Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Hadith 78: Tawakkal Nabi Ketika Dihunus Senjata

Hadith 78: Tawakkal Nabi Ketika Dihunus Senjata

721
0
Iklan

Hadith ke-78

Dari Jabir r.a. bahawasanya ia berperang bersama Nabi s.a.w. di daerah dekat Najad – yakni perang Dzatur Riqa’. Setelah  Rasulullah  s.a.w.  kembali  – dari  perjalanannya – ia pun kembali pula beserta mereka, kemudian mereka sama memperolehi tidur siang dalam suatu lembah yang banyak pohon durinya. Rasulullah s.a.w. turun dan orang-orang lain pun sama berteduh di bawah pohon. Rasulullah s.a.w. itu turun di bawah pohon samurah kemudian menggantungkan pedangnya di situ.

Kita semua tidur, tiba-tiba Rasulullah s.a.w. memanggil-manggil kita dan di sisinya ada seorang A’rab – orang Arab dari pergunungan, lalu beliau s.a.w. bersabda: “Orang ini telah mengacungkan pedangku padaku, sedang saya tidur tadi, kemudian saya bangun, sedangkan pedang itu terhunus di tangannya, ia berkata: “Siapakah yang dapat menghalang-halangi engkau dari perbuatanku ini?” Saya menjawab: “Allah” sampai tiga kali.
Tetapi beliau s.a.w. tidak menghukum orang – yang akan membunuhnya – tadi dan beliau pun duduklah. (Muttafaq ‘alaih)

Dalam sebuah riwayat lagi disebutkan:

Jabir berkata: “Kita semua bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Dzatur Riqa’, kemudian datanglah kita pada pohon yang rendang – nyaman digunakan sebagai tempat berteduh – pohon itu kita biarkan untuk digunakan oleh Rasulullah s.a.w., kemudian datanglah seseorang lelaki dari golongan kaum musyrikin sedangkan pedang Rasulullah s.a.w. digantungkan pada pohon tersebut. Orang itu menghunus pedangnya lalu berkata: “Adakah engkau takut padaku?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak.” Orang itu berkata lagi: “Siapakah yang dapat menghalang-halangi engkau dari perbuatanku ini.” Beliau s.a.w. menjawab: “Allah.”
Disebutkan pula dalam riwayat lainnya lagi iaitu riwayat Abu Bakar al-lsma’ili dalam kitab shahihnya demikian:

Orang itu berkata: “Siapakah yang dapat menghalang-halangi engkau dari perbuatanku ini.” Beliau s.a.w. bersabda: “Allah,” kemudian jatuhlah pedang itu dari tangannya.
Selanjutnya pedang itu diambil oleh Rasulullah s.a.w., lalu bersabda: “Siapakah yang dapat menghalang-halangi engkau dari padaku ini?” Orang tadi berkata: “Jadilah engkau – hai Muhammad -sebaik-baiknya orang yang dimintai perlindungan.” Rasulullah s.a.w. bersabda pula: “Sukakah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya saya ini utusan Allah?” Ia menjawab: “Tidak suka aku demikian, tetapi saya berjanji padamu bahawa saya tidak akan memerangi lagi padamu dan tidak pula akan menyertai kaum yang memerangi engkau.”

Oleh Rasulullah s.a.w. orang tersebut dilepaskan jalannya -dibebaskan, kemudian ia mendatangi sahabat-sahabatnya lalu berkata: “Saya telah datang padamu sekalian ini dari sisi sebaik-baik manusia – yang dimaksud ialah baharu datang dari Nabi Muhammad s.a.w.

Sabda Nabi s.a.w.: Ikhtarathas saifa, ertinya mengacungkan pedang dalam keadaan terhunus dan Wa huwa fi yadihi shaltan, ertinya: pedang itu di tangannya sudah terhunus. Lafaz shaltan itu boleh difathahkan shadnya dan boleh pula didhammahkan.

Komen dan Soalan