Utama Blog Halaman 284

Hadits 17: Antara Kesabaran Para Anbiya’ Dalam Menghadapi Ujian

0

#SilsilahShahihah:

Hadits 17: Antara Kesabaran Para Anbiya’ Dalam Menghadapi Ujian

Nabi Allah Ayyub `alaihi as-salam telah ditimpa musibah selama 18 tahun. Keluarganya yang dekat mahupun jauh telah menjauhinya, kecuali dua orang saudara lelakinya yang selalu menjenguknya dan menghiburkannya. Pada suatu hari, salah seorang daripada mereka berkata kepada temannya: “Ketahuilah, demi Allah, Ayyub telah melakukan satu dosa yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain di dunia ini.” Temannya bertanya: “Dosa apa?” Dia menjawab: “Sudah 18 tahun Allah tidak merahmatinya dan tidak menghilangkan ujian yang menimpanya.” Ketika kedua-dua menjenguk Ayyub, salah seorang daripada kedua-duanya tidak mampu menahan sabar, lantas menyebutkan tentang masalah itu. Kata Ayyub: “Aku tidak tahu apa yang kalian berdua ucapkan. Kecuali, Allah mengetahui bahawa aku pernah berjalan melewati dua orang lelaki yang bertengkar, dan kedua-duanya menyebut nama Allah, lalu aku pulang ke rumahku, dan aku membenci kedua-duanya, kerana aku tidak suka disebutkan nama Allah kecuali dalam perkara yang haq.” Kata perawi: Nabi Ayyub keluar untuk membuang hajat. Apabila selesai, isterinya menuntun tangannya hingga ke tempat membuang hajat. Suatu hari, baginda membuang hajat agak lama, lalu diwahyukan kepada Ayyub: “Hentakkan kakimu, inilah air sejuk untuk mandi dan minum.” (Surah Shad, ayat 42), sedangkan isterinya tetap menunggunya. Tatkala isterinya menyambutnya, dia melihat Ayyub berjalan ke arahnya, dan Allah telah menghilangkan semua ujianNya, dan ternyata Ayyub kelihatan lebih tampan berbanding sebelumnya. Ketika isterinya melihat Ayyub, dia berkata: “Semoga Alllah memberkatimu. Adakah engkau melihat seorang Nabi Allah yang sedang diuji? Demi Allah! Engkau sangat mirip dengannya ketika baginda masih sihat.” Ayyub berkata: “Sesungguhnya akulah Nabi Allah itu.” Nabi Ayyub memiliki 2 tempat mengeringkan tanaman. Satu untuk gandum, dan satu lagi untuk barli. Lalu Allah mengutuskan dua gumpalan awan, satunya tiba di atas tempat pengeringan gandum lalu mencurahkan emas sehingga melimpah, sedangkan gumpalan awan yang lain tiba di atas tempat pengeringan barli lalu mencurahkan perak sehingga melimpah.

إنَّ نبيَّ اللهِ أيُّوبَ لبث به بلاؤُه ثمانيَ عشرةَ سنةً ، فرفضه القريبُ والبعيدُ ، إلَّا رَجلَيْن من إخوانِه كانا يغدوان إليه ويروحان ، فقال أحدُهما لصاحبِه ذاتَ يومٍ : تعلمُ واللهِ لقد أذنب أيُّوبُ ذنبًا ما أذنبه أحدٌ من العالمين ، فقال له صاحبُه : وما ذاك ؟ قال : منذ ثمانيَ عشرةَ سنةً لم يرحَمْه اللهُ فيكشِفَ ما به ، فلمَّا راحا إلى أيُّوبَ لم يصبِرِ الرَّجلُ حتَّى ذكر ذلك له ، فقال أيُّوبُ : لا أدري ما تقولان غير أنَّ اللهَ تعالَى يعلمُ أنِّي كنتُ أمرُّ بالرَّجلَيْن يتنازعان ، فيذكران اللهَ فأرجِعُ إلى بيتي فأُكفِّرُ عنهما كراهيةَ أن يُذكَرَ اللهُ إلَّا في حقٍّ ، قال : وكان يخرُجُ إلى حاجتِه فإذا قضَى حاجتَه أمسكته امرأتُه بيدِه حتَّى يبلُغَ ، فلمَّا كان ذاتَ يومٍ أبطأ عليها وأُوحي إلى أيُّوبَ أن ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ فاستبطأته ، فتلقَّته تنظُرُ وقد أقبل عليها قد أذهب اللهُ ما به من البلاءِ وهو أحسنُ ما كان ، فلمَّا رأته قالت : أيْ بارك اللهُ فيك ، هل رأيتَ نبيَّ اللهِ هذا المُبتلَى ، واللهِ على ذلك ما رأيتُ أشبهَ منك إذ كان صحيحًا ، فقال : فإنِّي أنا هو : وكان له أندَران أي ( بيدران ) : أندَرُ للقمحِ وأندَرُ للشَّعيرِ ، فبعث اللهُ سحابتَيْن ، فلمَّا كانت إحداهما على أندرِ القمحِ أفرغت فيه الذَّهبَ حتَّى فاض ، وأفرغت الأخرَى في أندرِ الشَّعيرِ الورِقَ حتَّى فاض
الراوي : أنس بن مالك – المحدث : الألباني
المصدر : السلسلة الصحيحة – الصفحة أو الرقم: 17 – خلاصة حكم المحدث : صحيح

Diriwayatkan oleh Abu Ya`la dalam musnadnya (1/176-177), Al-Bazzar (5357).

Ulasan:

1. Para anbiya’ diuji dengan ujian yang lebih besar.

2. Keutamaan Nabi Allah Ayyub `alaihi as-salam dalam kesabarannya atas ujian daripada Allah.

3. Seseorang yang ditimpa musibah bukanlah bererti dia seorang yang banyak berdosa.

02.08.01#040615 : AL-MAWDHU’ (الموضوع) – Bhg 01

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.01 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

Kritikan terhadap periwayat merujuk kepada permasalahan pada kredibiliti personalitinya (العدالة), atau kredibiliti inteleknya (الضبط), atau kedua-duanya sekali.

Sebab-sebab kritikan terhadap periwayat terdapat sepuluh sebab keseluruhannya, 5 daripadanya berkait dengan al-‘Adalah dan 5 lagi berkait dengan al-Dhobt.

Dan ianya boleh dilihat kembali pada nota 02.06.01.

AL-MAWDHU’ (الموضوع) – Bhg 01

Secara bahasa ia bermaksud meletakkan atau melekatkan.

Adapun secara istilah, ia merujuk kepada apa yang direka di atas nama Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam atau selain baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, dalam bentuk perkataan, perbuatan, perakuan atau sifat-sifat secara bohong dan keji.

Dan ianya tetap disebutkan hadits kerana sama ada disebabkan hukuman terhadap hadits itu bersifat sangkaan yang kuat pada penilaian ulama hadits, atau disebabkan kerana secara umumnya ia menepati definisi hadits secara umum iaitu apa yang disandarkan kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

Kedudukannya adalah yang terburuk di antara hadits-hadits Dha’if. (Rujuk penjelasan pada Nota 02.06.02)

Dilarang sama sekali meriwayatkan atau menceritakan bagi sesiapa yang mengetahui ianya palsu, kecuali dengan penjelasan bahawa ianya palsu.

Ini seperti mana disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim secara Marfu’:

مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبَيْنِ

“Barang siapa menceritakan dariku dengan suatu hadits yang diketahui ianya palsu, maka dia adalah salah seorang dari para pembohong”

[Muqaddimah Sahih Muslim]

Hukuman terhadap pembohongan di atas nama Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam sangat berat.

Beberapa imam-imam memfatwakan hukuman Ta’zir kepada mereka yang melakukannya.

Abu al-‘Abbas as-Sarraj berkata: “Aku bertemu Muhammad ibn Isma’il al-Bukhari. Ditunjukkan kepadanya satu kitab dari Muhammad ibn Karram. Diapun bertanya tentang kedudukan hadits-hadits di dalamnya, antaranya riwayat Sufyan, dari az-Zuhri, dari Saalim, dari ayahnya, secara marfu (menyebutkan): ‘Iman itu naik dan tidak turun’. Kemudian, beliau menulis di belakang kitab itu, ‘Sesiapa yang meriwayatkan dari kitab ini, wajib baginya dipukul dengan kuat dan dipenjara lama!’

[Fathul Mugits]

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

04.04#220915 : Ciri-ciri Makki & Madani (Bhg 02)

0

Bilik (09) Ulum al-Quran

04.04 Ciri-ciri Makki & Madani (Bhg 02)

A. MADANIYYAH

Kriteria Madani, setiap surah yang di dalamnya ada:

01 Perkara-perkara ibadah fardhu dan had-had hukuman.
02 Pernyataan tentang munafiqin, kecuali surah al-Ankabut.
03 Perdebatan dengan ahli kitab.

Ciri-ciri Madani, mesej atau temanya berkait:

01 Penjelasan tentang ibadah, muamalat, hudud, sistem kekeluargaan, pewarisan, kelebihan jihad, hubungan sosial, hubungan antara negara ketika aman dan perang, kaedah-kaedah hukum dan persoalan-persoalan pensyariatan.

02 Komunikasi dan dialog bersama ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani, mengajak mereka kepada Islam, penjelasan tentang perubahan yang mereka lakukan terhadap kitab-kitab Allah yang terdahulu, penolakan mereka akan kebenaran, dan mereka berselisih selepas datang kefahaman kerana dengki sesama sendiri.

03 Pendedahan akan tipu daya munafiqin dan penjelasan rahsia-rahsia mereka, serta makluman akan bahayanya mereka terhadap agama.

04 Ayat-ayat yang panjang pada menetapkan syariat dan menjelaskan tujuan-tujuannya.

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

Status Hadis Iman Itu Di Syurga, Kekerasan Itu Tempatnya Di Neraka

0

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

“Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialahneraka.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Benarkah hadis ini adalah dari Riwayat Imam Bukhari?

Ustaz Adli Khalim:

وَبِهِ وَبِهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” الْحَيَاءُ مِنَ الإِيمَانِ وَالإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ , وَالْبَذَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ ” .

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda :

“Perkataan yang keji itu adalah berasal dari sikap dan perangai yang keras. Sedangkan kekerasan itu tempatnya di dalam neraka.”

Hadis Dari Sunan Tirmidzi dengan Sanad Hasan Sahih

Ini je yang paling dekat saya jumpa. Kalau tengok tahqiq Dr. Basyar `Awwad, hadits ini diriwayatkan juga oleh Ibn Wahb, Ibn Abi Syaibah, Ibn Abi Ad-Dunia, Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Baghawi. Tidak disebutkan Al-Bukhari dan Muslim.

Wallahu a`lam.

04.04#210915 : Ciri-ciri Makki & Madani (Bhg 01)

0

Bilik (09) Ulum al-Quran

04.04 Ciri-ciri Makki & Madani (Bhg 01)

Para ulama membuat kajian perbandingan di antara surah-surah Makkiyah dan surah-surah Madaniyyah, lalu meletakkan kriteria-kriteria umum bagi menjelaskan ciri-ciri bagi cara-cara dan topik-topik yang dirangkumi.

A. MAKKIYAH

Kriteria Makki, setiap surah yang di dalamnya ada:

01 Ayat sajdah.
02 Lafaz ‘Kalla’ ( كلا ), yang terdapat pada 33 tempat di dalam al-Quran.
03 Ayat ‘Ya ayyuhan-Naas..’ dan tiada ‘Yaa ayyuhal-laziina aamanu’, kecuali surah al-Hajj.
04 Kisah-kisah para Nabi dan umat-umat yang terdahulu, kecuali al-Baqarah.
05 Kisah Adam & Iblis, kecuali al-Baqarah.
06 Permulaan dengan huruf-huruf yang terputus seperti ‘الم’, ‘الر’, ‘ن’ dan yang seumpamanya, kecuali az-Zahrawaan (merujuk kepada surah al-Baqarah dan Aali-‘Imran), dan terdapat perselisihan pendapat pada surah ar-Ra’d.

Ciri-ciri Makki, mesej atau temanya berkait:

01 Dakwah kepada tauhid dan menghambakan diri hanya kepada Allah, penetapan risalah wahyu, kebangkitan dan pembalasan, kiamat, azab api neraka, nikmat syurga, berdebat dengan musyrikin menggunakan hujah akal dan ayat-ayat tentang penciptaan.

02 Asas umum syariat, kelebihan akhlaq dalam komuniti, mendedahkan jenayah-jenayah musyrikin dan kebiasaan-kebiasaan buruk mereka.

03 Perjuangan para Nabi terdahulu bersama umat-umat mereka, untuk memotivasi dan menenangkan RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam supaya bersabar terhadap gangguan dan bertenang menerima bantuan dari Allah.

04 Lafaz-lafaz yang kuat dalam ayat-ayat yang pendek yang sangat memberi kesan mendalam kepada hati-hati mereka yang membacanya.

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

Salam Eksklusif: Tanda Kiamat Ke-22/131

0

Tanda Ke-22/131 Salam Eksklusif (التسليم على الخاصة)

Dalil hadith:

إن من أشراط الساعة، أن يمرَّ الرجلُ فى المسجد لا يُصلَّي فيه ركعتين، وألا يسلم الرجل إلا على مَنْ يعرف” (السلسلة الصحيحة: 648).

Terjemahan: Dari jalur abi al-Ju’d dari Ibn Mas’uud, sabda baginda saw: ” Di antara petanda qiamat yaitu seseorang yang singgah masjid dia tidak mengerjakan solat ( sunnah ) dua rokaat, tidak memberi ucapan salam kecuali pada orang yang di kenali sahaja.” HR Ahmad dan Ibn Khuzaimah, dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan di sahkahn oleh al-Albani .

Juga dalam Musnad Ahmad (أخرجه أحمد ( 1 / 407 – 408 ): dari Ibn Mas’ood ra

بين يدي الساعة تسليم الخاصة

“Sesungguhnya menjelang hari Kiamat pengucapan salam adalahsecara eksklusif” dinilai sahih oleh ahmad syakir, albani dan al-Hakim

Syarh:
Salam adalah sunnah dan di zaman salaf, salaf adalah sebagaimana perintah Nabi saw, diucapkan tanpa mengira siapa asalkan orang Islam:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ , لا تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا ، وَلا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا ، أَوَلا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ ؟ أَفْشُوا السَّلامَ بَيْنَكُمْ

“Demi Zat yang jiwaku ditanganNya, kalian tidak akan masuk surga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak akan beriman sampai kalian saling mencintai. Maukah kalian aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kalian melakukan sesuatu itu kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam diantara kalian.” HR Muslim dar Abu Hurairah

Syarah 22/131

أي الإسلام خير؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف (متفق عليه

“Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi: Engkau memberikan makanan dan memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal”. (Muttafaq’alaih dari Ibn Umar).

Bagitulah saranan Nabi saw, ucapkan salam kepada orang kita kenal dan yang tidak dikenali, namun di akhir zaman, sebagai tanda kecil kiamat, salam menjadi eksklusif, di mana ia diucap kepada sesama puak, jamaah dan group sahaja. WA

Soalan:
Adakah mereka salah faham dalam memahami konsep wala wal bara?

Jawapan: Mungkin juga…jangan kasi salam kepada ahli bid’ah

Assalamualaikum syeikh, mampukah kami orang awam membezakan orang bid’ah atau berikan salam tanpa mengira orang?

Jawapan: Maka janganlah memberi salam kepadanya dan apabila ia mengucapkan salam janganlah dijawab sampai akhirnya ia mau meninggalkan perbuatan bid’ahnya dan kembali kepada kebenaran (Imam Baghawi, syarah sunnah, 1/224)

Maksudnya bid’ah yang berat. jika tidak kenal siapa ahli bid’ah balik kepada hukum asal, semua orang Islam haknya diberi salam dan dijawab salamnya.

Hadis Musibah: Sabar Dan Manfaatnya

0

37. Dari Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu ‘anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Tidak suatu pun yang mengenai seseorang muslim – sebagai mushibah – baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang atau pun yang lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti – yakni sesuatu yang tidak menepatii kehendak hatinya, ataupun kesedihan – segala macam dan segala waktunya, sampai pun sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya-yakni sesuai dengan mushibah yang diperolehinya- itu.” (Muttafaq ‘alaih)

Cikgu Rahim:
Kesakitan apapun yang diderita oleh seseorang mu’min, ataupun bencana dalam bentuk bagaimana yang ditemui olehnya itu dapat membersihkan dosa-dosanya dan berpahalalah ia dalam keadaan seperti itu, tetap bersabar dan tabah. Sebaliknya jikalau tidak sabar dan uring-uringan serta mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan, maka bukan pahala yang didapatkan, tetapi makin menambah besarnya dosa. Oleh sebab itu jikalau kita tertimpa oleh kesakitan atau malapetaka, jangan sampai malahan melenyapkan pahala yang semestinya kita peroleh.

37- وعن أبي سعيد وأبي هريرة رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏”‏ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم، حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها منخطاياه‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏. ‏‏و‏ ‏الوصب‏ ‏ ‏:‏ المرض ‏

Syuabul Iman: Cabang 5 Hingga 7

0

Mulalah faham ayat Al Qur’an (dengan) bertalaqqi. Amal para sahabat, belajar 7 ayat , 7 ayat, dah faham amal dan belajar lagi. Saidina Umar belajar dan faham Surah Al Baqarah lebih 8 tahun.

Sahabat-sahabat Nabi cinta Al Qur’an dan jadikan A Qur’an teman dimalam hari, malam bertemankan Al Qur’an insya Allah. Semoga Allah swt bagi kita kefahaman Al Qur’an, Akhlak Ahlul Qur’an dan seterusnya dapat Redha dari Allah swt yang menurunkan Al Qur’an.

Cabang ke 5,
Iman dengan Qada dan Qadar

Seluruh Alam ini dari ianya mula dicipta.. berada dalam ketetapan, peraturan dan pengetahuan Allah swt. Maka tasdiq dalam hati, ikrar dengan lisan kita dan amal yakni sedar dan redha akan peraturan dan ketetapan Allah swt.

Redhalah yang Allah swt jadi kita diplanet bumi yang kecil, redhalah kita dijadikan dari keturunan Adam a.s yang dicipta dengan tanah dan keturunannya berkembang biak dari setitis air mani serta berada dalam rahim wanita 7- 9bulan 10 hari atau lebih sebelum dilahirkan.

Cabang ke 6
İman dengan berlaku hari Kiamat

Seluruh Alam yang dicipta oleh Allah swt ini akan ditamatkan pada satu satu masa berdasarkan ketentuan dan ketetapan Allah swt. Maka tasdiq dalam hari, taqrir dengan lisan dan amalkanlah sebelum kiamat berlaku buatlah persiapan.

Cabang ke 7
İman dengan ditempatkan Ruh manusia disuatu alam transit setelah maut

Seluruh Bani Adam setelah dicabut nyawanya, akan diletakkan di alam transit.
maka tasdiq dalam hati, iqrar dengan lisan dan amalkan amalan amalan yang terhindarnya dari siksaan di alam transit.

Misalnya menjaga istinjak, berdasarkan hadis sahih banyak siksaan kubur apabila tidak berhati-hati bertaharah setelah buang air kecil.

dan banyakkan membaca Al Qur’an sabit dengan hadis nabi, ianya akan menjadi hujah dan peguambela di kubur.
wallahu a’lam bissowab

wama taufiqi illa billahi
Alhamdulillahi robbil alamin
Allahumma soliy ala Muhammad wa ala alihi wa ashabihi

Pengembala Kambing Berkaki Ayam Berlumba Mendirikan Bangunan Tinggi: Tanda Kiamat Ke-21/131

6

Tanda Kiamat Ke-21/131
Pengembala Kambing Berkaki Ayam Berlumba Mendirikan Bangunan Tinggi

Dalil Hadith:

وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ،

Terjemahan: Dan jika kamu melihat orang yang sebelumnya tidak beralas kaki dan tidak berpakaian, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunan, HR Muslim matan arba’in no 2)

Ini dinamakan hadith Jibril, di mana Jibril turun menjelma dalam bentuk manusia yang sempurna dan bertanyakan akan agama kepada baginda bertujuan menjelaskan apakah pokok-pokok agama Islam, termasuk dalam ajaran teras Islam ialah Jibril mahu umat Muhammad saw mengenali tanda-tanda kiamat, salah satu tanda dalam hadith Jibril ialah akan munculnya fenomena orang badui yang mundur bangkit membina bangunan-bangunan pencakar langit.

Siapakah pengembala kambing tersebut?

Dalil hadith:

قال : يا رسولَ اللهِ ومن أصحابُ الشاءِ والحُفاةُ الجِياعُ العالةُ قال : العَرَبُ
الراوي : عبدالله بن عباس المحدث : أحمد شاكر
المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم: 4/333 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

Terjemahan: “ Wahai Rasulullah, dan siapakah para pengembala kambing, orang yang berkaki ayam dalam keadaan lapar dan yang miskin itu?” Beliau menjawab, “Orang Arab.” HR Ahmad, kata Ahmad Syakir, sanadnya sahih

Inilah bukti hadith nabawi, bahawa Burj al Khalifa Dubai adalah pemenang bangunan tertinggi dunia, hampir 1KM ke langit tingginya. Saudi Arabia tidak mahu mengalah, kini sedang membina menara tertinggi dunia untuk mengalahkan Dubai di Jeddah, Jeddah Tower Jeddah. Maka dengan jelas Nabi menjelaskan siapa yang berlumba itu, ialah bangsa arab yang dulunya miskin dan pekerjaan utama hanyalah mengembala unta dan kambing, tapi dengan penemuan minyak pada tahun 1930, dalam masa yang singkat, khususnya negara GCC menjadi pusat komersil yang paling pesat membangun. Kalau kita ke Mekah pun, dulunya menara Mesjidil Haram tersergam indah, sekarang mesjid sudah tenggelam di lindungi oleh pencakar langit disekililingnya. Maka tanda kiamat ini sedang berlaku di dunia arab. Tamat

Soalan:
Maka maksud sesetengah tafsir menyatakan orang miskin yang dimaksudkan itu ialah mereka yang tidak mampu bermewah mewah, tetapi mampu membina bangunan dengan cara meminjam wang (seperti IMF, World Bank) telah meleset?

THTL: Pembangunan di GCC bukan pinjam IMF, tapi dari petrodollar atau revenue dari Oil & Gaz

Terima kasih Thtl,
Tapi maksud saya secara umum bukan merujuk kepada GCC.
Adakah tafsiran sebegini juga boleh pakai syeikh?

Tak boleh sebab Nabi sebut dalam hadith di atas, siapakah mereka yang miskin dan gembala kambing itu, Nabi jawab arab…orang arab, maksudnya GCC, lihat hadith Ahmad tu☝️☝️☝

Terima kasih Thtl atas penerangan. Dh faham skrg maksud pengembala kambing tersebut. Ganti nama khusus.

Ustaz, jadi sekali pun banyak pencakar langit dibina tapi diluar tanah Arab tidak termasuk dalam tanda tersebut lah?

THTL: Masuk, ia masuk dalam bab, berlumba-lumba membina bangunan tinggi, malaysia, taiwan, china..sekarang morocco, 96 tingkat…perlumbaan, maka yang masuk dalam perlumbaan ialah arab, maka bila arab masuk dalam perlumbaan tersebut, maka ia jadi tanda Kiamat, sebab tepat dengan hadith

Hadits 16: Bab Adab Nabi S.A.W Ketika Berpisah

0

#SilsilahShahihah:

Daripada Abu Hurairah: Adapun Nabi ﷺ apabila berpisah dengan seseorang, baginda mengucapkan: “Aku serahkan agamamu, amanahmu, dan penutup amalanmu kepada Allah.”

عن أبى هريرة: أن النبي ﷺ كان إذا ودع أحدا، قال: أستودع الله دينك وأمانتك وخواتيم عملك

Diriwayatkan oleh Ahmad (2/358).

Popular

Iklan

Iklan