Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.08.04#180615 : SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 01)

02.08.04#180615 : SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 01)

186
0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.04 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 01)

01. Dendam kepada Islam dan Muslim

Ini adalah antara sebab yang terawal berlakunya pemalsuan hadits yang dirancang oleh golongan penyeleweng dari Yahudi, Nasrani dan Majusi.

Antara dalangnya dari kelompok Yahudi Yaman, bernama ‘Abdullah ibn Saba’, yang datang ke Madinah secara sembunyi untuk menyelidiki Islam.

Dan dia bergerak ke sana ke sini untuk meninjau kawasan-kawasan yang lemah dalam kawasan pemerintahan khalifah.

Dia pun berjumpa apa yang dicarinya, dan syaitan menarik perhatiannya untuk menimbulkan permusuhan di kalangan orang muslim.

Dia menzahirkan rasa cintanya kepada Rasul sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dan ahli keluarganya, lalu mencipta hadits kewalian Ali,

انه كان ألف نبي، ولكل نبي وصي، وكان علي وصي محمد

‘Terdapat seribu Nabi, dan bagi setiap Nabi ada walinya, dan ‘Ali merupakan wali kepada Muhammad’

Dan katanya,

مُحَمَّدٌ خَاتَمُ الْأَنْبِيَاءِ وَعَلِيٌّ خَاتَمُ الْأَوْصِيَاءِ

‘Muhammad adalah penutup para Nabi, dan ‘Ali adalah penutup para Wali’

Dan banyak lagi hadits-hadits lain yang direka dengan mesej yang hampir sama.

Abdullah bin Saba’ berjaya membunuh ‘Utsman hasil dari racun pemikiran dan gerakannya, dan memecah belahkan umat Islam antara pentaksub ‘Ali dengan pendokong Mu’awiyah.

Dia telah menghasilkan permusuhan yang kekal selamanya dan menjadikan mereka saling membunuh sesama sendiri.

Dan ini semua disebabkan dendam terhadap Islam dan Muslim.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan