Utama Blog Halaman 293

Kelas #15 | Ulum Hadith

0

Bismillah, Alhamdulillah. Segala puji kepada Allah Rabb sekalian alam, kepadaNya kita memohon perlindungan, petunjuk serta pengampunan, selawat serta salam kepada baginda Muhammad SAW penutup segala Nabi dan Rasul, serta kepada para Sahabat baginda serta keluarga baginda dan kepada mereka yang teguh atas manhaj baginda hingga kini. Wa ba’d

Kita berdoa agar ditetapkan atas manhaj salaf, mengikuti tauladan para salaf. Manhaj salaf adalah bagi semua yang mengikut tauladan para Salaf. Moga kita dijauhkan dari sifat perasan diri mengikuti salaf serta memberi cop kepada orang lain sebagai tidak mengikut salaf hanya kerana orang itu tidak mengikut pendapat gurunya atau tidak mengekor pendapat syaikh yang disanjungnya.

Syukur kepada Allah yang telah memberikan kita rezqi untuk meneruskan kelas ulum hadith kita pada malam ini insyaAllah. Pada kelas yang lalu kita telah berbincang berkenaan al-Thiqah, telah kita lihat dua komponen yang membentuk thiqah ialah ‘adil dan dhabit. Juga kita telah berdiskusi berkenaan penggunaan istilah thiqah selain maksud istilah (iaitu ‘adil dan dhabit secara bersama).

InsyaAllah pada malam ini saya akan menyambung sedikit lagi berkenaan thiqah, dan kemudian insyaAllah kita akan masuk tajuk baru iaitu syaz dan munkar.

Baik.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam kelas yang lalu, dhabit ialah kekuatan hafazan seseorang rawi, baik hafazannya dengan ingatan di minda ataupun bergantung kepada cacatan hadith dalam kitabnya. Tahukah kita bagaimana para nuqqad mengenal sama ada seseorang rawi itu dhabit ataupun tidak?. Para nuqqad mengenal sama ada perawi itu dhabit atau tidak dengan melihat riwayat-riwayat hadithnya.

Dengan membentangkan riwayat/riwayat seseorang rawi dan dibandingkan riwayatnya dengan riwayat-riwayat para thiqaat yang sememangnya telah dikenal akan hifz dan itqan mereka. Sekiranya riwayat-riwayat perawi itu banyak menepati riwayat para thiqaat lainnya (walaupun dari segi makna) maka digolongkan perawi tersebut dalam golongan yang dhabit dan thiqah semisal mereka juga.

Sekiranya riwayat perawi itu menyelisihi riwayat para thiqaat, jika yang menyelisihi itu sedikit makan jadilah perawi itu seorang dhabit namun lemah dhabitnya. Dan sekiranya riwayat-riwayat perawi itu banyak menyelisihi riwayat para thiqat, banyak silap banyak salah, banyak sangat tidak sama, maka perawi itu dikira Dhaif fan tidak dhabit dan tidak thiqah. Jika terlalu banyak dan terlalu banyak sangat menyelisihi riwayat thiqaat, dan terlau banyak silapnya maka perawi itu dikira Munkarul Hadith.

Kerana itu jika kita meneliti buku-buku tarjamah & jarh ta’dil, kita akan menemui para rawi sendiri datang bertemu para nuqqad dan bertanya mereka bagaimanakah kedudukan diri mereka, thiqah atau tidak? Dhabit atau tidak.

Misalnya, berkata al-Imam Yahya bin Ma’in “suatu hari telah datang dan bertanya Ismail bin Ulayyah kepadaku “bagaimana hadithku?”, daku (Yahya Ibn Ma’in) menjawab “kamu mustaqim al-hadith (iaitu dhabit, thiqah)”, dia bertanya lagi “bagaimana kamu mengetahui hal itu?”, maka daku (Ibn Ma’in) katakan kepadanya “aku menghamparkan hadith-hadith kamu ke atas hadith-hadith manusia (iaitu para perawi hadith lainnya yang dikenal thiqaat) dan daku dapati hadith-hadith kamu menepati hadith mereka”, mendengar jawapan ini maka berkata Ismail bin Ulayyah “alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah”. Lihatlah bagaimana al-Imam Ibn Ma’in mengenal sama ada Ismail bin Ulayyah itu thiqah atau tidak dengan membandingkan hadith-hadithnya dengan hadith-hadith para parawi yang dikenal thiqaat.

Contoh lain, berkata Ibn al-Junaid, daku bertanya kepada Yahya ibn Ma’in “Muhammad bin Kathir al-Kufi, dia bagaimana?”, maka jawab Ibn Ma’in “dia tidak mengapa (diterima, thiqah)”, maka daku berkata kepadanya “sesungguhnya dia meriwayatkan hadith-hadith munkar!”, maka berkata Ibn Ma’in “hadith mana?”, maka daku menjawab “dia meriwayat dari Ismail bin Abi Khalid dari al-Sya’bi dari al-Nu’man bin Basyir secara marfu’ hadith (moga Allah mencerahkan wajah mereka yang mendengar hadith-hadith ku dan menyampaikannya)…maka berkata Ibn Ma’in “sekiranya memang benar si syaikh (iaitu Muhammad bin Kathir al-Kufi) meriwayatkan ini maka dia kazzab pendusta!”.

Lihatlah al-Imam Yahya Ibn Ma’in, pada mulanya beliau menilai Muhammad bin Kathir al-Kufi sebagai thiqah kerana sepengetahuannya hadith-hadith yang beliau riwayatkan betul tiada salah menepati riwayat para manusia, namun apabila diberitahu kepadanya riwayat munkar (iaitu silap) yang diriwayatkan al-Kufi maka dia menilainya Dhaif bahkan menilainya sebagai Pendusta! Walaupun munkar di sini iaitu silapnya di sini adalah dari segi sanad bukannya matan hadith, kerana matan hadith yang di beritahu itu sememangnya Sahih.

Maka dapat kita ketahui daripada contoh-contoh ini, para nuqqad mengenal sama ada perawi itu thiqah dengan membentangkan hadith-hadith mereka dan membandingkannya dengan hadith-hadith para manusia (para thiqaat). Sekiranya banyak betul maka dia dikira thiqah, dan sekiranya banyak silap dia dikira Dhaif. Maka mudahnya, apakah itu perawi thiqah? Perawi thiqah ialah perawi yang sedikit silapnya dalam periwayatan hadith-hadithnya, bukan bermakna thiqah itu tiada silap langsung. Manakala perawi Dhaif ialah mereka yang banyak silapnya dalam periwayatan hadith-hadithnya, bukan bermaksud tiada yang betul langsung.

Sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam kelas yang lalu, para thiqaat ini bertingkat-tingkat, bukan semua mereka sama darjat kekuatan dhabit mereka. Ada yang kuat dan ada yang rendah sedikit. Maratib (tingkatan) ta’dil (penilaian thiqah):

  1. Yang atas semisal “awsaq al-naas”, “athbat al-naas”, “ilaihi al-muntaha fi al-tathabbut”.
  2. Dibawahnya pula semisal “thiqah thiqah”, “thiqah thabt”, “thiqah hafiz”, “hafiz mutqin”, “thiqah hafiz mutqin”.
  3. Dibawahnya lagi semisal “yarwi hadithuhu” dan lainnya.

Begitu juga dengan perawi Dhaif, ada tahap-tahapnya, ada yang tersangat Dhaif dan ada yang Dhaif tetapi tidak teruk sangat. Maratib (tingkatan) tajrih (dhaif, kritik):

  1. Paling teruk ialah misalnya “akzab al-naas – manussia yang paling melampau dustanya”, “ruknun min arkanil kazib”
  2. Dibawahnya pula “kazzab – pendusta”, “widha – mendustakan hadith”, “dajjal”
  3. Dibawahnya lagi pula semisal “laisa bil qawi – tidak kuat”, “laisa bi qawi”, “laisa bi umdah”, “laisa bi zaak”, “layyin”, “sayyiul hifz”, “fihi maqal” dan semisal.

Sebahagian menyatakan darjat “laisa bi qawi” lebih teruk dhaifnya dari “laisa bil qawi”, namun yang benar kata guru saya al-Syaikh Dr. Khaled al-Hayek keduanya tiada perbezaan, ia sama.

Alhamdulillah, saya kira kita sudah cukup lengkap secara asasnya berbicara berkenaan syarat kedua dan ketiga hadith Sahih iaitu “‘adil dan dhabit”, iaitu thiqah. Waktu telah lewat, saya kira kita tidak akan masuk perbincangan untuk syarat seterusnya iaitu “bebas daripada syaz/munkar”. InsyaAllah kita akan bincang bab ini dalam kelas mendatang. Jam saya sudah 23:00, kita akhiri kelas kita dengan tasbih kafarah. Dan saya berpesan kepada semua penuntut ilmu hadith sebagaimana pesan guru saya al-Syaikh Mahir Yasin al-Fahl agar jangan lupa menela’ah al-Quran.

 


 

Soalan yang ditanya ketika sesi kuliah:

S: Bagaimana cara para nuqqad membandingkan hadith-hadith. Buka buku atau tanya berdepan?

J: Para nuqqad adalah para kibar huffaz, mereka membandingkan hadith fulan dengan hadith para manusia dalam minda mereka! Mereka sedia tahu hadith para perawi lainnya dengan rinci dan ia terpahat dalam minda mereka. Bayangkan mereka bagai superkomputer bergerak, semua dalam otak mereka dan tidak lupa.

 

Note 69 : Giliran Bermalam dikalangan Isteri & Hal yg Berkaitan dengannya

0

Bismillah…
Note 69 : ruj Fiqh Manhaji 2

GILIRAN BERMALAM DI KALANGAN ISTERI DAN HAL YANG BERKAITAN DENGANNYA

1. Pengertian Giliran :

  Bermaksud bahagian. Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang dan jika dia bermalam dengan seorang daripadanya, dia hendaklah pula bermalan dengan isteri-isterinya yang lain.

1.2. Hukum Giliran :

  Bergilir bermalam dikalangan isteri adalah sunat sahaja dan bukan wajib.

2. Isteri yang berhak mendapat giliran :

  Pembahagian giliran dikhususkan kepada suami ke atas isteri walaupun sakit, haidh atau nifas, selagi mereka mentaati suam

3. Pembahagian Giliran : Giliran setiap isteri satu malam dan satu malam sebelum dan selepasnya.

4. Suami haram bermalam dirumah seorang daripada isteri-isterinya, manakala isteri-isteri lain diminta datang bermalam dirumah tersebut. Ini akan menimbulkan rasa irihati atau tekanan pada madunya. Begitu juga haram mengumpulkan isteri-isteri dalam satu bumbung, tanpa persetujuan kerana akan menimbulkan kebencian dikalangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda :
“Bagi anak dara tujuh malam dan bagi janda tiga malam.”
Riwayat Muslim : 1460

02.06.03#300415: HADITS DHA’IF & PERBAHASANNYA (الضعيف ومسائله) Bhg. 02

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.06.03 Mengenal Hadits al-Mardud (المردود)

HADITS DHA’IF & PERBAHASANNYA (الضعيف ومسائله) Bhg. 02

Susunan: BroSyarief

Hukum (atau Adab) Menyampaikan atau Menyebutkan Hadits Dha’if

1) Dibolehkan menceritakan hadits Dha’if tanpa menyebutkan ianya Dha’if dengan syarat isinya tidak bersangkutan perihal akidah, halal haram, hukum-hakam syariah, dll.

Dibenarkan ianya dikongsikan pada menyampaikan nasihat-nasihat, galakan, cerita dan yang seumpama itu.

Inilah pendapat jumhur ulama Hadits; Sufyan atsTsauri (161H), Ibnul Mubarak (181H), Ibn Mahdi (198H), dll. Seperti yg dinukilkan oleh Prof Dr Abullaits dari alKifayah fi ‘Ilm alRiwayah, karangan alKhatib.

2) Dan bagi mereka yang ingin berkongsi hadits Dha’if tanpa menyebutkan taraf sanadnya, maka dia mesti menyebutkan hadits tersebut dalam bentuk pasif yang juga disebut sebagai Siyaq atTamridh (صيغ التمريض) seperti ‘Ruwiya’ رُوِيَ (diriwayatkan) atau ’Nuqila’ نُقِلَ (dinukilkan), menunjukkan ke’tidak pasti’an bahawa ianya benar-benar disebutkan Nabi atau tidak kerana mengetahui ianya Dha’if.

Adapun Hadits Sahih dan Hasan mestilah disebutkan dengan penggunaan konotasi yang pasti dan meyakinkan.

3) Apabila seseorang menemui/membaca satu Hadits dengan sanad yang Dha’if, maka perlu berhati-hati dengan menyebut ‘Hadits ini Dha’if berdasarkan jalur sanad ini’, dan jangan menyebut ‘Hadits ini Dha’if’ atau ‘Matan ini Dha’if’ secara mutlak, kerana adanya kemungkinan adanya jalur sanad lain yang Sahih atau Hasan, yang dia belum temui/baca.

Adapun jika yang menyatakan Hadits itu Dha’if adalah ulama hadits pada kategori Hafidz, maka ia memadai untuk kita juga berpegang dan menyebutkan hadits itu Dha’if (dengan menyebutkan nama ulama tersebut sebagai sandaran).

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Buku terbitan Ustaz Nasim

0

Assalamualaikum,

AlhamdulilLLAH buku baru ustaz nasim panel Qawai’d Fiqh UiTO telah siap dicetak.

Syarah misykaat al-masaabih kitab al-iman. Syarahan hadis-hadis tentang keimanan daripada kitab misykaat. 276 mukasurat. Harga RM 12 sahaja.

11231139_1101037839925273_5218761235141728349_n

Buku sebelum ini masih ada bagi siapa yang belum memilikinya.

Syarah misykaat al-masaabih kitab ilmu. RM 8.

16479_1101038206591903_679558393787244242_n

Syiah, benarkah berasal dari ajaran ahlul bait. RM 6.

Bagi siapa yang nak satu set 3 buah buku akan diberi potongan RM 2. Jadi RM 24 untuk ketiga-tiga buah buku. Pos untuk semenanjung RM 6.

Siapa yang berminat sila PM ustaz nasim https://www.facebook.com/abu.naaielah

Nama :
Alamat :
No Tel :

Dan bank in ke akaun Maybank 158293739026 atas nama Ahmad Nasim Abdul Rauf . Beri bukti pembayaran.

Jazakumullahu khairan

Hadits 3: Masa depan Islam

0

#SilsilahShahihah: Hadits 3: Masa depan Islam

Agama ini pasti akan sampai ke bumi yang dilalui oleh malam dan siang. Allah tidak akan meninggalkan mana-mana bandar dan desa melainkan Dia akan memasukkan agama ini ke dalamnya, dengan memuliakan yang mulia, dan merendahkan yang hina. Allah akan memuliakanya dengan Islam dan merendahkan kekafiran.

ليبلغَنَّ هذا الأمرُ ما بلغ الليلُ والنهارُ ولا يتركُ اللهُ بيتَ مدرٍ ولا وبرٍ إلا أدخله اللهُ هذا الدينَ بعزِّ عزيزٍ أو بذلِّ ذليلٍ عزًّا يعزُّ اللهُ به الإسلامَ وأهلَه وذلًّا يذلُّ اللهُ به الكفرَ

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam kitab shahihnya (no. 1631-1632).

Diskusi Tafsir – Nota 3

0

Diskusi Tafsir Surah Al-Fatihah

Nota 3

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Surah Al-Fatihah (1:3)

ٱلرَّحْمَٰن –  Maha Pemurah 
ٱلرَّحِيم  – Maha Penyayang

Dalam hal ini, Imam Al Qurthuby mengatakan : “Allah menyebutkan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim untuk DiriNya setelah menyebutkan firmanNya (Alhamdu lillahi) Rabbil ‘alamin sebagai sebuah bentuk pemberian khabar gembira (targhib) setelah adanya pemberian peringatan (tarhib). Hal ini bersamaan dengan Firman Allah Ta’ala : 

نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الْأَلِيمُ
“Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, dan bahawa sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih.” (Al Hijr : 49-50)”

Juga sama ketika Allah mengatakan: 

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا ءَاتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al An’am : 165)

Perhatikan kepada kelompok ayat pertama (Al Hijr : 49-50), di sana Allah menegaskan bahawa ia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ini adalah sebuah bentuk pemberian khabar gembira (targhib) dari Allah Azza wa Jalla. Namun pernyataan itu kemudian diseimbangkan dengan peringatan dan ancamanNya (tarhib) ; ‘AzabKu adalah azab yang sangat pedih’.

Begitu juga dengan ayat yang kedua (Al An’am : 165), Allah Azza wa Jalla mengingatkan bahawa ‘Tuhanmu amat cepat siksaanNya’ yang kemudian dilanjutkan dengan sebuah penyejuk ; ‘Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.

Perkara yang sama juga terdapat dalam surah Al Fatihah ini – seperti telah diungkapkan oleh Imam Al Qurthuby-. Setelah sebelumnya Allah Ta’ala memperingatkan kita bahawa hanya Dia-lah Rabb –pencipta, penguasa dan pengatur- alam semesta ini sehingga kita tidak boleh seenaknya berbuat hal-hal yang tidak dicintaiNya di dalam kekuasaanNya, Allah kemudian memberikan ‘hiburan’ bahawa walaupun ia adalah Rabbul ‘alamin, namun Ia adalah Rabb yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kaedah yang sama juga dapat dilihat dalam salah satu sabda Rasulullah SAW–yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu- : “Seandainya seorang mu’min itu mengetahui bagaimana dahsyatnya siksaan Allah, maka tidak ada seorangpun yang boleh mengharapkan SyurgaNya. Dan seandainya orang kafir itu mengetahui bagaimana luasnya Rahmat Allah, maka tidak ada seorangpun yang akan putus asa dari RahmatNya itu.” (HR. Muslim)

Note 68 : Akad Perkahwinan & Berkaitan Dengannya

0

Bismillah…
Note 68 : ruj fiqh Manhaji 2

AQAD PERKAHWINAN DAN YANG BERKAITAN DENGANNYA

1. Pengertiaan Perkahwinan :

  Dari segi syara’ , perkahwinan bermaksud aqad yang mengharuskan pasangan suamisteri melakukan persetubuhan menurut syara’.

2. Jenis Perkahwinan :

2.1. Perkahwinan yang batal :  Yang tidak memenuhi rukun dan syarat sahnya. Hukumnya haram dan ia tidak memberi sebarang kesan.

Rasulullah SAW bersabda :
“Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya, perkahwinan itu adalah batal, Nabi mengulanginya sebanyak 3 kali. Jika suami telah menyetubuhinya, isteri berhak mendapat mahar mithli sebagai menghalalkan farajnya.”
Riwayat Al Tirmizi : 1102

2.2. Perkahwinan yang sah : yang memenuhi rukun syarat sahnya. Perkahwinan inilah yang memberi kesan kepada pasangan suamisteri.

3. Hak dan Tanggungjawab dalam Perkahwinan yang Sah :

3.1. Halal persetubuhan suamisteri menurut cara yang disyariatkan.

Allah SWT berfirman :
“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu, sebagaimana yang kamu kehendaki.”
Surah Al Baqarah : 223

3.2. Isteri wajib mentaati suami, menyerah diri kepadanya, dan menjaga rumahtangga suami.

Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila seorang perempuan tidur malam tidak bersama-sama suaminya malaikat akan melaknatinya hingga ke pagi.”
Riwayat Muslim : 1436

3.3. Mas kahwin, iaitu hak isteri yang wajib ditunaikan oleh suami.

Allah SWT berfirman :
“Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.”
Surah : Al Nisa : 4

3.4. Nafaqah, iaitu hak isteri yang wajib ditunaikan oleh suami berdasarkan ijma.

Allah SWT berfirman :
“Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf.”
Surah Al Baqarah : 233

3.5. Pembahagian nafaqah dan giliran dikalangan isteri jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang.

3.6. Nasab. Anak-anak yang lahir dsri persetubuhan selepas perkahwinan, dinasabkan kepada bapa mereka jika isteri melahirkannya selepas tempoh mengandung, sekurang-kurangnya enam bulan dan selebih-lebihnya empat tahun, sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini.

Rasulullah SAW bersabda :
“Anak hasil daripada perkahwinan, manakala lelaki penzina tidak berhak atas anak yang terhasil dari perbuatannya.”
Riwayat Muslim : 1145

3.7. Boleh saling mewarisi harta antara suamisteri dengan syarat-syarat tertentu.

Allah SAW berfirman :
“Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang tinggalkannya, sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau sudah dibayar hutangnya.”
Surah Al Nisa : 12

4. Sunat dalam Akad Nikah :

4.1. Khutbah sebelum akad nikah : bakal suami atau walinya sunat berkhutbah.

4.2. Doa untuk pasangan suamisteri : sunat berdoa untuk pasangan suamisteri ketika berkahwin.

4.3. Mengiklankan Akad Nikah dan melahirkan kegembiraan dengan memukul rebana : sunat mengiklankan akad nikah dengan menghimpunkan orang ramai dimajlis dan makruh menyembunyikannya.

4.4. Berdoa ketika hendak melakukan persetubuhan dengan isteri.

“Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhilah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak yang Engkau kurniakan.”

4.5. Kenduri Perkahwinan :

Walimah bermaksud perhimpunan. Suami dan isteri akan bertemu dan berhimpun dalam majlis perkahwinan ini. Hukumnya sunat muakkad.

5. Syarat wajib memenuhi undangan ke Majlis Walimah :

5.1. Tuan rumah tidak mengkhususkan jemputan kepada orang kaya saja.

5.2. Orang yang mengundang dan diundang hendaklah beragama islam.

5.3. Memenuhi jemputan hari yang pertama saja sekiranya majlis tersebut lebih dari sehari.

5.4. Undangan tersebut melahirkan kasih sayang dan merapatkan hubungan.

5.5. Orang yang mengundang bukan seorang yang zalim, jahat atau memiliki harta haram.

5.6. Tidak terdapat perkara yang mungkar seperti minuman arak dan pergaulan bebas.

6. Makan hidangan di Majlis Walimah : wajib makan.

Kompilasi Soal-Jawab Ulum Hadith Siri 1-6

0

Assalamualaikum,

Buku digital yang menggabungkan soal-jawab di kelas Ulum Hadith oleh Dr. Fathi Al-Sakandary siri 1 hingga siri 6 di UiTO.

Diterbitkan oleh Indeepreneur

Format adalah berbentuk digital dan boleh di muat turun melalui aplikasi google playbook. Sila install aplikasi google playbook terlebih dahulu. Kemudian buku boleh di muat turn melalui link berikut :

https://play.google.com/store/books/details?id=MxhaCgAAQBAJ

Jazakumullahu Khairan

Note 67 : Mut’ah

0

Bismillah…
Note 67 : ruj fikh manhaji 2

MUT’AH

1. Pengertiannya :

  Bermaksud sesuatu yang menyeronokan dan dapat dimanafaati. Mut’ah dalam bab ini ialah harta yang wajib diserahkan oleh suami kepada isterinya yang telah ditinggalkan samaada dengan sebab penceraian atau dipisahkan.

2. Perempuan yang Berhak Mendapat Mut’ah:

2.1. Isteri yang diceraikan selepas persetubuhan.

2.2. Isteri yang diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwinnya tidak disebut semasa akad nikah.

2.3. Isteri yang diperintah berpisah dengan suaminya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh suami murtad atau melakukan li’an. Perpisahan tersebut berlaku selepas persetubuhan atau sebelum persrtubuhan dengan syarat mas kahwib tidka disebut dalam akad nikah.

Allah SWT berfirman :
“Kepada wanita wanita yang diceraikan ( hendaklah diberikan oleh suaminya) mut’ah menurut yang ma’ruf sebagai suatu kewajipan bagi orang orang yang bertakwa.”
Surah Al Baqarah : 241

3. Kadar Mut’ah :

  Qadi akan menentukannya berdasarkan status suami dan isteri dari sudut sisio-ekonomi suami serta keturunan dan sifat-sifat isteri.

3.1. Hikmah Pensyariatannya :

  Bagi menyenangkan hati isteri yang diceraikan apabila meninggalkan kediaman suamisteri, meringankan kesusahan akibat perpisahan dengan suaminya dan menghilangkan penderitaan serta kebencian yang mungkin akibat daripada perpisahan itu.

3.2. Melampau lampau dalam menetapkan Kadar Mas Kahwin :

  Ramai yang meletakkan kadar mas kahwin seperti meletakkan harga diri perempuan. Mereka tidak sedikit pun memikir mas kahwin tidak memberi makna seperti itu selama-lamanya. Mas kahwin adalah lambang ketulusan seorang suami terhadap perkahwinan dan pemberian untuk menghormati wanita dan melahirkan kasih sayang kepadanya dalam membin kehidupan berumahtangga yang sejahtera.

Rasulullah SAW bersabda :
“Perkahwinan yang besar keberkatannya ialah yang lebih mudah perbelanjaannya.”
Riwayat Ahmad : 6/82

4. Kesimpulannya, perbuatan menetapkan mas kahwin yang terlalu tinggi adalah makruh menurut hukum syara’. Memudahkan urusan mas kahwin adalah sunat dan punca untuk mendapatkan keberkatan dan kebaikan keada pasangan pengantin dan masyarakat.
 

Bab Sabar: Hadis 1

0

Assalamualaikum. Bab Sabar

25- وعن أبي مالك الحارث بن عاصم الأشعري رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏”‏الطهور شطر الإيمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن -أو تملأ- ما بين السماوات والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك‏.‏ كل الناس يغدو، فبائع نفسه فمعتقها، أو موبقها‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.‏  

25. Dari Abu Malik al-Harits bin Ashim al-Asy’ari r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bersuci adalah separuh keimanan dan Alhamdulillah itu memenuhi imbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah itu dapat memenuhi atau mengisi penuh apa-apa yang ada di antara langit-langit dan bumi. Shalat adalah pahala, sedekah adalah sebagai tanda – keimanan bagi yang memberikannya – sabar adalah merupakan cahaya pula, al-Quran adalah merupakan hujjah untuk kebahagiaanmu – jikalau mengikuti perintah-perintahnya dan menjauhi larangan-larangannya – dan dapat pula sebagai hujjah atas kemalanganmu – jikalau tidak mengikuti perintah-perintahnya dan suka melanggar larangan-larangannya. Setiap orang itu berpagi-pagi, maka ada yang menjual dirinya – kepada Allah – bererti ia memerdekakan dirinya sendiri – dari siksa Allah Ta’ala itu – dan ada yang merosakkan dirinya sendiri pula – kerana tidak menginginkan keredhaan Allah Ta’ala.”       (Riwayat Muslim)
Keterangan:

Hal-hal yang perlu diperhatikan dalam Hadis ini ialah:

(a) Bersuci yakni menyucikan diri dari hadas dan kotoran.

(b) Memenuhi neraca kerana sangat besar pahalanya, hingga neraca akhirat penuh dengan ucapan itu saja.

(c) Artinya andaikata pahalanya itu dibentuk menjadi jisim yang nampak, pasti dapat memenuhi langit dan bumi.

(d) Shalat adalah cahaya yakni cahaya yang menerangi kita ke jalan yang diredhai Allah. Sebab orang yang tidak suka bersembahyang pasti hati nuraninya tertutup daripada kebenaran yang sesungguh-sungguhnya.

(e) Sedekah yang sunnah atau wajib (zakat) itu merupakan kenyataan yang menunjukkan bahawa orang itu benar-benar telah melakukan perintah Allah.

(f) Al-Quran itu hujjah (keterangan) bagimu yakni membela dirimu kalau engkau suka melakukan isinya. Atau juga keterangan atasmu yakni mencelakakan dirimu iaitu kalau engkau menyalahi apa-apa yang menjadi perintah Allah.

(g) Kita di dunia ini ibarat orang yang sedang dalam berpergian ke lain tempat yang hanya terbatas sekali waktunya. Di tempat itu kita menjual diri yakni memperjuangkan nasib untuk hari depan seterusnya yang kekal iaitu di akhirat. Tetapi di dalam memperjuangkan itu, ada di antara kita yang memerdekakan diri sendiri yakni melakukan semua amat baik dan perintah-perintah Allah, sehingga diri kita merdeka nanti di syurga. Tetapi ada pula yang merosak dirinya sendiri kerana melakukan larangan-larangan Allah hingga rosaklah akhirnya nanti di dalam neraka, amat pedih seksa yang ditemuinya.

Popular

Iklan

Iklan