Utama Blog Halaman 279

02.08.06#140815: SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 03)

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.06 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 03)

03. Memenangkan Kecenderungan Mazhab-mazhab Akidah

Pada suku akhir kurun pertama Hijrah, telah mula muncul kelompok-kelompok seperti Qadariyyah, Jabbariyyah, Murjiah dan Jahmiyyah dengan pemikiran-pemikiran yang asing dalam bab akidah.

Lalu mereka mereka hadits-hadits untuk menyebarkan mazhab keyakinan mereka dan pendapat-pendapat mereka yang merosakkan.

Dalam masa yang sama, terdapat dari kalangan ahlus sunnah yang menentang mereka, dalam keadaan bangga tetapi berbuat dosa, mereka pun mencipta pula hadits-hadits mencela kelompok-kelompok di atas.

Antara contoh kelompok Qadariyyah mencipta hadits,

إذا كان يوم القيامة وجمع الله الأولين والآخرين فالسعيد من وجد لقدمه موضعا فينادي مناد من تحت العرش ألا من برأ ربه من ذنبه وألزمه نفسه فليدخل الجنة

“Di hari kiamat, Allah himpunkan semua dari generasi yang terawal sehingga yang terakhir. Maka bergembiralah mereka yang tetap dengan prinsipnya. Lalu, pemanggil dari bawah ‘arasy pun berkata: Ketahuilah bagi sesiapa yang melazimi dirinya tidak melakukan sebarang dosa, masuklah dia ke dalam syurga”

Dan penentang-penentang mereka pula mencipta hadits lain di mana sebahagian sahabat (wal ‘iyadzu bilLah) membantah alQadr.

Sementara golongan Murjiah pula mereka hadits,

قدم وفد ثقيف على رسول الله ﷺ فقالوا: جئناك نسألك عن الإيمان أيزيد أو ينقص قال: الإيمان مثبت في القلوب كالجبال الرواسي وزيادته ونقصانه كفر

“Telah datang utusan dari Bani Tsaqif menemui RasululLah salLaahu ‘alaihi wa sallam, lalu mereka bertanya: Kami menemuimu untuk bertanya tentang Iman. Adakah ia naik dan turun? (Dikatakan) Nabi sallaLaahu ‘alaihi wa sallam menjawab: Iman itu tetap di dalam hati bagaikan gunung yang teguh, peningkatannya membawa kepada kufur, pengurangannya juga membawa kepada kufur”

Maka ia dijawab pula oleh penentang mereka dengan mencipta pula hadits lain.

الإيمانُ قولٌ وعملٌ يزيدُ وينقصُ

“Iman itu adalah pada kata-kata dan perbuatan, dan ada masanya ia meningkat dan ada masanya ia menurun”

Nota tambahan: Kata-kata di atas adalah benar dari sudut makna dan disebutkan oleh ramai di kalangan ulama Salaf, cuma yang jadi perhatian adalah penisbahan kata-kata ini kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam secara dusta, sedangkan baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam tak pernah menyebutkannya.

Dan banyak lagi contoh-contoh hadits-hadits palsu yang direka dengan sebab menzahirkan dan mendokong mazhab keyakinan akidah.

Semoga Allah jauhkan kita dari akhlaq yang sangat buruk ini, iaitu memalsukan hadits di atas nama Nabi sallalLahau ‘alaihi wa sallam.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Pemutusan Silaturahim: Tanda Kiamat Ke-30

0

Tanda Kiamat Ke-30/131
Pemutusan Silaturahim (قطيعة الرحم )

Maksud silaturrahim dari dua kalimah, silah=hubungan, rahim=rahim ibu, maksudnya kerabat yang ada pertalian darah.

Maka fenomena akhir zaman ialah banyaknya terjadi putus silaturrahim.

Dalil hadith:

أخرج الإمام أحمد والحاكم في “المستدرك” عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: “لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ”. (قال أحمد شاكر: إسناده صحيح).
الراوي : أبو سبرة سالم بن سلمة الهذلي المحدث : أحمد شاكر
المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم: 10/20 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

Terjemahan:
Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga.
HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir

Hadith Ibn Mas’ood ra:

إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ… وَقَطْعُ اْلأَرْحَامِ.
الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
المصدر : صحيح الأدب المفرد الصفحة أو الرقم: 801

“Sesungguhnya menjelang terjadinya Kiamat… dan pemutusan silaturahmi.” HR Ahmad, al-Bukhari dlm adab al-Mufrad dan al-Bazzar, sahih albani, sahih

Syarah:
Memang sedang terjadi sekarang meratanya fenomena putus sedara, ramai generasi baru tidak lagi kenal emak sedara, bapak sedara, atuk nenek, sepupunya, dua pupu dan seterusnya, mereka tidak saling berziarah kerana sibuknya urusan kehidupan akhir zaman. Ini kerana manusia semakin global, mereka menetap jauh dari kampung halaman.

Sedangkan pemutus silaturahim diancam neraka:

لا يدخلُ الجنَّةَ قاطعٌ
الراوي : جبير بن مطعم المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 5984 خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Tidak akan masuk Surga orang yang memutuskan silaturahmi HR Muslim

Siapa yang ingin cepat mengetahui 131 tanda kiamat kecil, Sila dapatkan edisi kitab rujukan utama dalam bilik ini..
Nihayah al-Alam, karya Dr Muhammad abd Rahman al-Arifi dari King Saud Univ, Riyadh KSA

Maksud Tersirat Bersabarlah Apabila Bertemu Musuh: Hadis 53

0

Hadith ke-53

 53- وعن أبي إبراهيم عبد الله بن أبي أوفى رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم في بعض أيامه التي لقي فيها العدو، انتظر حتى إذا مالت الشمس قام فيهم فقال‏:‏ ‏”‏ يا أيها الناسلا تتمنوا لقاء العدو، واسألوا الله العافية، فإذا لقيتموهم فاصبروا، واعلموا أن الجنة تحت ظلال السيوف‏”‏ ثم قال النبي صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏”‏ اللهم منزل الكتاب ومجري السحاب ، وهازم الأحزاب، اهزمهم وانصرنا عليهم‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ وبالله التوفيق‏.‏  

53. Dari Abu Ibrahim, iaitu Abdullah bin Abu Aufa radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah s.a.w. pada suatu hari di waktu beliau itu bertemu dengan musuh, beliau menantikan sehingga matahari condong – hendak terbenam – beliau lalu berdiri di muka orang banyak kemudian bersabda:

“Hai sekalian manusia, janganlah engkau semua mengharap-harapkan bertemu musuh dan mohonlah kepada Allah akan keselamatan. Tetapi jikalau engkau semua menemui musuh itu, maka bersabarlah. Ketahuilah olehmu semua bahawasanya syurga itu ada di bawah naungan pedang.”

Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda:

“Ya Allah yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan,

Yang menghancur-leburkan gabungan pasukan musuh. Hancur leburkanlah mereka itu dan berilah kita semua kemenangan atas mereka.”  (Muttafaq ‘alaih)

Keterangan:

Dalam mengulas sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

“Syurga itu ada di bawah naungan pedang.” Imam al-Qurthubi berkata:

“Ucapan itu adalah suatu petanda betapa indahnya susunan kalimat yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Sedikit kata-katanya, tetapi luas pengertiannya. Maksudnya iaiah bahawa letak syurga itu dengan memberikan perlawanan kepada musuh, manakala mereka telah memulai menyerang kedudukan kita. Jika sudah dalam keadaan tersepit dan musuh sudah menyerbu dekat sekali dengan tempat pertahanan kita, maka tiada jalan lain, kecuali dengan beradu kekuatan, yakni pedanglah yang wajib digunakan untuk penyelesaian, menang atau kalah. Jika pedang kaum Muslimin sudah beradu dengan pedang musuh, masing-masing pihak menangkis serangan musuhnya, pedang meninggi dan merendah, sampai-sampai bayangannya nampak jelas. Naungan pedang itulah yang menyebabkan kaum Muslimin akan memperolehi kebahagiaan dalam dua keadaan:

(a) Jika kalah dan mati, gugurlah sebagai pejuang syahid dan pasti masuk syurga tanpa dihisab. Di kalangan ummat pun menjadi harum namanya.

(b) Jika menang dan selamat sampai dapat kembali ke rumah ia juga akan merasakan kenikmatan syurga dunia, hidup dalam keluhuran dan kejayaan.

Wabillahittaufiq (Dan dengan Allah itulah adanya pertolongan).

02.08.05#250815 SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 02)

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.05 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 02)

02. Memenangkan Kelompok dan Kecenderungan Politik

Hasil dari perselisihan yang besar di antara pendokong ‘Ali dan pendokong Mu’awiyah, timbul kecenderungan untuk konon-kononnya membantu tokoh pihak masing-masing.

Mereka pun mencipta hadits-hadits berkaitan kelebihan tokoh mereka dan hadits-hadits mencela musuh mereka, kemudiannya menyebarkannya.

Sebagaimana juga sebahagian orang jahil di kalangan ahlus sunnah, mereka pula mencipta hadits-hadits kelebihan empat-empat khalifah kesemuanya bertujuan untuk membaiki perpecahan antara ahlus sunnah dan syi’ah pada waktu itu. (Syiah pada zaman ini hanya satu kumpulan yang cenderung kepada Ali dari perspektif politik, bukan satu akidah seperti yang timbul kemudiannya)

Puak Syiah mula mencipta lebih banyak hadits-hadits yang dijadikan bukti keistimewaan dan keunggulan ‘Ali, pada dia yang terawal masuk Islam, dan ketetapan imannya sebelum sahabat-sahabat yang lain.

Dan mereka mereka hadits mengatakan ‘Ali adalah manusia terbaik secara mutlak dan mengkafirkan sesiapa yang mengingkari, dan mengancam mereka yang tak menyukai
‘Ali, apa lagi kepada yang membenci ‘Ali.

Malah, ditulis buku-buku akan keburukan dan ‘aib Abu Bakr dan ‘Umar yang mana jika kita menjumpainya, dengan mudah didapati ianya adalah dari puak Syi’ah.

Mereka juga membuat hadits palsu mengutuk Mu’awiyah di atas nama RasululLahu sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, mengatakan arahan membunuhnya, dan mendoakan keburukan kepadanya dan Amr ibn al-‘As, supaya dibalas dan diletakkan dalam neraka.

Tak cukup dengan itu, mereka malah meneruskan perbuatan itu terhadap bani Umayyah keseluruhannya, dan mereka berbohong di atas nama Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan:

إن الله عناهم بقوله: وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ

“Sungguh Allah telah menghina mereka dengan firmanNya: ‘dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran’ “

[al-Isra(17):60]

Sehingga sebahagian ulama hadits mengatakan, seperti mana yang diadukan oleh al-Khalili,

تأملت ما وضعه أهل الكوفة في فضائل علي ، و أهل بيته فزاد على : ثلاثمائة ألف

“Aku telah telusuri setiap apa yang dipalsukan oleh ahli Kufah pada bab kelebihan ‘Ali dan ahli keluarganya dan mereka menambah-nambahnya sehingga mencapai hampir 300, 000 hadits”

[al-Irsyad]

Ibn al-Qayyim pula menyebutkan:

ولا تستبعد هذا فإنك لو تتبعت ما عندهم من ذلك لوجدت الأمر كذلك

“Dan engkau tak perlu cari lebih jauh. Jika engkau cermati setiap periwayatan dari sisi mereka, engkau akan temui memang jumlahnya sebanyak yang dia sebutkan”

[al-Manar al-Munif]

Di pihak yang sebelah pula, sebahagian para jahil melakukan kejahatan yang serupa, mereka membuat hadits palsu tentang kelebihan Abu Bakr, Umar dan Utsman sebagai menyokong mereke, sedangkan mereka tidak memerlukannya.

Mereka juga mencipta hadits-hadits tentang kelebihan khalifah yang empat kesemuanya untuk meleraikan permusuhan di kalangan ahli sunnah dan syiah.

Dan banyak lagi hadits-hadits yang direka pula tentang kelebihan para sahabat secara umum untuk membalas serangan pemikiran dan politik di antara kumpulan-kumpulan yang pelbagai, sama ada untuk mendokong kelompok mereka dan pendapat mereka, ataupun kerana semangat untuk meleraikan perselisihan di antara manusia yang saling bermusuhan.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Hadis 52: Sabarlah Dengan Aneka Cara Pentingkan Diri

0

 52- وعن أبي يحيى أسيد بن حضير رضي الله عنه أن رجلاً من الأنصار قال‏:‏ يا رسول الله ألا تستعملني كما استعملت فلاناً فقال‏:‏ ‏”‏إنكم ستلقون بعدي أثرة، فاصبروا حتى تلقوني على الحوض‏”‏‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏.‏ ‏‏ ‏وأسيد ‏ ‏ بضم الهمزة‏.‏ ‏ ‏وحضير‏ ‏ ‏:‏ بحاءٍ مهملة مضمومةٍ وضادٍ معجمةٍ مفتوحةٍ، والله أعلم‏ ‏

52.  Dari Abu Yahya iaitu Usaid bin Hudhair r.a. bahawasanya ada seorang lelaki dari kaum Anshar berkata: “Ya Rasulullah, mengapakah tuan tidak menggunakan saya sebagai pegawai, sebagaimana tuan juga menggunakan si Fulan dan Fulan itu?” Beliau s.a.w. lalu bersabda:

“Sesungguhnya engkau semua akan menemui sesudahku nanti suatu cara mementingkan diri sendiri – sedang orang lain lebih berhak untuk memperolehinya, maka dari itu bersabarlah, sehingga engkau semua menemui aku di telaga – pada hari kiamat.”  (Muttafaq ‘alaih)

Meratanya Sifat Kikir dan Bakhil : Tanda Kiamat Ke-29

0

? Tanda Kiamat Ke-29/131
Meratanya Sifat Kikir dan Bakhil (كثرة الشح والبخل)

Dalil:

مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَظْهَرَ الشُّحُّ.
الراوي : أبو هريرة و عبدالله بن مسعود المحدث : الهيثمي
المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 7/330 خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح غير محمد بن الحارث بن سفيان وهو ثقة‏‏

Terjemahan:
‘Di antara tanda-tanda Kiamat adalah tersebarnya kekikiran.’” HR Tabrani dalam al-Awsath, disahihkan oleh al-Haithami

يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ وَيُلْقَى الشُّحُّ.
الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 6037

“Zaman saling berdekatan, amal berkurang dan kekikiran dilemparkan (ke dalam hati).” HR Bukhari, 6037 dari Abu Hurairah

لاَ يَزْدَادُ اْلأَمْرُ إِلاَّ شِدَّةً، وَلاَ يَزْدَادُ النَّـاسُ إِلاَّ شُحًّا.
الراوي : معاوية بن أبي سفيان المحدث : الهيثمي
المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 8/17 خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح‏‏

Terjemahan:
“Segala urusan tidak akan bertambah kecuali semakin sulit, dan manusia tidak akan bertambah kecuali semakin kikir.”
HR Tabrani dari amir Muawiyah, sanadnya sahih menurut al-haithami

Syarah:
antara fenomena akhir zaman ialah manusia semakin kedekut dan bakhil. Kalau anda masih ingat, ada filem P Ramlee berjodol labu dan labi, di mana majikan mereka bernama Hj Bakhil bin Lebai Kedekut. Itulah maksud kedekutnya manusia pada akhir zaman.

Kedekut adalah sifat yang tercela:

وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

َ
“… Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
[Al-Hasyr: 9 dan ath-Thaghaabun: 16].

Kalau kita perhatikan manusia akhir zaman menderma, mereka akan membuat press conference dan menunjukkan cek bersaiz gergasi kepada media dengan kehadiran pemimpin. Mereka juga menderma kerana ingin melepaskan cukai korporat. Maka tanda-tanda sifat kikir itu sudah menjelma, ?

Soalan:
Sheikh, apa maksud urusan bertambah kecuali semakin sulit? Jazzakallahu khairan

THTL: Maksudnya, masalah kat malaysia ni semakin kompleks, 1MDB, tabung haji beli tanah kat TRX, Altantunya, GSTea…kat arab plok, houti di Yemen, ISIS di Syria dan Iraq…Palestine, Israel, Hamas di Gazzah, Ikhwan di Egypt..

Hadith ke-51: Sabar dengan kezaliman penguasa.

0

Hadith ke 51: Kita kena sabar dengan kezaliman penguasa.

Laksana tanggungjawab kita dan berdoa agar Allah memberi hak kita..

 51- وعن ابن مسعود رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏”‏ إنها ستكون بعدي أثرة وأمور تنكرونها ‏!‏ قالوا‏:‏ يا رسول الله فما تأمرنا‏؟‏ قال‏:‏ تؤدون الحق الذى عليكم ، وتسألون الله الذى لكم‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏.‏ ‏‏ ‏والأثرة‏ ‏ ‏:‏ الأنفراد بالشئ عمن له فيه حق ‏

51. Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

 “Sesungguhnya saja akan terjadi sesudahku nanti cara mementingkan diri sendiri – sedang orang lain lebih berhak untuk memperolehinya – dan juga beberapa perkara yang engkau semua akan mengingkarinya. Orang-orang semua berkata: “Ya Rasulullah, maka apakah yang akan Tuan perintahkan pada kita – kaum Muslimin. Beliau s.a.w. bersabda:

 “Supaya engkau semua menunaikan hak yang menjadi kewajipanmu untuk dilaksanakan dan mohonlah kepada Allah akan hak yang memang menjadi milikmu semua.” (Muttafaq ‘alaih)

02.08.04#180615 : SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 01)

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.04 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 01)

01. Dendam kepada Islam dan Muslim

Ini adalah antara sebab yang terawal berlakunya pemalsuan hadits yang dirancang oleh golongan penyeleweng dari Yahudi, Nasrani dan Majusi.

Antara dalangnya dari kelompok Yahudi Yaman, bernama ‘Abdullah ibn Saba’, yang datang ke Madinah secara sembunyi untuk menyelidiki Islam.

Dan dia bergerak ke sana ke sini untuk meninjau kawasan-kawasan yang lemah dalam kawasan pemerintahan khalifah.

Dia pun berjumpa apa yang dicarinya, dan syaitan menarik perhatiannya untuk menimbulkan permusuhan di kalangan orang muslim.

Dia menzahirkan rasa cintanya kepada Rasul sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dan ahli keluarganya, lalu mencipta hadits kewalian Ali,

انه كان ألف نبي، ولكل نبي وصي، وكان علي وصي محمد

‘Terdapat seribu Nabi, dan bagi setiap Nabi ada walinya, dan ‘Ali merupakan wali kepada Muhammad’

Dan katanya,

مُحَمَّدٌ خَاتَمُ الْأَنْبِيَاءِ وَعَلِيٌّ خَاتَمُ الْأَوْصِيَاءِ

‘Muhammad adalah penutup para Nabi, dan ‘Ali adalah penutup para Wali’

Dan banyak lagi hadits-hadits lain yang direka dengan mesej yang hampir sama.

Abdullah bin Saba’ berjaya membunuh ‘Utsman hasil dari racun pemikiran dan gerakannya, dan memecah belahkan umat Islam antara pentaksub ‘Ali dengan pendokong Mu’awiyah.

Dia telah menghasilkan permusuhan yang kekal selamanya dan menjadikan mereka saling membunuh sesama sendiri.

Dan ini semua disebabkan dendam terhadap Islam dan Muslim.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Menyayangi haiwan (Walaupun dengan) seekor kambing : Hadis 26

0

Hadits 26: Menyayangi haiwan (walaupun dengan) seekor kambing, sekiranya engkau merahmatinya, pasti Allah merahmatimu.

والشاة إن رحمتها رحمك الله.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad no. 373.

Ulasan:

1. Hadits asal: Seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah! Aku menyembelih seekor kambing, dan aku merahmatinya.” Rasulullah mengucapkan hadits di atas.

2. Sembelih haiwan dengan penuh kasih sayang, pasti Allah juga akan merahmati kita.

#SilsilahShahihah:

Note 74 : Iddah

0

Bismillah..
Note 74 : ruj fiqh Al Manhaji 3

IDDAH

1. Bermaksud kiraan atau bilangan serta halangan. Kerana ia merangkumi bioangan suci daripada haidh dan juga bilangan bulan.

2. Hikmah Iddah

2.1. Sebagai menunjukkan kesetiaan kepada suami yang telah pergi atau meninggal dunia.

2.2. Untuk mengantikan adat kebiasaan Jahiliyah yang menwajibkan isteri berkurung di dalam tempat yang gelap selama setahun.

3. Jenis iddah
i. Iddah kerana kematian
ii. Iddah kerana perceraian

3.1. Iddah kerana kematian

3.1.1. Wanita mengandung kerana kematian suaminya, maka iddahnya berakhir dengan kelahiran anaknya sama ada ddah itu mengambil masa panjang atau pendek.

3.1.2. Jika isteri tidak mengandung, tetapi bukan daripada benih suaminya yang meninggal dunia, seperti isterinya mengandung suaminya masih belum baligh lagi atau suaminya sudah lama hilang melebihi empat tahun samaada dia telah menyetubuhi isterinya ataupun tidak, maka iddahnya adalah dengan berakhirnya empat bulan sepuluh hari.

3.2. Iddah kerana perceraian

3.2.1. Bagi wanita mengandung iddahnya berakhir dengan kelahiran anak yang dikandunginya.

3.2.2. Bagi wanita yang tidak mengandung dan belum putus haidh, maka iddahnya berakhir dengan berlakunya tiga kali suci daripada haidh bermula selepas perceraiannya.

4. Isteri yang beriddah talaq

4.1.Talaq Raj’ie

4.1.1. Suami wajib menyediakan tempat tinggal.

4.1.2. Wajib memberi nafaqah seperti perbelanjaan, pakaian dan lain-lain. Wajib samaada mengandung atau tidak.

4.1.3. Lelaki wajib menetap dirumahnya dan tidak meninggalkan rumah melainkan keraba perkara yang tidak dapat dielakkan.

4.1.4. Isteri yang beriddah itu haram mendedahkan dirinya kepada lelaki lain kerana dia masih terikat dengan suaminya, bahkan suaminya lerbih berhak ke atas dirinya daripada lelaki lain.

4.2. Jika wanita itu memgandung

4.2.1. Suaminya wajib memberi tempat tinggal.

4.2.2. Berhak mendapat nafaqah.

4.2.3. Isteri hendaklah mendiami rumah yang disediakan suaminya dalam tempoh beriddah.

4.3. Isteri yang tidak mengandung

4.3.1. Isteri tidak berhak mendapat nafaqah hanya wajib memberinya temoat tinggal sehingga selesai iddahnya.

4.4. Iddah kerana kematian

4.4.1. Berkabung atas kematian suaminya iaitu tidak boleh berhias dan mengenakan wangi-wangian.

4.4.2. Wajib menduduki rumahnya selama iddah.

Popular

Iklan

Iklan