Utama Bilik (63) Sifat Solat Nabi SAW Sifat Solat Nabi- Bab 1-Rukun Pertama- Niat

Sifat Solat Nabi- Bab 1-Rukun Pertama- Niat

910
0
Iklan

Assalamualaikum, Saya nak mulakan bab Sifat Solat Nabi saw. Buku rujukan utama adalah buku Fiqh Manhaji Mahzab Syafie.

Kita mulakan terus di mukasurat 283: Rukun Solat.

 

Bab 1, Rukun Pertama: Niat

Penulis sertakan hadis dibawah sebagai dalil Niat adalah rukun pertama untuk ibadat solat ini:-

Dari ‘Umar bin Al Khattob, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah saw bersabda,

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya. Dan setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, mkaa hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya karena mencari dunia atau karena wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kepada yang ia tuju.” [HR. Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907]

Sedikit maklumat tentang hadis ini:

  1. Menurut Imam Nawawi rh, niat merupakan penunjuk aras untuk menilai sahnya sesuatu amalan. (Syarah hadis 40, hadis 1, terbitan darulhaq, ms6)
  2. Imam Syafie rh mengatakan, hadis ini mengandungi 70 bab fekah & sebahagian ulama mengataan hadis ini 1/3 merangkumi 1/3 Islam. (Syarah hadis 40, hadis 1, terbitan darulhaq, ms19)

 

Kembali kepada buku Fiqh Manhaji, mukasurat 283, syeikh menulis:

  1. Niat tempatnya didalam hati
  2. Untuk menjadikan solat sah, seseorang hendaklah menyertakan niat didalam hati ketika bertakbiratul ihram & sedar tujuan untk bersolat semasa melafazkan takbir serta mengingati jenis solat dah fardunya.
  3. Niat untuk solat tidak disyaratkan melafazkannya.

 

Dari sumber rujukan berikut, beberapa maklumat tambahan:

  1. Niat hendaklah dihadirkan pada permulaan solat, samada seiring dengan takbiratul ihram mengikut mazhab Syafie ataupun boleh sebelum takbiratul ihram mengikut mazhab Ahmad dan Abu Hanifah. (Majmuk 3/277-278).
  2. Ibn Rajab al-Hanbali juga mengatakan bahawa Niat adalah qasad didalam hati, tidak wajib lafaz selain dari dalam hati. [Jaami’ al-Ulum wa al-Hikam, 1/92].

 

Maklumat tambahan terakhir yang saya mahu kita semua baca adalah dari kitab Al Umm, karangan Imam Syafie rh pada mukasurat 155 &156 (Jilid 1, Terbitan Pustaka Azzam).

bab niat solat

 

sam. bab niat solat

 

Komen dan Soalan