Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.08.06 #160315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan Abi Dawud

01.08.06 #160315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan Abi Dawud

112
0
Iklan

Sunan Abu Dawud

 
 

Nota 01.08.06 Mengenal Kitab-kitab Hadits  

 
Susunan: BroSyarief 
 
SUNAN ABI DAWUD 
 
Nama asal bagi kitab ini memang as-Sunan, kerana ianya disusun mengikut tertib bab hukum-hakam sahaja, berbeza dengan al-Jami’ di mana di dalamnya disusun bukan mengikut tertib bab-bab hukum-hakam sahaja, malah bab-bab agama yang lain seperti sirah, tafsir, peperangan, akidah dan lain-lain. 
 
Nama sebenar penulis ialah Sulaiman ibn al-Asy’ats al-Azdi al-Sajistaani. Beliau dilahirkan pada 202H, di Sajistan, berhampiran Khurasan. Meninggal di Basrah, pada tahun 275H. 
 
Dia telah mengembara mencari hadits di Baghdad, Hijaz, Mesir, Jazirah, Naysabur, Syam dan banyak lagi. Dan berjaya mengumpul sekitar 500 000 hadits. 
 
Di antara guru-guru beliau adalah, 
 
01. Imam Ahmad bin Hanbal
02. Yahya bin Ma’in Abu Zakaria
03. Abu Ja’far an-Nafili
04. Shofwan bin Shalih
05. Hisyam bin ‘Umar
06. Ishaq bin Rahawaih
07. Qutaibah bin Sa’id
08. Utsman bin Muhammad bin Abi Sufyan
09. Abdullah bin Maslamah al-Qa’nabi
 
Dan ramai lagi. 
 
Jumlah hadits di dalam Sunan Abu Dawud mengikut salah satu pendapat ialah sebanyak 5274 hadits, dan terdapat sekitar 600 hadits mursal (istilah ini akan dibincangkan nanti). 
 
Imam Abu Dawud telah menulis satu risalah kepada ahli Mekah untuk menjelaskan gaya penulisan dan susunan di dalam kitab beliau. Di mana beliau telah menjelaskan pembahagian kedudukan hadits-hadits di dalam Sunan Abu Dawud: Sahih (Li zaatihi), Ma Yusybihu (Sahih li Ghayrihi), Ma Yuqaribuh (Hasan li zaatih), Wahn Syadid (Sangat lemah) dan yang terakhir yang mana tidak dikomentari, ianya dianggap Soleh (boleh jadi Sahih, Hasan atau Dha’if, bergantung kepada kajian para ulama terhadap hadits-hadits tersebut). 
 
Di antara keunikan Sunan Abi Dawud: 
 
01. Di dalam satu bab, beliau akan letak hanya satu atau dua hadits sahaja dari hadits-hadits yang Sahih, walaupun sebenarnya terdapat lebih banyak lagi. 
02. Jika terdapat dua hadits yang sama-sama kekuatannya, dia akan dahulukan yang lebih dahulu dia mendapatkan hadits tersebut. 
03. Beliau tidak mengulang hadits yang sama pada bab lain, kecuali jika ada pengajaran lain di dalam hadits tersebut. 
04. Hadits yang panjang akan beliau ringkaskan untuk fokus kepada mesej bab tersebut. 
05. Beliau fokus kepada hadits-hadits berkait hukum-hakam. 
 
Di antara kitab-kitab yang mensyarahkan Sunan Abi Dawud: 
 
01. Ma’alim as-Sunan syarh Sunan Abi Dawud, karangan al-Khattabi (w.388H), 
02. ‘Aunul Ma’bud syarh Sunan Abi Dawud, karangan al-Azim Aabadi (w.1329H), 
03. Bazlul Majhud fi hal Abi Dawud, karangan Khalil Ahmad (w.1346H). 
 
Dan banyak lagi. 
 
walLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares#160315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

 

Komen dan Soalan