Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Doa Doa Haji

Doa Doa Haji

209
0
Iklan

Bismillah…
Note 37 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

DOA-DOA HAJI

1. Doa ialah ibadah, merupakan secara amali daripada kesedaran hati dan perasaan yang perlu kepada sokongan Allah dan pertolonganNya.

Firman Allah SWT :
“Berdoalah kepada Tuhan kamu, dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.”
Surah Al-A’araf : 55

Sementara hadith Nabi SAW :
“Tidak dapat menolak qadhà kecuali dengan berdoa.”
Riwayat At Tarmizi : 3232

2. Sebab utama doa itu diperkenankan ialah kejujuran hati, kebersihan jiwa, usaha yg baik, menolak keduniaan dan bertumpu kepada Allah semata-mata.

3. Doa yang afdal doa yang diambil daripada Al Quran dan Al sunnah. Terdapat banyak doa dalam ibadah haji yang berasal daripada Nabi SAW.

4. Doa-doa Dalam Ibadah Haji :

4.1. Ketika berihram :
“Ya Allah! KepadaMu aku ihramkan diriku, rambut dan kulitku, daging dan darahku.”

4.2. Ketika melihat sesuatu yang dikagumi :
“Aku menyahut seruanMu, sesungguhnya kehidupan yang sebenar ialah kehidupan di akhirat.”

4.3. Ketika sampai di Makkah :
Sunat berdoa :
“Ya Allah! Inilah tanah haramMu dan keamananMu. Haramkanlah diriku daripada neraka, dan selamatkanlah diriku daripada azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu. Jadikanlah aku dikalangan mereka yang mendampingi dan mentaatiMu.”

4.5. Semasa Memasuki Makkah dan Melihat Kaabah :
Sunat berdoa :
“Ya Allah! Tambahkanlah kehormatan, keagungan, kemuliaan dan kehebatan Kaabah ini dan tambahkanlah kehormatan, kebesaran, kemuliaan dan kebajikan kepada mereka yang memuliakan dan menagungkan dikalangan orang mengerjakan haji atau umrah. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang bersifat sejahtera, hanya daripadaMu segala kesejahteraan, kekalkanlah kami wahai Tuhan dengan penuh kesejahteraan.”

4.5. Ketika Bertawaf :
Doa ketika memulakan tawaf :
“Dengan nama Allah yang Maha Besar, ya Allah! Aku beriman kepadaMu, mempercayai kitabMu, menunaikan segala janji terhadapMu dan menurut segala sunnah NabiMu, Muhammad SAW.”

Ketika berlari lari anak pada tiga pusingan dengan membaca :
“Jadikanlahhaji diterima, dosa diampuni dan usaha terpuji dengan amalan ini.”

4.6. Ketika Bersaie :
Sunat berdoa :
“Ya Allah! Tuhan yang mengubah ubah peeasaan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu ya Allah. Aku mohon kepadaMu segala sumber rahmatMu, kepastian keampunanMu, berjaya mendapat syurga, selamat daripada segala dosa dan terlepas daripada Neraka. Ya Allah! Aku mohon ketaqwaan kepadMu, kebersihan jiwa dan kejayaan.”

4.7. Ketika di Arafah :
Sunat memperbanyakkan doa pada hari Arafah.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
“Sebaik baik doa pada hari Arafah dan sebaik baik doa yang aku dan para Nabi sebelumku ucapkan ialah : Tiada Tuhan yang disembah sebenar benarnya selain Allah, yang tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala pemerintahan dan pujian dan Dialah yang Maha Berkuasa atas segala-galaNya.”
Riwayat Al Tarmizi : 3934

3.8. Ketika di Muzdalifah dan Masy’ar al Haram :
Sunat berdoa :
“Ya Allah! Aku mohon padaMu agar dikurniakan segala jenis kebaikan tempat ini kepadaku, diperbaiki semua keadaanku dan dihindari segala keburukan daripadaku. Sesungguhnya tidak ada yang sanggup berbuat demikian dan tidak ada yang mampu melakukan yang terbaik selain Engkau.”

4.9. Semasa di Mina (HR Qurban) :
Sunat berdoa : “Segala puji bagi Allah yang menyampaikan aku di Mina dengan selamat sejahtera. Ya Allah! Inilah Mina, aku datang ke sini sebagai hambaMu yang berada dalam kekuasaanMu. Jeateru, aku bermohon agar dikurniakan nikmat kepadaku, sebagaimana yang telah Engkau kurniakan kepada para waliMu. Ya Allah! Aku berlindung daripada halangan dan malapetaka dalam melaksanakan amalan agamaku, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

4.10. Pada hari Tasyriq dinMina :
Semua hari Tasyriq hari untuk makan, minum dan zikrullah.

4.11. Ketika Minum Air Zam Zam :
Nabi SAW beesabda : “Air zam zam diminum utk sebarang tujuan. Ya Allah! Aku meminumnya supaya Engkau memgampuniku dan menjadikan (mohonlah sebarang hajat yang disukai).”
Riwayat Ahmad : 574

 

Komen dan Soalan