Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Kaedah Tawakkal Dengan Sedekah : Hadis 84

Kaedah Tawakkal Dengan Sedekah : Hadis 84

112
0

Hadith ke-84

Kesebelas: Dari Anas r.a., katanya: “Ada dua orang bersaudara pada zaman Nabi s.a.w. salah seorang dari keduanya itu datang kepada Nabi s.a.w., yang lainnya lagi bekerja. Orang yang bekerja ini mengadu kepada Nabi s.a.w. mengenai saudaranya -yang menganggur itu – lalu beliau s.a.w. bersabda:

“Barangkali engkau diberi rezeki – oleh Allah – itu adalah dengan sebab adanya saudaramu – yang engkau beri pertolongan makan dan lain-lain itu.”

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dengan isnad shahih atas syarat Muslim.

«84» وعن أنس رضي الله عنه قَالَ: كَانَ أَخَوانِ عَلَى عهد النَّبيّ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ أحَدُهُمَا يَأتِي النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم وَالآخَرُ يَحْتَرِفُ، فَشَكَا المُحْتَرِفُ أخَاهُ للنبي صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: ((لَعَلَّكَ تُرْزَقُ بِهِ)). رواه الترمذي بإسناد صحيحٍ عَلَى شرطِ مسلم.
((يحترِف)): يكتسب ويتسبب.
في الحديث: تنبيهٌ على أنَّ من انقطع إلى الله كفاه مهماته.
وأنَّ العبدَ يُرزق بغيره، كما في الحديث الآخر: ((وهل ترزقون- أو قال: تنصرون- إلا بضعفائكم)).

Komen dan Soalan