Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Sabar Yang Sangat Terpuji

Sabar Yang Sangat Terpuji

97
0

Hadith Ke 31 Bab Sabar

31- وعن أنس رضي الله عنه قال‏:‏ مر النبي صلى الله عليه وسلم بامرأة تبكي عند قبر فقال ‏:‏ ‏”‏اتقي الله واصبري‏”‏ فقالت ‏:‏ إليك عني ، فإنك لم تصب بمصيبتي ‍‍‍‏(‏ ولم تعرفه، فقيل لها ‏:‏ إنه النبي صلى الله عليه وسلم ، فأتت باب النبي صلى الله عليه وسلم، فلم تجدعنده بوابين، فقالت‏:‏ لم أعرفك، فقال‏:‏ ‏”‏إنما الصبر عند الصدمةالأولى‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏.‏ ‏‏(‏‏(‏وفى رواية لمسلم‏)‏‏)‏‏:‏ ‏ ‏تبكي على صبي لها‏ ‏‏. ‏

31. Dari Anas r.a., katanya: “Nabi s.a.w. berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis di atas sebuah kubur. Beliau bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah!” Wanita itu berkata: “Ah, menjauhlah daripadaku, kerana Tuan tidak terkena mushibah  sebagaimana  yang  mengenai  diriku  dan  Tuan  tidak mengetahui mushibah apa itu.” Wanita tersebut diberitahu – oleh sahabat beliau s.a.w. – bahawa yang diajak bicara tadi adalah Nabi s.a.w. Ia lalu mendatangi pintu rumah Nabi s.a.w. tetapi di mukanya itu tidak didapatinya penjaga-penjaga pintu. Wanita itu lalu berkata: “Saya memang tidak mengenai Tuan – maka itu maafkan pembicaraanku tadi.” Kemudian beliau s.a.w. bersabda: “Hanyasanya bersabar – yang sangat terpuji – itu ialah di kala mendadaknya kedatangan mushibah yang pertama.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat Muslim disebutkan: “Wanita itu menangisi anak kecilnya – yang mati.”

Keterangan:

Maksud “Mendadaknya kedatangan mushibah yang pertama,” bukan bererti ketika mendapatkan mushibah yang pertama kali dialami sejak hidupnya, tetapi di saat baru terkena mushibah itu ia bersabar, baik mushibah itu yang pertama kalinya atau keduanya, ketiganya dan selanjutnya.

Jadi kalau sesudah sehari atau dua hari baru ia mengatakan: “Aku sekarang sudah berhati sabar tertimpa mushibah yang kelmarin itu,” maka ini bukannya sabar pada pertama kali, sebab sudah terlambat.

Ada ungkapan menarik…
Sabarlah sehingga ‘sabar’ ketahui anda sdg bersabar..

Teruskan kesabaran sehingga ‘sabar’ tidak sabar dengan kesabaran anda.

Komen dan Soalan