Utama Blog Halaman 323

Syirik – Keutamaan dan Kesan Tauhid

0

Syirik -Bahagian 1

Keutamaan dan Kesan Tauhid

Allah-Jallawa’Ala- menjanjikan kepada golongan yang mentauhidkan dengan:

1.  Keamanan yang sempurna di dunia dan akhirat: Daripada Ibn Umar, katanya: Rasulullah-sallallahu’alayhi wa sallam – bersabda:

ُ أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ

“Aku diperintah memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada yang berhak diabdikan diri melainkan Allah, bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah mereka mendirikan salat, mereka mengeluarkan zakat. Apabila mereka melakukan yang demikian itu, maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka daripada tindakanku kecuali di atas hak Islam.  Perhitungan bagi mereka adalah ke atas Allah.”(Sahih Al-Bukhary [22])

2.  Beroleh Keampunan: Allah mengampunkan dosa orang yang mentauhidkanNya. Daripada Abu Darr, katanya: Nabi –sallallahu ‘alayhi wa salam bersabda:

“Sesiapa menemuiku dengan kesalahan memenuhi bumi dalam keadaan tidak mensyirikkanKu dengan sesuatu yang lain, Aku akan menemuinya dengan keampunan yang seumpamanya.” (Sahih Muslim, 22[2687])

3.  Beroleh syafaat Nabi: Daripada Abu Dharr, katanya: Nabi- sallalLahu alayhi wa sallam bersabda:

 لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ فَتَعَجَّلَ كُلُّ نَبِيٍّ دَعْوَتَهُ وَإِنِّي اخْتَبَأْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي فَهِيَ نَائِلَةٌ مَنْ مَاتَ مِنْهُمْ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا

“Setiap nabi mempunyai doa mustajab.  Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu.  Tetapi aku menyimpan doa itu sebagai shafaat untuk umatku pada hari Kiamat. Syafaat itu diperolehi oleh orang yang mati di kalangan mereka dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Sunan Ibn Majah [4307]Tahqiq al-Albaniy: Hadith Sahih)

4.  Memasukkan ke syurga: Daripada Abu Dharr, katanya, Rasullulah – sallalLahu alayhi wa sallam bersabda:

 أَتَانِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَبَشَّرَنِي أَنَّهُ مَنْ مَاتَ مِنْ أُمَّتِكَ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Jibrail datang menemuiku, lalu beliau menyampaikan berita gembira kepadaku, bahawa sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain akan memasuki syurga.”

Abi Dharr bertanya:

“Walaupun ia mencuri, walaupun ia berzina?”

Jawab baginda:

“Walaupun ia mencuri, walaupun ia berzina.”

 

sambungan..

100 Sunnah – Berpakaian

0

100 Sunnah – 1 Sunnah 1 Hari

16/100

Berpakaian

1.  Mengucapkan “Bismillah” ketika menanggal atau mengenakan pakaian.
2.  Nabi saw membaca doa ketika memakai pakaian.

اللهم إني أسألك من خيره وخير ما هو له
وأعو ذبك من شره وشر ما هو له

       Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan dari tujuan dibuatnya, dan aku berlindung                  kepadaMu dari keburukannya dan keburukan tujuan dibuatnya”

3.  Memulakan memakai sesuatu dari kanan, sebaliknya menanggalkan mula dengan kiri.
HR Abu Daud, At Tirmizi, Ahmad.

 

 

01.07 #100315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Hubungkait asSunnah dan alQuran

0
Allah-Muhammad-Black-Background_1 
 
Nota 01.07 Hubungkait asSunnah dan alQuran
 
Susunan: BroSyarief
 
Di dalam alQuran sering disebutkan agar kita mentaati Allah dan RasulNya (8:20, 46).
 
Apabila kita berselisih tentang sesuatu kita diminta mengembalikan urusan itu kepada Allah dan RasulNya (4:59).
 
Dan tak sedikit disebutkan berulang-kali pasangan al-Kitab dan al-Hikmah (yakni: asSunnah) yang diajarkan kepada kita agar diikuti (2:129, 151; 62:2).
 
Ditambah pula penjelasan Baginda Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam:
 
ألا إني أوتيت القرآن ومثله معه
 
“Aku telah dikurniakan al-Quran dan yang seumpamanya bersamanya (yakni: asSunnah)”
 
[HR Abu Dawud, at-Tirmizi, Ibn Majah & ad-Daarimi. at-Tirmizi: Hasan]
 
Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam juga menyebutkan:
 
“Telah aku tinggalkan pada kalian dua perkara, yang tidak pernah akan menyesatkan kalian selepas (berpegang) dengan kedua-duanya; (1) Kitabullah (yakni: alQuran), dan (2) sunnahku”
 
[HR al-Hakim: Sahih, disepakati oleh az-Zahabi]
 
Ini menjadikan perhatian kita terhadap al-Quran dan as-Sunnah sebagai satu pakej 2 dalam 1 yang tak dapat dipisahkan sebagai panduan kehidupan.
 
Dan hubungan korelasi antara alQuran dan asSunnah secara teknikalnya berfungsi dalam salah satu dari 3 bentuk:
 
1. as-Sunnah mendokong dan memastikan apa yang disebut di dalam alQuran.
 
Apabila disebut tentang kewajiban solat, puasa, zakat, dan sebagainya. Hadits-hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam juga tidak lekang dari menekankan kewajiban perkara-perkara yang sama.
 
2. as-Sunnah mentafsir dan menjelaskan apa yang disebut oleh al-Quran.
 
Sebagaimana sebahagian besar praktis ibadah disebut secara umum di dalam al-Quran, rujukan butiran bagi ibadah-ibadah tersebut dihurai dan dipraktikkan oleh Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dengan lebih terperinci untuk dilaksanakan oleh umatnya, seperti solat, puasa dan sebagainya.
 
as-Sunnah juga menjelaskan apa yang tidak jelas dari al-Quran seperti apabila Allah menyebutkan:
 
“Orang yang beriman dan tidak membaluti iman mereka dengan kezaliman, merekalah yang akan menikmati keamanan dan mereka juga mendapat petunjuk” (Al-An’am:82)
 
Sebahagian sahabat mengadukan kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam: ‘Siapa di kalangan kami yang tak menzalimi dirinya sendiri?’
 
Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam menjawab: Zalim di sini bermaksud syirik.
 
[HR al-Bukhari & Muslim]
 
3. as-Sunnah juga melengkapkan pada apa yang tidak disebut di dalam al-Quran dalam urusan akidah, hukum-hakam, dan lain-lain.
 
Contohnya hadits-hadits yang menceritakan sifat malaikat dan jin, hajarul-aswad, azab kubur, hukuman rejam, larangan memakai emas dan sutera bagi lelaki dan banyak lagi yang mana ia tidak disebutkan di dalam al-Quran.
 
walLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi.
 
#BroSyariefShares

 

Soal Jawab Bersama Doktor 1

5

S : Adakah semua gumpulan, ketulan smd kecil or besar d mana2 bhg breast adalh tanda2 awal kanser? Mcmner cara paling mudah nk detect cancer – rambut gugur, selera mkn kurang, rasa sakit kt bhg ketulan, etc?jzk kk pd Dr yg mnjawab..
J : Kanser ni biasanya akan hilang selera dan kurang berat mendadak…tapi itu biasanya late sign.
Nak confirm canser ke tak….pemeriksaan biasa sukar utk pastikan.
Ultrasound , mammogram atau biopsy adalah satu2 cara utk memastikan kanser…..
Itupun kadang-kadang dlm ujian tersebut, ada peluang kecik miss bahagian kanser tu
Yg pasti kalau confirm kanser…ketumbuhan tu akan keras, tak sekata permukaan, berdarah, kurang berat badan , tak de selera….tp itu tanda lewat

Q : Bagaimana nak hilangkan dengan cepat batuk akibat musim panas ni? Sgt x selesa..tekak perit. Sy seorang yg kuat minum air masak. Perlukah sy kemam strepsils atau lain2 ubat antibiotik?
J : Di masa cuaca panas seperti sekarang banyakkan minum air supaya rembesan badan tidak pekat yang menyebabkan susah untuk di keluarkan dan ini merupakan sebab batuk berpanjangan
Maksud saya bila kurang minum rembesan akan menjadi pekat dan susah di keluarkan, jadi kena banyak minum supaya jadi kurang pekat dan senang dikeluarkan

S : Apa yg menyebabkan sakit tumit..menyucuk2 dan berpanjangan. Cek doc ckp xde sakit. Sentiasa terutama klu berjalan2..kdg bila bgn dri duduk..x reti nk describe..rasa cam menyucuk2 pedih..
Ada ubat tak yg blh diambil utk kurangkan kesakitan. Ada doc rekomen suh inject steroid tapi saya x berani
J : Sakit tumit biasanya di sebabkan keadaan yang kita panggil calcaneal spur. Untuk mengelakkan daripada sakit pakailah kasut yang lembut tapaknya dan amalkan juga memakai slipper yang tebal semasa dalam rumah kerana lantai rumah kita dibuat dari simen dan sangat keras yang menyebabkan impaction pada tumit
Makan ubat tahan sakit boleh , cucuk steroid di tumit pun boleh tapi biasanya sakit akan datang kembali

S : Assalam dr.. ayah saya berusia 64thn. Menghidap diabetes, drh tinggi n mslh prostat. Masalah terbaru ialah dia mengalami masalah frozen shoulder tgn sblh kiri. Tgn hanya boleh diangkat separas bahu sahaja. Pergerakan tangan di aras bahu pn hanya dlm 30° shj yg boleh.
1. Apakah punca frozen shoulder tersebut?
2. Bagaimanakah cara nak merawat?
J : frozen shoulder ni adalah sejenis keradangan. Tp saintis pun tidak begitu pasti ksnapa…mmg common di kalangan org tua.
Takde rawatan specifik…cuma ubat tahan sakit dan juga exercise …dan ia akan hilang sendiri,cuma memakan masa. Apa2 pun cerita frozen tu overated giler…kenapa org boleh suka

S : doctors…saya hendak guna neti pot untuk melegakan sinusitis…adakah cara ini efektif?
jika ya, boleh cadangkan jenis garam yang hendak digunakan?
J : En Azman, maaf saya kurang tahu tentang pot tu. Yang saya tahu menthol inhalation
yang spray tu ker?
Bukan, sinusitis tak boleh spray hanya rhinitis
Rasanya iye masukkan dalam bekas campur air panas dan kelubung dan bernafas dalam tu

S : Doctr klu pkai nasonex (mometasone)untuk rhinitis bgs ker?
J : Nasonex spray ni sejenis steroid, insyaa Allah bagus, boleh guna dua kali sehari pada permulaannya dan bila rhinitis kurang jadikan sekali sehari kemudian dua hari sekali dan kemudian dua kali seminggu. Biasanya dengan dua kali seminggu dapat menahan kita dari dapat rhinitis
Steroid dalam bentuk spray biasanya dos kecil dan kesan sampingan pun minimal
Hanya kalau dah terlalu lama guna kena buat pemeriksaan takut dapat jangkitan kulat di hidung
lebih selamat kalau doktor prescribe
Hasnul, satu lagi jenis rhinocort aqua
Iye Hasnul, saya pun guna yang itu, sekarang ni saya sembur sekali seminggu
Sy tkt gune sblm nie jd mkn cetrizine jer
So pas nie sy try dos minima untuk spray n mtk dktr prescribe

S : adakah benar wanita yg sedang haid tidak boleh basahkan rambut kerana?l menyebabkan kanser? atau mengaktifkan sel kanser? Mohon pencerahan dar i doktor panel, terima kasih
J : Maaf kepada yang bertanya, tak pernah jumpa dalam mana mana buku perubatan

S : Mohon nasihat doktor, ayah kawan saya tidak mahu buat kimo walaupun kanser sudah tahap 4, dulu di pipi dan hidung sekarang sudah merebak ke tulang pipi, limfa dan otak. mungkin doktor boleh merubah perspektif orang kita tentang kimo.
J : sebenarnya kita memberi pilihan pada pesakit tentang rawatan. Chemotherapy merupakan salah satu dari pilihan itu, satu rawatan yang sangat toksik dan bersamanya berbagai masalah yang akan pesakit hadapi. Masalah yang paling teruk loya dan muntah yang teruk, jadi kita kena timbang mana lebih bermanfaat kepada pesakit
Kalau kita rasa peluang sangat tipis lebih baik ikut saja pilihan nya, bagi lah dia menikmati kehidupan yang tinggal entah berapa hari walaupun semua itu telah di tentukan tapi Allah juga mengurniakan kita pengetahuan untuk menentukan sesuatu
Maaf mencelah. Rawatan kemo yg akan diberi bergantung kepada umur, jenis kanser, kekuatan pesakit, tahap kanser dan manfaat yg mungkin dia perolehi.
Contohnya jika pesakit dah tahap 4, umur 70an, sel darah merah dan putih rendah ( dan byk lagi), kemo tidak sesuai. Kerana mudarat lebih dari manfaat.

S : Mohon petua dan nasihat dari doc, kalau sakit kepala sangat2 sampai terasa kebas muka sebelah..dgn bacaan bp 170..apakah yg perlu dan xperlu dilakukan? Bacaan atas. Dah pm doc.
Bolehkah makan painkiller atau panadol bg mengurangkan azab sakit tersebut.
Mcm sy ni keje banyak duduk depan komputer je doc. Bersenam sejam je sekalisekala main pingpong petang2.
last terbaca smlm paper yg duduk lama2 ni memberi ancaman kpd jantung..seriau jadinya.
j : 170 tu bacaan bahagian atas atau bahagian bawah?
Mohon yg pm secara terus beri ta”ruf ringkas. Nama umur dari mana.
Gen Y kenalah belajar adab bertanya. Saya pun nak bertanya ustaz bg ta’ruf ringkas. Mana boleh terjah. Kita pun nak dpt big picture sblm beri pandangan. Umur pekerjaan juga memainkan peranaan dlm kesihatan. Sbb tu doktor kena tahu.
Contohnya kerani. Kerja duduk lama depan PC boleh mengalami masalah stress dan sakit tengkuk.
Umur 35 ke atas mmg sudah selalu kena periksa kesihatan.
Selalunya tekanan darah tinggi dan diabetes beri kesan selepas 10-15 tahun.
Jd kiraannnya dia dah start ada penyakit tu umur 39 atau 34 thn.
Jg penting mkn ubat dan jaga kesihatan.
Ramai yg tahu ada sakit tp tak mahu mkn ubat. Bila ada komplikasi ginjal baru nak mula mkn ubat. Mungkin agak terlewat.
Skrg pun umur 25 pun ada dah ada penyakit.
Masalah dgn sakit ini ialah mengganggu ibadah.
Kalau dah sakit kepala kuat mcm mana nak ibadah dgn sempurna.
Kita jaga kesihatan bukan sbb takut mati.Tp agar dpt ibadah dgn sempurna.
Kalau dsh sakit lutut nak sujud pun tak boleh.
Kalau dah dialysis nak gi umrah pun masalah.
Tu belum amik kira beban ekonomi….populasi bertambah dan semakin ramai sakit. Ubat pun turut mahal
Mana sama nikmat solat atas kerusi dgn nikmat solat sujud di lantai.
Tugas doktor seharusnya bukan bg ubat. Tp bg nasihat dgn hikmah. Ubat ni hanya utk sementara.
Kita jaga kesihatan adalah kerana beriman dan taat pada Allah, sebab Allah menjadikan sesuatu ada sebab dan musabab. Untuk kenyang kena makan, untuk pandai kena belajar, dan untuk sihat kita juga perlu lakukan apa saja yang perlu untuk sihat.
Itu merupakan hukum Allah yang kita juga perlu taati
Contohnya kalau bg ubat anti kolestrole tp kita biarkan pesakit mkn nasi arab stiap minggu. Sudah tentu tak ada makna.

S : Adakah hypertension juga penyebab sakit kronik Doktor?
Ya . Sebenarnya tekanan darah tinggi merosakkan target organ seperti jantung, kidney, saluran darah di jantung dan di otak pada jangka masa panjang
Kronik ni maknanya proses terjadinya penyakit bukannya sekejap. Ia bermula berbulan2 sbb ia disahkan.kalau setakat sakit kepala ia bukan kronik. Tp kalau sakit kepala yg berbulan2 sudah tentu kronik dan ada sebab lain yg serius.

S : Hurmm.once seseorang tu dah disahkan ada hypertension, maka dia dah xboleh revert jadi diri dia sebelum dapat HT? Sebab dia akan bergantung sepenuhnya dgn ubat2an seumur hidup. Betul ke doc?
J : Kalau masih awal boleh berpatah balik. Selalunya lepas 5 thun sudah susah dan tak berpatah balik.
Ini sbb tubuh kita semakin aging dan tua. Kebolehan tubuh untuk kembali sihat seperti muda dulu mmg terhad.
Minum air mineral byk. Ia sgt membantu.
Sbb tu zaman dulu ubat utama utk sebarang penyakit ialah air.
Lebih 85% tubuh kita terdiri dari air
Sama ada air yg dijampi atau air yg tidak dijampi kesannya sama dari segi saintifik. Minum air secukupnya.

S : Benarkah doktor,sayuran hijau yg tinggi vitamin K, boleh memekatkan darah dan menyebabkan darah beku di saluran darah serta menyumbang serangan jantung?
J : Vitamin k ini banyak didapati dalam makanan yang banyak lemak jadi kalau ikut logik nya sayur tidak banyak mengandungi vitamin k
Makanan yang mengandungi banyak vitamin k, tapi saya tak pasti ianya boleh menyebabkan darah jadi pekat. Vitamin k ini memang di gunakan dalam faktor pembekuan darah
TABLE : Makanan yang banyak mengandungi vitamin

S : hypertensive tu tu apa..maaf banyak banyak…saya tak faham istilah penyakit atau istilah perubatan
J : Hypertensive tu orang yang mengidap sakit darah tinggi, maaf ye ustaz

S : Assalamualaikum doc, betul ke pesakit gout tak boleh mkn daging merah? Especially daging kambing?
J : Sebenarnya apa yang berlaku pada pesakit gout ialah kekurangan sejenis enzim dalam proses metabolisme acid uric yang menyebabkan ianya meningkat dan di deposit di kapsul sendi dan seterusnya merangsang kapsul sendi menjadi bengkak dan sakit. Di mana kita dapat uric acid ni, dari nucleus sel, jadi apa saja makanan yang banyak mengandungi sel boleh menyebabkan gout, daging merah banyak mengandungi sel darah jadi kalau makan berlebihan boleh saje dapat gout.
Tapi kita juga harus ingat asid uric juga di deposit di kidneys dan menyebabkan batu karang
Hati , limpa, paru paru dan juga stress, sebab stress menyebabkan banyak sel mati dan akan meningkatkan asid uric

S : Masih berkaitan dgn pemaknan, kalau penghidap darah tinggi boleh makan kambing x doc? Katakanla sekali makan hidangannya sebesar tapak tangan dewasa.
J : Sebenarnya daging kambing atau lembu merupakan makanan yang baik dan selamat hanya cara penyediaannya yang menjadikannya tidak sihat
Dibuat rendang, kari, masak dendeng yang banyak menggunakan minyak dan santan
Grill kalau marinate tanpa minyak okay
Memang grill lah saya rasa paling baik untuk daging
Janganlah buat macam satay sat sat bubuh minyak masa bakar
Semalam Dr Azlinda dah beritahu kita sebenarnya kolesterol dalam daging hanya memainkan peranan yang kecil dalam kenaikan kolesterol dalam badan kita tetapi tidak minyak dan juga karbohidrat yang berlebihan
Pada saya makan sikit sikit dan lebih kerap dan makan banyak makanan yang mengandungi serat

S : Apa makanan cepat kenyang?
J : Setiap makanan ada satiety index…maksudnya cepat kenyang.
Salah satunya kentang rebus, telur cepat kenyang.

S : Bagaimana nak meningkatkan daya ingatan? Saya cepat lupa terutamanya bila berkaitan benda. Cepat lupa letak barang di mana. Tapi kalau bab2 belajar saya boleh ingat dalam tempph masa panjang. Peristiwa2 lama mcm zaman sek dan univ pn byk dah lupa.
Adakah sebab umur makin meningkat, skrg 36 thn, kerap stress, tidur lambat? Utk makluman doktor, saya mengamalkan supplement omega & lecithin yg dipercayai merangsang daya ingatan. Tapi macam xde perubahan pun..
J : Ada website utk tajamkan otak…atau dgn kata laim brain gym…luminiosity website
Tp kena berbayar
Otak pun macam otot…ia boleh dilatih dan dipertajam
Biasanya bila lupa yang recent memory tu di sebabkan kita kurang fokus bila buat sesuatu, itu sebabnya bila kita belajar kita boleh ingat sebab waktu tu kita focus
www.lumosity.com
Adalah website utk brain training…beberapa komponen iaitu concentration, memory,, speed, problem solving dan flexibility
Tp kena bayarlah
Tp website ni mmg digunakan utk kanak2 bermasalah
Ya betul….zaman sekaranf…ramai org tak fokus kerana watsapp, facebook dan mcm2
Penyakit zaman moden
Sebagai tambahan multitasking pun membunuh kekuatan utk focus
Bukan sahaja baca Quran tapi hafal sebab ianya melatih kita untuk focus
There is no such thing multitasking , sekadar berubah fokus dgn cepat
Tu yg kadang2 kesian tgk pekerja mcdonald yg kerja kat drive trhough…. Kena amik order…lepas tu bayar duit serentak

S : Ianya xboleh ditrain ke doc utk jadi multitasker ni..
J :Mana ada….malah semakin merosakkan daya tumpuan
Saya kurang pasti, tapi ada orang yang boleh dengan menggunakan deria batin yang boleh di train dengan konsentrasi rasa
Betul lah tu, tu sebabnya masa solat tak boleh goyang goyang badan, mata melilau sana sini supaya tidak hilang tumpuan

S : Dr ape pndpt dr tentang makjun? Kat kampung byk guna . Bagus ker?
J : Hasnul, saya minta maaf saya tak mampu nak beri pendapat sebab saya tak tahu apa yang terkandung di dalamnya

Q : Salam.. Resdung boleh sbbkan muka berjerawat juga ker? Dan sedikit brbau mukanya..
J : Resdung tidak menyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon terutamanya terlebih androgen. Muka berbau mungkin datangnya dari mulut

Sedikit perkongsian…
Seorang pesakit suami saya, pengidap darah tinggi & cholesterol tinggi, makan ubat selama 15 tahun. Beliau sangat gemar makan & boleh habiskan 3 pinggan nasi sekali gus.
Beliau mula sakit dada dan selepas bbrp bulan, beliau masuk ke hospital swasta disebabkan sakit dada yg agak kuat.
Angiogram menunjukkan 3 saluran darah utama ke jantung tersumbat dan perlu menjalani pembedahan by-pass segera. Selepas pembedahan, beliau tukar diet & cara hidup. Selepas cuti sakit 6 minggu, beliau terpaksa beli semua seluar dan baju baru utk balik bekerja kerana telah kurus….turun berat 20kg dlm bbrp bulan. Selepas 1 tahun, doctor berhentikan semua ubat kecuali Aspirin kerana tekanan darah & cholesterol sudah normal tanpa ubat.
Allah menurunkan penyakit bersama penawarnya. Jika kita masih belum jumpa, tidak bermaksud ianya tiada. Mungkin kita tidak mencarinya di tempat yg betul
Kebanyakan penyakit kronik (spt darah tinggi, diabetes, sakit jantung koronari, arthritis dan betmcm2 lagi) berpunca dari gaya hidup yg tidak sihat.
Jadi utk mencegah & mengubatinya, rawatlah puncanya. InsyaAllah akan dikurniakan kesihatan & penyembuhan

S : apa benar permasalahan gusi (spt radang gusi atau kanser gusi) boleh menyebabkan gigi jadi tidak kuat dan menjadi jarang?
J 103 (a): penyebab utama yg menjadikan gg kita goyang adalah kerosakan tulang alveolar dan tisu2 periodontal yg berfungsi utk support gg kita termasuklah gusi. Hal ini bermula dgn PLAK (himpunan bakteria yg melekat rapat pd permukaan gg) dan sisa makanan yg tidak dibersihkan secara efektif/ dibiarkan yg lama kelamaan akn mengeras menjadi karang gigi.
Bila karang gg pun dibiarkan, ia akan merosakkan perlekatan gusi terhadap gigi serta menimbulkan keradangan gusi yg menyebabkan gusi mudah berdarah, bengkak, merah. Radang gusi salah 1 masalah pergigian utama di kalangan rakyat Malaysia selain dripd karies gg.
Bila tetap tidak dirawat, kalkulus/ karang gg dan bakteria semakin byk, akn menyebabkan tulang yg support gg dan tisu2 di sekelilingnya turut rosak sehingga gg goyang atau tdk kuat. Tulang mengalami proses resorbtion yg mnyebabkn gg boleh menjadi semakin terkeluar, bergerak berubah tenpat dan jarang lebih2 lg bila sering ditolak oleh lidah, dan lmaa kelamaan boleh tercabut dgn mudahnya.
Kesimpulan : Penyebab asalnya ialah plak ye. Gg turut menjadi mudah goyang pada pesakit kencing manis kerana keadaan tisu tubuh mereka yg mudah terkena infection. Faktor umur turut mempengaruhi krn kita tdk dpt mengelak dripd terjadinya degeneration tisu2 pd tubuh kita bl semakin tua. Tp kita boleh kurangkn risiko.
Ada je pesakit di kalangan warga tua yg umur 70 thn lebih yg masih mempunyai byk gg sihat dan kuat , sedangkan rakan2 yg sebaya dgnnya sudah ramai yg menempah gg palsu penuh.

S :apa pencegahan yg boleh diambil utk mengelakkan masalah ini?
(b)masalah gg tdk kuat.
J 103( b). 1.Gosok gg dgn teknik yg betul. Teknik yg betul membolehkan plak dibersihkan, sisa makann yg terkumpul di celah2 gusi dan gg turut dpt dikeluarkan. 2. Utk yg mengalami masalah radang gusi (gusi mudah berdarah, warna merah terang, lembik, licin, bengkak) boleh menggunakan ubat kumur atau biasakan kumur air suam campur garam sehari sekali.
Bukan semua org perlu kumur dgn ubat kumur. 3. Guna dental floss utk buang sisa makanan celah gg, bukan pencungkil mknn yg merosakkn gusi. 4. Diet- tinggi kalsium. 5. Pemeriksaan gg berkala plg kurg setahun sekali, utk mengetahui masalah gg dan gusi- jika memang terdapat karang gg, jalani rawatan pembersihan karang gg (scaling). Rawatan dan kekerapan kunjungan bersesuaian dgn tahap masalah gg dan mulut yg dihidapi.

S : Dr farhani- ada x langkah2 boleh diambil jika gigi dah terhakis oleh plak . Dr farhani- gigi dah terhakis dibawah membuatkan gg dah agak jarang. Bukan berlubang doc. Gg sy macam terhakis dr dalam atas sket dr gusi. Buatkan sy xslesa dan rs gg kurang kuat
J : Ada x langkah2 boleh diambil jika gigi dah terhakis oleh plak. A 104: Maksud saudara yg bertanya mungkin gg berlubang disebabkan oleh plak? Kerana bila sebut hakisan, ia biasanya merujuk pd hakisan struktur gg yg disebabkan oleh bahan kimia atau makanan yg masam dan berasid.
Plak tdk menghakis tapi akn bereaksi dgn sisa mknn menghasilkn asid dan menyebabkn pembentukan gg berlubang. Gg berlubang rawatannya adalah TAMPALAN. Jgn dibiarkan menjadi lebih besar sehingga sampai ke saraf. Utk langkah pencegahan, boleh rujuk kpd A103

J(b): Tambahan: Pastikan penggunaan ubat gg berflourida , kekerapan gosok gg sekurang2nya 2x sehari, tp sy lebih suka nyatakan gosoklah gg setiap kali lepas makan, kurangkn snacking dan mkn makanan manis/bergula.
Oh..ok..baru faham. Keadaan ni namanya abfraction. Adakah saudara mmpunyai kebiasaan menggosok gg terlalu kuat? Sdr boleh buat dental visit utk tampalan. Tapi jika hakisan terlalu dalam sehingga hanya tinggal sedikit lapisan gg pada leher gg tersebut, kemungkinan terpaksa dicabut. Jika hal ini menimbulkan masalah gg sensitif, disarankn penggunaan desensatizing agent spt sensodyne atau colgate pro relief.

S : Dr Farhani, suami sy semlm bru tampal gg, tp sampai hri ni, bila dia minum air, dia akan rasa sengal dn ngilu tempat gg yg di tampal tu. Gg geraham bhgian bwh.
J : harus dirujuk semula ke doktor yg menjalankan rawatan jika terlalu mengganggu.
Kanser mulut tu satu hal lain pula, memang bila terjadi kanser pada bahagian yg melibatkn tulang, gg akn jd goyang. Tp kanser mulut biasanya dihidapi oleh golongan berisiko spt perokok, pengunyah tembakau dan kdg2 penyebab tak diketahui. Yg penting pd rakyat Malaysia ni adalah masalah keradangan gusi.

S : Assalamualaikum.. Nurse yg merawat akak sy d hospital dsbbkn denggi kata untuk pesakit denggi, tiada ubat melainkan minum air dgn bnyk.. Kalau beri mkn ubat bimbg ia akn ke jantung.. Soalan sy, dsbbkan ape bkh jd mcm tu? Just eager to know.. ��
Memang betul dan sebenarnya semua penyakit yang disebabkan virus kita hanya memberi support dan bukan merawat penyakit tersebut kecuali chicken pox dan kayap dimana kita boleh berikan anti virus.
Biasanya penyakit ini self limiting, yakni akan baik sendiri tapi ianya memberi masalah yang serius sebelum baik. Itu sebabnya kita perlu support pesakit

S :www.lumosity.com
Untuk autism sesuai ke doktor?
J : Autism boleh bantu dari segi focus

S : Doktor, boleh tak doktor jelaskan apa dia batu hempedu.
1)tanda- tanda awal
2)di bhagian mana
3)punca berlaku
4)rawatan yg dicadangkan
J : pundi hempedu adalah satu organ yg terletak di tangkai hati atau hepar. Peranannya ialah utk menyimpan rembesan hempedu.
Tanda2 awal ialah rasa kembung dan senak di bahagian uluhati. Ramai juga tidak menunjukkan apa2 tanda dan ramai yg dirawat sebagai pesakit gastrik.
Orang perempuan yg berkulit cerah, gemuk, umur 40an, dan ramai anak lebih tinggi ririko utk dapat batu hempedu.
Cara mengesannya ialah dengan cara imbasan ultrasound.
Rawatan yg disyorkan ialah laparoscopic cholecystectomy
Risiko jika dibiarkan ialah mendapat radang hempedu, radang pankreas, jaundis dan kanser hempedu.
Apabila penyakit hempedu sudah melarat dan terus juga dibiarkan memang boleh membawa maut.
Cuka bukan punca batu hempedu.
Makanan bergoreng dan sembelit boleh menyebabkan batu hempedu. Begitu juga dengan hygeine makanan yg buruk dan kehadiran cacing di dalam usus.
batu hempedu ni ada 3 mcm yg diperbuat dari uric acid, diperbuat calcium dan juga etc……
Bila batu besar dan sukar bergerak melalui saluran hempedu….ia akan menyebavkan kesakitan.
Sakitnya biasanya di ulu hati….rasa seperti sakit memulas….kmdn hilang. Kalau makan makanan berminyak biasanya penyebab sakit bertambah.
Adakalanya batu tu dpt lepas dan masuk ke sistem pencernaan…
Ada kalanya batu tu sekat di saluran hempedu dan menyebabkan jangkitan di saluran tersebut
Ada kalanya batu tu tersekat di saluran dekat kawasan pancreas kerana saluran hempedu tu sebelum ia keluar ke dlm sistem pencernaan, ia akan lalui kawasan pancrease. Ia boleh menyebabkan keradangan pancrease.
Adakalanya ia menyebabkan keradangan di hempedu….inilah yg kebanyakan orang alami. Sakit di hulu hati, sakit bila ditekan, sakit tersebut kadang2 terasa di bahu kanan, demam dan muntah…itu tanda2 buah hempedu mengalami keradangan.
Bergantung pd keadaan pesakit….keradangan hempedu biasanya akan dibuang secara pembedehan dan pemvedahan ini kebiasaannya dilakukan selepas keradangan dan demam berkurang

S : Xpe ke Dr Seiji.. Klu kita membiarkan sahaja batu hempedu tanpa dbuang? Kesannya?
J : Bergantung shazrani…..malah antara kita pun mgkin ada batu tp kecil…bergantung kepada saiz batu. Tp kalaubkeradangan hempedu…kena buang….pasal atas risiko di bawah
1.buah Hempedu boleh menjadi gangrene ala2 mcm menjadi mayat
2. Buah hempedu boleh menjadi kanser
3. Keradangan buah hempedu boleh membentuk menyebabkan saluran baru atauvterowong baru ke usus

S : Klau sakit perut sbb mkn pedas hingga demam tu ada kaitan dgn batu hempedu juga ke DrSS?
J : Macam taklah…kalau makan pedas rasa sakit pedih perut tu maksudnya perut mengalami kelukaan sedikit dipanggil gastritis.
Tp smpai demam tu biasa takdelah
Kadang2 orf xonfuse gastritis dan ulcer….gastritis cuma kecederaan superfixial pada lapisan perut . Ulcer adalah ulcer…maksudnya lapisan perut tu dah start kena korek.
Umpama tanah yg lapang…kalau kita buang tanah….dan ada lubang…itulah ulcer

S : Dr sahkan sy Ade batu hempedu, n Dr syorkan supaya buang,. tp xambik langkah tu,, Klu biarkan dan x datang sakit lg… Ianya X memberi kesan Klu masih xbuang ?
J : Shazrani….bergantung pada saiz dan lokasi. Yg ni biasa doktor bedah lebih arif cara nak handle masalah ni…. Batu ygvlebih besar lebih tinggi peluang mendatangkan masalah dan komplikasi

S : Dr. Bagaimana nak buang cacing dalam usus? Ada pil yang boleh diambil? Yang selamat;
Atau punya cara yang lain. Adakah aspek kebersihan semasa penyediaan makanan puncanya kehadiran cacing dlm usus?
J : Boleh ambil ubat cacing 6 bulan sekali.
zentel
Ya. Betul. Kurang teliti tentang kebersihan diri dan makanan boleh menyebabkan penyakit cacing dan juga batu hempedu.
Saya pakai tab wormnox utk dewasa dan sirap ridworm utk kanak2.
Umur bawah setahun tidak perlukan ubat cacing
Boleh bagi juga terutama jika kawasan kita tinggal agak kurang bersih.
Semua orang ada risiko.
Beberapa jam selepas ambil ubat cacing2 dalam usus akan lumpuh dan keluar bersama najis.

**Mungkin boleh manfaatkan penulisan di blog saya.

Perlukah Ubat Cacing untuk Anak?

S : mcmna tanda kita nk tahu ada kehadiran cacing dlm tubuh dr seri?
J : Pucat, letih dan kurang selera makan. Kanak2 kurus dan perut buncit krn protein dan kalori malnurition.
Sy selalu jumpa di kwsn pendalaman dan anak2 asli.

S : saya pernah tengok di medik tv, cacing dlm usus yg bercangkuk merosakkn struktur usus .betulkah doktor?
J : Ya betul tu

S : adakah kesan sampingan jika mengambil pil perancang dlm tempoh masa yg lama. Lebih kurang 10 tahun. Tu pun da selang dengan masa mengandung.
J : Tak semua wanita sesuai dgn pil perancang.
Sbb tu saya tak setuju kalau wanita beli pil ini tanpa pemeriksaan.
Terutama yg ada darah tinggi, berat badan berlebihan, kerja duduk di kerusi dlm ofis, merokok. Ini semuanya menyebabksn darah mudah beku
Boleh jd stroke masa muda 40an.
Tp sekarang pil ini dapat dgn mudah.
Mula2 amik dgn nasihat doc tp lepas tu juz terus mkn xde cek da.
Pemberian hormon buatan (sentetik) perlu pemantauan.
Bg wanita yg ada sejarh keluarga emak dan kakak adik perempuan ada kanser payudara dan rahem, harus berhati2.
FDA USA dah beri senarai wanita yg tidak boleh diberikan pil ini dan senarai wanita ug boleh diberiksn tetapi perlu pemantauan.
Saya ada tulis dlm majalah ANIS.
Perancangan keluarga harus dibincangkan dgn suami isteri. Bukan tugas isteri saja dan suami buat tak tahu.
Masalahnya suami tak mahu ambik tahu dan tugas isteri untuk menjadi mandul untuk sementara.
Itu adalah salah. Saya byk terima email mcm ni. Maaf bahasa saya agak kasar.
Antara rintihan, suami nak sedap saja dan isteri yg merana akibat kesan sampingan pil ini.
Cara terbaik ialah guna kondom ketika hari subur.
Lg pun anak adalah anugerah. Lainlah kalau doktor kata kehamilan boleh membawa mudarat.
Ramai suami pula tak suka pakai kondom. Jd mahu tak mahu pilihan yg berbaki ialah berikan hormon buatan.
Sama ada pil suntikan etc.Jd itulah masalahnya.
Pemberian hormon buatan (sentetik) perlu pemantauan.
Guna pil perancang hukumnya harus. Rujuk fatwa kebsngsaan.
Yg haram ialah BTL kerana ia kekal kecusli doktor mengesahkan kehamilan seterusnya memudaratkan.
Eg pesakit jantung berlubang dan fungsi jantung pun terjejas.
Atau umur dah 40 dan anak sudah 8. Kehamilan berikut mungkin menyebabkan rahem tudak mengecut dan pendarahan menyebabkan kematian.
Jd bincang dgn suami sbb keluarga itu adalah kepunyaan suami dan isteri.
Bukannya kena pakai selalu pun.
Berbanding kena makan pil tiap2 hari.
Suami yg sayang isteri akan pertimbangkan kesan sampingan pil ini.
Ya itu jawaban yg diberikan oleh para isteri yg ambil pil. Bila tanya mengapa tak guba cara lain. Jawabannya ☝
Lepas ni virallah statement saya ni. Copy paste kat group lain. ��
Tak bahaya jika dalam pantauan doktor..
Kena faham anak ni rezeki. Ulamak secara umum kata haram kalau ada niat tak mahu anak kalau tubuh sihat dan mampu.
Jadi kalau rancang tiba2 hamil juga tak perlu risau. Percaya pada takdir Allah. Terima dgn redha. Mungkin anak itu yg buat kita gembira di alam satu lg.
BTL = Bilateral Tubal Ligation (pengikatan saluran peranakan).

S : Doc, pmakaian kondom ni mmg bebas kesan smpingan ke kpd lelaki?
J : Tak de kesan. Cuma nikmat kurang sikit. Tp bukan selalu. Kurang pun dikit jer
Bukan selalu. Makan pil tiap hari lg banyak kesan sampingan.
Saya pernah tgk ada yg umur 45 pun makan pil lagi. Dah masuk 20 mkn pil. Setiap hari setiap bulan…
Saya cadang kira waktu subur. Pastu guna kondom 2-3 hari selepas dan sesudah waktu subur.

**Tip utk anak yang genius

Pertama pilih pasangan dari keturunan dan baka yg baik
Kahwin dgn org jauh
Yg lebih bijak dari kita
Genetik yg berbeza menghasilkan anak yg comel bijak dan berbakat
Bukan kedudukan negeri. Kalau sarawakian duduk sebelah rumah pun ok
Maksud saya bukan dari genetic pool yg sama
Eg sama sepupu dua pupu tiga pupu
Kita kena tukar mentaliti kita
Contoh org Padang pandai berniaga. Anak kita mungkin ada kebolehan berniaga juga.
Org Bugis berani dan berjaya dlm pelayaran.
Menyentuh apa yang dibincangkan malam tadi dalam memilih pasangan, betul apa yang telah dibincangkan iaitu cari mereka yang tiada pertalian darah dengan kita. Selain dari dapat anak yang comel dan pintar ia juga boleh mengurangkan anak kita dari mendapat penyakit bawaan genetik

S : tp camne plk antara faktor perangai blh mempengaruhi genetik y?
J : Genetik itu yg mempengaruhi perangai dan personaliti. Bukan sebaliknya. Dpt suami baran, anak pun baran. Selalunya bila umur meningkat, hormon dah senakin rendah kita bertambah stabil. Tak baran lg. Kalau masih baran sampai tua itu perlukan kaunselor tu.
Selalunya bila umur meningkat, hormon dah senakin rendah kita bertambah stabil. Tak baran lg. Kalau masih baran sampai tua itu perlukan kaunselor tu. Selalunya bila umur meningkat, hormon dah senakin rendah kita bertambah stabil. Tak baran lg. Kalau masih baran sampai tua itu perlukan kaunselor tu.
Bglah ujian utk lelaki ni. Mcm2 boleh buat. Tgk cerita musang berjanggut p ramlee diuji. Pakai payung dlm hutan.. ☝�� tanya kawan dan musuh di tempat kerja. Buatlah penilaian. Yg dah berkahwin ada yg kejut utk suboh. Yg single pastikan jam dikunci.

Fiqh Wanita 17 ( Umum )

0

Soalan 1
Apa dalil /qaul Syafeieyyah yang menetapkan kedudukan saf imam yang bermakmumkan seorang wanita tepat dibelakang imam?
Bagaimana pula kalau kedudukan safnya dibelakang sebelah kiri imam?
Jawapan 1 Thtl
Posisi makmun wanita dibelakang atau disebelah kiri imam. Tidak ada petunjuk yang jelas mengenai posisi imam lelaki dan isterinya kerana Imam Bukhari mebuat satu bab dalam kitab sahihnya berjudul:
Imam Al-Bukhari rahimullah memberikan judul bab terhadap hadith diatas:
“Bab:Makmun berdiri tepat disamping kanan imam jika mereka hanya shalat berdua.” ini merujuk kepada lelaki.Ada dua hadith,Ibn Abbas solat dirumah emak saudaranya,Maimunah isteri Nabi SAW dan mereka bertiga solat,Ibn Abbas duduk sebelah kanan Nabi,manakala maimunah berdiri tepat dibelakang Nabi bukan dikirinya.

Soalan 2
a)Saya pernah dengar yang air tadahan wuduk boleh digunakan untuk mandi wajib.Betul tak apa yang saya dengar itu.?
b)Sekiranya air tadahan wuduk boleh buat mandi wajib,adakah boleh untuk buat bersuci? Jawapan 2 Thtl
Air mustakmal juga soalan ulangan. Air mustakmal adalah air recycle dari berwuduk atau mandi.Maka ikut mahzab syafiiy tak sah kerana air tadahan atau recycle water kena dua kolah atau 270 liter.Manakala jumhur boleh sebab air mustakmal masih suci.

Soalan 3
Bagaimana penggunaan mandi shower atau penggunaan besen besar(untuk tadah air).
Untuk mandi wajib boleh ke.?
Jawapan 3 Thtl
Juga pasal air.Air shower adalah air paip dan tak ada mustakmal datang berterusan dari paip,air tadahan besen besar,jika menjadi mustakmal,maka tidak suci di sisi mahzab Syafiiy jika kurang dari dua kolah.

Soalan 4
Berkenaan solat jamak.Boleh tak diterangkan lagi dengan lebih jelas sebab saya ada dengar jika seorang gadis menaiki bas untuk perjalanan yang jauh dibolehkan jamak kerana khuatir akan keselamatan dirinya.Andai pergi ke shopping kompleks,adakah boleh jamak contoh zohor dan asar kerana sibuk dengan urusan dan ada anak kecil yang dibawa bersama.
Jawapan 4 Thtl
Solat jamak.
Sebab solat jamak ialah “Apabila dalam perjalanan,Rasulullah SAW menjama’ shalat zuhur dengan Asar serta maghrib dengan Isya’.”( HR Al Bukhari:1107 dan Muslim:704)
a)Jika safar atau kembara atau travelling,maka boleh menjamak solat.bahkan menqasarkannya sekaligus
b)Jamak kerana pergi ke mall dan kesusahan anak kecil ia dilihat kepada kaedah
Sesuatu yang dharurat itu diukur berdasarkan kadarnya,Jika di mall tersebut ada surau,maka kenalah solat tamam,kemudian ke mall hanyalah leisure atau bersenang-senang bukan urgensi.

Soalan 5
Kalau terlepas waktu subuh(terbangun hanya setelah waktu syuruk),niat qada’ atau tunai?sebab pernah terbaca niat tunai dan bukan qada’
Jawapan 5 Thtl
Niat solat subuh ditunaikan diluar waktu kerana tidak sedar

Soalan 6
Apa hukum seseorang yang memasukkan semula buasirnya yang keluar ketika dia berpuasa.
Adakah batal puasanya?
Jawapan 6 Thtl
Memasukan buasir sedangkan dia berpuasa. Batal puasa ialah memasukkan makanan kedalam alat yang biasa untuk makan,yakni mulut,adapun memasukkan usus ketempat asal,bukanlah aktiviti makan dan tidak melibatkan mulut,maka tidak batal.DYQ fiqh siyam.

Soalan 7
Si A Ingin membuat personel loan dibank tetapi tak cukup syarat.Lalu dia minta tolong pada B,dengan menggunakan nama beliau dan berjanji akan menjelaskan bayaran bulanan pada bank.Tapi janji tinggal janji daripada first payment sampai sekarang,bayaran terpaksa ditanggung oleh B,
Apakah status hutang si A? memang selesai dunia tapi diakhirat?
Jawapan 7 Thtl
Kawan pekena kawan dalam pinjaman bank. Jika si A,menipu dalam urusan hutang,maka si B kenalah membuat lapuran polis dan laporan rasmi kepada bank minta nasihat dengan membawa laporan polis.Mengenai hutang si A kepada si B,maka ia adalah hutang dunia dan hutang akhirat.Selagi anda tidak melupuskannya,maka ruhnya akan tergantung.
“Jiwa seorang mukmin itu terkantung-kantung dengan sebab hutangnya sampai hutangnya dilunasi.”
HR Ahmad,Termidzi dan Ibn Majah,dinilai sahih oleh Albani.

Soalan 8
jika kita belajar mengaji Al-Quran dan dikenakan bayaran ikut ikhlas kita nak bagi,bagaimana itu ya,itu dikira upah ke.?
Jawapan 8 Thtl
Upah mengaji AQ khilaf fiqhi,
Jumhur termasuk Syafiiy dan Maliki,satu pendapat Hanbilah harus kerana dikhuatiri akan pupusnya guru AQ dan membahayakan umat,manakala satu pendapat Hanbali dan Hanafi,tidak membenarkan.( Subul as Salam juz 111 hal 155)

Soalan 9
Jika kita dalam mendidik remja yang sosial,ke arah mengenal basic islam dan kadang-kadang dia mengulangi kesalahannya seperti minum arak,adakah patut diteruskan dalam mendidiknya.?
Jawapan 9 Thtl
Kesabaran dalam dakwah. “Serulah kejalan Tuhanmu(Wahai Muhammad)dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,dan berbahas dengan mereka (yang Engkau seru itu)dengan cara yang lebih baik:Sesungguhnya Tuhanmu ,Dialah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya,dan Dia jua Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” an Nahlu 125

Soalan 10
Dalam kapal terbang,adakah sah kalau kita solat diatas kerusi tanpa ambil berat soal kiblat.?
Jawapan 10 Thtl
Solat dalam pesawat untuk penerbangan jarak jauh. Hanya pesawat Saudia,Emirates, Qatar yang ada surau dalam aircraft dengan live kiblat finder.Pesawat Mas pun ada.
Jika tiada ,maka solatlah atas kerusi anda.Kiblat ketika untuk takbiratul ihram sahaja.Jika anda naik pesawat menuju Barat,maka barat untuk laluan Jeddah-KLIA,maka barat itulah kiblatnya.Jika anda balik ke KLIA dari Jeddah,misalnya,kiblat berada di belakang anda,maka ketika takbir hadaplah kiblat.WA

Penyembelihan

0

Bismillah…
Note 50 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PENYEMBELIHAN

1. Pengertian Sembelihan : bermaksud binatang halal yang sempurna penyembelihannya mengikut syarak.

2. Perbezaan Penyembelihan Al Tazkiah dengan Al Zabhu :

2.1. Al Tazkiah : penyembelihan pada halkum atau leher binatang yang dapat dikawal atau melukakan binatang yg tidak dikawal seperti binatang beburuan, pada mana mana bahagian anggota yang boleh mematikannya.

2.2. Al Zabhu : penyembelihan pada leher binatang yang menyebakan kematian samada mengikut syarat syarak ataupun tidak.

3. Hikmah daripada Syarat-syarat Penyembelihan :
  Adalah untuk menghalalkan semata-mata mematuhi perintah Allah. Ada berberapa hikmah yang lain:-

3.1. Semua syariat dan agama memgharamkan bangkai binatang atau menghukumkannya sebagai najis. Penyembelihan secara syarak adalah sebagai penentu sana ada binatang yang mati itu najis ataupun tidak.

3.2. Syariat Islam menghukumkan darah sebagai najis dan  wajib dijauhi kerana banyak kemudharatannya.

4. Cara Penyembelihan :
Terbahagi kepada 3:-

4.1. Al Zabhu iaitu penyembelihan pada leher binatang disebelah atas halkum mengikut syarat syarak. Cara ini adalah bagi semua binatang yang dapat dikawal atau dijinak.

4.2. Al Nahru ialah penyembelihan pada leher binatang disebelah bawah halkum.

4.3. Al Aqru ialah penyembelihan dalam keadaan darurat, iaitu melukakan binatang pada bahagian mana mana anggota yang boleh mematikannya.

5. Syarat Penyembelihan terbahagi kepada 3 :

5.1. Syarat melakukan penyembelihan.

5.2. Syarat binatang yang disembelih.

5.3. Syarat bagu alat sembelihan.

6. Syarat Melakukan Penyembelihan:

6.1. Penyembelih hendaklah beragama Islam. Jika penyembelih itu seorang yang murtad, penyembah baha, tidak percaya kepada Allah atau Majusi, hukumnya sembelihan mereka tidak halal.

6.2. Penyembelih atau seorang daripada asal-usulnya bukan ahli kitab setelah berlaku penyelewangan atau pemansuhan agamanya.

Nabi SAW bersabda : “Rasulullah SAW melarang orang Islam makan sembelihan orang arab beragama Nasrani daripada kalangan kabilah Bahara, Tanukh dab Taghlib.”
Riwayat Syahar Ibn Hausyab

6.3. Dia tidak melakukan penyembelihan hanya yang lain selain Allah SWT atau tidak menyebut nama yang lain selain Allah.

7. Syarat Binatang yang Disembelih :

7.1. Penyembelih mendapat bahawa binatang itu sebelum disembelih ia masih menpunyai hayat mustaqirrah iaitu binatang yang sakit atau luka dan seumpamanya yang tidak membawa kematiannya dan pergerakannya seperti pergerakan binatang yang disembelih.

7.2. Putus halkun dan mari’ : halkum adlah saluran penafasan dan mari’ saluran makanan. Sekiranya kedua dua saluran tersebut tidak putus walaupun sedikit, sembelihan itu tidak halal.

7.3. Putus kedua dua saluran tersebut dengan segera dan dengan sekali sembelihan.

8. Syarat bagi Alat Sembelihan :

8.1. Alat penyembelihan hendaklah tajam yang boleh melukakan.

8.2. Alat penyembelihan selain daripada gigi atau kuku.

8.2.1. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:-

8.2.1.1. Janin yang mati disebabkan oleh penyembelihan ibunya dianggap sembelihan kecuali jika hidup, ia hendaklah disembelih.

8.2.1.2. Mana-mana bahagiab anggota binatang yang dipotong ketikaa hidupnya, hukumnya adalah sama dengan bangkai dari segi halal atau tidak halal dan dari segi bersih atau najis kecualu bulu yang dapat dimanafaatkannya sana ada dijadikan hamparan, pakaian dan lainnya, ia akan dijelaskannya.

Rasulullah SAW bersabda : ” Mana-mana bahagian anggota binatang yang dipotong semasa hidupnya adalah bangkai.”
Riwayat Abu Dawud : 2858

8.2.3. Pengecualian
8.2.3.1. Binatang tersebut hendaklah halal.

8.3.3.2. Bulu binatang tersebut dipotong semasa hidupnya atau disembelih mengikut syara’.

8.3.3.3  Bulu tersebut bukanlah anggota yang terpisah daripada badanya yang masih hidup.

8.4. Bangkai haram dimakan walaupun cara sekalipun kematiannya.

8.5. Pengecualian Pengharaman Bangkai dan Darah : ialah bangkai ikan, dan belalang manakala darah pula hati dan limpa.

Fiqh Wanita 16 ( Haid, Nifas & Istihadzah )

0

Soalan 1
Apa hukum bersama suami dalam keadaan tak sedar kita sedang haid?
Jawapan 1 Thtl
Jimak tanpa menyedari sedang haid.
Diangkat hukum dalam 3 hal:
Dari Ibnu Abbas ra
Bahawa Rasulullah Shallallahu Wa Sallam bersabda,”Sesunguhnya Allah Azza Wa Jalla memaafkan kesalahan(yang tanpa sengaja)dan (kesalahan karena)lupa dari umatku serta kesalahan yang terpaksa dilakukan.”HR Ibn Majah 2045,Albani sahih.

Soalan 2
Seorang wanita haidnya 15 hari tetapi terdapat hari(contoh hari ke 7)haidnya kering sebentar dan haid ada semula pada hari ke lapan.
Adakah wajib mandi wajib pada hari ke 7 untuk mengerjakan ibadah wajib atau tunggu saja kerana memang menjadi kebiasaan haidnya 15 hari.
Jawapan 2 Thtl
Jika period konsisten 15 hari atau x hari,maka memang kena habiskan 15 hari atau x hari tersebut.(Syeikh ben Othimin,fiqh al-mar’ah)

Soalan 3
Berkenaan wiladah.
i)Adakah darah yang keluar semasa dalam proses mengeluarkan bayi iaitu sewaktu contraction disaat beberapa waktu sebelum bayi keluar itu dianggap wiladah?
ii)Bolehkah mandi hadas untuk wiladah itu dibuat esok harinya.Contoh bersalin malam.
Jawapan 3 Thtl
Wiladah.
Wiladah maksudnya bersalin.
i)Darah yang keluar semasa contraction adalah darah nifas.
ii)Mandi suci dari wiladah atau nifas dilakukan selepas 40 hari pantang,jika nifasnya normal 40 hari.
Mandi kerana bersalin tidak dinamakn mandi untuk suci dari bersalin,kerana nifasnya belum kering.
Kalau mandi wiladah esoknya,untuk apa?sedangkan dia masih dalam keadaan junub kerana bersalin.

Soalan 4
Kita membaca ayat-ayat AQ dengan niat mengajar anak dan dalam masa yang sama kita terlupa yang kita dalam keadaan haid.Bila teringat baru berhenti.Apakah dikira berdosa?
Jawapan 4 Thtl
Wanita haid boleh baca AQ,yang tak boleh menyentuh dan membawa mushaf(AQ tanpa terjemahan)

Soalan 5
Boleh jelaskan maksud sujud sahwi dan bila perlu dilakukan?
Jawapan 5 Thtl
Seputar sujud sahwi
i)Jika terdapat kekurangan pada shalat-seperti kekurangan tasyahud awal
ii)Jika terdapat kelebihan dalam shalat-seperti terdapat penambahan satu rakaat
iii)Jika seseorang terlanjur salam,namun ternyata masih memiliki kekurangan rakaat
iv)Jika terdapat keraguan dalam shalat,lalu ia mengingatnya dan hendaklah memilih yang yakin,semisal ia ragu apakah shalatnya empat atau lima rakaat.
(Fatwa Al-Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’soal ketujuh,fatwa no 8540,7/129.

Soalan 6
Saya memakai implan hampir 2 tahun,sejak 2 bulan lepas,period saya panjang selama 17 hari cuma dari bulan 4 dari 13 hb hingga 8 mei lebih 3 minggu.Saya sudah berjumpa pakar dan tiada cyst fibriod cuma implan penyebab gangguan hormon saya,jadi period tidak betul dan panjang.
Jadi pada hari ke7 belas period,saya sudah mandi dan solat seperti biasa bila tiada bau darah haid yang keluar darah merah cair saja.Doktor ada memasukkan ubat dalam kemaluan saya untuk stopkan darah pada 8 mei dan kering sepenuhnya pada 10 mei,hari ni 13 mei saya period balik.
Adakah itu dikira haid atau tidak kerana saya pun ada gangguan senggugut sekali.
Jika bukan ,perlukah saya mandi hadas untuk solat.

Jawapan 6 Thtl
Isu haid kerana gangguan hormon.
Kalau implan menyebabkan hormon dan period semakin panjang,maka ia kena kaji balik.kerana bila suami nak bersama anda?
Period 17 hari,kemudian selepas kering 3 hari,maka period datang lagi.maka haid lah,maka anda cuma bersih 3 ahri saja dalam bulan mei
Pattern haid anda perlu dimonitor lagi untuk sebulan dua sebelum berjumpa pakar sekali lagi.

Soalan 7
Mengenai telinga yang ditindik.Ada pendapat mengatakan kena melalukan air di lubang tndik semasa mengangkat hadas besar untuk tujuan meratakan air ke seluruh anggota badan.
Mohon penjelasan .

Jawapan 7 Thtl
Seputar mandi junub.
Meratakan air apakah air kena masuk lubang tindik?
“Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menanyakan(kepada Nabimu)hal-hal jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan diwaktu Al-Quran itu diturunkan,niscaya akan diterangkan kepadamu,Allah memaafkan(kamu)tentang hal-hal itu.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun”(QS.Al-Maaidah:101)
Jawabnya:tidak perlu kerana termasuk perkara yang didiamkan oleh syarak.

Soalan 8
Saya pernah terbaca bahawa solat jumaat wajib kepada semua.lelaki dan perempuan.Lelaki wajib berjemaah di masjid dan perempuan boleh solat di rumah.solat seperti biasa 4 rakaat.cuma niatnya perlu ditukar kepada niat solat jumaat 4 rakaat.4 rakaat seperti lepas zohor.
Jawapan 8 Thtl
Hukum solat keatas kaum wanita.Ini hukum yang maklum.Anih kalau wanita tidak tahu hukumnya solat jumaat.
Dari Thoriq bin Syihab,dari Nabi SAW bersabda,
“Shalat jum’at itu wajib bagi setiap muslim secara berjemaah selain empat orang:hamba abdi,wanita,anak kecil dan orang sakit.”(HR Abu Daud no.1067.Syeikh Al-Albani:Sahih)
Jika wanita solat di masjid ,maka solatnya sah dan tak payah buat solat zuhur sesudahnya,jika wanita solat di rumah,ia solat zuhur 4 rakaat bukan niat solat jumaat sebab solat jumaat adalah di masjid.(Fatwa Al-Lajnah Ad Daimah lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’,8/212,no.4147).

Soalan 9
Bolehkah wanita uzur /period membaca ayat-ayat AQ dengan niat zikrullah? sebagai contoh membaca Al-Mathurat dan rukyah perubatan islam?
Jawapan 9 Thtl
Wanita period/haid berzikir,membaca AQ dan rukyah.
Harus hukumnya.
Dalil:
“Lakukanlah segala sesuatu yang dilakukan orang yang berhaji selain dari melakukan tawaf di kaabah hingga engkau suci.”(HR Bukhari no.305 dan Muslim no.1211 dari Aisyah)Maka yang tidak boleh ialah solat,puasa tawaf dan sentuh musyhaf.yang lain semua boleh fatwa saudi.

Soalan 10
Saya ada masalah keputihan, bila nak solat saya dah bersihkan tapi masih ada keputihan yang tersekat.boleh kah saya solat sahaja dan sambung dengan membaca Al quran?
Jawapan 10 Thtl
keputihan atau vaginal discharge
ia termasuk istihadzah, cecair selain darah haid dan nifas
caranya, bersihkan kemaluan, berwudhu’ dan pakai panty liner dan boleh bersolat. adapun membaca AQ tidak memerlukan wudu’.
Jika diperiksa panty liner masih kering, tak ada stain, maka wudhu masih valid/sah

Soalan 11
Bila waktu paling lewat yang boleh untuk mandi wajib supaya puasa sah pada hari tersebut?
Jawapan 11 Thtl
Mandi Junub di bulan Ramadhan
Wajib mandi kerana nak solat subuh. Kalau ditangguhkan mandi hingga naik matahari, maka solat subuhnya melayang. Maka sebaiknya mandi sebelum terbit matahari untuk elakkan terlepasnya solat subuh. WA

Soalan 12
Seorang isteri yang baru saja berhenti darah haid dan belum pun mandi wajib telah diajak oleh suami untuk bersama.
Apakah hukumnya dan bagaimana cara mandi bagi dua sebab(haid dan jimak)yang ditanggung oleh isteri?
Jawapan 12 Thtl
Jimak selepas haid tetapi belum mandi wajib.
“Dan janganlah kamu mendekati mereka,sebelum mereka suci.”
Ini khilaf jumhur(Maliki,Syafiiy dan Hanbali)kena mandi junub dulu kerana bersih dalam ayat tersebut ialah mandi.
Manakala mahzab Hanafi boleh asalkan wanita membersihkan kemaluannya terlebih dahulu.Ini juga (pendapat Imam al-Syuyuti I’aanah at-Thaalibin 1/85)
Pendapat yang rajih kena mandi dulu.(Ibn Qudamah,Al- Mugni1/387)

Fiqh Wanita 15 ( Puasa )

0

Soalan 1
Last year tidak berpuasa bulan Ramadhan sebab breastfeed jadi boleh bayar fidyah…
Kalau hari yang haid semasa breastfeed,apa perlu buat,kena ganti dan fidyah juga ke?
Jawapan 1 Thtl
Fiqh Puasa.
Jika menyusu dan khuatir akan kesihatan diri dan bayi,Syafiiy kena qadha dan qadha.Fiqh Ibn Abbas ialah fidyah sahaja.Ini pendapat pilihan DYQ dalam fiqh siyam,mengenai haid ketika menyusu,masih dikira dalam tempoh menyusu yang dua tahun maka juga dikeluarkan fidyah.(Dr Qardhawi,fiqh siyam)

Soalan 2
Adakah menggunakan inhaler bagi pesakit athma membatalkan puasa?
Jawapan 2 Thtl
Penggunaan inhaler ketika berpuasa.
Jawab:Tidak batal menurut fatwa Arab Saudi dan fatwa al-Qaradhawi.Ini kerana ia dikiaskan dengan bolehnya menghisap air ke hidung ketika puasa.

Soalan 3
Adakah boleh kita menangguh ganti puasa ketahun hadapan atas sebab tertentu dan apakah hukumnya?
Jawapan 3 Thtl
Carry forward puasa ke tahun berikutnya.
Hukum asal,puasa kena ganti dalam tahun yang sama.Contoh puasa Ramadhan 1436 nanti jika ada puasa yang ditinggalkan,kena ganti sebelum datangnya puasa 1347 hijrah.Jika ada uzur Syarie,maka tak mengapa.

Soalan 4
Kitaran haid dia 10 hari.Jadi berapa hari dia kena ganti puasa?
Jawapan 4 Thtl
Jumlah hari haid.
Period wanita tidak boleh break,sekejap dan sambung.Ia mesti ambil straight,suci dan mandi.Waktu kering sementara tersebut masih dikira haid.
Maka waktu haid wanita memang range dia 7-10 hari.maksima 10 hari dalam mahzab Syafiiy bagi wanita yang sihat.Maka puasa yang wajib ganti ialah 15 hari waktu maksima.

Soalan 5
Boleh berikan tip menghidupkan ramadhan dengan amalan soleh yang dilaksanakan sekeluarga..
Jawapan 5 Thtl
ihya’ramadhan bersama keluarga
1. galakkan semua bangun sahur
2. tidak membazir dengan bazaar ramadhan
3. solat tarawih di mesjid, sunnah khulafa arrashidin
4. tadarrus AQ bersama famili
5. banyakkan bersedekah, infaq, jamu org buka puasa
6. 10 terakhir i’tikaf di mesjid

Soalan 6
Niat puasa kalau terlupa malam, boleh lagi niat waktu sahur kan? kalau niat malam kita sebut ‘sahaja aku puasa esok hari…’ kalau niat waktu sahur sebut ‘esok hari’ ke sebut ‘hari ni..’
Jawapan 6 Thtl
Seputar niat siyyam atau puasa
Niat puasa ramadhan diperbahskan oleh fuqaha’:
Mazhab Maliki dan Hanbali saudi membolehkan niat sebulan penuh pada niat sahur utk hari pertama puasa. sebab puasa Ramadhan adalah satu pakej satu bulan, maka niatnya adalah sekali sahaja.
mazhab syafi’iy, hanafi, hanbali yang lama, puasa Ramadhan dihitung ikut hari, maka satu hari valid dengan satu niat sahaja. Niatnya ialah pada malam harinya sebelum azan subuh. maksudnya bangkit utk sahur itulah niatnya.
(Al-Mughni, Ibnu qudamah, jilid 3, hal. 111)
dalil:
من لم يُبَيِّتِ الصيامَ من الليل فلا صيامَ له
“Barangsiapa yang belum berniat puasa di malam hari (sebelum subuh) maka puasanya batal.” (HR. An Nasa’i dan dishahihkan Al Albani)
Maka boleh amalkan pendapat keduanya, niat sebulan penuh ikut maliki atau niat setiap malam, hanya dengan bangkit makan sahur sudah dikira niat.

Soalan 7
Benarkah fadilat -fadilat mengenai di bulan ramadhan bagi orang yang berpuasa adalah betul dan adakah hadith untuk menyokong?
Contoh sesiapa berpuasa pd mlm kedua umpama bersih dr dosa
Jawapan 7 Thtl
Fadilat tarawih 30 malam tu palsu, dah diwartakan Jakim
ia berasal dari kitab bid’ah, Durratun Nasihin karya Othman al-Khawbawi
Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al-Nashihin bermaksud: “Daripada Ali Bin Abu Talib RA, bahawa Rasulullah SAW telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan.

Soalan 8
‍‌‌‌‌‍‍‍‌‍‌‌‌Saya nak tambah condition untuk soalan persetubuhan siang hari dibulan puasa.
1) Suami dah tak tahan terus dia sentuh-sentuh, naik syahwat dan proceed dengan persetubuhan
2) Suami dah tak tahan, suruh isteri buka puasa dan terus bersetubuh.
dalam kedua-dua condisi diatas, suami memang tak puasa la.‌‌‍‌‍‍‌
Jawapan 8 Thtl
Perincian jimak di bulan Ramadhan
Kes pertama: suami yang memulakan jimak namun isteri redha
menurut pendapat syafi’iyah, hanya suami sahaja yang membayar kifarat, tidak pada isteri, isteri hanya mengqadha, jika isteri langsung tidak menghalang, maka isteri juga kena kafarat
Kes kedua: isteri dalam keadaan tidak berpuasa
Kalau semasa musafir, misalnya dihotel, suami tidak puasa, maka tidak ada kaffarat sebab si musafir boleh berbuka ketika ramadhan
Jika mereka bermukim, suami tidak puasa, maka menurut syafi’iy tidak wajib kaffarat sebab dia tidak puasa. (demikian kata syaikhul Islam, fatawa al-kubra jld 2:471 ‌

Soalan 9
Tentang puasa di bulan Syaaban.. Ada yang kata digalakkan berpuasa sebab nak praktis untuk puasa masa Ramadhan nanti.. Tapi ada juga yang cakap dah tak digalakkan puasa sebab nak kena simpan tenaga untuk puasa Ramadhan nanti.. Macam mana tu ye..
Jawapan 9 Thtl
Puasa bulan Sya’ban
Puasa Sya’ban di galakkan kepada yang dah biasa puasa sunat. dalil: hadith aisyah ra
“dan tidaklah aku melihat beliau dalam satu bulan lebih banyak melakukan puasa daripada berpuasa pada Bulan Sya’ban”. (H.R.Abu Dawud)
manakala yg jarang puasa sunat atau tak pernah puasa sunat, maka tidak digalakkan puasa sunat pada selepas 15 Sya’ban -30 Sya’ban.
dalilnya: dari Abu Hurayrah ra
إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا
“Jika tersisa separuh bulan Sya’ban, janganlah berpuasa.” (HR. Tirmidzi no. 738 dan Abu Daud no. 2337)

Soalan 10
Nak tanya soalan jika seseorang itu tidak mengada puasa tahun lepas dan tahun sebelumnya serta telah pun lupa berapa hari dia perlu mengada puasa…bagaimana nya?
Jawapan 10 Thtl
Kelupaan bilangan hari puasa yang ditinggalkan
Jika lupa, di tetapkan bilangan harinya berdasarkan dzann yang kuat (ramalan yang paling kuat), contoh dia sangsi antara 10-15 hari maka diambil 15 hari camtu untuk elakkan was-was.
jika sudah melepasi tahun, maka kena taubat sebab melecehkan kefardhian agama. dalam mazhab syafi’iy, kena bayar fidyah jika sudah melepas tahun, satu hari disamping qadha, kena bayar RM5.00 kpd org miskin.

Soalan 11
ustz saya nak tanya, saya pernah niat puasa qadha pada beberapa bulan lepas tapi menbatalkan puasa sebab kawan-kawan ajak makan….now rasa takut sebab tu bukan puasa sunat, apakah saya berdosa, lepas tu kena qadha berapa hari ye….double?? kena bayar fidyah tak?
Jawapan 11 Thtl
Puasa qadha yang dibatalkan
Puasa qadha seperti puasa wajib yang lain, tidak boleh dibatalkan kerana ajakan kawan, itu Puasa sunat memang boleh batalkan.
manakala membatalkan puasa wajib seperti puasa qadha, maka berdosa dan kena ganti segera secepat mungkin, bukan berbulan-bulan. sebab puasa qadha itu pun dah tangguh, kemudian yang qadha pun batalkan lagi dan tangguhkan lagi…maka itu memang bermudah-mudah dengan Allah dalam hutang dengan-Nya. Tidak perlu fidyah cuma kena taubat dan ganti dengan kadar yang segera, sebab ramadhan 2015 pun dah kurang dari sebulan

Soalan 12
macam mana kalau ibu hamil tak dapat puasa dibulan ramadhan?
Adakah harus membayar fidyah atau kena ganti (Qada) puasa itu nanti selesai siap bersalin.?
Jawapan 12
Ibu hamil tidak dapat puasa
Fatwa Dr Qardhawi (Fiqh siyyam):
ia hukum khilaf kerana tak ada dalil yang khusus dalam bab ni..
hamil dan bersalin dan menyusu adalah berat, maka wanita diberi rahmat untuk membayar fidyah sahaja menurut Ibn Abbas dan ibn Umar. Jika ibu tersebut kuat dan mampu, dan jarang beranak, maka lebih utama dia qadha selepas bersalin atau nifas nanti.

Soalan 13
Ustaz macam mana nak bayar fidyah ,berapakah nilai yang perlu dibayar.?
Jawapan 13 Thtl
1. cara lama, kasi beras, 0.7 kg
2. cara baru ikut Hanafi, nilai beras, RM1.80, ia tak menasabah, maka satu set makan tengahri untuk org miskin, RM5-7
3. jamu orang miskin di rumah. contoh tinggal puasa 29 hari, jemput 30 anak yatim buat kenduri makan, cara Maliki

Soalan 14
Jika nak gabung puasa tu maksudnya qada ramadhan dan sunat syawal dibolehkan ke?
Jawapan 14 Thtl
Khilaf, pendapat yang kuat mengikut syaikh uthaimin, puasa qadha dan puasa sunat syawal adalah terpisah, tak boleh gabung, mazhab syafi’iy boleh gabung.
dalil yang kata ianya berasingan
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ(رواه مسلم، رقم )1164
“Barangsiapa yang berpuasa bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seperti puasa setahun.” (HR. Muslim, 1164)

Soalan 15
untuk bayar fidyah, ibu tu tak sempat ganti 3hari puasa, bayaran tu dibuat pada bulan puasa ke atau waktu lain?
Masih hidup
Jika next ramadhan? Gandakan ke fidyah?
Jawapan 15
tak kisah nak buat bila, asalkan sebelum next ramadhan
mazhab syafi’iy kena ganda, mazhab yg tiga lagi, tak payah

Soalan 16
macam mana saya nak ganti puasa tahun lepas yang masih belum qada? Dan pada waktu ini pula kawan saya sedang hamil dan tidak larat untuk berpuasa demi qada tahun lepas punya puasa.Apa yang patut dia buat?
Jawapan 16
Ganti puasa
Puasa tahun lepas belum qadha, sekarang hamil pula.
Jawab:
Masalah besar sebab suka menangguhkan hutang Allah hingga bertemu ramadha yang lain atau kehamilan. Puasa yang dibatalkan tahun lepas bukan sebab hamil, menyusu, memang akan jadi hutang kekal dan kena qadha. cuma bila dah langkau tahun lain, maka mazhab syafi’iy kena bayar fidyah. bagi puasa akan datang kerana hamil dan akan menyusu, maka boleh bayar fidyah sahaja (Ref: Dr Qardhawi, Fiqh Siyyam)

Soalan 17
maksudnya tak boleh puasa pada 15 syaaban ke? sebab biasa orang puasa masa pertengahan bulan yang puasa hari putih.
Jawapan 17 Thtl
Kalau dah biasa puasa bulan putih ok…yang kita maksud puasa nisfoo syaban

Soalan 18
Apabila tiba bulan syawal, yang mana satu di antara berikut yang patut didahulukan?
1. Qadha puasa bulan ramadhan
2. Puasa sunat bulan syawal
3. Kenduri open house yang semakin banyak
Bolehkan ditangguhkan puasa qadha bulan ramadhan pada bulan lain sebab nak dahulukan puasa sunat syawal?
Jawapan 18
Bila tiba syawal 1436, qadha atau puasa sunat 6?
pendapat yang utama menurut syaikh uthaimin ialah qadha dulu Ramadhan, barulah puasa syawal
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ(رواه مسلم، رقم) 1164
“Barangsiapa yang berpuasa bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seperti puasa setahun.” (HR. Muslim, 1164)
kata syaikh Uthaimin, majmu’ Fatawa Jld 20, hadith ni menjadi dalil, kena sempurnakan dulu puasa ramadhan barulah puasa syawal. lagipun tidak diketahui bila kita akan mati dan dikhuatiri kita mati sedangkan masih ada baki hutang puasa Ramadhan.
Manakala Aisyah pulak,
” كأن يكون علي الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان”
Maksudnya: Kewajipan ke atas ku untuk puasa dari puasa Ramadhan, dan aku tidak menggantikannya sehingga datang bulan Sya’ban. (Riwayat Muslim)
Aisyah pula puasa syawal dahulu dan qadha’ di bulan lain.
Maka boleh salah satu, namun qadha lebih utama.

01.06.02 #090315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Kedudukan as-Sunnah dalam Syari’at Islam

0
preview
 
 
Nota 01.06.02 Kedudukan as-Sunnah dalam Syari’at Islam
 
Susunan: BroSyarief 
 
2. Menolak Sunnah Tanda Rosak Iman. 
 
Firman Allah ta’ala: 
 
“Sungguh demi Allah, tidaklah mereka dianggap beriman, sehinggalah mereka menjadikan engkau (wahai Muhammad) sebagai hakim (penetap hukum) pada apa yang mereka perselisihi di kalangan mereka, kemudian mereka tidak mendapati pada diri mereka sebarang rasa keberatan dari apa yang telah engkau tetapkan dan mereka menerimanya dengan baik” [an-Nisa:65] 
 
Ibn al-Qayyim menyebutkan: 
 
“Allah bersumpah dengan namaNya sendiri, membuat penafian iman ke atas hamba-hamba, sehinggalah mereka menjadikan utusanNya sebagai hakim dalam setiap apa yang mereka berselisih di kalangan mereka dari urusan yang rumit dan mudah sekalipun..” [I’lam al-Muwaqqi’in] 
 
Dan firman Allah lagi: 
 
“Dan tidaklah (selayaknya) bagi seorang mukmin dan tidak juga (selayaknya) bagi seorang mukminah, apabila telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya sesuatu urusan, (tetapi) ada bagi mereka pilihan (yang lain) dari urusan mereka..” [al-Ahzab:32] 
 
Allah mengisyaratkan di dalam ayat yang mulia ini bahawa seseorang yang mengaku beriman, baginya tiada pilihan di hadapan penetapan dan aturan Allah dan RasulNya, kecuali hendaklah dia menerima dan mentaatinya. 
 
WalLaahu a’lam. 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

Mengenali Sifat-Sifat Allah

0

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Cara Mudah Belajar Islam

4/100 – Mengenal sifat-sifat Allah 

Antara sifat-sifat Allah adalah  Ar  Rahman, Ar Rahim iaitu  Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Allah kurniakan rezeki kepada makhlukNya samada beriman atau tidak.   Allah maha kasihan belas kepada orang-orang  yang beriman.  DiampuniNya segala dosa tidak kira berapa banyak dosa yang dilakukan oleh hambaNya yang beriman.

Allah Maha Pengampun.  Allah mengampuni segala dosa kecuali dosa syirik.

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (Al-Ĥashr:23)

هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِي(

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (Al-Ĥashr:24)

Tujuan utama mengenal sifat-sifat Allah adalah agar  kita ketahui kebesaran Allah dan kekuasaannya. Juga dapat mengetahui kelemahan dan keperluannya kita kepada Allah yg Maha Agung.

….sambungan 5/100

Popular

Iklan

Iklan