Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 17 ( Umum )

Fiqh Wanita 17 ( Umum )

116
0
Iklan

Soalan 1
Apa dalil /qaul Syafeieyyah yang menetapkan kedudukan saf imam yang bermakmumkan seorang wanita tepat dibelakang imam?
Bagaimana pula kalau kedudukan safnya dibelakang sebelah kiri imam?
Jawapan 1 Thtl
Posisi makmun wanita dibelakang atau disebelah kiri imam. Tidak ada petunjuk yang jelas mengenai posisi imam lelaki dan isterinya kerana Imam Bukhari mebuat satu bab dalam kitab sahihnya berjudul:
Imam Al-Bukhari rahimullah memberikan judul bab terhadap hadith diatas:
“Bab:Makmun berdiri tepat disamping kanan imam jika mereka hanya shalat berdua.” ini merujuk kepada lelaki.Ada dua hadith,Ibn Abbas solat dirumah emak saudaranya,Maimunah isteri Nabi SAW dan mereka bertiga solat,Ibn Abbas duduk sebelah kanan Nabi,manakala maimunah berdiri tepat dibelakang Nabi bukan dikirinya.

Soalan 2
a)Saya pernah dengar yang air tadahan wuduk boleh digunakan untuk mandi wajib.Betul tak apa yang saya dengar itu.?
b)Sekiranya air tadahan wuduk boleh buat mandi wajib,adakah boleh untuk buat bersuci? Jawapan 2 Thtl
Air mustakmal juga soalan ulangan. Air mustakmal adalah air recycle dari berwuduk atau mandi.Maka ikut mahzab syafiiy tak sah kerana air tadahan atau recycle water kena dua kolah atau 270 liter.Manakala jumhur boleh sebab air mustakmal masih suci.

Soalan 3
Bagaimana penggunaan mandi shower atau penggunaan besen besar(untuk tadah air).
Untuk mandi wajib boleh ke.?
Jawapan 3 Thtl
Juga pasal air.Air shower adalah air paip dan tak ada mustakmal datang berterusan dari paip,air tadahan besen besar,jika menjadi mustakmal,maka tidak suci di sisi mahzab Syafiiy jika kurang dari dua kolah.

Soalan 4
Berkenaan solat jamak.Boleh tak diterangkan lagi dengan lebih jelas sebab saya ada dengar jika seorang gadis menaiki bas untuk perjalanan yang jauh dibolehkan jamak kerana khuatir akan keselamatan dirinya.Andai pergi ke shopping kompleks,adakah boleh jamak contoh zohor dan asar kerana sibuk dengan urusan dan ada anak kecil yang dibawa bersama.
Jawapan 4 Thtl
Solat jamak.
Sebab solat jamak ialah “Apabila dalam perjalanan,Rasulullah SAW menjama’ shalat zuhur dengan Asar serta maghrib dengan Isya’.”( HR Al Bukhari:1107 dan Muslim:704)
a)Jika safar atau kembara atau travelling,maka boleh menjamak solat.bahkan menqasarkannya sekaligus
b)Jamak kerana pergi ke mall dan kesusahan anak kecil ia dilihat kepada kaedah
Sesuatu yang dharurat itu diukur berdasarkan kadarnya,Jika di mall tersebut ada surau,maka kenalah solat tamam,kemudian ke mall hanyalah leisure atau bersenang-senang bukan urgensi.

Soalan 5
Kalau terlepas waktu subuh(terbangun hanya setelah waktu syuruk),niat qada’ atau tunai?sebab pernah terbaca niat tunai dan bukan qada’
Jawapan 5 Thtl
Niat solat subuh ditunaikan diluar waktu kerana tidak sedar

Soalan 6
Apa hukum seseorang yang memasukkan semula buasirnya yang keluar ketika dia berpuasa.
Adakah batal puasanya?
Jawapan 6 Thtl
Memasukan buasir sedangkan dia berpuasa. Batal puasa ialah memasukkan makanan kedalam alat yang biasa untuk makan,yakni mulut,adapun memasukkan usus ketempat asal,bukanlah aktiviti makan dan tidak melibatkan mulut,maka tidak batal.DYQ fiqh siyam.

Soalan 7
Si A Ingin membuat personel loan dibank tetapi tak cukup syarat.Lalu dia minta tolong pada B,dengan menggunakan nama beliau dan berjanji akan menjelaskan bayaran bulanan pada bank.Tapi janji tinggal janji daripada first payment sampai sekarang,bayaran terpaksa ditanggung oleh B,
Apakah status hutang si A? memang selesai dunia tapi diakhirat?
Jawapan 7 Thtl
Kawan pekena kawan dalam pinjaman bank. Jika si A,menipu dalam urusan hutang,maka si B kenalah membuat lapuran polis dan laporan rasmi kepada bank minta nasihat dengan membawa laporan polis.Mengenai hutang si A kepada si B,maka ia adalah hutang dunia dan hutang akhirat.Selagi anda tidak melupuskannya,maka ruhnya akan tergantung.
“Jiwa seorang mukmin itu terkantung-kantung dengan sebab hutangnya sampai hutangnya dilunasi.”
HR Ahmad,Termidzi dan Ibn Majah,dinilai sahih oleh Albani.

Soalan 8
jika kita belajar mengaji Al-Quran dan dikenakan bayaran ikut ikhlas kita nak bagi,bagaimana itu ya,itu dikira upah ke.?
Jawapan 8 Thtl
Upah mengaji AQ khilaf fiqhi,
Jumhur termasuk Syafiiy dan Maliki,satu pendapat Hanbilah harus kerana dikhuatiri akan pupusnya guru AQ dan membahayakan umat,manakala satu pendapat Hanbali dan Hanafi,tidak membenarkan.( Subul as Salam juz 111 hal 155)

Soalan 9
Jika kita dalam mendidik remja yang sosial,ke arah mengenal basic islam dan kadang-kadang dia mengulangi kesalahannya seperti minum arak,adakah patut diteruskan dalam mendidiknya.?
Jawapan 9 Thtl
Kesabaran dalam dakwah. “Serulah kejalan Tuhanmu(Wahai Muhammad)dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,dan berbahas dengan mereka (yang Engkau seru itu)dengan cara yang lebih baik:Sesungguhnya Tuhanmu ,Dialah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya,dan Dia jua Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” an Nahlu 125

Soalan 10
Dalam kapal terbang,adakah sah kalau kita solat diatas kerusi tanpa ambil berat soal kiblat.?
Jawapan 10 Thtl
Solat dalam pesawat untuk penerbangan jarak jauh. Hanya pesawat Saudia,Emirates, Qatar yang ada surau dalam aircraft dengan live kiblat finder.Pesawat Mas pun ada.
Jika tiada ,maka solatlah atas kerusi anda.Kiblat ketika untuk takbiratul ihram sahaja.Jika anda naik pesawat menuju Barat,maka barat untuk laluan Jeddah-KLIA,maka barat itulah kiblatnya.Jika anda balik ke KLIA dari Jeddah,misalnya,kiblat berada di belakang anda,maka ketika takbir hadaplah kiblat.WA

Komen dan Soalan