Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.06.02 #090315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Kedudukan as-Sunnah dalam Syari’at Islam

01.06.02 #090315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Kedudukan as-Sunnah dalam Syari’at Islam

179
0
Iklan
preview
 
 
Nota 01.06.02 Kedudukan as-Sunnah dalam Syari’at Islam
 
Susunan: BroSyarief 
 
2. Menolak Sunnah Tanda Rosak Iman. 
 
Firman Allah ta’ala: 
 
“Sungguh demi Allah, tidaklah mereka dianggap beriman, sehinggalah mereka menjadikan engkau (wahai Muhammad) sebagai hakim (penetap hukum) pada apa yang mereka perselisihi di kalangan mereka, kemudian mereka tidak mendapati pada diri mereka sebarang rasa keberatan dari apa yang telah engkau tetapkan dan mereka menerimanya dengan baik” [an-Nisa:65] 
 
Ibn al-Qayyim menyebutkan: 
 
“Allah bersumpah dengan namaNya sendiri, membuat penafian iman ke atas hamba-hamba, sehinggalah mereka menjadikan utusanNya sebagai hakim dalam setiap apa yang mereka berselisih di kalangan mereka dari urusan yang rumit dan mudah sekalipun..” [I’lam al-Muwaqqi’in] 
 
Dan firman Allah lagi: 
 
“Dan tidaklah (selayaknya) bagi seorang mukmin dan tidak juga (selayaknya) bagi seorang mukminah, apabila telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya sesuatu urusan, (tetapi) ada bagi mereka pilihan (yang lain) dari urusan mereka..” [al-Ahzab:32] 
 
Allah mengisyaratkan di dalam ayat yang mulia ini bahawa seseorang yang mengaku beriman, baginya tiada pilihan di hadapan penetapan dan aturan Allah dan RasulNya, kecuali hendaklah dia menerima dan mentaatinya. 
 
WalLaahu a’lam. 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

Komen dan Soalan