Utama Blog Halaman 315

#180615 Bilik (09) Ulum al-Quran: Bab Makki & Madani

0

 

04.02 Bab Makki & Madani 

FAEDAH MEMAHAMI MAKKI DAN MADANI 

 

1. Membantu Pentafsiran al-Quran. 

Pengetahuan tentang keadaan-keadaan turunnya al-Quran membantu proses kefahaman al-Quran dan pentafsirannya dengan lebih jelas. Sama ada pengajaran didapati pada umumnya lafaz, tidak kerana khususnya sebab, atau sebaliknya. Dan apabila para Mufassir (yakni: Ulama bidang Tafsir) mendapati pertembungan di antara dua ayat, mereka akan dapat membezakan di antara yang Nasikh dengan yang Mansukh. (Bab Nasikh Mansuk akan dibincangkan kemudian).

 

2. Menghayati Gaya al-Quran, dan Faedahnya dari Aspek Dakwah. 

Bagi setiap keadaan atau situasi, ada kata-kata yang sesuai (untuk diucapkan). Dan meraikan tuntutan keadaan merupakan antara kaedah istimewa di dalam bahasa yang dipanggil ilmu Ma’ani dan Balaghah.

Kriteria-kriteria pada gaya ayat-ayat Makki dan Madani di dalam al-Quran memberikan satu gambaran manhaj atau skema kepada para pengkaji akan kaedah-kaedah komunikasi di dalam usaha mengajak ke jalan Allah, bersesuaian dengan cara fikir orang yang mendengarkannya.

Bagi setiap peringkat perkembangan dakwah, ada topik-topiknya dan gaya komunikasi yang bersesuaian, sebagaimana berbezanya gaya penyampaian kerana berbezanya kebiasaan setiap insan, keyakinan mereka dan suasana persekitaran mereka. Ini semua terserlah melalui variasi gaya penyampaian al-Quran pada berkomunikasi dengan orang-orang beriman, orang-orang musyrik, orang-orang munafiq dan ahli kitab.

 

3. Mengenal Sirah Nabi Melalui Ayat-ayat al-Quran. 

Pada menyelusuri wahyu yang turun kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam menjadikan sejarah dakwah dapat diselarikan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman Makki atau Madani sejak dari permulaan turunnya wahyu sehingga ke ayat terakhir yang turun.

Dan al-Quran merupakan rujukan asal bagi sirah ini yang tidak meninggalkan sebarang ruang keraguan pada apa yang diriwayatkan dari ahli sirah supaya bertepatan dengan al-Quran dan ia menjadi penetap kepada penutup khilaf jika berlaku pertembungan riwayat-riwayat.

 

walLaahu a’lam

 

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

 

Sesi Soal Jawab:

Soalan 1: Ayat yang turun ktika perang tabuk.. dikira makkiyah atau madinah?

 

Jawapan 1: Perang Tabuk berlaku pada tahun 9 hijrah

 

Jadi ayat tersebut jatuh di bawah kategori Madani. Kerana ia turun selepas Hijrah.

 

Soalan 2: Ayat yang turun masa fathul makkah dikire madani juga ke?

 

Jawapan: Ya

Tazkirah Ramadhan – 2/20

0

Antara keistimewaan puasa juga, Allah Subhanahu wa Taala akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:

 

Maksudnya : Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

 

Maksudnya : Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil al-Rayyan, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka, diseru: Mana orang-orang yang berpuasa? Maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Rujukan. :

 

وَعنْ أَبي هُريرة رضِي اللَّه عنْهُ ، قال : قال رسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « قال اللَّه عَزَّ وجلَّ : كُلُّ عملِ ابْنِ آدم لهُ إِلاَّ الصِّيام ، فَإِنَّهُ لي وأَنَا أَجْزِي بِهِ . والصِّيام جُنَّةٌ فَإِذا كَانَ يوْمُ صوْمِ أَحدِكُمْ فلا يرْفُثْ ولا يَصْخَبْ ، فَإِنْ سابَّهُ أَحدٌ أَوْ قاتَلَهُ ، فَلْيقُلْ : إِنِّي صَائمٌ . والَّذِي نَفْس محَمَّدٍ بِيدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائمِ أَطْيبُ عِنْد اللَّهِ مِنْ رِيحِ المِسْكِ .

للصَّائمِ فَرْحَتَانِ يفْرحُهُما : إِذا أَفْطرَ فَرِحَ بفِطْرِهِ ، وإذَا لَقي ربَّهُ فرِح بِصوْمِهِ » متفقٌ عليه.

وهذا لفظ روايةِ الْبُخَارِي . وفي رواية له : « يتْرُكُ طَعامَهُ ، وَشَرابَهُ ، وشَهْوتَهُ ، مِنْ أَجْلي ، الصِّيامُ لي وأَنا أَجْزِي بِهِ ، والحسنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا » .

وفي رواية لمسلم : « كُلُّ عَملِ ابنِ آدَمَ يُضَاعفُ الحسَنَةُ بِعشْر أَمْثَالِهَا إِلى سَبْعِمِائة ضِعْفٍ . قال اللَّه تعالى : « إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وأَنا أَجْزي بِهِ : يدعُ شَهْوتَهُ وَطَعامَهُ مِنْ أَجْلي . لِلصَّائم فَرْحتَانِ :فرحة عند فطره ، فَرْحةٌ عِنْدَ لقَاء رَبِّهِ . ولَخُلُوفُ فيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ ريحِ المِسْكِ»

وعن سهلِ بنِ سعدٍ رضي اللَّه عنهُ عن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال : « إِنَّ فِي الجَنَّة باباً يُقَالُ لَهُ : الرَّيَّانُ ، يدْخُلُ مِنْهُ الصَّائمونَ يومَ القِيامةِ ، لا يدخلُ مِنْه أَحدٌ غَيرهُم ، يقالُ: أَينَ الصَّائمُونَ ؟ فَيقومونَ لا يدخلُ مِنهُ أَحَدٌ غيرهم ، فإِذا دَخَلوا أُغلِقَ فَلَم يدخلْ مِنْهُ أَحَدٌ» متفقٌ عليه .

Tazkirah Ramadhan – 1/20

1

Pengenalan

Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Fadilat Puasa di bulan Ramadhan

Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, bersabda:

 

Maksudnya : Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan. (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

 

Hadis ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan.

Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:

 

– وَعنْهُ رَضِيَ اللَّه عَنْهُ ، قَال : كانَ رسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يُرَغِّبُ في قِيَامِ رَمَضَانَ مِنْ غيْرِ أَنْ يَأْمُرَهُمْ فِيه بعزيمةٍ ، فيقُولُ : « مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيماناً واحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّم مِنْ ذَنْبِهِ » رواه مُسْلِمٌ .

Maksudnya : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan-pengharapan, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tips Anak Genius

0

Tips Anak Genius Bersama Doktor Zubaidi bin  Ahmad

 

Setelah isteri hamil maka bermulalah satu langkah. Sebelum itu siapa dapat agak bila janin ditiupkan roh?. Saya bentangkan hal ini di University Southampton UK didepan student Malaysia yang berada di sana.

Mengikut Kajian saintifik janin mula bergerak pada usia kehamilan 6 atau 7 minggu. Pada masa inilah sebenarnya dianggap roh telah ditiupkan kerana ada degupan jantung dan fungsi saraf. Hanya orang yang hidup mempunyai degupan jantung jadi janin yang mula mempunyai degupan jantung dan mula bergerak dianggap sebagai permulaan roh ditiupkan. Mengikut hadits shahih pun begitu.

إذا مرَّ بالنطفةِ ثنتان وأربعون ليلةً ، بعث اللهُ إليها ملَكًا . فصوَّرها وخلق سمعَها وبصرَها وجلدَها ولحمَها وعظامَها . ثم قال : يا ربِّ ! أذكرٌ أم أنثى ؟ فيَقضي ربُّك ما شاء . ويكتبُ الملَكُ . ثم يقولُ : يا ربِّ ! أَجلُه . فيقول ربُّك ما شاء ويكتبُ الملَكُ . ثم يقولُ : يا ربِّ ! رِزقُه . فيقضي ربُّك ما شاء . ويكتبُ الملَكُ . ثم يخرجُ الملَكُ بالصحيفةِ في يدِه . فلا يزيدُ على ما أُمِرَ ولا يَنقصُ ” . الراوي : عامر بن واثلة أبو الطفيل – المحدث : مسلم – المصدر : صحيح مسلم – الصفحة أو الرقم: 2645 – خلاصة حكم المحدث : صحيح

Apabila nutfah telah melalui 42 malam, Allah akan mengutuskan kepada janin itu malaikat. Lalu ditetapkan rupanya, diciptakan pendengaran, penglihatan, kulit, daging dan tulang-tulangnya. Kemudian malaikat bertanya: “Wahai Tuhan! Lelaki atau perempuan?” Lalu Tuhanmu menetapkan apa yang dikehendakiNya, dan malaikat menuliskannya. Kemudian malaikat bertanya lagi: “Wahai Tuhan! Bagaimana dengan ajalnya?” Lalu Tuhanmu menjawab berdasar apa yang dikehendakiNya, dan malaikat menuliskannya. Kemudian malaikat bertanya lagi: “Wahai Tuhan! Bagaimana dengan rezekinya?” Lalu Tuhanmu menetapkan apa yang dikehendakiNya, dan malaikat menuliskannya. Kemudian, malaikat itu akan keluar membawa satu lembaran di tangannya, maka tiada lagi penambahan atas apa yang diperintahkan, dan tiada lagi pengurangan. Perawi: `Amir bin Watsilah Abu Ath-Thufail. Sumber: Shahih Muslim. Halaman atau nombor: 2645. Status: Shahih

Cuba darab 6 × 7= 42 hari atau 7 x 7= 49 hari. Sebelum itu janin hanyalah seketul daging yang disebut alaqah. Sebelum itu disebut nutfah keluar dari tulang sulbi. Tulang sulbi adalah istilah yang am. Untuk lelaki air mani dipancutkan oleh batang zakar dan berasal dari kerandut zakar (testes). Sementara wanita dihasilkan dari ovari. Kedua dua pergerakan air mani dan ovum dilindungi oleh tulang pubis.

Saya tak mahu mendetailkan bagaimana janin membentuk tetapi apa yang penting kita tahu bahawa roh mula ditiupkan sekitar minggu ke 6 dan ketujuh. Pada masa yang sama pembentukan otak dan fungsi otak bermula. Jadi jika mahu anak genius, berikan suplemen dan ransangan bermula pada masa ini.

Malangnya pada masa ini kebanyakan UPT masih negatif atau masih kabur. Saya ada menulis mengenai UPT. Bagaimana kadang kala kita keliru. Sebab itu ramai doktor mencadangkan agar penjagaan makanan untuk para ibu bermula apabila dia mula berniat mahu hamil. Sebab para isteri tidak tahu bila dia hamil sehingga dia tidak datang haid pada waktu yang sepatutnya (lambat haid) dan apabila buat UPT didapati positif. Pada masa itu sudah masuk minggu ke7 atau ke 8.

 

S : Doktor, benarkah seandainya mahu otak anak cergas kita suruh baby lihat benda-benda yang berwarna?

J : Itu bila baby dah lahir. Step kehadapan. Ini baru peringkat janin. Belum lahir lagi.

 

S : Doktor,benarkah makan buah nenas dalam kuantiti yang banyak, boleh sebabkan keguguran janin?

J : Soalan mengenai nenas dan hamil,boleh lihat di SINI

 

S : Doktor Zubaidi, bagaimana dengan pendapat ibu makan folat 3 bulan sebelum dia bercadang hendak mengandung dan diteruskan semasa mengandung?

S : Sekiranya pada hari ke 14 selepas period kita buat upt dan result positif, baby sudah berusia berapa minggu? Bagaimana kaedah pengiraan tu supaya tidak ketinggalan minggu ke 6 dan ke 7 itu?

S : Maksud genius di sini adalah genius seperti indigo childs ke doktor?

S : Amalan menurut sunnah nabi. Bagaimana pula pandangan doktor. Dari sudut pemakanan para ibu yang sedang hamil?

J : Elok jaga pemakanan bila ada niat untuk hamil. Mungkin 3-6 bukan sebelum itu. Ada yang mudah hamil dan ada yang sukar hamil. Bila ada niat untuk hamil dan mula mencuba, terus jaga pemakanan.

NOTA : Penjagaan makanan bukan saja tahu apa yang patut dimakan tetapi juga apa yang tidak harus dimakan. Genius ini bukan bermaksud setakat bagus IQ. Tetapi EQ dan SQ

Pembinaan hardware ( otak) bermula dari minggu ke 6. Cara kita beri didikan dan ransangan yang menyebabkan anak itu mendapat IQ EQ atau SQ. Didikan dan ransangan inilah software yang harus diberikan semenjak awal lagi. Jadi pembentukan otak harus pastikan janin ini mendapat nutrien makanan yang lengkap. Terutamanya omega 3 dan vitamin b kompleks.

Itu step kedua. Didikan dan ransangan masa janin dalam rahim. Step yang pertama pastikan pembentukan otaknya yang sempurna. Nutrien yang sempurna bukan saja dapat pada yang dinamakan makanan sunnah, tetapi banyak terdapat makanan yang halal dan berkhasiat (halalan toyyiban).

Sebab itu saya lebih suka apa yang dihalalkan lagi bernutrisi ini digalakkan, bukan setakat kurma dan madu saja. Tidak dapat dinafikan kurma dan madu banyak khasiatnya, tetapi untuk orang Asia seperti kita kurma dan madu hanyalah supplement. Bukan makanan asasi untuk wanita hamil.

Malah daging, telur juga sumber protein dan vitamin bagus untuk pembentukan otak bagi janin. Begitu juga buah-buahan dan sayuran berwarna. Vitamin untuk supplement boleh digunakan tapi jangan terlalu obses. Mungkin pakar pemakanan kita boleh sentuh pasal pemakanan.

Apa yang perlu dielak ialah segala jenis asap. Asap rokok asap kereta asap pembakaran. Semua mengandungi bahan kimia berbahaya. Saya kata perlu elakkan. Gunalah penutup hidung. Itu tanda kita kasih pada anak kita. Semua jenis asap yang ada bahan kimia. Cuba dielakkan.

Antibiotik, ada yang selamat dan ada yang tidak selamat. Jadi, kalau sakit jumpa doktor yang berpengalaman dan katakan puan hamil. Minuman berkabonat juga elakkan. Minuman berkafein. Dan segala supplement herba yang tidak diketahui isi kandungannya.

 

S : Kopi atau teh boleh tak diminum?

J : Minuman berkafein harap dielakkan. Jadi pembentukan otak dirangsangkan oleh pemakananan yang halal lagi berkhasiat. Untuk masukkan software pada otak anak di peringkat janin. Rangsangan berbentuk sentuhan dan bunyi adalah paling bagus.

Sentuhan pada abdomen isteri haruslah dilakukan oleh ibu dan bapa. Kesan getaran pada kulit abdomen akan ke dinding rahim terus ke air ketuban dan pada tubuh janin. Getaran yang membentuk kasih sayang dapat dirasakan sebab emosi dikawal oleh hypothalamus di otak sudah mula terjadi.

Sentuhan kasih sayang ini yang jarang diberikan atau diberikan sesekali-sekala. Inilah permulaan untuk meransang minda genius EQ.

 

S : Dikatakan juga kaedah mendengarkan alunan muzik-muzik neo klasikal seperti bach, mozart, dan lain-lain turut mempengaruhi perkembangan otak janin bayi dalam perut. Adakah ini satu fakta?

J :Itu rangsangan kedua iaitu bunyian. Ransangan sentuhan pun belum habis. Rangsangan harus diberikan dengan kasih sayang. Dengan hati. Berbicara sama ada dengan suara atau dalam hati. Ia ada hubungan. Hubungan antara ibu dan anak telah bermula sejak hamil. Malangnya hubungan anak dan bapa agak lambat. Hanya setelah bayi dilahirkan.

 

S : Saya pernah terbaca akan rangsangan muzik seperti kata tuan Khalid dan juga ibu mengandung perlu banyak buat latihan matematik.

J : Kita tidak mahu baca Al Quran ketika mengandung dan leka membeli-belah barangan bayi. Untuk jadi anak tidak perlu ransangan masa janin pun tidak mengapa. Tetapi hendak anak genius ia harus dimulakan sejak awal.

 

S : Doktor Zubaidi, semasa mengandung, suami isteri kena kurangkan hubungan intim ke?

J : Hubungan kelamin suami isteri harus dielakkan sehingga semester ke 2 atau 16 minggu. Ia paling selamat.

 

S : Maknanya emosi ibu turut ditekankan juga ya doktor? kalau ibunya asyik runsing dan tertekan, ianya turut memberi kesan awal kepada Eq dan Sq bayi?

J : Emosi ibu mengandung memang perlu dijaga terutamanya bagi ibu-ibu yang ada penyakit darah tinggi, andai kata tekanan darah tidak dikawal, kadang-kadang ada kes yang boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan. Kalau suami dah mengusap perut isteri setiap malam itu tanda sokongan suami. Ini juga membantu emosi ibu.

 

S : Saya dan pasangan baru berkahwin, apa nasihat doktor untuk merancang dapatkan zuriat, ransangan apa yang utama perlu saya berikan, kerana kedua-dua kami masih ada perasaan malu.

J : Untuk hamil perlukan pancutan air mani dalam vagina. Jika malu memang tidak akan hamil.

 

S : kalau hubungan intim sudah dilakukan, tetapi belum juga hamil, ada faktor lainkah yang perlu diberi perhatian untuk cepat hamil?

J : Selalunya tembak tak tepat, saudara abd halim. Pancutan itu harus dilakukan pada hari subur. Selain itu pastikan kualiti sperma dan ovum dalam keadaan baik.

 

S : Hasil persenyawaan kena pastikan dulu isteri ditahap waktu kesuburan yang tepat, suami punya sperma yang sihat. Ada tips tak, macamana tahu kualiti hendak pastikan sperma?

J : Kualiti sperma diperiksa dengan pemeriksaan air mani. Bagi wanita lebih sukar. Tetapi hormon progestrone yang paling penting semasa hamil. Jika rendah, lapusan endometrium dalam rahim yang menjadi tapak semaian tidak kuat dan luluh sebagai darah haid atau keguguran.

 

S : Betul ke orang tua dulu-dulu mengamalkan makan telur ayam kampung untuk tingkatkan kualiti sperma?

J : Makan telur kampung pun kena periksa air mani. Kalau isteri dah hamil tak perlu lah periksa. Makan telur ayam kampung dan madu lebih kepada memberi stamina masa berjimak.

 

S : Saya pun hanya laksanakan, dan tidak tahu hal sebegini perlu disemak dan dipelajari

J : Ramai yang tidak tahu tapi tidak mahu bertanya. Selain sentuhan fizikal, perlu juga ransangan bunyi. Secara saintifiknya ransangan bunyi dalam bentuk muzik yang lembut dan bacaan Al-Quran memberikan kesan positif yang sama. Cuma mendengarkan bacaan Al-Quran lebih barakah. Dalam rahim banyak perkara yang tidak dapat dikawal, jika pembentukan fizikalnya tidak betul ia boleh menyebabkan kecacatan. Tiada siapa yang dapat mengawal ini kecuali ALLAH SWT. Sebab itu kita mahu barakah dan pertolongan ALLAH semoga kehamilan yang berlaku berlaku dengan selamat. Sudah pasti muzik Mozart tidak memberikan barakah dalam hal-hal yang kita tidak dapat kawal. Itu beza antara bacaan Al-Quran dan muzik Mozart.

Getaran ini dapat dirasakan seperti mana ransangan fizikal tadi. Pendengaran janin mula terbentuk dalam waktu yang sama. Mereka mendengar dan memberi respon dalam pergerakan. Muzik yang kuat akan menyebabkan degupan jantung janin kencang dan ini mengganggu perkembangan fizikal dan emosi janin. Ia memberikan “stress” kepada janin. Rahim seharusnya seperti rumah dan kediaman yang tenang.

Begitu juga ransangan ini dapat dirasakan berkait dengan nada. Bukan setakat kekuatan bunyi saja. Nada-nada yang lembut dan baik harus diberikan. Nada-nada jahat seperti mengumpat, marah, sedih, tidak puas hati harus dijauhkan kerana memberi kesan pada EQ janin. Sebab itu elakkan emosi yang negatif ketika hamil. Ia memberikan kesan negatif pada EQ anak kita dalam rahim.

 

S : Doktor Zubaidi,Jadi percakapan kita pun harus dijaga sepanjang tempoh hamil?

J : Ya, ia memberikan kesan negatif pada EQ janin. Bukan setakat lisan tapi gerak hati juga. Sebab itu ada anak kita yang kuat cemburu masa kecil. Anak yang lain pula ok saja berkawan dengan kanak-kanak lain. Cuma yang penting cuba saya sampaikan. Bila hamil, kawal perasaan. Cakap hal-hal yang baik saja. Sudah semestinya dengan membaca quran dan zikir. Sebab itu dalam banyak kajian ibu hamil dan murung akan melahirkan anak yang mudah murung juga dan tidak tahan tekanan dari luar

 

S : Doktor Zubaidi, Kalau makan obimin, folid acid dan neurogain sejak niat nak pregnant dan sepanjang pregnant bolehkah?

J : Boleh,Obimin adalah multivit. Ada folic acid

 

S : Bagaimana dengan iberet?

J : Iberet ada zat besi. Elok tunggu lepas disahkan hamil.

 

S : Isteri saya lagi sebulan hendak bersalin, apa tips nak anak genius di masa ini?

J : Masih lagi boleh diberikan rangsangan. Teruskan berikan kasih sayang selepas bayi lahir. Ada kajian anak yang rapat dengan ayah lebih baik EQ dia bila dewasa.

 

S : Tapi Doktor, biasanya anak rapat dengan ibu. Ayah garang dengan anak.

J : Semasa anak berumur 7 tahun ke bawah kena tunjukkan kasih sayang. Garang semasa anak remaja. Itu pun bersebab bukan garang tidak tentu pasal.

 

S : Semasa hamil, saya suka menjawap sudoku. Adakah ini dapat membantu perkembangan otak janin doktor? Ibu yang selalu menjawab soalan matematik turut membantu perkembangan otak janin jugakah ?

J : Ia membantu. Ibu yang menggunakan otak kiri dan kanan membantu perkembangan IQ dan EQ anak. Ibu hamil yang hidup beragama akan membentuk ES pada anak. Anak lebih mudah terpaut pada spiritual dan keagamaan. Bergantung pada apa yang ibu baca. Al-Quran atau Bible ke. Itu merupakan pautan hati anak mula dibentuk.

Saya ada menulis beberapa artikel dlm blog mengenai EPO. Antaranya:

 

Tafsir Surah Az Zumar, Ayat 11-15

0

 

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ

[Surat Az-Zumar 11]

 

Allah perintah pada kamu supaya jadi begini. Katakanlah pada semua manusia iaitu pengisytiharan pada semua. Sesungguhnya aku di perintah supaya sembah/puja/ibadat/ doa hanya pada Allah saja.

Ini ialah pengulangan ikrar. Hendak mantapkan hati pelajar wahyu. Tulus ikhlas sepertimana Allah dan Rasul ajar; hanya untuk Allah saja sembahan kamu. ‘Deen’ bererti sembahan/ibadat dan lain-lain.

 

وَأُمِرْتُ لِأَنْ أَكُونَ أَوَّلَ الْمُسْلِمِينَ

[Surat Az-Zumar 12]

 

Dan aku juga di perintah supaya aku jadi orang yang mula sekali mentauhidkan Allah, daripada keluarga ku, kampung ku, taman ku , negeri ku, negara ku. Walau pun orang lain sibuk mengikut campuran ibadat yang nabi ajar dengan yang tok guru ajar.

 

وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ

[Surat Al-Waqia 10]

 

Tafsiran dengan Al Quran

Dan orang-orang yang mendahului daripada orang-orang terdahulu. Dulu sahabat-sahabat nabi di Mekah yang paling awal. Di sokong di bantu oleh kaum Ansar bila hijrah ke Madinah. Mereka ini lah orang-orang yang dahulu sekali beriman sedangkan kaum keluarga dan orang setempat membenci menghina mereka.

Sesiapa yang mula-mula beriman dalam ajakan tauhid ini pasti di boikot oleh ahli-ahli bidaah, seperti semua saudara-saudara sekarang.

 

أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ

[Surat Al-Waqia 11]

 

Orang-orang yang bersifat begini adalah orang-orang yang di dekatkan pada Tuhan mereka, Al-Muqarrabin

 

فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ

[Surat Al-Waqia 12]

 

Bila mati, akan di masuk ke syurga sama ada terus ke syurga atau pasti selepas Mahsyar. Siapakah mereka ini?

 

ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ

[Surat Al-Waqia 13]

 

Segolongan besar orang-orang dulu. Iaitu sahabat nabi dan sahabat semua nabi-nabi

 

وَقَلِيلٌ مِنَ الْآخِرِينَ

[Surat Al-Waqia 14]

 

Dan segolongan kecil orang-orang kemudian.

 

Soalan : Agaknya mungkinkah kita termasuk dalam golongan yang sedikit tu ustaz?

Ustaz Rosman: Wahai Allah Tuhan ku, jadilah kami ini yang tidak pernah mendengar ayat-ayat Mu di baca daripada lidah nabi kami, Hadis-hadis yang kami tak dengar di baca pada kami oleh nabi kami kerana Nabi kami sudah lama mati. Kami ini orang-orang yang amat sedikit yang percaya bulat-bulat tanpa membantah apa-apa ajaran Mu dan ajaran Nabi kami. Jadikanlah kami Ya Allah termasuk dalam golongan ini. Golongan yang Kamu dekatkan pada Zat Mu Tuhan ku

 

AZ-ZUMAR : AYAT 13

 

قُلْ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

[Surat Az-Zumar 13]

 

Allah perintah untuk kamu supaya kata pada mana-mana org yang ingkar tauhid ini. Beritahu mereka musyrikin, ahli-ahli kitab Malaysia : Sesungguhnya aku sangat takut, kalau aku ikut juga syirik dan bidaah yang kamu sedang buat, aku akan durhaka pada Tuhan ku. Kerana aku berjanji dengan kalimah syahadah ku; Aku akan dapat azab pada hari hisab amal depan Tuhan ku.

Jika kamu tak boleh tabligh lagi kerana keingkaran mereka dalam menerima ajakan tauhid ini maka Allah perintahkan  pada kamu semua supaya berkata begini:

 

AZ ZUMAR : 14

 

قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَهُ دِينِي

[Surat Az-Zumar 14]

 

Katakan pada mereka: Allah saja lah yang aku sembah/puja/ibadat/doa. Tulus ikhlas pada Dia saja dalam ugama ku. Bukan ikhlas cara paderi kristian dengan tak kahwin. Bukan ikhlas cara hindu budha dan lain-lain ugama. Tapi ikhlas seperti nabi kami ajar. Tauhid yang Allah Tuhan kami ajar.

Kalau kamu musyrikin/ahli kitab malaysia masih ingkar. Allah taala berkata pada kamu semua. Katakanlah pada Allah, sindir pada orang engkar. Hati sendiri pun memang mengEsakan Allah. Allah sajalah aku sembah. Tulus ikhlas kepada Allah jua ugama ku / ketaatan ku.

Ini pengisytiran kita pada sesiapa yang engkar tauhid. Ikhlas itu mesti seperti nabi kita ajar, tak serupa maka tak betul. Ikhlas seperti kristian hindu budha atau..syiah, habib, golongan yang guna ajaran guru mereka yang tak ada dalam Quran dan Hadis. Ikhlas mereka ini tak betul, ikhlas pada Allah tapi tak ikut ajaran Allah dan Rasul. Ikhlas buat solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu tapi buat secara berjemaah dengan imam dalam masjid. Di terima tak solat begini? Tidak terima.

Jadi ikhlas mesti seperti ajaran Nabi. Nabi dapat daripada wahyu

Habis situ

 

Soalan : 

Kamal Iqlaas – Ustaz, ada yang bertanya, “jika Nabi Muhammad dan sahabat tak buat, adakah sesuatu perbuatan itu haram?” contoh perbuatan yang saya dapat fikir, selawat di tengah padang beramai ramai. Dan perbuatan itu, kita husnu zhon, ikhlas.

Ustaz Ayah Aji Rosman : Wàa asyhadu anna muhamadur rasulullah. Kita dah janji kan pada Allah kita nak ikut ajaran nabi Muhamad saw

 

وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

[Surat Ta-Ha 115]

 

Ini contoh daripada cerita Nabi Adam as yang Allah sendiri cerita. Dan sesungguhnya Aku telah ambil perjanjian dengan Adam.. macam kita juga Allah ambil perjanjian, kalimah syahadah. Sebelum itu, tapi Adam lupa. Dan Aku tak dapati Adam itu ada kesungguhan yang kuat nak taat.

 

Salam Ustaz Ayah Aji. Soalan saya, solat sunat yang boleh dilakukan berjemaah selain solat sunat taraweh, solat apa lagi ye?

Ustaz Ayah Aji Rosman, : Ayah aji nak tanya, Nabi Adam makan pokok khuldi itu kerana nak durhaka pada Allah atau nak duduk dalam syurga??. Minta jawab.  Dia bukan nak durhaka kan??.  Setan lah yang kata ke Adam as. Bersumpah pulak tu, dia penasihat yang jujur, surah lain.

Jadi serupa lah yang duduk selawat ramai-ramai di padang adalah sangka baik macam nabi Adam as juga. Allah cerita macam-macam dlm Quran tapi tak faham maksud kerana tak belajar.

Guru-guru, sesetengah tu pun satu hal. Cerita sebelah saja tapi hal-hal di sebalik cerita yang berulang-ulang di utarakan Allah tak di ajar. Malah mereka sendiri jadi syaikh dalam amalan-amalan sangkaan / reka/ bidaah ni. Dan tak boleh buat solat sunat berjemaah kapit waktu. Jadi amalan-amalan kita dok buat selama ini hasil daripada sangkaan guru-guru kita sendiri, kita dah campur aduk ajaran nabi dengan ajaran-ajaran guru

 

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۗ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

[Surat Ash-Shura 21]

 

Ini lah Allah kata pada kita jika kita buat amalan-amalan rekaan. Atau apakah ada bagi mereka guru-guru yang bersukutu dengan fahaman-fahaman karut mereka. Yang buat syariat pada agama Allah. Yang Allah tak pernah beri izin. Allah wahyu kah pada nabi amalan-amalan itu? Atau kamu sahaja nak ambil daripada rekaan guru-guru karut?

Allah biarkan sahaja kamu buat itu kerana: Dan kalau lah tidak kerana keputusan Allah, azab neraka akan di beri selepas ujian mati. Tentu Allah akan buat keputusan masukkan kamu ke neraka sekarang!!!!! Ingat Allah tak bolih buat ke???

Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim. Zalim di sini ialah orang yang reka ugama. Zalim di sini ialah orang yang ikut orang reka ugama dengan tinggal janji sumpah ikrar mereka pada Allah. Bagi mereka di akhirat, azab yang teruk sungguh nak di beri.

Allah Akhbar!! Bertaubat lah anak-anak semua

Habis situ

 

Azril Ismail : Kenapa Allah swt benarkan manusia pilih syirik, sedangkan Allah swt tak redho ? “benarkan” dari segi ALLAH tak halang didunia ni

Azril, ayat dan huraian dah ada di atas.

 

Ust Ghafar: Kebaikan dan keburukan berjalan seiring keduanya terjadi atas izin Allah, bagaimana tu ayah aji?

Jawab nya krn Dia Allah Al Haliim ; Allah Tuhan kita. Mahal-mahal soalan hari ini. Golden questions. Dah faham ayat, tapi dok terpesir lagi

 

Ust Ghafar : Maknanya semua akan diampuni jua oleh Allah kecuali mati dalam syirik, kan ayah aji?

Problem hari ini kerja majlis fatwa seolah ganti kerja Tuhan, macamana sebagai orang kecil perlu taat mereka atau Tuhan?. Tetapi risikonya tinggi iaitu musnah dunia.

 

Ummu Yaser: Ustaz, kalau ada orang yang mengeluh setelah gagal berkali-kali dalam berusaha untuk dapat nikmat dunia lalu dia kata, susah senang Allah yang taqdirkan. Boleh terima kah?

Haliim, sifat Allah ringkas nya sahaja. Allah boleh tahan kemarahan nya, orang-orang sembah berhala, buat tawasul, ubah suai agama Nya. Dia boleh buat tak tahu saja segala kekufuran manusia. Dia beri azab sementara di alam barzakh, ringan saja. Dia buat kiamat. Dia tunggu lagi. Dia bangkitkan kita di mahsyar. Dia tunggu lagi. Dia buat pembicaraan. Dia kasi can (peluang) orang itu di adili seadil-adilnya. Kemudian baru Dia AZAB.

Itu lah Dia Allah yg bersifat Haliim. Sebab nya Allah nak kasi can (peluang) kita bertaubat. Belajar dan ikut yang benar

Ok dah jawab semua soalan-soalan di atas. Ayah aji hanya lah sorang yang sangat kesian pada orang kerana ayah aji dulu pun sheikh segala benda-benda karut ni.

Kita sambung

Allah berkata pada kamu semua. Beritahulah pada semua yang engkar.

 

 

SURAH AZ-ZUMAR : 15

 

فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ ۗ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

 

[Surat Az-Zumar 15]

 

Maka sembahlah pujaan-pujaan kamu sama ada nabi-nabi, wali-wali, malaikat-malaikat atau jin-jin atau panglima hitam atau panglima yusoff dan sebagainya pujaan kamu.

Apa saja roh-roh orang mati atau sesiapa saja yang kamu nak buat perantara bagi Allah supaya kamu rasa kamu boleh dekatkan diri pada Allah sedekatnya… buat lah. Kami sekali-kali tidak akan (dapat) buat.

Tetapi ingat: kamu ketahuilah. Jika kamu berakidah sedemikian. Itulah kerugian yang amat besar sekali pada kamu. Bila syirik pada Allah maka semua amal soleh akan hancur. Kamu akan dapat kerugian yang sangat nyata bagi kamu di akhirat kelak. Keadaan kerugian mereka ini sengaja Allah beritahu pada kamu supaya kamu akan sentiasa dalam berharap pada Tuhan kamu.

Beritahu mereka:

Sesungguhnya orang-orang yang rugi begini kerana syirik ini ialah orang-orang yang merugikan diri sendiri dan keluarganya di hari akhirat.

 

TAFSIR 2 :

 

فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ ۗ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

 

[Surat Az-Zumar 15]

 

Sembahlah pujalah serulah roh-roh orang dah mati itu sesiapa yg kamu nak seru/puja/sembah selain daripada Allah, yang iktikad dalam hati kamu ; utk hampirkan diri kamu pada Allah sedekah-sedekah itu (seperti dalam) Az-Zumar, ayat 3.

Tapi kamu daie-daie Allah juga, mesti beri nasihat lagi pada mereka. Ingat!!!

Sesungguhnya orang-orang yang paling rugi ialah orang-orang yang sengaja merugikan diri sendiri dengan syirik dan bidaah ibadat. Dan juga ajar ahli keluarga mereka dengan syirik bidaah ibadat ini akan di azab di hari akhirat.

Ketahui laahhh!!!!!

Yang demikian kerugian tiada satu pun ibadat akan dipertimbang. Adalah kerugian yang nyata sungguh bila kamu bertemu hisab amal esok.

 

01.08.12 #230315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Musnad Ahmad

0

 

Nota 01.08.12 Mengenal Kitab-kitab Hadits : Susunan oleh BroSyarief

MUSNAD AHMAD

Dinamakan Musnad, kerana hadits-haditsnya disusun mengikut tertib nama sahabat sebagai periwayat yang tertinggi. Penulisnya, bernama Ahmad ibn Hanbal asy-Syaibani, imam mazhab Hanbali. Beliau dilahirkan pada tahun 164H di Baghdad, dan meninggal di Baghdad pada tahun 241H. Beliau telah mengembara ke Yaman, Mesir, Syam dan banyak tempat lain, sehingga berjaya mengumpul dan menghafal sekitar 1,000,000 hadits.

Di antara guru-guru beliau ialah:

  1. Husyaim ibn Abi Basyir
  2. Sufyan ibn ‘Uyainah
  3. al-Qadhi Abu Yusuf
  4. Muhammad ibn Idris say-Syafi’i
  5. Abdullah ibn al-Mubarak
  6. Waki’ ibn al-Jarrah
  7. Abu Bakr ibn ‘Ayyash

Dan ramai lagi.

Kitab beliau, Musnad Ahmad, mengandungi 27,100 hadits (mengikut kiraan Dar Ihya at-Turats al-‘Arabi) dan beliau meriwayatkan hadits-hadits tersebut dengan sanad yang bersambung kepada 1,056 sahabat.

Menurut Syaikh Ahmad asSa’atiy:

Hadits-hadits di dalam Musnad Ahmad terbahagi kepada beberapa kategori:

  1. Hadits-hadits yang diriwayatkan oleh anak Imam Ahmad, iaitu Abdullah, yang mendengarkan hadits-hadits tersebut secara langsung dari Imam Ahmad. Jumlah hadits ini adalah majoriti melebihi 3/4 dari keseluruhan hadits-hadits.
  2. Hadits-hadits yang didengarkan oleh Abdullah dari ayahnya dan juga dari selain ayahnya. Jumlah hadits yang sifat sanadnya sebegini adalah sangat sedikit.
  3. Hadits-hadits yang Abdullah riwayatkan dari selain ayahnya, dan dinamakan Zawaiad Abdullah, jumlahnya agak signifikan.
  4. Hadits-hadits yang Abdullah tidak bacakan atau dengarkan dari ayahnya, tapi dia menjumpainya tertulis di dalam kitab ayahnya dengan tulisan tangan ayahnya sendiri.
  5. Hadits-hadits yang diriwayatkan oleh al-Qathi’iy, di antara periwayat dalam Musnad Ahmad, dan jumlah haditsnya paling sedikit dan disebut sebagai Zawaaid al-Qathi’iy.

Di antara keistimewaan Musnad Ahmad:

  1. Susunannya mengikut nama-nama sahabat mengikut keutamaan mereka. Bermula dengan 10 sahabat yang dijanjikan syurga, ahli keluarga Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, dan lain-lain.
  2. Sangat banyak periwayatannya.
  3. Ianya paling sahih di kalangan kitab-kitab Musnad.

Sementara kitab-kitab yang mensyarahkan Musnad Ahmad, di antaranya:

  1. Bulugh al-Amaani min Asrar al-Fath al-Rabbaniy, oleh Ahmad as-Saa’aatiy
  2. al-Qaul al-Musaddad fi al-Zab ‘an al-Musnad lil-Imam Ahmad

walLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

 

Hadis 3 : (Perihal Rambut Dan Pakaian) Asy-Syamail Muhammadiyyah

0

 

شرح الديارية ألاحديث  الشمدئل احملمدثة        

Syarhu d-Diyariyyah Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

 

Hadis 3

3- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، قَالَ: سَمِعْتُ الْبَرَاءَ بْنَ عَازِبٍ، يَقُولُ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا مَرْبُوعًا، بَعِيدَ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ، عَظِيمَ الْجُمَّةِ إِلَى شَحْمَةِ أُذُنَيْهِ الْيُسْرَى، عَلَيْهِ حُلَّةٌ حَمْرَاءُ، مَا رَأَيْتُ شَيْئًا قَطُّ أَحْسَنَ مِنْهُ.

3- Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Basyyar, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Ja`far, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Syu`bah, daripada Abi Ishaq, dia berkata: Saya telah mendengar Al-Bara’ bin `Azib, dia berkata: Rasulu Llah ialah seorang lelaki yang bersaiz sederhana, jauh jarak dua bahunya, lebat rambutnya ke cuping telinganya yang kiri. Dia memakai sepasang merah. Saya tidak pernah pun melihat orang yang lebih elok daripadanya.

 

Syarah Adou_Fr:

Hadis  ini  menjelaskan  saiz  tubuh  Nabi  seperti  hadis  sebelumnya,  dan dijelaskan bahawa Nabi mempunyaï dada yang bidang iaitu bahunya lebar. Seterusnya dinyatakan sifat rambut Nabi yang lebat dan panjang sehingga menyentuh cuping telinganya yang kiri. Nabi memakai sepasang pakaian iaitu kain dan selendang yang berwarna merah. Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna pakaian Nabi itu merah sepenuhnya, kerana ia ialah kain yang mempunyai corak berwarna merah yang disulam dengan benang hitam seperti tekstil buatan Yaman yang lain. Menurut rawi hadis ini iaitu Al-Bara’ yang merupakan seorang sahabat, dia tidak pernah melihat apa -apa pun yang lebih elok daripada Nabi apabila dia memandangnya.

 

HADITS ARBA’IN – 2

0

 

 

TENTANG ISLAM,IMAN,IHSAN DAN

TANDA-TANDA KIAMAT

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُالسَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : لإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ، وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ، فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم.

(Riwayat Muslim no. 8, Abu Daud no. 4695, al-Tirmizi no. 2738 dan al-Nasa’i no. 8/97 dengan sedikit perbezaan)

 

Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

”Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. 

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi:

Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). 

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

 

Pengajaran hadis:

1. Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah bukannya agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman. Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu Rukun lslam, Rukun Iman dan Ehsan.

 

  • Rukun lslam ada lima perkara iaitu:-
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Mendirikan sholat lima waktu
  3. Membayar zakat
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan
  5. Mengerjakan haji di Baitullahilharam.

 

  • Rukun lman ada enam perkara iaitu:-
  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada Malaikat
  3. Beriman kepada Kitab
  4. Beriman kepada para Rasul
  5. Beriman kepada hari Kiamat
  6. Beriman kepada Qadha dan Qadar

 

2. Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya. llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya.

 

3. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara’ para ulama dan orang berilmu.

 

4. Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusia yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT.

 

4 Maratib atau kelajuan / cara bacaan Al-Quran.

0

 

Tahqiq:

Iaitu kelajuan seperti tartil. Cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini biasanya dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar tentang al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifatnya dengan tepat dan betul.

Tartil:

Ialah bacaan perlahan-lahan, tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya dan sifatnya dengan memberikan hak sifat semula jadi huruf dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang) serta bertadabbur dengan maknanya. Biasanya dibaca oleh mereka yang sudah mengenal makhraj huruf, sifat-sifatnya dan tahu hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan.

Tadwir:

Kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar.

Hadar:

Bacaan cepat serta tetap dengan menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya diamalkan oleh para penghafaz al-Quran atau orang yang mentasmik hafazan di hadapan gurunya.

 

Talaqqi

0

 

Maksud Talaqqi:-

Talaqqi dari segi bahasa diambil daripada perkataan dalam Bahasa Arab iaitu pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru. Musyafahah pula bermakna dari mulut ke mulut (pelajar belajar Al-Quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul).

Pendekatan pengajaran al-Quran secara talaqqi dan musyafahah telah diamalkan sejak zaman Rasulullah saw. Sejak dari zaman Rasulullah saw lagi, pembacaan al-Quran telah diwarisi secara penyampaian berhadapan guru dan murid dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah diturunkan kepada Baginda s.a.w. secara Tartil (bertajwid). Bertepatan dengan firman Allah s.w.t.:

“Dan sesungguhnya Kamu (Muhammad) telah membaca Al-Quran itu daripada (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui”  (Surah An-Naml, ayat: 6)

FirmanNya lagi:

“Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara Tartil (bertajwid)”

(Surah Al-Furqan, ayat: 32)

 

Popular

Iklan

Iklan