Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 04.04#220915 : Ciri-ciri Makki & Madani (Bhg 02)

04.04#220915 : Ciri-ciri Makki & Madani (Bhg 02)

182
0
Iklan

Bilik (09) Ulum al-Quran

04.04 Ciri-ciri Makki & Madani (Bhg 02)

A. MADANIYYAH

Kriteria Madani, setiap surah yang di dalamnya ada:

01 Perkara-perkara ibadah fardhu dan had-had hukuman.
02 Pernyataan tentang munafiqin, kecuali surah al-Ankabut.
03 Perdebatan dengan ahli kitab.

Ciri-ciri Madani, mesej atau temanya berkait:

01 Penjelasan tentang ibadah, muamalat, hudud, sistem kekeluargaan, pewarisan, kelebihan jihad, hubungan sosial, hubungan antara negara ketika aman dan perang, kaedah-kaedah hukum dan persoalan-persoalan pensyariatan.

02 Komunikasi dan dialog bersama ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani, mengajak mereka kepada Islam, penjelasan tentang perubahan yang mereka lakukan terhadap kitab-kitab Allah yang terdahulu, penolakan mereka akan kebenaran, dan mereka berselisih selepas datang kefahaman kerana dengki sesama sendiri.

03 Pendedahan akan tipu daya munafiqin dan penjelasan rahsia-rahsia mereka, serta makluman akan bahayanya mereka terhadap agama.

04 Ayat-ayat yang panjang pada menetapkan syariat dan menjelaskan tujuan-tujuannya.

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan