Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Aqiqah

Aqiqah

396
0
Iklan

Bismillah…
Note 51 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

AQIQAH

1. Pengertian : 
  Aqiqah berasal dari perkataan Al Aqqa dan dari segi bahasa bermaksud potong. Aqiqah adalah bererti rambut bayi ketika lahir dan binatang yang disembelih sempena rambut bayi dicukur.

2. Hukum Aqiqah :
  Sunat muakkad. Wali yang menanggung bayi dituntut melakukannya kerana mengikut sunah Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.

3. Waktu Aqiqah :
  Waktu harus menyembelih aqiqah bermula setelah kesemua tubuh bayi itu keluar daripada perut ibu. Binatang yang disembelih sebelum bayi habis keluar, tidak dinamakan aqiqah dan itu dianggap sembelihan biasa.

  Hukum sunat aqiqah itu berterusan sehingga bayi itu baligh, baligh maka gugurlah tuntutan atas walinya.

4. Hikmah Pensyariatan Aqiqah :
 
4.1. Menyatakan rasa gembira ibubapa yang dikurniakan anak, yang dimudahkan kelahirannya oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman : “Dan jika kamu bersyukur, ia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu.”
Surah al Zumar : 7

4.2. Menyebarkan berita tentang keturunan anak yang dilahirkan secara terangan supaya tidak timbul  prasangka. Aqiqah adalah cara terbaik untuk tujuan tersebut.

4.3. Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia serta tindak tanduk kepada nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.

4.4. Mengembirakan hati keluarga, kaum kerabat, sahabat handai dan orang fakir kerana dijemput ke majlis jamuan makan.

5. Binatang yang Disembelih :
  Ali R. Anha berkata : “Rasulullah SAW mengaqiqahkan Al Hasan seekor kamben.”
Riwayat Al Tarmizi : 1519

6. Aqiqah Mengikut Bilangan Anak :
  Sunat aqiqah menyembelih seekor kamben bagi dua orang anak atau lebih. Bilangan aqiqah adalah sunat mengikut bilanga  anak, iaitu seekor kamben bagi seorang anak, dua bagi dua orang, tiga bagi tiga orang dan begitulah seterusnya.

7. Syarat-syarat Aqiqah :
  Aqiqah yang diterima adalah sama dengan syarat-syarat qurban dari segi jenis binatang, umur dan tiada kecacatan yang mengurangkan dagingnya. Kerana aqiqah merupakan sembelihan sunat yang sama qurban.

8. Perbezaan Aqiqah dengan Qurban :
  Syarat sah aqiqah dan qurban adalah sama tetapi terdapat beberapa perbezaan seperti berikut :

8.1. Daging aqiqah sunat disedekahkan sesudah masak, sebagaimana dalam majlis majlis kenduri yg lain.

  Daging aqiqah sunat dimasak dengan maaakan manis suoaya akhlak anak fiaqiqahkan  itu mulia. Afsal pula masakan itu disedekahkan keada orang miskin dan dihanyar ke rumah mereka.

8.2. Seberapa yang boleh, tulang binatang aqiqah sunat tidak dikerat-kerat. Ianya dipotong pada sendi sendinya sahaja.

8.3. Kaki binatang aqiqah sunat ihadiahkan kepada bidan tanoa dimasak. Hal ini mengikut perbuatan Fatimah R. Anha atas suruha  Rasulullah SAW.

 

Komen dan Soalan