Utama Blog Halaman 285

Hadis Dakwah : Contohlah Kesabaran Para Nabi

0

 36- وعن أبي عبد الرحمن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال‏:‏ كأني انظر إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يحكي نبياً من الأنبياء، صلوات الله وسلامه عليهم، ضربه قومه فأدموه وهو يمسح الدم عن وجهه، يقول ‏:‏ ‏”‏اللهم اغفر لقومى فإنهم لا يعلمون‏”‏‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏

36. Dari Abu Abdur Rahman, iaitu Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya: “Seakan-akan saya melihat kepada Rasulullah s.a.w. sedang menceriterakan tentang seorang Nabi dari sekian banyak Nabi-nabi shalawatuliah wa salamuhu ‘alaihim. Beliau dipukuli oleh kaumnya, sehingga menyebabkan keluar darahnya dan Nabi tersebut mengusap darah dari wajahnya sambil mengucapkan: “Ya Allah ampunilah kaum hamba itu, sebab mereka itu memang tidak mengerti.” (Muttafaq ‘alaih)

? Antara akhlak para nabi as; menghadapi kebodohan dengan pemberian maaf dan toleransi.

? Penzalim enggan menghadapi hujah dengan hujah, tetapi mereka cenderung pada pembunuhan, penyiksaan dan pendustaan.

? Dianjurkan agar tidak memohon disegerakan siksaan bagi penzalim ke atas musuh-musuh dakwah.

UiTO Bilik (08) Riyadhus Solihin

Munculnya perempuan yang Berpakaian tetapi Telanjang: Tanda Kiamat Ke-20

0

Tanda Kiamat Ke-20/131
Munculnya perempuan yang Berpakaian tetapi Telanjang (ظهور النساء الكاسيات العاريات)

Dalil hadith:
Dari Abu Huraira ra: Bahawa Nabi saw bersabda:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَـرِ، يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَـاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَـاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Terjemahan:
“‘Ada dua kelompok manusia penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat: kaum laki-laki yang membawa cambuk seperti buntut sapi mereka memukul manusia dengannya, dan kaum perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, selalu melakukan kemaksiatan dan mengajarkan kemaksiatannya kepada orang lain, kepala-kepala mereka bagaikan punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk ke dalam Surga dan tidak akan mendapatkan wanginya, padahal wangi Surga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.’” Muslim, no 2128

Syarah:
Antara tanda-tanda kecil Kiamat yang nyata di depan mata kita ialah munculnya fenomena perempuan yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, akan tetapi pakaian itu tidak berfungsi untuk menutup aurat bahkan nipis, menampakkan perhiasan, menampakkan bentuk badan dan fesyen rambut seperti bonggol unta. Wanita yang bertudung juga kekadang tidak memenuhi piawaian wanita bertudung dengan ciri-ciri seperti yang disebutkan terutama menampakkan bentuk badan. Juga munculnya Beaty Salon, unisex salon, atau Butik kecantikan yang kekadang diurus oleh kaum lelaki. (Dr alQardhawi, Halal dan Haram). Tamat

Soalan:
Macam mana pemakaian tudung ditanah arab THTL?

Jawapan: Sama juga, khususnya di dubai…bonggol unta, mandi bikini pun boleh kat Dubai

Malaysia juga ada jenayah yang tak berlaku di negara lain..
Pembuangan bayi yang normal.

THTL: Sebab negara maju, istilah zina (adultry) dihapuskan dah lama, maka bayi luar nikah dan berkesedudukan adalah legal dan diterima. Yang sahih, anak luar nikah di negara maju amat tinggi.

Hadis Ayan: Jaminan Syurga Kepada Yang Bersabar

0

Next, hadith ke-35

 35- وعن عطاء بن أبي رباح قال‏:‏ قال لي ابن عباس رضي الله عنهما‏:‏ ألا أريك امرأة من أهل الجنة ‏”‏ فقلت‏:‏ بلى، قال‏:‏ هذه المرأة السوداء أتتت النبي صلى الله عليه وسلم فقالت ‏:‏ إني أصرع، و إني أتكشف، فادع الله تعالى لي قال‏:‏ ‏”‏إن شئت صبرت ولك الجنة، وإن شئت دعوت الله تعالى أن يعافيك‏”‏ فقالت‏:‏ أصبر، فقالت‏:‏ إني أتكشف ، فاد الله أن لا أتشكف ، فدمعا لها‏.‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏.

35. Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah, katanya: “Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma mengatakan padaku: “Apakah engkau suka saya tunjukkan seorang wanita yang tergolong ahli syurga?” Saya berkata: “Baiklah.” Ia berkata lagi: “Wanita hitam itu pernah datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Sesungguhnya saya ini terserang oleh penyakit ayan dan oleh sebab itu lalu saya membuka aurat tubuhku. Oleh kerananya haraplah Tuan mendoakan untuk saya kepada Allah – agar saya sembuh.” Beliau s.a.w. bersabda: “Jikalau engkau suka hendaklah bersabar saja dan untukmu adalah syurga, tetapi jikalau engkau suka maka saya akan mendoakan untukmu kepada Allah Ta’ala agar penyakitmu itu disembuhkan olehNya.” Wanita itu lalu berkata: “Saya bersabar,” lalu katanya pula:

“Sesungguhnya kerana penyakit itu, saya membuka aurat tubuh saya. Kalau begitu sudilah Tuan mendoakan saja untuk saya kepada Allah agar saya tidak sampai membuka aurat tubuh itu.” Nabi s.a.w. lalu mendoakan untuknya – sebagaimana yang dikehendakinya itu.” (Muttafaq ‘alaih)

1⃣ Kesabaran di dunia mewariskan syurga.

2⃣ Pengobatan berbagai penyakit dengan doa dan berlindung kepada Allah…

3⃣ Bagi orang yang mampu, sabar dengan ujian lebih baik… ia meraih pahala.

4⃣ Diharuskan untuk tidak berubat.

5⃣ Tingginya rasa malu sahabat wanita.

Jumpa lagi… Assalamu’alaikum..

Syuabul Iman Imam Al-Baihaqi: Cabang Ke-4

0

Baik kita sambung pada cabang yang ke 4. Iman Al Qur’an seterusnya kitabullah ta’ala yang lain.

Iman dengan Al Qur’an adalah cabang yang disusun oleh Imam Al Baihaqi dalam Syuabul Iman.

Al Qur’an adalah Kalamullah yang diturunkan kepada Rasulallah saw dalam hayatnya sebagai Rasul selama (lebih kurang) dalam tempoh 23 tahun, ada 6236 ayat(satu pendapat) dan diturun samada semasa di Mekah atau Madinah. Bermula dengan turunnya Al Qur’an segala amal dan perintah Allah swt ditaklifkan kepada umat manusia.

Bermulakan perintah baca, memberi peringatan dan berdoa dimalam hari dan seterus seterusnya. Didalam Al Qur’an terkandung kisah kisah Nabi dan umat terdahulu, hukum syariat dan zikir, doa dan ilmu-ilmu yang manfaat buat manusia. Diturun dari Langit Dunia oleh Jibril A.S kepada baginda saw. Didalamnya telah ada gist dan khulasah kitab kitab terdahulu.

Mentasdiqkan dalam hati akan kebenaran setiap ayat ayat didalamnya, manfaat, petunjuk dan kelebihannya. Kita seterusnya belajar melafazkan ayat ayatnya dengan cara yang diajar oleh Rasulallah saw, cara melafazkan ayat ayat Al Qur’an telah diformulasikan oleh Imam Qiraat yang disimpulkan dalam Hukum Tajweed.

Pengamalan ayat ayat Al Qur’an dengan menjadikan AQ rujukan utama, dalam segenap aspek kehidupan. Kerana ianya manual kehidupan Insan Soleh

Apabila Rasulallah saw dapat wahyu pertama baginda saw menunggu nunggu wahyu yang lain sebab nak tahu bagaimana nak hidup dengan perintah swt, untuk dapat redha Allah.

Kalau kita bermusafir ke China misalnya, ada buku panduan disediakan, buku panduan pelancong yang dapat tunjukkan destinasi yang kita nak tuju akan kita pilih. Begitu juga kita didatangkan ke alam dunia dan nak tuju akhirat yang di redhai Allah swt.. apa panduan di kehidupan dunia kita nak ikut. Maka Al Qur ‘an rujukan utama kita. Insya Allah

Bacaan Al Qur’an terbaik ketika dalam Solat. Tadabbur Al Qur’an dengan ayat ayat Al Qur’an..
wallahu a’lam bissowab
wama taufiqi illa billahi

Perempuan Hamba melahirkan Tuannya : Tanda Kiamat Ke-19

0

Tanda Kiamat Ke-19/131
Perempuan Hamba melahirkan Tuannya (ولادة الأمة ربتها)

Dalil Hadith: dari amir al-mukminin Umar ra,

سَأُخْبِرُكَ عَنْ أَشْرَاطِهَا: إِذَا وَلَدَتِ الْمَرْأَةُ رَبَّتَهَا.

“Aku akan memberitahukan kepadamu tanda-tandanya; jika seorang (sahaya) wanita melahirkan tuannya.” [2] [Muttafaq ‘alaih] matan arba’een no 2

Penjelasan terbaik ialah dari Imam Ibn Hajar dan imam nawawi yang syarah hadith ini:
Maksud tanda kiamat ni ada pelbagai, ini yg dikemukakan sebagai terkuat.

Pendapat 1 (majoriiti): Meluasnya empayar Islam dan banyak hamba sahaya perempuan hingga melahirkan anak, dan status anak itu lebih tinggi dari ibunya kerana ibunya masih status hamba.
Kritik atas pendapat ini kata Ibn Hajar, ia berlaku di zaman Nabi saw lagi, banyak tawanan perang dijadikan hamba sahaya. Maka ia tidak kuat.

Pendapat #2 Maksud hamba melahirkan tuan adalah banyak berlaku proses jualbeli hamba di pasar hamba, hingga berakhir dengan si anak membeli ibunya sendiri. Ini juga tidak kuat

Pendapat #3: Hamba melahirkan tuan maksudnya banyak org derhaka kepada ibubapa di akhir zaman sebab itu digunakan kalimah “rabbataha” manusia yang berlagak macam tuhan kepada ibunya. Kata Ibn Hajar inilah yang paling kuat.

Pendapat #4: Ia berasal dari Ibn Katsir, dia mengatakan hamba perempuan lebih disukai di akhir zaman.

Syarah: maksud hamba perempuan diakhir zaman ialah banyak, kemungkinan ia adalah GRO, pelacur, mistress (perempuan simpanan) atau istilahnya hamba seks. Kalau lihat sekarang, banyak berlaku perdagangan manusia khususnya wanita untuk djadikan hamba seks dalam sektor pelacuran.

Rumusan: Maksud hadith perempuan hamba melahirkan bossnya ialah banyaknya derhaka kepada kedua ibubapa, yakni generasi yang tidak lagi hormat kepada kedua org tua dan ujudnya kembali perdagangan seks dan manusia lebih meminatinya dari perkahwinan.

Referensi tambahan Fath albari, jld 1. syarah Muslim, jld 1, Ibn Katsier al-nihayah tahqiq, Dr Taha zaini dan jami’ Uloom wal Hikam, Ibn Rajab syarah hadith Jibril, dan syaikh Uthaimin, syarah hadith Jibril. TAMAT

02.07.06#250515 : HADITS MUDALLAS (المدلس) Bhg. 02

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.07.06 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Gugur Periwayat dari Sanad (السقط من الإسناد)

Susunan: BroSyarief

HADITS MUDALLAS (المدلس) Bhg. 02

al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani membahagikan para pembuat tadlis (ie. Mudallisin) kepada 5 peringkat:

01. Mereka yang disifatkan sedikit sahaja melakukan tadlis. Mereka tidak dipanggil Mudallis.

Hadits mu’an’an mereka diterima, kecuali jika jelas pada hadits-hadits tersebut mereka melakukan tadlis dan periwayat yang terpadam itu memang periwayat yang dha’if.

02. Mereka yang diragui sama ada benar atau tidak melakukan tadlis. Mereka ini periwayat yang tsiqah, dan tidaklah pada sanad yang ditadliskan itu kecuali periwayat yang terpadam itu juga tsiqag.

Hadits mu’an’an mereka juga diterima, kecuali jika jelas pada hadits-hadits tersebut mereka melakukan tadlis dan periwayat yang terpadam itu memang periwayat yang dha’if.

03. Mereka yang banyak melakukan tadlis, dan para ulama berbeza pendapat sama ada mereka diterima atau tidak secara mutlak.

Jadi, dikaitkan antara dua pendapat: Diterima apa yang jelas terbukti periwayat mendengar dari periwayat di atasnya, dan tidak diterima yang lafaznya tidak jelas. Ini pendapat jumhur.

04. Mereka yang disepakati para ulama hadits bahawa mereka tidak diterima, kecuali jelas terbukti mereka mendengarkan periwayatan secara langsung.

Ini kerana mereka banyak melakukan tadlis, dengan menghilangkan periwayat-periwayat yang lemah dan majhul.

05. Mereka yang didha’ifkan dengan tuduhan yang lain bersama tadlis. Hadits mereka ditolak, walaupun jelas lafaz mereka mendengarkan hadits tersebut.

Contohnya, seorang periwayat yang didapati melakukan tadlis dan dalam masa yang sama dia mempunyai masalah hafalan atau mula keliru selepas buku-bukunya terbakar. Hadits-hadits yang diriwayatkan darinya selepas dia mula keliru, adalah ditolak.

Di antara penulisan berkaitan tadlis:

01. Asma al-Mudallisiin, oleh al-‘Alla’ie (w.761H)
02. Qasidah al-Mudallisin, oleh Syihabuddin al-Maqdisi (w.765H)
03. al-Tabyiin fi Asma al-Mudallisin, oleh al-Halabi (w.841H)
04. Ta’rif Ahl al-Taqdis bi Maratib al-Mawsufiina bit-Tadlis, oleh Ibn Hajar (w.852H)
05. Asma al-Mudallisin, oleh as-Suyuthi (w.911H)
06. Ittihaf Zawi al-Rusukh bi Man Rumiya bit-Tadlis min al-Syuyukh, oleh Hammad al-Anshoriy

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Diskusi Tafsir – Surah AlBaqarah

0

Diskusi 10 – Surah AlBaqarah (Ayat 1-6)

Allah Ta’ala menyebutkan tentang ciri-ciri orang-orang yang bertaqwa:

1. Beriman kepada yang ghaib 

membenarkan secara jujur apa yang tidak terjangkau oleh panca indera manusia – Rabb dan sifat-sifatNya, para Malaikat, Hari kebangkitan, Syurga dan nikmatnya, Neraka dan azabnya.

2.   Menegakkan solat

Solat 5 waktu secara tetap, dan tepat pada waktunya dengan memperhatikan rukun dan sunnah2nya serta menambah dengan solat sunat rawatib dan lainnya.

3. Infaq sebahagian harta –

Berzakat, belanja keperluan diri, untuk isteri-isteri, anak-anak, kedua orang tua dan sedekah kepada fakir dan miskin.

4. Membenarkan wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw – berupa al kitab dan as Sunnah, membenarkan kitab-kitab yang diturunkan kepada para rasul sebelumnya, iaitu Taurat, Injil, Zabur.

5. Beriman kepada hari akhirat – peristiwa yang akan terjadi di sana, perhitungan amal, hisab, ganjaran dan azab.

Mereka mengetahui dan yakin dan mereka tidak ragu-ragu sedikit pun. 

Mereka mendapat petunjuk, beriman dan beramal soleh.

Teguh istiqamah di atas manhaj Allah Ta’ala.

Merekalah orang-orang yang berjaya, mereka orang-orang yang beruntung – sukses yang sebenar.

Masuk ke dalam syurga dan selamat dari api neraka.

Mereka beruntung di dunia dan di akhirat – di dunia jiwa mereka suci dan tenteram, di akhirat mereka masuk syurga dan selamat dari api neraka.

Ayat ini memotivasi kita untuk menghiasi diri dengan 5 ciri ahli hidayah dan orang yang Berjaya. Maka hendaklah orang beriman mengikuti jalan mereka untuk mendapat petunjuk dan sukses di dunia dan akhirat.

Wallahu’alam.

Buta: Jaminan Syurga Kepada Yang Sabar

0

Assalamu’alaikum wr wt

Hadith ke-34, Bab Sabar. Bab ketiga kitab Riyadus Solihin

 34- وعن أنس رضي الله عنه قال‏:‏ سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ‏:‏ ‏”‏إن لله عزوجل قال‏:‏ إذا ابتليت عبدي بحبيبتيه فصبر عوضته منهما الجنة‏” ‏‏يريد عينيه ‏، ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)‏‏.‏

34. Dari Anas r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla berfirman:

“Jikalau Aku memberi cubaan kepada hambaKu dengan melenyapkan kedua matanya – yakni menjadi buta, kemudian ia bersabar, maka untuknya akan Kuberi ganti syurga kerana kehilangan keduanya yakni kedua matanya itu.” (Riwayat Bukhari)

1⃣ Kedua mata anggota yang paling dicintai manusia.

2⃣ Orang yang dicintai Allah diuji dari hal yang tidak disukainya.

3⃣ Ujian juga untuk menghapus dosa dan mengangkat darjat.

4⃣ Syurga merupakan pengganti paling agung.

5⃣ Bersenang-senang dengan mata berakhir dengan kemusnahan jua, sedangkan bersenang-senang dengan syurga tiada akan berakhir.

Siri 3: Usul Hadis

0

Assalamualaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Siri 3 Usul Hadis

Pengertian hadis mengikut ahli bahasa.

1-Hadis mengikut bahasa arab bermaksud الجديد iaitu baru. Di sebut juga

حَدَثَ يَحْدُثُ فهو حادِثٌ وحديثٌ حدوثًا

iaitu “sesesuatu yang baru terjadi.”

2- Dan juga hadis bermaksud apa yang dipertuturkan dan dinukilkan.

Penerangan tentang sebutan lafaz kalimah حديث .

Lafaz حديث jika merujuk pada makna hadis sedikit dan hadis banyak , sama saja di panggil “حديث”.
Dan boleh di jama’ kan lafaznya dengan أحادِث secara jama’ mukassar yang tidak boleh dikiaskan lafaz jama’ nya.
Pengertian hadis melalui lafaznya di dalam Al Quran.

Manakala di dalam Al Quran pula lafaz hadis bermaksud Al Quran seperti dalam surah alkahfi;

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

Dan seperti firman Allah dalam surah ad dhuha;

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Iaitu “hendak lah kamu sampaikan apa yang diutuskan kepada mu.”

Pengertian Hadis mengikut istilah ahli hadis.

Hadis : Apa saja kesan peninggalan hidup Nabi صلى الله عليه وسلم berupa;

1- percakapannya
2- perbuatannya
3- penetapannya
4- sifat dan akhlaknya
5- perjalanan hidupnya, samada sebelum atau selepas diutusnya dia menjadi Nabi.

Pengertian Hadis mengikut ahli usul.

Hadis: Apa yang diriwayatkan dari Nabi صلى الله عليه وسلم selepas diutusnya dia jadi Nabi, berupa:

1- percakapannya
2- perbuatannya
3- penetapannya

Manakala sebelum diutusnya dia jadi Nabi maka ia tidak hadis. Kerana maksud hadis ialah dapat beramal dengannya melalui ketetapan hukumnya. Oleh itu ia tidak hadis melainkan selepas kenabian. Berkata syeikhul islam ibn taimiyyah mengulas tentang hal ini :

Kitab-kitab yang ada di dalamnya perkhabaran dari Nabi صلى الله عليه وسلم seperti kitab-kitab tafsir, kitab-kitab sejarah dan peperangan,dan begitu juga kitab-kitab hadis. Dan kitab-kitab hadis hanya lah perkhususan setelah kenabian. Oleh itu jika ia diceritakan sebelum kenabian tentu lah perkara itu tidak disebut untuk di terima pakai dan juga tidak disyariatkan apa-apa sebelum kenabian. Bahkan sudah ijma’ bersepakat ulama menetapkan yang diwajibkan ke atas hamba-hamba Allah beriman dan beramal hanya lah apa saja syariat yang datang setelah kenabian.

Habis di sini pengajian hari ini..sila hafal semua lughah dan istilah ilmu hadis serta penjelasannya.ada ujian hafalan nanti in sya Allah
Sekarang di buka soalan. Boleh tanya.

? Apakah maksud ” jama’ mukassar yang tidak boleh dikiaskan lafaz jama’ nya. “

Jawapan:
Ni istilah nahu sorof.. Maksud jama’ ialah kalimah yang bermaksud ramai atau banyak..mukassar pula kalimah jama’ yang di bina bukan dengan kaedah-kaedah khusus bahkan hanya boleh tahu dengan banyak hafal kalimah-kalimah nya saja.

? Mengapakah istilah-istilah hadis ini berbeza-beza mengikut kategori yang disenaraikan tadi?

Jawapan:
Istilah berbeza secara istilah saja.. Tapi beramal lebih kurang sama..kerana semua syarat-syarat lebih kurang saja. Penerangan-penerangan sebegini agar orang yang bukan boleh faham secara maksud bahasa arab dan istilah syara’.. Yang penting istilah ahli usul.. Lebih sesuai untuk diamalkan..kalau istilah ahli hadis pula untuk penerimaan hadis. Istilah berbeza secara istilah saja.. Tapi beramal lebih kurang sama..kerana semua syarat-syarat lebih kurang saja. Penerangan-penerangan sebegini agar orang yang bukan berbahasa arab boleh faham secara maksud bahasa arab dan istilah syara’.. Yang penting istilah ahli usul.. Lebih sesuai untuk diamalkan..kalau istilah ahli hadis pula untuk penerimaan hadis.

Habis di sini..sila rujuk,hafal dan ulang kaji pengajian hari ini.. Senang saja kelas malam ni..

Wallahu a’lam

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
السلام عليكم ورحمة الله

Note 72 : TALAQ

0

Bismillah..
Note 72 : rujuk Al Fiqh Manhaji 3

TALAQ

1. Pengertiaannya : lepas atau terlepas. Dari segi syarak melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz dan seumpamanya.

Allah SWT berfirman :
“Talaq (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah dia boleh rujuj lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.”
Surah Al Baqarah : 229

2. Jenis Talaq :

i. Jelas atau tidak jelas.
ii. Keadaan isteri sama ada yang suci dari haidh dan isteri masih kecil atau dewasa.
iii. Talaq yang berganti dengan harta dan tanpa berganti.

3. Syarat sah Jatuh Talaq :

i. Akad nikah sah.
ii. Suami yang sempurna akalnya.

3.1. Cara talaq yang paling utama :

i. Menceraikan isteri dengan talaq satu dalam keadaan isteri yang suci daripada haidh dan tidak disetubuhi. Apabila si suami menyesal dengan tindakannya, dia boleh rujuk pada isterinya dalam tempoh iddah.

ii. Jika suami ingin menceraikan sekali lagi. Dia boleh melafazkan talaq.

iii. Selepas itu, suami masih lagi memiliki talaq satu lagi yang sekiranya dilakukan pada kali ketiga, ia menjadi yang tidak boleh dirujuk semula melainkan selepas bekas isterinya itu berkahwin lain dengan perkahwinan yang sempurna menurut syarak.

iv. Suami jugak boleh melafazkan talaq tiga dengan sekali lafaz dalam satu masa, maka jatuhla talaq tiga sekaligus.

4. Ta’liq Talaq dengan sifat atau Syarat:

Ta’liq talaq bermaksud suami mengantungkan jatuh isterinya dengan terjadi sesuatu sifat atau syarat yang dikaitkan dengan isteri atau orang lain.

4.1. Kesan dari Taliq Talaq :

i. Tidak jatuh selagi sesuatu yang disyaratkan belum berlaku.

ii. Kehidupan berumahtangga kekal dengan segala hukum dan kewajipan selagi syarat yang dikaitkan dengan talaq belum terjadi walaupun ia pasti berlaku.

iii. Talaq jatuh sebaik baik saja syarat yang berkaitan itu berlaku. Suami tidak perlu melafazkan talaq yang baru.

4.2. Menyerah Talaq kepada isteri : suami boleh menyerahkan kuasa menjatuhkan talaq kepada isteri.

5. Rujuk dan Sebahagian Hukum yang Berkaitan dengannya.

i. Suami menceraikan isterinya sebelum persetubuhan.
ii. Suami menceraikan isterinya dengan tebus talaq sama ada sebelum atau selepas persetubuhan.
iii. Suami menceraikan isterinya selepas persetubuhan selepas talaq satu atau dua.
iv. Suami menceraikan isterinya dengan talaq tiga.

5.1. Cara Rujuk : memadailah suami menyatakan kepada isterinya, “Aku rujuki engkau kepangkuanku dan perkahwinanku.”

Kata kata suami ini sunat disaksikan oleh dua orang. Seperti firman Allah SWT :

“Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil diantara kamu.”

Surah Al Talaq : 2

6. Perceraian dengan Talaq Tiga :

i. Iddah dengan suaminya telah berakhir.
ii. Berkahwin dengan lelaki lain secara biasa dengan akad nikah yang sahih menurut syarak.
iii. Disetubuhi dengan suami barunya dengan sempurnanya.
iv. Suami barunya menceraikannya atau meninggal dunia.
v. Iddah dengan suami barunya telah berakhir.

7. Kesimpulan dalam masalah rujuk

7.1. Talaq yang boleh dirujuk : bermaksud isteri yang diceraikan dengan talaq satu atau dua, selepas berlaku persetubuhan dan masih dalam iddah.

7.2. Talaq Ba’in Kecil : isteri diceraikan dalam talaq satu atau dua, sebelum atau sesudah berlaku persetubuhan dan tempoh iddahnya berakhir. Atau isteri diceraikan secara khulu’.

7.3. Talaq Ba’in Besar : talaq ini bermaksud isteri diceraikan dengan talaq tiga sama ada sebelum atau selepas persetubuhan.

Popular

Iklan

Iklan