Utama Blog Halaman 319

Tafsir Surah Az-Zumar Ayat 16

0

 

لَهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِنَ النَّارِ وَمِنْ تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ۚ ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ ۚ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ

[Surat Az-Zumar 16]

(Rombongan-rombongan (Az-Zumar):16 – Bagi mereka lapisan-lapisan dari api di atas mereka dan di bawah merekapun lapisan-lapisan (dari api). Demikianlah Allah mempertakuti hamba-hamba-Nya dengan azab itu. Maka bertakwalah kepada-Ku hai hamba-hamba-Ku.
Bagaimanakah keadaan kerugian mereka ini?

 

Di akhirat kelak bagi mereka lapisan-lapisan daripada api dari atas kepala mereka. Api datang berlapis-lapis. Dan juga daripada bawah kaki mereka lapisan-lapisan daripada api. Bila di sebut atas kepala dan di bawah kaki bermakna semua arah. Atas bawah depan belakang kiri kanan. Maknanya di panggang.

Demikian lah Allah menakut-nakutkan kamu hamba-hamba Nya dengan azab api Neraka itu supaya kamu bertakwa pada Allah dengan takut pada Nya dan menjaga tauhid Nya. Sebelum Ayah Aji sambung, tahu kah semua suhu neraka ini agak-agak nya berapa?

Daripada hadis nabi, panas ciptaan alam ialah 1 per 70 panas neraka. Kata NASA, panas matahari agak-agak nya 5 juta celcius. Jika matahari itu zat yang paling panas di alam ini. Supernova lagi panas. Maka panas Neraka ialah 5 x 70 iaitu 350 juta celcius. Kita rebus air agak-agak aje 1000 celcius untuk didih air 100 celcius. Ratio air 1: api 10.

Api neraka 350 juta C. Air minuman ahli neraka 35 juta C. Air di neraka tu bukan mendidih suhu 100C tapi 350,000,000C!!!. Darab 1 per 10 = 35,000,000 C air. Kalau suhu air ini 35 juta C dan matahari 5 juta C. Agak-agak tak meletop matahari jika 1 baldi air neraka di simbah ke matahari. Matahari itu akan meletup jadi debu.

Bayangkan ahli neraka minum air ini. Daripada Al-Quran ia di panggil air yang menghodohkan muka. Daripada hadis dan Al-Quran. Bila air ini di dekatkan ke muka ahli neraka, gugur hidung pipi mata daging muka. Sedangkan kulit muka dah di upgrade ke 42 hasta tebal. Gigi sebatang sebesar bukit uhud. Maknanya badan di perbesarkan. Dengan suhu itu kalau badan ini entah.

Tahu ke pelajar-pelajar ayah aji tentang neraka ni saperti dah beritahu ni??? Jawab seorang-seorang. Masya Allah. Ya Allah macamana ni. Mereka ajar apa pada awak semua selama ini? Apa makna beriman pd hari akhirat?

Itu tak detail tu. Itu air neraka saja. Bukan api neraka lagi. Bukan cara minum lagi. Baru siram atas kepala. Tak mati-mati mereka dalam neraka. Kemudian selepas dibaiki balik kepala orang itu, baru di tuang air ke dalam mulut. Hancur seluruh mulut perut dan tak sempat keluar perut dan cairan malah daging juga hancur jadi macam belon maka pecah belon itu di kaki.

Ya Allah. Selamatkanlah kami daripada neraka. Dengar neraka pun tak mahu. Bau neraka pun tak mahu. Maaf lah ayah aji. Ini makna tak beriman dgn hari akhirat. Apatah lagi bagi yang tidak pernah belajar tafsir. Adakah mereka beriman dengan sebenar-benar iman dengan hari akhirat???

 

إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ

[Surat Ghafir 71]

Apabila tangan-tangan mereka di ikat pada leher-leher mereka dan (juga kaki – ayat lain) di belit dengan rantai besi panas sampai tak bergerak; mereka pun di seret malaikat – ayat lain dipegang kaki dan muka mereka di seret atas tanah api neraka.

 

فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ

[Surat Ghafir 72]

Kemudian pada air panas itu mereka di celur, macam celur ayam nak di mesin. Agak-agak Ayah Aji Bila dah empok, mereka di panggang ke api atas bawah kiri kanan semua arah.

 

ثُمَّ قِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ تُشْرِكُونَ

[Surat Ghafir 73]

Kemudian selepas di panggang, mereka di tanya oleh Malik Zabaniah. Mana dia nabi-nabi wali-wali malaikat-malaikat yang kamu dulu puja sembah maulud selawat-selawat rekaan joget-joget kerana memuja roh orang mati masa di dunia dulu, mana mereka tak tolong kamu. Yang kamu dulu di dunia menyekutukan Allah dengan mereka-merka ini??

 

مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ قَالُوا ضَلُّوا عَنَّا بَلْ لَمْ نَكُنْ نَدْعُو مِنْ قَبْلُ شَيْئًا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ الْكَافِرِينَ

[Surat Ghafir 74]

Selain daripada Allah dengan tujuan nak rapat pada Allah serapat-rapatnya. Mereka-mereka ahli tawasul jawab. Hilang mereka daripada kami. Bahkan sebenarnya , kami dulu tak fikir sikit pun sewaktu kami seru mereka, tak mengaku mereka puja bukan niat nak syirik pada Allah tapi buat ibadat. Beginilah Allah menyesatkan orang-orang yang engkar tauhid ini daripada jalan benar.

 

So boleh hadam ke apa ayah aji ajar malam ini? Adakah beroleh menfaat daripada Al Quran ini?

Bab selawat-selawat maulud-maulud qasidah-qasidah ni ada yg merujuk hadis nabi.

Wallahu a’lam

 

DOA AYAH AJI :

Ya Allah ya Tuhan kami. Kami ni baru saja tahu wahyu Mu, sedikit saja. Kami akui Kamu Allah Tuhan Kami. Ampuni lah segala dosa-dosa kami dan kami bertaubat daripada dosa-dosa kami lakukan kerana kebodohan kami sendiri.

Ya Allah.

Ini semua murid-murid ku yang ramai aku tak pernah jumpa. Soalan-soalan mereka adalah kerana mereka mencari kebenaran Mu. Wahai Allah tuhan ku. Ampuni lah dosa-dosa ku dan dosa-dosa murid-murid ku semua sekali. Begitu juga kedua ibubapa kami anak-anak cucu serta zuriat kami.

Masuklah kami semua ke syurga Mu yang luas nya Langit dan Bumi.

Ameen…Ameen…Ameen…

 

Jenis-jenis kesalahan

0

 

1.Al-Lahnul Jali, adalah kesalahan pada bacaan lafadz-lafadz al-Qur’an yang menyalahi kaedah tajwid, bahasa Arab khususnya i’rab (perubahan harakat akhir), baik yang dapat mengubah erti atau tidak. Melakukan kesalahan ini dengan sengaja hukumnya HARAM.

  1. Salah Makhraj (pengucapan huruf).
    Contoh lafaz كثـير ertinya banyak, jika dibaca dibaca كسير dengan huruf س (sin) maka artinya menjadi pecah
  2. Salah Baris (atas / bawah / depan).
    Contoh lafaz انعمت dengan baris atas (TA) ertinya telah Engkau beri nikmat, jika dibaca انعمت dengan baris depan (TU) maka ertinya menjadi aku telah beri nikmat.
  3. Salah Panjang Pendek.
    Contoh lafaz ان الله لا يحب الكافرين dengan لا (laa dibaca panjang) ertinya “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”, jika لا dibaca pendek maka ertinya menjadi “Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang-orang kafir”
  4. Salah Waqaf dan Ibtida’ (berhenti dan memulai).
    Contoh berhenti pada lafaz ياايها اللذين آمنوا لا تقربوا الصلوة “Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu solat” padahal lanjutannya adalah “ketika dalam keadaan mabuk hingga sedar dari mabuknya. Atau memulai bacaan ayat ان الله ثالث ثلاثة “Sesungguhnya Allah itu 3”
  5. Salah / Kurang tasydid.
    Contoh membaca lafaz اياك tanpa tasydid, padahal mesti dengan tasydid. Jika dengan tasydid kalimat اياك ertinya “Hanya kepada-Mu, tapi jika tanpa tasydid maka artinya “sinar matahari”

 

2. Al-Lahnul Khafi, adalah kesalahan bacaan lafadz-lafadz al-Qur’an yang menyalahi sebagian kaidah tajwid namun tidak menyalahi kaedah bahasa Arab, juga tidak mengubah harakat dan tidak pula mengubah erti, seperti kesalahan pada bacaan Idzhar, Ikhfa’, Iqlab dan Idgham. Melakukan kesalahan ini dengan sengaja hukumnya MAKRUH.

Seperti tidak ghunnah atau kurang ghunnah, kurang panjang dalam mad wajib, mad lazim, atau panjang mad yang sama tapi tidak dibaca sekata dalam satu bacaan dll.

Contoh kalimat اولئك, جآء seharusnya dibaca 4 – 5 harakat, namun dibaca 2 harakat saja.

Dan kalimat ان/عم ghunnah-nya 2 – 3 harakat tapi dibaca tanpa ghunnah.

 

01.08.06 #160315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan Abi Dawud

0

Sunan Abu Dawud

 
 

Nota 01.08.06 Mengenal Kitab-kitab Hadits  

 
Susunan: BroSyarief 
 
SUNAN ABI DAWUD 
 
Nama asal bagi kitab ini memang as-Sunan, kerana ianya disusun mengikut tertib bab hukum-hakam sahaja, berbeza dengan al-Jami’ di mana di dalamnya disusun bukan mengikut tertib bab-bab hukum-hakam sahaja, malah bab-bab agama yang lain seperti sirah, tafsir, peperangan, akidah dan lain-lain. 
 
Nama sebenar penulis ialah Sulaiman ibn al-Asy’ats al-Azdi al-Sajistaani. Beliau dilahirkan pada 202H, di Sajistan, berhampiran Khurasan. Meninggal di Basrah, pada tahun 275H. 
 
Dia telah mengembara mencari hadits di Baghdad, Hijaz, Mesir, Jazirah, Naysabur, Syam dan banyak lagi. Dan berjaya mengumpul sekitar 500 000 hadits. 
 
Di antara guru-guru beliau adalah, 
 
01. Imam Ahmad bin Hanbal
02. Yahya bin Ma’in Abu Zakaria
03. Abu Ja’far an-Nafili
04. Shofwan bin Shalih
05. Hisyam bin ‘Umar
06. Ishaq bin Rahawaih
07. Qutaibah bin Sa’id
08. Utsman bin Muhammad bin Abi Sufyan
09. Abdullah bin Maslamah al-Qa’nabi
 
Dan ramai lagi. 
 
Jumlah hadits di dalam Sunan Abu Dawud mengikut salah satu pendapat ialah sebanyak 5274 hadits, dan terdapat sekitar 600 hadits mursal (istilah ini akan dibincangkan nanti). 
 
Imam Abu Dawud telah menulis satu risalah kepada ahli Mekah untuk menjelaskan gaya penulisan dan susunan di dalam kitab beliau. Di mana beliau telah menjelaskan pembahagian kedudukan hadits-hadits di dalam Sunan Abu Dawud: Sahih (Li zaatihi), Ma Yusybihu (Sahih li Ghayrihi), Ma Yuqaribuh (Hasan li zaatih), Wahn Syadid (Sangat lemah) dan yang terakhir yang mana tidak dikomentari, ianya dianggap Soleh (boleh jadi Sahih, Hasan atau Dha’if, bergantung kepada kajian para ulama terhadap hadits-hadits tersebut). 
 
Di antara keunikan Sunan Abi Dawud: 
 
01. Di dalam satu bab, beliau akan letak hanya satu atau dua hadits sahaja dari hadits-hadits yang Sahih, walaupun sebenarnya terdapat lebih banyak lagi. 
02. Jika terdapat dua hadits yang sama-sama kekuatannya, dia akan dahulukan yang lebih dahulu dia mendapatkan hadits tersebut. 
03. Beliau tidak mengulang hadits yang sama pada bab lain, kecuali jika ada pengajaran lain di dalam hadits tersebut. 
04. Hadits yang panjang akan beliau ringkaskan untuk fokus kepada mesej bab tersebut. 
05. Beliau fokus kepada hadits-hadits berkait hukum-hakam. 
 
Di antara kitab-kitab yang mensyarahkan Sunan Abi Dawud: 
 
01. Ma’alim as-Sunan syarh Sunan Abi Dawud, karangan al-Khattabi (w.388H), 
02. ‘Aunul Ma’bud syarh Sunan Abi Dawud, karangan al-Azim Aabadi (w.1329H), 
03. Bazlul Majhud fi hal Abi Dawud, karangan Khalil Ahmad (w.1346H). 
 
Dan banyak lagi. 
 
walLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares#160315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

 

Sifat Solat Nabi- Bab 1-Rukun Pertama- Niat

0

Assalamualaikum, Saya nak mulakan bab Sifat Solat Nabi saw. Buku rujukan utama adalah buku Fiqh Manhaji Mahzab Syafie.

Kita mulakan terus di mukasurat 283: Rukun Solat.

 

Bab 1, Rukun Pertama: Niat

Penulis sertakan hadis dibawah sebagai dalil Niat adalah rukun pertama untuk ibadat solat ini:-

Dari ‘Umar bin Al Khattob, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah saw bersabda,

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya. Dan setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, mkaa hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya karena mencari dunia atau karena wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kepada yang ia tuju.” [HR. Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907]

Sedikit maklumat tentang hadis ini:

  1. Menurut Imam Nawawi rh, niat merupakan penunjuk aras untuk menilai sahnya sesuatu amalan. (Syarah hadis 40, hadis 1, terbitan darulhaq, ms6)
  2. Imam Syafie rh mengatakan, hadis ini mengandungi 70 bab fekah & sebahagian ulama mengataan hadis ini 1/3 merangkumi 1/3 Islam. (Syarah hadis 40, hadis 1, terbitan darulhaq, ms19)

 

Kembali kepada buku Fiqh Manhaji, mukasurat 283, syeikh menulis:

  1. Niat tempatnya didalam hati
  2. Untuk menjadikan solat sah, seseorang hendaklah menyertakan niat didalam hati ketika bertakbiratul ihram & sedar tujuan untk bersolat semasa melafazkan takbir serta mengingati jenis solat dah fardunya.
  3. Niat untuk solat tidak disyaratkan melafazkannya.

 

Dari sumber rujukan berikut, beberapa maklumat tambahan:

  1. Niat hendaklah dihadirkan pada permulaan solat, samada seiring dengan takbiratul ihram mengikut mazhab Syafie ataupun boleh sebelum takbiratul ihram mengikut mazhab Ahmad dan Abu Hanifah. (Majmuk 3/277-278).
  2. Ibn Rajab al-Hanbali juga mengatakan bahawa Niat adalah qasad didalam hati, tidak wajib lafaz selain dari dalam hati. [Jaami’ al-Ulum wa al-Hikam, 1/92].

 

Maklumat tambahan terakhir yang saya mahu kita semua baca adalah dari kitab Al Umm, karangan Imam Syafie rh pada mukasurat 155 &156 (Jilid 1, Terbitan Pustaka Azzam).

bab niat solat

 

sam. bab niat solat

 

Sifat Solat Nabi – Rujukan

0

Sebelum memulakan sesi pembelajaran, mohon rakan-rakan download dahulu 2 buku di link dibawah ini:

disini

1. Ensiklopedia Solat
2. Fiqh Manhaji

Juga, nasihat kepada diri sendiri & juga rakan2-rakan disini, saya sertakan hadis dibawah untuk sama-sama baca & teliti:

Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

  “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”
(HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)

Amalan itu bergantung dengan niat.
Semoga niat saya & rakan-rakan disini seiring atau selari.

Jika ada rakan-rakan yang mempunyai niat untuk mencari-cari ruang kesalahan & bukan untuk ilmu, maka saya sarankan samada batalkan niat tersebut atau jadi pemerhati sahaja.

Betulkan niat.
[admin]

1. Mari kita kenal penulis-penulis kitab-kitab di atas. Kita mulakan dengan kenal penulis kitab Fiqh Manhaji as Syafie:
a. Dr. Mustofa Al-Khin
b. Dr. Mustofa Al-Bugho
c. Syeikh Ali Asy-Syarbaji
👇 Sila baca dahulu pdf dibawah.

Biodata penulis Fiqh Manhaji Syafie

2. Juga perlu kita semua tahu latarbelakang Imam kita, Imam Syafie rh.
👇Rujuk pdf dibawah:

Imam Syafie Sang Pembela Sunnah dan Hadits Nabi

Atau boleh juga rujuk (juga baca pdf diatas) ebook fiqh manhaji dari mukasurat 21-47.

Permasalah Dadah

0

Bismillah…
Note 55 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PERMASALAHAN DADAH

1. Pengertian:
  Dadah dikenali sebagai Al Mukhaddirat membawa maksud semua jenis dadah yang menyebabkan akal seseorang berkeadaan (biol) sama ada kloroform, candu, ganja atau seumpamanya.

2. Hukum Dadah :
  Kerana ia memudharatkan akal dan badan, dan menyebabnan penyakit serta pelbagai implikasi buruk yang diketahui oleh umum.

3. Hukuman Mengambil Dadah :
  Ta’zir iaitu hukuman yang jenisnya dab ringan atau beratnya terserah kepada keputusan penghakiman, samada penjara, sebat, celaan atay lain-lain

4. Permasalahan yang Terkecuali :

4.1. Ketika kecemasan atau Dharurat

4.2. Keperluan perubatan.

4.3. Melakukan pembedahan.

Minuman yang Haram & Memabukkan

2

Bismillah…
Note 54 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

MINUMAN YANG HARAM DAN MEMABUKKAN

1. Hukum Minuman :
  Hukuman minuman sama seperti makanan yang asalnya harus dan halal.

Firman Allah SWT :
“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.”
Surah Al Baqarah : 29

1.1. Hujan yang turun dari langit, yang terbit dari bumi, air perahan buah-buahan atau buah-buahan dan sebagainya, adalah halal.

2. Minuman yang Haram :

2.1. Minuman yang haram adalah sesuatu yang memudharatkan peminumnya, seperti racun dan sebagainya, kerana ia merosakkan dan membinasakan badan.

2.2. Sesuatu yang najis seperti darah yang mengalir, air kencing dan susu binatang yang tidak halal dagingnya kecuali susu manusia.

2.3. Sesuatu yang mabuk seperti arak, iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain.

3. Pengertian Mabuk :
  Maksudnya pemikiran terlalu kacau, yang menghalang fungsi akal kerana tidak dapat mengawal dengan bijal dan sepatutnya.

Berdasarkan hadith Jabir RA :
“Apabila banyak benda memabukkan, maka yang sedikitpun adalah haram.”
Riwayat Abu Dawud : 3681
Al Tirmizi : 1866
Ibn Majah : 3393

4. Minuman yang Memabukkan Adalah Najis :
  Menurut Mazhab Shafiee, arak dan minuman yang memabukkan adalah najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT :
“Bahawa sesungguhnya arak, dan judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji).”
Surah Al Maidah : 90

5. Hikmah Pengharaman Minuman yang Memabukkan :

5.1. Allah SWT mengurniakan nikmat yang berbagai-bagai kepada manusia, paling utama ialah nikmat akal yang membezakan manusia, bahkan memuliakannya berbanding dengan makhluk yang lain.

5.2. Semua minuman yang memabukan merosakan akal mengakibatkan mereka menjadi lemah dikuasai oleh hawa nafsu, timbul rasa benci dan persengketaan dikalangan umat Islam serta putus hubungan serta hilang rasa kasih sayang.

6. Hukuman Peminum Arak :

6.1. Hukuman dari sudut perundangan dilaksanakan didunia iaitu hukuman hudud.

6.2. Hukuman dari sudut agama yang dilaksanakan pada hari Kiamat.
Dari sudut agama hukumnya berdosa.

7. Hukum Had bagi Peminum Arak :
  40 kali sebatan dengan syarat yang akan dijelaskan.
Berdasarkan hadith dari Anas RA :
“Nabi SAW menyebat peminum arak sebanyak 40 kali sebatan dengan pelepah tamar dan selipar.”
Riwayat Muslim : 1706

8. Syarat Menthabitkan Hukuman :

8.1. Keterangan yang lengkap. Dua saksi lelaki bagi peminum arak tersebut.

8.2. Pengakuan peminum arak  itu sendiri mengakui bahawa dia telaha meminum minuman yang memabukkan.

Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan yang dipaksa.”
Riwayat Ibn Majah : 2045

Makanan dan Minuman

0

Bismillah…
Note 53 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

MAKANAN DAN MINUMAN

1. Makanan Halal dan Haram :
  Kaedah syara’ memgetaui sesuatu makanan itu sama ada halal atau haram berdasarkan firman Allah SWT :
“Katakanlah (wahai Muhammad) : Aku tidak dapati dalam.apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor, atau sesuatu dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian, sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana dharurah), sedang ia tidak menginginnya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah Al An’am ; 145

2. Prinsip Pertama :
  Semua binatang yang dianggap elok oleh orang Arab semasa hidup senang dan pada zaman Rasulullah SAW adalah halal.

2.1. Semua jenis ikan yang hidup dilaut walau apapun namanya kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang Arab. Syara” menguatkan hukumnya halal dan harus dimakan.

Firman Allah SWT :
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut.”
Surah Al Maidah : 96

2.2. Binatang ternakan iaitu unta, lembu, kamben, kuda, seladang, keldai liar, kijanh, arnab dan lain-lain yang dianggap elok oleh orang Arab, yang kemudiannya diakui halal oleh syara’.

  Daripada Jabir R.A katanya : “Rasulullah SAW memberi kami makan daging kuda dan menegah kami memakan daging keldai.”
Riwayat Al Tirmizi : 1794

  Baghal termasuk dalam kategori keldai kerana baghal ialah kacukan binatang halal dengan binatang haram, iaitu kuda dan keldai. Syara’ menetapkan bahawa bahagian yang haram mengatasi yang halal.

3. Prinsip Kedua :
  Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram. Seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, ibn awi iaitu sejenis binatang yang besar sedikit daripada musang dan lebih kecil daripada anjing dan kukunya panjang. Selain itu gajah, singa, harimau, kera dan seumpamanya haram dimakan.

4. Prinsip Ketiga :
  Semua binatang yang disunatkan bunuh adalah haram. Contohnya ular, kala jengking, gagak, helang, tikus, dan semua binatang yang memudharatkan.

5. Pengecualian Hukum Ketika Dharurat:
  Hukum haram makan binatang berdasarka  tiga prinsip tersebut, dikecualika  ketika manusia ditimpa dharurat.

6. Perkara yang Haram dimakan ;

6.1. Semua jenis serangga, iaitu binatang kecil dan halus yang berkeliaran di bumi seperti semua, lalat, kumbang, ular, ulat-ulat, pijat-pijat, kutu, lipas, cicak dan sebagainya.

6.2. Burung yang haramndimakan ialah burung kakak tua, merak, rakhamah iaitu sejenis burung yang bentuknya seakan-akan burung hering, bughathah iaitu sejenis burung yang berwarna putih yang kecil sedikit helang dan kukunya kurang kuat, khuttuf dan Khuffasy burung lelayang dan kelawar.

6.3. Semua benda yang mutanajjis uang tidak dapat disucikan.

6.4. Sesuatu yang memudharatkan.

7. Perkara yang Halal dimakan ;

7.1. Antara yang halal dimakan ialah burung kasawari, itik, angsa, gagak ladang, merpati liar, merpati berparuh merah, daripada semua jenis merpati yang minum tanpa bernafas, iaitu minum seteguh lepas setegub tanpa menghisap.

7.2. Semua benda yang bersih, tidak memudharatkan, tidak menjijikan dan tidak mencemarkan seperti bunga-bungaan, buah-buahan, bijirin, telor, keju dan sebagainya.

7.3. Susu binatang yang halal dagingnya. Oleh itu, susu binatang yang tidak halal dagingnya, haram diminum kecuali susu manusia kerana ia bersih dan suci.

Cara Mudah Belajar Islam – Tugas Seorang Rasul

0

Cara Mudah Belajar Islam
Siri 6/100

Tugas seorang Rasul

Allah adalah rabb. Rabb adalah pentadbir dan pemelihara seluruh alam, khususnya makhluk manusia.

Allah mengutuskan sejumlah manusia yang memiliki sifat mulia dan akhlak terpuji untuk menjelaskan bagaimana untuk hidup yang Dia redha kepada umat manusia.

Manusia pilihan Allah itu dikenali dengan sebutan Nabi dan Rasul. Mereka diutuskan untuk menyampaikan perintah dan hukum hakam Allah dalam hubungan mereka dengan Allah dan juga sesama manusia.

Rasul dan Nabi terakhir yang diutus adalah Rasulullah, Nabi Muhammad saw.  Baginda adalah rahmat bagi semesta alam, termasuk jin dan manusia.

                 وما ارسلنك إلا رحمة للعلمين

                 “Dan Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat bagi seluruh alam.”

                 (Surah Al Anbia: 107)

Umat manusia hari ini kehilangan rahmat kerana mereka meninggalkan ajaran Allah swt yang di bawa oleh Rasulullah saw  yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah Nabi saw.

UiTO berusaha untuk menyampaikan mesej Al Quran dan As Sunnah agar umat manusia dapat faham petunjuk yang membawa kebahagiaan hidup di dunia dan selamat dari azab pada hari akhirat.

Fiqh Hadis: Simpan Perkakas Pertanian Diberi Kehinaan

0

Perkakas Agro

🔴 Apa maksud hadis ini?..

 

▶Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada saya ‘Abdullah bin Salim Al Himshiy telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Zaiyad Al Alhaniy

 

dari Abu Umamah Al Bahiliy berkata, ketika ia melihat cangkul atau sesuatu dari alat bercocok tanam,

 

lalu ia berkata, aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

“Barang seperti ini tidak masuk kerumah suatu kaum kecuali Allah akan memberikan kehinaan padanya”.

 

Abu Abdullah Al Bukhariy berkata: “Dan nama Abu Umamah adalah Shuday bin ‘Ajlan”.

(HR Bukhari no:2153)⬅

 

♻ Jawapan Utz Adou:

 

Al-Bukhariy meletakkan hadis ini dalam bab (بَابُ مَا يُحَذَّرُ مِنْ عَوَاقِبِ الِاشْتِغَالِ بِآلَةِ الزَّرْعِ، أَوْ مُجَاوَزَةِ الحَدِّ الَّذِي أُمِرَ بِهِ) yang berkaitan dengan menyibukkan diri dengan alatan pertanian sehingga melalaikan daripada kewajiban agama.

 

♻ Jawapan THTL:

 

OK dah jumpa, susah nak cari hadith ni

 

لاَ يدخلُ هذا بيتَ قومٍ إلَّا أدخلَهُ اللَّهُ الذُّلَّ

الراوي : أبو أمامة الباهلي / المحدث : البخاري/ المصدر : صحيح البخاري

الصفحة أو الرقم: 2321

 

1. Bukhari masukkan dalam Bab : Hal – hal yang Diperingatkan Dari Akibat – akibat Jelek Karena Sibuk Dengan Alat Pertanian atau Melampaui Batas dari Yang Diperintahkan”

 

2. Kata Ibn hajar, tidak boleh terlalu sibuk dengan pertanian (masa dulu masyarakat agrarian atau pertanian, ladan g kurma dan ternakan kambing dan unta) hingga meninggalkan jihad.

 

3. Nabi guna balaghah atau bahasa kiasan, masukkan cangkul dalam rumah maksudnya amat sibuk dengan pertanian hingga lupa ibadah dan jihad.

 

4. Hari ni sibuk dengan kerjaya dan business kerana kerja dan business telah ganti pertanian, hingga lupa ibadah dan dakwah/jihad🌴

Popular

Iklan

Iklan