Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Masjid Menjadi Bising: Tanda Kiamat Ke-42

Masjid Menjadi Bising: Tanda Kiamat Ke-42

346
0
Iklan

42/131 Masjid Menjadi Bising

(رفع الأصوات في المساجد )

Dalil:
Hadith sebelumnya:

إذا اتخذ الفيء دولا ، والأمانة مغنما ، والزكاة مغرما ، وتعلم لغير الدين ، وأطاع الرجل امرأته ، وعق أمه ، وأدنى صديقه ، وأقصى أباه ، وظهرت الأصوات في المساجد
الراوي : أبو هريرة المحدث : الترمذي المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2211 خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه

Terjemahan: “Jika harta fai’ atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, jatah zakat tidak ditunaikan, selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, lelaki lebih dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, masjid menjadi bising.., “

Syarah: Masjid sepatutnya tempat yang aman dan tenteram, bebas dari bunyi bising, namun di akhir zaman, masjid menjadi hiruk pikuk dengan pertengkaran dan urusan perniagaan. Masjid juga bising dengan aktiviti bid’ah, memainkan DVD al-Qur’an sebelum azan, bernasyid dalam masjid, berqasidah, zikir jama’iy dengan suara yang kuat, ada bazaar di mesjid. Masjid yang senyap dan aman dan lapang masih lagi masjid il Haram, masjid anNabawi, anda tidak akan dengar bunyi bising walaupun ratusan ribuan manusia di dalamnya, anda akan rasa aman, lapang dan tenteram berbanding dengan masjid di Malaysia yang bising dengan zikir jamaiy, ratib jamaiy dan pembacaan hizib dan wirid.

Komen dan Soalan