Utama Blog Halaman 294

Hadis 21: Salman Al-Farisi Dan Cop Kenabian

0

Hadis 21, Dari Saitama, Jepun

21- حَدَّثَنَا أَبُو عَمَّارٍ الْحُسَيْنُ بْنُ حُرَيْثٍ الْخُزَاعِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُسَيْنِ بْنِ وَاقِدٍ، قَالَ، حَدَّثَنِي أَبِي، قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي، بُرَيْدَةَ، يَقُولُ: جَاءَ سَلْمَانُ الْفَارِسِيُّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ قَدِمَ الْمَدِينَةَ بِمَائِدَةٍ عَلَيْهَا رُطَبٌ، فَوَضَعَهَا بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «يَا سَلْمَانُ، مَا هَذَا؟»، فَقَالَ: صَدَقَةٌ عَلَيْكَ وَعَلَى أَصْحَابِكَ، فَقَالَ: «ارْفَعْهَا، فَإِنَّا لَا نَأْكُلُ الصَّدَقَةَ». قَالَ: فَرَفَعَهَا، فَجَاءَ الْغَدَ بِمِثْلِهِ، فَوَضَعَهُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «مَا هَذَا يَا سَلْمَانُ؟». فَقَالَ: هَدِيَّةٌ لَكَ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ: «ابْسُطُوا»، ثُمَّ نَظَرَ إِلَى الْخَاتَمِ عَلَى ظَهْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَآمَنَ بِهِ. وَكَانَ لِلْيَهُوَدِ، فَاشْتَرَاهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَذَا وَكَذَا دِرْهَمًا، عَلَى أَنْ يَغْرِسَ لَهُمْ نَخْلًا، فَيَعْمَلَ سَلْمَانُ فِيهِ حَتَّى تُطْعِمَ. فَغَرَسَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّخِيلَ إِلَّا نَخْلَةً وَاحِدَةً غَرَسَهَا عُمَرُ، فَحَمَلَتِ النَّخْلُ مِنْ عَامِهَا وَلَمْ تَحْمِلِ النَّخْلَةُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا شَأْنُ هَذِهِ النَّخْلَةُ؟»، فَقَالَ عُمَرُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَا غَرَسْتُهَا. فَنَزَعَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَغَرَسَهَا فَحَمَلَتْ مِنْ عَامِهَا.

21- Telah bercerita kepada kami Abu `Ammar Al-Husayn bin Hurays Al-Khuza`iy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Husayn bin Waqid, dia berkata: Telah bercerita kepada saya bapa saya, dia berkata: Telah bercerita kepada saya `Abdu Llah bin Buraydah, dia berkata: Saya telah mendengar bapa saya, Buraydah, dia berkata: Telah datang Salman Al-Farisiy kepada Rasuli Llah ketika dia tiba di Al-Madinah dengan satu hidangan yang di atasnya terdapat rutab, kemudian dia telah meletakkannya di hadapan Rasuli Llah, maka dia telah berkata: «Ya Salman, apakah ini?». Maka dia berkata: Sadaqah ke atas kamu dan ke atas para sahabat kamu. Maka dia berkata: «Angkatlah ia, maka sesungguhnya kami tidak makan sadaqah». Dia berkata: Maka dia telah mengangkatnya, kemudian dia telah datang pada hari esok dengan yang sepertinya, dan dia telah meletakkannya di hadapan Rasuli Llah, maka dia telah berkata: «Apakah ini ya Salman?». Maka dia berkata: Hadiah untuk kamu. Maka telah berkata Rasulu Llah kepada para sahabatnya: «Bentangkan». Kemudian dia telah melihat kepada cop di atas belakang Rasuli Llah, dan dia telah beriman dengannya. Dan dia dahulu kepunyaan seorang Yahudi, kemudian Rasulu Llah telah membelinya dengan demikian dan demikian dirham, agar dia menanam untuk mereka kurma. Maka Salman berkerja padanya sehingga ia boleh dimakan. Maka Rasulu Llah telah menanam kurma melainkan sebatang kurma yang ditanamnya oleh `Umar. Maka berbuahlah kurma itu pada tahun itu, tetapi tidak berbuah sebatang kurma. Maka telah berkata Rasulu Llah: «Apa kena dengan kurma ini?». Maka telah berkata `Umar: Ya Rasula Llah, saya telah menanamnya. Maka Rasulu Llah telah mencabutnya, kemudian dia telah menanamnya, dan ia telah berbuah pada tahun itu.

 

Syarah Adou_Fr:

Di dalam sanad hadis ini, terdapat ucapan `Abdu Llah bin Buraydah, dia berkata: (سَمِعْتُ أَبِي، بُرَيْدَةَ، يَقُولُ:) Saya telah mendengar bapa saya, Buraydah, dia berkata:. Sesetengah penuntut ilmu yang gopoh dan tidak berhati-hati, mereka mungkin tersalah baca lafaz ini sebagai “Saya telah mendengar Abi Buraydah”, sedangkan yang dimaksudkan ialah bapanya sendiri. Jika perlu, ia boleh diterjemah sebagai, “Saya telah mendengar bapa saya iaitu Buraydah, dia berkata:”. Jika yang dimaksudkan ialah orang yang bernama “Abi Buraydah”, maka lafaz ini akan berubah menjadi (سَمِعْتُ أَبَا بُرَيْدَةَ) iaitu menggunakan lafaz (أَبَا) Aba.

Apabila berhadapan dengan hal seperti ini, maka nyatalah kepentingan berguru dalam ilmu hadis, iaitu hadir dalam majlis pembacaan hadis, atau jika berkesempatan, menghadiri majlis syarah hadis dan ulum hadis. Ucapan `Abdu Llah bin Buraydah ini dapat dilihat dalam kitab-kitab tafsir, antaranya Tafsir Al-Baghawiy, kitab-kitab hadis seperti Musnad Ahmad, Sunan Abi Dawud, Sunan At-Tirmizi, As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Nasa’iy dan Al-Bayhaqiy, Sahih Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaymah, Al-Mustadrak dan banyak lagi kitab yang lain.

Ramai orang yang tidak mengetahuï kepentingan berguru dalam ilmu hadis, justeru, mereka memandang sepi terhadap ilmu hadis. Di peringkat awal, adalah dinasihatkan untuk membaca sendiri kitab-kitab hadis, dan hal ini adalah sangat digalakkan. Namun, maksud “peringkat awal” tersebut adalah ketika zaman kanak-kanak, iaitu sebelum mereka baligh. Kemudian, setelah itu, hendaklah berguru untuk memastikan bacaan yang betul, kefahaman yang benar, dan mendalami hukum-hakam yang dinyatakan dalam hadis. Justeru, pembelajaran hadis adalah sejak kecil hingga seseorang itu mati. Ia bukan bidang yang seseorang boleh menjadi pandai secara tiba-tiba, atau hanya dengan merujuk satu dua bahan bacaan sahaja.

 

Berguru dalam ilmu hadis, antaranya ialah dengan menghadiri majlis sama` hadis. Sama` ialah mendengar. Justeru, dalam majlis seperti ini, setiap hadis akan dibaca dari awal kitab sehingga ke penghujungnya. Inilah yang penting sebagai asas pengajian ilmu hadis, iaitu mendengar dan membaca hadis, dari awal kitab sehingga ke penghujungnya. Ini disebabkan para Imam yang menyusun kitab, mereka menyimpan rahsia ilmu mereka di dalam kitab tulisan mereka. Antaranya ialah Imam Al-Bukhariy yang menyimpan fiqhnya dalam penulisan bab. Justeru, mereka yang membaca secara tebuk di sana tebuk di sini, mereka akan kehilangan sebahagian besar ilmu yang terdapat di dalam kitab-kitab hadis.

Dan apabila seseorang menghadiri majlis sama` hadis, dia akan dianugerahkan, atau dikurniakan, atau diberikan sehelai kertas yang dinamakan sebagai ijazah sanad. Yang penting bukanlah kertas itu, tetapi ilmu yang diperoleh di dalam majlis itu! Dan sebagai bukti ilmu itu telah didengar, maka ijazah sanad diberikan.

Dewasa ini, terdapat sesetengah pihak yang mempertikaikan ijazah sanad. Menurut golongan ini, ijazah sanad sudah tidak berfungsi. Mereka menambah bahawa jika nama kita dimasukkan ke dalam sanad, hadis tersebut sudah tentu akan menjadi dha`if! Ketahuïlah bahawa pihak seperti ini telah tersilap, dan mereka telah tersilap, dan mereka telah tersilap! Ijazah sanad tidak berfungsi seperti itu!

 

Walaupun dewasa ini kitab hadis sudah tertulis di dalam kitab, dan sudah dicetak, tetapi para pemegang ijazah sanad inilah yang menjaga bacaan dan sebutan, menjaga perbezaan lafaz dan baris, serta menjaga hal yang tidak dapat dibezakan oleh mata penuntut ilmu yang gopoh dan tidak sabar!

Lihat semula ucapan oleh `Abdu Llah bin Buraydah, apabila dia berkata: (سَمِعْتُ أَبِي، بُرَيْدَةَ، يَقُولُ:). Apabila membaca kitab secara sendirian, ditambah dengan gopoh dan tidak sabar, pasti seseorang akan memahami bahawa rawi di atas ialah:

`Abdu Llah bin Buraydah Abi Buraydah

Sedangkan yang sebenar ialah:

`Abdu Llah bin Buraydah Buraydah

Dan hal ini adalah kefahaman yang sangat terpesong. Ia tidak akan dapat diperasani kecuali apabila diterjemah dengan betul, atau ditulis nota kaki – yang biasanya tidak dibaca oleh orang yang gopoh –, atau apabila dijelaskan dalam majlis hadis, malah perlu kepada pengetahuan bahasa `Arab.

 

Menghadiri majlis hadis tidak menganugerahkan seseorang dengan ijazah doktor falsafah atau PhD, atau sebarang habuan keduniaan, sebaliknya, ia ialah majlis di mana seseorang murid melihat kesabaran dan ketekunan gurunya, dan mendengar bacaan oleh gurunya – atau pembacanya –, serta mendengar penjelasan gurunya terhadap beberapa masalah atau kemusykilan. Dan untuk mengkhatamkan satu kitab hadis, ia memerlukan jihad yang besar – masa yang panjang, ketekunan yang tinggi, serta kesabaran. Dan setelah melaluï semua proses ini, barulah seseorang akan dianugerahkan ijazah sama` hadis.

Benar, ada juga pihak yang mendapat ijazah hadis secara segera tanpa melaluï proses tersebut. Namun, mereka hanya mendapat ijazah `am, dan bukan ijazah khusus. Ijazah `am ini tidak berfungsi seperti ijazah khusus, kerana ia lebih kepada keberkatan dan tidak menandakan apa-apa pencapaian.

Sangatlah rugi bagi penuntut ilmu hadis yang tidak menghadiri majlis sama` hadis, dan lebih rugi mereka yang mengambil jurusan hadis! Majlis sama` hadis tidak boleh diperkecilkan, malah ia hendaklah disokong dan disebarluaskan. Ambillah kesempatan apabila diadakan majlis sama` hadis, dan hadirilah. Jika mampu, program seperti ini lebih berhak untuk ditaja atau diiklankan, berbanding program nyanyian atau hiburan.

 

Hadis ini menceritakan tentang pengislaman Salman Al-Farisiy. Apabila Rasulu Llah datang ke Madinah, dia sengaja menguji Nabi dengan membawakan sadaqah berbentuk makanan. Maka Nabi menolak kerana Nabi dilarang daripada memakan sadaqah. Ini ialah satu contoh prinsip yang perlu kita contohi, dan Nabi tidak langsung mengambil kira perasaan manusia – iaitu Salman Al-Farisiy – yang mungkin berkecil hati atas penolakan itu.

Setelah itu, Salman Al-Farisiy hadir sekali lagi dengan hadiah berbentuk makanan, dan kali ini Nabi menerimanya. Nabi memberitahu kepada para sahabat agar membentangkan untuk makanan itu, iaitu ia akan dimakan bersama-sama mereka. Ketika itu, Salman Al-Farisiy melihat kepada cop di belakang badan Nabi, dan dia terus beriman bahawa Muhammad ialah Nabi yang disebut di dalam kitab-kitab sebelum itu. Tiga tanda ini, iaitu Nabi tersebut tidak makan sadaqah, tetapi menerima hadiah, serta mempunyaï cop di belakang badannya, telah dipelajari oleh Salman Al-Farisiy daripada beberapa pendeta. Kemudian, Salman Al-Farisiy berhijrah mencari Nabi tersebut sehingga dia sampai ke Hijaz. Justeru, apabila dia mendengar tentang seorang Nabi telah berhijrah ke Madinah, dia segera datang untuk menguji Nabi itu dengan tanda yang telah dipelajarinya.

Daripada kisah ini, dapat diketahuï bahawa cop itu dinamakan sebagai “cop kenabian” adalah kerana ia telah disebut di dalam kitab sebelum ini, iaitu akan lahir seorang Nabi dan antara tandanya ialah dia mempunyaï “cop kenabian” di belakang badannya. Justeru, tidak perlulah disoal adakah semua Nabi mempunyaï cop seperti itu atau tidak, kerana ia tidak diterangkan di dalam nas, kecuali cop yang ada pada tubuh Muhammad adalah sebagai tanda kenabian yang disebut di dalam kitab sebelumnya.

Kisah Salman Al-Farisiy ini adalah satu bukti bahawa ilmu perlu dipelajari walaupun oleh kanak-kanak atau remaja, atau hamba. Ilmu bukanlah milik eksklusif sesetengah golongan, malah ia akan memberi manfa`at dan faedah apabila ia dipelajari oleh sesiapa pun! Di samping itu, barangkali orang yang mendengar ilmu itu lebih mendapat faedah daripada ilmu itu berbanding dengan si penyampai ilmu! Dan inilah yang berlaku kepada Salman Al-Farisiy. Dia mendengar ilmu tentang kenabian, dan dia mendapat faedah dengan memeluk Islam dan mempercayaï kenabian Nabi itu. Hal ini berbeza dengan orang Yahudi di Madinah yang menolak daripada mempercayaï Muhammad, walaupun mereka telah mengetahuï tentang kebenarannya.

Hadis ini sebenarnya satu peringatan kepada para `ulama’, atau para ilmuwan, atau kepada orang yang diberikan ilmu oleh Tuhan, agar mereka tidak mengabaikan ilmu mereka, sebaliknya ia hendaklah diamalkan dan diambil faedah, dengan ikhlas tanpa menggadaikan agama atau maruah diri. Berapa ramai orang yang berilmu, mereka dipesongkan oleh ego mereka – dan syaytan –, hingga akhirnya mereka tersesat! Saya berlindung dengan Allah daripada menjadi orang yang sesat, amin.

Lihatlah Salman Al-Farisiy, dia tidak bertanya dan mempersoalkan, sebaliknya dia melihat tanda-tanda seperti yang dipelajarinya. Bandingkan dengan zaman ini, berapa ramai orang yang ditunjukkan tanda-tanda oleh Tuhan, tetapi mereka masih sesat, atau hanyut dalam kesesatan, tanpa kembali kepada Tuhan! Semoga Tuhan membuka hati kita untuk melihat dan menerima kebenaran, amin.

Salman Al-Farisiy beriman dengan Muhammad, dan ketika itu dia ialah seorang hamba kepada seorang Yahudi. Maka Rasulu Llah telah membeli Salman Al-Farisiy dengan satu perjanjian, iaitu sejumlah wang dan kontrak pekerjaan iaitu menanam pokok kurma sehingga kurma itu berbuah.

Lihatlah bagaimana seorang Nabi, dia turun padang demi seorang hamba, dan sanggup untuk menanam pokok kurma! Bandingkan dengan para pemimpin zaman sekarang – sama ada pemimpin negara, atau pemimpin agama – adakah mereka berkhidmat untuk rakyat, atau mereka menjadi hamba kepada harta dan kuasa! Tidakkah wajar para pemimpin merasaï bahawa dia sebenarnya berkhidmat untuk rakyat, dan dia bukanlah dewa atau tuhan? Tidakkah wajar para pemimpn mencontohi Rasulu Llah yang sanggup turun padang dan tidak bersenang-senang di pejabat atau di tempat percutian?

Dan Tuhan menunjukkan mu`jizat seorang Nabi, dengan menjadikan pokok yang ditanam oleh Nabi terus berbuah pada tahun itu juga, sedangkan pokok kurma memerlukan beberapa tahun untuk membesar dan berbuah. Ia bukan faktor tanah, atau baja, atau cuaca, kerana sebatang pokok kurma telah ditanam oleh `Umar, tetapi ia tidak berbuah secepat kurma yang ditanam oleh Nabi. Justeru, tiada yang dapat menjelaskan hal ini kecuali kita tunduk kepada kuasa Tuhan dan menerimanya sebagai mu`jizat yang dianugerahkan kepada Nabi-Nya.

Hadis ini menjadi hujah ke atas sesetengah golongan – iaitu bantahan kepada mereka – yang mendakwa mempunyaï kelebihan-kelebihan tertentu, lalu menjadikan kelebihan-kelebihan tersebut sebagai punca rezeki – yang batil – dan menipu masyarakat. Lihatlah bahawa `Umar – seorang sahabat, seorang khalifah, seorang yang selalu bersama Nabi – tidak mempunyaï kelebihan seperti yang dimiliki Nabi! Bahkan Nabi mencabut pokok kurma yang ditanam oleh `Umar, dan menanam semula pokok kurma itu!

Jika `Umar sendiri tidak dapat menyerupaï Nabi dalam kelebihan seperti ini, bahkan jika difikirkan secara logik, tidak perlulah Nabi mencabut pokok itu, sebaliknya cukuplah dengan mendoakan atau mengusap dan menyentuh pokok tersebut agar ia menjadi berkat. Namun, ini menjadi pemisah bahawa pokok yang Nabi tanam adalah berkat, sebaliknya `Umar adalah manusia biasa.

Maka, adakah wajar sesiapa mendakwa mempunyaï kelebihan itu dan ini, atau seolah-olah menyamakan dirinya seperti Nabi! Keberkatan Nabi adalah pada perkara yang diizinkan oleh Tuhan, bukan pada dakwaan oleh nafsu manusia. Justeru, pada perkara yang tidak disebutkan oleh Nabi sebagai mempunyaï berkat, atau yang dipesan oleh Nabi untuk dijaga, maka ia tiada apa-apa kemuliaan!

Contohnya, sesetengah orang mendakwa bahawa tanah kubur Nabi mempunyaï kelebihan. Sesetengah orang mendakwa sandal Nabi mempunyaï kelebihan. Kedua-dua dakwaan ini batil dan palsu, kerana Nabi tidak menyebut sebarang petunjuk atau ucapan yang menyatakan tanah kuburnya atau sandalnya mempunyaï keberkatan, atau kemuliaan, atau kelebihan. Ini kerana Muhammad tidak dapat memberikan bantuan atau syafa`at kepada sesiapa, melainkan dengan izin Tuhan. Maka tersilaplah golongan yang mendakwa apa-apa yang tidak disebutkan oleh Nabi.

Lihatlah di penghujung hadis, apabila `Umar menyebut: “Ya Rasula Llah, saya telah menanamnya”, dan ini ialah satu tanda bahawa `Umar telah tunduk kepada mu`jizat Nabi. Dia menyedari bahawa dirinya adalah berbeza dengan Nabi, dan kerana itu pokok kurma itu tidak berbuah. `Umar telah merendahkan diri di hadapan mu`jizat Nabi, dan dia sanggup merendah diri.

Bayangkan jika kita yang berada di tempat `Umar. Berapa ramaikah yang akan tunduk merendah diri menyedari kebesaran dan ketinggian mu`jizat Nabi itu? Barangkali ramai antara kita yang akan cuba menyembunyikan kesalahan dengan memberikan pelbagai alasan palsu, dan inilah kelemahan jiwa umat Islam dewasa ini. Mata kita buta dalam melihat, menyedari, dan mengi`tiraf kelebihan seseorang, hingga kita tidak sanggup memberikan kredit kepada yang berhaq, dan tidak sanggup merendahkan diri atas kekurangan dan kesilapan.

`Umar boleh sahaja berdiam diri, dan tiada siapa akan mengetahuï apa-apa. Namun, di sebalik kejantanan dan keperkasaan `Umar, hatinya lembut terhadap kebenaran dan mu`jizat Nabi. Kita, sebaliknya, keras hati sehingga hati kita tidak dapat melihat tanda-tanda di hadapan kita. Adakah apabila kita membutakan mata untuk melihat kelebihan seseorang, maka kita akan celik untuk melihat hidayah Tuhan? Adakah apabila kita keras hati untuk mengakuï kebenaran, maka kita akan lembut hati untuk menerima petunjuk Tuhan?

Dan inilah kepentingan berguru serta majlis sama` hadis, agar kita mendapat bimbingan adab dan peribadi, agar kita dapat menjadi lebih prihatin dan tidak gopoh. Begitu juga kepentingan mempelajari bahasa `Arab, agar kita dapat memahami struktur ayat dalam sumber agama iaitu Al-Qur’an dan hadis.

Kompilasi Nota Kelas Ulum Hadith Minggu 1-13

0

Assalamualaikum,

Buku digital yang menggabungkan nota-nota kelas oleh Dr. Fathi Al-Sakandary dari minggu 1 hingga minggu 13 di UiTO.

Diterbitkan oleh Indeepreneur

Format adalah berbentuk digital dan boleh di muat turun melalui aplikasi google playbook. Sila install aplikasi google playbook terlebih dahulu. Kemudian buku boleh di muat turn melalui link berikut :

https://play.google.com/store/books/details?id=jYlVCgAAQBAJ

Jazakumullahu Khairan

02.06.02#290415: HADITS DHA’IF & PERBAHASANNYA (الضعيف ومسائله)

0

Nota 02.06.02 Pembahagian Hadits al-Mardud (المردود)

HADITS DHA’IF & PERBAHASANNYA (الضعيف ومسائله)

Susunan: BroSyarief

Secara UMUM, kesemua hadits-hadits Mardud juga disebut sebagai Dha’if, dan dibahagikan kepada banyak peringkat yang akan dinyatakan kemudian.

Dha’if secara bahasa bermaksud Lemah, sebagaimana ia juga digunakan dalam BM. Iaitu berlawanan dengan Kuat.

Adapun menurut ulama hadits, Dhaif merujuk kepada ‘Hadits-hadits yang tak terhimpun lengkap padanya syarat-syarat hadits Maqbul’.

Hadits-hadits yang Mardud atau Dha’if mempunyai pecahan yang sangat banyak sehingga para ulama hadits berbeza pendapat akan jumlahnya.

Tetapi ia diringkaskan terbahagi kepada dua kategori sebab yang utama menyebabkan hadits itu tertolak:

1) السقط من الإسناد – Gugur Periwayat pada Sanad
2) الطعن في الراوي – Kritikan Terhadap Periwayat

Dan hadits-hadits Dha’if juga mempunyai peringkat-peringkat, bermula dari yang paling kurang tahap kelemahannya sehinggalah yang paling dahsyat.

1) al-Mudho’’af (المُضَعَّف) – Yang diperselisihi kelemahannya
2) al-Dha’if (الضعيف) – Lemah
3) al-Dha’if Jiddan (الضعيف جدا) – Sangat lemah
4) al-Munkar (المنكر)
5) al-Wahi (الواهي)
6) Awha al-Asaanid (أوهى الأسانيد)
7) al-Maudhu’ (الموضوع) – Palsu

Nota seterusnya akan mengupaskan hukum menyampaikan dan menyebutkan hadits Dha’if dan hukum beramal dengannya.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Kelas #14 | Ulum Hadith

0

 

Bismillah, Alhamdulillah. Segala puji kepada Allah Rabb sekalian alam, kepadaNya kita memohon perlindungan, petunjuk serta pengampunan, selawat serta salam kepada baginda Muhammad SAW penutup segala Nabi dan Rasul, serta kepada para Sahabat baginda serta keluarga baginda dan kepada mereka yang teguh atas manhaj baginda hingga kini. Wa ba’d

Kita berdoa agar ditetapkan atas manhaj salaf, mengikuti tauladan para salaf. Manhaj salaf adalah bagi semua yang mengikut tauladan para Salaf. Moga kita dijauhkan dari sifat perasan diri mengikuti salaf serta memberi cop kepada orang lain sebagai tidak mengikut salaf hanya kerana orang itu tidak mengikut pendapat gurunya atau tidak mengekor pendapat syaikh yang disanjungnya.

Syukur kepada Allah yang telah memberikan kita rezqi untuk meneruskan kelas ulum hadith kita pada malam ini insyaAllah.

Sebelum kita mula, suka saya memperingatkan bahawa kita sekrang berada dalam bulan Zul-Qaedah. Zul-Qaedah iaitu salah satu bulan al-Haram yang mulia. Zul-Qaedah, Zul-Hijjah serta Muharram. Dianjurkan membanyakkan amal sunnah, serta menjauhi persengketaan. Dan juga bagi mereka yang masih berbaki puasa qadha Ramadhan, boleh menggantinya pada bulan ini.

Sama-sama mempertingkatkan amal pada bulan Haram ini, memperkukuh keikhlasan aqidah, moga Allah menjadikan kita semua para hambaNya yang beribadah kepadanya dengan keikhlasan

Baik.

Pada minggu lepas, kita telah berdiskusi berkenaan topik al-Thiqah. Kita telah lihat definisi Thiqah dari segi istilah iaitu perawi yang mempunyai “adil dan dhabit” secara bersama, maka dia thiqah. Telah kita berbincang berkenaan apa itu ‘adil dan apa itu dhabit secara rinci pada kelas yang lalu.

Pada malam ini insyaAllah kita akan lihat dengan lebih lanjut berkenaan istilah Thiqah, jika dulu kita melihatnya dari segi istilah, malam ini kita akan melihat penggunaannya secara luar istilah.

Al-Thiqah secara istilah ialah perawi yang baginya sifat ‘adil serta dhabit secara bersama. Ini adalah maksud istilah. Namun kita perlu berhati-hati, kerana para huffaz hadith biasa menggunakan istilah Thiqah ini bukan dengan maksud istilah.

Sebahagian huffaz hadith biasa menggunakan istilah Thiqah dengan maksud ‘adil sahaja tanpa dhabit. Sebahagiannya pula menggunakan istilah thiqah ini bagi perawi majhul yang meriwayatkan satu hadith yang tidak diingkari. Dan pelbagai lagi.

Bahkan sebahagian mutaakhkhirin biasa menggunakan istilah thiqah bukan dengan maksud ‘adil dan bukan dengan maksud dhabit!. Mereka gunakan istilah thiqah bagi mereka yang telah hadir ke majlis sama’ hadith semata-mata, walaupun dia tidak ‘adil dan tidak dhabit.

Thiqah di sini bermaksud fulan itu memang benar hadith majlis sama’ (mendengar) dan qiraah (membaca) hadith dari Syaikh itu, dan telah thabit dia bertemu dan mendengar hadith itu dari Syaikh itu. Maka dia di sebut sebagai thiqah, walaupun dia tidak ‘adil dan tidak dhabit!

Pelajar : Ertinya ada perbezaan definisi diantara `ulama?

Dr. Fathi : Bukan berbeza definisi, tetapi penggunaan istilah yang sama dengan maksud yang bukan istilah.

Definisi thiqah secara istilah tetap sama dan ia disepakati, iaitu perawi yang baginya berkumpul sifat ‘adil dan dhabit. Mereka yang begini disebut thiqah dari segi istilah, dan hadith mereka diterima secara asasnya. Namun di sana ada sebahagian huffaz menggunakan istilah thiqah bukan dengan maksud istilah.
Misalnya mereka berkata kepada seorang rawi “dia thiqah dan tidak dibuat hujah”.

Apa ini? Thiqah namun tidak dibuat hujah??

Thiqah di sana bukan dengan maksud istilah. Thiqah di sana bermaksud ‘adil. Iaitu dia seorang yang baik agamanya, dipercayai. Namun dia tidak dhabit. Maka hadithnya Dhaif secara asasnya

Pelajar : Bagaimana ingin kenal maksud thiqah seperti yg disebutkan `ulama itu Dr?

Dr. Fathi : Kita akan lihat contohnya nanti.

Baik.

Al-Syaikh al-‘Allamah al-Mu’allimi al-Yamani dalam bukunya al-Istibsar menyenaraikan penggunaan istilah thiqah oleh para nuqaad hadith dengan maksud yang berbeza. Beliau menyenaraikan 7 :

  1. Sebahagian nuqaad menggunakan istilah thiqah hanya untuk mereka yang tinggi darjat ‘adil dan dhabitnya.
  2. Sebahagian nuqaad pula menggunakan istilah thiqah bagi semua tingkatan ‘adil dan dhabit, walaupun rendah.
  3. Sebahagian yang lain pula menggunakannya dengan maksud ‘adil semata-mata, tanpa dhabit
  4. Sebahagiannya pula menggunakan istilah thiqah bagi perawi majhul yang meriwayatkan 1 hadith dan hadithnya turut diriwayatkan oleh mereka yang lain (yang thiqah dan tidak majhul).
  5. Sebahagian yang lain pula menggunakan istilah thiqah bagi perawi majhul yang meriwayatkan 1 hadith dan hadithnya mempunyai shahid.
  6. Sebahagian lainnya pula menggunakan istilah thiqah bagi perawi majhul yang meriwayatkan 1 hadith, dan hadithnya tidak diingkari
  7. Sebahagian pula menggunakan istilah thiqah bagi perawi majhul yang hadithnya diriwayatkan oleh mereka yang thiqah.

Demikian 7 contoh penggunaan istilah al-Thiqah.

Pelajar : No 7 dan 4 itu nampak seperti sama Dr?

Dr. Fathi : Tak sama.

No.4, perawi itu majhul, namun dia hanya riwayat 1 hadith saja, dan 1 hadith yang dia riwayat itu pula turut diriwayatkan juga oleh mereka yang lain yang thiqah. Maka dalam kes ini, sebahagain huffaz tidak memanggilnya majhul namun menyebutnya sebagai thiqah.

Hadithnya itu Sahih. Bukan kerana dia, tetapi kerana ia sememangnya Sahih dan dibawa oleh mereka yang lain yang thiqah. Maka tidak salah menyebut si majhul itu sebagai thiqah.

No.7, perawi itu majhul, namun hadith-hadithnya diambil oleh para thiqah, iaitu para thiqah meriwayatkan hadith-hadithnya, terutamanya para imam-imam thiqah yang dikenal tidak akan meriwayat hadith kecuali dari mereka yang thiqah. Maka di sini, ia indikasi bahawa fulan majhul itu thiqah

Baik, saya jelaskan satu-persatu.

Bagi jenis 1&2, tiada masalah, ia sebenarnya adalah penggunaan dari segi isitlah. Hanya saja sebahagian hanya akan menggunakan istilah thiqah bagi perawi yang tinggi darjat ‘adil dan dhabitnya, sebahagian lain tidak kisah, asal adil dan dhabit maka di nama thiqah.

Bagi jenis ke-3, ini penggunaan bukan istilah. Perawi itu ‘adil namun dia tidak dhabit. Maka hadithnya secara asasnya Dhaif. Ingat penggunaan istilah thiqah bagi dia bukan dengan maksud ‘adil dan dhabit, tetapi ‘adil saja. Adil saja tidak cukup untukt hadith diterima.

Bagi ke-4&5, perawi majhul itu meriwayatkan 1 hadith, dan 1 hadith itu juga diriwayatkan oleh para thiqaat. Maka secara tidak langsung, si majhul ini adalah thiqah, kerana hadithnya betul menepati para thiqaat. Dan dia hanya bawa 1 hadith itu saja.

Bagi ke-6, dia majhul namun hadithnya tidak diingkari, semua para huffaz menerima Sahih hadithnya, maka secara tidak langsung dia thiqah

Yang ke-7 telah saya jelaskan sebelum ini.

Penting untuk kita mengetahui hal ini agar kita tidak salah faham kenyataan para imam-imam hadith. Misalnya al-Imam Ibn Sa’ad pengarang kitab al-Tabaqat. Beliau sering menggunakan istilah thiqah dengan maksudn’adil saja. Misalnya berkata Ibn Sa’ad kepada Musa bin ‘Ubaidah: “seorang yang thiqah, banyak hadithnya, dia bukanlah hujah”.

Apa ini? Tadi kata thiqah, kemudian bukan hujah pula???

Perlu kita faham thiqah yang dimaksudkan Ibn Sa’ad itu adaah ‘adil. Maksudnya dia seorang yang ‘adil, banyak hadith, tidak dibuat hujah kerana dia tidak dhabit.

Contoh lain, ditanya kepada al-Imam Uthman bin Abi Syaibah berkenaan ‘Ash’ash, maka jawab al-Imam Ibn Abi Syaibah “thiqah”, ditanya lagi kepadanya “adakah dia boleh dibuat hujah?”, maka jawab al-Imam “adapun untuk dibuat hujah, tidak”.

Thiqah apa jika tidak dibuat hujah??

Fahamlah di sini maksud thiqah itu ialah ‘adil saja bukan dhabit.

Faham?

Perkara ini juga penting apabila kita mengkaji status seseorang rawi yang kita lihat seperti wujud percanggahan penilaian. Misalnya satu rawi yang sama, seorang imam jarh dan ta’dil menyatakan dia thiqah, seorang lagi berkata dia kazzab!

Maka adakah di sini telah wujud perbezaan pendapat??

Tidak mesti

Kerana boleh jadi imam yang berkata dia thiqah itu, thiqah yang dia maksudkan ialah ‘adil semata-mata, iaitu agamanya bagus. Manakala imam yang berkata dia kazzab itu bermaksud dia tidak dhabit dan berdusta dalam periwayatan hadith.

Mereka memberi hukum atas dua perkara yang berbeza. Namun secsra hakikatnya perawi itu Dhaif dengan kesepakatan kedua imam itu. Boleh juga untuk seorang rawi yang sama, seorang imam berkata dia soduq (segi istilah: ia thiqah yang bawah), namun imam yang lain berkata fia dhaif. Adakah telah wujud perbezaan dalam menilai rawi ini?

Tidak mesti!

Kerana boleh jadi imam yang berkata dia soduq itu, dia maksudkan ‘adil, iaitu dia bercakap benar dalam percakapannya tidak menipu, namun dari segi hafazan hadithnya dia amat lemah tidak dhabit, maka dia dhaif dalam hadith.

Imam yang berkata dia dhaif itu pula memberi komentar berkenaan riwayat hadithnya. Maka secara hakikatnya tiada khilaf bagi penilaian rawi itu, bahkan sepakat kedua imam itu akan dhaifnya perawi itu tadi.

Maka setakat itu saja kelas kita pada malam ini. Kita akhiri dengan tasbih kafarah. Dan saya berpesan kepada semua penuntu ilmu hadith sebagaimana pesan guru saya Mahir al-Fahl “jangan lupa menela’ah al-Quran”.

Bertemu lagi pada kelas mendatang insyaAllah.

 


 

Soalan yang berkaitan minggu ke-14:

S: Saya ada soalan ustaz, kalau rawi itu dituduh kazzab tu bukan kah الطعن pada ‘adalah?. Kalau macam itu macam mana nak dijamakkan antara thiqah dengan kazzab? atau kazzab boleh juga dengan maksud banyak sangat salah? Sebab kalau dikira kalimah kazzab itu kritikan pada ‘adalah maka salahlah imam ibn sa’d untuk itlaqkan kalimah thiqah dengan maksud ‘adl iaitu terselamat dari celaan pada ‘adalah. Mohon penerangan dari ustaz.

J: Kazzab boleh juga maksudnya banyak salah, dan boleh juga dijama’kan dengan maksud kazzab itu ialah kazzab mazhab dan pendapatnya dalam fiqh bukannya dalam periwayatan hadith. Maka dalam ini dia thiqah dalam hadith.

 

Iman Yang Paling Utama dan Cabang-cabangnya

0

Oleh Ustaz Azril Ismail

Bismillah,Alhamdulillah
Wa Solatu Wa Salaamu Ala Rasulillah.
Assalamualaikum.

Himpunanan bicara cabang- cabang Iman

Sila ulang baca, ulang sampaikan InsyaAllah
Hari ini dan esok.

“Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb, telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Suhail, dari Abdullah bin Dinar, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah, dia berkata, “”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Iman itu ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah perkataan, LAA ILAAHA ILLALLAHU (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah). Dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Dan malu itu adalah sebagian dari iman.“””

Hadis Riwayat Muslim dalam Sahihnya

Bismillah walhamdulillah
wa solatu wa salaamu ala Rasulillah.
selawat.

Baik hadis mengenai cabang-cabang iman ni.. disebut oleh Al BUKHARI MUSLIM dan Imam Ahmad. Semuanya riwayat dari Abu HURAIRAH RA.

Pertama sekali Iman..
kedua cabang cabang
ketiga cabang paling afdol..
keempat sifat malu
kelima cabang paling rendah..

Baik ada 5 perkara yang kita perlu tahu,faham dan amal untuk hadis ini. Iman sesuatu yang diperintah oleh Allah swt untuk kita benarkan dalam hati, sampaikan dengan lafaz dan diamalkan dengan tindakan..

Cabang cabang, dengan maksud ianya berhubung dengan Iman tadi, setiap sesuatu yang bercantum dan mempunyai asal dari Iman maka ianya adalah cabang cabangnya. Iman atau bahagian Iman atau Cabang Iman yang paling utama.. PERKATAAN.

La ilaha illa Allah.
qaul yakni perkataan adalah sebutan yang memberi maksud dan ianya ditutur atas tujuan tertentu.
Baik apakah PERKATAAN tersebut

La – tiada (menafikan)
ilaha – Tuhan (yang ada kuasa)
illa – kecuali (hanya atau isbat atau menetapkan)
siapa ? apa ?
ALLAH ( nama bagi Tuhan yang Esa , yang menyebut diriNya didalam wahyu yang diturunkan kepada semua nabi nabi)

Baik dengan ucapan ini maka telah tercantum dan terhubunglah dengan IMAN.. dan setiap tindakan yang sabit dalam perintah yang dimaksudkan dalam kalimah ini ianya cabang cabang bagi Iman.

Siapa yang mula mula ajar dan sampaikan dan tinggikan kalimah ini ?
Rasul Rasul yang ajar kalimah ni.. dan Rasul yang terakhir adalah Muhammad saw.

Perkara ke empat, Malu. Apa sebenarnnya Malu, malu akan jadi atau akan dirasai bila kita perbuat sesuatu yang diluar kebiasaan dan amalan setempat. Misalnya orang Melayu malu bila ditegur pakai baju baru, bila di tegur merah muka dan rasa something.. malu bila ada yang puji. Kenapa perasaan ni datang, sebab kita buat tu diluar kebiasaan kita..
Malu yang dimaksudkan sini adalah Malu daripada berbuat luar kebiasaan Iman…

Perkara ke lima bahagian dan cabang Iman paling rendah.. buang duri atau halangan dijalanan. Kenapa paling rendah sebab perkara ini boleh dibuat oleh mereka yang tiada Iman dengan Allah.. dan semua orang boleh buat.. dengan kata lain kalau orang yang beriman dengan Allah dan RasulNYA tak buat benda ni mana bukti iman dia.. Mana pergi malu dia ?

Baik, cerita sikit Abu Hurairah sahabat yang riwayatkan hadis ni datang belajar dengan Rasulallah saw pada tahun ke 7 H. maknanya 3 tahun sebelum kewafatan baginda saw. Dalam 3 tahun tu beliau belajar semua cabang cabang Iman.. Dalam Musnad Ahmad bab Musnad Abu Hurairah, ke empat-empat matan hadis cabang iman ni ada disebut..

Wallahu a’lam bi sowwab.

Insya Allah kita sambung
Cabang İman yang pertama sekian banyak yang di sebut dalam hadis 60 hingga 79 cabang lebih, maka yang pertama kita membicarakan cabang iman dalam hal PERKATAAN LA İLAHA İLLA ALLAH
ianya cabang utama..dan paling afdol.
seperti yang disebut semalam apa definisi İman ? boleh sorang forward ..
Iman sesuatu yang diperintah oleh Allah swt untuk kita benarkan dalam hati, sampaikan dengan lafaz dan diamalkan dengan tindakan. Perkataan La ilaha illa Allah ni juga diperintah oleh Allah swt untuk dibenarkan dalam hati, untuk di taqrir dan ditabligh melalui lafaz lidah atau bahasa isyarat yang difahami.. serta diamalkan.

Terjadinya Perang Siffin: Tanda Kiamat Ke-9

0

Tanda Kiamat Ke-9/131
Terjadinya Perang Siffin (perang besar antara sahabat)

Dalil hadith akan perkhabaran Nabi saw itu ialah:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِيمَتَانِ يَكُونُ بَيْنَهُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِيمَةٌ دَعْوَتُهُمَا وَاحِدَةٌ
الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 7121

Terjemahan: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga dua kelompok besar saling berperang dan banyak terbunuh di antara dua kelompok tersebut, yang seruan mereka adalah satu” HR Bukhari, no 7121 dan juga Muslim

Selepas fitnah pembunuhan Uthman ra dan perang Jamal, inilah tanda Kiamat kecil yang dimaksudkan oleh hadith di atas menurut Imam Ibn Hajar dalam al-Fath (Jld 13).

Siffin adalah di tepi sungai Furat di Iraq dan jumlah kematian di kedua-dua belah pihak ialah besar sekitar 70,000 menurut Ibn Hajar.

Fiqh hadith:
1. Ia adalah tanda kecil Kiamat yang telah terjadi pada tahun 37H

2. Perang siffin merubah senario umat islam selamanya, antaranya:

a) Munculnya fitnah puak Khawarij, juga tanda Kiamat no. 10
b) Adanya dua khalifah dalam satu umat Islam, Kerajaan Islam Syria pimpinan Muawiyah ra dan kerajaan Islam yang sah di Kufah pimpinan Ali ra.

3. Sikap ASWJ terhadap perang di antara sahabat Nabi saw

a) Sikap yang sahih ialah boleh membaca kisah perang Siffin semata-mata atas dasar ingin tahu dengan membaca dari sumber sejarah yang muktabar dan neutral, antaranya Ibn al-Arabi, al-Awashim, ta’alid Muhibudin al-Khatib, Fathul Bari, dan Ibn Katsir, al-Bidayah.
b) Mengkritik dan mengomentari dan menghukum siapa yang salah dalam perang tersebut adalah dilarang keras. Walaupun sahabat bukan maksum, tapi mereka adalah manusia yang terbaik yang lahir dari asuhan nabi dan perang tersebut adalah antara kesalahan mereka dalam ijtihad masing-masing dan Allah telah mengampuni mereka berdua, Ali dan Muawiyah).
c) Terjadinya perang tersebut adalah mukjizat yang Nabi telah khabarkan melalui hadith di atas, ia berlaku utk pengajaran dan iktibar utk umat yang kemudian

Rumusan:

Sikap Ahli sunnah ialah menahan diri dari membuat ulasan terhadap mana-mana pihak dalam perang jamal dan siffin kerana ia menyalahi sunnah dan hadith dimana Nabi melarang umat kemudian dari membicarakan akan sahabat baginda.

Sekian tamat.

 

Maaf tuan…kalau saya salah tempat bertanya…perangn siffin tu bila berlaku…
Jawapan: Ni bilik pasal Kiamat dan tandanya. Sejarah bilik lain…

Perang Siffin adalah perang sedara antara Muawiyah dan Ali, ini tanda kecil Kiamat. Ia berlaku pada tahun 37 hijrah. Perang badar masa Nabi, berlaku tahun 2 Hijrah. Kena beli buku Raheeq Makhtum, kitab seerah

 

Adakah peperangan Siffin dan Jamal itu sama ??
Jawapan: Perang Jamal, perang antara Aisyah dan Ali; Perang Siffin antara tentera Muawiyah dan Ali

 

Adakah yang menjadi tentera-tentera Saidina Ali orang-orang Syiah ?? Bagaimana?
Jawapan: Syiah dalam arabic maksudnya penyokong…maka tentera ali dinamakan syiah ali dan tentera muawiyah, syiah muawiyah.
Selepas tu barulah jadi syiah rafidah, yakni syiah yang melampaui batas. Menjadikan Ali divine atau sakti atau maksum
Syiah melampau ni muncul selepas terbunuhnya al-Husin bin Ali di Karbala
pada tahun 61 hijrah. Siffin pada tahun 37 hijrah…dari 37 hijrah hingga 61 hijrah tu syiah mula menyeleweng.

 

Assalam Ustaz THTL siapa kepala syiah masa tu adakah Abdullah bin Saba’
Jawapan: Abdullah bin Saba’ ni yahudi, dia tukang cucuk je…mungkin kat sini tak sesuai nak hurai isu syiah…nanti lari dari fokus

 

Sebelum peperangan Siffin dan Jamal siapakh khalifah yang sebenarnye…kenapa berlaku demikian tuan THTL…
Jawapan: Sebaik sahaja Uthman terbunuh, ahlil Medinah membaiah Ali, maka Ali adalah yang sah. Namun masa tu musim haji dan ramai sahabat berada di mekah, antaranya Aisyah ummul mukminin dan Talhah. Para sahabat yang berada di mekah termasuk Aisyah. Krisis Aisyah, Talhah ni terjadilah perang jamal.

Muawiyah yang menjadi gabenor Syria juga enggan memberi bai’ah selagi Ali tidak menangkap pembunuh Uthman. Maka krisis ini membawa kepada perang siffin.

 

Bagaimana pendirian memandang kes ini tuan…kerana mereka semua sahabat nabi saw… sedangkan Ali adalah khalifah dan pemerintah?
Jawapan: Ali ra terperangkap antara bai’ah khalifah dan penangkapan pembunuh Uthman. Pembunuh Uthman tidak dapat ditangkap kerana bilangan pemberontak yang ramai dan pada masa tu tak ada Polis dan forensik.
Saya dah kasi pandangan ahli sunnah terhadap fitnah sahabat, kita tidak membicarakan siapa yang salah kerana sahabat semuanya adil dan mujtahid.

 

Bagaimana Ali ra boleh berpindah pemerintahan ke negara Iraq tuan? Sebelum ni 3 khalifah di Madinah.
Jawapan: Dia nak fokus kepada wilayah yang baru dan mengimbangi kekuatan Muawiyah di syria.
Jika Ali kontrol Iraq, Iran dan wilayah timur, maka dia memiliki kekuatan seimbang
perang siffin ni sebenarnya perang antara syria dan Iraq…
sahabat medinah dan mekah tak masuk campur. Siffin pun lokasinya di Iraq.

 

Orang Parsi, Iraq dan iran….dari dulu memang bermasalah?
Jawapan: Mereka adalah superpower dan rasa amat hina bila kena jajah dengan bangsa arab yang depa anggap primitif dan bekas jajahan takluk mereka…maka syiah adalah agenda Farsi untuk menebus kembali kehinaan mereka…sekarang mereka berjaya merampas kembali Iraq dan sekarang di Yemen melalui Houti, mereka juga berkembang di Lebanon, GCC dan Pakatan.

 

Saya ada persoalan yang lebih sikit, ustaz siapakah pembunuh sebenar saidina husain di karbala’ 61 h? saya banyak cerita yang celaru ada setengah kata yazid adakata syiah???
Jawapan: Khalifah yang sah ketika itu ialah Yazid bin Muawiyah. Beliau dilantik oleh majlis syura yang dipengerusikan oleh muawiyah,
manakala al-Husin bin Ali tidak menerima kepimpinan yazid dan dia menuju ke Iraq, pusat kuasa ayahnya Ali bin Abi Thalib. Yazid mengarahkan tenteranya pimpinan Ubaidillah bin Ziyad untuk menghalang al-Husin dari sampai ke Iraq bukan membunuhnya. Maka yang membunuh al-Husin ialah Ubaidillah bin Ziyad yang mengendalikan Ops sekat al-Husin. tapi dia tidak dihukum oleh Yazid.

02.06.01#280415 : KATEGORI-KATEGORI HADITS AL-MARDUD

0

Nota 02.06.01 Pembahagian Hadits al-Mardud (المردود)

KATEGORI-KATEGORI HADITS AL-MARDUD

Susunan: BroSyarief

Setelah perbincangan berkaitan kategori hadits yang Maqbul (Diterima) iaitu Sahih dan Hasan bersama pembahagian dan persyaratannya, kita sekarang pergi kepada kategori yang berlawanan dengannya, iaitu kategori hadits yang Mardud, yang bermaksud ‘Ditolak’ (aka Rejected).

Ulama hadits membuat pembahagian kategori hadits Mardud kepada pecahan yang sangat banyak, sehingga ada yang mencecah ratusan kategori. Tetapi, setelah dikaji dan dipermudahkan, ianya tak lebih dari 50 kategori. Imam Ibn Hibban meletakkan 49 pembahagian, manakala al-Hafiz al-‘Iraqi meletakkan 42 pembahagian.

Di bawah ini disenaraikan ringkasan pembahagian di bawah kategori hadits Mardud yang boleh dibahagikan kepada dua kategori utama berdasarkan sebab utama tertolaknya hadits, iaitu:

A. Gugur Periwayat dari Sanad (سقط من الإسناد)
B. Kritikan pada Periwayat (طعن في الراوي)

—–

A. ‘Gugur Periwayat dari Sanad’ terbahagi kepada 2 kategori:

01. Gugur secara Jelas (سقط ظاهر)
02. Gugur secara Tersembunyi (سقط خفي)

—–

01. Gugur secara Jelas, di bawahnya ada 4 jenis:

i. Al-Mu’allaq (المعلق)
ii. Al-Mursal (المرسل)
iii. Al-Mu’dhol (المعضل)
iv. Al-Munqati’ (المنقطع)

02. Gugur secara Tersembunyi pula ada 2 bentuk:

i. Al-Mudallas (المدلس)
ii. Al-Mursal Al-Khafiy (المرسل الخفي)

—–

 

B. ‘Kritikan pada Periwayat’ pula terbahagi kepada 2 kategori:

01. Perspektif Kredibiliti Personaliti Periwayat (العدالة)
02. Perspektif Kredibiliti Intelek Periwayat (الضبط)

—–

01. Berkaitan Kritikan pada al-‘Adalah, jatuh kepada 5 pembahagian:

i. Al-Kazb (الكذب) : Al-Mawdhu’ (الموضوع)
ii. Tuhmah bi Al-Kazb (تهمة بالكذب) : Al-Matruk (المتروك)
iii. Al-Fisq (الفسق) : Al-Munkar (المنكر)
iv. Al-Bid’ah (البدعة) : Al-Dha’if Jiddan (الضعيف جدا)
v. Al-Jahalah (الجهالة) : Al-Dha’if (الضعيف)

02. Adapun di bawah kategori Kritikan pada Dhobt, terdapat 5 jenis:

i. Katsratu Al-Ghalath (كثرة الغلط) : Al-Munkar atau Al-Dha’if (المنكر او الضعيف)
ii. Katsratu Al-Ghoflah (كثرة الغفلة) : Al-Munkar atau Al-Dha’if (المنكر او الضعيف)
iii. Su’ Al-Hifz (سوء الحفظ) : Al-Dha’if (الضعيف)
iv. Al-Wahm (الوهم) : Al-Ma’lul (المعلول)
v. Mukholafatu Al-Tsiqaat (مخالفة الثقات) : Al-Syaz dan Al-Munkar (الشاذ والمنكر)

—–

v. Dan di bawah kategori Mukholafatu Al-Tsiqaat pula ada 5 kategori:

– Al-Idraj (الإدراج) : Al-Mudraj (المدرج)
– Al-Qalb (القلب) : Al-Maqlub (المقلوب)
– Al-Ziyadah (الزيادة) : Al-Mazid fi Muttasil Al-Isnad (المزيد في متصل الإسناد)
– Al-Idhtirab (الإضطراب) : Al-Mudhtarib (المضطرب)
– Al-Tashhif (التصحيف) : Al-Mushohhaf (المصحف)
– Al-Tahrif (التحريف) : Al-Muharrof (المحرف)

Demikian butiran pembahagian secara umum mengikut pelbagai kategori dan perspektif. Nota-nota seterusnya akan mengupas setiap istilah-istilah ini dengan butiran secara umum.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Hadis 20: Cop Kenabian Seperti Bulu-bulu Yang Berkumpul

0

Hadis 20, Dari Saitama, Jepun

20- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَزْرَةُ بْنُ ثَابِتٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي عِلْبَاءُ بْنُ أَحْمَرَ الْيَشْكُرِيّ،ُ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو زَيْدٍ عَمْرُو بْنُ أَخْطَبَ الْأَنْصَارِيُّ، قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا أَبَا زَيْدٍ، ادْنُ مِنِّي فَامْسَحْ ظَهْرِي»، فَمَسَحْتُ ظَهْرَهُ، فَوَقَعَتْ أَصَابِعِي عَلَى الْخَاتَمِ. قُلْتُ: وَمَا الْخَاتَمُ؟، قَالَ: شَعَرَاتٌ مُجْتَمِعَاتٌ.

 

20- Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Basysyar, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Abu `Asim, dia berkata: Telah bercerita kepada kami `Azrah bin Sabit, dia berkata: Telah bercerita kepada saya `Ilba’ bin Ahmar Al-Yasykuriy, dia berkata: Telah bercerita kepada saya Abu Zayd `Amr bin Akhtab Al-Ansariy, dia berkata: Telah berkata kepada saya Rasulu Llah:

«Ya Aba Zayd, dekatilah saya dan sentuhlah belakang saya». Maka saya pun telah menyentuh belakangnya, dan jari-jari saya telah sampai ke atas cop. Saya telah berkata: Dan apakah itu cop? Dia berkata: Bulu-bulu yang berkumpul.

 

Syarah Adou_Fr:

Di dalam hadis ini, kata-kata: (شَعَرَاتٌ مُجْتَمِعَاتٌ) bulu-bulu yang berkumpul, ini ialah ucapan Abu Zayd `Amr. Dia menyebutkan ucapan ini apabila ditanya oleh `Ilba’ bin Ahmar Al-Yasykuriy, ketika dia sedang bercerita kepada `Ilba’ tentang panggilan Nabi kepadanya.

 

Para pensyarah hadis ini menyatakan bahawa jawaban Abu Zayd `Amr menunjukkan bahawa dia tidak melihat cop di belakang Nabi, tetapi dia hanya memegang bahagian belakang tubuh Nabi dan dia telah menyentuh cop itu. Justeru, dia menyatakan bahawa cop itu ialah bulu-bulu yang berkumpul.

Walau bagaimanapun, disebut di dalam Musnad Ibnu Abi Syaybah, dalam Bab: Hadis Abi Zayd `Amr bin Akhtab, bahawa Aba Zayd `Amr telah berkata:

(رَأَيْتُ الْخَاتَمَ عَلَى ظَهْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)

Saya telah melihat cop di atas belakang Rasuli Llah.

 

Dan di dalam Musnad Ahmad, Bab: Hadis Abi Zayd `Amr bin Akhtab, disebutkan bahawa Aba Zayd `Amr telah berkata – selepas Nabi menyuruhnya menghampirinya dan menyentuh belakangnya –: (وَكَشَفَ ظَهْرَهُ، فَمَسَحْتُ ظَهْرَهُ، وَجَعَلْتُ الْخَاتَمَ بَيْنَ أَصَابِعِي) Dan dia telah menyingkap belakangnya, maka saya telah menyentuh belakangnya, dan saya telah menjadikan cop itu di antara jari-jari saya.

Hadis ini menunjukkan bagaimana para sahabat akan bercerita pengalaman mereka bersama Nabi, terutama apabila ia menunjukkan dekatnya mereka kepada Nabi, atau sesuatu yang tidak dikongsi bersama para sahabiy yang lain. Ini kerana pengalaman itu adalah sesuatu yang sangat penting, yang tidak akan dilaluï oleh mereka yang datang selepas Nabi mati.

 

Daripada hadis ini, ia menjadi hujah bahawa anggota tubuh Nabi, ia bukanlah untuk diambil keberkatan, kerana Nabi sebagai seorang yang sangat menyayangi umatnya, pasti akan menyuruh setiap daripada para sahabat – ketika Nabi masih hidup – untuk menyentuh atau mengambil keberkatan daripada tubuhnya.

Begitu juga dengan cop di belakang Nabi, ia juga bukan apa-apa, kerana jika ia ialah sumber untuk keberkatan, pasti Nabi akan berpesan kepada Abu Zayd `Amr agar mengingat, memelihara, atau melukis semula cop itu, agar hidup Abu Zayd `Amr akan sentiasa diberkati.

Lebih lagi, Abu Zayd `Amr – yang telah berperang bersama Nabi sebanyak tiga belas kali – menyatakan bahawa cop itu ialah bulu-bulu yang berkumpul. Justeru, ia ialah bulu, dan bukan tulisan atau gambar rajah! Maka celakalah para penipu yang cuba menipu dan menyesatkan umat Muhammad, kemudian mengambil keuntungan duniawi untuk mengisi perut dan nafsu mereka.

 

Lihatlah bahawa Abu Zayd `Amr tidak pula mengesyorkan apa-apa kepada `Ilba’ bin Ahmar Al-Yasykuriy supaya mengambil berkat daripada cop tersebut, dan dia juga tidak berusaha melukiskan rajah cop itu, atau menyatakan apa-apa yang lebih tentang cop itu. Adakah ada sesiapa dari kalangan orang-orang yang beriman yang mahu menuduh seorang sahabiy – iaitu Abu Zayd `Amr – menyembunyikan agama daripada umat Islam?

Ketahuïlah bahawa Aba Zayd `Amr inilah orang yang meriwayatkan hadis khutbah Nabi – selain Huzayfah –, dan dia berkata: (فَحَدَّثَنَا بِمَا كَانَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ) Maka dia – iaitu Nabi – telah bercerita kepada kami dengan apa yang telah berlaku dan akan berlaku!

 

Justeru, kecintaan kita kepada Nabi adalah atas kemuliaan yang Tuhan telah tetapkan dan anugerahkan kepadanya, dan kita menurut jalan yang dinyatakan oleh Tuhan bagaimana untuk menzahirkan cinta tersebut iaitu: (فَاتَّبِعُونِي) «Maka ikutlah saya». Begitu juga ucapan Harun – saudara Musa – iaitu (فَاتَّبِعُونِي وَأَطِيعُوا أَمْرِي) «Maka ikutlah saya dan ta`atilah perintah saya».

Secara jelas, kita akan dapat melihat kebatilan, kejahilan dan kepalsuan sesetengah orang yang mendakwa sayang, atau menyorakkan cinta – terhadap Nabi –, sebaliknya mereka tidak mengikut Nabi dan tidak menta`ati perintah Nabi.

 

Sejak bilakah Nabi menyuruh menyanyi? Siapakah yang sanggup memfitnah dan memburukkan Nabi sebegitu rupa, melainkan orang yang bodoh, bebal, yang tidak mengenali Nabi! Tidakkah antara risalah kerasulan adalah menyuruh manusia mengingati Allah? Allah merakamkan di dalam Al-Qur’an:

فَإِذَا أَمِنتُمْ فَاذْكُرُواْ اللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُمْ

«Maka apabila kamu telah aman, maka ingatilah Allah sebagaimana Dia telah mengajar kamu» [Al-Baqarah: 239]

 

Adakah Allah mengajar mengingati-Nya dengan menyanyi? Bahkan Nabi tidak pernah mengajar agar menyanyi! Maka jauhilah kebatilan, dan kembalikan kepada jalan yang ditunjukkan oleh Allah dan Nabi-Nya Muhammad.

 

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

Kelas #13 | Ulum Hadith

0

Bismillah, Alhamdulillah. Segala puji kepada Allah Rabb sekalian alam, kepadaNya kita memohon perlindungan, petunjuk serta pengampunan, selawat serta salam kepada baginda Muhammad SAW penutup segala Nabi dan Rasul, serta kepada para Sahabat baginda serta keluarga baginda dan kepada mereka yang teguh atas manhaj baginda hingga kini..wa ba’d

Kita berdoa agar ditetapkan atas manhaj salaf, mengikuti tauladan para salaf. Manhaj salaf adalah bagi semua yang mengikut tauladan para Salaf. Moga kita dijauhkan dari sifat perasan diri mengikuti salaf serta memberi cop kepada orang lain sebagai tidak mengikut salaf hanya kerana orang itu tidak mengikut pendapat gurunya atau tidak mengekor pendapat syaikh yang disanjungnya.

Syukur kepada Allah yang telah memberikan kita rezqi untuk meneruskan kelas ulum hadith kita pada malam ini insyaAllah.

Pada kelas-kelas yang lepas, telah kita berbincang panjang lebar berkenaan al-Ittisal (bersambungnya sanad) yang merupakan syarat pertama bagi hadith Sahih.

Selesai alhamdulillah kita berbicara berkenaan al-Ittisal serta cara-cara menentukannya dalam kelas-kelas lalu, maka insyaAllah pada malam ini kita akan meneruskan perbincangan dengan syarat kedua hadith Sahih iaitu al-Thiqah.

Baik. Apakah itu al-Thiqah??

Ramai kita memahami thiqah sebagai “orang yang dipercayai”, biasa kita sebut “dia ni thiqah” dengan maksud fulan boleh dipercayai iaitu dia tidak berdusta, baik ibadahnya, baik amal solehnya, terjaga maruahnya, ini adalah kefahaman dari segi umum.

Manakala dari segi istilah hadith, al-Thiqah bermaksud lebih dari itu, seseorang yang boleh dipercayai,terjaga maruahnya, tidak berdusta, banyak amal ibadahnya tidak mesti Thiqah! Bahkan boleh menjadi seorang yang Munkar pada necara ulum hadith!!

Kerana itu guru saya al-Syaikh Thariq ‘Iwadullah seringkali mengulang-ngulang dalam kelas “apabila seseorang dari nuqaad berkata bagi seseorang rawi – fulan rajin ibadahnya, banyak solat malamnya, banyak sedekahnya- ini bukan bermaksud perawi itu thiqah, bahkan ia bermaksud perawi itu dhaif!

Maka apakah itu al-Thiqah dalam necara ulum hadith, di sisi para huffaz hadith?

Al-Thiqah: dari segi istilah bermaksud seseorang yang terkumpul padanya sifat ‘adalah serta dhabt. Perawi hadith yang mempunyai kedua-dua sifat ‘adalah serta dhabt maka dia disebut sebagai thiqah oleh ahli hadith.

Maka secara umumnya apabila ahli hadith berkata bagi seseorang rawi “fulan itu thiqah” bermaksud perawi itu adalah seorang yang ‘adil serta pada masa yang sama dia juga seorang yang dhabit, baik dhabitnya itu dhabit kitab atau dhabit sadr (akan kita jelaskan kemudian maksud setiap satunya nanti insyaAllah). Ini adalah secara umumnya, kenapa saya sebut secara umum? Kerana ada kes di mana ahli hadith berkata bagi seseorang rawi “fulan itu thiqah” namun ia bukan bermaksud definisi istilah, ini akan kita bincang kemudian insyaAllah.

Imbau kembali kelas-kelas kita yang lalu, kita telah sebutkan bahawa syarat hadith Sahih ada 5 iaitu:

  1. Al-Ittisal (bersambungnya sanad)
  2. Para rawi yang ‘adil (‘adalah).
  3. Para rawi yang dhabit (dhabt).
  4. Bebas dari syaz (iaitu munkar).
  5. Bebas dari ‘illah

Syarat kedua dan ketiga di atas, kedua-duanya apabila digabungkan ia dinamakan al-thiqah, kerana itu sebahagian penulis buku ulum hadith menyebut syarat hadith Sahih ada 4 saja, iaitu:

  1. Al-Ittisal (bersambungnya sanad)
  2. Para rawi yang thiqah
  3. Bebas dari syaz (iaitu munkar).
  4. Bebas dari ‘illah

Faham setakat ini?

Thiqah bermaksud “adil dan dhabit secara bersama”. Baik, apakah itu ‘adil, atau ‘adalah?

Al-‘Adalah: dari segi istilah ulum hadith bermaksud seseorang itu adalah seorang yang selalu melazimi taqwa serta selalu menjaga kerhormatan diri (muru’ah, maruah). Ataupun guru saya al-Syaikh Thariq ‘Iwadullah menyebutnya sebagai seseorang yang bagus agamanya serta seorang yang amanah.

Al-‘Adalah inilah yang difahami awam sebagai “thiqah” yang saya sebutkan awal-awal tadi, dengan maksud fulan boleh dipercayai iaitu dia tidak berdusta, baik ibadahnya, baik amal solehnya, terjaga maruahnya. Sebetulnya ini adalah al-‘adalah, bukan al-thiqah.

Para ulama hadith meletakkan beberapa kriteria bagi membolehkan seseorang itu dikategorilan sebagai ‘adil iaitu:

Dia mestilah seorang muslim, bukan kafir. Seseorang yang kafir tidak mungkin ‘adil, bagaimana mungkin untuk kita menerima pengkhabaran tentang Nabi SAW dari seorang yang kafir, sedangkan dia sendiri tidak mempercayai akan Nabi?? Sudah tentu tidak.

Sebagaimana tidak boleh diterimanya persaksian dari seorang kafir (dalam had), begitu jugalah tidak boleh diterima periwayatannya dalam hadith, kerana periwayatan hadith ini lebih mulia serta lebih besar dari persaksian had.

Dia mestilah seorang yang mukallaf, bukan seseorang yang tidak mumayyiz yang tidak tahu apa-apa.

Dia bukanlah seseorang yang selalu memakai dirinya dengan kefasiqan, bukan seseorang yang suka mendekati dosa, baik dosa besar atau kecil.

Tidak meminum arak, tidak berzina serta tidak suka melakukan apa-apa yang mendekati zina.

Berdusta termasuk kefasiqan. Kata guru saya al-Syaikh Thariq ‘Iwadullah “adil adalah mereka yang menjauhi dosa-dosa besar, serta sangat takut dosa-dosa kecil”. Berdusta termasuk fasiq!

Jika seseorang rawi itu berdusta atas nama manusia, kemudian dia bertaubat, maka periwayatan hadithnya diterima setelah dia bertaubat. Namun jika seseorang rawi itu sengaja berdusta atas nama Nabi SAW, maka tidaklah diterima periwayatannya hadithnya secara mutlak walaupun setelah dia bertaubat! Walaupun dia hanya berdusta 1 kali saja atas nama Nabi!

Dia mestilah seseorang yang terpelihara kehormatan dirinya (maruahnya). Penjagaan maruah ini berbeza-beza mengikut tempat dan zaman. Misalnya pada zaman Salaf, makan di jalanan dianggap tidak sopan. Maka jatuh kehormatan diri. Namun pada zaman ini, makan di jalanan adalah biasa, normal. Mungkin antara contoh zaman moden ialah memakai seluar pendek bagi sesebuah masyarakat, dianggap tidak sopan misalnya. Ataupun masih menonton kartun Ultraman, Naruto, serta Doraemon biarpun usia sudah besar panjang, misalnya.

Ia juga berbeza-beza pada tempat yang berbeza. Misalnya pada zaman Salaf, penduduk kufah memandang nabiz adalah halal dan mereka membezakannya dengan khamr (arak), manakala ahli hijaz memandang nabiz itu haram dan mereka samakannya dengan khamr.

Baik, faham setakat ini? Baik, itulah maksud al-‘adalah

Seterusnya komponen kedua al-thiqah, iaitu al-dhabt atau dhabit.

Apakah itu dhabit?

Al-Dhabt: dari segi istilah bermaksud jitu serta kuat ingatan hafazannya, sehingga boleh meriwayatkan hadith dengan hafazan yang sempurna tanpa keraguan.

Seseorang yang ‘adil tidak mesti dhabit. Seseorang yang baginya ‘adalah yang tinggi, terhindar dari dosa besar, amat sedikit dosa kecilnya, banyak amal ibadahnya, dia tifak mesti dhabit! Boleh saja dia teruk dalam hafazan, ingatannya tidak jitu. Maka seseoang yang sebegini tidak dinamakan thiqah.

Seseorang yang direzqikan kekuatan iman serta ketinggian akhlak, mungkin tidak direzqikan nikmat kuat ingatan hafazan, dia ‘adil tapi tidak dhabit. Begitu juga seseorang yang dhabit mungkin juga tidak ‘adil.

Para ulama hadith membahagikan dhabit kepada 2 iaitu dhabt sadr serta dhabt kitab.

Apakah itu dhabt sadr?

Dhabt sadr: seseorang rawi yang mampu meriwayatkan hadith dari hafazan ingatannya bila-bila saja yang diminta dengan amat amat sedikit silapnya.

Apakah itu dhabt kitab pula?

Dhabt kitab: seseorang rawi yang tidak mampu meriwayatkan hadithnya secara spontan dari ingatannya namun perlu melihat buku catatan hadithnya ketika meriwayat, serta bukunya itu pula amat terpelihara dari kesilapan.

Seseorang yang dhabt kitab, apabila dia meriwayat dengan melihat kitabnya maka dia thiqah, namun jika dia meriwayatkannya selepas bukunya hilang atau terbakar maka dia tidak thiqah (secara umumnya).

Faham setakat ini?

Alhamdulillah, baik. Kita sambung sedikit lagi.

Perlu diketahui bahawa thiqah ini baginya martabat-martabat, tingkat-tingkat. Bukan semua para rawi thiqaat (plural bagi thiqah) berada dalam tingkatan serta martabat yang sama.

Bahkan ada perawi thiqah yang lebih thiqah dari yang lain, yang lebih dhabit dari yang lain.

Tingkat yang paling tinggi adalah para al-huffaz al-athbat, misalnya al-Imam al-Zuhri, al-Imam Malik bin Anas, al-Imam Syu’bah, al-Imam Ibn Mahdi, al-Imam Ibn al-Mubarak, al-Imam Yahya al-Qattan, al-Imam Ahmad bin Hambal, al-Imam al-Bukhari serta lainnya.

Tingkat yang bawah pula ialah Syuyukh, istilah syuyukh di sisi ahli hadith bermaksud di bawah martabat huffaz.

Namun perlu diketahui istilah Syaikh dalam ulum hadith tidak mesti bermaksud penilaian Thiqah, bahkan boleh jadi Majhul dan Dhaif. Ada Syuyukh yang thiqaat dan ada syuyukh yang dhuafaa.

Apabila digunakan istilah syaikh bagi para thiqaat, maka ia bermaksud mereka adalah para thiqaat namun bukan terdiri dalam ketegori huffaz kibar, sebaliknya dalam ketegori thiqah yang rendah.

Perlu diketahui para perawi yang thiqah ini semua, bukan bermaksud mereka tidak mungkin melakukan kesilapan ketika meriwayatkan hadith.

Sebab itu semata-mata kesemua rawi dalam rantai sanad itu thiqah, itu bukan bermaksud hadith itu pasti Sahih.

Para thiqaat boleh melakukan kesilapan, sebagaimana kata guru saya al-Syaikh Dr. Maher Yasin al-Fahl “melakukan kesilapan sunnatullah kepada manusia”. Yang maksum hanya para Rasul.

Para thiqaat boleh berbuat silap dalam meriwayat hadith, namun betul mereka lebih banyak berbanding silap.

Kerana itu antara definisi thiqah yang biasa disebut guru saya al-Syaikh Thariq Iwadullah ialah “perawi yang amat sedikit silap dalam meriwayat hadith”. Manakala para dhaif pula ialah “para rawi yang banyak silap dalam meriwayat hadith”.

Ada perawi thiqah yang silap sedikit itu ini tanpa ciri khas, ada pula yang suka berbuat silap apabila meriwayatkan dari gurunya yang tertentu, ada pula yang suka berbuat silap dalam bab ilmu yang tertentu saja tetapi bagus dalam bab ilmu lain, misalnya jika bab meriwayat perihal sirah dan maghazi maka dia hebat namun dalam bab hukum hakam jika menyendiri maka dia dhaif, misalnya seperti Muhammad bin Ishaq. Ada juga thiqah yang bagus ingatan pada zaman mudanya, namun celaru ingatan pada zaman tuanya dan sebagainya.

Baik, begitulah serba ringkas berkenaan definisi thiqah. Kali ini kita berbincang definisi thiqah yang kerap digunakan ahli hadith, iaitu thiqah dari segi istilah yang membawa maksud ‘adil serta dhabit secara bersama. Di sana ada penggunaan istilah thiqah oleh para huffaz hadith salaf namun bukan dari istilah, ini insyaAllah kita akan lihat pada kelas mendatang insyaAllah

Setakat ini dulu kelas kita pada malam ini. Moga kelas malam ini bermanfaat dan boleh difahami.

Kita tutup dengan tasbih kaffarah. Dan saya berpesan kepada semua sebagaimana berpesannya guru saya al-Syaikh Dr. Maher Yasin al-Fahl kepada saya “jangan lupa menela’ah al-Quran”, serta saya berpesan sebagaimana pesanan guru saya al-Syaikh Hamzah al-Malibari kepada saya “jadikan imanan dan ihtisaban sebagai motto kehidupan, bukan hanya dalam bulan Ramadhan, namun dalam semua bulan!”.

 

Hadits 2: Masa Depan Islam

0

#SilsilahShahihah: Hadits 2: Masa depan Islam

Allah telah menghimpunkan untukku bumi. Oleh itu, aku dapat melihat belahan barat dan timurnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke bumi yang dihimpunkan (diperlihatkan) kepadaku.

إِنَّ اللهَ زَوَى لِيَ الأَرْضَ، فَرَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا، وَإِنَّ أُمَّتِي سَيَبْلُغُ مُلْكُهَا مَا زُوِيَ لِي مَنْهَا

Diriwayatkan oleh Muslim (2889), Abu Dawud (4252), At-Tirmidzi (2176) dan beliau menshahihkannya, Ibn Majah (2952), Ahmad (5/278, 5/284, 4/123).

Popular

Iklan

Iklan