Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Perempuan Hamba melahirkan Tuannya : Tanda Kiamat Ke-19

Perempuan Hamba melahirkan Tuannya : Tanda Kiamat Ke-19

1813
0

Tanda Kiamat Ke-19/131
Perempuan Hamba melahirkan Tuannya (ولادة الأمة ربتها)

Dalil Hadith: dari amir al-mukminin Umar ra,

سَأُخْبِرُكَ عَنْ أَشْرَاطِهَا: إِذَا وَلَدَتِ الْمَرْأَةُ رَبَّتَهَا.

“Aku akan memberitahukan kepadamu tanda-tandanya; jika seorang (sahaya) wanita melahirkan tuannya.” [2] [Muttafaq ‘alaih] matan arba’een no 2

Penjelasan terbaik ialah dari Imam Ibn Hajar dan imam nawawi yang syarah hadith ini:
Maksud tanda kiamat ni ada pelbagai, ini yg dikemukakan sebagai terkuat.

Pendapat 1 (majoriiti): Meluasnya empayar Islam dan banyak hamba sahaya perempuan hingga melahirkan anak, dan status anak itu lebih tinggi dari ibunya kerana ibunya masih status hamba.
Kritik atas pendapat ini kata Ibn Hajar, ia berlaku di zaman Nabi saw lagi, banyak tawanan perang dijadikan hamba sahaya. Maka ia tidak kuat.

Pendapat #2 Maksud hamba melahirkan tuan adalah banyak berlaku proses jualbeli hamba di pasar hamba, hingga berakhir dengan si anak membeli ibunya sendiri. Ini juga tidak kuat

Pendapat #3: Hamba melahirkan tuan maksudnya banyak org derhaka kepada ibubapa di akhir zaman sebab itu digunakan kalimah “rabbataha” manusia yang berlagak macam tuhan kepada ibunya. Kata Ibn Hajar inilah yang paling kuat.

Pendapat #4: Ia berasal dari Ibn Katsir, dia mengatakan hamba perempuan lebih disukai di akhir zaman.

Syarah: maksud hamba perempuan diakhir zaman ialah banyak, kemungkinan ia adalah GRO, pelacur, mistress (perempuan simpanan) atau istilahnya hamba seks. Kalau lihat sekarang, banyak berlaku perdagangan manusia khususnya wanita untuk djadikan hamba seks dalam sektor pelacuran.

Rumusan: Maksud hadith perempuan hamba melahirkan bossnya ialah banyaknya derhaka kepada kedua ibubapa, yakni generasi yang tidak lagi hormat kepada kedua org tua dan ujudnya kembali perdagangan seks dan manusia lebih meminatinya dari perkahwinan.

Referensi tambahan Fath albari, jld 1. syarah Muslim, jld 1, Ibn Katsier al-nihayah tahqiq, Dr Taha zaini dan jami’ Uloom wal Hikam, Ibn Rajab syarah hadith Jibril, dan syaikh Uthaimin, syarah hadith Jibril. TAMAT

Komen dan Soalan