Utama Blog Halaman 316

Jika Quran Boleh Berbicara..

0

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiadalah rugi malah sangat beruntung bagi mereka yang berdinihari dengan berwudhu’ dan membaca Al-Quran dan sebelum sahur tiba, bermunajat kepadaNya dan di kala sahur pula menyambung memohon keampunan Illahi.  Sesungguhnya Allah menunggu puak-puak kita merendah diri bermohon keampunan di saat itu.

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda:

“Barang siapa membaca satu huruf dari kitab Allah, maka ia mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan tersebut sama dengan 10 kebaikan yang lain. Saya tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (H.R Tirmidzi. Ia mengatakan bahwa hadis ini hasan dan shahih)

Selepas solat subuh ini pula sama-sama kita berusaha membaca lagi Al-Quran. Sambil memandu mungkin, usahakanlah dengan yang terbaik.  Moga segala fadhilatnya berpihak untuk kerahmatan Nya untuk kita. Itulah harapan kita. In shaa Allah.

Petikan dari sebahagian..kalau Quran boleh berbicara..

“Peganglah aku lagi..bacalah kembali aku setiap hari
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat suci
Yang berasal dari Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui, Yang disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad Rasulullah
Keluarkanlah segera aku dari lemari atau lacimu
Jangan lupa bawa kaset yang ada ayatku dalam laci keretamu
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu
Sentuhilah aku kembali
Baca dan pelajari lagi aku
Setiap datangnya pagi dan petang hari
Seperti dulu..dulu sekali
Waktu engkau masih kecil, lugu dan polos
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan sendiri
Dalam bisu dan sepi
Maha Benar Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. .”

Akhir kalam, sekadar untuk renungan petikan dari ulasan buku Agama dan Politik karangan Dr Yusuf Al Qardhawi oleh Ustaz  Muiz di kuliah subuh:

“Hakikatnya, orang barat menjadi maju kerana mereka membuang agama kristian yang sesat sewaktu Reinassance dan lahirlah Kristian Protestant tetapi mereka banyak menggunakan falsafah dalam Islam terutama ilmu-ilmu yang di ceduk dari kegemilangan Andalusia. Pergilah ke negara-negara maju dan saksikan sendiri bagaimana prinsip-prinsip Islam tertegak berdasarkan Al-Quran kerana mereka mengkaji dan mengamalkanya…”

“Kebanyakan penentang pada agama Islam itu sendiri mutakhir ini adalah terdiri dari mereka yang faham agama Islam itu sendiri.  Ini adalah perangai iblis yang memangnya ‘alim dan taat serta tahu kehebatan Allah tetapi tetap ingkar pada perintah Allah.”

In shaa Allah, moga ada sedikit manafaat yang boleh di ambil untuk kita meneruskan.kehidupan sehari ini lagi. Biiznillah.

Wassalam

Nazaruddin Che Salleh

(Kolumnis UiTO)

100 Sunnah – Adab ke Masjid

0

 

100 Sunnah – 1 hari 1 Sunnah

19/100

Adab Ke Masjid

  1. Bersegera ke masjid
  2. Berdoa ketika pergi ke masjid
  3. Berjalan dengan bersahaja dan tenang.
  4. Berjalan kaki
  5. Berdoa ketika masuk masjid
  6. Mendahulukan kaki kanan ketika masuk masjid
  7. Mara ke saf pertama.
  8. Berdoa ketika keluar masjid.
  9. Mendahulukan kaki kiri sewaktu keluar masjid.
  10. Solat tahiyatul masjid.

Doa Masuk Masjid

 

اَللّهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ.

 “Wahai Tuhanku, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu”.

 

Doa Keluar dari Masjid

 

اَللّهُمَّ اِنِّيْ أسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ.

 “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan segala keutamaan-Mu”.

 

Sabda Rasulullah SAW:

 

“Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

 

Sabda Rasulullah SAW:

 

أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ؟ قَالُوا: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ: إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ, فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ

“Mahukah kalian aku tunjukkan atas sesuatu yang dengannya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahan dan mengangkat derajat?” Mereka menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda, “Menyempurnakan wudhu pada keadaan yang dibenci (seperti pada keadaan yang sangat dingin, pent.), banyak berjalan ke masjid, dan menunggu shalat berikutnya setelah shalat. Maka itulah ribath, itulah ribath.” (HR. Muslim no. 251)

 

Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

 

إِذَا سَمِعْتُمْ الْإِقَامَةَ فَامْشُوا إِلَى الصَّلَاةِ وَعَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ وَالْوَقَارِ وَلَا تُسْرِعُوا فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا

“Jika kalian mendengar iqamat dikumandangkan, maka berjalanlah menuju shalat, dan hendaklah kalian berjalan dengan tenang dan jangan tergesa-gesa. Apa yang kalian dapatkan dari shalat maka ikutilah, dan apa yang kalian tertinggal maka sempurnakanlah.” (HR. Al-Bukhari no. 117 dan Muslim no. 602)

 

Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- bahwasanya Rasulullah -shalallahu alaihi wa alihi wasallam- bersabda:

 

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Kalau seandainya manusia mengetahui besarnya pahala yang ada pada panggilan (azan) dan shaf pertama kemudian mereka tidak bisa mendapatkannya kecuali dengan undian maka pasti mereka akan mengundinya. Dan kalaulah mereka mengetahui besarnya pahala yang akan didapatkan karena bersegera menuju shalat maka mereka pasti akan berlumba-lumba (untuk menghadirinya). Dan kalaulah seandainya mereka mengetahui besarnya pahala yang akan didapatkan dengan mengerjakan shalat isya dan subuh, maka  pasti mereka akan mendatanginya meskipun harus dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 69 dan Muslim no 437)

 

Kemudian ketika berjalan menuju masjid hendaklah berdoa:

 

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا

“Ya Allah..berilah cahaya di hatiku, di penglihatanku dan di pendengaranku, berilah cahaya di sisi kananku dan di sisi kiriku, berilah cahaya di atasku, di bawahku, di depanku dan di belakangku, Ya Allah.. berilah aku cahaya”(HR Al Bukhari wa Muslim).

01.08.11 #210315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan Ad Darimi

0

 

Nota 01.08.11 Mengenal Kitab-kitab Hadits. Susunan: BroSyarief

SUNAN AD-DARIMI

Ia dikenal dengan nama as-Sunan. Ada juga yang menyebutkan namanya Musnad, kerana hadits-hadits di dalamnya ditulis dengan sanad. Nama penulisnya pula ialah Abdullah ibn Abdul Rahman ad-Darimi as-Samarqandi. Dilahirkan pada tahun 171H, dan meninggal pada tahun 255H. Dia telah mengembara ke Mesir, Syam, Iraq, Mekah dan Madinah.

Di antara guru-guru beliau ialah:

  1. Yazid ibn Harun
  2. Ya’la ibn ‘U’baidilLah
  3. Ja’far ibn Aun
  4. ‘UbaydilLah ibn ‘Abdul Majid
  5. Muhammad ibn Abi Bakr
  6. Wahab ibn Jarir
  7. Hashim ibn al-Qasim
  8. Ahmad ibn Ishaq
  9. Abu al-Mughirah al-Khaulani

Dan ramai lagi.

Jumlah keseluruhan hadits di dalam Sunan ad-Darimi adalah sebanyak 3503 hadits, disusun dalam 24 Kitab (Topik Utama) dan 1582 Bab (Sub-topik).

Di antara keistimewaan Sunan ad-Darimi:

  1. Kitab ini dimulakan dengan muqaddimah.
  2. Ia disusun mengikut bab-bab fiqh.
  3. Ia lebih dikenal di kalangan ulama hadits sebagai Musnad.
  4. Susunan kitab dan bab yang baik.
  5. Sikitnya jumlah periwayat-periwayat yang lemah bagi hadits-hadits di dalamnya.

Dan tidak terdapat satupun syarah kepada Sunan atau Musnad ad-Darimi kecuali satu, iaitu Fathul Mannan Syarh wa Tahqiq Kitab ad-Darimi, karangan Nabil al-Ghumari.

 

walLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

 

Soal Jawab Bersama Doktor 2

10
Studio shot of syringe and vial

Bersama Doktor Azlinda

 

Soalan 1

Doktor,mengapa duduk lama di atas lantai semasa melipat kain dan sewaktu hendak bangun,terasa sakit dibahagian dalam perut? Saya pernah jalani pembedahan anak ke 3 (twins) dan belakang sejak usia 40-an. Adakah tanda akan menopause?

Jawapan 1

Tidak pasti apa yang menyebabkan sakit perut, mungkin ada nerve compression di tulang belakang yang pernah di bedah.

 

Soalan 2

Doktor,Ibu-ibu hamil digalakkan mengambil omega untuk kebaikan janin. Betulkah pengambilan omega perlu dihentikan pada bulan ke-8 kehamilan kerana dipercayai omega mencairkan darah dan dibimbangi risiko tumpah darah semasa bersalin nanti?

Jawapan 2

Pengambil omega memang di galakkan semasa mengandung dan setakat ini tiada lagi kes pendarahan jika berterusan semasa mengandung. Pendarahan hanya berlaku jika ianya diambil secara berlebihan.

Walau macamana pun ikuti nasihat doktor yang merawat semasa mengandung.

Breakfast – most important meal of the day. Tidak bersarapan – tinggi risiko gemuk & diabetes

Hidangan – 1/2 pinggan sayur, 1/4 pinggan lauk dan 1/4 nasi beras perang. Brown rice – berasnya warna coklat muda, masih ada selapis kulitnya yang nipis yang ada serat, vitamin B & zat galian, Beras nasi dagang bukan beras perang. Malah beras nasi dagang lebih dekat dengan beras pulut yang tinggi carbohydrate

 

Soalan 3

Doktor Azlinda,saya jarang bersarapan pagi sebab kalau bersarapan awal pagi,saya akan mengalami sakit perut dan loya. Dan seringkali alami muntah-muntah dan kebiasaannya saya bersarapan selepas pukul 11. Kenapa jadi macam ini doktor?

Jawapan 3

Waktu bersarapan pagi ialah antara jam 7-9pg. Selepas tu tak dipanggil sarapan pagi lagi. Sakit perut & loya mungkin kerana makanan sarapan yang tidak sesuai atau perut dan usus yang tidak sihat

 

Soalan 4

Sejak disahkan radang hati yang kronik. Saya ambil susu ensure, sebab itu perut kenyang dan gastrik pun tiada. Memang berat badan saya dari 65 turun ke 58 kg.

Jawapan 4

Kebanyakan kita juga tak dapat keperluan protein yang cukup. Macam yang saya kongsi dulu, kita perlu ambil 1g protein untuk setiap kg berat badan.

Contoh : berat 60kg. Keperluan protein sehari : 60g. Jadi, kalau bahagi 3, msknanya sarapan kena makan 20g protein.. 1 telur saiz A = 7g protein. Ada kekurangan 14g lagi

 

Soalan 5

Penyakit apa yang selalu menyebabkan kulit kaki sering mengelupas dan apa langkah untuk mengatasi masalah ini?

Jawapan 5

Kulit kering dan menggelupas mungkin kerana :

  1. Kurang kelembapan
  2. Reaksi kepada sabun atau pencuci lantai yang ‘harsh’untuk kulit
  3. Eczema
  4. Jangkitan kulat

No. 3 & 4 biasanya gatal. Bila kita tau sebabnya baru boleh mengubatinya

 

Soalan 6

Kalau setiap hari kita bersarapan pagi dengan 2 biji telur separuh masak, apakah risikonya? Betulkah telur tidak boleh dimakan setiap hari? Adakah berbeza effect makan telur ke atas kanak-kanak dengan orang dewasa?

Jawapan 6

Telur adalah makanan yang berkhasiat, kaya dengan protein, vitamin dan zat galian untuk kanak-kanak dan dewasa. Akan tetapi, setiap hari bersarapan pagi dengan 2 biji telur secara berterusan mungkin kurang elok lebih-lebih lagi dengan cara ayam telur dibela sekarang. Mungkin beberapa kali seminggu, ok.

 

Soalan 7

Betulkah dalam iklan ditelevisyen mengenai ubat-ubatan tidak dikenakan GST?

Jawapan 7

Ubat ada yang tidak dikenakan gst dan ada yang kena

 

Soalan 8

Paracetamol itu ubat demam apa doktor? Tidak berkesan dan kalau demam kenapa anak saya diberi appeton sebab anak saya sudah berumur 16 thn, sedangkan dia cuma sakit tekak dan demam.

Jawapan 8

Memang paracetamol itu ubat demam, tidak berkesan mungkin tidak cukup dos, seorang yang berumur 16 tahun kena makan 2 biji 3 atau 4 kali sehari. Pharmaton hanyalah supplement.

 

Soalan 9

Saya makan banyak tetapi tidak gemuk, apa masalahnya doktor?

Jawapan 9

Besar kemungkinan kadar metabolisme asas tuan tinggi. Tapi jika ada tanda tangan asyik basah kerana peluh, gigil, berdebar debar, rasa bahang, bola mata terkeluar buatlah pemeriksaan, mungkin hormon tiroid tinggi.

Sebenarnya kita juga boleh train perut kita untuk menerima makanan, contohnya kalau kita jarang makan sayur perut kita rasa sakit bila makan sayur dan kembung. Apa yang kita boleh lakukan ialah sikit-sikit dahulu dan tambah setelah beberapa hari dan seterusnya, begitu juga dengan sarapan pagi, mula-mula makan sikit dan kita tambah selepas beberapa hari dan seterusnya.

 

Soalan 10

Anak saya lelaki 5 tahun, kalau demam terus bawa pergi ke klinik, balik klinik, sihat dan tak perlu makan ubat. Kenapa ya?

Jawapan 10

Alhamdulillah, macam rindu kat doktor saja. Sebenarnya demam biasanya disebabkan oleh kuman virus dan akan baik sendiri, tempohnya bergantung kepada sistem immunity individu. Ubat di beri hanya untuk memberi sedikit keselesaan dan bukannya untuk menyembuhkan dalam demam dan selsema.

 

Soalan 11

Apakah punca-punca kencing berdarah? Kawan saya minum sebiji lemon+kulitnya+madu+minyak zaitun. Esoknya dia rasa sakit dan dapati kesan darah dalam air kencing. Sekali sahaja pengambilannya.

Jawapan 11

Punca punca kencing berdarah.

  • Batu karang
  • Jangkitan pada salur kencing dan pundi
  • Kanser pada pundi
  • Radangan di buah pinggang
  • Dan lain lain lagi

Biasanya kalau sekali sahaja kita tidak buat apa apabila ujian pada air kencing tiada darah secara mikroskopik

 

Soalan 12

Kulit saya mengalami tompok merah, kemungkinan alahan atau gigitan serangga, rawatan apa yang bagus untuk menghilangkan parut dan tanda-tanda merah dan kadang-kadang gatal bila panas?

Jawapan 12

Boleh cuba krim vitamin e, tapi biasanya warna hitam pada parut akan hilang selepas 3 bulan

 

Soalan 13

Kenapa saraf tubuh kita bergetar? Seperti menggigil? Apakah penyakitnya? Setakat ni saya bertemu dua orang wanita yang alaminya. Saya rasa tidak selesa bersalaman dengannya. Seolah dia tarik tenaga saya kepadanya.

Jawapan 13

Mungkin warga emas. Orang yang ada essential tremor. Parkinson disease. Orang yang mempunyai kerosakan pada sistem kordinasinya

 

Soalan 14

Doktor, bolehkah kita mencegah dari terjadinya kerosakan pada sistem koordinasi tu?

Jawapan 14

Sistem kordinasi rosak di sebabkan stroke, ketumbuhan, syphilis dan lain lain lagi, jadi kena elakkan dari mendapatkan lebih keadaan ini, tetapi ketumbuhan sesuatu yang kita tak boleh kawal. Elakkan dari mendapat penyakit ini.

 

Soalan 15

Ruam sering timbul di kulit saya terutama di kawasan kulit yang ditutup oleh pakaian dalam. Saya kerap bertemu doktor untuk selesaikannya masalah ini. Biasanya doktor akan dekrepsi krim. Bila sudah selalu berulang saya hanya beli krim di farmasi saja. Setakat ini krim yang saya beli sendiri, lagi cepat berkesan bila guna ialah candid B ( jika tidak Silap tulisan nya). Ada kesan sampingan tak jika saya guna ia dalam tempoh yang panjang untuk mencegah ruam yang timbul pada kulit?

Jawapan 15

Candid b merupakan kombinasi dua jenis ubat, steroid dan antifungal. Jika di gunakan dengan sapuan yang nipis insyaa Allah kesan sampingan adalah minimal. Selain itu boleh juga amalkan lebih kerap mandi dan menukar pakaian dalam

 

Soalan 16

Doktor,adakah ruam ini terjadi disebabkan kekurangan vitamin tertentu? Selalunya saya mandi 2 kali saja sehari. Ruam akan timbul bila kulit berpeluh dalam sebulan mesti dalam seminggu ruam menyerang semula.

Jawapan 16

Setakat yang saya tahu bukan di sebabkan kekurangan vitamin tertentu, ini mungkin disebabkan oleh kelembapan badan kita atau material pakaian dalam dalam. Eloklah kalau kita pastikan pakaian dalam dari kain kapas dan mandi 3 kali sehari.Apabila kulit kita lembap senang kulat untuk tumbuh yang menyebabkan ruam dan gatal.

 

Soalan 17

Bolehkah krim vitamin e hilangkan gatal-gatal? Sebab bila ke klinik doktor berikan krim steroid

Jawapan 17

Krim vitamin e untuk hilangkan parut. Steroid kena sedikit sahaja, jangan sapu sampai nampak putih tompok tompok tapi sedikit sahaja dan sapu sehingga hilang warna putih, jangan tenyeh

 

Soalan 18

Tangan anak saya selalu berpeluh dengan banyak. Umur 14 tahun. Apa yg menyebabkan tangannya berpeluh dengan banyak? Bagaimana cara mengubatinya?

Jawapan 18

Jika berpeluh dengan banyak sehingga mengotorkan buku ini kita panggil polyhidrosis. Cara mengubatnya kena berjumpa dengan pakar kerana kadang-kadang melibatkan pembedahan mikro memotong saraf yang merangsang kelenjar peluh. Jika tidak begitu teruk saya rasa boleh gunakan krim. Tapi berjumpa lah dulu dengan doktor untuk kepastian.

 

Soalan 19

Apa pendapat doktor tentang perubatan homeopathy?

Jawapan 19

Maaf saya tak boleh nak bagi komen.Tiada ilmu tentang homeopathy.

 

Soalan 20

Apa pendapat doktor mengenai diet atkins? Adakah ia baik atau tidak?

Jawapan 20

Atkins diet mengandungi protein dan lemak yang tinggi dan sangat rendah karbohidrat. Mungkin kena adjust sedikit makanan harian :

  1. Sayuran 4-6 cawan
  2. Protein yang cukup (sebhgnya dari tumbuhan) – 1/4 pinggan
  3. Lemak yang bagus – Omega 3, 9
  4. Karbohidrat kompleks dari wholemeal bijirin, kekacang dan beras perang – 1/4 pinggan
  5. Air kosong yang bersih 2L + 1L dari buah2an,sayuran dan lauk (sup)

 

Soalan 21

Apakah normal bagi seorang lelaki apabila habis kencing akan keluar cecair putih kepekatan?

Jawapan 21

Cecair pekat yang keluar selepas kencing itu ialah cairan dari prostate dan normal terutama bagi mereka yang melakukan aktiviti fizikal yang berat.

 

Soalan 22

Di pasaran kini, bermacam-macam jenis perhiasan diri, yang saya hendak sentuh ialah deodorant spray, kebanyakkannya diguna secara terus pada badan. Adakah ia boleh memberi kesan jangka panjang pada kesihatan dalaman?

Jawapan 22

Maaf saya tiada pengetahuan tentang perkara tersebut, akan cuba cari fakta mengenainya.

 

Soalan 23

Ubat ibuprofen + paracetamol bagus ke untuk demam atau paracetamol sahaja sudah mencukupi?

Jawapan 23

Memang paracetamol itu ubat demam, tidak berkesan mungkin tidak cukup dos, seorang yang berumur 16 tahun kena makan 2 biji 3 atau 4 kali sehari. kedua-dua nya boleh digunakan untuk demam tapi paracetamol mempunyai anti demam yang lebih baik. Kalau nak guna ibuprofen kena berhati-hati di khuatiri jika di berikan pada pesakit demam denggi akan menyebabkan pendarahan lebih teruk.

 

Soalan 24

Sahabat saya Pn. Shida mengalami masalah sakit lutut yang agak kronik. Sebelum ini pernah dapat rawatan ( suntikan jel dalam lutut tetapi masih tak membantu ). Doktor ada nasihat selain makan ubat (glucosamine sulfhate 500-3x sehari. Ada juga buat exercise ). Ada juga ambil habatus sauda+minyak zaitun. Kalau ambil kolagen boleh membantu atau tidak sakit lutut ni?

Jawapan 24

Bolehlah cuba tetapi saya tak pasti keberkesanannya. Beliau juga boleh cuba prp dan kalau sangat mengganggu boleh buat total knee replacement

 

Soalan 25

Betulkah penggunaan fluorida tidak bagus untuk kesihatan dan kesejahteraan umat manusia sejagat?

Jawapan 25

Setahu saya golongan antifluoride yang sentiasa claim dari dulu fluoride beri banyak kesan keburukan seperti kanser terhadap kesihatan tubuh badan.

Seperti golongan antivaksin juga. Berjela-jela panjangnya alasan tapi belum terbukti secara ilmiah. Kalau dari segi kesihatan gigi, fluoride sangat membantu proses remineralisation struktur gigi.

Cuma untuk kanak-kanak, penjaga kena awasi supaya mereka tidak menelan ubat gigi yang mengandungi fluoride sebab kalau ini jadi amalan kanak-kanak tersebut, boleh menyebabkan dental fluorosis. water fluoridation pun bagus tapi ada had ppm dia.

Mungkin kena belajar sejarah kenapa fluoride digunakan boleh membantu.Biasa golongan-golongan ini kebiasaannya lupa sejarah. Kalau mereka tahu sejarah.mereka tak akan persoalkan.

 

Soalan 26

Apakah fungsi ibuprofen? adakah sebagai agen antibiotik or painkiller kalau pcm sudah memadai untuk anti demam.

Jawapan 26

Ibuprofen ialah anti inflammatory dan ada anti pyretic sikit.Kita memang jarang gunakan ibuprofen untuk demam, kita hanya guna paracetamol.Saya tidak pasti kombinasi paracetamol ibuprofen ini ada atau tidak, tak pernah jumpa lagi.

Kehebatan Wuduk Dari Rumah (1 Sunnah Setiap Hari)

0

100 Sunah

1 Sunah Setiap Hari

12/100

UiTO BILIK(113) FIKRATUNA

 

Wudhu’

 

1⃣3⃣ Berwudhu’ di rumah.

 

“Barangsiapa bersuci di rumahnya, lalu dia berjalan ke salah satu masjid Allah utk menunaikan salah satu kewajipan yang ditetapkanNya, maka dari langkah kaki keduanya itu, langkah kaki yang satu menghapuskan dosanya, sedangkan langkah kaki yang satu lagi mengangkat darjat.”

 

HR Muslim.

 

1⃣4⃣ Berhemat dalam menggunakan air.

 

“Rasulullah saw berwudhu’ dengan satu mud air sahaja.”

 

HR Al Bukhari dan Muslim.

 

*1 mud: 0.6875 liter.

Hadis 2 : Perwatakan Rasulullah Dalam Syamail Muhammadiyyah

0

Hadis 2

شرح الديارية ألاحديث  الشمدئل احملمدثة          

Syarhu d-Diyariyyah Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

-2 حادَثاناا حايْد بْن ماسْعادا ةا الْباصْرِيُّ ، قاالا : حادَثا ناا عابْد الْواهَابِ الثَ قافِيُّ، عانْ حايْدٍ، عانْ أاناسِ بْنِ ما الِكٍ، قاالا: كاانا راسول اّللَِ صالَى اّللَ عالايْهِ واسالَما رابْ عاةً، لايْسا َبِلطَوِيلِ واَلا َبِلْقاصِريِ، حاسانا اْلِسْمِ، واكاانا شاعْره لايْسا بِاعْدٍ واَلا سابْطٍ، أاَسْارا اللَوْنِ، ِإذاا ماشاى ياتاكافَأ .

 

2- Telah bercerita kepada kami Humayd bin Mas`adah Al -Basriy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami `Abdu l-Wahhab As-Saqafiy, daripada Humayd, daripada Anas bin Malik, dia berkata: Rasulu Llah ialah orang yang bersaiz sederhana, tidak tinggi dan tidak rendah, tubuh yang baik. Dan rambutnya tidak keriting dan tidak lurus. Warnanya

cerah. Apabila dia berjalan, dia condong ke hadapan.

 

Syarah Adou_Fr:

 

Hadis ini menjelaskan saiz tubuh Nabi seperti hadis sebelumnya. Kemudian disebutkan bahawa Rasulu Llah itu mempunyaï tubuh yang bagus atau badan yang elok. Rambut Nabi disebutkan seperti hadis sebelumnya. Begitu juga warna badan Nabi. Seterusnya dijelaskan cara berjalan Nabi condong sedikit

 

ke hadapan seolah-olah menuruni cerun.

FIQH WANITA 20 ( UMUM )

4

Soalan 1
Bagaimana cara Rasulullah SAW mengangkat hadas besar? Sekiranya kita telah mengangkat hadas besar perlukah lagi untuk mengangkat hadas kecil?
Jawapan 1 Thtl
2 dalam 1 hadath
Jika dah mandi junub maka automatik, hadath kecil dah terangkat.
hadith aisyah berkata,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَغْتَسِلُ وَيُصَلِّى الرَّكْعَتَيْنِ وَصَلاَةَ الْغَدَاةِ وَلاَ أُرَاهُ يُحْدِثُ وُضُوءًا بَعْدَ الْغُسْلِ.
“Rasulullah saw biasanya mandi dan langsung salat dua rakaat salat Subuh dan aku tidak melihat beliau memperbaharui wudhu kembali.” HR Termidzi, sahih

Soalan 2
Apa hukum memakai rantai kaki.? Ada yang cakap memakai rantai kaki tu sama seperti kita mengikut budaya hindu..
Mohon penjelasan.
Jawapan 2 Thtl
Hukum wanita pakai rantai kaki
Mubah atau harus, dalilnya:
وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ
Terj:
“…janganlah para wanita itu menghentak-hentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (AQS. An-Nur: 31)
Kata Imam Ibn Jarir dalam tafsir Tobarinya, sejak dulu, wanita sudah pakai gelang kaki, yang dilarang ialah membunyikan gelang kaki bila dia lalu di depan lelaki untuk tujuan menggoda. Jika bukan untuk tujuan itu, maka harus memakainya.

Soalan 3
Boleh jelaskan maksud kerja yang berkat atau duit yang berkat..
Jawapan 3 Thtl
Pekerjaan berkat, duit pun berkat
pertama: maksud berkat
Lughawi, bahasa, tumbuh dan bertambah banyak
Raghib Isfahani, berkat=Keberkatan itu ialah tetapnya kebaikan Tuhan di dalam sesuatu.
contoh maksud berkat:
Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.” AQ 3:96
maka berkatnya Mekah ni, ia semakin lama semakin besar, maju, semakin ramai jamaah umrah dan haji, mendatangkan kemakmuran kepada penduduknya dan negara saudi.
Maka berkat kepada kerja, maksudnya kerja tersebut halal, walaupun gaji kecil, tetapi ia mencukupi bagi nya, keluarganya bahagia
contoh yang tidak berkat, gaji CEO, tapi tak berkat, sebab rasuah,salah guna kuasa, namun hidupnya tidak bahagia

Soalan 4
Bagaimanakah cara terbaik untuk beriktikaf di masjid ketika bulan ramadhan bagi seorang wanita?
Jawapan 4 Thtl
I’tikaf bagi wanita
Ianya sunnah, dalil:
dari Aisyah ra,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ فَلَمَّا انْصَرَفَ إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ إِذَا أَخْبِيَةٌ خِبَاءُ عَائِشَةَ وَخِبَاءُ حَفْصَةَ وَخِبَاءُ زَيْنَبَ
“Bahwasanya Nabi saw hendak beri’tikaf. Maka ketika beliau beranjak ke tempat yang hendak dijadikan beri’tikaf, di sana sudah ada beberapa khemah, yaitu khemah Aisyah, khemah Hafshah, dan khemah Zainab.” HR Al Bukhari (2033) dan Muslim (1173)
Dengan dua syarat:
1. izin wali jika bujang, suami jika isteri
2. aman dari fitnah
Ruj: abu malik kamal, sahih Fiqh Sunnah II/151-152)

Soalan 5
Dipejabat saya ada surau kecil.Bahagian lelaki dan wanita dibahagikan dengan partition kayu.Bagaimana cara perempuan nak minta solat jemaah dengan lelaki?
Jawapan 5 Thtl
Posisi wanita dalam surau kecil
Hukumnya harus untuk 4 mazhab. yang dilarang, wanita solat bersebelahan lelaki tanpa tirai atau dinding atau partition. Jika ada partition, maka hukumnya boleh. ia bergantung kepada design mesjid, ideal, partition adalah ruang wanita di belakang, kalau double story seperti di saudi, wanita di tingkat atas
(Imam Nawawi, al-Majmuk, Jld 3, bab wanita dan solat jamaah)

Soalan 6
Maknanya kedua solat itu sah?
Jawapan 6 Thtl
Ya, sebab selepas solat kali pertama, solat di awal waktu, maka tak ada lagi coordination dengan lelaki

Soalan 7
Boleh tak makan ayam yang sudah terkena serangan anjing.lepas itu kita sembelih. Boleh makan atau tidak ayam tu?
Jawapan 7 Thtl
Ayam yang diserang anjing
Tidak boleh makan, sebab ada dua syubhah:
1. status anjing, anjing yang boleh makan gigitannya ialah anjing terlatih untuk berburu
2. ayam mesti mati kerana semelihan bukan sebab lain (gigitan anjing)

Soalan 8
Berdasarkan ‘janji manis’ untuk berkahwin, sejauh mana wanita perlu menunggu masa untuk hatinya terbuka? Jika beginilah keadaannya, apakah dikira berdosa dia tidak mahu kahwin (sampai entah bila) kerana takut disakiti lagi?
Masih tentang isu yang sama. Bolehkah berdoa agar hatinya (lelaki itu) terbuka untuknya kembali? alasannya: takut dah cuba buka hati tapi tiada juga jodoh yang sampai.
Jawapan 8 Thtl
Cinta pandang pertama (calun yang cari sendiri) atau calun yang dicadangkan oleh famili?
Cinta cari sendiri lagi mudah, sebab anda dah buat homework, dah selidik latarbelakang.Yang jadi masalah, ialah calun yang dicadangkan oleh famili.

Soalan 9
Jika wajah yang membuatmu jatuh cinta , bagaimana caramu mencintai Tuhan yang tak berupa ?
Ayat ni betul ke?
Jawapan 9 Thtl
Cinta Allah bagaimana?
cara menyintai Allah..dalilnya:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(AQS.Ali Imran: 31)
Tidak boleh ikut jalan tasawwuf unutk mencintai Allah kerana itu cara yang melampaui batas.
Kata Ibnu Qayyim:
“Cinta kepada Allah itu ibarat pohon dalam hati, akarnya adalah merendahkan diri di hadapan Dzat yang dicintainya, batangnya adalah mengenal nama dan sifat Allah, rantingnya adalah rasa takut kepada (siksa)Nya, daunnya adalah rasa malu terhadap-Nya, buah yang dihasilkan adalah taat kepadaNya Dan penyiramnya adalah dzikir kepadaNya. Kapanpun jika amalan-amalan tersebut berkurang maka berkurang pulalah mahabbahnya kepada Allah”. (Raudhah al-Muhibin, ms 409).

Soalan 10
Apakah dikira hukum yang sama jika lelaki yang mengingkari janji tersebut? (Sekalipun boleh dianggap ‘biasa’ lelaki ‘suka’ berjanji.ada kisah yang ana jumpa, lelaki janji nak kawin dengan perempuan itu hingga beliau menolak perkenalan dengan lelaki lain.jenuh juga, bila dah diingkari sakitnya ditanggung oleh perempuan dan nak nasihat untuk lupakan sangat susah.terutama susah nak buka hati, takut terseksa lagi katanya
Jawapan 10 Thtl
Sama, sebab akhir zaman, lelaki yang baik semakin rare species.rosaknya zaman

Soalan 11
Hal khitbah. Dari pembacaan dan apa yang saya belajar sebelum ni, apabila lelaki dan perempuan saling mempersetujui untuk diikat dengan ikatan pertunangan, dalam Islam sudah dianggap bertunang, dan lelaki lain haram untuk meminang atas pinangan saudaranya. (itu baru niat, belum diadakan majlis tunang secara rasmi).
Persoalan, manakah yang lebih kepada sunnah? Maksud saya, andaikata ada lelaki lain yang ingin melamar sebelum majlis tunang rasmi.
Jawapan 11 Thtl
pinang atas pinangan
Jika perempuan dah redha dan setuju dengan pilihan hatinya dan sudah kasi lampu hijau kepada pria untuk masuk meminang. Itu tidak dikatakan meminang menurut uruf kerana ia masih rahsia antara dua orang sahaja.
yang dikira sebagai bertunang ialah bila pihak lelaki dah masuk meminang secara rasmi. Itu barulah haram orang lain meminangnya.
Jika belum ada rombongan masuk secara rasmi, namun si gadis sudah setuju, maka dia kenalah komited denagn janjinya, sebab termasuk dosa ialah mempermainkan harapan lelaki dan sifat munafik ialah berjanji dan ia tidak kotakan. Bila bertunang secara rasmi dan dia dapati calon pilihannya tidak cocok, maka dia boleh putuskan.

Soalan 12
Rakan saya berhutang dengan saya sudah hampir 4 tahun, tetapi enggan bayar .Dia hidup bermewah-mewah sedangkan saya memerlukan wang tersebut untuk komitmen seharian Apakah hukumnya ?
Jawapan 12 Thtl
Hutang lapuk dah 4 tahun
‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال كان رجل يداين الناس فكان يقول لفتاه إذا أتيت معسرا ‏ ‏فتجاوز ‏
عنه لعل الله ‏ ‏يتجاوز ‏ ‏عنا فلقي الله ‏ ‏فتجاوز ‏ ‏عنه
Terj:
Nabi saw bersabda: Suatu ketika dahulu ada seorang lelaki yang pernah memberi hutang kepada orang ramai. Beliau berkata kepada pembantunya: Apabila kamu menagih hutang daripada orang yang dalam kesulitan, berilah kelonggaran kepadanya, semoga Allah memberi kemudahan pula kepada kita. Kemudian beliau menemui Allah, maka Allah memberi kemudahan kepadanya . HR Muslim dr Abu Hurayra
Jika dia bukan dalam kesulitan, maka kena beri peringatan dengan SMS, dengan WA dan TG

Soalan 13
Saya ada membeli 2 barang. Bila beli 2 barang saya layak mencabut cabutan bertuah sebanyak 2 kali. Jadi saya akan mendapat 2hadiah.
Soalannya sekiranya saya meminta sahabat untuk beli barang dan cabutkan cabutan bertuah untuk saya, dan berjanji, 1 hadiah untuk sahabat saya dan 1 lagi untuk saya
Kebetulan hadiah yang diperolehi 1 mahal nilainya dan lagi 1 murah harganya.
Saya ditawarkan untuk memilih salah satu hadiah tersebut. Adakah menjadi satu kesalahan sekiranya saya memilih hadiah yang mahal itu?
Jawapan 13 Thtl
Hadiah cabutan bertuah
cabutan bertuah tu dari wang anda, maka ia adalah hak anda, maka terpulang kepada anda jika dapat dua hadiah, hendak ambik yang mana satu. Ini isu keduniaan.

Soalan 14
Macam mana cara makan cuka menurut nabi saw?
Jawapan 14 Thtl
Cara Nabi makan cuka
dalil hadith:
نِعْمَ الأُدُمُ الْخَلُّ نِعْمَ الأُدُمُ الْخَلُّ
“Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka.” (HR. Muslim no. 2052).
Bila Nabi tanya isteri-isterinya, apa yang ada untuk di makan, maka isterinya jawab, tak ada, yang ada hanya cuka, maka Nabi pun jawab,” cuka pun cukalah.sebaik-baik lauk adalah cuka.” ia suatu jawapan yang ringkas untuk menghilangkan rasa dukacita ahlil bayt, bahawa Nabi amat simpel, makan apa yang ada.
Maksudnya roti arab cicah cuka.
contoh: martabat dicicah dgn cuka dan bawang…itulah maksudnya. Ini kerana cuka adalah acid acetic, maka ia kena dimakan mengikut kemampuan seseorang, jika ada gastrik, maka cuka tidak boleh. Cuka di zaman salaf adalah cuka organic atau cuka asli yang diperbuat dari kurma.

Soalan 15
Apakah hukum memberi susu badan kepada bayi berumur 2 tahun untuk menjadi bayi susuan?
Jawapan 15 Thtl
Umur bayi untuk status susuan
usia bayi mesti bawah dua tahun penuh
dalil:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh” [QS. Al-Baqarah : 233].
dalil hadith:
لا يحرم من الرضاعة إلا ما فتق الأمعاء في الثدي، وكان قبل الفطام
“Penyusuan tidaklah mengharamkan kecuali apa yang mengenyangkan perut di masa menyusui yang dilakukan sebelum masa penyusuan (bawah dua tahun)” [HR. At-Tirmidzi no. 1152, Ibnu Hibban no. 4224, dan Ath-Thabarani dalam Al-Ausath no. 7513; disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 1/589-590].
fatwa saudi, As-Syabakah al-Islamiyah, no. 121933

Soalan 16
Apakah hukum memberi susu badan kepada bayi tanpa pengetahuan ibu kandung bayi tersebut.?
Jawapan 16 Thtl
Menyusui bayi tanpa pengetahuan si ibu
Hukumnya harus menyusukan mana-mana bayi, tapi kenalah memberitahu ibunya jika susuan itu sampai 5 kali kenyang, kerana ia merubah status bayi menjadi anak susuan.

Ramadhan: Apakah Kemampuan Syaitan Manusia ?

0

🔴 Ada sesiapa  dapat terang pasal syaitan yang diikat pada bulan Ramadhan?

 

♻ Ada dua maksud:

1. Literal, benar-benar diikat..

2. Setan tidak berupaya kerana meriahnya ibadat. Lagipun bila puasa, maka segala lubang untuk setan menggoda tertutup…puasa tu adalah firewall

 

Ini pendapat yang lebih rajih.

 

🔴 Dalam hadiskan dikatakan bulan puasa semua syaitan diikat ???

Pastu, sihir, saka dan lain-lain tu kan benda halus juga tapi still bebas juga dalam bulan puasa,

contohnya saka

Benarkah perkara ini?

 

♻ Kan ada dua pendapat…

 

Soalan asal anda, apakah maksud setan dibelenggu

 

Soalan kedua: Apakah aktiviti perdukunan dan sihir berkesan di bulan Ramadhan

 

Jawabnya Ya, kalau Allah izin

 

 

🔴 Maknanya…..urusan-urusan sihir ni tak dak kaitan dengan syaitan la yer?

 

♻ Ya…sebab setan manusia lain pula, yang amalkan sihir ni adalah manusia..

 

lihat AQ 2:102, harut dan marut

 

 

Contoh lain, kenapa rogol, pelacuran dan minum arak masih rancak di bulan Ramadhan…

 

Sebab ini aktiviti manusia durjana

 

🔴Adakah itu perbuatan nafsu

 

♻ ya..

 

Ok….Syukran Shaikh THTL

Nota dari http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

 

إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

 

“Apabila masuk sahaja Ramadhan, maka pintu-pintu Jannah (Syurga) pun dibuka, pintu-pintu jahannam ditutup, dan syaitan-syaitan pula dibelenggu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 11/55, no. 3035)

 

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ

 

“Apabila tiba saja malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan-syaitan dan jin-jin yang ganas (yang besar). Pintu-pintu Neraka ditutup dan tiada satu pun terbuka. Pintu-pintu Syurga pula dibuka dan tiada satu pun yang tertutup.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 3/103, no. 618. Ibnu Khuzaimah, 3/188, no. 1883. Dinilai hasan oleh al-Albani)

 

Imam Ibnu Khuzaimah (Wafat: 311H) menyatakan:

 

باب ذكر البيان أن النبي صلى الله عليه و سلم إنما أراد بقوله: و صفدت الشياطين مردة الجن منهم لا جميع الشياطين إذ اسم الشياطين قد يقع على بعضهم

 

“Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) syaitan-syaitan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 3/187)

 

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:

 

المراد بالشياطين بعضهم وهم المردة منهم وترجم لذلك بن خزيمة في صحيحه وأورد ما أخرجه هو والترمذي والنسائي وبن ماجة والحاكم

 

“… (Berdasarkan pendapat yang lain) Apa yang dimaksudkan syaitan dalam hadis ini merujuk kepada sebahagiannya, iaitu mereka yang ganas lagi menentang. Sebab itulah Ibnu Khuzaimah membuat judul bab dalam kitab Shahihnya untuk hadis berkaitan, lalu beliau menyebutkan hadis diriwayatkannya sendiri dan juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, dan al-Hakim… (sebagaimana di atas).”

 

Syaitan Dibelenggu, Tetapi Kenapa Maksiat Berleluasa?

 

Imam al-Qurthubi menjelaskan:

 

فإن قيل كيف نرى الشرور والمعاصى واقعة في رمضان كثيرا فلو صفدت الشياطين لم يقع ذلك فالجواب أنها إنما تقل عن الصائمين الصوم الذي حوفظ على شروطه وروعيت ادابه أو المصفد بعض الشياطين وهم المردة لاكلهم كما تقدم في بعض الروايات أو المقصود تقليل الشرور فيه وهذا أمر محسوس فإن وقوع ذلك فيه أقل من غيره اذلا يلزم من تصفيد جميعهم أن لا يقع شر ولا معصية لأن لذلك اسبابا غير الشياطين كالنفوس الخبيثة والعادات القبيحة والشياطين الإنسية

 

“Apabila dikatakan, “Mengapa kita masih melihat kejahatan dan maksiat berlaku di bulan Ramadhan. Sekiranya syaitan dibelenggu, bukankah sepatutnya perkara seperti itu tidak akan berlaku?”

 

Maka jawabannya, “Bahawasanya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu para penentang yang ganas dari kalangan mereka sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya. Apabila semua syaitan dibelenggu, juga tidak menjadi sebab untuk tidak akan berlakunya kejahatan dan kemaksiatan. Kerana sebab berlakunya kemaksiatan itu turut didorong oleh sejumlah faktor lainnya selain dari faktor syaitan. Boleh jadi disebabkan nafsu yang buruk, tabiat yang kotor, dan syaitan-syaitan dari kalangan manusia sendiri.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 4/114)

 

Wallahu a’lam…

Firaun Sindir Jihad Nabi Musa a.s

0

kutukan-firaun-tutankhamen-131103b

Bismillah ArRahman ArRahim

Allahumma Rabbana Zidna ilma

Allahumma Rabbana Ihdinas sira talmustaqim

Amma ba’du

 

(يَا قَوْمِ لَكُمُ الْمُلْكُ الْيَوْمَ ظَاهِرِينَ فِي الْأَرْضِ فَمَنْ يَنْصُرُنَا مِنْ بَأْسِ اللَّهِ إِنْ جَاءَنَا ۚ قَالَ فِرْعَوْنُ مَا أُرِيكُمْ إِلَّا مَا أَرَىٰ وَمَا أَهْدِيكُمْ إِلَّا سَبِيلَ الرَّشَادِ)

[Surat Ghafir 29]

 

Allah swt berkata kamu semua..Quran ini untuk kita

 

Biasalah pemimpin yang jahat memerintah negara dengan berbuat berbagai pembangunan… suatu tamadun

 

Wahai kaum ku, kerajaan Mesir memang kita memerintah pada hari ini. Maka siapakah dapat menolong kita daripada bala Allah jika bala itu datang pada kita.

 

Firaun tak bolih biarkan, kata-kata orang ini mempengaruhi mesyuarat.

 

Firaun berkata.. tak làh pendapat ku melainkan apa yang aku nampak… nampak Musa sedang merosak fikiran org kita. Dan tidaklah aku nak pimpin kamu melainkan pada jalan yang benar…. tak mahu Musa merusak kan cara hidup kita.

 

(وَقَالَ الَّذِي آمَنَ يَا قَوْمِ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ مِثْلَ يَوْمِ الْأَحْزَابِ)

[Surat Ghafir 30]

 

Dan berkata orang yang beriman itu… wahai kaum ku, sungguh aku takut …akan timpa pada kamu saperti mana di timpa pada kaum yang dulu… Kaum Noh, Aad, samut, madyan, Luth. ..

 

Jika kita terus dengan akidah dan amalan syirik dan bidaah, kita juga akan di balas saperti kaum-kaum yang sudah binasa…

(مِثْلَ دَأْبِ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ وَالَّذِينَ مِنْ بَعْدِهِمْ ۚ وَمَا اللَّهُ يُرِيدُ ظُلْمًا لِلْعِبَادِ)

[Surat Ghafir 31]

 

Yaitu kita hidup seperti adat akidah dan amalan. .seperti kaum Noh, dan Aad dan Samut dan kaum-kaum selepas daripada mereka … ya Allah dah binasa kan.

 

Dan tidaklah Allah ingin nak menzalimi makhluk Nya. Yaitu ahli kaum-kaum itu yang menzalimi diri sendiri dengan melakukan syirik bidaah pada Allah

 

(وَيَا قَوْمِ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ يَوْمَ التَّنَادِ)

[Surat Ghafir 32]

 

Dan wahai kaum ku, ….Jika kamu terus engkar tauhid ini , yang di bawa Musa….

 

Sungguh aku takut bimbang pada kamu … pada hari panggil memanggil. ..yaitu mahsyar

Kamu tak dapat pertolongan daripada mana-mana orang

 

(يَوْمَ تُوَلُّونَ مُدْبِرِينَ مَا لَكُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ عَاصِمٍ ۗ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ)

[Surat Ghafir 33]

 

Yaitu…hari kamu berpaling membelakangi. …syura sebab kamu akan di bawa ke neraka..

 

Tak ada lagi lah buat kamu daripada Allah. …yaitu daripada neraka Allah.. sebarang kawan rapat…yaitu dapat tolong kamu daripada neraka Allah.

 

Dan barang siapa yang Allah telah sesatkan, maka tak ada lagi lah, pada dia… sorang yang boleh ajar atau ajak ke jalan yang benar

 

 

Tafsir

Di sesatkan Allah

 

1. Takdir Allah , dia itu orang sesat

 

2. Petunjuk Allah dah dia dengar dan faham tapi dia enggan nak terima..kemudian dia tolak.. kemudian dia ejek-ejek daie-daie Allah

..kemudian dia lakukan zahir penentangan. ..Allah kunci mati hati nya….Jadi kafir

 

(وَلَقَدْ جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِنْ قَبْلُ بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِمَّا جَاءَكُمْ بِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ مِنْ بَعْدِهِ رَسُولًا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُرْتَابٌ)

[Surat Ghafir 34]

 

Orang beriman itu kata lagi

Dan sungguh, telah datang pada kamu semua dulu… Yusoff. .nabi juga dia dulu.. dengan membawa dalil-dalil Allah yang jelas nyata ..pada kamu..

 

Maka kamu. .yaitu tok nenek kita dulu.. tetap lah juga dalam keraguan…. tentang ajakan tauhid … tatkala ajakan tauhid ini …datang pada kamu. ..di bawa Yusoff dulu.

 

Sehingga apabila. ..Yusoff as ..dia telah wafat. ..

 

Kamu …tok nenek mereka… kata. . Tak mungkin lagi lah, Allah akan bangkitkan selepas mati nya Yusoff as…seorang rasul lain. .

 

Kerana dakwa dan akidah demikianlah, Allah telah memberi sesat kepada orang yang melampaui batas. ..dalam syirik bidaah pada ugama. ..  lagi sangat ragu-ragu pada akidah kepercayaan.

 

(الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ ۖ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ الَّذِينَ آمَنُوا ۚ كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ)

[Surat Ghafir 35]

 

Sifat-sifat orang di sesatkan Allah. Yaitu.. orang-orang yang membantah pada ayat-ayat Allah. ..perintah-perintah Allah. ..

tanpa dalil bukti bantahan mereka… yang datang pada mereka. ..yaitu daripada kitab Allah dan hadis rasul Nya

 

Tafsir

(مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ إِلَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلَادِ)

[Surat Ghafir 4]

 

Tak membantah mereka terhadap ayat-ayat ….tauhid …Allah melainkan orang-orang kafir

 

Jangan lah mempengaruhi kamu sebutan ahli-ahli bidaah ke sana ke mari atas bumi… sebar akidah dan amalan karut mereka

 

Contoh baca talkin pada orang mati… nabi kita tak buat atau ajar kerana dah ada perintah Allah. ..tak bolih buat… rusak akidah

 

(فَإِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَىٰ وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ)

[Surat Ar-Room 52]

 

Maka kamu…nabi kita dan kita semua..

 

Tak bolih memperdengarkan pada orang telah mati

 

Seperti mana kamu tak bolih memperdengarkan pada orang pekak, lebih-lebih lagi kalau orang pekak itu berpaling ke belakang.

 

Maksudnya membuat bidaah talkin… menentang ayat ini dan beberapa ayat lain…fatir 22.

 

Nabi tak buat kerana melanggar ayat-ayat sebegini… langgar ayat Allah. .kufur

 

(الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ ۖ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ الَّذِينَ آمَنُوا ۚ كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ)

[Surat Ghafir 35]

 

Sambung tafsir ayat ini. .

Kabura maktan. . Sangat besar kemurkaan di sisi Allah kemudian di sisi orang-orang yang beriman. .. terhadap bidaah-bidaah mereka buat ..mereka langgar ayat-ayat Allah. .Jadi syirik pula

Kerana yang demikianlah, Allah telah kunci mati ke atas setiap hati-hati yang sombong. ..daripada belajar wahyu Allah. ..

 

Jabbar.. ganas angkuh tindakan mereka terhadap daie-daie Allah. .

 

(وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ)

[Surat Ghafir 36]

 

Ini contoh.. mutakabbir..sombong , ganas dan ejek-ejek pada daie-daie Allah

 

Dan berkata Firaun.. ya Haman, bina bagi ku , satu bangunan tinggi atau tangga . .ke langit.. supaya aku boleh naik tangga … ke langit ..Ejek-ejek nabi Musa as

 

(أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا ۚ وَكَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ ۚ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ)

[Surat Ghafir 37]

 

Suatu tangga ke langit… Maka aku boleh tengok pada Tuhan Musa… kerana aku yakin …Musa dan Harun ini…pendusta. Dan kerana ejek-ejekan demikian lah, telah di hiasi pada Firaun…. keburukan amalan syirik bidaah nya di pandang elok…

 

Dan dia telah terpesong ..serta pengikut-pengikut nya..daripada jalan lurus.

 

Dan tidaklah tipu daya Firaun melainkan kerugian semata-mata.

 

(وَقَالَ الَّذِي آمَنَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُونِ أَهْدِكُمْ سَبِيلَ الرَّشَادِ)

[Surat Ghafir 38]

 

Dan berkata dia yang beriman itu. Wahai kaum ku , ikut lah jalan aku ini. Aku akan pimpin kamu ke jalan yg benar

 

Tafsir

 

Orang beriman itu, perlu bantah hujah Firaun. Firaun seorang yang licik bijak. Dia terpaksa ngaku dia dah beriman pada Allah

 

Dia kata cara ringkas saja.. ikuti lah aku.. aku akan pimpin kamu ke jalan yang benar

 

(يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ)

[Surat Ghafir 39]

 

 

Wahai kaum ku, sungguh kehidupan di dunia ini suatu kesenangan yang sementara sahaja.

 

Dan kehidupan akhirat itulah kehidupan di negeri yang kekal.

Kehidupan yang sebenarnya

 

(مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا ۖ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ)

[Surat Ghafir 40]

 

 

Barang siapa yang melakukan dosa maka tidaklah dia di balas melainkan balasan yang setimpal.

 

Dan barang siapa yang beramal soleh. ..seperti sunnah nabi..tak bidaah; baik dia lelaki atau dia perempuan, dengan syarat dia beriman… tak syirik

 

Maka sesiapa yang bersifat demikian, akan di masukkan ke syurga.

 

Di beri rezeki pada nya dalam syurga tanpa hisab,  tanpa di kira

 

Wabillahitaufiq walhidayat walhamdulillah hirabbil alamin

01.08.10 #200315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Muwatta Malik

0

 

Manuskrip al Muwatta

Nota 01.08.10 Mengenal Kitab-kitab Hadits  

Susunan: BroSyarief 

MUWATTA MALIK 

 

Nama Muwatta diberikan di atas dua sebab:

 

1. Ia dari kata وَطَّأَ (Wattho’a) yang bermaksud سَهَّلَ yakni, memudahkan. Memudahkan orang ramai menerima manfaat dari hadits-hadits di dalamnya.

 

2. Ia adalah hasil وَاطَأَ kesepakatan para ulama Madinah pada waktu itu, mengiktiraf himpunan hadits tersebut oleh Imam Malik.

 

Imam Malik diberi julukan Imam Dar al-Hijrah. Nama penuh beliau Malik ibn Anas ibn Abi Amir al-Asbahi.

 

Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 93H, dan beliau membesar di Madinah, dan kemudian meninggal pada tahun 179H.

 

Di antara guru-guru beliau:

 

01. Nafi’ ibn Abu Nu’aim

02. Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri

03. Abdullah bin Dinar

04. Muhammad Yahya al-Ansari

05. Abu Hazim Salmah al-Dinar

06. Yahya bin Sa’ad

07. Hisham bin Urwah

 

Dan banyak lagi.

 

Dia dikatakan menulis Muwattha selepas diminta oleh Khalifah al-Mansur ketika menunaikan haji, dan beliau mengambil masa 40 tahun untuk menyiapkannya, hasil saringan kepada 100 000 hadits yang diriwayatkan oleh beliau.

 

Sebahagian ulama menganggap kitab beliau sebagai di antara yang terawal. Dan ia diiktiraf oleh asy-Syafie sebagai kitab paling sahih selepas al-Quran (kerana pada waktu Imam asy-Syafie, masih belum wujud Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim). Menurut Dr Abullayts, kedudukan Muwatta menurut jumhur ulama hadits, adalah selepas Sahih Muslim.

 

Semasa zaman beliau, pembukuan hadits masih di lagi di peringkat awal. Di mana mereka tidak terlalu fokus kepada penyusunan bab, tetapi Muwatta telahpun disusun mengikut tertib bab dan topik. Adapun jumlah keseluruhan hadits di dalam Muwatta adalah sebanyak 1843 hadits.

 

Di antara keistimewaan kitab ini:

 

01. Di antara kitab yang terawal

02. Tidak mempunyai muqaddimah

03. Disusun mengikut bab-bab fiqh/

04. Ia penuh dengan fatwa-fatwa Imam Malik.

 

Di antara kitab-kitab yang mensyarahkan Muwatta Malik ialah:

 

01. al-Tamhid li ma fi al-Muwatta minal Ma’ani wa al-Asaanid, oleh Ibn Abdil Barr (w.463H)

02. Tanwir al-Hawalik ‘ala Muwatta Malik, oleh as-Suyutu (w.911H)

03. Syarh al-Zarqani, oleh al-Zarqani (w.1122H)

04. al-Maswa, oleh Syah Waliyullah ad-Dihlawi (w.1176H)

 

Dan banyak lagi.

 

walLaahu a’lam

 

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi.

 

#BroSyariefShares

Popular

Iklan

Iklan