Utama Kursus (01) Sijil Ulum Hadith UiTO Siri 3: Usul Hadis

Siri 3: Usul Hadis

294
0
Iklan

Assalamualaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Siri 3 Usul Hadis

Pengertian hadis mengikut ahli bahasa.

1-Hadis mengikut bahasa arab bermaksud الجديد iaitu baru. Di sebut juga

حَدَثَ يَحْدُثُ فهو حادِثٌ وحديثٌ حدوثًا

iaitu “sesesuatu yang baru terjadi.”

2- Dan juga hadis bermaksud apa yang dipertuturkan dan dinukilkan.

Penerangan tentang sebutan lafaz kalimah حديث .

Lafaz حديث jika merujuk pada makna hadis sedikit dan hadis banyak , sama saja di panggil “حديث”.
Dan boleh di jama’ kan lafaznya dengan أحادِث secara jama’ mukassar yang tidak boleh dikiaskan lafaz jama’ nya.
Pengertian hadis melalui lafaznya di dalam Al Quran.

Manakala di dalam Al Quran pula lafaz hadis bermaksud Al Quran seperti dalam surah alkahfi;

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

Dan seperti firman Allah dalam surah ad dhuha;

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Iaitu “hendak lah kamu sampaikan apa yang diutuskan kepada mu.”

Pengertian Hadis mengikut istilah ahli hadis.

Hadis : Apa saja kesan peninggalan hidup Nabi صلى الله عليه وسلم berupa;

1- percakapannya
2- perbuatannya
3- penetapannya
4- sifat dan akhlaknya
5- perjalanan hidupnya, samada sebelum atau selepas diutusnya dia menjadi Nabi.

Pengertian Hadis mengikut ahli usul.

Hadis: Apa yang diriwayatkan dari Nabi صلى الله عليه وسلم selepas diutusnya dia jadi Nabi, berupa:

1- percakapannya
2- perbuatannya
3- penetapannya

Manakala sebelum diutusnya dia jadi Nabi maka ia tidak hadis. Kerana maksud hadis ialah dapat beramal dengannya melalui ketetapan hukumnya. Oleh itu ia tidak hadis melainkan selepas kenabian. Berkata syeikhul islam ibn taimiyyah mengulas tentang hal ini :

Kitab-kitab yang ada di dalamnya perkhabaran dari Nabi صلى الله عليه وسلم seperti kitab-kitab tafsir, kitab-kitab sejarah dan peperangan,dan begitu juga kitab-kitab hadis. Dan kitab-kitab hadis hanya lah perkhususan setelah kenabian. Oleh itu jika ia diceritakan sebelum kenabian tentu lah perkara itu tidak disebut untuk di terima pakai dan juga tidak disyariatkan apa-apa sebelum kenabian. Bahkan sudah ijma’ bersepakat ulama menetapkan yang diwajibkan ke atas hamba-hamba Allah beriman dan beramal hanya lah apa saja syariat yang datang setelah kenabian.

Habis di sini pengajian hari ini..sila hafal semua lughah dan istilah ilmu hadis serta penjelasannya.ada ujian hafalan nanti in sya Allah
Sekarang di buka soalan. Boleh tanya.

? Apakah maksud ” jama’ mukassar yang tidak boleh dikiaskan lafaz jama’ nya. “

Jawapan:
Ni istilah nahu sorof.. Maksud jama’ ialah kalimah yang bermaksud ramai atau banyak..mukassar pula kalimah jama’ yang di bina bukan dengan kaedah-kaedah khusus bahkan hanya boleh tahu dengan banyak hafal kalimah-kalimah nya saja.

? Mengapakah istilah-istilah hadis ini berbeza-beza mengikut kategori yang disenaraikan tadi?

Jawapan:
Istilah berbeza secara istilah saja.. Tapi beramal lebih kurang sama..kerana semua syarat-syarat lebih kurang saja. Penerangan-penerangan sebegini agar orang yang bukan boleh faham secara maksud bahasa arab dan istilah syara’.. Yang penting istilah ahli usul.. Lebih sesuai untuk diamalkan..kalau istilah ahli hadis pula untuk penerimaan hadis. Istilah berbeza secara istilah saja.. Tapi beramal lebih kurang sama..kerana semua syarat-syarat lebih kurang saja. Penerangan-penerangan sebegini agar orang yang bukan berbahasa arab boleh faham secara maksud bahasa arab dan istilah syara’.. Yang penting istilah ahli usul.. Lebih sesuai untuk diamalkan..kalau istilah ahli hadis pula untuk penerimaan hadis.

Habis di sini..sila rujuk,hafal dan ulang kaji pengajian hari ini.. Senang saja kelas malam ni..

Wallahu a’lam

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
السلام عليكم ورحمة الله

Komen dan Soalan