Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 04.04#210915 : Ciri-ciri Makki & Madani (Bhg 01)

04.04#210915 : Ciri-ciri Makki & Madani (Bhg 01)

351
0
Iklan

Bilik (09) Ulum al-Quran

04.04 Ciri-ciri Makki & Madani (Bhg 01)

Para ulama membuat kajian perbandingan di antara surah-surah Makkiyah dan surah-surah Madaniyyah, lalu meletakkan kriteria-kriteria umum bagi menjelaskan ciri-ciri bagi cara-cara dan topik-topik yang dirangkumi.

A. MAKKIYAH

Kriteria Makki, setiap surah yang di dalamnya ada:

01 Ayat sajdah.
02 Lafaz ‘Kalla’ ( كلا ), yang terdapat pada 33 tempat di dalam al-Quran.
03 Ayat ‘Ya ayyuhan-Naas..’ dan tiada ‘Yaa ayyuhal-laziina aamanu’, kecuali surah al-Hajj.
04 Kisah-kisah para Nabi dan umat-umat yang terdahulu, kecuali al-Baqarah.
05 Kisah Adam & Iblis, kecuali al-Baqarah.
06 Permulaan dengan huruf-huruf yang terputus seperti ‘الم’, ‘الر’, ‘ن’ dan yang seumpamanya, kecuali az-Zahrawaan (merujuk kepada surah al-Baqarah dan Aali-‘Imran), dan terdapat perselisihan pendapat pada surah ar-Ra’d.

Ciri-ciri Makki, mesej atau temanya berkait:

01 Dakwah kepada tauhid dan menghambakan diri hanya kepada Allah, penetapan risalah wahyu, kebangkitan dan pembalasan, kiamat, azab api neraka, nikmat syurga, berdebat dengan musyrikin menggunakan hujah akal dan ayat-ayat tentang penciptaan.

02 Asas umum syariat, kelebihan akhlaq dalam komuniti, mendedahkan jenayah-jenayah musyrikin dan kebiasaan-kebiasaan buruk mereka.

03 Perjuangan para Nabi terdahulu bersama umat-umat mereka, untuk memotivasi dan menenangkan RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam supaya bersabar terhadap gangguan dan bertenang menerima bantuan dari Allah.

04 Lafaz-lafaz yang kuat dalam ayat-ayat yang pendek yang sangat memberi kesan mendalam kepada hati-hati mereka yang membacanya.

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan