Utama Blog Halaman 269

Zuhudnya Rasulullah SAW

0

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan hari ini:-

Maksud hadis :- Drp Umar bin alKhattab r.a berkata, “Aku masuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan Baginda saw sedang berada di atas tikar.” Umar r.a berkata :”Lalu aku duduk, ternyata aku dapati Baginda saw hanya memakai sehelai kain dan tidak ada kain lain selain yang dipakainya, sementara (kekesatan) tikar itu telah berbekas pada sisi Baginda saw. Saya juga (melihat) segenggam gandum sekitar satu so’ (gantang) dan beberapa helai “qaraz” (daun yang dipergunakan untuk menyamak kulit) yang terletak di sudut bilik dan kulit (yang telah disamak) yang tergantung (di dindingnya). Maka bercucuran air mataku keluar.” Baginda saw bertanya: “Apa yang membuatmu menangis wahai Ibnu alKhattab?” Aku menjawab, “Wahai Nabi Allah, bagaimana aku tidak menangis sedangkan tikar ini berbekas di sisimu (pada badanmu), dan ini sahaja harta yang engkau ada, aku tidak melihat selain dari apa yang aku lihat. Sedangkan raja Kisra dan Qaisar dipenuhi buah-buahan dan sungai-sungai (duduk dalam kemewahan dan taman-taman indah), dan engkau adalah Nabi Allah dan pilihan-Nya, namun hanya ini sahaja pemilikanmu.” Baginda saw bersabda : “Wahai Ibnu alKhattab ! tidakkah kamu redha bagi kita akhirat (beroleh dan mendapatkannya di akhirat kelak) dan bagi mereka dunia?” Aku menjawab, “Sudah tentu.” (Ibnu Majah : 4153)

عن عُمَر بْن الْخَطَّابِ رضي الله عنه، قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ عَلَى حَصِيرٍ، قَالَ: فَجَلَسْتُ، فَإِذَا عَلَيْهِ إِزَارٌ، وَلَيْسَ عَلَيْهِ غَيْرُهُ، وَإِذَا الْحَصِيرُ قَدْ أَثَّرَ فِي جَنْبهِ، وَإِذَا أَنَا بِقَبْضَةٍ مِنْ شَعِيرٍ، نَحْوِ الصَّاعِ، وَقَرَظٍ فِي نَاحِيَةٍ فِي الْغُرْفَةِ، وَإِذَا إِهَابٌ مُعَلَّقٌ، فَابْتَدَرَتْ عَيْنَايَ، فَقَالَ: «مَا يُبْكِيكَ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ؟» ، فَقُلْتُ: يَا نَبِيَّ اللَّهِ، وَمَالِي لَا أَبْكِي؟ وَهَذَا الْحَصِيرُ قَدْ أَثَّرَ فِي جَنْبِكَ، وَهَذِهِ خِزَانَتُكَ لَا أَرَى فِيهَا إِلَّا مَا أَرَى، وَذَلِكَ كِسْرَى، وَقَيْصَرُ فِي الثِّمَارِ وَالْأَنْهَارِ، وَأَنْتَ نَبِيُّ اللَّهِ وَصَفْوَتُهُ، وَهَذِهِ خِزَانَتُكَ، قَالَ: «يَا ابْنَ الْخَطَّابِ أَلَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ لَنَا الْآخِرَةُ، وَلَهُمُ الدُّنْيَا؟» قُلْتُ: بَلَى

Kedua: Tauhid Ibadah

0

Tauhid ini, dinamakan juga tauhid uluhiyah; peribadatan hanya untuk Allah. Tauhid inilah yg diingkari kebanyakan kaum musyrikin.

وَعَجِبُوا أَنْ جَاءَهُمْ مُنْذِرٌ مِنْهُمْ ۖ وَقَالَ الْكَافِرُونَ هَٰذَا سَاحِرٌ كَذَّابٌ

Dan mereka heran karena mereka kedatangan seorang pemberi peringatan (rasul) dari kalangan mereka; dan orang-orang kafir berkata: Ini adalah seorang ahli sihir yang banyak berdusta.
Surah Sad (38:4)

أَجَعَلَ الْآلِهَةَ إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيْءٌ عُجَابٌ

Mengapa ia menjadikan ilah-ilah itu Ilah Yang Satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat mengherankan.
Surah Sad (38:5)

* ilah: yang disembah

Dan ayat-ayat yang semisal cukup banyak.

Tauhid ini meliputi; ikhlas ibadat kpd Allah semata-mata, mengimani bahawa Dialah yang berhak menerima peribadatan.

Peribadatan kepada selainNya adalah termasuk kekufuran.
Dan inilah kandungan Laa ilaha illallah, maknanya; tidak yang hak diibadahi kecuali Allah.

ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

(Kuasa Allah) yang demikian itu, adalah karena sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) Yang Haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah, itulah yang batil, dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Surah Al-Hajj (22:62)

Penutup ‘Sebab-sebab Pemalsuan Hadits yang Disengajakan’.

0

Kita sebenarnya dah selesai membincangkan ‘Sebab-sebab Pemalsuan Hadits yang Disengajakan’.

Dan di dalam buku Ulum al-Hadits karang Prof AbulLayts, beliau menambah satu kategori lagi iaitu

‘Sebab-sebab Pemalsuan Hadits yang TIDAK disengajakan.’

Bahagian hadits Palsu ini diberi penekanan istimewa oleh penulis sehingga butiran yang dikongsikan sangat banyak dan mendalam.

Adapun di bilik ni, saya hanya mampu meringkaskan apa yang termampu untuk memudahkan kefahaman secara umum.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam boleh buat kajian terhadap banyak penulisan berkaitan hadits palsu sama ada secara ilmiah atau separa ilmiah, di mana-mana sumber online atay offline.

#BroSyariefShares

:: TEMPAT PERSINGGAHAN YANG PERTAMA ::

0

كَانَ عُثْمَانُ إِذَا وَقَفَ عَلَى قَبْرٍ بَكَى حَتَّى يَبُلَّ لِحْيَتَهُ ،

Apabila Uthman radiallahu ‘anhu berhenti di kubur, dia akan menangis hingga basah janggutnya.

فَقِيلَ لَهُ : تُذْكَرُ الْجَنَّةُ وَالنَّارُ فَلَا تَبْكِي وَتَبْكِي مِنْ هَذَا

Dia disoal: Disebutkan tentang syurga dan neraka kepada engkau, tetapi engkau tidak menangis. Lalu engkau menangis untuk hal ini pula?

فَقَالَ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :

Uthman menjawab: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

” إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الْآخِرَةِ ،

Sesungguhnya kubur merupakan tempat persinggahan yang pertama daripada tempat-tempat di akhirat.

فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ ،

Seandainya seseorang selamat daripadanya, maka apa yang berlaku selepas itu adalah lebih mudah untuknya.

وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ

Sesiapa yang tidak terselamat daripadanya, maka apa yang akan berlaku selepas itu lebih teruk daripadanya.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab az-Zuhd, hadis no: 2240, hasan gharib]

Jawapan Tentang Apakah Shahih Bukhari Tersahih Di Dunia Dan Taqlid Muhaddis

0

S: Sebutkan versi nuskhah Sahih Bukhari yang paling sahih di dunia?

J: Saya pernah bertanya soalan ini kepada guru saya al-Muhaddith Dr. Maher Yasin al-Fahl, soal saya:

“Syaikhuna, apakah naskhah manuskrip Sahih al-Bukhari yang paling lama serta paling sahih?”

Maka jawab Syaikhuna Maher al-Fahl:

“Naskhah manuskrip al-Saghani, daku melihatnya di rumah Syaikhuna ‘Abdul Wakeel bin ‘Abdul Haq al-Hasyimi”

~ Dr. Fathi al-Sakandary ~

S: Assalammualaikum, Bolehkah hanya mentaqlid satu Muhaddis sahaja dalam penilaian hadis seperti Golongan salafi kebanyakkannya bertaqlid pada Al-Albani

J: Bagi orang awam yang tidak mampu menilai hadith, maka baginya taqlid kepada mana-mana ulama hadith akan sahih dan dhaifnya hadith. Saya salafi dan saya tidak bertaqlid kepada al-Albani. Al-Albani dengan ketokohannya tidak menjadikan beliau sebagai muktamad dalam tashih dan tad’if, baginya tidak sedikit silap. Penuntut ilmu hadith yang benar mengkaji akan mengetahui bahawa sangat ramai tokoh hadith yang lebih hebat dan terperinci kajiannya berbanding al-Albani, ini tidak menjadikan al-Albani tertolak mutlak, diterima dan ditolaknya al-Albani sebagaimana ulama lainnya. Utamakan kajian huffaz salaf mutaqaddimin, semisal al-Bukhari, Abu Hatim dan lainnya huffaz.

Kaedah Tawakkal Dengan Sedekah : Hadis 84

0

Hadith ke-84

Kesebelas: Dari Anas r.a., katanya: “Ada dua orang bersaudara pada zaman Nabi s.a.w. salah seorang dari keduanya itu datang kepada Nabi s.a.w., yang lainnya lagi bekerja. Orang yang bekerja ini mengadu kepada Nabi s.a.w. mengenai saudaranya -yang menganggur itu – lalu beliau s.a.w. bersabda:

“Barangkali engkau diberi rezeki – oleh Allah – itu adalah dengan sebab adanya saudaramu – yang engkau beri pertolongan makan dan lain-lain itu.”

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dengan isnad shahih atas syarat Muslim.

«84» وعن أنس رضي الله عنه قَالَ: كَانَ أَخَوانِ عَلَى عهد النَّبيّ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ أحَدُهُمَا يَأتِي النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم وَالآخَرُ يَحْتَرِفُ، فَشَكَا المُحْتَرِفُ أخَاهُ للنبي صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: ((لَعَلَّكَ تُرْزَقُ بِهِ)). رواه الترمذي بإسناد صحيحٍ عَلَى شرطِ مسلم.
((يحترِف)): يكتسب ويتسبب.
في الحديث: تنبيهٌ على أنَّ من انقطع إلى الله كفاه مهماته.
وأنَّ العبدَ يُرزق بغيره، كما في الحديث الآخر: ((وهل ترزقون- أو قال: تنصرون- إلا بضعفائكم)).

Masjid Menjadi Bising: Tanda Kiamat Ke-42

0

42/131 Masjid Menjadi Bising

(رفع الأصوات في المساجد )

Dalil:
Hadith sebelumnya:

إذا اتخذ الفيء دولا ، والأمانة مغنما ، والزكاة مغرما ، وتعلم لغير الدين ، وأطاع الرجل امرأته ، وعق أمه ، وأدنى صديقه ، وأقصى أباه ، وظهرت الأصوات في المساجد
الراوي : أبو هريرة المحدث : الترمذي المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2211 خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه

Terjemahan: “Jika harta fai’ atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, jatah zakat tidak ditunaikan, selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, lelaki lebih dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, masjid menjadi bising.., “

Syarah: Masjid sepatutnya tempat yang aman dan tenteram, bebas dari bunyi bising, namun di akhir zaman, masjid menjadi hiruk pikuk dengan pertengkaran dan urusan perniagaan. Masjid juga bising dengan aktiviti bid’ah, memainkan DVD al-Qur’an sebelum azan, bernasyid dalam masjid, berqasidah, zikir jama’iy dengan suara yang kuat, ada bazaar di mesjid. Masjid yang senyap dan aman dan lapang masih lagi masjid il Haram, masjid anNabawi, anda tidak akan dengar bunyi bising walaupun ratusan ribuan manusia di dalamnya, anda akan rasa aman, lapang dan tenteram berbanding dengan masjid di Malaysia yang bising dengan zikir jamaiy, ratib jamaiy dan pembacaan hizib dan wirid.

Hadis 83: Kelebihan Tawakkal Ketika Keluar Rumah

0

Hadith ke-83

Kesepuluh: Dari Anas r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang mengucapkan, yakni ketika keluar dari rumahnya: Bismillah, tawakkaltu ‘alallah wala haula wala quwwata illabillah – ertinya: Dengan menyebut nama Allah, saya bertawakkal kepada Allah dan tiada daya serta tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah, maka kepada orang itu dikatakanlah: “Engkau telah diberi petunjuk, telah pula dicukupi keperluanmu, jika telah diberi penjagaan. Syaitanpun menyingkirlah dari orang tersebut.”

Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’i serta lain-lainnya. Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Abu Dawud menambahkan lalu berkata: “Bahawa syaitan yang satu berkata kepada syaitan lainnya: “Bagaimana engkau dapat menggoda orang yang telah diberi petunjuk telah dicukupi dan telah pula diberi penjagaan.”

«83» العاشر: عن أنس رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ قَالَ- يَعْني: إِذَا خَرَجَ مِنْ بَيتِهِ: بِسمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلا حَولَ وَلا قُوَّةَ إلا باللهِ، يُقالُ لَهُ: هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ، وَتَنَحَّى عَنْهُ الشَّيطَانُ)). رواه أبو داود والترمذي والنسائي وغيرهم. وَقالَ الترمذي: (حديث حسن)، زاد أبو داود: ((فيقول- يعني: الشيطان– لِشيطان آخر: كَيفَ لَكَ بِرجلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ؟)).
معنى ((لا حول ولا قوَّة إلا بالله))، أي: لا حول عن المعاصي إلا بعصمة الله. ولا قوَّة على الطاعات إلا بالله.
ورُوي عن ابن مسعود قال: كنت عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلتها. فقال: ((تدري ما تفسيرها؟))، قلت: الله ورسوله أعلم. قال: ((لا حول عن معصية الله، ولا قوَّة على طاعة الله إلا بمعونة الله)). أخرجه البزّار.
قال بعض العلماء: ولعل تخصيصه بالطاعة والمعصية؛ لأنهما أمران مهمان في الدين.

Tauhid Rububiyah

0

Pertama: Tauhid Rububiyah.
Iaitu, mentauhid Allah SWT dalam hal perbuatan-perbuatan Nya, mengimani bahawa Pencipta, Pemberi rezki, Pengatur urusan hambaNya, Pengubah urusan-urusan hamba baik di dunia mahupun di Akhirat.

Dia adalah zat yang tiada sekutu bagiNya.

اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.

Surah Az-Zumar (39:62)

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۖ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلَّا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ´Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa´at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?
Surah Yunus (10:3)

Adapun dalam bahagian tauhid ini, maka orang-orang musyrik dan penyembah berhala mengakuinya, walaupun majoriti mereka mengingkari hari kebangkitan dan hari kiamat.

Pengakuan mereka terhadap tauhid ini belum menjadikan mereka tergolong muslim kerana mereka masih menyekutukan Allah atau masih melakukan kemusyrikan dlm hal ibadah dan penyembahannya kepada patung-patung dan berhala-berhala, serta tidak mengimani kerasulan Muhammad saw disamping mereka juga menyembah Allah.

Kenapa Tauhid Dipecah Kepada Tiga

0

al-Aqidah ath-Thahawiyah

Telah berkata al-Allamah Hujatul Islam Abu Ja’far al-Waruq ath-Thahawi rh.

Inilah piagam penjelasan tegas Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah menurut mazhab yang dianut para fuqaha’ yang thiqah;
Abu Hanifah Nu’man b Tsabit al Kufi, Abu Yusuf Ya’qub b Ibrahim Syaibani …

1. Dengan petunjuk Allah kita meyakini makna Tauhidullah adalah; bahawa Allah itu Esa dan tidak ada tandingan bagiNya.

Huraiannya
Perkataan Abu Ja’far ath Thahawi: “Kita memahami makna tauhidullah…”

Ketahuilah bahawa tauhid yang dengannya Allah mengutus para rasul dan juga menurunkam al Qur’an terbahagi menjadi 3 bahagian.

Pembahagian tersebut merupakan kesimpulan dari nas al Qur’an dan as sunnah dan juga berdasarkan realiti atas orang-orang yang dibebani kewajipan syari’at.

Popular

Iklan

Iklan