Utama Blog Halaman 322

01.08.03 #130315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Penulisan Hadits dan Pengumpulannya Bermula Kurun ke-2

0
Salasilah Umar Abd Aziz
 

Nota 01.08.03 Pemeliharaan Sunnah 

 
Susunan: BroSyarief 
 
Penulisan Hadits dan Pengumpulannya Bermula Kurun ke-2 
 
Apabila Islam semakin berkembang, timbul kerisauan kerana generasi sahabat yang membawa dan menghafal hadits semakin sedikit. 
 
Tak cukup dengan itu, hadits-hadits yang tak dikenal dan direka pula semakin banyak, terutama oleh puak Rafidhah yang banyak mencipta hadits-hadits palsu. 
 
Situasi ini telah mendorong Umar ibn Abd Aziz (w.101H) mengusahakan gerakan penulisan dan pengumpulan hadits secara aktif dan rasmi. 
 
Dia kemudiannya meminta gabenornya di Madinah, Abu Bakr ibn Muhammad ibn ‘Amr ibn Hazm untuk memulakan usaha ini dengan mengumpulkan dan membukukan hadits dari ‘Amrah bint Abdul-Rahman (murid Aisyah radhiyalLahu ‘anha) dan juga dari al-Qasim ibn Muhammad ibn Abu Bakr yang banyak menghafal hadits-hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 
 
Dan dikatakan orang yang pertama berjaya memenuhi usaha ini hasil permintaan Umar ibn Abd al-‘Aziz ialah Ibn Syihab az-Zuhri, yang mana beliau memang sedang mengumpulkan hadits-hadits dan sirah, maka dihimpunkan hadits Madinah, dan dihantar kepada Umar ibn Abd al-Aziz. 
 
Setelah itu ramai ulama-ulama terkemuka mula bersemangat mencari, mengumpulkan dan membukukan hadits-hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam sehingga timbulnya pelbagai jenis penulisan hasil pengumpulan dan pembukuan hadits-hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 
 
Di bawah ini diceritakan ringkasan fokus dan kaedah penulisan hadits secara umum bermula kurun ke-2: 
 
Pertengahan pertama kurun ke-2: Fokus hanya kepada mengumpulkan hadits tanpa sebarang tertib dan susunan topik, semata-mata untuk memastikan ia tidak hilang dan terjaga dari diubah-suai menjadi palsu. 
 
Pertengahan ke-2 kurun ke-2 dan Suku pertama Kurun ke-3: Mula mengkhususkan pembukuan hadits yang bersambung sanadnya pada satu topik yang sama atau beberapa topik yang berkaitan antara satu sama lain. Dan ketika ini, penulisan mereka bercampur juga dengan kata-kata sahabat dan fatwa-fatwa tabi’in. Contoh penulisan di peringkat ini adalah az-Zuhd oleh Ibn al-Mubarak, al-Fitan oleh Nu’aim ibn Hammad, Mushonnaf Abd al-Razzaq dan banyak lagi. 
 
Suku ke-2 Kurun ke-3: Bermulanya penulisan khas yang berfokus kepada hadits-hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam sahaja berbanding kata-kata sahabat dan selainnya, dan masih belum membezakan antara yang Sahih dan Dha’if. Seperti Musnad Musaddad, Musnad Ibn Abi Syaibah, Musnad Ahmad dan lain-lain. 
 
Pertengahan ke-2 kurun ke-3: Fokus kepada hadits yang Sahih dan mengurangkan hadits yang bermasalah di dalam satu-satu penulisan. Ataupun diletakkan juga hadits-hadits yang Dha’if tetapi dinyatakan dan disebutkan status penilaian terhadap hadits tersebut. Seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Jaami’ at-Tirmizi, Sunan Abu Dawud, Sunan an-Nasaie, dan lain-lain. 
 
Kurun ke-4 dan ke-5: Berterusan usaha pengumpulan dan pembukuan hadits sehingga ke hujung kurun ke-5, dan kaedah penulisan semakin bervariasi. Ada yang menyusun mengikut bab (al-Abwab), ada yang menyusun ikut susunan nama sahabat (al-Musnad), ada menyusun ikut susunan huruf (al-Mu’jam) dan pelbagai lagi. Seperti Sahih Ibn Hibban, Sahih Ibn Khuzaimah, Mustadrak al-Hakim dan banyak lagi. 
 
Kurun-kurun seterusnya: Berkembangnya penulisan hadits kepada kajian, semakan, syarahan, ringkasan dan pelbagai usaha yang masih berterusan hingga sekarang. 
 
Pada nota seterusnya kita akan berkenalan dengan kitab-kitab hadits yang utama dan mengenali penulis-penulisnya. In Sya Allah. 
 
walLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares
 

100 Sunnah – Keluar Masuk Rumah

0

100 Sunnah – 1 Sunnah 1 hari

Sunnah – 17/100

Keluar Masuk Rumah

1.   lafaz bismillah
2.   perbanyakkan zikir
3.   mengucapkan  salam
4.   berdoa

Dalil

عنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِالله رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: (( إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللهَ ـ عَزَّ وَجَلَّ ـ عِنْدَ دُخُوْلِهِ ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ : لاَ مَبِيْتَ لَكُمْ وَلاَ عَشَاءَ. وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ دُخُوْلِهِ ، قَالَ الشَّيْطَانُ : أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيْتَ، وَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ طَعَامِهِ ، قَالَ : أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيْتَ وَالْعَشَاءَ)) [ رَوَاهُ مُسْلِمٌ:  ] 

“Jika seseorang masuk ke dalam rumahnya lantas berzikir kepada Allah ketika masuknya, dan ketika ia makan, maka syaitan berseru, “tidak ada tempat bermalam dan tempat makan bagi kalian.” (HR Muslim – 5262)
فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

“Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatnya(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya.” (Surah An Nur: 61)

Doa Masuk Rumah.

Berdasarkan hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسم الله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا

“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu kebaikan ketika masuk dan kebaikan ketika keluar. Dengan menyebut nama Allah kami masuk dan kami keluar. Dan hanya kepada Rabb kami, kami bertawakal”

Ketika keluar dari rumah maka merupakan sunnah untuk mengucapkan :

بسم الله توكلت على الله لا حول ولاقوة إلا بالله

 “Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah”

01.08.02 #120315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Penulisan Hadits

0
Manuskrip al Muwatta
 
Nota 01.08.02 Pemeliharaan Sunnah
 
Susunan: BroSyarief 
 
Pemeliharaan Sunnah melalui Penulisan  
 
Terdapat dua peringkat pada pemeliharaan Sunnah Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, pada zaman Baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat radhiyalLaahu ‘anhum ajma’in. 
 
Peringkat Pertama : Larangan Menulis Hadits 
 
Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan, bahawa Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 
 
“Jangan menulis dariku selain al-Quran. Sesiapa yang menulis dariku selain al-Quran, maka hapuskanlah ia” [HR Muslim] 
 
Walaupun jelas akan adanya larangan ini, masih terdapat segelintir sahabat yang menulis hadits, seperti Abdullah ibn Amr ibn al-‘As, Ibn ‘Abbas, Jabir dan lain-lain. 
 
Bagaimana mereka boleh melanggar larangan Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam? 
 
Mereka sebenarnya tidak melanggar larangan Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, tetapi mereka berinteraksi dengan larangan tersebut dengan memahami kenapa baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam melarangnya, iaitu: 
 
1. Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam ingin mengelakkan dari bercampur dengan al-Quran, 
2. Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam tidak mahu para sahabat sibuk dengan yang selain al-Quran. 
3. Dorongan Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam supaya menghafal, dan tidak bergantung kepada tulisan. 
 
Para sahabat yang menulis hadits-hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam memahami sebab-sebab ini, dan mereka menulis hadits dengan memastikan apa yang Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam risaukan itu tak berlaku. 
 
Kerana itu, kemudiannya terdapat riwayat di mana Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam menggalakkan pula ‘Abdullah ibn Amr ibn al-As untuk menulis: 
 
أُكْتُبْ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا يَخْرُجُ مِنْهُ إِلاَّ حَقٌّ
 
“Tulislah! Demi (Allah) yang jiwaku berada di tanganNya, tidaklah keluar darinya (sambil jari ditunjuk ke mulutnya), kecuali al-Haq” [HR Abu Dawud. al-Arnauth: Sahih] 
 
Pada peringkat ini, para sahabat ada yang berpegang kepada larangan secara zahir, dan ada yang berpegang dengan bolehnya menulis dengan memahami sebab (illah) larangan tersebut. 
 
Peringkat Ke-2 : Penulisan Hadits Selepas Wafatnya Baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 
 
Oleh kerana wahyu telah lengkap, segala sebab-sebab yang asalnya dibimbangkan telah tiada. 
 
Ini menyebabkan mereka semua sepakat bahawa usaha penulisan hadits juga perlu dirancakkan. 
 
Dari sini, banyak riwayat yang menceritakan hadits-hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam ditulis di atas pelbagai bahan dan oleh ramai sahabat. 
 
walLaahu a’lam 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

01.08.01 #110315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Permulaan Pemeliharaan Sunnah

0
Allah-Muhammad-Black-Background_1
 
Nota 01.08.01 Permulaan Pemeliharaan Sunnah
 
Susunan: BroSyarief 
 
Pemeliharaan Sunnah dengan Kekuatan Ingatan
 
Komuniti Arab di zaman Rasulullah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, majoritinya buta huruf, kecuali sedikit sangat yang boleh membaca dan menulis. 
 
Sepertimana firman Allah subhanahu wa ta’ala, yang bermaksud, “Dia (Allah) yang telah mengutuskan kepada kaum yang buta huruf itu, seorang utusan, dari kalangan mereka (juga)..” (62:2)
 
Walaupun demikian, ini menjadikan mereka sangat kuat ingatan dan cepat menghafal. Ini terbukti melalui hafalan mereka terhadap nasab kekeluargaan mereka, ribuan syair-syair, kisah-kisah sejarah dan lain-lain. 
 
Oleh kerana itu, di zaman Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat memelihara sunnah Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dengan kekuatan ingatan dan hafazan yang cepat. Dan usaha ini juga didokong oleh beberapa perkara: 
 
1. Amal dan Praktis
 
Setiap apa yang mereka dengar dari kata-kata dan lihat dari perbuatan Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, akan diamalkan dengan segera tanpa banyak persoalan. 
 
2. Diskusi dan Ulang kaji. 
 
Anas ibn Malik menyebutkan: 
 
كنّا نكون عند النبي صلى الله عليه وسلم، فنسمع منه الحديث، فإذا قمنا تذاكرناه فيما بيننا حتى نحفظه
 
“Kami dahulu di sisi Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. Maka, kami mendengarkan daripadanya hadits. Apabila kami bangun (setelah selesai), kami akan saling menyebutkannya di antara kami sehingga kami menghafalnya” [Riwayat al-Khaatib di dalam al-Jaami’ li Akhlaq ar-Raawi] 
 
Dan berterusan usaha pemeliharaan hadits dan sunnah melalui hafalan dan ingatan sehinggalah zaman pemerintahan khulafa ar-Rashidin, yang mana ianya berlaku di atas sebab-sebab ini: 
 
1. Orang Arab majoritinya buta huruf. 
2. Di zaman Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, mereka sibuk dengan penulisan al-Quran.
3. Larangan Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dari menulis hadits (akan dibincangkan pada nota seterusnya).
4. Terhadnya sumber bahan-bahan untuk ditulis padanya, seperti kulit, daun dan kayu. 
 
walLaahu a’lam 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

Aqiqah 2

2

Bismillah…
Note 52 : sambungan note 51

9. Menamakan Anak, Mencukur Rambut dan Bersedekah Emas atay Perak pada Hari Ketujuh :

  Sunat menamakan anak dengan nama yang baik baik pada hari ketujuh.

Rasulullah SAW bersabda : “Bahawa nama-nama yang paling disukai Allah dikalangan kamu ialah Abdullah dan Abdul Rahman.”
Riwayat Muslim : 2132

10. Azan di Telinga Bayi :
  Sunat azan ditelinga kanan bayi dan iqamah ditelinga kiri sebaik baik sahaja dia dilahirkan. Tujuan adalah bagi memulakan pendengarannya didunia ini dengan kalimah tauhid.

11. Khitan :
  Al Khitan berasal daripada khatana yang bermaksud potong. Mengkhitankan zakar ialah memotong kulup yang menutup hujung kemaluan lelaki. 

  Berkhitan wajib bagi lelaki dan perempuan.

11.1. Dalil : ” Fitrah manusia itu lima perkara atau lima perkara adlah fitrah manusia, iaiti berkhitan, mencukur bulu ari ari, mancabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
Riwayat Bukhari : 5552

  Maksud fitrah ialah amalan sejak lama dahulu, yang menjadi pilihan para Nabi dan dipersetujui oleh semua syariat.

11.2. Waktu berkhitan : adalah wajib, tetapi tidak disyariatkan semasa kecil. Bahkan ia harus dilakukan semasa kecil atau dewasa.

11.3. Hikmah Persyariatan : adalah supaya kanak-kanak itu benar-benar bersih dan suci. Suci luaran ialah tanda yang membuktikan bersih dalaman.

Aqiqah

0

Bismillah…
Note 51 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

AQIQAH

1. Pengertian : 
  Aqiqah berasal dari perkataan Al Aqqa dan dari segi bahasa bermaksud potong. Aqiqah adalah bererti rambut bayi ketika lahir dan binatang yang disembelih sempena rambut bayi dicukur.

2. Hukum Aqiqah :
  Sunat muakkad. Wali yang menanggung bayi dituntut melakukannya kerana mengikut sunah Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.

3. Waktu Aqiqah :
  Waktu harus menyembelih aqiqah bermula setelah kesemua tubuh bayi itu keluar daripada perut ibu. Binatang yang disembelih sebelum bayi habis keluar, tidak dinamakan aqiqah dan itu dianggap sembelihan biasa.

  Hukum sunat aqiqah itu berterusan sehingga bayi itu baligh, baligh maka gugurlah tuntutan atas walinya.

4. Hikmah Pensyariatan Aqiqah :
 
4.1. Menyatakan rasa gembira ibubapa yang dikurniakan anak, yang dimudahkan kelahirannya oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman : “Dan jika kamu bersyukur, ia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu.”
Surah al Zumar : 7

4.2. Menyebarkan berita tentang keturunan anak yang dilahirkan secara terangan supaya tidak timbul  prasangka. Aqiqah adalah cara terbaik untuk tujuan tersebut.

4.3. Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia serta tindak tanduk kepada nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.

4.4. Mengembirakan hati keluarga, kaum kerabat, sahabat handai dan orang fakir kerana dijemput ke majlis jamuan makan.

5. Binatang yang Disembelih :
  Ali R. Anha berkata : “Rasulullah SAW mengaqiqahkan Al Hasan seekor kamben.”
Riwayat Al Tarmizi : 1519

6. Aqiqah Mengikut Bilangan Anak :
  Sunat aqiqah menyembelih seekor kamben bagi dua orang anak atau lebih. Bilangan aqiqah adalah sunat mengikut bilanga  anak, iaitu seekor kamben bagi seorang anak, dua bagi dua orang, tiga bagi tiga orang dan begitulah seterusnya.

7. Syarat-syarat Aqiqah :
  Aqiqah yang diterima adalah sama dengan syarat-syarat qurban dari segi jenis binatang, umur dan tiada kecacatan yang mengurangkan dagingnya. Kerana aqiqah merupakan sembelihan sunat yang sama qurban.

8. Perbezaan Aqiqah dengan Qurban :
  Syarat sah aqiqah dan qurban adalah sama tetapi terdapat beberapa perbezaan seperti berikut :

8.1. Daging aqiqah sunat disedekahkan sesudah masak, sebagaimana dalam majlis majlis kenduri yg lain.

  Daging aqiqah sunat dimasak dengan maaakan manis suoaya akhlak anak fiaqiqahkan  itu mulia. Afsal pula masakan itu disedekahkan keada orang miskin dan dihanyar ke rumah mereka.

8.2. Seberapa yang boleh, tulang binatang aqiqah sunat tidak dikerat-kerat. Ianya dipotong pada sendi sendinya sahaja.

8.3. Kaki binatang aqiqah sunat ihadiahkan kepada bidan tanoa dimasak. Hal ini mengikut perbuatan Fatimah R. Anha atas suruha  Rasulullah SAW.

 

Bidaah dan Kesalahan mengenai Masjid (2)

0

Bidaah dan Kesalahan mengenai Masjid –  bhg 2

11.   Mencari barang hilang di Masjid

Nabi saw bersabda:

“Sesiapa yang mendengar seseorang mencari barang di masjid, maka katakanlah, “Semoga Allah tidak akan mengembalikannya kepadamu kerana masjid tidak di bina untuk ini.  Sesungguhnya masjid itu dibina untuk tujuan asal.”

Ertinya, untuk berzikir kepada Allah swt, solat, mempelajari suatu ilmu dan untuk bertadabbur dalam kebajikan dan sebagainya.

(HR Muslim – Abu Hurairah (5/75)(hadis no. 79 Al-Masajid))

12.    Jual Beli di Masjid

Rasulullah saw bersabda:

“Apabila kamu semua melihat seseorang berjual beli di masjid, maka katakanlah kepadanya, “Semoga Allah tidak akan menguntungkan (membawa hasil) perdaganganmu.”

(HR At-Tirmizi (1/248) Al-Hakim (2/56) sanad sahih Abu Hurairah)

13.   Menanam pohon di Masjid

Imam Az-Zarkasyi berkata:

“Makruh menanam pokok kurma dan menggali perigi di masjid selagi perkara itu boleh menyempitkan tempat bagi orang yang solat.  Sebabnya, perkara itu bukan termasuk perbuatan orang salaf.”

(Ringkasan dari I’lam Al-Masajid bi AhkamAl-Masajid (ms342))

14.  Meletakkan papan iklan perniagaan di Masjid

Contoh iklan khidmat perjalanan haji dan umrah. Dilarang juga meletakkan barang dagangan terutama jika barangan tersebut hukumnya haram seperti rokok, khidmat insurans, bank dan lain-lain.  Semua ini adalah perkara terpesong dan tidak sesuai dengan kedudukan masjid.

15.  Membaca syair yang diharamkan

Dari Ibnu Amr:

“Bahawasanya Nabi saw melarang jual beli, mencari barang hilang dan bersyair di masjid.”

Dibolehkan jika syair mengandungi dorongan untuk berjihad, dengan syarat tidak menjadikan lalai dari membaca Al-Quran, tidak menganggu orang sedang solat di masjid.

(HR Ahmad dan Abu Dawud dar Ibnu Amr, Sahih Al-Jami’ (6885)

16.   Meletakkan Dakkah (binaan tinggi yang mendatar untuk duduk) bagi Pendakwah

Antara perbuatan bidaah yang tercela adalah meletakkan dakkah yang biasa digunakan untuk naik di atasnya oleh muazzin, pendakwah serta qari’ surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

17.  Menghiasi Masjid dengan berbagai jenis warna dan bunga

Masjid wujud untuk berbuat dan perbanyakkan ibadah serta berzikir di dalamnya bukan dengan banyak hiasan yang berwarna warni.  Perbuatan itu menjadikan seorang muslim bertasyabuh (meniru) perbuatan orang kafir yang menghiasi kuil dan gereja.  Nabi saw sendiri telah melarang bertasyabuh dengan mereka.  

18.   Banyaknya bilangan Masjid dalam satu kampong

As-Suyuti berkata dalam kitab Al-Amru bil Ittiba’I wan Nahyu ‘anil Ibtida’I, di antara bidaah yang ada adalah banyaknya bilangan masjid pada satu tempat. Perkara ini hanya akan memecah belahkan jemaah, mencerai beraikan keutuhan orang muslimin, meleraikan ikatan berjemaah dalam ibadat, melenyapkan keindahan bersama orang yang beribadah, menjadikan suara azan saling bersahutan dan beragam, bertentangan dengan kecenderungan hati dan membantah hikmah disyariatkan berjemaah.

19.    Menggunakan peralatan Masjid untuk keperluan di tempat lain

Imam Ibnu An-Nuhas berkata, “Di antaranya adalah alas tikar masjid dan lampu yang digunakan di tempat pesta.  Perkara ini tidak diperbolehkan. Sebabnya, peralatan itu adalah wakaf masjid.”

20.  Menjadikan bunyi jam berbunyi kuat seperti loceng

Al-Albani berkata, “Di antara perkara yang diperselisihkan adalah memasang jam berloceng dengan bunyi detikan yang teratur seperti bunyi detikan loceng orang Nasrani.

…bersambung

100 Kesalahan dalam Solat – 4/100

0

100 Kesalahan dalam Solat

4/100

Solat dengan mengenakan pakaian isbal

Haram melewati mata kaki kerana sombong.  Apabila isbal dilakukan bukan kerana sombong, hukumnya makruh menurut mazhab Syafi’i.

Nabi saw bersabda:

   “Sesiapa yang kainnya melebihi buku lali dalam solat kerana sombong, maka dia (tidak perlu lagi melakukan perbuatan)       halal atau haram pada mata Allah (Allah tidak peduli lagi kepadanya.” (HR Abu Dawud (647)

Isbal termasuk perbuatan maksiat yang wajib ditinggalkan dan dijauhi.

             ماأسفل من الكعبين من الإزار فهو في النار

              “Sarung yg menjulur melebihi kedua mata kaki akan dimasukkan ke dalam neraka” (HR Al-Bukhari, 5787)

100 Kesalahan Solat – 3/100

0

100 Kesalahan Dalam Solat

3/100

Solat tanpa penutup kepala

Kata Syaikh  al-Bani:

” menurutku, makruh bagi lelaki mengerjakan solat tanpa mengenakan penutup kepala.”

Sebab sudah sama-sama  dimaklumi bahawa setiap muslim dianjurkan untuk mengerjakan solat dengan penampilan yang terbaik dan Islami.

         فإن الله أحق من يتزين له

          “.. kerana sesungguhnya Allah adalah zat yang paling berhak untuk menjadi tujuan menghias diri.”

Silsilah as sohihah.

Rujuk: Akhthoul Mushollin

Tugas utama Manusia

0

Cara Mudah Belajar Islam

Siri 5/100

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،

Tugas Utama Manusia

Allah telah jelaskan kepada kita tujuan penciptaan semua makhluk.  Allah terangkan kenapa Dia ciptakan dunia serta apa yang ada di dalamnya.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku (Surah Az-Zariyat (51:56)

Berdasarkan ayat di atas: Ibadah tugas utama yang wajib kita laksanakan dengan sebaik-baiknya, sebagai bentuk ketaatan dan rasa syukur kita terhadapNya atas berbagai nikmat dan manafaat yang berlimpah ruah.

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah An-Nahl (16:18)

Setelah mengetahui semua ini kita wajib beribadah kepada Allah secara benar dan ikhlas hanya untukNya semata-mata.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Surah Al-Fatihah (1:5)

Yang tidak ada sekutu bagiNya.

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya (Surah Al-Kahf (18:110)

Doa hanya dipanjat kepadaNya, jangan ada perantaraan.

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ ۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar (Surah Az-Zumar (39:3)

 

Perasaan takut ditunjukkan hanya kepadaNya. Memohon pertolongan hanya kepadaNya. Semua ibadat yang kita lakukan ditujukan hanya untuk Allah:
Yg Maha Agung
Yang Maha Pencipta
Yang Maha Pemberi Rezki
Maha Kuat
Maha Perkasa
Yang memilik sifat-sifat yang Agung
Dan Mulia

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Hasyr (59:22)

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan (Surah Al-Hasyr (59:23)

هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr (59:24)

 

 

Popular

Iklan

Iklan