Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Minuman yang Haram & Memabukkan

Minuman yang Haram & Memabukkan

243
2

Bismillah…
Note 54 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

MINUMAN YANG HARAM DAN MEMABUKKAN

1. Hukum Minuman :
  Hukuman minuman sama seperti makanan yang asalnya harus dan halal.

Firman Allah SWT :
“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.”
Surah Al Baqarah : 29

1.1. Hujan yang turun dari langit, yang terbit dari bumi, air perahan buah-buahan atau buah-buahan dan sebagainya, adalah halal.

2. Minuman yang Haram :

2.1. Minuman yang haram adalah sesuatu yang memudharatkan peminumnya, seperti racun dan sebagainya, kerana ia merosakkan dan membinasakan badan.

2.2. Sesuatu yang najis seperti darah yang mengalir, air kencing dan susu binatang yang tidak halal dagingnya kecuali susu manusia.

2.3. Sesuatu yang mabuk seperti arak, iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain.

3. Pengertian Mabuk :
  Maksudnya pemikiran terlalu kacau, yang menghalang fungsi akal kerana tidak dapat mengawal dengan bijal dan sepatutnya.

Berdasarkan hadith Jabir RA :
“Apabila banyak benda memabukkan, maka yang sedikitpun adalah haram.”
Riwayat Abu Dawud : 3681
Al Tirmizi : 1866
Ibn Majah : 3393

4. Minuman yang Memabukkan Adalah Najis :
  Menurut Mazhab Shafiee, arak dan minuman yang memabukkan adalah najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT :
“Bahawa sesungguhnya arak, dan judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji).”
Surah Al Maidah : 90

5. Hikmah Pengharaman Minuman yang Memabukkan :

5.1. Allah SWT mengurniakan nikmat yang berbagai-bagai kepada manusia, paling utama ialah nikmat akal yang membezakan manusia, bahkan memuliakannya berbanding dengan makhluk yang lain.

5.2. Semua minuman yang memabukan merosakan akal mengakibatkan mereka menjadi lemah dikuasai oleh hawa nafsu, timbul rasa benci dan persengketaan dikalangan umat Islam serta putus hubungan serta hilang rasa kasih sayang.

6. Hukuman Peminum Arak :

6.1. Hukuman dari sudut perundangan dilaksanakan didunia iaitu hukuman hudud.

6.2. Hukuman dari sudut agama yang dilaksanakan pada hari Kiamat.
Dari sudut agama hukumnya berdosa.

7. Hukum Had bagi Peminum Arak :
  40 kali sebatan dengan syarat yang akan dijelaskan.
Berdasarkan hadith dari Anas RA :
“Nabi SAW menyebat peminum arak sebanyak 40 kali sebatan dengan pelepah tamar dan selipar.”
Riwayat Muslim : 1706

8. Syarat Menthabitkan Hukuman :

8.1. Keterangan yang lengkap. Dua saksi lelaki bagi peminum arak tersebut.

8.2. Pengakuan peminum arak  itu sendiri mengakui bahawa dia telaha meminum minuman yang memabukkan.

Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan yang dipaksa.”
Riwayat Ibn Majah : 2045

2 KOMEN

Komen dan Soalan