Utama Blog Halaman 307

02.02.01#060415:AL-HADITS AL-QUDSI (الحديث القدسي) Bhg. 01

0
Nota 02.02.01 Kategori-kategori Perspektif Sumber Asal (المصدر) 

 

Susunan: BroSyarief 

 

AL-HADITS AL-QUDSI (الحديث القدسي) Bhg. 01

 

Secara bahasa, al-Quds (القدس) bermaksud suci dan bersih. Adapun secara teknikal, ia merujuk kepada kata-kata yang RasululLah sandarkan kepada Allah dengan jelas. 

 

Contohnya, sabda baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, “Qaala Allah” (قال الله), dan yang seumpamanya atau kata sahabat, ‘An Rasulillah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam fi ma yarwiihi ‘an rabbih’ (عن رسول الله ﷺ فيما يرويه عن ربه), dan yang seumpamanya. 

 

Dari sudut hukum, bergantung kepada penilaian sanad dan matan, ia boleh jadi sahih, hasan, lemah dan malah boleh jadi palsu. 
Contohnya, 
قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: قَالَ اللَّ: هُ يَسُبُّ بَنُو آدَمَ الدَّهْرَ، وَأَنَا الدَّهْرُ، بِيَدِي اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ ‏”
Abu Hurayrah radhiyallahu ‘anhu berkata, Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Allah ‘azza wa jalla berkata: ‘Anak adam mencela masa, sedangkan aku adalah (pencipta) masa, di tanganKu malam dan siang’ “ [HR al-Bukhari] 
dan, 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: مَا لِعَبْدِي الْمُؤْمِنِ عِنْدِي جَزَاءٌ، إِذَا قَبَضْتُ صَفِيَّهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا، ثُمَّ احْتَسَبَهُ إِلاَّ الْجَنَّةُ‏
 
Dari Abu Hurayrah radhiyalLaah ‘anhu berkata, bahawa Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Allah ta’ala berkata: Tidaklah bagi hambaku yang beriman, (menerima) dariKu, ganjaran, (apabila) Aku mengambil kekasihnya (keluarga atau sahabat) dari ahli dunia, kemudian dia (sabar) mengharapkan Allah, kecuali (dia mendapatkan) syurga” [HR al-Bukhari] 
 
Para ulama mengatakan hadits Qudsi ini maknanya dari Allah, manakala lafaznya dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 
(Bersambung) 
WalLaahu a’lam 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
#BroSyariefShares 

 

Kelas 6 : Sahih Al-Bukhari ( Islam Yang Lebih Afdal )

0
Assalamualaikum
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،
5 – باب أَيُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَل؟
5-BAB ISLAM SEPERTI MANAKAH LEBIH AFDHAL
صحيح البخاري ١٠: حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الْقُرَشِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Shahih Bukhari 10: Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Yahya bin Sa’id Al Qurasyi dia berkata, telah menceritakan kepada kami bapakku berkata, bahwa telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin Abdullah bin Abu Burdah dari Abu Burdah 
Dari Abu Musa berkata: ‘Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?
 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: 
“Sesiapa yang (menjadikan) Muslimin terselamat dari lidahnya dan tangannya”.
PENJELASAN
 
1- Keadaan Islam seseorang melebihi satu sama lain kerana akhlaknya ketika mu`amalat sesama mereka. 
 
2- Islam bukan hanya agama individu tertentu tanpa bergaul dengan orang lain. Melalui mu`amalat ini juga terzahir islam di mata orang ramai. Oleh itu islam perlu disampaikannya kepada yang tidak tahu.

 

3- Menjaga lidah dan tangan ada banyak maksud ; antaranya seperti contoh, menjaga lidahnya hanya menyebut perkara yang benar serta menyampaikan kebenaran kepada orang lain dll.
4- Antara perkara penting dalam hadist ini, kita kena jaga lidah dan tangan kita dalam perkara yang berkaitan agama Allah. Guna lidah dan tangan untuk membantu agama Allah. Jangan pula lidah dan tangan kita sebagai penyekat serta perosak agama Allah dengan membantu maksiat,bid’ah dan syirik.
 
‏﴿٨٥﴾ وَيٰقَوْمِ أَوْفُوا۟ ٱلْمِكْيَالَ وَٱلْمِيزَانَ بِٱلْقِسْطِ ۖ وَلَا تَبْخَسُوا۟ ٱلنَّاسَ أَشْيَآءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
 
(85) Dan Syu’aib berkata: “Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerusakan.
 
(Huud 11:85)
**habis di situ**
6 – باب إِطْعَامُ الطَّعَامِ مِنَ الإِسْلاَمِ
6-BAB MEMBERI MAKAN TERMASUK ISLAM
صحيح البخاري ١١: حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Shahih Bukhari 11: Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Khalid berkata, Telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Yazid dari Abu Al Khair 
Dari Abdullah bin ‘Amru; “Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam; “Islam manakah yang paling baik?”
 Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: 
“Kamu memberi makan , mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”.
PENJELASAN
1- “Islam manakah yang paling baik?” maksudnya, Amalan dalam islam yang manakah lebih baik dari yang lain. Dan amalan manakah yang lebih afdhal setelah beriman dan menunaikan kewajipan rukun-rukun wajib?

 

2- Termasuk islam yang afdhal ialah memberi makan. Iaitu,  memberi makan kepada tetamu, kepada orang papa dan miskin, sama ada yang meminta atau tidak meminta.

 

3- Memberi makan ada yang dibenarkan dalam syariat,seperti contoh ; memberi makan seperti walimah, sedekah dll. Dan ada juga pemberian makan yang tiada faedah buat pelakunya melainkan tambah dosa,seperti contoh ;  pemberian berbentuk rasuah, majlis syirik, maksiat atau bid`ah dll.

 

4- Termasuk kelapangan dalam islam dengan di beri keringanan dalam beramal buat orang yang tidak mampu memberi pemberian berbentuk harta. Iaitu, dengan menyebarkan perkataan doa salam
 (Assalamu`alaikum, warahmatullah atau di tambah wabarakatuh). Perbuatan menyebarkan salam juga termasuk islam yang lebih baik.
Kedua-dua kebaikan ini mengajar sikap serta sifat orang islam supaya berbaik-baik satu sama lain dengan memberi makan dan menyebar salam.

 

5- Perkataan dalam hadits “Memberi makan” iaitu termasuk minum,pakaian,sedekah dll adalah sama makna. Bila di sebut makan maknanya segala yang berkaitan dengan derma. sebab nak makan biasa ada makanan,ada nasi ada lauk,ada minuman,ada tempat berteduh,ada pinggan,ada gelas,ada meja atau alas,ada kerusi,ada kipas,dan sebagainya.. jadi maksud makan adalah menyeluruh.jangan ingat hanya bagi makan tu hanya maksud bagi beras atau nasi sahaja.bahkan maksud di sini segala bentuk derma yang baik.

 

 
seperti contoh dalam ayat alquran,
 
 
‏﴿٢٩﴾ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوٰلَكُم بَيْنَكُم بِٱلْبٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجٰرَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
 
(29) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
(An Nisaa 4:29)
 
‏﴿٢﴾ وَءَاتُوا۟ ٱلْيَتٰمَىٰٓ أَمْوٰلَهُمْ ۖ وَلَا تَتَبَدَّلُوا۟ ٱلْخَبِيثَ بِٱلطَّيِّبِ ۖ وَلَا تَأْكُلُوٓا۟ أَمْوٰلَهُمْ إِلَىٰٓ أَمْوٰلِكُمْ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا
 
(2) Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar.
(An Nisaa 4:2)
 
‏﴿١٣٠﴾ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوا۟ ٱلرِّبَوٰٓا۟ أَضْعٰفًا مُّضٰعَفَةً ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
 
(130) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda] dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.
(Ali Imran 3:130)
 
semua perkataan di atas sebut makan. hanya istilah umum sahaja. bukan semata2 makan sahaja.
**habis di situ**

 

soalan boleh tanya..

 

🔴 Bilik (78):
Kenapa jawapan Rasulullah ﷺ berbeza-beza apabila ditanya: “Islam manakah yang paling baik?”
Jawapan:
Ini lah sesuai dgn maksud al-Bukhari hendak nyatakan di sini iman itu islam dan islam itu amal..kalau islam mesti kena amal dgn amalan syariat.cara Nabi jawab bentuk contoh.
7 – باب مِنَ الإِيمَانِ أَنْ يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
7-BAB TERMASUK IMAN “MENCINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA MENCINTAI DIRI SENDIRI.
صحيح البخاري ١٢: حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Shahih Bukhari 12: Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Syu’bah dari Qotadah dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.. 
Dan dari Husain Al Mu’alim berkata, telah menceritakan kepada kami Qotadah
dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.. 
Beliau(shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda:
 “Tidaklah beriman seseorang dari kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri”.

 

PENJELASAN

 

 
1- “Tidak beriman” maksudnya tidak benar-benar sempurna imannya.

 

2- “Saudaranya” maksudnya merangkumi perkataan umum buat saudaranya, iaitu saudaranya sesama muslim atau kafir dll.

 

3- “sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri” Iaitu, antara contohnya ; dia ingin saudaranya yang melakukan maksiat agar bertaubat seperti dirinya atau saudaranya yang kafir dapat beriman seperti dirinya. Dan begitu juga perasaan kasih sayang dia terhadap kaumnya seluruhnya.

 

4- Perasaan Cinta atau Kasih Sayang menginginkan  kebaikan untuk manusia walaupun untuk orang kafir termasuk kesempurnaan iman.

 

5- Dari hadits ini dengan kasih sayang dapat hindsri hasad dengki. Dan Hasad dengki atas kebaikan orang lain punca tidak sempurna iman.
6- lafaz bab menyebut باب مِنَ الإِيمَانِ iaitu termasuk cabang2 iman. Jadi di sini dalil iman juga ada amalan qalbi (hati) yakni perasaan cinta dan kasih sayang.
**habis di situ**
soalan boleh tanya..tapi kelas habis di sini. insyaAllah ada tambahan di kemudian hari. sehari dua ni banyak urusan luar.
wallahu a’lam.
syukran lakum wa ilal liqa’..
وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
والسلام عليكم ورحمة الله
🔴 bilik 111..apakah status hadis pasal riak memakan pahala macam api memakan daun..harap soalan berkaitan dengan hadis, berkenaan masalah hati
Jawapan:
Ayat ni pun dah cukup,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
 
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
Assalamualaikum..w.b.t 🔴🔴🔴 Yang dihormati Ustaz Mohd Solah, izinkan saya bertanya, macam mana beri makan pada orang ketika walimah, akan  tetapi tuan  rumah mengharapkan ‘bayaran’ untuk hidangan yang disediakan dalam majlis?
 
apakah dikira ianya bersedekah? apakah dikira ianya mengikut tuntutan sunnah Rasullullah yang menggalakkan untuk mengadakan walimah seperti dalam hadith riwayat Muslim, “Adakanlah walimah walupun hanya dengan seekor kambing”
Jawapan:
Waalaikumussalam.. jika harapkan bayaran tu jadi macam jual beli..tidak ikut sunnh..bahkan yg mengenakan bayaran sebenarnya melakukan bid’ah dlm walimah.kalau nak bayaran,baik lah dia buka restoran saja.
🔴 bilik 119
 
Boleh ustaz bagi panduan bagaimana cara menyayangi org kafir dlm situasi kita pd hr ini. Tq
Jawapan:
Kita sayangi mereka dgn cara dakwah mereka supaya terima ajaran Allah secara sebenar..
Moga cepat semboh dan dipermudahkan segala urusan
Syafakallah ustaz..

PELIK

0
PELIK 
 
Dr Sa’ud asy-Syuraim berkongsi: 
 
عجباً لبعض المسلمين !!
 
Pelik kelakuan sebahagian orang Islam!! 
 
في هذه الأيام يدعو المسلم ربه وهو قائم وساجد ، ويقول:
 
Orang Islam pada hari-hari (di bulan Ramadhan) ini meminta kepada tuhannya, ketika qiyam dan sujud, menyebut:
 
(اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني)
 
‘Ya Allah, Engkaulah maha Pengampuni, suka mengampunkan, maka ampunilah aku’
 
وهو لا يعفو عن الناس وﻻ عن أقاربه ولا عن أرحامه ولا عن اخوانه المسلمين.
 
Tetapi dia sendiri tidak memaafkan sesama manusia. Tidak kepada kerabatnya, sahabatnya, tidak kepada saudaranya seIslam.
 
ألا يستحي من الله يطلب العفو منه وهو لا يعفو عن العباد؟
 
Tidakkah dia merasa malu meminta keampunan dari Allah tapi tidak mahu memaafkan sesama hamba? 
 
فاعف يا عبد الله عسى الله أن يعفو عنك. 
 
Maafkanlah wahai hamba Allah, semoga Allah mengampunkanmu! 
 
Firman Allah ta’ala: 
 
﴿ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ﴾
 
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?”
 
[anNur(24):22] 
 
#RamadhanMubarakNight25
#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares 
#HalaqahILMU

MASJID & LAYLATUL-QADR 

0
Boleh jadi malam itu, ada yang semalaman di masjid, tetapi ruginya dia, hati dan jasadnya tidur, tanpa ada sebarang komunikasi dengan tuhanNya. Semoga diampuni andai terlalai dan dikurniakan kekuatan menghadapi malam-malam berbaki. 
 
Boleh jadi pada malam itu, ada yang semalaman kesibukan yang pelbagai dan terhalang untuk hadir iktikaf di masjid, tapi hatinya terus segar mengingati Allah, lidahnya basah mengucap zikir dan doa, dan jasadnya jauh dari berbuat yang sia-sia, apa lagi maksiat. Semoga Allah memberkati dan menerima segala amalnya. 
 
Pastinya yang terbaik, pada malam itu, penuh beriktikaf dan jasad serta hatinya tak putus dari berkomunikasi dengan tuhan melalui ibadah dan segala perbuatannya. Semoga Allah kurniakan kebaikan yang terhebat buat mereka yang mendapat taufiqNya di malam itu. 
 
Dan semoga Allah beri petunjukNya, bagi mereka yang pada malam itu, mereka tidak berada di masjid dan lalai serta leka akan kehadiran Tuhan yang telah banyak mengurniakan rahmat dan usia kehidupan buat mereka, tapi tak disyukuri, tak dirasakan cukup. 
 
Apapun keadaannya, yakinlah bahawa usaha perlu bermula dari diri dan kuncinya adalah pada azam tanpa berputus asa akan rahmat dari tuhanNya. 
 
Bangkitlah. Bacalah. Mintalah. Tunduklah. Sujudlah. Menangislah. 
 
Sementara nafas Ramadhan masih jelas terasa. 
 
#RamadhanMubarakDay24
#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares 
#HalaqahILMU

Segalanya Tidak Pasti….

0
Assalamu’alaikum…

Menghitung hari lah kita di penghujung ramadhan ini.., selama 24 hari telah berlalu dan kurang 6 hari lagi ramadhan akan benar benar berlabuh…tiada lagi segala gandaan dalam amalan amalan.. dan kita alhamdulillah dengan jayanya telah melalui detik detik itu… namun hakikatnya, yang berbaki ini pun kita belum pasti adakah kita terpilih utk menghabiskan ijazah ramadhan ini kali ini dengan flying colours atau tidak… sementelahan, utk terpilih menyambut ramadhan yang bakal hadir lagi setahun…..kita tidak tahu…

Mungkin tidak ramai yang peduli… pengkisahan ini…”kalau 24 hari yang lalu..kita sibuk berbuka puasa, bercerita pasal terawih, berusaha untuk baca dan tadabbur al quran, bangun malam untuk solat malam..bersama anak2 dan isteri, cerita sahur dan pelbagai kenangan manis kerajinan kita beribadah.. tapi semua ini kita akan sepi bila Allah mengambil nyawa kita..sedihnya kerana tiada lagi saat untuk sibuk berbuka puasa, tiada lagi sibuk berterawih, berkira kira utk bersedekah dan pelbagai memori ramadhan lagi tidak akan dapat di ulangi dan kita pasti lebih sedih dari mereka yang menangisi kematian kita…kerana tidak mampu mengulanginya kerana kita sudah berada di alam lain…pada kala itulah kita menyedari betapa hebat ramadhan dijadikan Allah untuk membantu kita samada di alam dunia , barzakh atau pun alam akhirat kelak…

Tidak tahu nasib kita di sana..tapi andai ajal kita tiba sebelun ramadhan tahun depan..yang pasti kita akan bersedih dan pasti kita akan mohon Allah bangkitkan kita sekali lagi untuk betul-betul berpuasa, bersedekah, bersolat malam…tapi saat itu ..tidak mungkin kita kembali…dalam surah As Sajadah pun diceritakan, malah dalam surah Al Munafikun pun juga diceritakan bagaimana kita mohon untuk balik ke dunia semata-mata hendak melakukan amalan sedekah selepas di pertontonkan Allah bagaimana mereka yang bersedekah ini ..senang pengampunan dari Nya..”

Justeru itu wahai ahli-ahli keluarga ku, saudara-maraku, sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiahku…ambo menyeru pada diri ambo terutama dan…pada saat yang berbaki kurang 6 hari ramadhan ini..marilah kita sama sama manafaatkan sepenuhnya ramadhan kali ini…

kata-kata Imam Al-Ghazali :
“Semua manusia itu mati, kecuali yang berilmu,
Semua yang berilmu itu tidur, kecuali yang beramal,
Semua yang beramal itu tertipu, kecuali yang ikhlas “

kata kata pujangga…
“Dengan ilmu, hidup menjadi mudah
Dengan seni hidup menjadi indah
Dengan agama hidup menjadi terarah”

In syaa Allah…moga mencetus rasa kesungguhan untuk bertambah beribadat di bulan yang tinggal hujung hujung…

Wassalam

Nazarudin Che Salleh
(Kolumnis UiTO) 

 

LIDAH : ‘AQIL VS JAHIL 

0

Pesan Imam Ibnu Hibban rahimahullah:

 

لِسَانُ الْعَاقِل مِنْ وَرَاءِ قَلْبِهِ

Lidah orang yang berakal berada di sebalik hatinya.

فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَقُولَ رَجَعَ إِلَى قَلْبِهِ

Apabila dia ingin mengatakan sesuatu, dia akan merujuk kepada hatinya dahulu.

فَإِنْ كَانَ لَهُ قَالَ وَإِنْ كَانَ عَلَيْهِ أَمْسَكَ

Jika ada (kebaikan/manfaat) untuknya, maka dia akan berkata. Jika tidak ada (kebaikan/manfaat), maka dia tidak akan berkata.

وَإِنَّ الْجَاهِلَ قَلْبُهُ فِي طَرَفِ لِسَانِهِ

Dan orang yang jahil, hatinya berada di hujung lidahnya.

مَا أَتَى عَلَى لِسَانِهِ تَكَلَّمَ بِهِ

Apa sahaja yang sampai menyentuh lidahnya, dengan cepat dia akan mengatakannya.

مَا عَقَلَ دِينَهُ مَنْ لَمْ يَحْفَظْ لِسَانَهُ

Dan tidaklah seseorang (dianggap) mengetahui agamanya hinggalah dia menjaga lisannya.

 

[Raudhah Al-‘Uqala’ wa Nuzhah Al-Fudhala’]

 

#BroSyariefShares

02.01#030415 : KATEGORI HADIS

0

 

Nota 02.01 Pembahagian Kategori Hadits    

 

Susunan: BroSyarief 

 

Secara umumnya, pembahagian kategori hadits boleh dilihat dari 3 perspektif berikut:

 

A. Perspektif Sumber Asal (المصدر), yang terbahagi kepada 4, iaitu: 

 

01. Qudsi (قدسي) – Sumbernya : Allah subhanahu wa ta’ala

02. Marfu’ (مرفوع) – Sumbernya : Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam

03. Mawquf (موقوف) – Sumbernya : Tabi’in

04. Maqthu’ (مقطوع) – Sumbernya : Tabi’ at-Tabi’in dan seterusnya

 

B. Perspektif Bentuk dari Sumber (صدوره عن المصدر) 

 

01. Qawliy (قولي) – Bentuk : Perkataan

02. Fi’liy (فعلي) – Bentuk : Perbuatan

03. Taqririy (تقريري) – Bentuk : Perakuan

04. Khilqi (خِلْقِي) – Bentuk : Sifat Fizikal

05. Khuluqi (خُلُقِي) – Bentuk : Sifat Akhlaq

 

C. Perspektif Kekuatan dan Kelemahan

 

01. Mutawatir (متواتر)

02. Ahad (آحاد)

 

Nota-nota seterusnya akan mengupas setiap kategori secara asas. In Sya Allah.

 

WalLaahu a’lam

 

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 

 

#BroSyariefShares 

01.11.03#020415: At-Taabi’i/ Tabi’in

0
Nota 01.11.03 Mengenal Sahabat & Tabi’in   
 
Susunan: BroSyarief 
 
AT-TAABI’I (التابعي) 
 
Secara bahasa, ia bermaksud mengikuti atau menuruti. Secara teknikal, ia merujuk kepada generasi selepas para sahabat, yang bertemu dengan sahabat dalam keadaan dia muslim dan mati dalam keadaan muslim, walaupun pernah murtad dan kembali kepada Islam. 
 
Golongan tabi’in juga mempunyai kelebihan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul, kerana dekatnya mereka kepada para Sahabat raadhiyalLaahu ‘anhum ajma’in. 
 
Firman Allah ‘azza wa jalla (terjemahannya), “Dan orang-orang yang terdahulu dan lebih awal, di kalangan Muhajirin dan Ansar, dan YANG MENGIKUTI mereka dengan baik..” [at-Taubah(9):100] 
 
Dan juga sabda baginda Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, “Sebaik-baik kurun adalah kurunku (bersama para sahabat), dan kemudian yang mengikuti mereka (yakni, tabi’in), dan kemudian yang seterusnya (yakni, tabi’ taabi’in)” [HR al-Bukhari & Muslim] 
 
Sebagaimana ramainya para sahabat, jumlah tabi’in juga sangat ramai dan tidak dapat dihitung jumlahnya dengan tepat. 
 
Mereka kebiasaannya dibahagikan kepada tiga peringkat, (i) Kibar Taabi’in atau Tabi’in Kubro, yang banyak riwayat terus dari sahabat, (ii) Wast at-Tabi’in, yang banyak meriwayatkan dari sahabat dan kibar tabi’in, dan (iii) Sighar at-Tabi’in, yang banyak meriwayatkan dari sesama Tabi’in dan sedikit dari Sahabat.  
 
Di antara tulisan-tulisan menyebut tentang golongan atTabi’in: 
 
01. Ma’rifatu at-Tabi’in, karangan Abu al-Muthorrif (w.402H)
02. Talqih Fuhum al-Atsar, karangan Ibn al-Jawzi (w.597H) 
03. Jannatu an-Naadzirin fi Ma’rifatu at-Tabi’in, karangan Muhibuddin al-Baghdadi (w.643H), dan lain-lain. 
 
AL-MUKHADRAM (المخضرم) 
 
Secara bahasa ia mempunyai beberapa makna, antaranya menjadikan sesuatu di antara dua keadaan. Contohnya: Penyair mukhadram, iaitu mereka yang sempat hidup dalam era jahiliyah dan kemudian masuk Islam, jadi hidupnya di antara jahiliyah dan islam. 
 
Adapun secara teknikal, menurut ulama hadits, Mukhadram merujuk kepada mereka yang memeluk Islam semasa Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam masih hidup, namun tak berkesempatan menemuinya. 
 
Imam Muslim menyebutkan jumlah mereka seramai 30 orang, dan sebahagian ulama lain mengatakan jumlah mereka sekitar 40 orang. 
 
Di antara golongan al-Mukhadram ialah al-Aswad ibn Yazid an-Nakhaie, ‘Amr ibn Maymun, Sa’ad ibn Iyas, Syuraih ibn Haani’, Ashhamah ibn Abjar dan lain-lain. 
 
WalLaahu a’lam 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

Hadis 8 : Sifat Zahir Rasulullah s.a.w

0

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

 

Hadis 8

8- حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا جُمَيْعُ بْنُ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْعِجْلِيُّ إِمْلَاءً عَلَيْنَا مِنْ كِتَابِهِ، قَالَ: أَخْبَرَنِي رَجُلٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ مِنْ وَلَدِ أَبِي هَالَةَ زَوْجِ خَدِيجَةَ، يُكَنَّى أَبَا عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ ابْنٍ لِأَبِي هَالَةَ، عَنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ، قَالَ: سَأَلْتُ خَالِي هِنْدَ بْنَ أَبِي هَالَةَ، وَكَانَ وَصَّافًا عَنْ حِلْيَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَنَا أَشْتَهِي أَنْ يَصِفَ لِي مِنْهَا شَيْئًا أَتَعَلَّقُ بِهِ، فَقَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخْمًا مُفَخَّمًا، يَتَلَأْلَأُ وَجْهُهُ تَلَأْلُؤَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، أَطْوَلُ مِنَ الْمَرْبُوعِ، وَأَقْصَرُ مِنَ الْمُشَذَّبِ، عَظِيمُ الْهَامَةِ، رَجِلُ الشَّعْرِ، إِنِ انْفَرَقَتْ عَقِيقَتُهُ فَرَّقَهَا، وَإِلَّا فَلَا يُجَاوِزُ شَعْرُهُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ إِذَا هُوَ وَفَّرَهُ، أَزْهَرُ اللَّوْنِ، وَاسِعُ الْجَبِينِ، أَزَجُّ الْحَوَاجِبِ، سَوَابِغَ فِي غَيْرِ قَرَنٍ، بَيْنَهُمَا عِرْقٌ يُدِرُّهُ الْغَضَبُ، أَقْنَى الْعِرْنِينِ، لَهُ نُورٌ يَعْلُوهُ، يَحْسَبُهُ مَنْ لَمْ يَتَأَمَّلْهُ أَشَمَّ، كَثُّ اللِّحْيَةِ، سَهْلُ الْخدَّيْنِ، ضَلِيعُ الْفَمِ، مُفْلَجُ الْأَسْنَانِ، دَقِيقُ الْمَسْرُبَةِ، كَأَنَّ عُنُقَهُ جِيدُ دُمْيَةٍ فِي صَفَاءِ الْفِضَّةِ، مُعْتَدِلُ الْخَلْقِ، بَادِنٌ مُتَمَاسِكٌ، سَوَاءُ الْبَطْنِ وَالصَّدْرِ، عَرِيضُ الصَّدْرِ، بَعِيدُ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ، ضَخْمُ الْكَرَادِيسِ، أَنْوَرُ الْمُتَجَرَّدِ، مَوْصُولُ مَا بَيْنَ اللَّبَّةِ وَالسُّرَّةِ بِشَعْرٍ يَجْرِي كَالْخَطِّ، عَارِي الثَّدْيَيْنِ وَالْبَطْنِ مِمَّا سِوَى ذَلِكَ، أَشْعَرُ الذِّرَاعَيْنِ وَالْمَنْكِبَيْنِ وَأَعَالِي الصَّدْرِ، طَوِيلُ الزَّنْدَيْنِ، رَحْبُ الرَّاحَةِ، شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ، سَائِلُ الْأَطْرَافِ – أَوْ قَالَ: شَائِلُ الْأَطْرَافِ – خَمْصَانُ الْأَخْمَصَيْنِ، مَسِيحُ الْقَدَمَيْنِ، يَنْبُو عَنْهُمَا الْمَاءُ، إِذَا زَالَ زَالَ قَلِعًا، يَخْطُو تَكَفِّيًا، وَيَمْشِي هَوْنًا، ذَرِيعُ الْمِشْيَةِ، إِذَا مَشَى كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ مِنْ صَبَبٍ، وَإِذَا الْتَفَتَ الْتَفَتَ جَمِيعًا، خَافِضُ الطَّرْفِ، نَظَرُهُ إِلَى الْأَرْضِ أَطْوَلُ مِنْ نَظَرِهِ إِلَى السَّمَاءِ، جُلُّ نَظَرِهِ الْمُلَاحَظَةُ، يَسُوقُ أَصْحَابَهُ، وَيَبْدَأُ مَنْ لَقِيَ بِالسَّلَامِ.

8- Telah bercerita kepada kami Sufyan bin Waki`, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Jumay` bin `Umar bin `Abdi r-Rahman Al-`Ijliy secara imla’ ke atas kami daripada kitabnya, dia berkata: Telah memberitahu saya seorang lelaki daripada Bani Tamim, dari kalangan anak-anak Abi Halah suami Khadijah yang dikanna sebagai Aba `Abdi Llah, daripada anak lelaki Abi Halah, daripada Al-Hasan bin `Aliy, dia berkata: Saya telah bertanya kepada pakcik saya Hind bin Abi Halah – dan dia sangat mahir tentang sifat – tentang perwatakan Nabi, dan saya mahu untuk dia mensifatkan kepada saya sesuatu daripadanya untuk saya berpegang dengannya, maka dia telah berkata: Rasulu Llah adalah mulia lagi dimuliakan. Bersinar wajahnya seperti sinaran bulan malam bulan mengambang. Lebih tinggi daripada orang yang bersaiz sederhana. Dan lebih rendah daripada orang yang dipangkas. Besar kepala. Ikal rambut. Apabila terbelah rambutnya, dia pun membelah rambutnya. Dan jika tidak, maka tidak melepasi rambutnya cuping telinganya apabila dia membiarkannya. Cerah warna. Luas dahi. Paling melengkung buku kening. Yang sempurna pada yang tidak bercantum. Di antara kedua-duanya terdapat urat yang kembang ketika marah. Mancung tulang hidung. Ia mempunyaï cahaya yang meninggikannya. Orang yang tidak menelitinya akan menganggapnya rata. Lebat jambang. Rata dua pipi. Lebar mulut. Jarang gigi. Nipis bulu dada. Seolah-olah lehernya ialah leher boneka di dalam putih perak. Bersaiz pertengahan. Gemuk pejal. Rata perut dan dada. Jauh jarak dua bahunya. Besar sendi. Bercahaya bahagian terdedah. Bersambung antara sternum dan pusat dengan bulu yang bersambung seperti garisan. Tidak berbulu dua tetek dan perut selain daripada itu. Berbulu dua lengan atas dan dua bahu, dan bahagian atas dada. Panjang dua lengan bawah. Luas tapak tangan. Tebal dua tapak tangan dan dua tapak kaki. Tangkas anggota – atau dia berkata

: Terangkat anggota. Cekung dua tapak kaki. Panjang dua tapak kaki. Licin dua tapak kaki. Air mengalir jatuh daripada kedua-duanya. Apabila dia pergi, dia pergi dengan mengangkat kaki. Dia berjalan dengan condong sedikit ke hadapan. Dan dia berjalan dengan tenang. Panjang langkah. Apabila dia berjalan, seolah-olah dia turun daripada cerun. Dan apabila dia menoleh, dia menoleh keseluruhannya. Rendah pandangan. Pandangannya ke bumi lebih panjang daripada pandangannya ke langit. Kebanyakan pandangannya adalah penumpuan. Dia mengekori sahabatnya. Dan dia memulakan sesiapa yang dia temuï dengan salam.

 

Syarah Adou_Fr:

 

1. Hadis ini dimulakan dengan menyebut satu kaedah penyampaian hadis iaitu secara imla’ daripada kitab. Ia bermakna, seseorang syaykh atau guru membaca kitabnya atau catatannya, dan murid mencatatkan apa yang didengar. Kaedah periwayatan ini disebut dalam hadis, untuk menunjukkan bahawa syaykh atau guru tidak menyebutkan hadis daripada ingatannya, sebaliknya membaca daripada catatannya. Kaedah membaca daripada catatan dapat mengurangkan kesilapan semasa meriwayatkan hadis, dan dapat menguatkan sesuatu hadis. Ini bermakna, hadis itu disampaikan oleh syaykh atau guru sama seperti yang dipelajarinya – iaitu apa yang dicatatnya – tanpa berlaku kesilapan pada sanad atau matan.

 

2. Hadis ini menceritakan bahawa Al-Hasan bin `Aliy bertanya kepada pakciknya Hind bin Abi Halah tentang perwatakan Nabi, supaya dia dapat berpegang dengan cerita atau riwayat tersebut. Ini ialah satu adab dalam menuntut ilmu, iaitu menuntut ilmu agar ilmu itu dapat dipegang dan menjadi manfa`at kepada diri. Hal ini berbeza dengan kebanyakan manusia pada zaman ini yang menamakan diri mereka “penuntut ilmu”, tetapi mereka tidak belajar untuk mendapatkan ilmu yang dapat dipegang, sebaliknya mereka hanya bertumpu kepada ilmu popular atau yang mempunyaï kepentingan tertentu sahaja. Dan Al-Hasan bertanya kepada orang yang mahir, iaitu disebut sebagai (وَصَّافًا) yang mahir tentang sifat. Memperihalkan atau menceritakan atau mensifatkan tentang seseorang atau sesuatu, memerlukan kemahiran yang tinggi, agar si pensifat dapat menyampaikan ciri-ciri yang khusus atau unik pada sesiapa atau apa yang disifatkannya, sekali gus akan dapat mendatangkan satu gambaran yang paling menghampiri kebenaran.

 

3. Justeru, Hind – dan dia ialah seorang lelaki – memulakan dengan menyebut bahawa Rasulu Llah adalah (فَخْمًا مُفَخَّمًا) mulia lagi dimuliakan. Dua perkataan ini ialah kata kunci yang sangat penting bagi Hind, sehingga dia memulakan pemerihalannya dengan dua sifat ini. Walau bagaimanapun, ini ialah dua perkataan yang sangat sukar untuk diterjemahkan, atau untuk disampaikan konsepnya kerana tafsiran yang pelbagai. Di sini, terjemahan yang digunakan adalah “mulia lagi dimuliakan”, iaitu Nabi ialah seseorang yang apabila disebut namanya atau sesuatu tentangnya, akan tergambar satu penghormatan dan kemuliaan pada dirinya. Hal ini disebabkan wibawa, karisma dan ketinggian peribadi Nabi. Walau bagaimanapun, terdapat pensyarah kitab ini yang memberikan maksud (فَخْمًا مُفَخَّمًا) sebagai berbadan besar dan sasa pada dada dan matanya, iaitu wajahnya yang mulia dan tubuhnya disertaï dengan kecantikan dan kemuliaan. Nabi dinyatakan sebagai mempunyaï wajah yang bersinar seperti malam bulan mengambang – iaitu wajahnya yang bercahaya dan indah.

 

4. Apabila menceritakan tentang ketinggian Nabi, dalam hadis ini kata sifat yang digunakan adalah berbeza daripada hadis yang sebelumnya. Sebelum ini, dinyatakan secara umum bahawa Nabi berada pada tinggi yang sederhana. Namun, dalam hadis ini, disebut bahawa Nabi lebih tinggi daripada sederhana, tetapi lebih rendah daripada orang yang “dipangkas”. Perkataan (الْمُشَذَّبِ) merujuk kepada orang yang ketara tinggi tetapi badannya kurus kering tiada daging, seperti pokok tinggi yang dipangkas dahan dan rantingnya. Secara nyata, jika dilihat dalam konteks moden, Indek Jisim Tubuh (BMI) badan Nabi tidaklah berada pada tahap ekstrim, sebaliknya pada tahap ideal.

 

5. Hadis ini disambung dengan mengkhusus pada bahagian kepala Nabi. Disebut bahawa kepala Nabi besar dengan rambut yang ikal. Apabila rambutnya memanjang, ia akan membelah menjadi dua, justeru Nabi akan menyikat rambutnya kepada dua bahagian, kanan dan kiri iaitu fesyen belah tengah. Jika tidak, apabila Nabi melepaskan rambutnya, panjang rambutnya tidak akan melepasi cuping telinga.

 

6. Warna kulit Nabi adalah cerah. Dan dahi Nabi luas. Nabi mempunyaï bulu kening yang melengkung, yang tidak bercantum di bahagian tengahnya. Apabila Nabi marah, dapat dilihat satu urat yang timbul dan mengembang di tengah-tengah di antara dua bulu kening tersebut.

 

7. Hidung Nabi adalah mancung iaitu panjang dan melengkung. Ia mempunyaï cahaya sehingga ia kelihatan tinggi. Orang yang melihat sekali imbas tanpa meneliti muka Nabi akan tersalah melihat tulang hidungnya tinggi dan rata.

 

8. Pada muka Nabi terdapat jambang dari telinga hingga ke dagu hingga ke telinganya, dan bulunya adalah lebat. Ini menunjukkan kesilapan orang zaman ini yang melaungkan slogan “menyimpan janggut” kerana mereka hanya menyimpan bulu di dagu sahaja, manakala bulu dari dagu ke telinga dicukur, sedangkan (اللِّحْيَة) ialah bulu yang tumbuh dari telinga sehingga ke dagu dan telinga.

 

9. Pipi Nabi adalah rata, tidak berlekuk, tidak mempunyaï lesung pipit dan tidak mengembung. Mulut Nabi adalah lebar iaitu apabila dia bercakap, dia menggunakan keseluruhan mulutnya, bukan hanya sekadar menggerakkan bibir sahaja. Justeru, percakapan Nabi dapat didengar dengan jelas. Gigi Nabi tidak rapat, sebaliknya mempunyaï celah dan jarak antara satu sama lain.

 

10. Setelah memfokuskan kepada bahagian kepala, Hind menceritakan tentang bahagian badan Nabi. Dia memulakan dengan bulu dada Nabi yang nipis. Lehernya cerah seolah-olah leher boneka atau anak patung yang berwarna putih perak. Badan Nabi bersaiz pertengahan iaitu tidak gemuk dan tidak kurus. (بَادِنٌ) gemuk ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan badan yang berdaging, bukan badan yang berlemak. Perkataan lain yang hampir ialah sasa. Badan Nabi pejal dengan otot dan daging. Perut dan dadanya adalah rata, tidak buncit atau tidak tenggelam. Bahunya bidang dan tulang sendinya besar.

 

11. Apabila seseorang melihat pada bahagian tubuh Nabi yang terdedah tidak ditutupi kain, dia akan mendapati tubuh Nabi yang bercahaya atau lebih cerah. Nabi mempunyaï bulu dari bahagian dadanya yang atas berdekatan dengan bahagian sternum, memanjang seperti garisan sehingga ke pusatnya. Teteknya dan perutnya tidak berbulu. Namun, di bahagian bahu sehingga ke lengan sebelah atas, Nabi mempunyaï bulu.

 

12. Seterusnya hadis ini mula memfokuskan kepada bahagian tangan dan kaki. Hind menyebut tentang tulang lengan sebelah bawah Nabi adalah panjang. Tapak tangannya luas dan tebal. Tapak kakinya juga tebal. Tangan dan kaki Nabi adalah tangkas bergerak, atau rawi menyebut terangkat apabila ia bergerak. Terangkat bermakna ia digerakkan dengan tenaga dan kekuatan, bukan secara malas.

 

13. Tapak kaki Nabi adalah panjang dan tapaknya cekung iaitu melengkung. Bahagian tengah tapaknya tidak mencecah tanah. Tapak kaki Nabi adalah licin atau rata, tidak merekah atau pecah. Rawi menyatakan kelicinan tapak kaki Nabi sehingga apabila air dicurahkan ke atasnya, air itu akan mengalir jatuh tidak bertakung di tapak kakinya.

 

14. Seterusnya, setelah selesai menceritakan tentang bentuk fizikal Nabi, Hind menyambung dengan gaya berjalan Nabi seperti yang disyarahkan sebelum ini. Begitu juga Nabi apabila menoleh, dia akan memusingkan keseluruhan badannya menghadap kepada apa atau sesiapa yang memanggilnya. Pandangan Nabi adalah rendah lebih banyak memandang ke bawah. Apabila melihat, Nabi akan memfokuskan apa yang dilihatnya, bukan melihat sambil lewa.

 

15. Apabila berjalan, para sahabat akan berjalan di hadapan, dan Nabi mengekori di belakang mereka. Apabila melintas atau berjumpa sesiapa, Nabi akan memulakan dengan ucapan salam.

 

16. Sebahagian manusia sekarang, mereka lebih selesa dengan ucapan lain selain daripada ucapan salam, seperti ucapan hai, hello dan sebagainya. Hal ini perlu dibaiki agar apabila kita bertemu dengan sesiapa – sama ada dikenali atau tidak – ucapan pertama dari mulut kita hendaklah salam. Aplikasi yang lebih luas, contohnya apabila bercakap dan menjawab telefon. Adalah wajar untuk kita memulakan ucapan kita dengan ucapan salam.

ترجمة وشرح باللغة الماليزية 

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Rezeki Tidak Disangka-sangka Dengan Istighfar

0

Salam. 

Saya ingat-ingat lupa hadith Tarmidzi “Barangsiapa perbanyakkan beristighfar maka Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak sangka-sangka”…boleh carikan matannya..ingatan reput

 

Carikan

 

Jawapan:

dalam suatu hadis:

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir, tetapi dinilai dhaif oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth).” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)

 

Diperkuatkan lagi dengan:

  • 1. Nuh ‘alaihis Salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Qur’an:

فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

“Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh, 71: 10-12)

 

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)menjelaskan ayat ini dalam tafsir:

 

أي: إذا تبتم إلى الله واستغفرتموه وأطعتموه، كثر الرزق عليكم، وأسقاكم من بركات السماء، وأنبت لكم من بركات الأرض، وأنبت لكم الزرع، وَأَدَرَّ لكم الضرع، وأمدكم بأموال وبنين، أي: أعطاكم الأموال والأولاد، وجعل لكم جنات فيها أنواع الثمار، وخللها بالأنهار الجارية بينها

“Maksudnya apabila kamu semua bertaubat kepada Allah, beristighfar (memohon ampun) kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki ke atas kamu, menurunkan kepada kamu hujan yang barakah, mengeluarkan untuk kamu keberkahan dari bumi, menumbuhkan untuk kamu tumbuh-tumbuhan, mengalirkan (melimpahkan) untuk kamu susu-susu perahan, dan melengkapkan untuk kamu harta dan anak-anak. Maksudnya Dia akan memberi kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak serta memberi kepada kamu kebun-kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang di dalamnya mengalir sungai-sungai.” (Tafsir Ibnu Katsir, 8/233)

 

  • 2. Imam al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahumallah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Bashri rahimahullah:

 

 ان رجلا شكى إليه الجدب فقال استغفر الله وشكى إليه آخر الفقر فقال استغفر الله وشكى إليه آخر جفاف بستانه فقال استغفر الله وشكى إليه آخر عدم الولد فقال استغفر الله ثم تلا عليهم هذه الآية

 

“Bahawasanya seorang lelaki mengadu kepadanya tentang musim kemarau yang sedang terjadi. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”

 

Kemudian datang pula orang lain mengadu kepada beliau tentang kefaqirannya. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

 

Kemudian datang lagi yang lain pula mengadu kepada beliau tentang kekeringan tanamannya. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristigfarlah kepada Allah.”

 

Kemudian datang lagi yang lain mengadu kepada beliau kerana masih tidak memiliki anak. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.” Kemudian al-Hasan al-Bashri pun membacakan surah ini (Surah Nuh, 71: 11-12) kepada mereka.” (Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98)

 

 

  • 3. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

 

وَيَقَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ

“(Hud berkata): “Wahai kaumku, beristighfarlah kepada Rabb-mu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan pada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan melakukan dosa.” (Surah Huud, 11: 52)

 

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan:

ثم أمرهم بالاستغفار الذي فيه تكفير الذنوب السالفة، وبالتوبة عما يستقبلون ومن اتصف بهذه الصفة يسر الله عليه رزقه، وسهل عليه أمره وحفظ شأنه؛ ولهذا قال: يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا

“Kemudian dia (Huud) menyuruh mereka beristighfar yang dengannya dapat menghapuskan dosa yang telah lalu, juga dengan bertaubat dari apa yang sedang mereka hadapi. Dan sesiapa yang memiliki sifat ini, Allah memudahkan rezeki ke atasnya dan memudahkan ke atasnya urusannya dan memelihara keadaannya. Dan untuk itulah Allah berfirman: “…nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu.”

 

 

  • 4. Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

 

“Dan beristighfarlah kepada Rabb-mu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kepada kamu kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan, dan Dia memberi kepada setiap yang memiliki keutamaan, keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab di hari yang besar (Kiamat).” (Surah Huud, 11: 3)

 

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menjelaskan:

 

هَذِهِ ثَمَرَةُ الِاسْتِغْفَارِ وَالتَّوْبَةِ، أَيْ يُمَتِّعُكُمْ بِالْمَنَافِعِ من سَعَةِ الرِّزْقِ وَرَغَدِ الْعَيْشِ، وَلَا يَسْتَأْصِلُكُمْ بِالْعَذَابِ كَمَا فَعَلَ بِمَنْ أَهْلَكَ قَبْلَكُمْ

“Inilah buah hasil istighfar dan taubat. Iaitu Allah memberi kenikmatan kepada kamu dengan manfaat-manfaat berupa rezeki yang banyak dan hidup yang sejahtera, serta Dia tidak akan mengazab kamu sebagaimana yang dilakukan-Nya ke atas orang-orang sebelum kamu.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/3)

 

 

Jawapan dipetik dari http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2012/06/190-menjemput-rezeki-dengan-istighfar.html?m=1

Popular

Iklan

Iklan