ayah aji ajar dia?

Ustaz  : Ayah aji suruh dia berdoa sendiri pd Allah saja, dengan berdoa cara cakap melayu. Minta maaf dengan semua dosa2 telah buat. Juga minta ampun dosa kedua ibu bapa nya. Minta Selamat daripada neraka dan masuk syurga, kemudian minta saja terus pd Allah.

01.01 #230215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

0

#230215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 01.01 Muqaddimah Bilik (40)

Susunan: BroSyarief

Ada 3 perkara yang saya berhasrat untuk kongsikan dalam Sesi 01 Muqaddimah Kelas (40) Asas Ilmu Hadits :

1) Niat Ikhlas
2) Tujuan Mempelajari Ilmu Hadits

IKHLAS

Terdapat dua syarat utama amal kita diterima di akhirat nanti: IKHLAS & TEPAT.

Sebagaimana kita berusaha untuk IKHLAS dalam urusan-urusan ibadah kita yang lain, kita juga berusaha untuk IKHLAS dalam menuntut ilmu agar segalanya menjadi pelaburan untuk hari akhirat kelak.

IKHLAS yang asal merujuk kepada urusan hati yang fokus HANYA kepada Allah ‘azza wa jalla.

Bukan seperti konotasi yang biasa difahami di kalangan melayu, iaitu IKHLAS ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Sehinggakan setiap kali kita melakukan satu kebaikan kepada seseorang, kita perlu mengucapkan ‘Saya ikhlas ni..!’ untuk mengelak disalah-fahami sebagai meminta timbal-balik.

Kerana penilaian mutlak IKHLAS adalah antara kita dengan Allah.

Mohon dengan bulatnya keIKHLASan kita dalam usaha menuntut ilmu ini akan benar-benar membuka ruang untuk lebih banyak kefahaman tembus dan lebih aktif amal terlaksana.

TUJUAN MEMPELAJARI ILMU HADITS

Jika dikaji kitab-kitab Mustolah atau Ulum Hadits, mereka akan menyebutkan objektif-objektif yang bersifat ‘High-End’ atau ‘Jangka masa panjang’.

Seperti dapat membezakan antara hadits-hadits yang bermasalah ataupun tidak, dan lain-lain.

Adapun untuk group yang asas seperti ini, saya meletakkan garis objektif yang sedikit berbeza yang bersifat praktikal buat masa ini:

1) Membiasakan diri dan memahami garis panduan asas perbincangan ilmu dan mustolah hadits.

2) Menyedari dan menghayati kegigihan serta besarnya jasa para ilmuan hadits untuk memastikan kita merasakan nikmat sunnah dalam kehidupan kita.

3) Menimbulkan rasa gerun dan takut untuk sembarangan memberi komentar akan hadits dan sunnah Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan kita tak mempunyai asas mengenainya, apa lagi dalam hal-hal yang mendalam berkaitan hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts.

#BroSyariefShares

Cabang-Cabang Iman

0

Rujukan kitab: buku Cabang-Cabang Iman.

dalam English ada dah terjemahan Syuabul Iman dan ada ringkasan Furu’ ul Iman oleh Maulana Asyraf Ali Thanwi

Bismillah

Alhamdulillah

Wa Solatu Wa Salaamu Ala Rasulillah.

Assalamualaikum.

Himpunanan bicara cabang- cabang Iman

Sila ulang baca, ulang sampaikan InsyaAllah

Hari ini dan esok.

“Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb, telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Suhail, dari Abdullah bin Dinar, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah, dia berkata, “”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Iman itu ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah perkataan, LAA ILAAHA ILLALLAHU (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah). Dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Dan malu itu adalah sebagian dari iman.”””

Hadis Riwayat Muslim dalam Sahihnya

Bismillah walhamdulillah

wa solatu wa salaamu ala Rasulillah.

selawat.

Hadis mengenai cabang-cabang iman disebut oleh Al Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ahmad

Kesemuanya adalah merupakan riwayat dari Abu Hurairah ra.

pertama sekali Iman..

kedua cabang cabang

ketiga cabang paling afdol..

keempat sifat malu

kelima cabang paling rendah..

Ada 5 perkara yang kita perlu tahu,faham dan amal untuk hadis ini..

1. Iman sesuatu yang diperintah oleh Allah swt untuk kita benarkan dalam hati, sampaikan dengan lafaz dan diamalkan dengan tindakan..

Cabang cabang, dengan maksud ianya berhubung dengan Iman tadi, setiap sesuatu yang bercantum dan mempunyai asal dari Iman maka ianya adalah cabang cabangnya.

Iman atau bahagian Iman atau Cabang Iman yang paling utama.. PERKATAAN.

2. La ilaha illa Allah :

Qaul yakni perkataan adalah sebutan yang memberi maksud dan ianya ditutur atas tujuan tertentu.

Apakah PERKATAAN tersebut

La – tiada (menafikan)

ilaha – Tuhan (yang ada kuasa)

illa – kecuali (hanya atau isbat atau menetapkan)

siapa ? apa ?

ALLAH ( nama bagi Tuhan yang Esa , yang menyebut diriNya didalam wahyu yang diturunkan kepada semua nabi nabi)

Dengan ucapan ini maka telah tercantum dan terhubunglah dengan IMAN.. dan setiap tindakan yang sabit dalam perintah yang dimaksudkan dalam kalimah ini ianya cabang-cabang bagi Iman.

3. Siapa yang mula mula ajar dan sampaikan dan tinggikan kalimah ini ?

Rasul-Rasul yang ajar kalimah ni.. dan Rasul yang terakhir adalah Muhammad saw.

4. Malu


Apa sebenarnnya Malu?

Malu akan jadi atau akan dirasai bila kita perbuat sesuatu yang diluar kebiasaan dan amalan setempat. Misalnya :

Orang Melayu malu bila ditegur pakai baju baru.

Malu bila di tegur merah muka dan rasa something.

Malu bila ada yang puji.

Kenapa perasaan ni datang, sebab kita buat tu diluar kebiasaan kita.

Malu yang dimaksudkan sini adalah Malu daripada berbuat luar kebiasaan Iman.

5.(Bahagian dan cabang Iman paling rendah) Buang duri atau halangan dijalanan.

Kenapa paling rendah ?

Sebab perkara ini boleh dibuat oleh mereka yang tiada Iman dengan Allah.. dan semua orang boleh buat.. Dengan kata lain kalau orang yang beriman dengan Allah dan RasulNYA tak buat benda ni di manakah bukti iman dia?

Mana pergi malu dia ?

Kisah Abu Hurairah sahabat yang tellah meriwayatkan hadis ini datang belajar dengan Rasulallah saw pada tahun ke 7 H. Iaitu 3 tahun sebelum kewafatan baginda saw.

Dalam 3 tahun itu beliau telah belajar semua cabang cabang Iman..

Dalam Musnad Ahmad bab Musnad Abu Hurairah, ke empat-empat matan hadis cabang iman ni ada disebut..

wallahu a’lam bi sowwab.

______________________________________________________________________________

Cabang Iman Pertama :

Cabang İman yang pertama sekian banyak yang di sebut dalam hadisth 60 hingga 79 cabang lebih..

Maka yang pertama kita membicarakan cabang iman dalam hal

Kalimah LA İLAHA İLLA ALLAH

Ianya cabang utama..dan paling afdol.

Seperti yang disebut semalam apa definisi İman ?

Iman sesuatu yang diperintah oleh Allah swt untuk kita benarkan dalam hati, sampaikan dengan lafaz dan diamalkan dengan tindakan..

Perkataan La ilaha illa Allah ni juga diperintah oleh Allah swt untuk dibenarkan dalam hati, untuk di taqrir dan ditabligh melalui lafaz lidah atau bahasa isyarat yang difahami.. serta diamalkan

lawan benar ada lah tipu atau palsu..

Bagaimana membenarkan.. ?

Apabila apa sahaja perkara yang terdetik dihati kita nafikan kuasa makhluk dan isbatkan kuasa Allah swt.

Contoh :

Bila terdetik suatu yang buruk maka hati kita terus istighfar dan menyebut ‘inna lillahi wa inna ilahi rojiun’

Bila terdetik suatu yang baik maka ‘Alhamdulillah, Subhanallah’.

Bila terdetik suatu yang takjub.. ‘Masyaa Allah’ dan ‘Allahu Akbar’

ini cara nak benarkan.. dan doa Allah luruskan hati kita selalu..

baik kemudian seorang yang itu wajib melafazkan dan menzahirkan keimanan dengan menyebutnya dan mentablighkannya..

Amatlah malu kita tak nak sampaikan perkataan ini yang Allah swt datangkan semua Rasul untuk sampaikan dan sebarkan perkataan ini..

Apabila Rasul saw nabi terakhir dan dah tak ada nabi dah selepasnya, itu tanda apa nak tunggu sapa lagi nak sampaikan ? Malaikat ?

Itu tanda kerja sampaikan itu di umumkan kepada umat nabi yang beriman hingga hari kiamat.. siapa dia.. kalau kita org beriman terasa lah malu pada Allah swt kalau tak nak sampaikan..

Amal perkataan la ilaha illa Allah. Dah benar dalam hati Dah sampaikan tak amal lagi..

Belum macam seorang cikgulah dia dah sign surat sebagai guru dah masuk kelas tiap pagi ajar murid.. Lepas habis kelas dia tak buat amal berlawanan dan tak ikut apa yang dia ajar. Dia ajar Matematik 100 – 50 = 50. tapi bila dia pergi beli minyak petrol rm 50 dia bayar rm 100 dia nak rm 90 bakinya.. dia amal tak matematik ?

Sama jugak orang yang dah tasdik (benar) dan tabligh (sampaikan) tapi dia masih buat perkara syirik minta dengan kubur, wasilah dengan benda benda keramat kerislah batulah apa semua tu..

Ini sama dengan tak amal kalimah La ilaha illa Allah..

Maka sia sia tasdiq dan tablighnya.. dia nafikan dengan amal tindakannta

Banyak sangat dalam hadis kelebihan perkataan La ilaha illa Allah.. dan Rasul saw mula mula dan berterusan sampai wafatnya nak tegakkan kalimah ini..23 tahun sehingga tak ada lagi Ilah tuhan tuhan lain di Mekah dan Madinah yang di sembah melainkan Allah swt. Jadi HARAM orang sembah selain Allah swt masuk kedua Tanah tersebut..

Sebab itu disebut dua tanah haram atau Haramain

_______________________________________________________________________________________________

Cabang Iman ke 2

Buku saya rujuk Furu’ ul Iman Maulana Ashraf Ali Thanwi ada terjemahan english

Muhammadur Rasulallah..

Merupakan satu ayat penyataan, Muhammad adalah Rasulallah. Ianya satu penyataan yang mudah di sebut tetapi amat berat difahami..

Apakah dia Rasul, yang membawa dan menyampaikan RISALAH.

Risalah siapa ? Risalah dari Allah swt.

Apakah risalahnya ?

La ilaha illa Allah.

Apa sahaja yang membenarkan risalah ini, bagaimana risalah ini diajar, difahami dan diamal ianya dalam ilmu pembawa risalahNya yakni RasulNya.

Siapa yang lantik Rasul ? Allah swt sendiri, untuk apa ?

Jika ada seorang mengaku dia utusan kerajaan paling kaya di dunia.

Apa yang kita jangkakan (expect) dari orang tu..

Apabila Allah swt jadikan manusia, Allah swt nak jadi hamba hamba Nya, yakni yang tunduk patuh taat padanya..

Bagaimana nak tunjuk cara patuh dan cara taat kepada manusia..

Allah swt utuskan Rasul – RasulNya dan Muhammad saw adalah Rasul terakhir yang diutuskan untuk sampaikan risalahNya

Cara nak patuh dalam hal kehidupan didunia..

Cara nak taat dalam hal ibadat khusus (solat, puasa, zakat dan haji)..

Semua perintah Allah swt disampai dan ditunjukkan dalam tingkah laku, perkataan dan redha RasulNya..

Maka bila kita Tasdiqkan dalam hati, bentuk ketaatan, kepatuhan dan punca keredhaan Allah swt ada dalam risalah yang dibawa oleh Rasulallah saw, Muhammad penutup sekalian Rasul.

Kita lafazkan dan taqrirkan dan sampaikan Muhammd saw itu Rasulallah. Rasul yang terakhir..

Kita amalkan segala bentuk amalan soleh dan segala bentuk peribadatan dan bentuk minta Pertolongan dengan Allah swt hanya dengan cara yang disampaikan oleh Muhammad Rasulallah saw.

__________________________________________________________________________________________________

Cabang Iman Yang ke tiga.

Untuk makluman saya gunakan kitab Syuabul Iman oleh Imam Al Baihaqi, bagi senarai cabang cabang iman ini.

Cabang Iman yang ketiga berdasarkan susunan Al Imam Al BAIHAQI adalah:

Iman dengan Malaikat.

Allah swt menurunkan wahyunya kepada nabi nabi dengan melalui Jibril as. dan didalam nizom (peraturan) yang Allah swt tetapkan, jutaan bahkan trilion bahkan google (unit 10 kuasa 100) malaikat yang dicipta oleg Allah swt.

Setiap.malaikat ini diberi peranan dan tugasan dan sentiasa patuh dan tunduk dengan perintah Allah swt.

Ada yang menjaga Arash.

Ada yang mencatit amalan

Ada yang bawa Rahmat

Ada yang bawa Rezeki

Ada yang mencabut Nyawa

Ada yang tugasan nya menyoal penghuni kubur

Ada yang menjaga Syurga

Ada yang menjaga Neraka

Ada yang meniup sangkakala

Peraturan yang Allah swt tetapkan pada Malaikat ini tidak sama dengan peraturan yang Allah swt tetapkan untuk manusia.

Keimanan dengan kebenaran adanya Malaikat ini kita akan merasakan hampir dan dekatnya peraturan Allah swt..

Sehari sehari bila kita tengok ada polis ada tentera di kawasan kejiranan kita, kita akan rasa ada pihak berkuasa yang memerintah…

Begitulah jika dalam hati kita sentiasa tasdiqkan adanya malaikat malaikat yang sedang sibuk menjalankan tugas dan kepatuhan kepada Allah swt, akan mendatangkan kesedaran ada kuasa yang Maha Hebat, memiliki seluruh Kerajaan langit dan Bumi

menkhabar, menyampaikan dan melazimi cerita hal hal malaikat akan mewujudkan hubungan yang akrab dengan mereka yang merupakan ciptaan Allah swt, kita juga makhluk ciptaan ALLAH SWT

Sedar dan Ingat dalam setiap perbuatan kita ada petugas petugas dialam yang luar dari pandangan mata kita sedang melihat, mencatit dan memerhati bahkan sedang menyampaikan rahmat, rezeki dan ilham dari ALLAH SWT.

setiap amal kita akan didoakan oleh.malaikat malaikat yang tidak terkira banyaknya..

setiap selawat kepada Nabi saw, akam diselawatkan keatas kita oleh malaikat malaikat..

bahkan inilah satu tanda tanda kehebatan Allah swt..

bahkan inilah yang diajar oleh Rasulallah saw, hubungan akrab dengan malaikat.. berapa banyal hadis tentang turunnya malaikat di medan jihad, di malam al QADR dan dikala membaca Al QUR’AN dan majlis zikir..

amalkan dengan bina hubungan yang akrab dengan malaikat, buat amal yang akan diturun, didoa dan dihadiri malaikat..

Semoga Allah swt tambah kefahaman akan iman kita dengan malaikat

wama taufiqi illa billahi

wallahu a’lam bi sowwab

“Telah menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin8 Muhammad, dari Al Ala` bin Abdurrahman, dari Ayahnya, dari Abu Hurairah,

Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pergi menemui Ubay bin Ka’ab, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil: “”Hai Ubay!”” Sementara dirinya tengah mengerjakan shalat, ia menoleh namun tidak menjawab beliau, dan Ubai tetap melanjutkan shalatnya, ia lalu mempercepat shalatnya dan langsung menghampiri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, Ubay mengucapkan; “”ASSALAAMU’ALAIKUM, wahai Rasulullah.”” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “”WA ‘ALAIKASSALAAM, apa yang menghalangimu, wahai Ubay untuk menjawabku saat aku memanggilmu?”” Ubay menjawab; “”Wahai Rasulullah, aku tadi sedang mengerjakan shalat. Beliau bertanya: “”Apa kau tidak menemukan di antara yang diwahyukan Allah kepadaku agar kalian memenuhi panggilan Allah dan RasulNya bila menyeru kalian untuk sesuatu yang menghidupkan kalian?”” Ubay menjawab; “”Benar, aku tidak akan mengulangi, insya Allah.”” Beliau bersabda: “”Maukah aku ajarkan kepadamu satu surat yang tidak diturunkan di Taurat, Injil dan Zabur, dan dalam al-Qur`an juga tidak ada yang sepertinya?”” Ubay menjawab; “”Tentu, wahai Rasulullah.”” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Bagaimana kamu membaca saat shalat?”” Perawi berkata; “”Maka Ubay membaca ummul al-Qur`an (Al Fatehah). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah diturunkan di Taurat, Injil, Zabur dan dalam al-Qur`an seperti itu, sesungguhnya ia adalah tujuh (ayat) yang diulang-ulang dan al-Qur`an yang agung yang diberikan padaku.””

Abu Isa berkata; Hadits ini hasan shahih. Dalam hal ini, ada hadits serupa dari Anas bin Malik dan Abu Said Al Mua’lla

Riwayat At Tirmizi dalam Jami’nya dan Imam Ahmad dalam Musnadnya.

_______________________________________________________________________________________________

Cabang Iman Yang ke 4

Cabang iman yang ke empat ialah beriman dengan Al Qur’an seterusnya kitabullah ta’ala yang lain.

Iman dengan Al Qur’an adalah cabang yang disusun oleh Imam Al Baihaqi dalam Syuabul Iman..

Al Qur’an adalah Kalamullah yang diturunkan kepada Rasulallah sawa dalam hayatnya sebagai Rasul selama.dalam tempoh 23 tahun, ada 6236 ayat(satu pendapat) dan diturun samada semasa di Mekah atau Madinah..

Bermula dengan turunnya Al Qur’an segala amal dan perintah Allah swt ditaklifkan kepada umat manusia..

Bermulakan perintah baca, memberi peringatan dan berdoa dimalam hari dan seterus seterusnya..

Didalam Al Qur’an terkandung kisah kisah Nabi dan umat terdahulu, hukum syariat dan zikir, doa dan ilmu-ilmu yang manfaat buat manusia.

Diturun dari Langit Dunia oleh Jibril A.S kepada baginda saw.

Didalamnya telah ada gist dan khulasah kitab kitab terdahulu

Mentasdiqkan dalam hati akan kebenaran setiap ayat ayat didalamnya, manfaat, petunjuk dan kelebihannya..

dan kita seterusnya belajar melafazkan ayat ayatnya dengan cara yang diajar oleh Rasulallah saw.

cara melafazkan ayat ayat Al Qur’an telah diformulasikan oleh Imam Qiraat yang disimpulkan dalam Hukum Tajweed.

baik.

pengamalan ayat ayat Al Qur’an dengan menjadikan Al Quran rujukan utama, dalam segenap aspek kehidupan.

Kerana ianya manual kehidupan Insan Soleh

Apabila Rasulallah saw dapat wahyu pertama baginda saw menunggu nunggu wahyu yang lain sebab nak tahu bagaimana nak hidup dengan perintah swt.. untuk dapat redha Allah..

baik.

kalau kita bermusafir ke China misalnya, ada buku panduan disediakan, buku panduan pelancong yang dapat tunjukkan destinasi yang kita nak tuju akan kita pilih.

begitu juga kita didatangkan ke alam dunia dan nak tuju akhirat yang di redhai Allah swt.. apa panduan di kehidupan dunia kita nak ikut..

maka Al Qur ‘an rujukan utama kita. Insya Allah

baik..bacaan Al Qur’an terbaik ketika dalam Solat

Tadabbur Al Qur’an dengan ayat ayat Al Qur’an..

wallahu a’lam bissowab

wama taufiqi illa billahi

Mulalah faham ayat Al Qur’an bertalaqqi.. amal para sahabat belajar 7 ayat , 7 ayat dah faham amal.. dan belajar lagi

Saidina Umar belajar dan faham Surah Al Baqarah lebih 8 tahun..

sahabat sahabat Nabi cinta Al Qur’an dan jadikan A Qur’an teman dimalam hari.. malam bertemankan Al Qur’an.

Insya Allah, semoga Allah swt bagi kita kefahaman Al Qur’an, Akhlak Ahlul Qur’an dan seterusnya dapat Redha dari Allah swt yang menurunkan Al Qur’an.


__________________________________________________________________________________________

Cabang ke 5,

Iman dengan Qada dan Qadar

Cabang ke 6

İman dengan berlaku hari Kiamat

__________________________________________________________________________________________________

Cabang ke 7


İman dengan ditempatkan Ruh manusia disuatu alam transit setelah maut

Dengan Qada’ dan Qadar..

Seluruh Alam ini dari ianya mula dicipta.. berada dalam ketetapan, peraturan dan pengetahuan Allah swt.

Maka tasdiq dalam hati, ikrar dengan lisan kita dan amal yakni sedar dan redha akan peraturan dan ketetapan Allah swt.

Redhalah yang Allah swt jadi kita diplanet bumi yang kecil, redhalah kita dijadikan dari keturunan Adam.as yang dicipta dengan tanah dan keturunannya berkembang biak dari setitis air mani.. dan. berada dalam rahim wanita 7- 9bulan 10 hari atau lebih sebelum dilahirkan.

Iman Dengan Hari Kiamat.

Seluruh Alam yang dicipta oleh Allah swt ini akan ditamatkan pada satu satu masa berdasarkan ketentuan dan ketetapan Allah swt.

Maka tasdiq dalam hari, taqrir dengan lisan dan amalkanlah sebelum kiamat berlaku buatlah persiapan.

Iman Dengan Alam Transit selepas maut

Seluruh Bani Adam setelah dicabut nyawanya, akan diletakkan di alam transit.

maka tasdiq dalam hati, iqrar dengan lisan dan amalkan amalan amalan yang terhindarnya dari siksaan di alam transit.

Misalnya menjaga istinjak, berdasarkan hadis sahih banyak siksaan kubur apabila tidak berhati2 bertaharah setelah buang air kecil.

dan banyakkan membaca Al Qur’an sabit dengan hadis nabi, ianya akan menjadi hujah dan peguambela di kubur.

wallahu a’lam bissowab

wama taufiqi illa billahi

Alhamdulillahi robbil alamin

Allahumma soliy ala Muhammad wa ala alihi wa ashabihi

__________________________________________________________________________________________________

Cabang ke 8.

Yakni beriman dengan akan dibangkitkan manusia dialam kubur dan dikumpulkan di Mahsyar.

Ianya cabang yang dibahaskan agak panjang dalam AQ dan Hadith..

Yakni keadaan selepas dibangkitkan manusia dari alam transit (kubur) iperincikan sangat sangat jelas

Yakni keadaan semua manusia akan dikumpulkan, baik Nabi-Nabi, yang Islam, yang fasiq, yang kafir, yang nifak mm . emua akan dibangkitkan dan dikumpulkan dalam keadaan telanjang.

Menunggu untuk di hisab.

Keadaan di kumpulkan :

Ada yang di naungi Arash..

Ada yang di tenggelami peluh..

Pelbagai keadaan di Mahsyar berdasar amalan kita di dunia.

Allahu akhbar..

Suatu masa pernah Rasulalallah saw cerita kat Aisyah ra. , Aisyah tanya telanjang tak malu ka.. Mafhum kata kata nabi saw.. tak sempat nak fikir dah pasal malu.. masing masing bimbang dengan keadaan masing masing

Semua dah tunggu lama ni dah tak tahan dah tunggu.. nampak nabi nabi yang duduk di tempat khas. Rayu kat nabi Adam.. minta Allah mulakan hisab..

Adam as suruh tanya Nuh as.

Nuh suruh tanya Nabi İbrahim as.

Nabi İbrahim suruh tanya Nabi Musa as..

Nabi Musa suruh tanya nabi Muhammad saw..

Nabi Muhammad saw sujud lama laa pada Allah swt mohon syafaat.

Barulah Allah swt kata boleg mula Hisab

Allahu Akhbar.

Banyak la dari orang yang masuk syurga tanpa hisab

Orang yang terima kitab dengan tangan kanan

Orang yang terima hisab dengan tangan kiri dan dari belakang

Allah swt cerita habis..

Nak bagi tahulah kat kita Dahsyat nya Mahsyar ni nanti.. 

oleh itu bersedialah kita dengan amal di dunia

Maka kita kena dengar lagi dan lagi cerita cerita dan perkhabaran mahsyar dari AQ dan Hadis hadis sahih..

Kemudian taat dengan maksud tasdiqkan dalam hati akan kebenaran perkhabaran ini..

Kemudian kita kena taqrirkan dan sampaikan.. sepertimana Rasulallah saw disamping Aisyah ra di rumah cerita hal hal mahsyar..kemudian apakah amal amalnya…

Maka hendaklah kita beramal soleh dengan amalan yang dijanjikan kemudahan di Yaumul Mahsyar..

Ada beberapa golongan yang dikhabarkan akan masuk syurga tanpa hisab..

Maka kita dapatkan ciri ciri golongan ini dengan tadabbur AQ dan mendengar bacaan hadis hadis

dan kejar ganjaran ini dengan amal soleh yang dikhabarkan

Begitu juga orang yang di beri kitab dengan sebelah kanan, maka tadabbur Al Quran dan dengar hadis hadis mengenai perkhabaran ini dan kejar ganjaran seperti yang dikhabarkan dengan amal soleh

Wallahu a’lam bi sowwab

Semoga Allah swt memberi kita taufik dan hidayahNya..

Ya Allah fahamkanlah kami akan cabang-cabang İman ini..

Dorongilah kami dengan amal amal untuk kami dapat ganjaran dari janji janjimu yang Sahih.

Sesungguhnya kami yakin Engkau tidak memungkiri janji Mu Ya Allah.

“Telah menceritakan kepada kami ‘Imran bin Maisarah, telah menceritakan kepada kami Ibnu Fudhail, telah menceritakan kepada kami Hushain, -lewat jalur periwayatan lain, – Abu Abdullah mengatakan; dan telah menceritakan kepadaku Asid bin Zaid, telah menceritakan kepada kami Husyaim, dari Hushain, mengatakan, pernah aku di sisi Sa’id bin Jubair, selanjutnya ia katakan, Ibnu ‘Abbas, telah menceritakan kepadaku dengan mengatakan, Nabi Shallallahu’alaihiwasallam bersabda: “”Beberapa umat diperlihatkan kepadaku, maka aku melihat ada seorang Nabi lewat bersama umatnya, kemudian lewatlah seorang Nabi bersama beberapa orang, kemudian lewatlah seorang Nabi bersama sepuluh orang, dan Nabi bersama lima orang, dan seorang Nabi yang berjalan sendirian. Tiba-tiba aku melihat ada rombongan besar, maka saya tanyakan kepada Jibril; ‘Apakah mereka umatku? ‘ ‘bukan, namun lihatlah ufuk, ‘ jawab Jibril. Aku melihat, tiba-tiba ada serombongan besar. Kata Jibril; ‘Itulah umatmu, dan itu ada tujuh puluh ribu orang mula-mula yang masuk surga dengan tanpa hisab dan tanpa siksa.’ Saya bertanya; ‘Mengapa mereka bisa seperti itu? ‘ Jibril menjawab; ‘Karena mereka tidak minta di obati (dengan cara) kay (ditempel besi panas), tidak minta diruqyah dan tidak meramal nasib dengan burung, dan kepada rabb-Nya mereka bertawakkal.”” ‘Ukkasyah bin Mihshan berdiri seraya berujar; “”doakanlah aku, agar Allah menjadikan diriku diantara mereka!”” Nabi berdoa; “”Ya Allah, jadikanlah dia supaya diantara mereka!”” Lantas laki-laki lainnya berdiri dan berujar; “”Jadikanlah aku diantara mereka!”” Nabi menjawab; “”kamu sudah didahului ‘Ukkasyah.”””

Hadis Riwayat Al Bukhari dalam Sahihnya..

Syarah tanya Ustaz Solah

ada 4 amal yang disebut dalam.hadis tersebut diganjarkan syurga tanpa dihisap

1. Seorang yang luka parah akibat jihad, dia tak syahid tetapi parah. jika dia menahan penderitaan luka parah dia dengan tidak dimatikan atau di keribgkan luka dengan cara cepat.. yakni di tempelkan besi panas..

samaada luka sembuh dengan ketahanan sistem badan atau rawatan biasa bagi luka..

2. Seorang yang membaca ruqyah bagi dirinya sendiri.

Bagi yang dibaca oleh orang lain boleh jadi dia akan syirik dengan percaya si fulan yang baca tersebut yang bagi sembuh

3. Seorang yang tidak.menilik.nasib.

4. Seorang yang bertawakkal..

Itu khulasah (kesimpulan)

Hadis ni.. sharahnya panjang boleh tanya Ustaz yang ngaji Kutubustittah.

 

___________________________________________________________________________________________________

Cabang Iman ke 9 

Hari ni cabang ke 9 sangat sangat penting..

Beriman dengan balasan Syurga dan Neraka.


“Telah menceritakan kepada kami Ibrahim Bin Ishaq Ath Thalaqani, dia berkata; Telah menceritakan kepadaku An Nadlar Bin Syumail Al Mazini, dia berkata; Telah menceritakan kepadaku Abu Na’amah, dia berkata; Telah menceritakan kepadaku Abu Hunaidah Al Barra’ Bin Naufal, dari Walan Al ‘Adawi, dari Hudzaifah, dari Abu Bakar Ash Shiddiq, dia berkata; “”disuatu pagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam shalat shubuh Kemudian duduk, hingga ketika tiba waktu dhuha Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tertawa, kemudian duduk di tempat semula hingga beliau shalat Dzuhur, Ashar dan Maghrib, beliau tidak berbicara hingga shalat isya di akhir malam, kemudian pulang ke keluarganya, maka orang-orang berkata kepada Abu Bakar; “”mengapa tidak kamu tanyakan kepada Rasulullah atas apa yang beliau lakukan hari ini, padahal sebelumnya belum pernah melakukannya sama sekali?”” ia berkata; kemudian dia bertanya kepada beliau, maka beliau menjawab: “”ya, telah diperlihatkan kepadaku apa yang akan terjadi dari urusan dunia dan akhirat, maka dikumpulkanlah orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang datang di satu tempat, maka manusia ketakutan dengan hal itu, sehingga mereka datang kepada Adam sementara keringat hampir hampir menutupi mereka, mereka berkata; ‘wahai Adam, engkau adalah bapak manusia dan Allah ‘azza wajalla telah memilihmu, maka mintalah syafa’at untuk kami kepada Rabbmu, ‘Adam menjawab; ‘aku pun sedang menghadapi seperti apa yang sedang kalian hadapi, pergilah kepada bapak kalian setelah bapak kalian, yaitu Nuh, ‘sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran atas segala umat.””maka mereka datang kepada Nuh kemudian berkata; ‘berilah kami syafa’at di hadapan Rabb-Mu, karena Allah telah memilih engkau dan mengabulkan doa-Mu dan Dia tidak menyisakan orang-orang kafir satu rumahpun diatas permukaan bumi.’maka Nuh berkata; ‘aku tidak bisa memberi kalian syafa’at, maka pergilah menghadap Ibrahim karena sesungguhnya Allah menjadikan dia sebagai kekasihnya.’Kemudian merekapun menghadap Ibrahim, dan Ibrahim berkata; ‘aku tidak bisa memberi kalian syafa’at, pergilah menghadap Musa, karena Allah pernah berbicara kepadanya secara langsung.’kemudian Musapun menjawab; ‘aku tidak memiliki apa yang kalian minta, maka pergilah menghadap Isa bin Maryam, sesungguhnya dia bisa menyembuhkan orang buta, penyakit belang dan menghidupkan orang mati.’kemudian Isa menjawab; ‘aku tidak memiliki apa yang kalian minta, akan tetapi pergilah menghadap tuannya anak Adam, karena kuburannya yang pertama kali terbuka pada hari kiamat, pergilah menghadap Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam pasti dia akan memberi kalian syafa’at di hadapan Rabb kalian.’Dia berkata; ‘maka dia pergi, kemudian Jibril menghadap kepada Rabbnya, maka Allah berfirman: ‘izinkan dia (memberi syafa’at) dan berilah kabar gembira berupa syurga.’ dia berkata; kemudian jibril pergi dengan berita gembira tersebut, maka Muhammad pun tunduk bersujud selama satu jum’at, kemudian Allah berfirman: ‘angkat kepalamu wahai Muhammad, katakanlah kamu akan didengar dan berilah syafa’at kamu diberi izin memberi syafa’at.’ dia berkata; maka dia mengangkat kepalanya dan ketika memandang Rabbnya diapun bersujud tunduk selama satu jum’at yang lain, dan Allah berfirman lagi: ‘angkatlah kepalamu dan katakanlah kamu akan didengar, berilah syafa’at kamu diizinkan memberi syafa’at.’ dia berkata; dia pun pergi untuk bersujud, dan jibril memegang kedua tangannya, maka membuka doa doa yang belum pernah dibukakan sebelumnya kepada manusia sama sekali, maka beliau berkata; ‘wahai Rabbku engkau telah ciptakan aku menjadi tuan anak Adam dan tidak ada kesombongan, Engkau jadikan aku orang yang pertama kali terbuka kuburannya pada hari Kiamat dan tidak ada kesombongan, sampai Engkau jadikan orang yang datang ke telagaku sebanyak apa yang ada diantara shon’a dan Ailah, ‘ kemudian dikatakan; ‘panggillah para Shiddiqin agar mereka memberi syafa’at’, kemudian dikatakan; ‘panggillah para Nabi.’ Ia berkata; maka datanglah Nabi bersama sekelompok orang pengikutnya, dan ada Nabi yang bersama lima dan enam orang pengikut, dan ada Nabi yang tidak bersama seorangpun pengikut, kemudian dikatakan; ‘panggillah para syuhada agar mereka memberi syafa’at untuk orang-orang yang mereka inginkan.’dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melanjutkan; maka ketika para syuhada telah melakukannya, Nabi berkata: Allah berfirman ‘Aku adalah yang paling pengasih dari para pengasih, masukkanlah kedalam syurgaku orang yang tidak menyekutukanku dengan suatu apapun.’ ia berkata; maka merekapun masuk kedalam syurga. Dia berkata: kemudian Allah berfirman: ‘lihatlah kedalam neraka, apakah kalian menjumpai seseorang yang pernah berbuat satu kebajikkan? ‘Dia berkata; maka mereka mendapatkan seorang laki-laki, kemudian Allah bertanya kepadanya: ‘apakah kamu pernah berbuat satu kebajikkan? ‘ laki-laki itu menjawab; ‘tidak, kecuali dulu aku pernah memberikan kemudahan kepada manusia dalam masalah jual beli.’ Maka Allah berfirman: ‘mudahkanlah kepada hambaku sebagaimana dia telah memberi kemudahan kepada hamba-hambaku yang lain.’Kemudian mereka mengeluarkan seorang laki-laki dari neraka, dan Allah bertanya kepadanya; ‘ apakah kamu pernah melakukan satu amal kebaikkan? ‘ ia menjawab; ‘tidak, kecuali aku pernah menyuruh anakku jika aku mati, bakarlah aku dengan api kemudian tumbuklah aku hingga seperti tepung, kemudian bawalah ke laut lalu tebarkanlah di udara, Maka demi Allah Rabb seluruh alam, tidaklah akan mampu mengembalikanku selama-lamanya.’Maka Allah berfirman: ‘kenapa kamu lakukan hal itu? ‘ dia menjawab; ‘karena takut kepadaMu.’Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melanjutkan: maka Allah berfirman: ‘lihatlah kerajaan yang paling agung kerajaannya, maka sesungguhnya bagimulah seperti itu bahkan sepuluh kali lipat sepertinya.’Nabi melanjutkan: hamba tersebut berkata; ‘mengapa Engkau menghinaku sedangkan Engkau adalah raja?”” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”itulah yang membuatku tertawa di waktu dluha.”””

“Telah menceritakan kepada kami Mu’ad bin Asad, telah mengabarkan kepada kami Abdullah, telah mengabarkan kepada kami Umar bin Muhammad bin Zaid, dari Ayahnya, bahwa dia telah menceritakan kepadanya, dari Ibnu ‘Umar, mengatakan, Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam, bersabda: “”Ketika penghuni surga telah memasuki surga, dan penghuni neraka telah memasuki neraka, didatangkan kematian yang diletakkan diantara syurga dan neraka, lantas disembelih. Seorang juru seru menyampaikan pengumuman; ‘Hai penghuni surga! Sekarang tidak ada kematian. Hai penghuni neraka, sekarang tak ada lagi kematian. Maka penghuni surga bertambah senang sedangkan penghuni neraka menjadi sangat sedih.””


Cabang no 9

Beriman dengan akan dibalas semua manusia yang beriman dan beramal soleh dengan Syurga dan yang Mushrik dan kafir akan di tempatkan di neraka

Adalah Al Quran dan Al Hadis menceritakan akan banyaknya perkhabaran Syurga dan Neraka.

Maka kita tasdiq dalam hati, taqrir dengan lisan dan amal dengan mengejar ganjaran dengan amal amal soleh dan melarikan diri dari amal amal engkar yang dijanjikan akan neraka.

Saya khulasah sikit 2 hadis yang di copy paste

1. Hadis mengenai ahli syurga yang terakhir dimasukkan:

Kerana pernah ada perasan takut akan siksaan Allah swt , diberi syurga 10 kali ganda dunia ini saiznya.

2. Hadis adalah setelah semua di masukkan ke dalam syurga, yakni yang terakhir tadi..

maka Maut akan di sembelih, tiada lagi maut. Dan ahli syurga akan kekal selama lama lama lamanya dalam syurga..

Begitu juga keadaanya ahli neraka.

Dengan itu tasdiqkanlah didalam hati sebenar benarnya perkhabaran ini pasti dan pasti dan pasti akan berlaku..

Sampaikan lah, ulang lah cerita ini pada keluarga, jiran .. dan setiap Muslim

Takutlah akan siksaan neraka..

Gemar dan kejarlah ganjaran syurga dengan amal soleh.

wallahu a’lam bi sowwab

wa ma taufiqi illa billahi

__________________________________________________________________________________________________

Bismillah

Alhamdulillah

Wa Solatu Wa Salaamu ala Rosulillah..

Assalamualaikum

Kita sambung cabang iman seterusnya yang ke 10 berdasarkan susunan al Imam Al Baihaqi dalam kitab beliau Syuabul Iman

Cabang ke 10 


Iman dengan perasaa Kecintaan pada Allah swt.

Perasaan


Lawan kecintaan pada Allah swt, kecintaan yang mensyirikkan Allah swt.

analogi cinta Allah dan cinta yang mensyirikkan Allah swt.

Seorang lelaki yang mengahwini janda ada anak perempuan seorang.. dia kahwin tetapi dengan harapan nak berzina dengan anak si janda tadi.

Maaf contoh agak taboo dalam budaya Melayu

Kita mencintai Allah, tetapi harapkan Rasul dan AwliaNya yang bagi manfaat dan mudarat pada kita, ini cinta Allah swt yang palsu

Cabang ke 10. Cinta sejati pada Allah swt itu 

bagaimana cinta sejati dengan Allah swt.. segala apa yang Allah swt suruh hambaNya cinta, kita cinta semata mata nak harap Allah swt balas cinta kita dengan RedhaNya.

Tasdiqkanlah dalam hati bahawa saya cintakan Rasulallah saw, cintakan ibubapa, cintakan ahlibkeluarga , guru guru dan semua makhluk Allah ini kerana cintanya saya pada Allah swt..

Saya cinta semua ni harap harap Allah balaslah cinta saya dengan redhaNya

Taqrir dan tabligh kan rasa cinta kerana Allah. mafhum satu hadis orang yang menzahirkan rasa cintanya kepada saudaranya, dengan berkata “aku.mencintai kamu kerana Allah”..

Hadis :

“Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab Ats Tsaqafi berkata, telah menceritakan kepada kami Ayyub, dari Abu Qilabah, dari Anas bin Malik, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “”Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka”””

Dapat kemanisan Iman..

kemudian bagaimana mahu Amal dengan cinta Allah swt ini..

Tunaikanlah cinta seseorang Kekasih..

menyukai perkara yang dicintaiNya

membenci perkara yang dibenciNya.

Kata penyair

jika kekasihmu menyukai nama nama yang disebut dengan sebutan lisannya. jadilah pencinta lisannya.

wallahu a’lam

Allahumma soliy ala Muhammad wa ala alihiy wa ashabisiy ajmain

Ya Allah perasaan campakkan cinta sejati kepadaMu ke dalam setiap saat detik hati kami.

Alhamdulillah

kita tutup dengan tasbih kifarah.

Ya Allah campakkanlah perasaan cinta sejati kepadaMu ke dalam setiap saat detik hati kami.

Ya Allah campakkanlah perasaan cinta sejati kepadaMu ke dalam hati kami dalam setiap saat dan detik.

 

__________________________________________________________________________________________________

Bismillah

Alhamdulillah

Wa Solatu Wa Salaamu ala Rosulillah

Assalamualaikum

hari ni kita bincang awal sikit.. ada nak tunaikan hajat kawan jam 8.00 pagi ni İnsya Allah

sambungan cabang cabang İman.. kita telah bicarakan Cabang 1 hingga cabang 10.

Tajuk pagi ini :


Cabang ke 11 


Takut pada Allah swt merupakan cabang Iman

Walaupun takut ini bukan.perkataan tepat nak terjemah Khauf, itu perkataan yang paling mendekati makna tersebut

Takut pada Allah, lawannnya Takut kepada apa apa yang mensyirikkan Allah swt..

Takut pada selain dari Allah swt.

Kita takut akan melanggar perintah Allah,

lawannya kita takut selain dari Allah swt lalu kita berani melanggar perintah Allah swt

Apa yang kita mahu tasdiqkan dalam hati, benarkanlah ancaman dan amaran Allah swt..

amaran didatangkan bala kerana syirik dan dosa

amaran akan siksa dikubur

amaran akan susahnya Mahsyar dan Hisab..

amaran akan di tempatkan di neraka..

takut akan segala yang akan menambah dosa..

Benarkan lah setiap amaran dan ancaman ini

Taqrirkan dan sampaikan.. ancaman ancaman supaya timbul takut. Seperti mana kita bagi amaran pada anak anak kita bahayanya bercampurgaul.dengan kawan kawannya yang buruk akhlaknya.

Amal

Seorang yang khauf pada Allah swt akan memilih dan melaksanakan amal yang tidak dimarahi bahkan yang jauh dari ancaman dan amaran Allah swt.

“Telah bercerita kepada kami ‘Abdullah telah bercerita kepadaku ayahku. telah bercerita kepada kami Hasan bin Musa, telah bercerita kepada kami Hammad bin Salamah, dari ‘Ashim bin Bahdalah, dari Syahr bin Hausyab, dari Mu’adz bin Jabal, dari Nabi Shallallahu’alaihiwasallam beliau bersabda; “”Lambung-lambung mereka jauh dari tempat tidur, mereka menyeru Rabb mereka dengan takut dan harapan.”” Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam bersabda; “”Qiyamullailnya seorang hamba.”””

semoga Allah mengurniakan akan sifat khauf pada Nya dalam.hati kita

wallahu a’lam bi sowwab

tutup sesi dengan Tasbih Kifarah

___________________________________________________________________________________________________

Cabang ke 12


Sifat Ar Roja’

Ada yang terjemah sebagai harap

Sifat harap pada Allah swt.

kalau nak terjemah atau definisikan Ar Roja’ ini adalah tamak (mahukan semua/ sebanyak mungkin) kurniaan rahmat,berkat, hidayah, taufiq dan redha Allah swt.

orang yang ada sifat Ar Roja’ akan dia paling maksimum…

kalau doa syurga, berdoa syurga Firdaus..

kalau doa keampunan, doa diampun dosa lalu, akan datang, dengan niat, tanpa niat

seperti doa seorang yang tamak akan dunia ini..

Ar Roja’ sifat harap pada Allah swt untuk diberikan segala gala janji janji kebaikan yang Allah swt janjikan

Tasdiqkan dalam hati segala janji janji Allah swt.. mahukan, tamakkan serta harapkan semuanya kita dapat..

Taqrirkan dan sampaikan akan harap kita pada janji.janji Allah .. spt..

Moga moga dapatlah aku ni syurga Firdaus..

moga moga dapatlah aku redha Allah swt

moga moga dapatlah aku tengok wajah Allah swt disana nanti..

Amal.. berbuatlah amalan dengan rasa tamakkan janji janji Allah swt,.mahukan yang paling maksima paling optimum dari setiap janji janji Allah swt.. bila perbuat dengan harapan yang begitu.. amalan kita akan extraordinary focus dan qualitynya

Semoga Allah swr berikan dan kurniakan sifata Roja’ seperti dikurniakan pada para sahabat sahabat RadhiaAllahu anhum..

kepada kita semua dan seluruh umat Muhammad saw hingga hari kiamat

Ya Allah memberi nikmat ini adalah teramat mudah bagiMu, mudahkanlah kurniaan ini bagi kami.

tutup dengan tasbih kifarah.

Assignment. ulang baca 12 cabang ini dan tulis pelan perancangan bagaimana nak sampaikan pada ahli keluarga..

__________________________________________________________________________________________________

Cabang ke 12

Sifat Ar Roja’

Ada yang terjemah sebagai harap

Sifat harap pada Allah swt.

kalau nak terjemah atau definisikan Ar Roja’ ini adalah tamak (mahukan semua/ sebanyak mungkin) kurniaan rahmat,berkat, hidayah, taufiq dan redha Allah swt.

orang yang ada sifat Ar Roja’ akan dia paling maksimum…

kalau doa syurga, berdoa syurga Firdaus..

kalau doa keampunan, doa diampun dosa lalu, akan datang, dengan niat, tanpa niat

seperti doa seorang yang tamak akan dunia ini..

Ar Roja’ sifat harap pada Allah swt untuk diberikan segala gala janji janji kebaikan yang Allah swt janjikan

Tasdiqkan dalam hati segala janji janji Allah swt.. mahukan, tamakkan serta harapkan semuanya kita dapat..

Taqrirkan dan sampaikan akan harap kita pada janji.janji Allah .. spt..

Moga moga dapatlah aku ni syurga Firdaus..

moga moga dapatlah aku redha Allah swt

moga moga dapatlah aku tengok wajah Allah swt disana nanti..

Amal.. berbuatlah amalan dengan rasa tamakkan janji janji Allah swt,.mahukan yang paling maksima paling optimum dari setiap janji janji Allah swt.. bila perbuat dengan harapan yang begitu.. amalan kita akan extraordinary focus dan qualitynya

Semoga Allah swr berikan dan kurniakan sifata Roja’ seperti dikurniakan pada para sahabat sahabat RadhiaAllahu anhum..

kepada kita semua dan seluruh umat Muhammad saw hingga hari kiamat

Ya Allah memberi nikmat ini adalah teramat mudah bagiMu, mudahkanlah kurniaan ini bagi kami.

tutup dengan tasbih kifarah.

Assignment. ulang baca 12 cabang ini dan tulis pelan perancangan bagaimana nak sampaikan pada ahli keluarga..

_________________________________________________________________________________________________

Cabang ke 13

Tadabbur Al Imran : 173, 160, Al Anfal:2, At-tolaq : 3 :

Cabang Iman yang ke 13 

Tawakkal dan serahkan urusan dan natijah urusan pada Allah swt.

Tasdiqkanlah dalam hati, segala urusan dalam ilmu Allah swt, dalam kebijaksaan, dalam keadilan Allah swt..

Tablighkan lah semua urusan jaga langit, jaga bumi.dan seluruh alam ini adalah urusan Allah swt..

Amallah.. setiap kerja kita dari mula lagi dah kita serahkan pada Allah swt dengan kata Dengan Nama Allah (aku serahkan, aku mulakan, aku tawakkal) urusan ku ini..

baca Basmalah

Alhamdulillah.

wallahu a’lam

__________________________________________________________________________________________________

 

 

Madinah Arabic – Pelajaran 1

0

 

wpid-img_20150521_233632.jpg

photo_2015-05-26_23-34-06

photo_2015-05-26_23-47-47

photo_2015-05-26_23-53-21photo_2015-05-27_00-04-55 photo_2015-05-27_00-05-07

Madinah Arabic – Tentang Buku

0

Buku yang kita gunakan adalah karya Dr V Abdur Rahim. Beliau adalah seorang yang mahir dan berpengalaman luas dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Karya beliau ini telah digunakan sebagai buku teks di pusat persediaan Bahasa Arab, Universiti Islam Madinah. Susunan buku ini bagus sekali dan ia dimulakan dengan perkara asas dan yang mudah, kemudian ditambah sedikit demi sedikit dari perkara asas tersebut. In sha Allah, ia juga mudah untuk anda.

Berita baik, jika anda boleh berbahasa Inggeris, anda boleh berhubung terus dengan Dr V melalui blog rasmi beliau: http://drvaniya.com/

Wacana Siri 3 : Tafsir Ayat Kursi

1

Tafsir ayat kursi oleh Ustaz Solahuddin Al-Ayyubi

 

ان الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفر. ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيآت أعمالنا. من يهد الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له. اشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له واشهد ان محمدا عبده ورسوله. رب اشرح لي صدري ويسر لي امري واحلل عقدة من لساني يفقهو قولي. اما بعد. اعوذ بالله من الشيطان الرجيم بشم الله الرحمن الرحيم

 

Muqaddimah

Syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaanNya kita dapat hidup dan dapat mempelajari ilmuNya.. Tanpa izin Allah, siapa lah kita untuk menentu segala. Dengan nikmat yang amat besar iaitu islam dan iman ini. Selayaknya kita sibukkan diri dengan ilmu-ilmu wahyu dan amal apa yg di pelajari. Tiada lah ilmu melainkan apa yang Allah ajarkan pada kita semua.

Syukur lah dengan taat setia kepada Allah dan RasulNya sebagai tanda kita benar-benar hargai dan mensyukuri nikmat Allah yg besar ini. Terima kaseh serta jazakumullahu khaira saya doakan pada semua kerana dapat hadir ke majlis malam ini.. Terutama cikgu rahim. Semoga Allah permudahkan kita semua dengan kebaikan..

Dalam hadis ada menyebut.

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين رواه البخاري

Sesiapa yang Allah ingin memberi kepadanya kebaikan yang banyak nescaya Allah akan bagi dia memahami secara mendalam ilmu agama Allah.

Oleh itu minta lah pada Allah sentiasa, agar Allah kurniakan kefahaman yang mendalam dalam agamaNya kepada kita semua.

اياك نعبد و اياك نستعين

hanya kepada mu ya Allah kami abdikan diri, dan hanya kepada mu saja kami minta pertolongan.

Jadi, ibadah kita hanya pada Allah. Minta doa pun hanya pada Allah. Harap lah kepada Allah semoga Allah beri kefahaman mengikut maksud yang Allah inginkan.

 

Sebelum mula ayat kursi. Kita kena tahu beberapa perkara penting tentang ilmu al-Qur’an.

Antara yang terpenting pelajaran al-Qur’an ialah segala ayat yang ada di dalamnya adalah perkataan dari Allah SWT. Allah khithob/bercakap dengan kita, ayat yang ada berupa contoh, kisah ummat, hukum hakam, akidah semuanya Allah tuju kepada kita semua. Jadi jangan pula kita anggap, ini ayat untuk orang itu, ini ayat untuk orang ini. Jadi, bila pula ayat untuk kita, asyik orang sahaja kena ayat itu atasnya, bukan kita.

Oleh itu bila belajar al-Qur’an adalah cara Allah nak sampaikan ilmu kepada kita semua melalui kitabNya. Dengan sifat rahman dan rahim Nya Dia turunkan al-Qur’an untuk kita semua agar kita semua belajar segala isi kandungannya. Sungguh malangnya manusia hidupnya tak pernah pelajari al-Qur’an hingga mati. Dan tidak terlambat juga buat kita semua mempelajari isi kandungan al-Qur’an untuk memahami apa Maksud Allah ciptakan kita.

Mulai hari ini. Jika sesiapa yang masih tidak khatam belajar al-Qur’an pelajari tafsir al-Qur’an kena lah kembali pasangkan niat supaya Allah permudahkan kita semua utk pelajari al-Qur’an. Sudah-sudah lah kita di momok kan oleh si syaitan bertopeng manusia yang menyeru manusia supaya meninggalkan belajar al-Qur’an. Sehingga ada yang kata al-Qur’an ini payah. Kena belajar ilmu itu dahulu ilmu ini dahulu. Tetapi akhirnya kita semua ramai yang tidak pelajari al-Qur’an. Sungguh memalukan jika kita sanggup mengaku islam tetapi tidak sanggup belajar al-Qur’an.

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Qur’an untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Adakah ada yang sudi?

 

Tafsir Ayat Kursi

اللهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Ayat ini adalah ayat seruan tauhid, dengan ayat ini Allah menyeru hambaNya kembali kepada tauhid. Dengan ayat ini Allah perkenalkan diriNya kepada kita semua melalui sifatNya yang Maha Agong. Dan ayat ini juga di beri nama Isim A’zhom. Yaitu menerangkan nama Allah yang sesuai dengan sifatNya yang Maha Agong..

٣٤٠٠ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ خَشْرَمٍ حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ أَبِي زِيَادٍ الْقَدَّاحِ عَنْ شَهْرِ بْنِ حَوْشَبٍ عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيدَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اسْمُ اللهِ الْأَعْظَمُ فِي هَاتَيْنِ الْآيَتَيْنِ { وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ } وَفَاتِحَةِ آلِ عِمْرَانَ { الم اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ } قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

3400. Telah menceritakan kepada kami Ali bin Khasyram telah menceritakan kepada kami Isa bin Yunus dari ‘Ubaidullah bin Abu Ziyad Al Qaddah dari Syahr bin Hausyab dari Asma` binti Yazid bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Nama Allah Allah yang paling agung ada dalam kedua ayat ini, yaitu: “Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”, (QS. Albaqarah 163) dan permulaan Surat Ali Imran; “Alif laam miim. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya.” (QS.Ali Imran 1-2), Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits hasan shahih. HR At-Tirmidzi.

Nama Allah Yang Maha Agong mengatasi segala keagungan selainNya. Apabila di nisbah dengan Allah semua rendah lagi hina dina. Tak kira lah betapa besarnya pangkatnya di dunia. Betapa kayanya dia. Pasti tidak dapat mengatasi Allah yang Maha Agung Maha Perkasa lagi Maha kuasa.

Ayat kursi ini selalu org kita buat berbomoh je. Kadang-kadang hantu syaitan pun tak lari. Dek kerana si pembacanya tidak memahami isi kandungan tauhid di dalamnya dan kurang bertawakkal kepada Allah dan kurang yakin kepada Allah.

 

Sekarang mari kita belajar isi kandungannya bersama.

اللهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia.

Di sini jumlah ayat mula-mula di mulai dengan perkenalkan namaNya. Kemudian Allah menafikan ada ILAH selainNya.

 

Soalannya apakah makna ILAH?

ILAH di sini dengan makna مألوه او معبود iaitu di jadikan tuhan atau diabdikan diri/disembah/buat ibadah pada Nya. Iaitu menafikan sembahan yang selain Allah. Dan menafikan ibadah kepada selain Allah. Dan menafikan berdoa kepada selain Allah. Iaitu kesimpulanNya nafi ibadah dan doa.

khulasah kepada:

اياك نعبد واياك نستعين

Yang mana, ayat ini selalu di baca ketika solat. Hari-hari di baca pada setiap 5 waktu solat fardhu. Dan di baca pada setiap solat sunnat. Hari-hari di baca bertujuan mengukuhkan tauhid.

 

Kalimah Tauhid

Allah mulakan dengan kalimah tauhid. Dengan kalimah tauhid ini juga kita mula masuk islam dgn melafazkan kalimah tauhid. Hingga kan ketika hampir mati sekalipun di anjur agar di ajar kalimah tauhid kepada orang yang hampir nak mati. Begitu besarnya kalimah tauhid. Kalimah yang agong, terhapusnya dosa pun di sebab kan lafaz tauhid, masyaAllah.

Oleh itu di zaman Nabi kalimah ini di baca kepada orang arab jahiliah mereka terus menolak. Kerana bagi mereka boleh minta doa kepada selain Allah. Boleh bernazar kepada selain Allah. Boleh buat ibadah kepada selain Allah. Ini lah yang mereka faham dulu-dulu.

Hanya segelintir sahaja di kalangan sahabat-sahabat Nabi yang dapat terima kalimah tauhid ini masa mula-mula di Mekkah. Bagi orang arab mereka tidak menafikan Allah sebagai pencipta mereka. Cuma bagi mereka selain Allah boleh beri bantuan-bantuan yang dapat selamatkan diri mereka dari ancaman bala di dunia.

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللهُ ۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). [luqman 25]

Maka ayat di atas tadi menafikan Allah punyai sebarang sekutu atau sebarang wakil yang dapat mengadakan hukum bagi pihak Allah.

 

Seterusnya

الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ

Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)

Iaitu kekal hidupnya Allah. Sejak azali dan tiada had batas kemusnahan dengan kematian. Bahkan Allah sahaja yang berkuasa memberi kemusnahan kepada selainnya yang Dia hendaki.

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Perkataan alhayy bermaksud Allah yang tetap hidup, bukan dari tiada kepada ada. Bahkan dari dulu sejak azali Allah tetap hidup. Jadi di sini memberi maksud Allah berkuasa penuh sejak dulu, segalanya mengikut kehendakNya, ilmu yang maha luas, maha melihat segalanya tanpa had, maha berkata-kata lagi tidak bisu, maha mendengar lagi tidak pekak..

Perkataan الْقَيُّومُ adalah berkuasa penuh Allah untuk mengurus tadbir segala makhlukNya. Oleh itu tidak patut kita minta doa atau lakukan ibadah sembahan kepada selain Allah. Seolah-olah Allah ingin menerangkan kepada kita bahawa jika masih ada di kalangan manusia yang sanggup meminta doa atau ibadah kepada selain Allah maka mesti lah orang yang dia minta itu punyai kuasa alhayy dan alqayyum, hendak jadi wakil Allah sekalipun kena ada kuasa. Jika tiada maka tidak layak.

SubhanaAllah.

 

Kemudian,

لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Antara sifat Allah yang maha kuasa, Allah perkenalkan sifatNya di sini Dia tidak pernah dan tidak akan mengantuk. Mengantuk pun tidak, lebih-lebih lagi lah kalau tidur. Kerana sifat-sifat ini biasa ada pada manusia pada makhlukNya, lalu jika kita ingat berdoa atau buat ibadah kepada selain Allah, mesti lah dia punyai kuasa tidak mengantuk dan tidak tidur. Iaitu tidak pernah berehat dalam melakukan tugas. Kerana jika manusia sentiasa berhajat kepada makan minum dan berehat tidur. Dan bila ada masa-masa keperluaan yang mesti buat ini maka tidak mungkin dapat menumpu 100% untuk menyahut seruan doa atau ibadah.

Sifat yang lemah sebegini tak layak dan tak patut. Minta lah pada Allah sahaja. Jangan minta di kuburan. Jangan minta di gua-gua. Jangan minta di dalam hutan. Iaitu meminta kepada selain Allah. Mereka yang di seru itu adalah makhluk yang lemah. Dan di ada-ada kan sahaja. Tidak tahu menahu apa yang kita buat.

 

Seterusnya,

لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Milik Allah segalanya. Maka tidak layak kita meminta doa kepada yang di langit atau di bumi yang selain Allah. Kerana segalanya milik Allah yang maha esa lagi maha kuasa. Jika ingin meminta dengan Nabi, maka Nabi pun milik Allah, jika kepada orang mati syahid mereka pun milik Allah, jika minta pada malaikat maka mereka pun milik Allah, dan minta kepada sesiapa sekalipun yang selain Allah. Maka mereka tetap milik Allah.

Iaitu Allah berkuasa penuh terhadap setiap makhlukNya

 

Seterusnya,

ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya

Di sini Allah menafikan kembali ada berlakunya syafaat bantuan dari selain Allah. Melainkan dengan izinNya. Dan izin Allah ialah kalimah tauhid. Dan paling kurang iman seberat biji sawi. Iaitu tidak syirik pada Allah. Kerana tauhid dan syirik tidak mungkin boleh bersama. Ibarat belon dengan jarum. Sedikit saja jarum kena pada belon maka akan meletup belon itu. Begitu lah perumpaan tauhid dengan syirik. Jika syirik maka hancur lah tauhid.

Oleh itu sesiapa yang ingin syafaat Nabi SAW maka kena tauhid. Maka jangan minta kepada Nabi yang sudah wafat. Tapi minta lah pada Allah dan nak dapat syafaat ikut lah syariat Allah, ikut undang-undang Allah, jangan langgar batasan Allah.

Sebab itu dalam hadis sesiapa hendak syafaat kena doa pada Allah supaya bagi Wasilah, fadhilah untuk Nabi. Iaitu semasa kita doa azan. Doa azan itu mengajar kita supaya berdoa kepada Allah. Ganjarannya ialah dapat syafaat Nabi. Bukan pergi kubur Nabi minta kepada Nabi supaya bagi syafaat dan hajat-hajat itu.

Nabi makhluk Allah, Nabi milik Allah. Allah berkuasa penuh terhadap Nabi dan Nabi bukan Tuhan yang Maha kuasa.

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللهُ ۚ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ ۚ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

Ayat di atas Allah suruh Nabi bagitahu kepada ummat siapakah dirinya.

 

Seterusnya,

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ

yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

Dalil di atas Allah nak ajar kita bahawa makhluk tidak tahu tapi Allah lah yang Maha Tahu. Jika ada yang meminta doa kepada selain Allah maka semestinya yang selain Allah itu kena ada kuasa ajaib dapat mengetahui segala. Lalu setelah di minta doa kepada mereka itu, mereka dapat tahu apa isi kandungan doa dan tahu segala-segala nya maksud tersirat atau tersurat, zahir dan batin. Kemudian mereka tidak akan tersilap memakbulkan doa yang tidak di pinta. Dan boleh memahami segala bahasa, bahasa melayu, inggris, urdu dan segala.

Oleh itu yang maha tahu hanya Allah. Selayaknya kepada Allah kita sembah dan kepadaNya juga kita minta doa.

 

Kemudian,

وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ

Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Dalil ayat di atas lanjutan penjelasan dari jumlah sebelum, iaitu makhluk ada ilmu sedikit sahaja, bila sedikit tidak mungkin jadi wakil Allah, bahkan kita semua berhajat kepada Allah sentiasa.

 

Sambung,

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;

Kebesaran Allah keagonganNya sangat tinggi. Jadi, jangan kita perlekehkan kuasa Allah, meminta kepada selain Allah seakan Allah tak tahu menahu. Lafaz kursi di atas adalah bermaksud kursi, kursi di atas arasy, dan arasy makhluk Allah yang paling besar. Kursi maknanya tempat rehat dua kaki. Dalam ayat di atas. Di serahkan makna sebenarnya dan hakikat kursi kepada Allah. Tiada tafsiran yang sampai ilmu kepada kita semua tentang hakikat sebenar kursi itu.

Ayat di atas tafsiran dalam buku terjemahan tafsir pimpinan arrahman.

 

Seterusnya,

وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Iaitu tidak berat, tidak susahnya Allah menjaga langit dan bumi antara makhluk Allah yang besar. Kita yang kerdil ni apa lah sangat.

 

Kesimpulannya

Ayat kursi adalah ayat yang menerangkan isi tauhid, iaitu tauhid dalam ibadah dan doa. Tafsir ayat dalam surah al-Fatihah. Antara tunjang utama asas surah al-Baqarah ini. Ayat di atas Allah sudahkan dengan sifat al-aliyy dan al-‘azhim. Sifat ketinggian dan keagongan Allah Tuhan kita, yang mengajar kita erti hidup atas dunia mengikut caraNya.

 

Syukran lakum wa ilal liqa’, insyaAllah, wa jazakumullahu khaira. Wa aakhiru da’waana an Alhamdulillahi Rabbil Aa’lamiin.

 

 

Perkara Yang Merosakkan Ibadah Haji

0

Bismillah…
Note 38 : Al Fiqh Manhaji 2

PERKARA YANG MEROSAKAN IBADAH HAJI

1. Sebab Pertama : Tidak melakukan suruhan yang dibenarkan oleh syara’ meninggalkannya dengan syarat membayar fidayah.

2. Sebab Kedua : Meninggalkan satu daripada lima syarat wajib haji.

3. Sebab Ketiga : Meninggalkan salah satu daripada rukun haji.

4. Sebab Keempat : Melakukan sesuatu yang dilarang semasa ihram.

100 Sunnah – 1 Sunnah 1 Hari

0

100 sunnah
1 sunnah setiap hari

01/100
Menghilangkan  sisa-sisa mengantuk dgn cara mengusapkan tangan ke wajah.
Imam Nawawi dan Ibnu Hajar menyatakan sunnahnya berdasarkan hadis:

فاستيقظ رسول الله فجلس يمسح النوم عن وجهه بيده
“Rasulullah saw bangun tidur, lantas baginda duduk sambil menghilangkan rasa mengantuk dgn mengusapkan tangannya ke wajahnya”
HR Muslim.

02/100
Berdoa bangun tidur, dengan lafaz:

الحمد لله الذى أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور
“Segala puji bagi Allah yg menghidupkan kami setelah mematikan, dan hanya kepadaNyalah kami dikembalikan.”
(HR Al-Bukhari)

03/100
Sunnah bangun tidur dengan bersiwak.

كان إذا ستيقظ من الليل يشوص فاه بالسواك
“Kebiasaan Rasulullah s.a.w apabila bangun pada malam hari, baginda menggosok giginya dengan siwak.”
HR Al-Bukhari dan Muslim

04/100

Masuk-keluar bilik air

Masuk dengan mendahului kaki kiri dan keluar dengan mendahului kaki kanan.

05/100

Masuk dengan mengucapkan doa:

اللهم إني أعوذ بك من الخبث والخبائث
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan syaitan lelaki dan perempuan.”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

6/100

Berdoa keluar bilik air

غُفْرَانَكَ

“(aku memohon) keampunan-Mu ya Allah.”

HR ashabus sunan, kecuali Nasa’i

Dalam sehari semalam seseorang masuk ke bilik air beberapa kali. Oleh itu, setiap kali ia masuk, maka praktikkan sunnah ini, baik ketika masuk mahupun keluar. Dua sunnah ketika masuk, dan juga dua sunnah ketika keluar.

“amalkan sunnah, tinggalkan bidaah”

Popular

Iklan

Iklan