Utama Blog Halaman 307

Revisi Sunnah Takbir Raya

0

 Ringkasan Fiqh Ramadhan:

 
63. Bertakbir bermula terbenamnya matahari terakhir Ramadhan sehingga keluarnya imam untuk solat.
 
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangan harinya, dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, agar kalian bersyukur.” – Al-Baqarah, ayat 185.
 
= = = = = = = = = =
 
Penjelasan:
 
1. Ayat ini merupakan anjuran untuk bertakbir di penghujung Ramadhan (ketika masuknya Syawal). Para `ulama’ berbeza pendapat tentang bilakah bermulanya takbir:
 
(a) Ada yang mengatakan takbir tersebut bermula pada malam `Id Al-Fitri.
 
(b) Ada yang mengatakan takbir tersebut adalah ketika melihat hilal Syawal sehingga berakhirnya khutbah `Id Al-Fitri.
 
(c) Ada yang mengatakan takbir tersebut bermula ketika imam keluar untuk melaksanakan solat `Id.
 
(d) Ada yang mengatakan takbir tersebut adalah pada hari `Id Al-Fitri.
 
(e) Ada yang mengatakan takbir tersebut bermula ketika keluar dari rumah menuju ke tempat solat sehingga imam keluar untuk solat `Id.
 
2. Tiada satu pun lafaz takbir `Id yang marfu` daripada Nabi ﷺ, namun telah sampai kepada kita riwayat daripada beberapa orang sahabat, bahkan sebahagian `ulama’ mengajarkan takbir yang tiada keterangan dalam mana-mana riwayat hadits:
 
(a) Lafaz takbir yang diriwayatkan daripada Ibn Mas`ud:
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
 
(b) Lafaz takbir yang diriwayatkan daripada Ibn `Abbas:
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ اللَّهُ أَكْبَرُ، عَلَى مَا هَدَانَا
 
(c) Lafaz takbir yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi:
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
 
(d) Lafaz takbir yang diajarkan oleh Asy-Syafi`i:
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا اللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اللَّهَ مُخْلِصِينَ له الدَّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
 
3. Sebahagian `ulama’ tidak suka sekiranya takbir dilaungkan secara beramai-ramai, namun Al-Bukhari telah menyebutkan secara mu`allaq dalam kitab shahihnya, dengan menggunakan sighah jazam (bentuk penegasan), bahawa `Umar bertakbir di Mina di dalam kubahnya (yakni di dalam khemah) lalu jama`ah di masjid dan di pasar turut bertakbir bersamanya. Begitu juga kaum lelaki dan wanita turut bertakbir di belakang Aban bin `Utsman bin `Affan dan `Umar `Abd Al-Malik pada hari-hari tasyriq di masjid.
 
= = = = = = = = = =
 
Hashtag: #fiqhpuasa

MENEPATI MASA : ANTARA HIKMAH PUASA 

0
Di antara sunnah yang sangat ditekankan oleh Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam ialah melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka. 
 
Ibn ‘Abdil Barr menyebutkan: 
 
أَحَادِيثُ تَعْجِيلِ الْإِفْطَارِ وَتَأْخِيرِ السُّحُورِ صِحَاحٌ مُتَوَاتِرَةٌ
 
“Hadits-hadits tentang menyegerakan berpuasa dan melewatkan sahur, sahih dan mutawatir” 
 
Kata ‘Amr ibn Maymun al-Audi, 
 
كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – أَسْرَعَ النَّاسِ ، إِفْطَارًا وَأَبْطَأَهُمْ سُحُورًا 
 
“Para sahabat Nabi Muhammad sallalLaahu ‘alaihi wa sallam adalah mereka orang-orang yang paling segera berbuka dan paling lewat bersahur”
 
[Fathul Bari]
 
Apa hikmahnya sunnah yang hebat ini?  
 
Supaya TEPAT masuk waktu Subuh, kita mula berpuasa. Dan TEPAT masuk waktu Maghrib, kita berhenti berpuasa. 
 
Dan hikmah ini luput kerana dipandang ringan sehinggakan waktu masuknya Subuh masih berjarak, makanan dan minuman telah dikemaskan. 
 
Sebagaimana luputnya ia juga apabila Maghrib telah tiba, urusan-urusan lain tetap juga diutamakan, menjadikan berbuka ditangguh-tangguh. 
 
Fitrah insan yang beriman asalnya adalah menepati waktu, kerana kita meyakini bahawa MASA adalah perkara yang Allah sediakan untuk kita benar-benar memanfaatkan sebelum ia ditarik dari kita dengan berpisahnya roh dari jasad. 
 
Sungguh merupakan antara akhlaq yang buruk melanggar janji melewati waktu. Lebih teruk lagi meraikan tabiat berpenyakit menyatakan bermula waktunya sekian, tapi hakikatnya lewat dari itu kerana tahu semua orang ‘akan’ lewat. 
 
Solat mengajar kita menepati waktu. Puasa mengajar kita menepati waktu. Zakat juga mengajar kita menepati waktu. Haji juga mengajar kita menepati waktu. 
 
Jangan ditunggu sehingga ianya benar-benar lewat. Sehingga bila ditanyakan apa yang telah engkau lakukan dengan waktumu? Kita terngadah. Menyesal merayu untuk kembali walau untuk satu sujud. 
 
Tak ada yang tinggal dari hasil bertangguh dan melewati waktu kecuali PENYESALAN. 
 
Dengan baki Ramadhan beberapa hari lagi, hidupkan sunnah ini! Hargailah masa! Tepatilah waktu! 
 
#RamadhanMubarakDay25
#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares 
#ShareTheKhayr

02.02.01#060415:AL-HADITS AL-QUDSI (الحديث القدسي) Bhg. 01

0
Nota 02.02.01 Kategori-kategori Perspektif Sumber Asal (المصدر) 

 

Susunan: BroSyarief 

 

AL-HADITS AL-QUDSI (الحديث القدسي) Bhg. 01

 

Secara bahasa, al-Quds (القدس) bermaksud suci dan bersih. Adapun secara teknikal, ia merujuk kepada kata-kata yang RasululLah sandarkan kepada Allah dengan jelas. 

 

Contohnya, sabda baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, “Qaala Allah” (قال الله), dan yang seumpamanya atau kata sahabat, ‘An Rasulillah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam fi ma yarwiihi ‘an rabbih’ (عن رسول الله ﷺ فيما يرويه عن ربه), dan yang seumpamanya. 

 

Dari sudut hukum, bergantung kepada penilaian sanad dan matan, ia boleh jadi sahih, hasan, lemah dan malah boleh jadi palsu. 
Contohnya, 
قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: قَالَ اللَّ: هُ يَسُبُّ بَنُو آدَمَ الدَّهْرَ، وَأَنَا الدَّهْرُ، بِيَدِي اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ ‏”
Abu Hurayrah radhiyallahu ‘anhu berkata, Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Allah ‘azza wa jalla berkata: ‘Anak adam mencela masa, sedangkan aku adalah (pencipta) masa, di tanganKu malam dan siang’ “ [HR al-Bukhari] 
dan, 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: مَا لِعَبْدِي الْمُؤْمِنِ عِنْدِي جَزَاءٌ، إِذَا قَبَضْتُ صَفِيَّهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا، ثُمَّ احْتَسَبَهُ إِلاَّ الْجَنَّةُ‏
 
Dari Abu Hurayrah radhiyalLaah ‘anhu berkata, bahawa Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Allah ta’ala berkata: Tidaklah bagi hambaku yang beriman, (menerima) dariKu, ganjaran, (apabila) Aku mengambil kekasihnya (keluarga atau sahabat) dari ahli dunia, kemudian dia (sabar) mengharapkan Allah, kecuali (dia mendapatkan) syurga” [HR al-Bukhari] 
 
Para ulama mengatakan hadits Qudsi ini maknanya dari Allah, manakala lafaznya dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 
(Bersambung) 
WalLaahu a’lam 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
#BroSyariefShares 

 

Kelas 6 : Sahih Al-Bukhari ( Islam Yang Lebih Afdal )

0
Assalamualaikum
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،
5 – باب أَيُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَل؟
5-BAB ISLAM SEPERTI MANAKAH LEBIH AFDHAL
صحيح البخاري ١٠: حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الْقُرَشِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Shahih Bukhari 10: Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Yahya bin Sa’id Al Qurasyi dia berkata, telah menceritakan kepada kami bapakku berkata, bahwa telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin Abdullah bin Abu Burdah dari Abu Burdah 
Dari Abu Musa berkata: ‘Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?
 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: 
“Sesiapa yang (menjadikan) Muslimin terselamat dari lidahnya dan tangannya”.
PENJELASAN
 
1- Keadaan Islam seseorang melebihi satu sama lain kerana akhlaknya ketika mu`amalat sesama mereka. 
 
2- Islam bukan hanya agama individu tertentu tanpa bergaul dengan orang lain. Melalui mu`amalat ini juga terzahir islam di mata orang ramai. Oleh itu islam perlu disampaikannya kepada yang tidak tahu.

 

3- Menjaga lidah dan tangan ada banyak maksud ; antaranya seperti contoh, menjaga lidahnya hanya menyebut perkara yang benar serta menyampaikan kebenaran kepada orang lain dll.
4- Antara perkara penting dalam hadist ini, kita kena jaga lidah dan tangan kita dalam perkara yang berkaitan agama Allah. Guna lidah dan tangan untuk membantu agama Allah. Jangan pula lidah dan tangan kita sebagai penyekat serta perosak agama Allah dengan membantu maksiat,bid’ah dan syirik.
 
‏﴿٨٥﴾ وَيٰقَوْمِ أَوْفُوا۟ ٱلْمِكْيَالَ وَٱلْمِيزَانَ بِٱلْقِسْطِ ۖ وَلَا تَبْخَسُوا۟ ٱلنَّاسَ أَشْيَآءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
 
(85) Dan Syu’aib berkata: “Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerusakan.
 
(Huud 11:85)
**habis di situ**
6 – باب إِطْعَامُ الطَّعَامِ مِنَ الإِسْلاَمِ
6-BAB MEMBERI MAKAN TERMASUK ISLAM
صحيح البخاري ١١: حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Shahih Bukhari 11: Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Khalid berkata, Telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Yazid dari Abu Al Khair 
Dari Abdullah bin ‘Amru; “Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam; “Islam manakah yang paling baik?”
 Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: 
“Kamu memberi makan , mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”.
PENJELASAN
1- “Islam manakah yang paling baik?” maksudnya, Amalan dalam islam yang manakah lebih baik dari yang lain. Dan amalan manakah yang lebih afdhal setelah beriman dan menunaikan kewajipan rukun-rukun wajib?

 

2- Termasuk islam yang afdhal ialah memberi makan. Iaitu,  memberi makan kepada tetamu, kepada orang papa dan miskin, sama ada yang meminta atau tidak meminta.

 

3- Memberi makan ada yang dibenarkan dalam syariat,seperti contoh ; memberi makan seperti walimah, sedekah dll. Dan ada juga pemberian makan yang tiada faedah buat pelakunya melainkan tambah dosa,seperti contoh ;  pemberian berbentuk rasuah, majlis syirik, maksiat atau bid`ah dll.

 

4- Termasuk kelapangan dalam islam dengan di beri keringanan dalam beramal buat orang yang tidak mampu memberi pemberian berbentuk harta. Iaitu, dengan menyebarkan perkataan doa salam
 (Assalamu`alaikum, warahmatullah atau di tambah wabarakatuh). Perbuatan menyebarkan salam juga termasuk islam yang lebih baik.
Kedua-dua kebaikan ini mengajar sikap serta sifat orang islam supaya berbaik-baik satu sama lain dengan memberi makan dan menyebar salam.

 

5- Perkataan dalam hadits “Memberi makan” iaitu termasuk minum,pakaian,sedekah dll adalah sama makna. Bila di sebut makan maknanya segala yang berkaitan dengan derma. sebab nak makan biasa ada makanan,ada nasi ada lauk,ada minuman,ada tempat berteduh,ada pinggan,ada gelas,ada meja atau alas,ada kerusi,ada kipas,dan sebagainya.. jadi maksud makan adalah menyeluruh.jangan ingat hanya bagi makan tu hanya maksud bagi beras atau nasi sahaja.bahkan maksud di sini segala bentuk derma yang baik.

 

 
seperti contoh dalam ayat alquran,
 
 
‏﴿٢٩﴾ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجٰرَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
 
(29) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
(An Nisaa 4:29)
 
‏﴿٢﴾ وَءَاتُوا۟ ٱلْيَتٰمَىٰٓ أَمْوٰلَهُمْ ۖ وَلَا تَتَبَدَّلُوا۟ ٱلْخَبِيثَ بِٱلطَّيِّبِ ۖ وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوٰلَهُمْ إِلَىٰٓ أَمْوٰلِكُمْ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا
 
(2) Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar.
(An Nisaa 4:2)
 
‏﴿١٣٠﴾ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوا۟ ٱلرِّبَوٰٓا۟ أَضْعٰفًا مُّضٰعَفَةً ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
 
(130) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda] dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.
(Ali Imran 3:130)
 
semua perkataan di atas sebut makan. hanya istilah umum sahaja. bukan semata2 makan sahaja.
**habis di situ**

 

soalan boleh tanya..

 

🔴 Bilik (78):
Kenapa jawapan Rasulullah ﷺ berbeza-beza apabila ditanya: “Islam manakah yang paling baik?”
Jawapan:
Ini lah sesuai dgn maksud al-Bukhari hendak nyatakan di sini iman itu islam dan islam itu amal..kalau islam mesti kena amal dgn amalan syariat.cara Nabi jawab bentuk contoh.
7 – باب مِنَ الإِيمَانِ أَنْ يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
7-BAB TERMASUK IMAN “MENCINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA MENCINTAI DIRI SENDIRI.
صحيح البخاري ١٢: حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Shahih Bukhari 12: Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Syu’bah dari Qotadah dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.. 
Dan dari Husain Al Mu’alim berkata, telah menceritakan kepada kami Qotadah
dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.. 
Beliau(shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda:
 “Tidaklah beriman seseorang dari kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri”.

 

PENJELASAN

 

 
1- “Tidak beriman” maksudnya tidak benar-benar sempurna imannya.

 

2- “Saudaranya” maksudnya merangkumi perkataan umum buat saudaranya, iaitu saudaranya sesama muslim atau kafir dll.

 

3- “sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri” Iaitu, antara contohnya ; dia ingin saudaranya yang melakukan maksiat agar bertaubat seperti dirinya atau saudaranya yang kafir dapat beriman seperti dirinya. Dan begitu juga perasaan kasih sayang dia terhadap kaumnya seluruhnya.

 

4- Perasaan Cinta atau Kasih Sayang menginginkan  kebaikan untuk manusia walaupun untuk orang kafir termasuk kesempurnaan iman.

 

5- Dari hadits ini dengan kasih sayang dapat hindsri hasad dengki. Dan Hasad dengki atas kebaikan orang lain punca tidak sempurna iman.
6- lafaz bab menyebut باب مِنَ الإِيمَانِ iaitu termasuk cabang2 iman. Jadi di sini dalil iman juga ada amalan qalbi (hati) yakni perasaan cinta dan kasih sayang.
**habis di situ**
soalan boleh tanya..tapi kelas habis di sini. insyaAllah ada tambahan di kemudian hari. sehari dua ni banyak urusan luar.
wallahu a’lam.
syukran lakum wa ilal liqa’..
وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
والسلام عليكم ورحمة الله
🔴 bilik 111..apakah status hadis pasal riak memakan pahala macam api memakan daun..harap soalan berkaitan dengan hadis, berkenaan masalah hati
Jawapan:
Ayat ni pun dah cukup,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
 
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
Assalamualaikum..w.b.t 🔴🔴🔴 Yang dihormati Ustaz Mohd Solah, izinkan saya bertanya, macam mana beri makan pada orang ketika walimah, akan  tetapi tuan  rumah mengharapkan ‘bayaran’ untuk hidangan yang disediakan dalam majlis?
 
apakah dikira ianya bersedekah? apakah dikira ianya mengikut tuntutan sunnah Rasullullah yang menggalakkan untuk mengadakan walimah seperti dalam hadith riwayat Muslim, “Adakanlah walimah walupun hanya dengan seekor kambing”
Jawapan:
Waalaikumussalam.. jika harapkan bayaran tu jadi macam jual beli..tidak ikut sunnh..bahkan yg mengenakan bayaran sebenarnya melakukan bid’ah dlm walimah.kalau nak bayaran,baik lah dia buka restoran saja.
🔴 bilik 119
 
Boleh ustaz bagi panduan bagaimana cara menyayangi org kafir dlm situasi kita pd hr ini. Tq
Jawapan:
Kita sayangi mereka dgn cara dakwah mereka supaya terima ajaran Allah secara sebenar..
Moga cepat semboh dan dipermudahkan segala urusan
Syafakallah ustaz..

PELIK

0
PELIK 
 
Dr Sa’ud asy-Syuraim berkongsi: 
 
عجباً لبعض المسلمين !!
 
Pelik kelakuan sebahagian orang Islam!! 
 
في هذه الأيام يدعو المسلم ربه وهو قائم وساجد ، ويقول:
 
Orang Islam pada hari-hari (di bulan Ramadhan) ini meminta kepada tuhannya, ketika qiyam dan sujud, menyebut:
 
(اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني)
 
‘Ya Allah, Engkaulah maha Pengampuni, suka mengampunkan, maka ampunilah aku’
 
وهو لا يعفو عن الناس وﻻ عن أقاربه ولا عن أرحامه ولا عن اخوانه المسلمين.
 
Tetapi dia sendiri tidak memaafkan sesama manusia. Tidak kepada kerabatnya, sahabatnya, tidak kepada saudaranya seIslam.
 
ألا يستحي من الله يطلب العفو منه وهو لا يعفو عن العباد؟
 
Tidakkah dia merasa malu meminta keampunan dari Allah tapi tidak mahu memaafkan sesama hamba? 
 
فاعف يا عبد الله عسى الله أن يعفو عنك. 
 
Maafkanlah wahai hamba Allah, semoga Allah mengampunkanmu! 
 
Firman Allah ta’ala: 
 
﴿ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ﴾
 
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?”
 
[anNur(24):22] 
 
#RamadhanMubarakNight25
#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares 
#HalaqahILMU

MASJID & LAYLATUL-QADR 

0
Boleh jadi malam itu, ada yang semalaman di masjid, tetapi ruginya dia, hati dan jasadnya tidur, tanpa ada sebarang komunikasi dengan tuhanNya. Semoga diampuni andai terlalai dan dikurniakan kekuatan menghadapi malam-malam berbaki. 
 
Boleh jadi pada malam itu, ada yang semalaman kesibukan yang pelbagai dan terhalang untuk hadir iktikaf di masjid, tapi hatinya terus segar mengingati Allah, lidahnya basah mengucap zikir dan doa, dan jasadnya jauh dari berbuat yang sia-sia, apa lagi maksiat. Semoga Allah memberkati dan menerima segala amalnya. 
 
Pastinya yang terbaik, pada malam itu, penuh beriktikaf dan jasad serta hatinya tak putus dari berkomunikasi dengan tuhan melalui ibadah dan segala perbuatannya. Semoga Allah kurniakan kebaikan yang terhebat buat mereka yang mendapat taufiqNya di malam itu. 
 
Dan semoga Allah beri petunjukNya, bagi mereka yang pada malam itu, mereka tidak berada di masjid dan lalai serta leka akan kehadiran Tuhan yang telah banyak mengurniakan rahmat dan usia kehidupan buat mereka, tapi tak disyukuri, tak dirasakan cukup. 
 
Apapun keadaannya, yakinlah bahawa usaha perlu bermula dari diri dan kuncinya adalah pada azam tanpa berputus asa akan rahmat dari tuhanNya. 
 
Bangkitlah. Bacalah. Mintalah. Tunduklah. Sujudlah. Menangislah. 
 
Sementara nafas Ramadhan masih jelas terasa. 
 
#RamadhanMubarakDay24
#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares 
#HalaqahILMU

Segalanya Tidak Pasti….

0
Assalamu’alaikum…

Menghitung hari lah kita di penghujung ramadhan ini.., selama 24 hari telah berlalu dan kurang 6 hari lagi ramadhan akan benar benar berlabuh…tiada lagi segala gandaan dalam amalan amalan.. dan kita alhamdulillah dengan jayanya telah melalui detik detik itu… namun hakikatnya, yang berbaki ini pun kita belum pasti adakah kita terpilih utk menghabiskan ijazah ramadhan ini kali ini dengan flying colours atau tidak… sementelahan, utk terpilih menyambut ramadhan yang bakal hadir lagi setahun…..kita tidak tahu…

Mungkin tidak ramai yang peduli… pengkisahan ini…”kalau 24 hari yang lalu..kita sibuk berbuka puasa, bercerita pasal terawih, berusaha untuk baca dan tadabbur al quran, bangun malam untuk solat malam..bersama anak2 dan isteri, cerita sahur dan pelbagai kenangan manis kerajinan kita beribadah.. tapi semua ini kita akan sepi bila Allah mengambil nyawa kita..sedihnya kerana tiada lagi saat untuk sibuk berbuka puasa, tiada lagi sibuk berterawih, berkira kira utk bersedekah dan pelbagai memori ramadhan lagi tidak akan dapat di ulangi dan kita pasti lebih sedih dari mereka yang menangisi kematian kita…kerana tidak mampu mengulanginya kerana kita sudah berada di alam lain…pada kala itulah kita menyedari betapa hebat ramadhan dijadikan Allah untuk membantu kita samada di alam dunia , barzakh atau pun alam akhirat kelak…

Tidak tahu nasib kita di sana..tapi andai ajal kita tiba sebelun ramadhan tahun depan..yang pasti kita akan bersedih dan pasti kita akan mohon Allah bangkitkan kita sekali lagi untuk betul-betul berpuasa, bersedekah, bersolat malam…tapi saat itu ..tidak mungkin kita kembali…dalam surah As Sajadah pun diceritakan, malah dalam surah Al Munafikun pun juga diceritakan bagaimana kita mohon untuk balik ke dunia semata-mata hendak melakukan amalan sedekah selepas di pertontonkan Allah bagaimana mereka yang bersedekah ini ..senang pengampunan dari Nya..”

Justeru itu wahai ahli-ahli keluarga ku, saudara-maraku, sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiahku…ambo menyeru pada diri ambo terutama dan…pada saat yang berbaki kurang 6 hari ramadhan ini..marilah kita sama sama manafaatkan sepenuhnya ramadhan kali ini…

kata-kata Imam Al-Ghazali :
“Semua manusia itu mati, kecuali yang berilmu,
Semua yang berilmu itu tidur, kecuali yang beramal,
Semua yang beramal itu tertipu, kecuali yang ikhlas “

kata kata pujangga…
“Dengan ilmu, hidup menjadi mudah
Dengan seni hidup menjadi indah
Dengan agama hidup menjadi terarah”

In syaa Allah…moga mencetus rasa kesungguhan untuk bertambah beribadat di bulan yang tinggal hujung hujung…

Wassalam

Nazarudin Che Salleh
(Kolumnis UiTO) 

 

LIDAH : ‘AQIL VS JAHIL 

0

Pesan Imam Ibnu Hibban rahimahullah:

 

لِسَانُ الْعَاقِل مِنْ وَرَاءِ قَلْبِهِ

Lidah orang yang berakal berada di sebalik hatinya.

فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَقُولَ رَجَعَ إِلَى قَلْبِهِ

Apabila dia ingin mengatakan sesuatu, dia akan merujuk kepada hatinya dahulu.

فَإِنْ كَانَ لَهُ قَالَ وَإِنْ كَانَ عَلَيْهِ أَمْسَكَ

Jika ada (kebaikan/manfaat) untuknya, maka dia akan berkata. Jika tidak ada (kebaikan/manfaat), maka dia tidak akan berkata.

وَإِنَّ الْجَاهِلَ قَلْبُهُ فِي طَرَفِ لِسَانِهِ

Dan orang yang jahil, hatinya berada di hujung lidahnya.

مَا أَتَى عَلَى لِسَانِهِ تَكَلَّمَ بِهِ

Apa sahaja yang sampai menyentuh lidahnya, dengan cepat dia akan mengatakannya.

مَا عَقَلَ دِينَهُ مَنْ لَمْ يَحْفَظْ لِسَانَهُ

Dan tidaklah seseorang (dianggap) mengetahui agamanya hinggalah dia menjaga lisannya.

 

[Raudhah Al-‘Uqala’ wa Nuzhah Al-Fudhala’]

 

#BroSyariefShares

02.01#030415 : KATEGORI HADIS

0

 

Nota 02.01 Pembahagian Kategori Hadits    

 

Susunan: BroSyarief 

 

Secara umumnya, pembahagian kategori hadits boleh dilihat dari 3 perspektif berikut:

 

A. Perspektif Sumber Asal (المصدر), yang terbahagi kepada 4, iaitu: 

 

01. Qudsi (قدسي) – Sumbernya : Allah subhanahu wa ta’ala

02. Marfu’ (مرفوع) – Sumbernya : Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam

03. Mawquf (موقوف) – Sumbernya : Tabi’in

04. Maqthu’ (مقطوع) – Sumbernya : Tabi’ at-Tabi’in dan seterusnya

 

B. Perspektif Bentuk dari Sumber (صدوره عن المصدر) 

 

01. Qawliy (قولي) – Bentuk : Perkataan

02. Fi’liy (فعلي) – Bentuk : Perbuatan

03. Taqririy (تقريري) – Bentuk : Perakuan

04. Khilqi (خِلْقِي) – Bentuk : Sifat Fizikal

05. Khuluqi (خُلُقِي) – Bentuk : Sifat Akhlaq

 

C. Perspektif Kekuatan dan Kelemahan

 

01. Mutawatir (متواتر)

02. Ahad (آحاد)

 

Nota-nota seterusnya akan mengupas setiap kategori secara asas. In Sya Allah.

 

WalLaahu a’lam

 

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 

 

#BroSyariefShares 

01.11.03#020415: At-Taabi’i/ Tabi’in

0
Nota 01.11.03 Mengenal Sahabat & Tabi’in   
 
Susunan: BroSyarief 
 
AT-TAABI’I (التابعي) 
 
Secara bahasa, ia bermaksud mengikuti atau menuruti. Secara teknikal, ia merujuk kepada generasi selepas para sahabat, yang bertemu dengan sahabat dalam keadaan dia muslim dan mati dalam keadaan muslim, walaupun pernah murtad dan kembali kepada Islam. 
 
Golongan tabi’in juga mempunyai kelebihan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul, kerana dekatnya mereka kepada para Sahabat raadhiyalLaahu ‘anhum ajma’in. 
 
Firman Allah ‘azza wa jalla (terjemahannya), “Dan orang-orang yang terdahulu dan lebih awal, di kalangan Muhajirin dan Ansar, dan YANG MENGIKUTI mereka dengan baik..” [at-Taubah(9):100] 
 
Dan juga sabda baginda Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, “Sebaik-baik kurun adalah kurunku (bersama para sahabat), dan kemudian yang mengikuti mereka (yakni, tabi’in), dan kemudian yang seterusnya (yakni, tabi’ taabi’in)” [HR al-Bukhari & Muslim] 
 
Sebagaimana ramainya para sahabat, jumlah tabi’in juga sangat ramai dan tidak dapat dihitung jumlahnya dengan tepat. 
 
Mereka kebiasaannya dibahagikan kepada tiga peringkat, (i) Kibar Taabi’in atau Tabi’in Kubro, yang banyak riwayat terus dari sahabat, (ii) Wast at-Tabi’in, yang banyak meriwayatkan dari sahabat dan kibar tabi’in, dan (iii) Sighar at-Tabi’in, yang banyak meriwayatkan dari sesama Tabi’in dan sedikit dari Sahabat.  
 
Di antara tulisan-tulisan menyebut tentang golongan atTabi’in: 
 
01. Ma’rifatu at-Tabi’in, karangan Abu al-Muthorrif (w.402H)
02. Talqih Fuhum al-Atsar, karangan Ibn al-Jawzi (w.597H) 
03. Jannatu an-Naadzirin fi Ma’rifatu at-Tabi’in, karangan Muhibuddin al-Baghdadi (w.643H), dan lain-lain. 
 
AL-MUKHADRAM (المخضرم) 
 
Secara bahasa ia mempunyai beberapa makna, antaranya menjadikan sesuatu di antara dua keadaan. Contohnya: Penyair mukhadram, iaitu mereka yang sempat hidup dalam era jahiliyah dan kemudian masuk Islam, jadi hidupnya di antara jahiliyah dan islam. 
 
Adapun secara teknikal, menurut ulama hadits, Mukhadram merujuk kepada mereka yang memeluk Islam semasa Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam masih hidup, namun tak berkesempatan menemuinya. 
 
Imam Muslim menyebutkan jumlah mereka seramai 30 orang, dan sebahagian ulama lain mengatakan jumlah mereka sekitar 40 orang. 
 
Di antara golongan al-Mukhadram ialah al-Aswad ibn Yazid an-Nakhaie, ‘Amr ibn Maymun, Sa’ad ibn Iyas, Syuraih ibn Haani’, Ashhamah ibn Abjar dan lain-lain. 
 
WalLaahu a’lam 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

Popular

Iklan

Iklan