Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Hadis Taun: Sabar Menukar Azab Menjadi Rahmat

Hadis Taun: Sabar Menukar Azab Menjadi Rahmat

400
0
Iklan

Hadith Ke-33

33- وعن عائشة رضي الله عنها أنها سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون، فأخبرها أنه كان عذاباً يبعثه الله تعالى على من يشاء، فجعله الله تعالى رحمة للمؤمنين، فليس من عبد يقع في الطاعون فيمكث في بلده صابراً محتسباً يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)‏‏.‏

33. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, bahawasanya ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal penyakit taun, lalu beliau memberi-tahukannya bahawa sesungguhnya taun itu adalah sebagai siksaan yang dikirimkan oleh Allah Ta’ala kepada siapa saja yang dikehendaki olehNya, tetapi juga sebagai kerahmatan yang dijadikan oleh Allah Ta’ala kepada kaum mu’minin. Maka tidak seorang hamba pun yang tertimpa oleh taun, kemudian menetap di negerinya sambil bersabar dan mengharapkan keredhaan Allah serta mengetahui pula bahawa taun itu tidak akan mengenainya kecuali kerana telah ditetapkan oleh Allah untuknya, kecuali ia akan memperolehi seperti pahala orang yang mati syahid.” (Riwayat Bukhari)

1⃣ Dulu taun azab, untuk umat Islam, taun menjadi rahmat.

2⃣ Ganjaran pahala atas kesedihan, kedukaan dan kesakitan untuk orang-orang yang beriman.

3⃣ Pahala syahid bagi orang yang sabar kerana terkena taun.

4⃣ Jika taun berjangkit, orang yang terkena taun tidak boleh keluar. Dia hendak sabar dan ridha dengan ketentuan Allah.

5⃣ Konsep karantina untuk mencegah penyakit merebak.

Komen dan Soalan