Utama Blog Halaman 286

02.07.05#190515 : HADITS MUDALLAS (المدلس) Bhg. 01

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.07.05 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Gugur Periwayat dari Sanad (السقط من الإسناد)

Susunan: BroSyarief

Setelah selesai kategori Gugur secara Zahir (سقط ظاهر) yang menempatkan 4 kategori Hadits Dha’if, iaitu Mu’allaq, Mursal, Mu’dhol dan Munqati.

Sekarang kita masuk kepada kategori Gugur secara Tersembunyi (سقط خفي).

HADITS MUDALLAS (المدلس) Bhg. 01

Mudallas berasal dari perkataan Tadlis, yang bermaksud kegelapan.

Ia juga merujuk kepada aktiviti di mana penjual menyembunyikan keburukan/aib barang jualan dari pembeli.

Secara teknikal, ia merujuk kepada hadits di mana pada sanadnya terdapat periwayat yang disembunyikan aibnya, dan diindahkan pada zahirnya.

at-Tadlis terbahagi kepada 3 kategori:

01. Tadlis al-Isnad (تدليس الإسناد)

Ia merujuk kepada satu hadits XXX di mana di dalam sanadnya terdapat seorang periwayat A meriwayatkan dari periwayat B, di mana A memang murid kepada B dan mendengarkan hadits dari B, tetapi sebenarnya dia tak mendengarkan hadits XXX ini secara khusus dari B.

Lalu dia menyebutkan yang dia meriwayatkannya dari B, dengan lafaz periwayatan yang tidak jelas sama ada dia mendengarkan hadits itu secara langsung dari B ataupun tidak.

Contohnya, dia menggunakan lafaz ‘An (عن) atau An (أن) yang secara umumnya bermaksud ‘Dari’, tidak lafaz-lafaz seperti Haddatsana (حدثنا) yang bermaksud ‘Telah menceritakan kepada kami’, atau Sami’tu (سمعت) yang bermaksud ‘Aku telah mendengar..’ yang mana lafz-lafaz ini menunjukkan dia benar-benar berjumpa dan mendengarkan.

02. Tadlis al-Taswiyah (تدليس التسوية)

Istilah ini merujuk kepada satu hadits YYY di mana di dalam sanadnya terdapat seorang periwayat Dha’if (K), di antara dua periwayat yang Tsiqah (J & L), di mana J juga meriwayatkan hadits dari L (untuk hadits-hadits yg lain).

Lalu, salah seorang periwayat yang di bawah menghilangkan periwayat K dari sanad, dan menjadikan pada sanad tersebut J mengambil terus dari L, menjadikan sanad tersebut kuat, kerana tiada periwayat Dha’if di dalamnya.

03. Tadlis al-Syuyukh (تدليس الشيوخ)

Ini adalah satu periwayatan di mana periwayat M mengambil dari gurunya N, di mana M benar-benar mendengarkan dari N, tetapi kemudiannya di dalam sanad disebutkan N dengan gelaran atau nama yang mana N tidak dikenali dengan gelaran atau nama tersebut.

Contohnya, nama guru N tersebut yang dikenali ramai adalah al-Kalbi, tetapi M menyebutkan kunyahnya iaitu Abu Sa’id, yang tidak dikenali ramai.

Sebab-sebab periwayat Mudallis melakukan Tadlis:

01. Dha’ifnya syaikh, atau guru yang diambil riwayat daripadanya.
02. Guru panjang umurnya, menyebabkan ramai periwayat mengambil darinya (berkait dengan poin 4)
03. Syaikh lebih muda dari dia, menjadikan dia segan mengaku mengambil dari gurunya yang lebih muda.
04. Ramainya periwayat mengambil dari syaikh yang sama, dia ingin jadi unik bersendiri dalam periwayatan.
05. Mengejar sanad ‘Aliy.

(bersambung)

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Hadits 15: Bab Adab Nabi ﷺ Ketika Berpisah

0

#SilsilahShahihah:

Daripada `Abdullah Al-Khathmi: Adapun Nabi ﷺ ketika menghantarkan tentera perang, baginda mengucapkan: “Aku serahkan agamamu, amanahmu, dan penutup amalanmu kepada Allah.”

عن عبد الله الخطمي قال: كان النبي ﷺ إذا أراد أن يستودع الجيش، قال: أستودع الله دينك وأمانتك وخواتيم عملك

Diriwayatkan oleh Abu Dawud (2601), An-Nasa’i dalam `Amal Al-Yaum wa Al-Lailah (507), Ibn As-Sunni dalam `Amal Al-Yaum wa Al-Lailah (498).

Hadis Taun: Sabar Menukar Azab Menjadi Rahmat

0

Hadith Ke-33

33- وعن عائشة رضي الله عنها أنها سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون، فأخبرها أنه كان عذاباً يبعثه الله تعالى على من يشاء، فجعله الله تعالى رحمة للمؤمنين، فليس من عبد يقع في الطاعون فيمكث في بلده صابراً محتسباً يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)‏‏.‏

33. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, bahawasanya ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal penyakit taun, lalu beliau memberi-tahukannya bahawa sesungguhnya taun itu adalah sebagai siksaan yang dikirimkan oleh Allah Ta’ala kepada siapa saja yang dikehendaki olehNya, tetapi juga sebagai kerahmatan yang dijadikan oleh Allah Ta’ala kepada kaum mu’minin. Maka tidak seorang hamba pun yang tertimpa oleh taun, kemudian menetap di negerinya sambil bersabar dan mengharapkan keredhaan Allah serta mengetahui pula bahawa taun itu tidak akan mengenainya kecuali kerana telah ditetapkan oleh Allah untuknya, kecuali ia akan memperolehi seperti pahala orang yang mati syahid.” (Riwayat Bukhari)

1⃣ Dulu taun azab, untuk umat Islam, taun menjadi rahmat.

2⃣ Ganjaran pahala atas kesedihan, kedukaan dan kesakitan untuk orang-orang yang beriman.

3⃣ Pahala syahid bagi orang yang sabar kerana terkena taun.

4⃣ Jika taun berjangkit, orang yang terkena taun tidak boleh keluar. Dia hendak sabar dan ridha dengan ketentuan Allah.

5⃣ Konsep karantina untuk mencegah penyakit merebak.

Hadits 14: Bab Adab Nabi s.a.w Ketika Berpisah

0

#SilsilahShahihah:

Daripada Qaza`ah: Ibn `Umar mengutusku untuk suatu keperluan, lalu beliau berkata: Ke marilah, aku akan ucapkan kepadamu apa yang diucapkan oleh Rasulullah ﷺ ketika baginda mengutusku untuk suatu keperluan: “Aku serahkan agamamu, amanahmu, dan penutup amalanmu kepada Allah.”

عن قزعة قال: أرسلني ابن عمر في حاجة، فقال: تعال حتى أودعك كما ودعني رسول الله ﷺ و أرسلني في حاجة له، فقال: أستودع الله دينك وأمانتك وخواتيم عملك

Diriwayatkan oleh Ahmad (4957), Abu Dawud (2600).

Ulasan:

1. Al-Albani: Dha`if tetapi dikuatkan oleh hadits-hadits lain.

Ittiba’ (mengikuti) jejak langkah Umat yang Terdahulu: Tanda Kiamat Ke-18

0

Tanda Kiamat Ke-18/131
Ittiba’ (mengikuti) jejak langkah Umat yang Terdahulu

Dalil hadith
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda,

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَأْخُذَ أُمَّتِى بِأَخْذِ الْقُرُونِ قَبْلَهَا ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ . فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَفَارِسَ وَالرُّومِ . فَقَالَ وَمَنِ النَّاسُ إِلاَّ أُولَئِكَ

Terjemahan: “Kiamat tidak akan terjadi hingga umatku mengikuti jalan generasi sebelumnya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.” Lalu diajukan soalan kepada Rasulullah saw, “Apakah mereka itu mengikuti seperti Persia dan Romawi?” Beliau menjawab, “Selain mereka, lantas siapa lagi?“ (HR. Bukhari no. 7319)

Syarah:
Maksud mengikut umat yang terdahulu, antaranya tamaddun Rome, samada di Italia atau di Constantinopole, manakala empayar Parsi. Tamaddun Rome itu adalah kesatuan Eropah pada hari ni atau EC, manakala Persia adalah Iran pada hari ni dan semakin ramai umat Islam mengikuti agama syiah.

Hadith Abi Sa’id al-Khudry ra:
Bahwa Rasulullah SAW bersabda,

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ , قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ : فَمَن

ْ
“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang biawak pasir/dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” (HR. Muslim no. 2669).

Syarah:
Umat terdahulu juga bermaksud yang terlebih dulu diberi nubuwwah dan wahyu yakni umat Yahudi dan Kristian. Sekarang ialah era tamaddun yahudi dan kristian dan umat Islam mengikuti baik dalam pakaian, fesyen, hiburan, sukan, budaya, ilmu, perundangan dan bahasa.

Penutup: komen Imam Nawawi rh

“Yang dimaksud dengan sejengkal, sehasta, dan lubang biawak adalah hanya sebuah permisalan karena banyaknya sisi persamaan dengan mereka. Persamaan yang dimaksud dalam hal perbuatan-perbuatan maksiat, dan penyelewengan-penyelewengan, bukan dalam kekufuran. Hal ini merupakan mukjizat Rasulullah SAW, dan telah terbukti apa yang dikabarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. (syarh sahih Muslim jld 16)

Komen Ibn Hajar, apa yang Nabi khabarkan dalam hadith ini telah terjadi dn akan terus terjadi (Fathul Bari, jld 13) TAMAT

Pahala bagi orang-orang yang bersabar

0

Pahala bagi orang-orang yang bersabar

 32- وعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ‏:‏ ‏”‏ يقول الله تعالى ‏:‏ ما لعبدي المؤمن عندي جزاء إذا قبضت صفيه من أهل الدنيا ثم احتسبه إلا الجنة‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)‏‏.‏

32. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah Ta’ala berfirman:

“Tidak ada balasan bagi seseorang hambaKu yang mu’min di sisiKu, di waktu Aku mengambil – mematikan – kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah, melainkan orang itu akan mendapatkan syurga.” (Riwayat Bukhari)

Musibah besar ialah kehilangan orang tercinta. Pahala orang-orang yang sabar akan diberi tanpa melalui hisab dan akhirnya ke syurga.Orang kafir yang berbuat baik tidak akan mendapat balasan apa-apa di sisi Allah SWT.

Hadis 24: Ciri-ciri Rambut Rasulullah s.a.w

0

بَابُ مَا جَاءَ فِي شَعْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab 3: Apa yang datang berkenaan rambut Rasuli Llah

Hadis 24, Dari Saitama, Jepun

24- حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ: أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ حُمَيْدٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: كَانَ شَعْرُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى نِصْفِ أُذُنَيْهِ.

24- Telah bercerita kepada kami `Aliy bin Hujr, dia berkata: Telah memberitahu kami Isma`il bin Ibrahim, daripada Humayd, daripada Anas bin Malik, dia berkata: Rambut Rasuli Llah adalah hingga separuh dua telinganya.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini ialah ulangan bagi maksud yang telah dijelaskan dalam hadis kelapan, tentang panjang rambut Nabi. Anas bin Malik, yang hidup dalam budaya `Arab, menceritakan tentang rambut Nabi, dan ia sesuai dengan budaya dan adat orang `Arab.

Apabila Islam mula berkembang kepada orang `Ajam – iaitu orang-orang bukan `Arab – pada zaman `Umar dan selepasnya, maka umat Islam ketika itu mempunyaï pelbagai fesyen dan gaya potongan rambut, yang sebahagiannya berbeza dengan budaya `Arab. Begitu juga dengan makanan, pakaian, dan gaya hidup mereka yang berbeza dengan budaya `Arab. Namun, tidak diberitakan bahawa ketika itu, `Umar – yang menjadi khalifah dan Amiru l-Mu’minin – atau mana-mana sahabat, menggesa dan menyuruh orang-orang `Ajam ini untuk menukar hidup mereka mengikut budaya `Arab. Para sahabat ini tidak menyeru mereka menukar gaya potongan rambut, pakaian, makanan atau gaya hidup mereka!

Bahkan Islam datang untuk menegakkan tawhid. Islam datang untuk menyempurnakan kemuliaan akhlaq manusia. Islam tidak datang untuk menyeragamkan gaya rambut umatnya, atau untuk menyeragamkan pakaian mereka, tidak juga untuk menyeragamkan makanan atau gaya hidup manusia. Yang disebarkan oleh Nabi ialah risalah tawhid dan cara ber`ibadah yang betul kepada Tuhan. Selain itu, manusia berbeza mengikut budaya setempat masing-masing.

Justeru, apabila terdapat beberapa pihak yang menyeru mengikut perkara yang bukan pokok agama, seperti potongan rambut, atau pakaian, atau makanan, atau cara hidup `Arab, ia ialah satu seruan yang janggal, yang tidak dibuat pun oleh para sahabat terdahulu terhadap orang-orang `Ajam.

Benar, disebutkan dalam hadis tentang Nabi begitu dan begini, tetapi itu ialah satu penceritaan sahaja, yang tidak datang arahan untuk mengikutinya. Rambut Nabi seperti dalam hadis ini, tidak datang sebarang riwayat agar memelihara rambut sehingga sebegini, atau agar memotongnya jika lebih panjang, atau agar menggunakan ubat-ubatan untuk menumbuhkan atau memanjangkan rambut yang botak atau pendek. Bahkan tidak diriwayatkan bahawa memotong rambut seperti potongan Nabi, ia menjadi bukti cinta kepada Nabi, atau menurut sunnahnya.

Di Malaysia, apabila budaya hidup dan budaya kerja kita mengenakan syarat gaya rambut tertentu, ia tidaklah menyalahi sunnah Nabi, atau mencalarkan apa-apa ajaran Islam. Ini kerana pada zaman kita, rambut yang kemas, ia menandakan disiplin dan keperibadian yang baik pada seseorang lelaki. Berambut panjang, secara kasarnya, dianggap sebagai golongan yang memberontak, tidak bertamaddun, tidak berakhlaq dan sebagainya yang membawa imej negatif. Perbezaan seperti ini, ada kalanya menjadi masalah bagi sesetengah pihak, sama ada mahu mengikut undang-undang setempat, atau untuk mengikut gaya rambut Nabi?

Bahkan penyelesaiannya tidaklah serumit itu. Mulakan dengan apa yang Islam datang dengannya, iaitu tawhid dan iman. Kemudian, mulakan dengan hal yang jelas dalam agama, iaitu dengan mematuhi perintah dan menjauhi larangan. Dua perkara ini, walaupun kedengaran ringan, tetapi ia sebenarnya adalah dua pertiga daripada agama.

Iman, al-hamdu liLlah kerana kerana kita sudah dikurniakan iman, apabila kita mengucap “la ilaha illa Llah” tiada Tuhan melainkan Allah. Namun, hal iman jauh ini lebih besar daripada hanya ucapan itu sahaja, kerana kita perlu merealisasikan iman itu dalam kehidupan, sehingga tiada yang lebih besar dalam hidup kita melainkan Allah, taqdir Allah, ujian Allah, rezeki Allah, dan segala-galanya kembali kepada Allah.

Hal yang jelas dalam agama, ia ialah apa yang jelas dalam nas, sama ada suruhan atau larangan. Haqiqat yang pahit, masih ramai umat Islam yang bergelumang dengan dosa, akibat tidak mengendahkan hal yang jelas dalam agama ini. Contohnya salat, ia perintah yang tetap dan jelas, sehingga menjadi kafir orang yang enggan bersalat. Namun, ramai yang mengabaikannya. Menta`ati dan berbuat baik kepada ibu bapa, ia perintah yang tetap dalam Islam, walaupun ibu bapa itu bukan beragama Islam. Namun, ramai orang yang mengutamakan dunia, atau harta, atau isteri berbanding ibu bapanya.

Menipu dan mengumpat, ia adalah larangan yang tetap dalam agama, dan lebih awla untuk didahulukan. Masih banyak lidah yang menipu, masih banyak lidah yang mengumpat, dan hal ini terlepas pandang daripada ramai orang. Mencampakkan diri ke dalam kebinasaan, ia adalah larangan yang tetap dalam agama, dan pelbagai kebinasaan perlu dijauhi dan dihindari. Bahkan hal ini lebih awla untuk diutamakan.

Benar, perihal Nabi bukanlah perkara kecil. Namun, Muhammad ialah manusia yang rambutnya memanjang apabila dibiarkan, memendek apabila dipotong atau dicukur. Ramai yang terlupa tentang kemanusiaan Muhammad, sehingga mereka lupa, bahawa ajaran Nabi yang utama perlu diutamakan.

02.07.04#130515 : AL-MUNQATI’ (المنقطع)

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.07.04 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Gugur Periwayat dari Sanad (السقط من الإسناد)

Susunan: BroSyarief

AL-MUNQATI’ (المنقطع)

Menurut bahasa, Munqati’ bermaksud terputus, lawan kepada bersambung.

Secara teknikal, ia merujuk kepada sanad di mana gugur di pertengahan sanad, sama ada seorang periwayat atau, dua atau lebih periwayat secara tidak berturut-turut. (Rujuk rajah Contoh Hadits Munqati’)

Hadis al-Munqati sebagai mana hadits-hadits Dha’if yang ringan yang lain, mempunyai peluang untuk dinaik-taraf ke taraf Hasal lighayrihi, jika didapati jalur sanad yang lain yang sama kekuatan atau lebih kuat daripadanya.

Hukum terhadap hadits ini, ianya Dha’if, tidak boleh berhujjah dengan haji kerana tidak ketahui perihal periwayat yang gugur itu.

Bagaimana cara mengetahui sanad yang Mu’allaq, Mursal, Mu’dhol dan Munqati?

01. Perbandingan di antara sana-sanad hadits yang pelbagai dan menghimpunkan jalur sanad yang berbilang-bilang.
02. Pengetahuan tentang biografi para periwayat, tarikh lahir dan meninggal, pertemuan di antara periwayat, dll.
03. Hukuman salah seorang imam hadits bahawa si fulan tidak mendengar dari periwayat sekian.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

al munqathi

Jauhi Jihad : Campakkan Diri Ke Lembah Kebinasaan (Hadith 13)

0

#SilsilahShahihah:

Hadits 13: Bab Kerakusan terhadap harta mengakibatkan kehinaan

Kami keluar untuk berperang dari Madinah ke Konstantinopel, kami dipimpin oleh `Abdu Ar-Rahman bin Khalid bin Al-Walid, sedangkan orang Rom bertahan pada dinding kota. Ketika ada orang yang maju ke arah musuh, orang ramai berkata: “Tahan! Tahan! Tiada ilah melainkan Allah. Dia telah mencampakkan diri dalam kebinasaan.” Kata Abu Ayyub: “Sesungguhnya ayat ini diturunkan mengenai kami, kaum Ansar. Ketika Allah membela NabiNya dan memenangkan Islam, kami berkata: Mari kita urus harta kita dan memperelokkannya. Lalu Allah Ta`ala menurunkan ayat: (Hendaklah kalian menginfaqkan harta kalian di jalan Allah, dan jangan pula kalian mencampakkan diri kalian dalam kebinasaan). Mencampakkan diri kepada kebinasaan bermaksud menguruskan harta kami dan memperelokannya dan meninggalkan jihad.” Kata Abu `Imran: “Abu Ayyub terus berjihad di jalan Allah sehingga dimakamkan di Konstantinopel.”

غزَونا من المدينةِ نريدُ القسطنطينيةَ وعلى الجماعةِ عبدُ الرحمنِ بنُ خالدِ بنِ الوليد والرومُ مُلصِقو ظهورَهم بحائطِ المدينةِ فحمل رجلٌ على العدوِّ فقال الناسُ مَهْ مَهْ لا إله إلا اللهُ يلقِي بيدَيه إلى التَّهلُكةِ فقال أبو أيوبٍ إنما نزلت هذه الآيةُ فينا معشر الأنصارِ لما نصر اللهُ نبيَّه وأظهر الإسلامَ قلنا هَلُمَّ نقيمُ في أموالِنا ونصلُحها فأنزل اللهُ تعالى ( وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ) فالإلقاءُ بالأيدي إلى التَّهلكةِ أن نقيمَ في أموالِنا ونصلحَها وندعَ الجهادَ قال أبو عمرانَ فلم يزلْ أبو أيوبَ يجاهدُ في سبيلِ اللهِ حتى دُفِنَ بالقسطنطينيةِ

Diriwayatkan oleh Abu Dawud (2512), Ibn Hibban (1667).

Ulasan:

1. Kepentingan berguru supaya tidak tersalah dalam memahami nas agama.

2. Menyibukkan diri dengan pengurusan harta sehingga meninggalkan jihad dianggap sebagai mencampakkan diri dalam kebinasaan.

Sabar Yang Sangat Terpuji

0

Hadith Ke 31 Bab Sabar

31- وعن أنس رضي الله عنه قال‏:‏ مر النبي صلى الله عليه وسلم بامرأة تبكي عند قبر فقال ‏:‏ ‏”‏اتقي الله واصبري‏”‏ فقالت ‏:‏ إليك عني ، فإنك لم تصب بمصيبتي ‍‍‍‏(‏ ولم تعرفه، فقيل لها ‏:‏ إنه النبي صلى الله عليه وسلم ، فأتت باب النبي صلى الله عليه وسلم، فلم تجدعنده بوابين، فقالت‏:‏ لم أعرفك، فقال‏:‏ ‏”‏إنما الصبر عند الصدمةالأولى‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏.‏ ‏‏(‏‏(‏وفى رواية لمسلم‏)‏‏)‏‏:‏ ‏ ‏تبكي على صبي لها‏ ‏‏. ‏

31. Dari Anas r.a., katanya: “Nabi s.a.w. berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis di atas sebuah kubur. Beliau bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah!” Wanita itu berkata: “Ah, menjauhlah daripadaku, kerana Tuan tidak terkena mushibah  sebagaimana  yang  mengenai  diriku  dan  Tuan  tidak mengetahui mushibah apa itu.” Wanita tersebut diberitahu – oleh sahabat beliau s.a.w. – bahawa yang diajak bicara tadi adalah Nabi s.a.w. Ia lalu mendatangi pintu rumah Nabi s.a.w. tetapi di mukanya itu tidak didapatinya penjaga-penjaga pintu. Wanita itu lalu berkata: “Saya memang tidak mengenai Tuan – maka itu maafkan pembicaraanku tadi.” Kemudian beliau s.a.w. bersabda: “Hanyasanya bersabar – yang sangat terpuji – itu ialah di kala mendadaknya kedatangan mushibah yang pertama.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat Muslim disebutkan: “Wanita itu menangisi anak kecilnya – yang mati.”

Keterangan:

Maksud “Mendadaknya kedatangan mushibah yang pertama,” bukan bererti ketika mendapatkan mushibah yang pertama kali dialami sejak hidupnya, tetapi di saat baru terkena mushibah itu ia bersabar, baik mushibah itu yang pertama kalinya atau keduanya, ketiganya dan selanjutnya.

Jadi kalau sesudah sehari atau dua hari baru ia mengatakan: “Aku sekarang sudah berhati sabar tertimpa mushibah yang kelmarin itu,” maka ini bukannya sabar pada pertama kali, sebab sudah terlambat.

Ada ungkapan menarik…
Sabarlah sehingga ‘sabar’ ketahui anda sdg bersabar..

Teruskan kesabaran sehingga ‘sabar’ tidak sabar dengan kesabaran anda.

Popular

Iklan

Iklan