Utama Bilik (93) Cabang Cabang Iman Syuabul Iman Imam Al-Baihaqi: Cabang Ke-4

Syuabul Iman Imam Al-Baihaqi: Cabang Ke-4

158
0
Iklan

Baik kita sambung pada cabang yang ke 4. Iman Al Qur’an seterusnya kitabullah ta’ala yang lain.

Iman dengan Al Qur’an adalah cabang yang disusun oleh Imam Al Baihaqi dalam Syuabul Iman.

Al Qur’an adalah Kalamullah yang diturunkan kepada Rasulallah saw dalam hayatnya sebagai Rasul selama (lebih kurang) dalam tempoh 23 tahun, ada 6236 ayat(satu pendapat) dan diturun samada semasa di Mekah atau Madinah. Bermula dengan turunnya Al Qur’an segala amal dan perintah Allah swt ditaklifkan kepada umat manusia.

Bermulakan perintah baca, memberi peringatan dan berdoa dimalam hari dan seterus seterusnya. Didalam Al Qur’an terkandung kisah kisah Nabi dan umat terdahulu, hukum syariat dan zikir, doa dan ilmu-ilmu yang manfaat buat manusia. Diturun dari Langit Dunia oleh Jibril A.S kepada baginda saw. Didalamnya telah ada gist dan khulasah kitab kitab terdahulu.

Mentasdiqkan dalam hati akan kebenaran setiap ayat ayat didalamnya, manfaat, petunjuk dan kelebihannya. Kita seterusnya belajar melafazkan ayat ayatnya dengan cara yang diajar oleh Rasulallah saw, cara melafazkan ayat ayat Al Qur’an telah diformulasikan oleh Imam Qiraat yang disimpulkan dalam Hukum Tajweed.

Pengamalan ayat ayat Al Qur’an dengan menjadikan AQ rujukan utama, dalam segenap aspek kehidupan. Kerana ianya manual kehidupan Insan Soleh

Apabila Rasulallah saw dapat wahyu pertama baginda saw menunggu nunggu wahyu yang lain sebab nak tahu bagaimana nak hidup dengan perintah swt, untuk dapat redha Allah.

Kalau kita bermusafir ke China misalnya, ada buku panduan disediakan, buku panduan pelancong yang dapat tunjukkan destinasi yang kita nak tuju akan kita pilih. Begitu juga kita didatangkan ke alam dunia dan nak tuju akhirat yang di redhai Allah swt.. apa panduan di kehidupan dunia kita nak ikut. Maka Al Qur ‘an rujukan utama kita. Insya Allah

Bacaan Al Qur’an terbaik ketika dalam Solat. Tadabbur Al Qur’an dengan ayat ayat Al Qur’an..
wallahu a’lam bissowab
wama taufiqi illa billahi

Komen dan Soalan